Legasi Geofrey Bawa
Jan 17th, 2011 | Dipos oleh Ismail Shariff | Kategori: KolumMelihat hasil kerja Geoffrey Bawa, seorang arkitek dari Sri Lanka yang meninggalkan legasi yang mempunyai pengaruh yang luas.
Melihat hasil kerja Geoffrey Bawa, seorang arkitek dari Sri Lanka yang meninggalkan legasi yang mempunyai pengaruh yang luas.
Hasil kerjanya telah membawa perubahan dalam bidang senibina pasca kolonial di Sri Lanka. Dengan penglibatan beliau dalam bidang senibina selama lebih 40 tahun, Geoffrey Bawa menjadi antara arkitek yang paling berjaya, berpengaruh dan prolifik di Asia.
Tamadun mempunyai ikon dan manifestasinya iaitu budaya, sastera, bahasa dan senibina. Maka dari itu kita telah sedia maklum akan kepentingan senibina di dalam pembentukan sesebuah tamadun. Hampir semua tamadun yang ada di muka bumi ini dikaitkan dengan gaya senibinanya.