JalanTelawi [Beta] » Puisi

Mae Kok dan Hang Tuah
Mae Kok

Kita duduk agak lama di tebing sungai Mae Kok, pada malam ketika sebuah sampan kecil membelah arus sungai dan kau berkata; “Sampan penyeludup.” Malam masih muda, dan makanan-makanan yang dihidang tak mengecewakan. Tiga perempuan ulang-alik datang menari di atas pentas kecil di depan kita. Aku mengaku, menonton tarian mereka adalah sesuatu yang mengasyikkan. Tentang kostum tradisional orang di utara Thai, tentang perut-perut mulus yang terdedah (dan disambar angin dingin hujung musim luruh yang bertiup dari utara Asia – aku membayangkan tangan akulah yang berada pada perut-perut putih itu), tentang kelembutan liuk-lentok dan jari-jemari halus bidadari-bidadari yang turun ke bumi untuk memukau mata kita berdua. Bagaimana sepasang lilin, dalam genggaman setiap perempuan-perempuan itu mencair di telapak tangan mereka, dengan kehangatan api yang menyamankan, dengan rasa sakit yang tak langsung menghapus senyum dari raut manis mereka, sebelum kau berkata; ”Aku suka yang di kiri dan yang di kanan. Mereka saling melengkapi, dan seiras, mungkin kembar sama darah.” Air sungai mengalir tanpa kedengaran deru kuat. Kau tak memegang tangan aku malam itu. Dan aku tak memandang wajah kau di situ. Kita hanya memaku pandang pada sungai yang gelap, sambil senyap mendengar suara azan dari kampung seberang. Sesekali bunyi siren polis. Selebihnya, pekan kecil Chiang Rai ini amat tenang dengan makanan yang sedap-sedap (dan aneh-aneh). Kemudian, seseorang meminta kita bangun. ”Sampaikan salam kamu ke syurga,” katanya, tanpa kita berdua faham apa yang perlu dilakukan. Satu lipatan kertas dibuka, di dalamnya ada arang dan dawai untuk membakar api dan menghasilkan haba panas. ”Tanglung ini akan membawa niat kamu merentas langit sepi malam ini.” Aku tak tahu apa yang kau mohon dan doakan. Tetapi, aku sendiri meminta agar di antara kita dan seluruh dunia, kebaikan-kebaikan lebih kerap terbit berbanding dengan kejahatan. Dan juga doa agar kita selalu saling mengingati, bukan menyakiti. Tanglung kita, yang membawa hajat untuk sampai ke langit paling jauh, terbang ke angkasa dengan yakin. Ketika itu, aku tahu, kau juga menghajatkan yang baik-baik. Dan senyap-senyap aku mengharapkan agar tak ada pesawat yang akan terlanggar tanglung itu dan terhempas. Itu bukan kuasa kita. Tetapi, kata adalah kekayaan kita. Kemudian kau membawa aku menyelusuri tengah pekan sepi itu. Hanya pasar malam saja yang meriah, menjadi nadinya. Lihat, kata ’pasar’ itu juga yang menghidupkan nyawa-nyawa yang separuh mati. Aku melihat kumbang goreng (sama macam masak tempura di Jepun), yang tak pernah aku lihat sebelum ini. Dan tak lama selepas itu, ketika menunggu kau di hadapan kedai 7-11, aku terlihat kumbang yang sama. Terdetik di dalam fikiran aku; ”Di sini seperti orang-orangnya memulakan perniagaan tanpa modal.” Hanya sedikit kefahaman, dan selebihnya tekad, mereka mampu meraih hidup. Hari berikutnya, kita membelah hutan belantara (yang tak tebal) pada laluan-laluan tanah merah dengan trak-trak yang gagah. Mendaki bukit, menuruni bukau. Merentang air takungan yang dibuat-buat sebelum dengan air tangan manis, kau bancuhkan aku segelas kopi ais Doi Chang. Betapa aku menikmati kopi kau yang dicampur madu berbanding frappucino payau yang asalnya aku pesan, dan tak dihabiskan. Tanah tinggi ini, tempat asal kau, cukup banyak hal yang boleh dinikmati. Tolong, jangan menangis ketika di lapangan terbang nanti. Pergilah ke candi pascamoden Wat Rong Khun kalau kau merindui lagi detik-detik kita itu.

– Chiang Rai, Thailand. November 2011.

Tuah

Saya ingin bertemu Hang Tuah di dalam mimpi untuk bertanya tentang dunia imaginatif. Tentang dunia yang dibuat-buat, dunia yang terbit menjelang setiap kali fajar mencerah (kalau pengarangnya tidur) atau dunia yang dikhayalkan pada setiap malam-malam yang panjang (oleh pengarang yang tak lelap menyaksikan bintang dan bulan bercinta). Juga, kalau boleh, pertanyaan tentang bagaimana dia dilahirkan.

Dan mungkin pertanyaan seperti ini akan terpacul; Apakah saya tersesat sekiranya saya mempercayai kamu adalah sebuah ingatan terhadap sebuah bangsa manusia yang malang? Kamu yang pernah berhenti sekejap di dalam lanskap imajinatif bangsa, yang selepas itu mereka terus dirasuk oleh kegilaan terhadap kamu dan kemudian kamu larut di dalam jiwa mereka – apa kata kamu, Tuah? Adakah saya, kami dan kita tersesat? Bagi saya, perkataan sesat itu tidak begitu menakutkan.

Keanehan perasaan saya lahir bilamana mengenangkan seperti apa raut wajah Hang Tuah sendiri; di alam nyata atau seperti yang dibayangkan oleh tukang tulisnya. Dan, bagaimana watak ini pertama kali muncul, dan dalam bahasa yang bertingkah, bercerita tentang zaman yang dijulang.

Sebuah hikayat, yang mungkin duduk letaknya tinggi sedikit daripada dongengan – kerana lebih diyakini, entah bagaimana dapat mengikat keyakinan antara yang nyata dan bayang-bayang tanpa walau sedikit renggang. Untuk memahami hal ini, saya membayangkan seorang pengarang, yang hidup di zaman ini, di dalam dunia yang sama tetapi persekitaran yang jauh berbeza. Akankah ada nanti sebuah cerita yang mampu menangkap dan melekat dalam imajinasi bangsa ini untuk diingati seratus tahun lagi?

Tetapi kamu melakukan ini. Kamu menginap dalam hampir setiap jantung kami, kamu larut dalam setiap titis darah bangsa ini dan terpanah seperti halilintar yang menggema guntur kuat, mengingatkan kami kepada sebuah ingatan yang pekat. Tentang bagaimana, sekali lagi, untuk menjadi orang yang dihormati. Di dalam ingatan Nusantara ini, terutamanya mereka yang lahir dari latar wailayah Melaka Lama seperti kamu, Hang Tuah adalah sebuah kepastian. Kepastian yang bertukar selepas itu menjadi kepercayaan bahawa suatu masa dahulu negeri ini bernaung di bawah keindahan yang sepertinya waktu itu tidak akan tercela. Tetapi, kami hanya manusia. Dan kamu adalah sebuah watak. Watak yang amat berkesan.

Kekaguman saya, secara peribadi, adalah paling utama ditujukan kepada pengarang yang menghidupkan kamu. Walaupun kamu ada waktu itu dari cerminan seorang individu di zaman yang lain, tetapi potret Hang Tuah dari hikayat itulah yang menjadi mantra. Kamu adalah hero generasi yang lama tak bangun dan membaca semula kisah kamu. Kamu adalah denyut jantung kepada mereka, bahkan ada orang sampai melihat kamu sebagai sekuntum jati diri yang kental untuk sebuah bangsa, yang boleh diusik-usik. Apa yang kami lihat di zaman itu, Tuah? Adakah ia tercermin kini, kalau kamu boleh bagi tahu kami?

Tetapi, orang tak ingin selalu menyebut tentang pengajaran. Apa yang dipelajari daripada kisah besar kamu? Misalnya, sebuah penderhakaan, bukan? Kerana kamu sudah menjadi sebahagian daripada mereka, maka hal ini tidak ingin diakui, seperti mana mereka mengakui kamu adalah ‘lambang’ dan identiti mereka. Aneh, bukan Tuah? Penafian imajinasi yang terencat.

Aku suka sosok kamu yang ini; penderhaka. Tak salah untuk kita menderhaka, bukan? Pandangan kamu tentang perkara ini tak dibenarkan untuk dilagukan. Kamu pasti lebih tahu. Atau teman-teman kamu yang berempat lagi itu pasti lebih tahu. Jebat pasti lebih arif, kerana dia yang kurang ajar, kerana dia yang berpatah arang dengan istana.

Semuanya menjadi lebih menarik jika pengarang kamu turut sama meninggalkan satu catatan tentang bagaimana Hikayat Hang Tuah itu tercetus, dan merebak sampai ditulis untuk mengocak kemampuan kami zaman ini untuk membayangkan dan memahami hal mana yang direka dan hal mana yang dirakam setepatnya.

Saya fikir, kami masih gagal untuk membaca kamu, untuk membaca watak kamu apalagi untuk membaca hikayat kamu. Kerana zaman ini adalah zaman kejulingan. Orang lebih gemar berbicara tentang kebenaran dan kepalsuan seperti mereka sudah pernah bergelumang dan berdamping bahu dengan pengarang naratif abadi dunia ini.

Hafiz Hamzah boleh dicuit di @HafizJelir.Kiriman Berkaitan

Pari-pari admin

Jadilah Orang Moderat yang Anda Cari admin

Beberapa Cerpen Pendek tentang Korupsi Mohd Jimadie Shah Othman

Revolusi Ini Akan Diteruskan SPIEGEL Online

Penghujung Jalan Mati admin

Mahu Jadi Hektor Hasmi bin Hashim

Empat Sajak
Penangguhan

Seurat waktu yang mengalirkan

kesungguhan darah  itu tiba-tiba terhenti

di muncung kekesalan

sepasang kaki menghentak-hentak kehendak

yang jatuh tercicir di jalanan

adalah dosa bangsa yang tak terampun

lalu hujan turun selebatnya

alam pun telah bosan dengan segala

penangguhan.

17 Julai 2011

Lelaki dan Hari Esok

Bahang mentari menikam kesabaran

pohon-pohon rentung menanti

titis hujan melenyapkan

segala mimpi yang sarat

di atas pundak seorang lelaki.

Beberapa keping ringgit

renyuk di tangan tidak

mampu melunaskan semua

yang menagih dan meminta

hidup begitu sakit dan pedih

azab di kota dan di desa

tiada beza.

Malam tidak lagi asyik

untuk bermimpi tentang esok

disimbah peluh yang berterusan

mengalir saat kenaikan demi

kenaikan terpancul bertalu-talu.

Dia seorang lelaki yang

tidak akan menangis

dihenyak percaturan mereka

yang berpura menjadi pembela.

31 Mei 2011

Dingin

(Buat mereka yang pulang)

Ketika gerimis pecah di Maghrib itu

sekujur pengharapan longlai

menyusun perjalanan pulang

meninggalkan seberkas persoalan

di lantai kebenaran.

Dan malam ini kita terus terjaga

di paksi mimpi yang semakin suram,

keruh, dingin.

Dingin tanpa noktah.

15 April 2011

Di Kuburan Waktu

Kita telah kembali ke titik yang mula

talkin cinta bergetaran di bibir manismu

kuntum mawar kau taburkan di kuburan

suatu waktu yang seharusnya menjadi ingatan.

Detik ini akan hilang saat kaupejamkan mata

melangkah pergi tinggalkan segala sepi

bebayang diri menjadi teman paling setia

lupakan segala tragedi,

kemahuan pegun mengikat hakikat

yang tertikam di sekeping kepalsuan.

Telah kauhunuskan sebilah belati

tetapi aku belum mati!

16 Disember 2010

Kamal Sujak, penulis kelahiran Selangor ini mula menulis sejak 2007. Sehingga kini lebih 50 buah puisinya tersiar di akhbar dan majalah tempatan. Sekarang bertugas sebagai pengurus kanan di sebuah universiti swasta di Cyberjaya.Kiriman Berkaitan

Empat Sajak Hafiz Hamzah Hafiz Hamzah

Meor: Dari Rakyat Untuk Rakyat Mazir Ibrahim

Sajak Terpelanting Jauh Hafiz Hamzah

Dialog Antara Agama Di Malaysia: Satu Pertimbangan Osman Bakar

Tiga Sajak Murad Ata Murad Ata

Sajak-sajak Wahyudi Yunus Wahyudi Yunus

Victoria
Flinders Street, Melbourne di waktu malam. © Hafiz Hamzah

Victoria

(buat A.S.)

Adakah kau kurnia terindah yang pernah diturunkan untuk-ku sepanjang waktu yang ada ini? Moga terampunkan dosa-dosa yang sengaja dipertontonkan pada tembok-tembok berlumut. Aku akan berjalan, bertelanjang dada di antara musim panas dan kedinginan yang tak diundang ini hanya untuk bersama bayang-mu.

Negeri ini, Victoria, tak pernah menjadi sebahagian daripada cerita di malam hari. Tetapi, cinta mekar dan subur di dalam telur-mu. Pembilang pada jari kita pindahkan pada dinding kamar 150. Empat malam berturut-turut dingin datang memeluk tanpa hembusan angin.

Kita berjalan di antara roh-roh katedral lama di kota ini. Hantu-hantu itu bertempiaran, bersembunyi ketakutan kerana hangat tubuh kita melecurkan sumpah setia mereka kepada Tuhan. Kita, dengan rasa cinta, menyucikan nista-nista yang terlekat pada aspal jalan tengah Melbourne. Akankah kita dikurniakan sebuah taman lestari, duduk ditemani anak-anak kecil yang comel, berterbangan dan selalu merindukan susu-mu?

Kerana kita, walau dari mana dan ke mana pun arah bertapak, adalah sebuah perkongsian. Perkongsian hidup untuk sebuah kematian. Perkongsian kematian untuk sebuah musim bunga yang menghidupkan kita semula. Semua, kita semua. Tidak hanya kau dan aku.

Di pinggir jalan-jalan ini muzik-muzik dilagukan. Dinyanyikan untuk setiap pejalan malam yang kekosongan dan ragu-ragu. Tak asing dari yang pernah didengari; mainan sejuk, tangga-tangga ke syurga atau batu-batan pada tembok yang menghalang. Mereka tak akan melupakan kita di sini, kerana kita belum saling mengenali. Tetap ada yang bertari dansa, mengiring lagu dan irama, merayakan sebuah rasa yang tak akan hilang.

Di pinggir Sungai Yarra, kita duduk berdua. Memerhatikan bangunan dan cahaya listrik yang sederhana. Aku menanggalkan kasut, meninggalkan warna merah pada tapak tangan-mu. Aku mencabut nyawa dan menyelam ke dasar sungai, dan kau ikut sama di belakang. Tetapi, kita menyelamatkan malam dengan baris-baris ayat indah, tak difaham orang. Memanah dengan kentang besar pada burung-burung Seagull putih manja di Federation Square.

Tak punya cukup wang, keadaan tak apa-apa. Tubuh masih melayang-layang di antara setiap blok bangunan yang menyekat. Ditelan di dalam perut cacing-cacing moden dan klasik yang berlingkar, bercanda di celah rak-rak buku di gudang-gudang besar penuh ghairah, muzium-muzium yang mencium bibir telinga ketika hujan. Kita seperti sedang diraikan oleh sebuah kota asing yang waktu itu membuka dirinya untuk disetubuhi tanpa segan silu.

Kita jatuh cinta

lemas yang mendadak.

Menjauh tubuh-mu larut

menderu langkah-mu pergi

dan aku akan tetap menghidupi jantung-mu

ketika ia lesu.

2011

Hafiz Hamzah juga mencatat-catat ringkas di ruang www.jelir.blogspot.com.

Kiriman Berkaitan

106 Hafiz Hamzah

Sajak-sajak Wahyudi Yunus Wahyudi Yunus

Tiga Sajak Shaira Amira Shaira Amira

Sajak: Wan Nor Azriq Wan Nor Azriq

Empat Sajak Hafiz Hamzah Hafiz Hamzah

Penghujung Jalan Mati admin

Chairil Anwar (26 Julai 1922-28 April 1949)
Hari ini 28 April, tanggal yang saban kali mengingatkan kita pada sosok penyair Chairil. Di Indonesia ada yang menyambut Hari Chairil Anwar, puisinya dibaca-deklamasikan di acara-acara awam dan beliau dikenang. Tarikh 28 haribulan April 1949 Chairil meninggalkan dunia ini tapi tidak dunia kepenyairan. Dia seperti masih hidup kerana para penyair dan pembaca dekat terus-menerus membaca ulang  72 buah keseluruhan sajaknya itu.

Goenawan Mohamad misalnya menulis lagi tentang Chairil di Catatan Pinggir-nya yang terbaru. Untuk tidak hanya mereduksikan penyair itu pada puisi Aku, Mas Goen bicara tentang ‘sajak suasana’ dan ‘sajak penyataan’ Chairil. Katanya:

Dalam banyak hal, Chairil memukau saya karena ia menghadirkan apa yang saya sebut “sajak suasana”. Ia menampilkan subyek yang gawal.

Kerana,

“Sajak suasana” berbeda dari “sajak pernyataan”: seperti Aku. Dalam “sajak pernyataan”, subyek masih tampak dalam posisi yang ingin mengendalikan arti.

Dalam nada yang serupa, sekurangnya dalam soal membebaskan Chairil dari ‘sesiapa yang menggemari klise dan nostalgia’, penyair Nirwan Dewanto telah menulis tiga kiriman tentang Chairil di blognya. Bagi Nirwan sudut pandang bahawa Chairil hanya sebagai binatang jalang yang meradang dan menerjang segala hal termasuk tradisi pemuisian adalah meleset sama sekali. Ujar Nirwan,

Terbalik dengan itu, selama 1942-1949 ia sungguh-sungguh mengerjakan budaya tulisan: melakukan studi terhadap para pendahulunya, membaca sastra dunia dan mengambilnya ke dalam dirinya, merumuskan konsep penciptaannya dengan terang, dan akhirnya menulis (ya, bukan mengarang) sajak-sajak yang membayangi sastra kita hingga hari ini.

Sehingga,

Puisi Chairil membangkitkan kekayaan bahasa kita sampai ke tingkat yang mustahil dikatakan dengan cara lain, tetapi yang tetap sedap dan masuk-akal, sehingga para penyair yang kemudian seperti gementar di hadapannya dan akhirnya mau tak mau mengambilnya sebagai model atau sebagai lawan-tanding.

Demikianlah Chairil Anwar yang telah menjadi ‘penyair induk’ kesusasteraan Melayu dan sudah tentu menimbulkan semacam the anxiety of influence kepada penyair-penyair lain.

Bacaan lanjut :

28 April, Goenawan Mohamad, Tempo.

Situasi Chairil Anwar (1), Nirwan Dewanto, KualaKuali.

Situasi Chairil Anwar (2), Ibid.

Situasi Chairil Anwar (3), Ibid.

Kiriman Berkaitan

Biografi Rainer Maria Rilke admin

Gelumang Syair Seorang Perempuan Hafiz Hamzah

Sajak Terpelanting Jauh Hafiz Hamzah

Penghujung Jalan Mati admin

Abstraksi Syed Ahmad Jamal Hasmi bin Hashim

Erdogan Jemput Anwar ke Istanbul pada 12 Januari 2012 Ammar Gazali

Tiga Sajak Murad Ata
Duga Cinta

Dinda

kalau kita terjaga dan matahari sedang saga

mengancam dingin segala akal jiwa raga

untuk kali ini setelah sekian lama

tetapkan lambungmu di peraduan kita

sampai suteramu mencium detakku

sampai derau darah kita menderu

namun dengar dulu pujaanku

ini jantungku t’lah terkarang

duga cinta dan rembulan bara

aku rindu raut dinda sewindu yang lalu

aku rindu kerling manja seperdetik yang malu

tersipu dan bisu

di diam yang biru

dinda

kalau kita dahaga kerna matahari sedang saga

dan delimamu t’lah haus di birai telaga

tusuklah kakiku dengan kersani paling jingga

sampai mahu pun menimbun bak angin segara

tapi berapi pun jiwa kita tetap terdera

lamun berkelar haru perempuanku

berani laku redah terhadang

tuba berupa manisan digala

diusik menyinga

dibiar menghama

aku pun merasa kurang sabar

aku peras jin yang sedang turun dari langit

biru perang merah jingga yang desak mendesak

t’lah ku curi berita di telinganya

yang tadi berselindung di awan sopak

dan sekarang aku menunggang lintar

pulang ke sanubari dinda

2009

Gagau

malam tetap suam sewaktu embun turun titik demi titik, seakan cuba membalut suara cangkerik. gelap mengurung dirinya yang konon sentiasa ada, sambil cuba ditikam-sulam cahaya yang konon adalah dicipta. tidak terdengar selain oleh malam dan gelap adalah rimbun hati yang berbalah: pecah dan lecah di perdu lagu cangkerik, resah dan desah selaku rindu tercarik—

sungguh, dia meratib bukan lagi kepadamu gusti. dia telah mengusirmu sejak kelmarin. “gusti, demi kasih kepadamu, biar aku ikrarkan tidak tahu.” lalu, dia pun melemparkan kunci ke kerak bumi, merelakan diri terpenjara cinta dewi khidmat. menjerit-jerit adalah dia, ke cuping telinganya sendiri, “dewi bahagia, dengarkan ini sumpah kasih…”

ternyata ada getar di tangkainya, dan gentar di lantainya. cinta-kasihnya sering seakan debunga terhembus—menghinggap, tapi tak selalu jadi kembang. nyali menipis, daya menipis.

dewi khidmat bersetia. lalu ingatkah gusti, dia berpaling kepada engkau yang diusirnya tadi, tersedu-sedu minta keselamatan dan hukuman.

dewi bahagia bersedia. berpalingkah dia darimu gusti? Tanpa ragu menjelirkan yakin dan harapan, dengan ombak di cakerawalanya.

2009

Kata mimpi

biar aku cium saja pipimu

kerana itu keinginanku

dengan mata pejam berkhianat lagi

dan setelah itu adalah bayang kata-kata

dari mimpi kolam, basah, teman lama dan kereta lajunya, dua ayah yang buta, ikan hijau

… engkau, dan goreng cabai

(mimpiku,warna pagi, kembali ke tempat permainan paling lama. Kita lagi-lagi begitu)

telah aku sapu susu

dari punggung pelurumu

dan engkau merasa cemburu

kerna aku menulis puisi

dengan sisa kata dari mimpi

2009Kiriman Berkaitan

Sajak-sajak Murad Ata Murad Ata

Tiga Sajak Shaira Amira Shaira Amira

“Katak-katak telah menghuni kepalaku…” Mohd Jimadie Shah Othman

Sajak-Sajak Yang Mimi Morticia Yang Mimi Morticia

Burung Hitam dan Andy Warhol Abror Rivai

Tegaknya Sebuah Kuil Kali Eddin Khoo

Sajak: Wan Nor Azriq
Domain awam/LIFE Pics

Sebuah Bas Melanggar Saya Dari Belakang

Saya sedang berjalan pulang ke rumah pada suatu malam

apabila sebuah bas melanggar saya dari belakang. Tubuh

saya terpelanting ke dalam longkang. Apabila saya keluar

saya lihat bas itu terlentang terbakar di tengah jalan. Dalam

akhbar keesokan hari, dilaporkan sepuluh orang

penumpang telah mati. Saya membacanya di dalam bas.

Semasa melalui jalan semalam, saya nampak diri saya

berjalan dengan lenggang seolah-olah dia sudah tahu

akan datang lagi sebuah bas untuk melanggarnya dari belakang.

Surat Dari Ogonshoto

Hari ini penduduk Gora-Gora menemui paus biru

di pantai Tubua. Dalam paus biru ditemui pemuda

diselimuti sepanduk protes berdarah. Dalam jantung

pemuda ditemui kura-kura merah. Dalam kura-

kura merah ditemui matahari. Dalam matahari

ditemui sebuah rumah. Dalam sebuah rumah ditemui

sebuah perpustakaan, sebuah meja, sekeping cermin

dan seorang lelaki berkaca mata sedang menatap seorang

lelaki berkaca mata bersenjatakan pena. Penduduk Gora-

Gora resah menanti kesudahan cerita mereka.

Jam Antik Kamar Mandi

Malam ini jika aku bisa bermimpi aku ingin

menjadi jam antik di dinding kamar mandi.

Pernah kutanyakan pada kekasih pertamaku:

“Kalau mandi, tutup atau buka lampu?”

“Tutup. Aku tidak suka tubuhku diintai

mata-mata angka bajingan tua itu.”

Pernah kutanyakan pada kekasih keduaku:

“Kalau mandi, tutup atau buka lampu?”

“Buka. Aku ingin usia tubuhku dibaca

oleh sang pujangga waktu itu.”

Pernah kutanyakan pada kekasih ketigaku:

“Kalau mandi, tutup atau buka lampu?”

“Tak kisah. Tubuhku sudah kau jelajah,

tiada lagi sisa tanah yang dia bisa terjah.”

Malam ini jika aku bisa bermimpi aku ingin

menjadi jam antik di dinding kamar mandi.

Aku ingin lebih mengenali tubuh-tubuh kekasihku

yang tidak pernah ambil peduli akan tubuhku ini.

Cerita Seekor Ikan Duyung

(untuk Roslan Jomel)

Hampir setiap pagi seorang perempuan dalam

komuniti kami akan berlari keluar dari rumahnya

dan menjerit kesana-kesini yang dia sedang

mengandungkan seekor ikan duyung. Kami tahu dia

mereka cerita. Kami tahu dia ingin kami membeli

ceritanya. Tetapi siapakah antara kami yang tidak

pernah merasa perasaan yang sama? Siapakah

antara kami yang tidak pernah dimarahi dan dikuncikan

mulutnya oleh keluarga, kekasih, dan masyarakatnya

kerana mereka cerita tentang seekor ikan duyung

yang hamil dalam diri kami.

Wan Nor Azriq bin Wan Mokhtar berasal dari Alor Setar Kedah. Kini beliau mengajar di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR). Cerpen beliau telah tersiar di majalah Tunas Cipta,Dewan Kosmik dan URTV . Esei kritikannya pernah tersiar di Dewan Sastera. Beliau juga adalah bekas peserta Bengkel Penulisan Cerpen untuk Penulis Muda anjuran DBP pada tahun 2007, dan ahli Kelab Penulis Zaharah Nawawi (KEPEZI). Selain itu beliau juga salah seorang mantan MPR 2007. Penulis tempatan yang diminati ialah Shahnon Ahmad. Penulis antarabangsa yang diminati ialah Haruki Murakami.Kiriman Berkaitan

Sajak-sajak Marsli N.O Marsli N.O

Sajak-sajak Murad Ata Murad Ata

“Katak-katak telah menghuni kepalaku…” Mohd Jimadie Shah Othman

Sajak Mengenang Gus Dur admin

Tiga Sajak Shaira Amira Shaira Amira

Beberapa Cerpen Pendek tentang Korupsi Mohd Jimadie Shah Othman

Pantun Putih Salju
Hela teraju layang semesta

Idamkan sua kening sebaya

Kala salju menggunung rata

Snowman jua yang paling gaya

Inang meludah Hasyim melaju

Lampion retak sini diperban

Yang juga indah di musim salju

Pohon nan botak kini menguban

Berapa peluh saga usia

Songket lapis dekap Izrail

Betapa rapuh raga manusia

Jaket berlapis tetap menggigil

Ampuh ajian menggunting malam

Lampin berbaju terjumpa hantu

Tangguh nian si kucing hitam

Bermain salju tanpa sepatu

Musik jalanan pancing mendendang

Menyapa pintu tepi bersalju

Asyik nian anjing bertandang

Tanpa sepatu tapi berbaju

Sauna dicari pelanggan renang

Nak hasut tinju mari berendam

Karena mentari enggan menjelang

Tak susut salju dari semalam

Ganjil si Atan meramal jiwa

Mentok satu, angin dikunyah

Penginjil militan tak kenal hawa

Ketok pintu ingin berdakwah

Jelang sajian penyubur badan

Santap suka hambarlah rendang

Malang nian pelacur jalanan

Tetap terbuka agar mengundang

Trenggiling kebal dimaksim kawin

Regu tumpengan menyanjung rantang

Yang paling sebal di musim dingin

Tunggu tumpangan tak kunjung datang

Sepuh binasa pualam berhala

Tindik sundal pundi laksana

Sungguh kuasa alam menyela

Mudik Natal jadi bencana

Exeter, 23 Desember 2010Kiriman Berkaitan

Jadilah Orang Moderat yang Anda Cari admin

106 Hafiz Hamzah

Sajak-sajak Murad Ata Murad Ata

Pari-pari admin

Sajak-sajak Charles Bukowski II Charles Bukowski

Kamar Gelap Efek Rumah Kaca admin

Sajak-sajak Charles Bukowski II
Bila Puisi Berlalu

bila puisi berlalu menuju kepada ribuan orang kau

sedar yang kau cuma mencipta

sedikit.

ia turun ke hujan, mentari,

lorong-lorong, malam dan siang setiap

tahun, tepat ke muka.

melepaskannya lebih senang dari hidup

di dalamnya, menaip sebaris lagi bila

bunyian piano keluar melalui radio,

penulis yang hebat terlalu

sedikit bercakap

dan yang terburuk,

terlampau banyak.

Burungbiru

ada seekor burungbiru dalam hatiku yang

mahu bebas

tapi aku cukup keras

aku cakap, tinggal di sana, aku takkan

biar sesiapa ternampak

kau.

ada seekor burungbiru dalam hatiku yang

mahu bebas

tapi aku curahkan wiski padanya dan sedut

asap rokok untuknya

pelacur-pelacur, pelayan bar

dan pekerja kedai runcit

tak pernah tahu

dia

di sana.

ada seekor burungbiru dalam hatiku yang

mahu bebas

tapi cukup keras

aku cakap,

tenang, kau mahu cari pasal

dengan aku?

kau nak kacau kerja-

kerja aku?

kau  ingin hancurkan jualan buku aku

di Eropah?

ada seekor burungbiru dalam hatiku yang

mahu bebas

tapi aku pandai, aku cuma biarkan dia keluar

waktu malam kadang kala

bila semua orang tidur,

aku bicara padanya, aku tahu yang kau di sana,

jadi janganlah

sedih

kemudian aku kurungkan dia kembali,

tapi kicauannya jadi perlahan

di sana, aku belum sedia biarkan dia

mati

dan kami pun tidur bersama

begitu

dengan

persepakatan rahsia kami

dan ianya sudah cukup comel untuk

buatkan jantan

menangis, tapi aku tak

menangis, adakah kau?

Diterjemah oleh Amaluddin Zhafir, seorang penyair muda yang baru-bari ini memenangi Anugerah Bakat Muda Selangor dalam kategori sajak dan puisi.Kiriman Berkaitan

Sajak Mengenang Gus Dur admin

Sajak-Sajak Yang Mimi Morticia Yang Mimi Morticia

Sajak: Charles Bukowski I admin

Tiga Sajak Murad Ata Murad Ata

Gelumang Syair Seorang Perempuan Hafiz Hamzah

Pengantar Koleksi Sajak Christopher Merrill Eddin Khoo

Sajak: Charles Bukowski I
Charles Bukowski

Seperti Sang Pipit

untuk memberi nyawa kau harus mengambil nyawa

dan bila sedih merudum dan berongga

di atas jutaan lautan berdarah

aku rentasi retakan-retakan beting pasir

dengan kaki putih, makhluk berperut putih yang sedang mereput

mampus dan merusuh menentang sekitaran yang kacau.

Wahai anak, aku lakukan padamu  apa yang sang pipit itu

buat pada kau; aku tua bila ianya  kelihatan bergaya untuk menjadi

muda: aku menangis bila ianya kelihatan bergaya untuk ketawa,

aku bencikan kau bila ia hanya perlukan sedikit keberanian

untuk menyintai.

Kawan dalam Kegelapan

masih aku ingat kebuluran dalam

bilik kecil di pekan terasing

bidai ditarik, mendengar

muzik klasik

aku muda, aku masih muda pedih macam pisau

menghiris  dalam

sebab tiada pilihan kecuali bersembunyi

selagi mampu –

bukan merengek tapi menyesal akan had diri:

cuba merungkai.

cuma komposer-komposer tua – Mozart, Bach, Beethoven,

Brahms yang bercakap dengan aku dan

mereka dah mati.

akhirnya, kebulur dan dibelasah, aku kena turun

ke jalanan ditemuduga untuk kerja-kerja

bergaji rendah dan rutin

oleh lelaki pelik yang menghadap meja

lelaki tanpa mata lelaki tanpa muka

jenis yang merampas masa

yang menjahanamkan

yang menghina.

sekarang aku kerja untuk editor pembaca

pengkritik

tapi masih lagi melepak dan minum bersama

Mozart, Bach, Brahms dan

Bee

beberapa kawan sejati

beberapa lelaki

Ada kalanya apa yang kita perlu untuk terus bersendirian

adalah mereka yang telah mati

yang menggetarkan dinding

yang memerangkap kita.

Diterjemah oleh Amaluddin Zhafir, seorang penyair muda yang baru-bari ini memenangi Anugerah Bakat Muda Selangor dalam kategori sajak dan puisi.

Kiriman Berkaitan

Menjadi Islam dengan Berfikir Hafiz Zainuddin

Sajak-sajak Charles Bukowski II Charles Bukowski

Sajak-sajak Wahyudi Yunus Wahyudi Yunus

Empat Sajak Hafiz Hamzah Hafiz Hamzah

Ke Mana Kita dengan ‘Anak Malaysia’? Najwan Halimi

Kanak dan Buku admin

Sajak-Sajak Yang Mimi Morticia
Kepak

Kalau

ku bisa berhenti bercakap tentang

kalau,

maka engkau tak akan

pernah tahu

kalau aku punya kepak

malam itu-

telah ku terbang paling laju,

menggulung diri di ribaanmu

dan

menyimpannya semula di balik pintu.

Dan pakailah

kepak ku,

kapan pun yang kau mahu.

Pasca

Dan di antara

puing puing

ini;

ada

kata manis yang ku telan

dan

senyum simpul tak tertahan.

Solo

Matahari sedikit terlalu

terik

dan

denting ketawamu sedikit

terlalu

bingit.

Aku baru saja ditinggal

cinta yang pergi,

bisakah kalian

sedikit lebih memahami?

Trampoline

Aku mahu lemas,dengan atau tanpamu,

aku mahu lompat tanpa perlu berkira

apa

aku akan terbang

apa

sayapku akan mengkhianatiku

apa

aku malah jatuh ke bawah,dua kaki menjejak bumi

sebelum

melompat dan pergi jauh tinggi dari yang sebelumnya.

Dengan atau tanpamu,Sayang.

Dengan atau tanpamu.

Monogami

Cuma ada satu aturan main dalam perjanjian ini.

Apapun yang

dunia

laki laki

perempuan

dan syaitan

tawarkan –

jangan.

Yang Mimi Morticia © Amri Rohayat

Yang Mimi Morticia, menulis puisi di sela-sela terluang sebagai seorang pelajar perubatan. Kumpulan sajaknya, Tangerin & Nikotin telah diterbitkan beberapa bulan lalu oleh Sang Freud Press.

Kiriman Berkaitan

Sajak-sajak Charles Bukowski II Charles Bukowski

Sajak Mengenang Gus Dur admin

Sri Lanka dan Geoffrey Bawa Ismail Shariff

Beberapa Cerpen Pendek tentang Korupsi Mohd Jimadie Shah Othman

Hantu-hantu Pelabuhan Jutland Mohd Jimadie Shah Othman

Pengantar Koleksi Sajak Christopher Merrill Eddin Khoo