JalanTelawi [Beta] » PAS
Dari Jalan Kebun ke Istana Negara
Tersungkurnya rejim Hosni Mubarak di Mesir mahupun presiden Zine el Abidine Ben Ali di Tunisia awal tahun ini telah jadi igauan ngeri pemerintah Malaysia. Umat Islam khususnya di kedua negara tersebut membuktikan bagaimana kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Perubahan politik di Timur Tengah tak dapat tidak telah merangsang umat di negara-negara Islam lain untuk berjuang mendapatkan demokrasi dan hak kemerdekaan mereka.
Memang Tunisia dan Mesir bukan negara majoriti umat Islam yang pertama melakukan perubahan seradikal dan seberani itu—dengan ratusan orang awam terbunuh dimamah aparat pemerintah, khususnya polis. Dalam sejarah dan peta politik negara-negara Islam lain kita akan mengenang, misalnya, peristiwa “Jumaat Hitam”: hari di mana tumbangnya monarki Iran, dengan terusirnya raja Shah Mohammad Reza Pahlavi, pada 1979.
Begitu juga saat perjuangan demokrasi di negara tetangga, Indonesia—negara majoriti umat Islam terbesar di dunia. Kebangkitan rakyatnya pada September 1998 berjaya mengungsur Seoharto daripada jawatan presiden. Tiga orang mahasiswa Universiti Trisakti yang tumpas di Jakarta ditembak aparat jadi pemangkin kepada gelora kebangkitan rakyat yang tak tertahan-tahan lagi oleh rejim Orda Baru (“Orba”).
Benih Reformasi ‘98
Seiringan itu, di Kuala   Lumpur juga berlangsungnya episod perhimpunan dan demonstrasi sebermula penyingkiran Anwar Ibrahim dari kabinet oleh Dr Mahathir Muhamad. Tak siapa menyangka bagaimana demontrasi besar terjadi di Mesjid Negara dan Dataran Merdeka pada petang 20 September 1998—sebelum pada sebelah malamnya Anwar ditangkap.
~ Peristiwa ini perlu saya tulis-ceritakan berulang-kali sejak tiga-belas tahun lalu kerana ia tak termasuk di dalam mana-mana buku sejarah di sekolah sehingga ada generasi muda yang baru habis sekolah mahupun lepasan universiti langsung tidak tahu bagaimana suasana kebangkitan rakyat ketika itu.
Demonstrasi bukan lagi jadi perkara asing khususnya di Kuala Lumpur apabila hampir tiap minggu ada sahaja orang berhimpun menyatakan protes terhadap pemerintah. Perdana Menteri, Dr Mahathir cuba bermain perang psikologi apabila dengan enteng berulang kali berkata “demontrasi bukan budaya kita”. Maksudnya demontrasi bukan budaya Timur; bukan budaya orang Malaysia; bukan budaya orang Melayu.
Beliau [dan orang-orang yang memakai hujah “Mahathirisme” itu] lupa bahawa kemerdekaan Tanah Melayu diperolehi antara lain adalah dengan jalan demontrasi; bukannya jalan peperangan mahupun keganasan. Beliau juga tidak dapat menutup fakta bagaimana orang Melayu lazim dengan demontrasi bila mana merasakan hak mereka tercabar seperti mana yang pernah ditunjukkan di dalam “kes Natrah” dahulu.
Dengan suara protes yang terus berkumandang dan demonstrasi terus berlangsung sehingga Pilihanraya Umum 1999, Barisan Nasional (BN) menerima tamparan kehilangan banyak kerusi di Parlimen di samping hilang kuasa di Terengganu. Demikian Dr Mahathir seakan-akan menjadi hilang pertimbangan sehingga semua penentangan cuba dihapuskan sejurus selepas beliau memperolehi kembali kuasanya selepas PRU ke-10.
Bayangkan sahaja bagaimana gementarnya penguasa dan elit [khususnya] Umno hari ini apabila di dalam PRU-12 lalu, mereka kehilangan dua-pertiga suara di Parlimen beserta kehilangan lima negeri di Semenanjung. Mereka percaya antara penyumbang dan pemangkin gelombang penolakan terhadap Umno-BN tak lain ialah Perhimpunan Bersih yang pertama, iaitu kira-kira lima bulan sebelum Pilihanraya Umum, Mac 2008.
Elit Umno, termasuk Perdana Menteri Najib Razak semakin sukar menafikan bahawa diri dan kuasa mereka kini di hujung tanduk. Belum pernah sepanjang lebih lima-puluh tahun Umno-BN memerintah, nyawa kekuasaan mereka segenting sekarang. Benang kekuasaan itu bila-bila sahaja boleh putus.
Pengalaman “Jalan Kebun”
Bersih 2.0 ini bukan ulangan Bersih pada November 2007 dahulu. Melihat keadaan pemerintah yang tindakannya semakin tak rasional, perhimpunan kali ini kalau pun boleh disamakan ialah barangkali seperti “Perhimpunan Seratus Ribu Rakyat” yang pernah dianjurkan di Jalan Kebun, Klang pada 2001.
Pengalaman “Jalan Kebun” mengajar oposisi (sama ada parti politik mahupun badan sivil lainnya) bagaimana permohonan untuk menganjurkan perhimpunan di dalam stadium ditolak mentah-mentah. Begitulah Najib tak perlu berpura-pura konon menawarkan stadium untuk rakyat berhimpun. Dahulu pun tak ada rundingan sama sekali yang boleh dibuat; dan, atas sebab itulah sekeping tanah milik individu dipilih untuk menganjurkan perhimpunan.
Pada sebelah malam, beberapa jam sebelum perhimpunan, tuan tanah ditangkap—ini juga memberi pengajaran menjelang 9 Julai hadapan, bagaimana mungkin sahaja akan ada tangkapan besar-besaran di kalangan pemimpin dan panitia Bersih. Terdengar gendang ke arah itu sudahpun dipalu apabila Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein melabelkan Bersih sebagai “organisasi haram”.
Pengerusi Bersih, S. Ambiga dilihat bijak mengilas apabila menyatakan bahawa Bersih kini sudah menjadi bahagian daripada “hati rakyat” yang menuntut pilihanraya yang adil dan bersih; dan Bersih bukan lagi tertumpu pada mana-mana individu atau organisasi. Ringkasnya, “Bersih adalah rakyat dan rakyat adalah Bersih.”
Namun pengisytiharan Hishamuddin bukan kosong-kosong. Penahanan di bawah Ordinan Darurat beberapa pemimpin dan aktivis adalah fasa pertama kepada sesuatu yang lebih menggila termasuklah selepas 9 Julai nanti. Barang diingat, tangkapan besar-besaran bagi menghapuskan terus penentangan terhadap Umno-BN dibuat selepas perhimpunan Jalan Kebun. Dakyah diputarkan dengan kononnya pemimpin dan aktivis Reformasi akan menggulingkan kerajaan dengan cara militan dan mempunyai senjata seperti bom buatan tangan dan pelancar roket.
Operasi tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu dikenali sebagai “Ops-Omega” dan antara individu yang ditangkap—kemudian ditahan dua tahun—termasuklah aktivis Hishamuddin Rais dan Saari Sungib yang kini adalah ADUN Hulu Kelang. Media perdana kemaruk memomok-momokkan kononnya oposisi dan aktivis Reformasi sebagai ganas, militan mahupun pengkhianat negara; sama seperti apa yang boleh kita baca di akhbar mahupun saksikan di TV dalam seminggu-dua ini di mana dakyah anti-Bersih sampai tak dapat diterima akal.
Waima di “Jalan Kebun”, tangkapan dibuat hanya pada hari perhimpunan itu berlangsung, iaitu kira-kira hampir 150 orang yang ditahan. Bersih kali ini, belum pun sampai tarikh 9 Julai; belum pun demonstrasi berlangsung; sudah hampir jumlah yang sama ditangkap sejak lebih seminggu lalu di seluruh negara.
Era kuku besi ala Dr Mahathir berulang. Selain tuduhan yang terkait dengan keganasan, apa yang lebih malang ialah pemerintah sendiri akan mengizinkan beberapa kelompok tajaan mereka untuk meniupkan bara perkauman serta “gadungan Reformasi” yang kini berwatak pertualang.
Demonstrasi di hadapan pejabat kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini menunjukkan perkara tersebut. Perkasa dan Pemuda Umno yang sebelumnya dilihat berlaga angin, akhirnya bersuara sama iaitu cuba berlagak sebagai jagoan Melayu. Mereka ke jalan raya dengan slogan rasis memprotes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di samping hinaan terhadap exco kerajaan Pulau Pinang lainnya.
Tentulah Guan Eng jadi sasaran kerana dia Cina—sedangkan kenyataannya di zaman BN berkuasa pun, ketua menteri Pulau Pinang juga adalah berbangsa Cina. Menyerang Guan Eng dianggap jadi jalan mudah untuk membakar sentimen Melayu.
Begitu juga politik lapuk yang diputarkan iaitu menuduh “Pas dan Keadilan jadi alat DAP”. Di sudut lain, mereka berkata Pas jadi alat Keadilan, atau di tempat Cina mereka tuduh pula DAP jadi alat Pas. Strategi ini seingat saya hanya laku dan berkesan sewaktu Umno-BN menghadapi cabaran Parti Melayu Semangat 46 (S46) penghujung 1980-an dan seawal 90-an dahulu. Tidak lagi selepas itu.
Sejak Reformasi ’98, lebih-lebih lagi selepas 8 Mac 2008, bahasa politik “alat-memperalat” tak lagi lut termasuk kepada orang-orang Melayu yang di atas pagar sekalipun. Anak-anak muda khususnya tak bisa mengerti apa artinya tuduhan “menjadi alat DAP”. Ia tak lebih hanya sebagai khayalan tukang fikir lapuk Umno yang tak habis-habisnya dengan igauan konspirasi ala-PAP Singapura puluhan tahun lalu, sementara PAP sendiri sudah menerima tamparan hebat dalam Pilihanraya Umum di Singapura beberapa bulan lalu.
Yang tak disedari oleh penguasa yang semakin kerasukan itu ialah, perhimpunan Bersih 9 Julai ini akan lebih abstrak daripada apa yang mampu mereka bayangkan. Arus maklumat dan analisa politik di dalam jaringan Facebook (FB) dan Twitter jauh lebih pantas berbanding berita TV mahupun surat khabar pagi. “Gelombang kuning” di FB, misalnya, meninggalkan jauh “lencana merah” yang cuma beberapa kerat. Sesiapa pun boleh sedar realiti ini. Tangkapan aktivis yang mengedar risalah cetakan kertas takkan dapat mengalahkan maklumat yang bergerak jauh lebih pantas di ruang maya.
Agaknya begitulah nasib yang pernah menimpa Seoharto, Mubarak, Ben Ali dan ramai lagi rejim otokratik dan diktator yang tak dapat membayangkan bagaimana rakyat mampu bangkit segagah gelombang laut tengkujuh. Sang penguasa yang mempunyai media, wang ringgit berkepuk, senjata pembunuh dan penjara yang menakutkan pun akhirnya tenggelam, lemas dibawa deras. Terdamparkan mereka di desir sejarah yang kotor lagi hina. Selama-lamanya.
Hasmi bin Hashim, 35—seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat.
Kiriman Berkaitan
Seruan Bersih 2.0 Hasmi bin Hashim
Pilihan Raya dan Maknanya Amin Ahmad
Azmin Ali: 901 Peluang Polis Pulihkan Imej yang Tercalar Ammar Gazali
Membina Negeri Ini Kembali Hasmi bin Hashim
Melepaskan Keterikatan Universiti Hilman Idham
Najib PM Terakhir Umno Hasmi bin Hashim
Tentang Lagu Rasmi Parti Politik
Sudah menjadi suatu keresmian untuk setiap parti politik khususnya di Malaysia memiliki lagu rasmi. Tidak pula dapat dipastikan sejak bila amalan ini bermula, parti mana yang memulakan dan kalau pun ada pengaruh dari manakah pengaruh itu. Tulisan ini tidak akan membincangkan aspek kesejarahan yang disebutkan itu walaupun begitu menarik sekali untuk diteroka. Tulisan ini akan memuatkan ulasan terhadap lagu-lagu rasmi empat buah parti politik yang paling berpengaruh di Malaysia.
Lagu Rasmi Parti Islam Semalaysia (Pas)
<object width="425" height="349" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/4l7JUnxmg1s?fs=1&hl=en_US" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="425" height="349" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/4l7JUnxmg1s?fs=1&hl=en_US" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>
Lagu ini digubah dengan gaya nasyid. Barangkali, kerana ideologi parti ini berasaskan jalur Islam, maka pemilihan genre itu dilihat paling bersesuaian, lebih Islamik. Tidak dinafikan, irama nasyid ini agak mudah untuk dinyanyikan. Dan, mungkin juga kerana nasyid adalah genre muzik popular yang halal pada pandangan atau penerimaan orang-orang PAS. Maka, gaya ini dianggap lebih ‘selamat’ digunakan. Jika elemen-elemen dalam gaya lagu ini dijadikan kayu ukur untuk melihat minat, keyakinan dan kefahaman mereka pada seni dan budaya maka dapat dikatakan masih cetek dan simplistik. Lagu ini tidak membakar semangat, durasinya juga terlalu panjang.
Lagu PKR
<object width="425" height="349" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/XBFy_aqlhg4?fs=1&hl=en_US" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="425" height="349" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/XBFy_aqlhg4?fs=1&hl=en_US" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>
Lagu ini, jika ditanggalkan muziknya, akan kedengaran seperti nyanyian kanak-kanak yang sedang menyanyi di taman asuhan. Sambil menyanyi mereka bertepuk tangan bersama-sama dengan riang gembira. Ini kerana melodinya amat langgam sekali, yakni cara nyanyian yang bersahaja, amat mudah dinyanyikan oleh sesiapa pun. Susunan muzik pula amat mendatar dengan iramanya dengan mengikut kontuar melodi. Lagu ini seakan cuba disampaikan sebagai lagu patriotik yang amat tipikal. Maknanya, lagu ini tidak ranggi mengikut selera orang muda dan zaman baru. Keadilan, Keadilan…, bukanlah attacking phrase atau attention part yang indah tetapi keras.
Lagu DAP
<object width="425" height="349" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/9S_l_S9_vVY?fs=1&hl=en_US" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="425" height="349" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/9S_l_S9_vVY?fs=1&hl=en_US" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>
Dari segi teknikal rakaman, barangkali inilah lagu dengan mutu rakaman yang paling baik di antara lagu parti-parti politik yang lain. Susunan harmoninya agak kemas. Sedikit sebanyak, menunjukkan ada latar kefahaman pada mutu dan budaya kerja.  Ada nada-nada rendah untuk memujuk perasaan. Melodi pada versa tidak menarik berbanding melodi pada korus lagu. Mengapa begitu? ini adalah kerana, “Too many notes,” kata Emperor dalam filem Amedues.
Apabila menyanyi dengan melodi pada nada yang rendah dan mengunakan banyak not, maka keseluruhan lagu kurang menangkap selera orang untuk turut menyanyi. Barangkali, not yang banyak ini terjadi kerana orang politik mahu lirik itu begitu atau mahu mengikut fahamnya, secara tidak langsung not akan bertambah mengikut lirik-lirik itu. Mengapa dalam kempen pilihanraya mereka begitu bijak mencipta akronim atau slogan-slogan yang ringkas dan padat, tetapi dalam lagu tidak begitu, mengapa?
Lagu UMNO
<object width="425" height="349" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/vz2ff2pujIo?fs=1&hl=en_US" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="425" height="349" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/vz2ff2pujIo?fs=1&hl=en_US" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>
Barangkali, inilah lagu politik paling popular di Malaysia. Melodinya sangat kemelayuan, sudah cukup untuk menarik minat semua lapisan masyarakat Melayu untuk menyanyikannya. Susunan pada nyanyian bukan secara harmoni tetapi nyanyian secara ‘beramai-ramai’ macam menyanyi di majlis kenduri-kendara. Vokal wanita sangat kedengaran dengan suara ‘makcik-makcik’ dan ‘pakcik-pakcik’ dan ia sangat ‘kampung’ tetapi semua ini sangat praktis dan kena dengan selera orang Melayu.
Kesimpulan
Jika semua lagu-lagu ini kita tukarkan temponya yang asal kepada tempo yang perlahan, atau kita tanggalkan semua instrumennya. Mungkin kita akan merasa atau akan kedengaran tidak enak lagi, paling tidak, ia tak akan seenak dari tempo asal lagunya. Ini menunjukkan, kekuatan lagu ini bukan terletak pada melodi, lirik atau iramanya, tetapi pada rentak.
Sekalipun key dan kelajuan (speed tempo) semua lagu-lagu ini berbeza antara satu sama lain, tetapi dari segi rentak, ia masih sama iaitu berasaskan rentak march. Baik lagu Keadilan, DAP, UMNO dan Pas, asas rentaknya adalah marching. Apakah ini gambaran mentaliti orang-orang politik kita yang asasnya sama?
Secara teori, lagu-lagu ini bertemakan nasionalisme atau mungkin patriotisme. Maka rentak march menjadi pilihan mereka, kerana hanya rentak itu sahaja yang mereka tahu. Atau barangkali (untuk bersangka baik), rentak march dianggap rentak paling sesuai, mudah dan popular, seperti mana lagu Internationale.
Lagu-lagu ini tidak akan membawa kita atau parti politik itu ke mana-mana. Ia kekal menjadi lagu tema atau lagu rasmi. Rasmi ini samalah dengan konsep menginstitusikan sesuatu. Berbeza dengan negara lain, di Malaysia, apa saja yang di-institusikan akan berakhir dengan kegagalan. Lihat persatuan PAPITA, SENIMAN, KARYAWAN, FINAS, Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya. Kesemua ini pada akhirnya akan menjadi sangat rigid, keras dan kaku.
Sebaliknya, lagu-lagu folk (rakyat) akan menjadi lebih bererti kepada pengikut atau rakyatnya. Kerana lagu folk adalah lagu rentas budaya, bangsa, ideologi dan agama. Lagu rakyat adalah lagu yang dihasilkan kerana rakyat ingin menghasilkannya, ia sebagai merai dirinya atau komunitinya.
Lagu rakyat tidak kira apa bangsa sekalipun, akan menceritakan hal sebenar, keinginan sebenar dan keadaan sebenar dunia mereka (rakyat). Lagu rakyat tidak mempedulikan lirik untuk apa atau untuk menarik perhatian sesiapa. Mereka mahu menyanyi irama kesukaan mereka, itulah lagu rakyat. Pernah kita dengar mana-mana parti politik kita cuba mengangkat lagu-lagu rakyat yang kita miliki? Tidak.
Zaman akan terus berubah, yang masih payah mahu berubah adalah orang-orang politik. Mereka (orang politik) harus lebih sedar tentang budaya. Jika tidak tahu harus ambil tahu. Jika ingin bertanya, tanyalah yang tahu.
Sama-sama nikmati lagu rakyat bangsa Yahudi ini. Bagi aku, irama dan lagu, termasuk liriknya bersatu menjadi sebuah nyanyian yang sederhana – indah.
<object width="425" height="349" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/BqzGZ5AaeSs?fs=1&hl=en_US" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="425" height="349" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/BqzGZ5AaeSs?fs=1&hl=en_US" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>
Dona-dona
On a wagon bound for market
There’s a calf with a mournful eye.
High above him there’s a swallow
Winging swiftly through the sky.
How the winds are laughing
They laugh with all their might
Laugh and laugh the whole day through
And half the summer’s night.
Dona, dona, dona, dona,
Dona, dona, dona, do,
Dona, dona, dona, dona,
Dona, dona, dona, do.
“Stop complaining,” said the farmer,
“Who told you a calf to be?
Why don’t you have wings to fly with
Like the swallow so proud and free?”
How the winds are laughing …
Calves are easily bound and slaughtered
Never knowing the reason why.
But whoever treasures freedom,
Like the swallow has learned to fly.Kiriman Berkaitan
Kolumnis JalanTelawi Menang AJL26 Sidang Editor
Phil Ochs Meor Yusof Aziddin
Kilasan Tentang Seorang Seniman Mazir Ibrahim
Sore: Satu Upaya Apresiasi Ammar Gazali
Rock Kapak Tangkap Leleh Buddhi Hekayat
Sore: Ports of Lima Hafiz Hamzah
Buat Baca Bob Lokman
Bob Lokman                           © fadzir_abdullah
Tuan, selamat masuk Pas.
Di hari Tuan menyerahkan borang, apa kata Tuan; alasan masuk sebuah parti politik—kerabat Pakatan Rakyat—apabila anak-anak Tuan, “disuruh sembahyang tidak mahu”, “disuruh sembahyang, payah.”
Segala itu, dikatakan berpunca daripada Sistem Pendidikan pemerintah yang tak meletakkan tauhid sebagai hal tertinggi. Yang slogannya “Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan.”
Di dalam ceramah di sebuah mesjid, yang lain, Tuan juga menceritakan bagaimana sahabat baik Tuan, Jalil Ngah namanya. Dia orang baik—walau tak sembahyang. Dia berniat untuk memberi makanan kepada orang miskin di ceruk kampung mana. Dia tak sempat melakukan semua itu. Lalu meninggal dunia. Sewaktu jenazah di liang lahat, Tuan melihat diri Tuan sendiri di sana.
Saya juga gementar apabila di satu ketika, Tuan dengan seperti yakin menyebutkan bahawa Tuan rela mati, karena ugama. Iaitu, karena Islam.
Tiga belas tahun lalu—mungkin sahaja lebih—saya juga memikirkan hal sedemikian adanya. Sementara sejak 1998, saya terlibat dalam Gerakan Reformasi. Pada umur yang terlalu muda, kala itu. Sehingga di dalam Pilihanraya Kecil Ijok, 2007, saya melihat Tuan bersama bala tentara Barisan Nasional (BN).
Ada saya adukan apa yang saya nampak, kepada kawan-kawan seniman yang lain. Termasuk arwah Loloq. Dia senyum. Bahkan, Tuan juga tahu bagaimana ada sahaja kawan karyawan yang mendapat biaya jutaan ringgit untuk membawa turun penyanyi secara besar-besaran dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas.
Betul-betul saya pasang telinga apabila di dalam banyak ceramah Tuan bercakap tentang rosaknya mata kita sebagai lelaki Muslim apabila melihat perempuan mendedahkan aurat. Seraya itu, kata Tuan, dunia hiburan (khususnya filem dan drama) adalah dunia yang hipokrit; iaitu, istilah lain kepada “munafik”.
Demikian nekadnya Tuan meninggalkan rancangan Maharaja Lawak yang disiarkan secara langsung.
Tuan Bob,
Kita tak pernah berjumpa.
Hanya, sedikit pengalaman saya bersama Gerakan Reformasi sejak 1998 sehingga kini, selain melihat kebejatan pemimpin dan pemerintah, dunia yang ideal adalah tak wujud. Kenyataan pedih yang wajar diterima Adam dan Hawa serta anak cucu-cicitnya ialah manusia sekarang berada di dunia. Sementara hakikat dunia ialah sebuah hidupan yang penuh cacat-cela.
Apa yang mungkin kita lakukan, tak lebih untuk memperbaiki segala kecacat-celaan dunia ini. Lalu, datang dan turunlah ugama. Menjadi petunjuk jelas—selain dalam banyak jejak keilmuan dan sarjana Muslim, jejak kebenaran juga tercapai dengan keupayaan akal manusia.
Apa yang menjadikan saya gementar, tentu sahaja sikap keterlaluan manusia. Baik keterlaluan mereka dalam tugas-tugas akhirat mahupun tugas-tugas duniawi. Ia tak pernah punya beda. Sementara jalan tengah yang diunjurkan Islam, ialah sederhana. Sejajar hadith Nabi yang selalu kita ingat untuk mengingati Tuhan seolah-olah kita akan mati esok hari, dan mengingati dunia seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi.
Masalah pemikiran Umat Islam ialah sikap melampau dan keterlaluan ini; terutama sejak empayar-empayar besar Muslim runtuh termasuk yang di Timur Tengah mahupun yang di Eropah seperti Andalusia.
Jiwa umat menjadi emosi. Tidak tenang. Harapan sebuah kebangkitan hanya berakhir dengan rasa sayu yang sia-sia. Mata umat terseliput untuk rasional dan melihat kenyataan dunia ini dengan jernih. Demikian kalau masalah akhlak anak-anak kita adalah perlambangan kepada masalah sistem pendidikan yang luluh-binasa, maka ada jalan lain yang masih dimiliki oleh ibu-bapa iaitu mempergiat pendidikan langsung kepada anak-anak. Termasuk dalam soal ugama.
Saya tak fikir, ia adalah masalah politik yang perlu dijadikan alasan besar mengapa seseorang yang dahulunya bukan di dalam jamaah Islam, kemudian masuk ke dalam jamaah. Menyertai jamaah tentu dengan alasan dan cita-cita yang jelas.
Politik menekan individu. Namun, individu yang mahu ke hadapan dan bersuara harus sahaja melihat peran politik yang lebih besar daripada hanya masalah dirinya. Orang lain yang tak mempunyai apa-apa, bahkan tak mampu mengirim anak mereka ke sekolah mempunyai alasan yang lebih kukuh untuk menuntut hak mereka. Ya, kata dasar di sini ialah “hak”.
Apakah “hak” seseorang warganegara yang sudah dirampas pemerintah? Itulah persoalan yang wajar dijadikan hujah politik, lebih-lebih lagi untuk menyertai sesebuah jemaah politik.
Sebab itu sejak 1998, soal keadilan menjadi perkara pokok di dalam banyak diskusi politik. Dasar ketiga-tiga parti (Keadilan, Pas dan DAP) ialah untuk melihat bagaimana hak warganegara dirampas atau tak ditunaikan pemerintah. Sehingga apa pun yang mahu dilakukan rakyat sebagai hak rakyat, tak diberikan.
Termasuk di dalam soal seni-budaya. Apakah kita boleh meletakkan soal pelakon yang berpakaian menutup aurat atau tidak sebagai persoalan pemerintah? Lebih-lebih lagi dalam waktu kita bercakap soal “tasauf”…
Keputusan Tuan menyertai mana-mana jemaah politik sangat saya hormat. Kemudian, kehendak Tuan untuk turun berdakwah memang cukup mengagumkan. Begitulah makna dakwah juga tak pernah kecil dan sempit.
Generasi seperti saya adalah generasi yang membesar dengan irama rock Melayu. Antara lagu popular yang masuk dalam jantung kami tak lain ialah “Isabella”, yang liriknya Tuan tulis. Maka, andai wujud kebangkitan rakyat 1998 itu, tentu sahaja di kalangan anak-anak muda yang membesar dengan lagu Isabella dan di dalam kalbu mereka mempunyai ruh untuk kaseh sesama umat walaupun berlainan ugama.
Pada saya, jasa Tuan yang ini cukup besar. Moga dengan rahmat Tuhan yang Maha Pengasih, Tuan kelak di suatu waktu akan ditempatkan bersama orang-orang yang saleh dengan lirik yang menyampaikan kebaikan dan kebenaran yang sampai begitu adanya. Yang melebar sehingga hampir ke seluruh Nusantara.
Kalaulah, ada manusia yang ke jantung hatinya tersusuk lagu itu tetapi masih melakukan durjana, saya tak fikir Tuan perlu merasa berdosa. Ia samalah seperti dakwah langsung yang Tuan lakukan hari ini, apakah Tuan bisa jamin bahawa semua yang mendengar itu kelak seratus peratus akan berbuat baik? Saya tak fikir begitu…
Tuan Bob,
Kita tak pernah berjumpa, kala mana sekarang saya bertatih untuk belajar menulis lirik—selain hanya menulis satu-satu pekerjaan yang terupaya saya lakukan sejak belasan tahun lalu. Di tambah pula, saya sudah bersama Gerakan Reformasi kala Tuan masih bersama Umno-BN. Tak pernah pada bibir dan mulut saya untuk mencerca bidang seni-budaya dan menyebutkan bahawa bidang itu sebagai total hipokrit dan munafik sementara saya juga insafi, di dalam mana-mana parti dan jamaah sekalipun tetap ada orang yang hipokrit dan munafik.
Keperluan berada di dalam saf dan jamaah yang dikatakan Islam dan pembawa keadilan dan kebenaran tak lebih adalah untuk memperbaiki sistem—seperti yang Tuan keluhkan—dan bukannya untuk campur tangan merobek-robek hati sesiapa. Setiap individu dilahirkan bebas merdeka. Itu jaminan Tuhan.
Sehinggalah dia melakukan kejahatan dan kezaliman kepada orang lain, maka di situ kebebasannya pun tamat. Kemuliaannya pun habis.
Hasmi bin Hashim, seorang penulis yang berpolitik dan juga seorang politikus yang menulis.Kiriman Berkaitan
Satira Jangan Gelap Hati Hasmi bin Hashim
Siri 2: Surat Kedua dan Ketiga Rainer Maria Rilke admin
“J’accuse”: Dreyfus di Zaman Kita (II) Jacqueline Rose
Sasterawan Wajar Berjiwa Besar Lee Ban Chen
Kajang Pak Malau Kajang Berlipat Hasmi bin Hashim
Quo Vadis PAS? Amin Ahmad
Matangkah Universiti Jika Anggap Mahasiswa Tidak Matang?
Pulang  daripada acara penubuhan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Kolej  Era Baru (New Era College) di Kajang, Selangor antara 2004, 2005, saya  diajak rakan-rakan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)  menziarahi mereka di Anjung Rahmat, Gombak.
Untuk mereka yang  belum tahu  sejarah awal badan pelajar itu maka inilah dimaklumkan bahawa ketika  tahun inilah SMM ditubuhkan. Sengaja saya sebut hal ini kerana ketika  menurunkan catatan di sini, ada forum Suara Siswa yang tajuknya mungkin  membangkitkan radangan dan garangan sesetengah kita.
Adapun tajuknya berbunyi – adakah mahasiswa hari ini sudah matang?
Jadi,  ketika baru pulang dari Kolej Era Baru di Kajang sekitar 5 atau 6 tahun  lalu, saya lihat mahasiswa itu sudah matang bertindak kerana sudah  berani menubuhkan suatu badan induk; SMM yang kemudian menggabungkan  tenaga dan menyatukan upaya beberapa buah persatuan mahasiswa di  bawahnya.
Maka, tenaga mahasiswa yang terpisah-pisah dengan  haluan masing-masing boleh dianggap sudah pun mencapai tahap  kesempurnaan apabila mereka boleh bersatu di bawah bumbung SMM itu.
Walaupun  SMM itu barangkali tidaklah sepenuhnya menyatukan, tetapi  setidak-tidaknya kami bergerak sendiri dan berbincang untuk memikirkan  bagaimana mahu mengukuhkan kedudukan dan menyatukan gerakan mahasiswa  saat itu. SMM tertubuh bukan anjuran Pas, ABIM JIM, DAP, PKR serta  orang-orang tua dalam gerakan dakwah dan ia tiada kena-mengena dalam  rangka cadangan parti-parti politik.
Malah, pihak pentadbiran  Kolej Era Baru itu bukanlah pencetus kepada kelahiran SMM. Jika ada  ruang kesempatan, nanti kita ceritakan hal asal-usul kelahiran SMM  mengikut versi saya, insya Allah Ta’ala.
Jadi kami menggunakan  wang, tenaga dan tempat kami sendiri untuk membidankan kelahiran SMM itu  sendiri. Pendek kata, kami rangka penubuhan SMM tanpa campur tangan  sesiapa; baik pemerintah atau pembangkang. Kami menyokong dan  mendokongnya atas rasa sedar kami sendiri kerana kami matang!
Hal  ini dikemukakan untuk menolak andaian palsu bahawa mahasiswa itu tidak  matang kerana mereka ini kerap dipengaruhi oleh unsur-unsur yang  kononnya subversif dan menggugat kestabilan awam.
Hang Nadim yang matang fikirannya
Kembali  kepada kisah di Anjung Rahmat. Kebetulan, pada malam itu ada usrah  melibatkan pimpinan di sana. Maka, tiba masa saya bercakap malam itu.  Lalu, terlintas di fikiran untuk bercakap hal kewujudan anak Melayu yang  matang fikirannya walau watak itu masih anak-anak kecil.
“Namanya  Hang Nadim,” kata saya memulakan bualan. “Dengan kematangan fikiran,  anak ini, dengan izin Allah, mengeluarkan Singapura daripada kemelut  gugatan todak yang menyerang perairan pulau.”
Tetapi, bagai yang  diketahui semua, gara-gara kebijaksanaan budak ini dan kematangan  berfikirnya, dia terhukum bunuh oleh nasihat busuk para pembesar  Singapura. Kononnya, Hang Nadim apabila dewasa kelak, pasti akan  merampas takhta kekuasaan sultan.
Yang jelas ternyata, hari ini  Singapura adalah sebuah negara republik yang tiada lagi beraja sultan  sejak sultan di Kg Gelam runtuh oleh  cengkaman penjajahan luar. Entah di mana para pembesar saat itu tidak  diketahui. Rupa-rupanya, kematangan anak-anak muda inilah yang sering  ditakuti para pembesar!
Sejarah tidak menipu dan sejarah itu guru  bagi mereka yang ingin menilainya secara sedar dan bersedia pula  bermuhasabah dengan munasabah terhadap pergulatan masyarakat sebelum  kita.
Matang dan ranum buah fikiran
Matang  itu bagaikan ranum bagi buah. Kitab hukum feqah memperkenal beberapa  istilah yang bolehlah dinisbahkan sebagai taraf matang dan disandarkan  sebagai tahap waras bertindak.
Kita tahu istilah ‘mumaiyiz’ dan  ‘akil baligh’. Ada hukum feqah yang tidak benarkan urusniaga jual beli  melibatkan kanak-kanak kerana takut berlaku penipuan sedangkan  kanak-kanak itu tiada mengetahui.
Tetapi, ada juga anak-anak yang  dilibatkan dalam mesyuarat pentadbiran negara sehingga anak itu telah  menegur khalifah, “Jika usiaku  dianggap tidak layak berada di sini untuk bercakap mewakili kampung  aku, maka ketahuilah olehmu wahai khalifah, anda tidak layak berada di  tempat pemerintahan itu.”
Ya… Ketika menulis ini, Suara Siswa  sedang membawa tajuk ‘adakah siswa hari ini matang?’ Majlis itu dibuka  dengan mukadimah tari-menari, juga ditutup dengan acara tari-menari.
Begitulah  satu-satunya acara ilmiah di RTM yang mengajak kita bertukar-tukar  fikiran yang ada sisipan tari-menari. Acara RTM lain yang melibatkan  debat berat, tiada pula sisipan acara tari-menari sebegini.
Jadi,  berbalik kepada hubungan pertalian antara ‘matang’ dan ‘ranum’, maka  kita boleh tafsirkan bahawa dalam kehidupan ini, telah ada tempoh-tempoh  dan jangkamasa yang membenarkan kita melaksanakan sesuatu tugas berat  seperti berkorban mengeluarkan sesuatu.
Misalnya, ketika cukup  ‘haul’nya (matang), maka kita diwajibkan mengeluarkan zakat – perniagaan  dan haiwan ternak dan hasil  perladangan dan pertanian; gandum dan beras. Juga, bila tiba tempoh  ‘matang’, maka diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas emas pelaburan.
Luka  dan kecederaan di tubuh misalnya akan bertaut semula dalam tempoh  tertentu. Masa bertaut luka itu sepenuhnya dan sihat sepenuhnya itu  boleh dikatakan sebagai tempoh ‘matang’.
Kita terpaksa penat  berhujah begini, sebabnya kebanyakan ahli masyarakat seperti gagal  berfikir halus ketika menilai kedudukan kebenaran. Haruslah ditampilkan  hujah seperti hubungan matang dan ranum dan mengaitkannya pula dengan  persoalan cukup tempoh ‘haul’ sehingga wajib dikenakan zakat untuk  haiwan ternakan dan hasil pertanian.
Ya, ada banyak lagi  contohnya. Bayi dalam kandungan pun ada tempoh ‘matang’nya dalam  kandungan itu selama 9 bulan pada adat kebiasaannya.
Namun, ada  anak-anak yang lama berada di dalam kandungan ibunya, melebihi tempoh  matang seperti Imam Muhammad bin Idris As-Shafie. Juga, sejarah  menunjukkan bahawa Imam Abu Hanifah ketika masih budak-budak, tetapi  sudah mencapai tahap kematangan berhujah ketika menewaskan hujah  Ad-Dahri yang tidak percaya kewujudan Tuhan.
Juga jika matang  ini diibaratkan ranum pada buah, maka ada juga buah yang dipetik ketika  masih muda lalu ia masak dan ‘matang’ dengan sendirinya dalam pelayaran  jauh seperti dipantunkan orang…
“Pisang emas dibawa berlayar, masak sebiji di atas peti…”
Ini  bermaksud, kadangkala tiada salah dan tiada masalahnya jika kita  memetik buah yang belum ranum matang, belum masak. Ini kerana, buah yang  belum ranum itu pun boleh ranum dengan sendirinya.
Jadi, tiada  salahnya jika dibenarkan anak-anak muda yang kita anggap belum matang  itu menganggotai parti. Ini kerana, tidak mustahil mahasiswa yang  didakwa tidak matang tadi, akan ‘dimatangkan’ dengan keterlibatan mereka  dalam parti seperti contoh buah muda yang  dipetik sebelum tempoh ranumnya.
Dengan teknologi perubatan  canggih, sudah ada bayi yang lahir tidak cukup bulan, tidak matang dalam  kandungan berjaya diselamatkan dan akhirnya tumbuh membesar sebagai  biasa.
Yang tidak selamat hari ini ialah bayi-bayi yang lahir  cukup bulan (matang), cukup sifat tetapi akhirnya ditemui mati di tepi  longkang, di tepi tasik oleh anak-anak muda yang tidak matang. Akan  tetapi, AUKU dan pentadbir universiti sendiri bukan berwaspada dengan hal ini  pun.
Auku bukanlah mengawal sangat gejala mahasiswa-mahasiswi  berpeleseran dan bersekedudukan sebab mereka ini tidak mengganggu  politik kepartian dan tidak mengganggu periuk nasi pentadbir universiti.
Bukannya  tidak ada kes mahasiswa termengandung, melahirkan anak luar nikah di  kolej kediaman dan ketika semua ini berlaku. Tapi, ‘matang’ atau ‘tidak  matang’ siswa-siswi yang hidup bersekedudukan ini bukan lagi persoalan,  selagi mereka tidak mengancam ketenteraman  ahli parti pemerintah dan anganan pentadbir universiti yang menyimpan  cita-cita besar untuk jadi menteri kemudian hari.
Siswa kita; buah ranum yang tidak dijual di pasaran?
Sebenarnya,  ada banyak buah fikiran siswa yang terjelma dalam tesis Master, PhD  bahasa Melayu yang sudah ranum masak di universiti yang boleh dijual di  pasaran terbuka juga di peringkat antarabangsa.
Rasa rendah diri  parti pemerintah yang menyangka bahasa Melayu ini berada di tahap  rendah dan juga dasar PPSMI telah membawa kita kembali terkebelakang.  Juga, ada mahasiswa yang barangkali sudah ada pemikiran bernas untuk  dibentangkan di peringkat antarabangsa.
Tetapi, kalaulah  pensyarah pun disulitkan untuk membentang hasil kajiannya di peringkat  antarabangsa maka betapalah pula mahasiswa itu sendiri? Lebih lagi  mereka sukar mendapat tempat, lalu mahasiswa ini pula diserang keraguan  apakah buah fikiran mereka ini wajar  diketengahkan kepada pasaran luar.
Kalaulah pihak universiti  memberi sedikit kelonggaran dan kebebasan dengan membiarkan mereka ini  membuat sedikit ‘kesilapan’ dalam mengutarakan hujah, siswa akan mudah  betulkan kesilapan mereka, kerana mereka ini bukan ahli-ahli politik  yang berkepentingan. Mahasiswa ini lebih jujur.
Dalam hal ini,  pentadbiran universiti lebih tidak jujur kerana mereka ada kepentingan.  Ada yang mahu bertindak keras ke atas mahasiswa kerana memikirkan dengan  cara itu, mereka boleh menjadi pegawai di kementerian pengajian tinggi.  Pada zaman saya, ada TNC yang sampai bercita-cita menjadi menteri.
Antara UKM4 dan ‘Bini Puaka’
Hari ini, ada dua peristiwa besar membabitkan mahasiswa, iaitu UKM4 di UKM dan ‘Bini Puaka’ yang melibatkan mahasiswa UM.
Barangkali,  kes UKM4 yang paling memalukan universiti kerana  melibatkan hukuman ketika siswa ini cuba-cuba masuk belajar ke dalam  dunia kepartian; sesuatu yang dianggap biasa, normal di luar negara.
Sehingga  kini kita tertanya-tanya adakah tindakan ke atas UKM4 itu diisyaratkan  oleh menteri atau pun hanya tindakan segera yang diputuskan oleh  bahagian universiti sahaja?
Demikian juga dengan isu ‘Bini Puaka’  ini. Siapa yang mengarahkan supaya mahasiswa ini dibicarakan di  mahkamah? Adakah hukuman ini atas inisiatif universiti atau pun kerajaan  atau ‘bini PM’ sendiri?
Ya, pada masa depan, akan lebih banyak  persoalan berbanding jawapan-jawapan. Mendengar jawapan kalangan  pemimpin pelajar yang melihat dirinya belum matang, dan oleh kerana itu,  perlu dibuat suatu peraturan agar dirinya sendiri dan rakan-rakan siswa  tidak dibenarkan menceburi parti tentu ia menjadi kenang-kenangan lucu  dan bahan ketawa mahasiswa pada masa depan.
Betapa tidak! Jika  pemimpin siswa itu mengaku dirinya tidak  matang atau belum matang, maka biarlah dia sahaja yang tidak masuk ke  dunia kepartian kerana dia sedar diri bahawa dia belum matang.
Kenapa  harus ada pelajar matang yang tidak dibenarkan berparti, hanya kerana  ada segelintir pimpinan pelajar yang mendakwa dirinya sendiri belum  matang?
Kita tidak boleh menafikan bahawa ada pemimpin pelajar  yang tidak matang dan belum matang kerana mereka sendiri jujur mengakui  bahawa ‘mereka sendiri’ (iaitu pemimpin pelajar) tidak matang. Ini suatu  pengakuan jujur yang perlu kita raikan. Bukan senang mendengar  pengakuan pemimpin pelajar bahawa mereka sendiri tidak matang.
(Soal  bagaimana mereka boleh menjadi pemimpin pelajar dalam keadaan mereka  tidak matang, hal itu boleh kita debatkan kemudian jika ada permintaan  untuk mendebatkannya.)
Keadaan mahasiswa hari ini lebih kurang begini – contohnya ada 10,000 mahasiswa daripada 10 buah kampus. Di dalam  10 buah kampus, ada 10 pemimpin pelajar yang mengaku dirinya tidak matang.
Maka,  bagaimana mungkin pemimpin pelajar itu mendakwa bahawa keseluruhan  10,000 mahasiswa itu tidak matang hanya kerana bersandarkan,  bernisbahkan dan merujuk hal ketidakmatangan 10 pemimpin pelajar itu  sendiri? Kurang lebih… inilah gambaran yang berlaku hari ini.
Berukkan diri sendiri, jangan diberukkan manusia lain
Hal  ini, bolehlah diibaratkan sebagai pendirian Charles Darwin yang  berpendirian semua manusia hari ini berasal daripada beruk. Memang ada  ramai pihak yang menentang. Malah, ada juga yang bersetuju.
Tapi  kalau Charles Darwin sendiri mahu menganggap keturunannya berasal  daripada beruk, ya silakan, tiada siapa yang akan marah. Tapi, dalam  kajiannya, Darwin merumuskan bahawa keturunannya datang daripada beruk,  lalu dia bertindak ‘memberukkan’ manusia lainnya, itu memburukkan  keadaan.
Demikianlah pesan ringkas buat para pemimpin mahasiswa  tadi. Kalau berasa diri sendiri tidak matang, kita terima kejujuran anda  mengakui diri sendiri tidak matang dan kita terima, bahawa di atas  keinsafan anda tidak matang, lalu anda ambil keputusan untuk tidak  menyertai parti.
Ini satu hukum dan keputusan yang anda tegakkan  ke atas diri sendiri dan tidak melibatkan mahasiswa lain yang sudah  ranum fikiran dan matang tindakan. Tiada yang marah-marah jika anda  berfikir begini.
Tapi, janganlah menjadi seperti Darwin; anggap  dirinya keturunan beruk lalu diberukkan yang lain. Ini, demi  sesungguhnya memburukkan keadaan dan ia adalah suatu jenayah ilmu yang  jelas ketara.
Sungguh kurang asam. Melihat diri dan jalur  keturunannya adalah beruk hal itu diharuskan. Tapi ketika jangkauan  kajiannya ‘memberukkan’ manusia lain secara keseluruhan, itu patut  ‘diharamjadahkan’ dan… ya… pelajaran yang ‘matang’ inilah yang telah  menjadi bahan kuliah di universiti-universiti Barat.
Jadi, jika  pemimpin siswa tadi sedar diri bahawa dia tidak matang, maka tindakan  tidak masuk parti itu cuma khas buat dirinya sahaja dan tidak menjadi  hal rujukan umum bagi pelajar lain. Malah, pemimpin siswa yang  mengumumkan dirinya tidak matang, tidak sepatutnya menjadi pemimpin  pelajar pun!
Bagi pemimpin pelajar yang tidak matang ini  jangankan menceburi parti politik. Untuk memimpin satu gerakan mulia  seperti gerakan mahasiswa ini pun mereka belum layak.
Hari ini,  bagi yang sedar, kita patut berasa sedih dengan kejahilan pemimpin yang  akhirnya membarah kepada kejahilan orang-orang yang dipimpinnya.
Kepada mereka yang tidak puas hati  dengan kenyataan ini apabila kita sebut pentadbir universiti sudah  melampau, maka perhatikan kes-kes yang pernah berlaku di bawah ini.
Ketika  pilihan raya kampus berlangsung, sebelum ini, maka UPM membatalkan  kedudukan mahasiswa yang ingin bertanding kerana mereka berkempen  melalui Facebook (walhal FB ini sudah jadi fenomena dunia sehingga  pemimpin dunia termasuk Najib Razak berkempen di Facebook mengenai  1Malaysia.)
Tapi, di USM terbalik pula. Naib Canselor berkata  tempoh berkempen pilihan raya tidak perlu panjang, apatah lagi sekarang  ini sudah muncul blog dan Facebook! Di sini pun, kita boleh lihat siapa  yang tidak matang sebenarnya. Kita mesti malu kerana  menyimpan pembuat dasar pilihan raya kampus seperti ini.
Rumusan  awal-pemikiran Hal Ehwal Pelajar (HEP) termasuk menteri-menteri itulah  yang tidak matang apabila mereka menyifatkan pandangan mahasiswa secara  keseluruhannya itu tidak matang.
Rumusan keduanya–pemimpin  mahasiswa yang sedar dirinya tidak matang, tidak boleh mengandaikan  bahawa semua mahasiswa tidak matang seperti dirinya. Malah, mereka tidak  layak menjadi pemimpin pelajar kerana sedar diri bahawa mereka sendiri  tidak matang berfikir.
Rumusan ketiga-kerajaan tidaklah  sepatutnya membuat keputusan dan menghukumkan bahawa ‘haram’ pelajar  berparti hanya berpandukan ketidakmatangan pemimpin pelajar Aspirasi  asuhan mereka sendiri. Kita perlu insaf sedar bahawa, ada siswa matang,  tetapi enggan berparti kerana itu bukan minat mereka.
Begitulah  ceritanya. Daripada ‘gerakan kemahasiswaan’ Hang Nadim sehinggalah kini,  gerakan pelajar berterusan dimata-matai, diintai  intip, dicemburui dan diserang dengan rencam gaya daya upaya, disula  aneka tohmah dan ramuan fitnah. Hanya pemimpin siswa sejati, dapat  menongkah arus kesesatan ini.Kiriman Berkaitan
Bagaimanakah SMM bermula? Ali Bukhari Amir
Matinya Demokrasi Kampus Hariszuan Jaharudin
Kitaran Pembodohan Hariszuan Jaharudin
AUKU dan Masa Depan Malaysia Hilman Idham
Mahu Jadi Yang Biasa-Biasa Sahaja? Amin Ahmad
Penulis Paling Hebat di Dunia Ammar Gazali
Ke Arah Muafakat Kebudayaan Baru
Hasmi bin Hashim
Saya tengok dengan mata saya sendiri hari ini, saya rasa seperti berada dalam dunia baru… dunia yang sesuai dengan pendirian saya, dengan akidah dan agama saya.~ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Antara unsur penting dalam Dasar Pakatan Rakyat adalah “Muafakat Kebudayaan Baru”.
~ Anwar Ibrahim.
Di celah-celah keriuhan dan pidato dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), 19 Disember 2009 (Sabtu) lalu, Anwar sempat melontarkan kepentingan untuk semua pendukung Agenda Perubahan dan rakyat amnya agar menyedari keperluan dan kepentingan kebudayaan.
Adalah penting–selain asyik dengan ucapan bergegar para pemimpin–keperluan untuk meneliti, menyemak dan mengupas keseluruhan 4 perkara di dalam “Dasar Pakatan Rakyat”. Demi menyahut saranan tersebut, maka perlulah kupasan terhadap apa yang ditandakan sebagai “Muafakat Kebudayaan Baru” dilakukan.
Tiga ikrar yang turut termeterai oleh ketiga pemimpin utama Keadilan, Pas dan DAP adalah menyentuh soal kebudayaan, yang terlakar di bawah teras “Keadilan Sosial dan Pembangunan Insan”. Ia meliputi:
1. Menjamin kebebasan pengucapan penghasilan karya melalui semua medium.
2. Hak untuk mengadakan persembahan atau pertunjukan seni-budaya tanpa sekatan dengan keyakinan awal bahawa setiap pengkarya ada tanggungjawab diri dan sosial mereka.
3. Pautan utuh terhadap akar kemurnian kebudayaan tradisi sendiri wajar ditambahkuat dengan kesediaan menjadi tidak canggung untuk menerima unsur murni kebudayaan luar yang bersifat sejagat daripada bangsa, benua dan faham kepercayaan manapun.
Secara tidak langsung, ketiga ikrar tersebut adalah kebijakan yang pro-kebebasan, yang sesungguhnya menolak campur tangan politik-kekuasaan yang keterlaluan ke atas lapangan kebudayaan sepertimana yang sering berlaku selama ini.
Saban tahun, kita bukan sahaja mendengar campur tangan keterlaluan seperti dalam kes pengharaman konsert, filem, teater, pengharaman bahkan sehingga wujudnya pembakaran buku atau biblioclasm. Persoalan sensor dan tapisan yang keterlaluan adalah persoalan pertama yang menghalang proses kreativiti dan perkembangan fikrah bangsa kita.
Muafakat Kebudayaan Baru (MKB) nampaknya mempunyai secebis semangat yang berlawanan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK)–dasar yang tidak pernah disemak sejak dirumuskan pada 1971. Memang aneh bahkan malang apabila tak pernah berlaku proses muhasabah yang serius terhadap DKK walaupun selepas 39 tahun di kalangan budayawan, cendiakawan mahupun ahli akademik. Saya tidak fikir, dengan itu, DKK adalah laksana kitab budaya yang maha sempurna.
Semangat yang menjadi perbezaan besar antara DKK-dengan-MKB ialah menyentuh soal teras falsafah kebebasan lawan kongkongan.
DKK, dengan teras atau gaya utamanya yang memainkan sentimen “kebudayaan Melayu”, “Pribumi” (terbias dalam Kongres Akar-akar Pribumi, 1973) dan “Proses Islamisasi” sejak pertengahan 1980-an secara tidak sedar telah membentuk semacam acuan yang mengongkong kreativiti; yang sesungguhnya berlawanan dengan fitrah kejadian.
Betapa Melayu dan Bumiputra sepertimana setiap bangsa dan kaum manapun di dunia ini tetap berkesempatan mewarisi fitrah keinsanan sebagai resam penciptaan manusia oleh Penciptanya. Kedua; acuan DKK juga andai diamati, amat sukar dipertahan dengan hujah agama sekalipun apabila DKK, misalnya telah berlawanan pula dengan kebenaran agama (khususnya Islam sendiri) yang bersifat inklusif. DKK, dengan hegemoni adi-budaya jelas menjadi sebagai dasar yang cenderung eksklusif.
Memang ada segelintir pengkarya tetap tegar mendakwa kononnya wujud ‘kebebasan’ berkarya dengan mereka ‘beriman’ dengan DKK. Tetapi dengan DKK yang mendukung konsep hegemoni budaya, yang menjadi bahagian daripada Dasar Kerajaan selama ini adalah juga secara tak langsung bertentangan dengan Pemashyuran Kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan.
Di samping bapa-bapa kemerdekaan–bersama dengan setiap kaum dan bangsa-bangsa–telah berikrar untuk menjamin kedudukan Melayu sebagai pribumi, itu tidak bermakna satu bentuk budaya daripada kaum pribumi berhak menindih atau mendominasi paras rupa kaum lain secara paksaan politik-kekuasaan.
Kita sama sekali tidak boleh mendukung pembinaan bentuk budaya nan satu, tunggal dan assabiyah sehingga meleburkan kemajmukan dan keragaman budaya di Malaysia. Kepelbagaian wajar dilihat sebagai kekuatan, dan bukannya ancaman.
Barangkali kerana menyedari persoalan sedemikian, maka hal kebudayaan di dalam Dasar Pakatan Rakyat telah dimulai dengan penyataan:
Kepelbagaian adalah hakikat sosio-budaya nasional, yang tercerna daripada kemajmukan masyarakat, bermunculan daripada kaum-kaum utama, suku-suku kaum dan wilayah-wilayah.
Oleh itu Pakatan Rakyat mengambil tanggungjawab untuk memupuk dan mengembangkan potensi kepelbagaian ini di samping menolak sebarang bentuk hegemoni adi-budaya kepada mana-mana sosok budaya yang lain.
Saya cuba memahami dan mengenengahkan contoh bagaimana budaya Melayu itu sendiri tidak mempunyai ciri yang tunggal. Misalnya tetap wujud perbezaan antara Melayu Johor dengan Kedah, dengan Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan sampai ke Champa sekalipun; dan adalah mustahil untuk paksaan dilakukan; paksaan yang bertujuan untuk melahirkan apa yang disebut sebagai “hegemoni adi-budaya”.
Dengan konspirasi dan paksaan lembut atau soft oppression politik-kekuasaan, maka kesan negatif daripada acuan DKK bukanlah dengan luputnya amalan budaya kaum-kaum, tetapi ketandusan dan kemuraman kreativiti ke atas bidang kebudayaan itu sendiri. Tidakkah disedari betapa semakin hari, terasa semakin banalnya lapangan seni-budaya nasional?
Kita dapat senaraikan bagaimana bentuk yang sering diangkat sebagai “karya nasional” oleh pemerintah hanyalah kepada bentuk yang bersifat keMelayuan dan keIslaman. Tidak kiralah dalam medium apapun, atau apapun judul karya itu.
“Kemelayuan” dan “keIslaman” yang saya maksudkan adalah “Melayu” dan “Islam” yang secara muthlak dikawal dan ditafsir oleh institusi pemerintah, elit yang berkuasa serta agen-agen mereka; dan bukannya di kalangan alim dalam bidang kebudayaan itu sendiri. Dengan yang demikian, Melayu dan Islam juga lazimnya ditafsir hanya dengan matlamat kepentingan politik-kekuasaan dan bersifat kulitan. Melayu dan Islam “yang lain”, yang lebih kaya daripada hanya Melayu dan Islam ala-pemerintah; akan ditekan, terbiar dan tercecer.
Maka tidak hairanlah bagaimana saban tahun, karya yang memenangi pelbagai genre hanya daripada bentuk-bentuk dominan dan yang bersifat menguasai (hegemoni). Seniman, budayawan dan sasterawan yang sering diberi pengiktirafan adalah di kalangan mereka yang dipercayai akan menjadi agen demi menjaga kepentingan nuansa ‘kebudayaan’ pemerintah.
Dalam waktu yang sama, perlu segera saya sebutkan bahawa tragedi seumpama ini bukan pula salah Melayu dan bukan juga salah Islam. Keterlanjuran kalaupun hendak dituding adalah ke atas kecuaian para penyiap dokumen DKK, 39 tahun lalu, sehingga ia umpama pucuk dicita ulam mendatang kepada pemerintah yang memang mencari dalih daripada aspek kebudayaan sebagai justifikasi sifat otoritarian (kuku besi) mahupun totalitarian (kemuthlakan).
Walhasil, kita yang hidup pasca-DKK akan boleh dianggap lebih berdosa andai terus gagal menyemak dan mempersiap suatu kebijakan dan muafakat baru kebudayaaan, lanjutan dasar yang sudah usang dan semakin ketinggalan zaman.
Dalam waktu yang sama, saya tidak fikir bahawa muafakat baru berkenaan akan mencetuskan ketegangan sepertimana di antara puak pendukung Lembaga Kebudayaan Rakyat (Lekra) dengan seniman Manifesto Kebudayaan (Manikebu) di Indonesia, kira-kira 50 tahun lalu. Kalaupun keduanya itu nanti (DKK dan MKB) bakal menimbulkan sedikit sebanyak polimik, ia tetap sahaja positif andai dapat menjadi medan pertembungan pandangan dan buah fikiran. Proses pembodohan sekian lama di bawah sistem dan dasar sediakala, tak bisa dibenarkan terus.
Mangsa sebenar daripada DKK bukanlah di kalangan pengkarya atau seniman Melayu-bumiputra atau seniman kaum-kaum lain di negara ini. Mangsa sebenar, adalah di kalangan orang Melayu dan Bumiputra keseluruhannya itu sendiri apabila sekian lama kita dipandu oleh karya dan paras rupa kebudayaan nasional yang mengatasnamai nilai tradisi bagi menutup ketidak-yakinan-diri; yang selalu tergambar dengan penolakan apa sahaja nilai budaya luar.
Ketertutupan minda merebak luas, terutama sejak dua atau tiga dekad lalu apabila umumnya orang Malaysia, juga khususnya orang Melayu sering menaruh prejudis antara-kaum di dalam negara. Kedua, prejudis ke arah tamadun dan bangsa-bangsa lain di muka dunia ini juga begitu menebal dan kadang-kala tidak berasas dan hanya dipandu oleh sentimen keterlaluan.
Kuasa kerajaan Umno-BN selama ini juga berdiri di atas prejudis yang dipupuk, terutama selepas 13 Mei 1969. Perlu dinyatakan bahawa sepertimana Dasar Ekonomi Baru (DEB), DKK juga dilahirkan selepas peristiwa rusuhan 13 Mei itu. Ia bolehlah dikatakan semacam pelengkap DEB. DEB bertujuan menjadi senjata ekonomi, dan DKK sebagai senjata kawalan ke atas akal-budi bangsa. Umno-BN bermaharajalela di atas kedua sistem kawalan (kongkongan) utama itu.
Di dalam ucapan pembukaan yang sama, Anwar juga dipetik sebagai berkata: “Bangsa Malaysia yang kita gagaskan bukanlah satu bangsa yang eka dimensi-one dimensional nation. Kita tidak mahu Malaysia menjadi sekadar ‘bangsa-ekonomi’, meskipun ekonomi itu amat penting untuk kesejahteraan. Kita mahu bangsa Malaysia itu satu bangsa yang syumul, bangsa yang mempunyai ketinggian akal budi dan segar lagi kreatif dalam pengucapan kebudayaan.”
Sama ada Anwar–atau pemimpin lain terutamanya di dalam Pakatan Rakyat–mengucapkan kesedaran sedemikian atau tidak, tugas mengepal Muafakat Kebudayaan Baru adalah tugas anak zaman ini. Bukan terbeban atau teramanah kepada yang lain. Kecuali kepada kita dan harus disegerakan demi, dengan memakai kata-kata Nik Abdul Aziz akan wujudnya “sebuah dunia baru” yang sesuai dengan “pengajian” (ilmu) dan “akidah” (iman).
Sekurang-kurangnya dengan kesedaran sedemikian, Pakatan Rakyat harap-harap muncul bukan sekadar “parti politik” tetapi sewajarnya sebagai “gerakan politik”. Bagi semua, ya… bagi kita yang hidup hari ini, untuk sama berperanan dalam proses penciptaan tamadun, kita perlu sisi kebudayaan dan pemikiran. Hanya dengan itu maka akan lahir pula sebuah Gerakan Zaman.
Hasmi bin Hashim, seorang penulis yang berpolitik dan juga seorang politikus yang menulis.Kiriman Berkaitan
Banang Aqil Fithri
Melayu dengan Rajanya I Khalid Jaafar
Ke Mana Kita dengan ‘Anak Malaysia’? Najwan Halimi
Selangor Harapan Jana Seni Budaya Hasmi bin Hashim
Hapuskan Segera DEB Hasmi bin Hashim
Puaka (Politik) 13 Mei dan Teori Celaka Najwan Halimi
PAS dan Harapan Baru Malaysia
Mohd Hariszuan Jaharudin
Sore 7 Jun 2009. Langit mendung dan cuaca redup dan tepat jam 4.15 petang, Muktamar Tahunan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke-55 ditangguhkan. Tetapi, masih ada perkara yang belum benar tuntas, terutamanya tentang usul-usul yang dibahaskan, begitu juga dengan cakap- cakap selepas sidang media. Hal ini kerana muktamar kali ini diadakan dalam iklim politik Malaysia yang cukup meriah dan dalam keadaan ini PAS harus memperlihatkan dirinya bukan sekadar barisan oposisi, malah sebagai government in waiting.
PAS juga harus memperlihatkan sisi progresif yang saat ini bergabung dalam Pakatan Rakyat. Dengan keragaman parti yang terdapat dalam Pakatan Rakyat, maka sudah tentu menuntut sebuah kesabaran politik. Muktamar kali ini dikatakan medan untuk menilai kematangan PAS. Dalam wacana pasca-muktamar ini, penulis telah mengadakan temubual dengan tiga pengamat politik–Dr. Farish Ahmad-Noor, zamil kanan di Rajaratnam School of International Studies di Nanyang Technical University (NTU), Wan Hamidi Hamid, seorang Perunding Politik/Media, Research for Social Advancement (REFSA), dan Zin Mahmud, wartawan berpengalaman dari Utusan Malaysia.
Dalam menilai tingkat perbahasan dalam Muktamar kali ini, di samping merangka kefahaman terhadap isu dikotomi antara ulama’ dan profesional Dr Farish–Islam Embedded: The Historical Development of PAS (2004) dan beberapa buah buku lain–menjelaskan perbedaan pendapat dan pendirian yang beraneka itu memang suatu hakikat alami dan tidak patut diragukan. Perbezaan ini nyata wujud dalam wadah suatu parti politik yang sememangnya mengandungi begitu banyak anggota dengan pendirian dan perspektif mereka sendiri. Malah perbedaan pendapat begitu juga hadir di celah anggota parti mana pun, dan dari sisi ini PAS tidak berbeda dari parti yang lain.
Jikalau usul yang diterima oleh Muktamar kali ke-55 ini dijadikan sandaran untuk menilai hala tuju dan kematangan PAS, Wan Hamidi yang juga kolumnis di The Malaysian Insider menyatakan tiada yang terlalu penting untuk diwacanakan kerana ia sekadar mengulangi pendirian PAS sebagai parti siasah berteraskan orang Melayu dan pandangan Islam konservatif. Contohnya Muktamar itu menerima usul mengekalkan kuota 30 peratus pegangan ekuiti Bumiputera dan usaha untuk mengukuhkan ekonomi orang Melayu, iaitu sama seperti perjuangan seteru tradisinya–UMNO. Perkara yang menjadi modal bicara di akhbar, lobi parlimen mahu pun kedai kopi adalah perkara yang tidak dicanai sesempurnanya dalam Muktamar, iaitu usaha menjalin kerjasama PAS dan Umno; ia hanya timbul dalam komen-komen saat sidang media.
Bagi beliau, persoalan besar yang masih membelengu PAS dan seharusnya dibahaskan semasak-masaknya adalah kesanggupan PAS berubah mengikut kehendak rakyat. Jika riak di akar umbi menampilkan keingingan rakyat untuk mengubah kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang, PAS perlu melihat gelombang ini dengan mata bundar yang serius. Kendatipun begitu, bukan sedikit orang yang hairan kerana kemenangan PAS bersama PKR dan DAP dalam PRU lalu jelas menunjukkan rakyat mahu perubahan kerajaan tetapi pimpinan dilihat kurang reaktif terhadap perkembangan ini, setidaknya pada pengamatan Wan Hamidi.
Sebaliknya Zin Mahmud, dengan nada yang sedikit berbeza menyimpulkan resolusi tentang ekuiti Bumiputera itu merupakan hal yang paling signifikan. Hujah beliau, hal ini menunjukkan walaupun PAS berada dalam Pakatan rakyat yang turut dianggotai oleh DAP dan PKR yang menolak Dasar Ekonomi Baru, tetapi PAS menampilkan diri sebagai parti yang memperjuangkan kemajuan ekonomi Bumiputera. Sikap ini memperlihatkan sisi PAS yang konservatif. Hal inilah yang merupakan cabaran terbesar PAS – menampilkan cara dan perubahan yang wajar untuk muncul sebagai parti utama. Bagaimana PAS hendak menampilkan konsep Negara Islam yang benar-benar berpijak pada realiti dan demokrasi? Zin Mahmud menyudahkan hujahnya dengan bertanya.
Dalam soal dikotomi ulama dan profesional muda , Zin Mahmud berpendirian soal itu tidak seharusnya timbul kerana tidak tepat untuk menggambarkan realiti PAS dan perbahasan mengenainya hanya akan meletihkan. Jelasnya lagi perbezaan yang wujud harus antara dua pemikiran iaitu konservatif dan progresif. Ulama juga terbahagi kepada dua, konservatif dan progresif. Profesional juga terbahagi kepada dua aliran pemikiran itu. Istilah profesional juga tidak tepat. Tambah beliau, banyak aktivis yang bukan ulama dan bukan profesional, tetapi mereka lebih menepati kehendak perjuangan PAS.
Mengulas hal yang sama Dr Farish membawa isu ini lebih kepada sisi yang lebih fundamental–soal pentafsiran–beliau merasakan dikotomi antara jalur ulama dan jalur ‘progressive-intellectual’ adalah dikotomi yang tidak ada dasarnya. Hal ini kerana daripada segi penafsiran makna ‘alim’ dan ‘ulama’ itu, seorang alim adalah seorang yang berilmu. Sudah tentu kata ‘ilmu’ itu patut diberikan suatu tafsiran yang luas, dan kalau kita tinjau kembali kepada sejarah awal tradisi ilmuan Islam, kita mendapat bukti bahawa sejak zaman bahari lagi ‘ilmu’ itu juga merangkumi ilmu duniawi juga.
Jelas beliau: “Di madrasah Ferenggi Mahal di India, kurikulum Darsi-Nizami telah memberi taraf dan status yang penting kepada ilmu agama dan juga ilmu duniawi, seperti ilmu hisab, sejarah, ekonomi, pentadbiran, politik dan lain lagi. Ini bertujuan untuk melahirkan ilmuan yang mempunyai ilmu yang luas dan komprehensif, dan bukan cetek ataupun sempit. Tetapi dewasa ini, ilmu tidak lagi difahami secara luas, dan semakin sempit oleh kerana wujudnya disiplin akademik yang sempit. Jadi ini menimbulkan kekeliruan antara kaum Muslim sendiri, yang tidak mengenali sejarah tradisi ilmuan Islam. Ibn Khaldun, sebagai contoh, merupakan seorang alim-ilmuan dalam bidang siasah dan sosiologi politik dan sejarah. Tetapi hari ini dia dianggap seorang ahli sains sosial dan bukan seorang alim-ilmuan.”
Wan Hamidi pula punya pandangan yang sedikit berbeza, pada hematnya tidak wujud perbezaan serius di antara “liberal” dan “ulama” dalam PAS. Hal ini sebenarnya lebih kepada percaturan politik parti. Kesemua pemimpin dan ahli PAS berpegang kepada ideologi Islamisme yang dibentuk dalam acuan budaya hidup Sunni yang bermazhab Shafi’e. Yang berbeza hanyalah kumpulan yang mahu terus bekerjasama dengan PKR dan DAP (dan seterusnya menerima kepimpinan de facto Anwar Ibrahim) dan kumpulan yang tidak selesa dengan Anwar dan DAP lalu sanggup bekerjasama dengan Umno atas nama Melayu.
Cakap–cakap mengenai kerajaan perpaduan yang dimulakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat respons yang berbeza daripada dalaman parti. Dalam mengulas mengenai faktor yang mencetuskan isu kerajaan perpaduan ini, Wan Hamidi merumuskan apa yang berlaku hanyalah reaksi  apabila PAS menjadi parti terkecil dalam gabungan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac, 2008.
“Timbul kebimbangan bahawa PAS mungkin ditelan arus baru kepelbagaian kaum. Ini merisaukan kumpulan Islamis dalam PAS yang bimbang “Islam” akan dicairkan oleh pragmatisme rakyat. Jadi timbul usaha mencari “kawan lama” walaupun musuh politik yang sama-sama mendokong Islam yang lebih konservatif. Ini pula bukan soal ideologi; ia lebih kepada soal bimbang kehilangan kuasa atau pengaruh,” garap Wan Hamidi.
Situasi dalaman PAS ini juga dipersetujui oleh Dr Farish, kerana menurutnya muktamar kali ini bersifat introspektif dan fokusnya khusus kepada politik dalaman parti PAS sendiri. Hal ini mungkin sekali disebabkan ada di antara barisan kepimpinan PAS yang cenderung konservatif yang terasa bahawa mereka telah diketepikan oleh arus pergolakan politik Malaysia kini.
Zin Mahmud pula cuba melihat isu ini daripada beberapa pojok pandang yang berbeza. Menurutnya isu kerajaan perpaduan ini timbul selepas PAS mendapati bahawa mereka mampu menumbang atau mendirikan kerajaan negeri di Perak dan Selangor. Kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat memerlukan PAS jika mahu mentadbir. Di satu sudut, ia muncul dari sifat rasa tidak puas hati beberapa pemimpin PAS terhadap kedudukan mereka dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Di satu pihak pula ada pemimpin yang bersifat oportunis dan melihat kerjasama dengan UMNO lebih menguntungkan, bukan saja kepada parti tetapi kepada peribadi. Kekalahan PAS di Terengganu dan perpecahan UMNO di negeri itu mendorong PAS yang diterajui oleh seorang pemimpin Terengganu untuk melihat peluang dalam kerajaan perpaduan.
Dalam pada itu, menjelang Muktamar berikutnya, timbul juga persoalan dimanakah letaknya kepimpinan ulama dalam PAS? Adakah ulama akan kekal hegemonik ketika PAS harus lebih kompromi dengan rakan pakatan yang lainnya? Dengan nafas yakin, Wan Hamidi menjelaskan bahawa berasaskan perubahan besar dalam PAS pada 1982 di mana kumpulan ulama di bawa ke peringkat tinggi, agak sukar bagi mana-mana pihak dalam parti untuk meminda peruntukan yang mewujudkan Dewan Syura Ulama. Pengaruh ulama dalam PAS akan kekal pekat tetapi beliau mengingatkan, PAS terpaksa berhadapan dengan permasalahan kualiti ulama itu sendiri. Jika ulama mula dilihat (dalam perkataan Wan Hamidi) sebagai “lebai kampung”, mungkin ketika itu cakap mereka tidak terpakai lagi. Wewenang bukan hanya datang daripada duduk kuasa politik tetapi juga daripada psikologi dan persepsi, malah itu lebih perlu. Maka Dewan Syura Ulama harus sentiasa mempunyai psychological authority dari ahli PAS yang lain untuk kekal berpengaruh.
Sungguhpun begitu, Zin Mahmud pula agak skeptikal apabila meramalkan Ulama akan berpecah, antara konservatif dan progresif. Dr Farish juga melihat kemungkinan yang sama sambil menambah pesan, jikalau kedua golongan ini (ulama dan progresif) tidak dapat berkerjasama secara efektif, timbul kekhuatiran bahawa keretakan hubungan ini akan menular dan akhirnya mungkin menjejaskan kedudukan dan prestasi PAS di mata masyarakat Malaysia nanti. Suara-suara kaum ulama yang agak lantang kini mempunyai sifat yang agak reactionary dan defensive, seakan mereka ingin mempertahankan kedudukan, status dan prestij mereka dihadapan khalayak anggota parti mereka sendiri dan PAS harus bijak menguruskan hal ini.
Jawapan Dr Farish itu membawa kepada persoalan masa depan dan survival PAS. Perlukah PAS lebih liberal untuk memudahkan penerimaan semua lapisan rakyat terhadap kepimpinan PAS? Dalam hal ini, Wan Hamidi berasa PAS tidak perlu mengubah sebarang pendirian atau dasar. Ia mahu menjadi parti Islamis dan ia boleh kekal Islamis. Malah ia akan menjadi daya penarik kepada pengundi yang mahukan nilai Islamisme kekal dalam kerajaan (jika Pakatan bersama PAS memenanginya dalam PRU 13). Malah PAS mempunyai peranan untuk menjadi suara hati Pakatan dalam masyarakat berbilang kaum di mana 60 peratus penduduk adalah orang Melayu.
Sebenarnya, menurut Wan Hamidi inilah yang menjadi punca masalah. Tekanan untuk PAS menjadi lebih “liberal” telah membuatkan kepimpinannya gusar kerana persepsi mereka adalah liberal itu bererti mengorbankan segala prinsip Islam. Di sini perlu satu pendekatan dan penerimaan di semua kalangan pemimpin dan ahli PAS serta Pakatan bahawa platform yang harus mereka berpijak adalah kebebasan, hak asasi, kedaulatan undang-undang dan kejujuran. Semua ini dilihat sudah tidak wujud lagi dalam Umno dan BN. Jadi hanya platform bersama ini mampu membawa PAS bersama rakan-rakan dalam Pakatan. PAS perlu liberal dan inklusif bukan hanya untuk mendapatkan sokongan banyak lapisan rakyat.Tetapi Islam itu mempunyai ciri liberal dan inklusif–tentunya berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah–tambah Zin Mahmud seakan melengkapkan hujah Wan Hamidi. Maknanya PAS harus bersedia untuk membawa pentafsiran Islam yang lebih progresif.
Tambah Dr Farish, agak penting bagi golongan konservatif dalam kalangan pemimpin PAS sedar bahawa PAS telah menang besar dalam pilihanraya tahun lalu oleh kerana parti Islam itu mendapat sokongan dari kaum bukan-Melayu dan bukan-Islam juga. Ini kerana golongan bukan-Melayu/Muslim lebih selesa dan senang dengan golongan prgresif PAS yang retorik dan wacananya lebih moderat, inklusif dan pragmatis.
Seakan ingin menjelas pandangan Dr Farish itu, Wan Hamidi mendatangkan contoh isu Sisters in Islam (SIS) yang dibangkitkan dalam Muktamar, baginya tidak ada salahnya PAS menentang SIS tetapi ia tidak perlu mengulangi sikap Umno-BN yang hanya tahu mengharamkan itu dan ini tanpa mahu melalui proses dialog dan debat. Jika PAS dapat menerima konsep “we agree to disagree” ia adalah satu permulaan yang baik untuk mewujudkan masyarakat yang lebih terbuka minda dan hati. Keterbukaan tidak mampu wujud melalui undang-undang sahaja, ia adalah proses pembudayaan secara sukarela yang memerlukan masa.
PAS harus sedar, dalam iklim politik kini, PAS beruntung kerana tidak perlu membuat sebarang rombakan drastik. Keinginan rakyat hanya mahu melihat perpaduan antara parti dalam Pakatan. Jika PAS dilihat jujur dan serius dengan Pakatan, ia mungkin memberi lebih banyak saham kepada Pakatan untuk menarik sokongan rakyat. Yang menjadi detik penentu ialah PRU 13.
Namun begitu PAS perlu merombak cara fikir dan menjelaskan fahamannya untuk relevan dalam suasana politik di mana kelihatannya rakyat menolak UMNO ujar Zin Mahmud apabila bercakap tentang masa depan parti siasah yang mempunyai akar umbi yang kuat ini. PAS mesti muncul sebagai alternatif kepada UMNO dalam waktu yang sama mampu berubah untuk lebih progresif dan demokratik. Rombakan kepimpinan dan dasar amat perlu dengan perbahasan ideological. Perdebatan idea wajar dilakukan secara berterusan tanpa menjejaskan perpaduan parti jelas Zin Mahmud menutup wawancara.
Mohd Hariszuan Jaharudin pelajar tahun akhir Sains Politik di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kiriman Berkaitan
Quo Vadis PAS? Amin Ahmad
Pasca Islamisme admin
Ucapan Dasar Timbalan Presiden Keadilan: Malaysia Tanpa Umno Azmin Ali
Anak Muda dan Kabinet Baru Kerajaan Malaysia Amin Ahmad
AUKU dan Masa Depan Malaysia Hilman Idham
‘Phyrric victory’ di Perak Khalid Jaafar
Quo Vadis PAS?
Saya dijemput oleh Astro Awani untuk membincangkan ‘Hala Tuju Parti Islam se-Malaysia (PAS)’ sempena berakhirnya muktamar parti itu pada 7 Jun 2009. Turut serta bersama saya ialah Encik Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Centre.
Sebagai pemerhati politik, saya tidak melihat cita-cita PAS untuk menjadi parti utama dalam politik negara sebagai masalah besar. Sesuai dengan kewujudannya yang melangkaui separuh abad, sewajarnya PAS meletakkan cita-cita yang demikian. Justeru itu, saya merasakan kenyataan Dato’ Paduka Husam Musa bahawa “PAS mesti berfikir untuk menjadi alternatif kepada UMNO” sebagai satu kenyataan penting berbanding cadangan untuk mewujudkan “kerajaan perpaduan” oleh sebilangan pendokong PAS.
Tambah rumit, dalam usaha PAS menonjolkan diri sebagai parti utama, terlihat sisi perbincangan dasar yang berlaku dalam muktamar kali ke-55 itu gagal mewakili cita-cita ini. Kenapa saya berpendapat demikian?
1.         Wujud gesaan awal bahawa kepimpinan PAS ‘wajib’ diserahkan kepada kelompok ulama’.
Saya bersyukur apabila usul ini tidak diterima malah saya berpendapat bahawa usul ini tidak harus ada pun! Pertamanya, PAS gagal menjelaskan siapa yang mereka maksudkan kelompok ulama’ ini. Adakah kelompok ini mereka yang memiliki ijazah dalam bidang pengajian agama? Bagaimana pula dengan ilmuan dalam bidang professional yang mempunyai fikrah agama? Kenapa usul ini muncul? Tidak cukupkah Majlis Syura dan Dewan Ulama’ PAS yang telah sedia ada? Tapi jauh lebih penting daripada itu, saya berpendapat gesaan ini muncul dari faham eksklusif yang menjadikan prinsip kepimpinan sebagai salah satu peranan manusia kepada undang-undang pengetahuan (rule of knowledge) sebagaimana Sokrates membincangkan isu kebebasan dalam karya Republic. Prinsip persamaan di mata hukum yang menentukan peluang di padang sama rata terabai dari cadangan ini.
Saya tidak pasti sama ada ini telah menjadi cadangan bersama gerakan-gerakan yang memakai label Islam di negara lain. Apa yang pasti, kepimpinan ulama’ adalah idea yang dikembangkan dari semangat Revolusi Iran 1979 – konsep Wilayatul Faqih. Sambil PAS mahu melihat idea ini sebagai baik dan patut dikembangkan, PAS juga harus belajar rentetan kezaliman yang muncul pasca kejayaan Revolusi Iran 1979 atas nama agama.
Secara politiknya, saya melihat usul ini muncul dari pergelutan dalaman PAS apabila wujud kelompok ulama’ yang membelakangi Majlis Syura mereka di peringkat awal untuk berunding dengan UMNO. Saya difahamkan, YB Ustaz Nasharuddin Md Isa selaku Timbalan Presiden PAS waktu itu (dan dipilih semula dalam muktamar kali ini) telah berunding dengan wakil UMNO melalui arahan YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS. Namun, tindakan ini dibantah oleh kalangan professional dan Mursyidul Am PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
2.         Kerajaan Perpaduan
Antara topik penting yang dibincangkan ialah berkaitan Kerajaan Perpaduan. Saya fikir tajuk ini bukan saja menjadi keperihatinan dalaman PAS, tetapi juga pemerhati politik di luar PAS.
Sebagai sebuah parti yang memakai label Islam, saya percaya keinginan PAS untuk berinteraksi dengan semua pihak barangkali banyak disandarkan atas faktor dakwah. PAS sebagai parti politik yang tentu sekali perlu bertarung untuk merebut kuasa sering kali terperangkap dengan pilihan tindakan politik dan tindakan agama.
Pertikaian ramai orang dalam hal ini tentu saja kerana PAS harus komited dengan persetujuan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR) bersama Parti keADILan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Saya fikir, ramai yang membantah kerana siri awal rundingan PAS dan UMNO ini yang membelakangi Majlis Syura telah menyebabkan pemerhati-pemerhati politik, terutama yang bersimpati dengan PR tidak mahu percaya bulat dengan idea Kerajaan Perpaduan. Meskipun Majlis Syura memberi lampu hijau kemudiannya, ia dilihat tidak lebih dari keputusan politik untuk menjaga imej PAS akibat keterlanjuran yang berlaku.
Pada saya, jika PAS mengatakan idea Kerajaan Perpaduan sebagai satu sikap dakwah, lebih baik PAS meneruskan usaha menggesa supaya institusi dan ruang demokrasi disegarkan. PAS boleh terus berdakwah kepada siapa saja melalui institusi dan ruang demokrasi yang ada. Interaksi PAS dengan semua pihak, bukan saja UMNO, ternyata akan lebih baik melalui institusi dan ruang demokrasi yang dijamin.
PAS harus faham dalam membaca kebimbangan ramai jika PAS dan UMNO bergabung sebagai kekuatan politik. Kebimbangan ramai ini absah jika kita mengambil kira pendedahan Ustaz Ahmad Awang, Pesuruhjaya PAS Perak yang mendakwa adanya arahan dari pihak tertentu dalam kepimpinan parti yang mahu PAS Perak bersama UMNO menubuhkan kerajaan negeri di sana.
Kebimbangan ramai selain dari faktor politik ‘tidak percayakan UMNO’ ialah kebimbangan yang lebih besar. Meskipun mungkin majoriti orang Melayu Muslim beranggapan penggabungan ini penting untuk kelangsungan kuasa Melayu Muslim di Malaysia, ia tetap mempunyai risiko tersendiri.
Penggabungan ini akan melanjutkan kempen politik berbaur perkauman. Akan berterusan dasar-dasar perlindungan terhadap Melayu Muslim di samping dasar-dasar yang seakan menggambarkan kalangan bukan muslim sebagai “warganegara kelas kedua”. Untuk saya, ini sangat tidak mewakili semangat, cita-cita dan kaedah Islam! Malah, ia mungkin mengheret negara kita ke arah ketegangan kaum yang berterusan.
3.      Usul mengharamkan Sisters in Islam (SIS)
Saya fikir ini usul yang menjadi kayu aras kenapa sebahagian Yang Berhormat PAS akan menjadi mangsa di tempat-tempat tertentu, terutama kawasan campuran di bandar semasa Pilihan Raya. Ia bukan kerana para pengundi sangat menyukai SIS, tetapi masyarakat sivil di bandar menolak segala pendekatan autoritarian.
Kewujudan SIS untuk saya punya peranan yang signifikan, meski ada hal-hal yang tidak kita persetujui. Kita tidak boleh membelakangi sumbangan SIS yang banyak hanya kerana ada hal-hal yang kita sifatkan ‘menggugat aqidah umat Islam’.
Mengambil semangat dakwah sebagai landasan hujah untuk Kerajaan Perpaduan, PAS seharusnya menggunakan ruang demokrasi untuk menjawab balas hujah-hujah SIS. Keluasan Fekah harus diambil sebagai jalan inklusif. Usul pengharaman SIS yang diterima tanpa bahas adalah ciri mundur PAS.
Saya berpendapat bahawa setiap perbezaan secara aman mesti ditangani secara aman. Penggunaan kuasa untuk menafikan kebebasan asasi setiap individu atau kelompok dalam masyarakat bukan pilihan terbaik untuk menawarkan Islam sebagai sistem pemerintahan. Malah, jika orang ramai menerima idea pemerintahan Islam sekalipun, tidak mustahil jika mereka tidak mahu idea-idea ini digerakkan oleh PAS atas faktor kepercayaan sebagaimana ‘rasa tidak percaya kepada UMNO’.
4.      Lain-lain
Saya juga terbaca kritik Dewan Pemuda PAS terhadap agenda liberalisasi sektor perkhidmatan yang diluluskan kerajaan bagi menghidupkan ekonomi negara. Untuk saya, hujah yang ada dibentangkan secara cetek dan ia patut diperkemaskan lagi. PAS tidak boleh selamanya bersandarkan sentimen dalam berhujah jika benar-benar mahu menerajui negara. Jika selama ini PAS banyak bergantung harap kepada penyokong mereka di luar bandar, mereka harus lebih banyak berdepan dengan pengundi bandar yang jauh lebih kritikal dan rasional serta bercampur pelbagai latar belakangnya. Hanya dengan ini PAS akan lebih bertambah baik dalam hal menggariskan hala tuju mereka.
Sebagai parti politik, bukanlah satu anomali untuk PAS mempunyai cita-cita politik yang besar. Namun dari apa yang tergambar di muktamar ke-55, saya berpendapat PAS belum bersedia untuk menerajui Malaysia ke depan – untuk masyarakat tempatan, apatah lagi berdepan dengan dunia luar.
Cuma barangkali yang lebih pentingnya ramai yang akan sentiasa bertanya Quo vadis PAS? atau mungkin lebih tepat ila aina tawajjaha al-hizbul Islami PAS?
Amin Ahmad, mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia. Beliau adalah mantan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan pernah memegang beberapa jawatan lain di peringkat Kolej, Fakulti Pengajian dan Universiti. Pernah mewakili delegasi Malaysia dalam Program Pembangunan Kepimpinan Belia ASEAN. Alumni Kepimpinan Muda Nahdah Asia, sebuah projek kerjasama Institut Kajian Dasar dan Yayasan Aman Sasakawa (SPF) dan alumni Cato University. Kini merupakan Penyelidik bagi Malaysia Think Tank.
Quo Vadis KeADILan? Amin Ahmad
PAS dan Harapan Baru Malaysia Hariszuan Jaharudin
Politik Tukar Kulit Hasmi bin Hashim
Melepaskan Keterikatan Universiti Hilman Idham
Revolusi Ini Akan Diteruskan SPIEGEL Online
Krisis Perak: Yang Terampas dan Yang Terputus Amin Ahmad