JalanTelawi [Beta] » Michel Foucault

Kant dalam Konteks Masyarakat dan Budaya Malaysia
Immanuel Kant

Kant adalah seorang ahli falsafah berbangsa Jerman yang dilahirkan di Konigsberg, Prussia Timur pada tahun 1724. Beliau meninggal dunia pada tahun 1804 pada usia 80 tahun. Artikel beliau berjudul Was ist Aufklarung? telah diterbitkan oleh majalah Berlinische Monatschrift pada bulan November tahun 1784 (Rabinow 1984:32). Ia merupakan respons Kant terhadap soalan yang diajukan oleh sidang pengarang majalah tersebut mengenai persoalan Pencerahan.

Artikel tersebut hanya merupakan esei yang ringkas tetapi padat, jauh berbeza dari karya agung beliau berjudul Kritik der Reinen Vernunft yang diterbitkan pada tahun 1781, iaitu kira-kira tiga tahun sebelum Aufklarung. Di dalam esei ringkas itu, beliau cuba mengupas persoalan ‘apakah yang dimaksudkan dengan pencerahan dan ciri-cirinya’. Kant mencabar pembacanya dengan kata-kata Sapere Aude! (beranilah berfikir!), yang juga boleh dianggap sebagai slogan pencerahan. Menurut kajian Profesor Peter Gay (1966:11), seorang pakar dalam sejarah Enlightenment :

In 1784, at the height of the Age of Enlightenment, the German philosopher Immanuel Kant wrote an article for a popular audience explaining the meaning of the word that gave the age its name. “Enlightenment”, Kant began, “is the man’s emergence from his nonage”. This nonage, or immaturity, he continued, was caused not by “lack of intelligence, but lack of determination and courage to use that intelligence without another’s guidance. Sapere aude! Dare to know! Have the courage to use your own intelligence!”

Kata-kata Kant ini memberikan gambaran seolah-olah manusia Eropah tidak berani berfikir sebelum itu. Sebenarnya jarak di antara zaman Pencerahan dan zaman sebelumnya, termasuk zaman Pertengahan, tidaklah sebegitu jauh bezanya seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Tradisi ilmiah di universiti-universiti di Eropah sudah lama mengamalkan tradisi disputatio, atau perbahasan intelektual di dalam sistem pengajian mereka (Grant 1996:39-41).

Cuma batasan dan sempadan yang jelas dikenakan ke atas aktiviti intelektual tersebut, di mana pemisahan dibuat di antara pengajian di Fakulti Sastera–yang mengandungi falsafah–dan Fakulti Teologi.

Malahan di abad ke-13 terdapat seorang tokoh bernama Peter Abelard yang bijak berhujah, tetapi beliau juga dikenakan sekatan oleh pihak Gereja. Zaman Renaissance di abad ke 15 dan 16 di Itali juga melahirkan ahli fikir aliran humanis seperti Erasmus (lahir 1467), yang mengkaji semula ilmu Yunani, dan mengambil sikap kritis terhadap falsafah Kristian.

Malahan gerakan Enlightenment di Eropah telah didahului oleh Perancis–dengan kumpulan Philosophes mereka yang terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Voltaire–sebelum ianya merebak ke Jerman. Revolusi Kant sebenarnya adalah lanjutan daripada Reformasi Protestan yang dicetuskan oleh Martin Luther, dengan perbezaan bahawa Kant menekankan akan aspek sains dan falsafah dalam pembaharuan abad ke 18 ini.

Menurut Peter Gay (1966:12) “Even the Protestant Reformation, despite its call for a return to the beliefs of early Christianity, helped to prepare the way for the Enlightenment by disrupting the unit of Western Christendom and weakening the authority of the Church”. Malahan keluarga Kant sendiri merupakan penganut mazhab Pietisme, iaitu satu aliran Lutheran/Protestant.

Falsafah Kant muncul daripada satu konteks sejarah dan budaya yang tertentu: iaitu Eropah di abad ke-18, yang dikaitkan dengan ‘Zaman Pencerahan’. Falsafah Kant merupakan satu respons kepada pengaruh pemikiran sezamannya, seperti Falsafah Hume yang telah membangkitkan beliau dari ‘tidurnya yang lena’, dan pengaruh fizik Newton memukau imaginasi Kant.

Namun begitu ini tidak bermakna bahawa falsafah beliau tidak mempunyai aspek-aspek universal, yang boleh dikaitkan dengan ruang dan masa yang berlainan daripada tempat kelahirannya. Sumbangan beliau lebih tertumpu kepada, dan lebih dikenali di dalam, bidang epistemologi atau ‘teori ilmu’, khususnya melalui karya agung beliau Kritik der Reinen Vernunft, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Critique of Pure Reason.

Walaupun Kant tidak dikenali sebagai ahli falsafah politik mahu pun ahli falsafah budaya, namun oleh kerana kedudukan asas bidang epistemologi itu, maka ianya memberi implikasi terhadap kedua-duanya. Kant, seperti juga ahli-ahli falsafah yang agung sebelumnya seperti Plato dan Aristotle dari tamadun Yunani masih dibincangkan hingga ke hari ini. Michel Foucault (1984) mithalnya mengulangi semula soalan ini dan menjenguk kembali pemikiran Kant melalui artikelnya yang berjudul “What is Enlightenment” (Rabinow 1984:32-50).

2.0 Kant, Foucault dan Wacana Rasionaliti dan Pencerahan di Malaysia

Kalau relevansi Kant kepada pemikiran dan budaya Eropah tidak dipertikaikan, bagaimana pula dengan pemikiran Kant dalam konteks masyarakat dan budaya Malaysia? Adakah intelektual kita bersifat ‘mengada-ada’ bila membawa Kant ke mari? Saya fikir tidak.

Lebih-lebih lagi dalam era globalisasi ini di mana kita terdedah kepada pelbagai jenis pemikiran, dan tidak lagi terlindung dalam satu kepompong pemikiran yang ‘selamat’, maka perbincangan intelektual seperti ini tidak harus dianggap sebagai ‘irrelevant‘. Perbincangan Kant tentang rasionaliti, sains dan agama umumnya adalah bersifat universal dan bukan terpencil.

Mungkin kerana sebab itu maka intelektual tempatan kita seperti Syed Naguib, di dalam membincangkan tentang persoalan sekularisme dan agama, telah merujuk kepada pemikiran Kant. Syed Naguib seawal 1978 lagi di dalam artikel yang kemudian dimuatkan ke dalam bukunya Islam and Secularism (1993), telah mengkritik Kant kerana penolakan Kant terhadap kesahihan ilmu metafizik. Menurut Syed Naguib (1993[1978]:37)

After Kant in the 18th century, metaphysics was considered an unnecessary and deceptive guide to reality and truth which should be abandoned by rational, thinking men, as it was demonstrated by philosophy that spiritual realities and truths cannot be known and proved, and that none can be certain of their existence.

Jika Syed Naguib merupakan pengkritik Kant dan tradisi Pencerahan yang didukunginya, Khalid Jaafar pula melihat Kant dan Pencerahan dalam nada yang agak positif. Baru-baru ini (26 Disember 2006) Khalid Jaafar (2006:13) di dalam kata pengantarnya kepada buku “Apa itu Pencerahan?” yang diterjemahkan oleh Pauline Fan dari teks asal oleh Kant yang berjudul “Was ist Aufklareung?‘, telah memberikan rasional berikut mengenai penterjemahan buku tersebut:

Dan apakah relevannya esei Kant ini pada kita? Tentunya sebagai pemikiran ia mempunyai konteks. Ia bukan suatu yang transendans. Ia tercetus dalam sejarah. Ada nasab dan arkeologinya. Tetapi nasab dan arkeologinya tidak semesti menjadikannya tidak relevan kepada masyarakat di luar nasab dan arkeologi tersebut. Pencerahan, sebagaimana Renaissance sebelumnya, membebaskan tenaga pikiran manusia. Dan reaksi serta penentangan kepadanya pun mencetuskan ledakan imaginasi dan kreatif. Begitu besar kesannya sehingga kita tidak boleh memikirkan zaman moden tanpa Pencerahan. Sikap kritis, penggunaan akal sebagai alat untuk menyoal siasat sistem politik, ekonomi dan sosial, dan juga amalan beragama, menjadikan disiplin Pencerahan sesuatu yang subversif dalam masyarakat otoritarian. Dari aspek ini Pencerahan akal musuh kepada amalan, sistem dan kekuasaan yang tidak mahu disoal legitimasi dan keadilannya. Dengan itu juga Pencerahan itu menjadi rakan dan juga strategi kepada perjuangan untuk kebebasan dan keadilan.

Khalid seolah-olah menaruh harapan yang begitu besar kepada ‘Pencerahan’ untuk mengubah sesuatu keadaan yang dianggapnya ‘tidak betul’, mungkin kerana terdapat unsur penindasan, ketidaktelusan dan sebagainya.

Apapun motif beliau yang sebenarnya, agak menarik bagi mencari ‘teman perjuangan’ dalam pemikiran Kant, yang agak kurang tersohor dalam bidang falsafah politik berbanding dengan Plato dan  Karl Popper. Kuasa bagi Kant adalah kuasa pemikiran dan dalam hal ini saya teringat akan pandangan Fukuyama yang mengatakan bahawa ‘legitimation is the weapon of the weak‘.

Bagi Isaiah Berlin juga, pemikiran atau ‘ideas’ itu mempunyai kuasanya yang tersendiri yang mampu mengubah masyarakat dan budaya. Berlin sendiri menyaksikan pengaruh pemikiran itu semasa hayatnya, apabila keluarga beliau terpaksa berhijrah keluar dari Rusia semasa berlaku Revolusi Sosialis di Rusia pada awal abd ke-20.

Tetapi pengaruh pemikiran itu lebih bersifat jangka panjang, dan bukannya strategi politik jangka pendek. Dan di dalam hal ini, pemikir liberal seperti Karl Popper juga mengingatkan kita akan bahaya pemikiran Utopia; suatu idealisme yang menjurus kepada kesempurnaan tak kira apa pun harga yang perlu dibayar untuk mencapainya.

Pencerahan sebenar tidak seharusnya didorongi oleh political expediency atau matlamat jangka pendek. Ia seharusnya berjalan untuk membawa kepada perubahan sebenar masyarakat kepada suatu keadaan yang lebih baik. Dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘suatu keadaan yang lebih baik itu’? Ini juga harus dibahaskan secara terbuka, jika kita benar-benar ingin mengelakkan otoritarianisme.

Pencerahan sebenarnya adalah gergaji dua mata; kerana ia seharusnya membenarkan dirinya dikritik. Sekurang-kurangnya inilah pendapat Michel Foucault ( 1984) di dalam tulisannya ‘What is Enlightenment?‘. Foucault (1984:43) benar-benar menghayati semangat Pencerahan dan bukan ‘doktrin Pencerahan’ yang boleh bersifat dogmatik dan kaku, apabila beliau menulis:

But that does not mean that one has to be “for” or “against” the Enlightenment. It even means precisely that one has to refuse everything that might present itself in the form of a simplistic and authoritarian alternative: you either accept the Enlightenment and remain within the tradition of its rationalism… or else you criticize the Enlightenment and then try to escape from its principles of rationality…

We must try to proceed with the analysis of ourselves as beings who are historically determined, to a certain extent, by the Enlightenment. Such an analysis implies a series of historical inquiries that are as precise as possible; and these inquiries will not be oriented retrospectively toward the “essential kernel of rationality” that can be found in the Enlightenment and that would have to be preserved in any event…

This permanent critique of ourselves has to avoid the always too facile confusions between humanism and Enlightenment.

Bagi Foucault projek Pencerahan itu adalah satu projek yang berterusan; sebagai satu cara berfalsafah dan bukannya sebagai falsafah yang dogmatik dan doctrinaire. Saya kurang bersetuju dengan penilaian Khalid Jaafar (2006:13) bahawa Foucault telah ‘mendekonstruksi’ Pencerahan itu sendiri. Bagi saya usaha Foucault itu lebih ke arah menghidupkan semula semangat berfikiran kritis itu sendiri, sebagaimana yang dikehendaki oleh tokoh-tokoh Pencerahan seperti Kant dan Locke.

Pencerahan tidak seharusnya dilihat sebagai ‘kritikan terhadap pemerintah atau golongan yang berkuasa’. Ianya juga boleh ditujukan kepada diri sendiri sebagai individu. Malahan inilah yang diperkatakan oleh Kant di dalam esei beliau itu, apabila beliau menganggap seseorang individu itu sebagai ‘tidak matang’ (immature/Mundigkeit), apabila terlalu bergantung kepada otoriti atau kuasa besar. Dalam hal ini, seseorang yang mempunyai ‘mentaliti subsidi’ juga boleh dianggap kurang matang, kerana gagal berdikari dari segi mental mahupun fizikal.

3.0 Akal dan Mistisime: Ke Mana Hala Tuju ‘Pencerahan Tempatan’?

Apabila saya merujuk kepada reaksi Syed Naguib terhadap Kant, saya bukan hanya tertarik kepada ulasan beliau terhadap Kant. Tetapi saya juga ingin melihat perbezaan dua cara pemikiran yang berlainan dan mungkin juga bertentangan.

Kalau kita inginkan satu ‘Pencerahan ala Malaysia’ maka di gelanggang inilah kita harus bersilat dulu; yang lain itu boleh dianggap sebagai bunga-bunganya saja, sebagai satu tarian hiasan seperti silat pulut. Kita tak mungkin terkencing dalam seluar kerana silat pulut.

Syed Naguib selain merupakan seorang ahli falsafah dan pemikir yang berpengaruh di negara ini, juga membawa satu aliran pemikiran yang tertentu, yang mempunyai ramai peminat dan pengikut. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa beliau telah mempersembahkan Mistisime, khususnya Sufisme, dalam bentuk kesarjanaan dan intelektual, sekaligus memberi keyakinan semula kepada golongan muda untuk menghayati agama dalam kerangka intelektual yang ampuh dan kukuh (Mona Abaza 2002).

Malahan beliau berpendapat bahawa Islam telah membawa budaya rasional ke rantau ini. Tetapi Naguib bukanlah pendukung rasionalisme ala Kant. Beliau tidak menolak ilmu metafizik seperti mana Kant menolak. Ini mungkin kerana tradisi Sufisme yang beliau dukungi. Naguib masih mahu mengekalkan enchantment melalui agama.

Dalam hal ini beliau tidak keseorangan, malahan jika dilihat dari sudut falsafah Barat, satu gerakan pemikiran yang diberi nama counter-Enlightenment yang dikaitkan dengan aliran Romantisisme telah muncul, dan diperjuangkan oleh tokoh-tokoh seperti Vico, Hamann, Herder dan Fichte. Walaupun mereka dikaitkan dengan tradisi Humanisme dan bukannya keagaman namun juga menentang aliran Rasionalisme yang dibawa oleh Kant.

Ini membawa saya kepada persoalan modenisme. Di dalam hal ini saya ingin menarik perhatian anda kepada satu tulisan Orhan Pamuk, penulis berbangsa Turki yang telah memenagi Hadiah Nobel bagi Sastera dalam tahun 2006. Di dalam bukunya Istanbul: Memories of a City, beliau telah membincangkan tentang konsep ‘Hüzün’ yang diterjemahkan oleh beliau sebagai ‘melancholy‘. Dalam Bahasa Melayu ia mungkin boleh diterjemahkan sebagai ‘kesedihan’, ‘kepiluan’ atau ‘duka lara’. Di sini saya petik tulisan Orhan Pamuk (2006:81-82) dengan panjang lebar:

According to the first tradition, we experience the thing called hüzün when we have invested too much in worldly pleasures and material gain; the implication is that ‘if you hadn’t involved yourself to deeply in this transitory world, if you were a good and true Muslim, you wouldn’t care so much about your worldly losses’. The second tradition, which rises out of Sufi mysticism, offers a more positive and compassionate understanding of the word and of the place of loss and grief in life. To the Sufis, hüzün is the spiritual anguish we feel because we cannot be close enough to Allah, because we cannot do enough for Allah in this world. A true Sufi follower would pay no attention to worldly concerns like death, let alone goods or possessions: he suffers from grief, emptiness and inadequacy because he can never be close enough to Allah, because his apprehension of Allah is not deep enough. Moreover, it is the absence, not the presence, of hüzün that causes him distress. It is the failure to experience hüzün that leads him to feel it; he suffers because he has not suffered enough; and it is by following this logic to its conclusion that Islamic culture has come to hold hüzün in high esteem. If hüzün has been central to Istanbul culture, poetry and everyday life over the past two centuries, if it dominates our music, it must be at least partly because we see it as an honour. But to understand what hüzün has come to mean over the past century, to convey its enduring power, it is not enough to speak of the honour that Sufi tradition has brought to the word.

Bagi Pamuk kota Istanbul adalah kota yang diselubungi oleh kesuraman yang membawa kepada Hüzün. Apa juga penghakiman sejarah kepada kota yang pada satu masa dahulu boleh dianggap sebagai ‘ibukota dunia’, dan pernah menyaksikan zaman kegemilangannya yang tersendiri, namun penghuni Istanbul tabah menghadapi Hüzün yang menyelubungi mereka.

Ketabahan ini menurut pandangan Pamuk berpunca dari fahaman dan amalan Sufisme yang diwarisi turun temurun. Di saat itu di dalam rentetan pembacaan saya akan buku tersebut, saya beranggapan bahawa Pamuk mengiyakan pengaruh Sufisme ke atas masyarakat Turki, khususnya di Istanbul.

Tetapi saya agak terperanjat apabila setelah membaca seterusnya, saya dapati bahawa beliau menganggap pengaruh tersebut sebagai bersifat negatif, dan bagaimana rakyat Turki harus keluar darinya. Pencarian Pamuk akan kejatian diri dan budaya tidak terhenti di persada Sufisme rupa-rupanya! Beliau kemudiannya menyebut tentang Montaigne, seorang pemikir Perancis yang mendukung aliran modenisme. Menurut Orhan Pamuk (2005:94-95) lagi:

The hüzün of Istanbul suggests nothing of an individual standing against society; on the contrary, it suggests an erosion of the will to stand against the values and mores of the community, encourages us to be content with little, honouring the virtues of harmony, uniformity, humility. Hüzün teaches endurance in times of poverty and deprivation, it also encourages us to read life and the history of the city reverse. It allows the people of Istanbul to think of defeat and poverty not as a historical endpoint, but as an honourable beginning fixed long before they were born. So the honour we derive from it can be rather misleading. But it does suggest that Istanbul does not bear its hüzün as an incurable illness that has spread throughout the city, as an immutable poverty to be endured like grief, or even as a perplexing failure to be viewed in black and white: it bears its hüzün with honour.

As early as 1580, Montaigne argued that there was no honour in the emotion he called tristesse. (He used this word even though he knew himself to be a melancholic; years later, Flaubert, likewise diagnosed, would do the same.) Montaigne saw tristesse as the enemy of self-reliant rationalism and individualism. Tristesse, in his view, did not deserve to be set in capital letters alongside  the great virtues, Wisdom, Virtue and Conscience, and he approved of the Italian association of tristezza with all manner of madness and injury, the source of countless evils.

Montaigne’s own sorrow was as solitary as mourning, eating away at the mind of a man who lives alone with his books. But the hüzün of Istanbul is something the entire city feels together and affirms one. Just like the heroes Tantipar’s Peace, the greatest novel ever written about Istanbul: because of the hüzün they derive from the city’s history, they are broken and condemned to defeat. It is hüzün that ordains no love will end peacefully. Just as in the old black-and-white films, even in the most affecting and authentic love stories, if the setting is Istanbul it’s clear from the start that the hüzün the boy has carried with him since birth will lead the story into melodrama.

Bagi saya, analisa yang dilakukan oleh Pamuk ini begitu menarik, bukan kerana sikap pro atau kontranya terhadap Sufisme, tetapi mengenai pandangannya tentang ‘peralihan daripada dunia lama ke dunia baru’. Ianya juga tidak bersifat modenisme sempit yang mungkin dikaitkan dengan Rasionalisme abd ke 18.

Dalam hal ini saya teringat juga akan usaha-usaha awal yang akan dilakukan oleh cendekiawan-cendekiawan Melayu di awal abad ke 20 seperti Za’aba dan ulamak golongan muda, yang lebih menekankan akan self-empowerment, dan menolak konsep tawakkal yang salah, yang mungkin bertanggung jawab bagi ‘ketidakmatangan’ seseorang itu. Iqbal, yang dipengaruhi oleh falsafah Eropah, khususnya pemikiran Nietzsche, juga menampakkan kecederungan yang sama, dan menekankan akan aspek “Diri’ atau “self’ itu.

4.0 Kesimpulan

Saya rasa kalau kita mencari Pencerahan abad ke 21 di Malaysia, kita harus mengkaji dan menilai Orhan Pamuk ini. Beliau, seperti juga Kant di zamannya telah memberikan makna baru kepada istilah ‘Pencerahan’ itu, supaya ia tidak kaku dalam memori sejarah, tetapi hidup segar dalam kehidupan zaman ini. Mungkin pandangan beliau tidak mempunyai implikasi politik secara langsung, tetapi revolusi peribadi yang dimungkinkannya, adalah satu pencapaian peribadi yang lebih tinggi nilainya.

Gerakan Enlightenment di Eropah walaupun telah berjaya membawa pembaharuan di dalam beberapa aspek kehidupan di Eropah, tidak berjaya melahirkan syurga dunia yang diharap-harapkan daripada penggunaan akal. Malahan Revolusi Perancis yang tercetus pada 1789 hasil dari pemikiran Enlightenment telah berjaya banyak menimbulkan huru hara dan membawa kepada kekuasaan Napoleon Bonaparte lebih kurang sebelas tahun selepas itu.

Negara-negara Eropah yang dikaitkan dengan Enlightenment, seperti Perancis, Jerman, Britain dan Itali telah terlibat dalam dua kancah peperangan. Mungkin manusia ini tidak boleh dilihat dari segi rasionalnya sahaja, kerana ianya makhluk yang kompleks. Walaupun kebebasan berfikir dan penggunaan pemikiran yang rasional boleh mengelakkan pemerintahan kuku besi, ia masih belum tentu dapat menjaminkan masyarakat yang sejahtera dan adil.

Namun demikian ini tidak bermakna bahawa kita boleh membelakangkan akal. Selain akal, pembaharuan juga memerlukan keberanian untuk ‘berdikari’; ia memerlukan satu semangat yang mungkin melebihi apa yang mampu disajikan oleh akal semata-mata.

‘Kritikan yang abadi’ melalui akal–seperti yang dianjurkan oleh Foucault–mungkin boleh mengelakkan kita dari melakukan kesilapan dan keburukan, tapi satu daya dan semangat yang positif, yang berani meletakkan diri dalam pembangunan dunia, dan bukan menyisihkan diri atas apa jua alasan, adalah diperlukan jika kita ingin mencapai potensi kita sebagai manusia di alam ini.

Kita harus mencari semula titik pertemuan yang sebenar antara manusia dan Tuhan dan tidak takut melakukan sesuatu hanya kerana kita gagal memahami hubungan sebenar dan sejati antara manusia dan Penciptanya. Anugerah Tuhan, termasuk akal dan pancaindera, tidak harus dipersiakan di dalam memakmurkan bumi Tuhan ini.

Prof. Dr. Mohd Hazim Shah Abdul Murad, pensyarah dan profesor di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya.

Tulisan ini bertajuk Kant dalam Konteks Masyarakat dan Budaya di Malaysia: Apakah Kerelevanannya? adalah pembentangan yang disampaikan oleh penulis ketika majlis pelancaran buku Apa itu Pencerahan? yang dianjurkan oleh Insitut Kajian Dasar (IKD).

Rujukan

Berlin, Isaiah. 1981. Against The Currents. Oxford: Oxford Universiti Press.

__________ . 1984. The Age of Enlightenment. New York: Meridien.

Gay, Peter. 1966. Age of Enlightenment. AMsterdam: Time-Life Books.

Grant, Edwards. 1996. The Foundations of Modern Science in the Middle Ages. Cambridge: Cambridge University Press.

Kant, Immanuel. 2006. Apa itu Pencerahan? Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar. Terjemahan oleh Pauline Fan.

Khalid Jaafar. 2006. ‘Kata Pengantar’. Di dalam. Apa itu Pencerahan? Kuala Lumpur: Insitut Kajian Dasar. m.s. 1-13.

Mead, George Hebert. 1936. Movements of Thought in the Nineteenth Century. Vol.2. Chicago: University of Chicago Press.

Mona Abaza. 2002. Two Intellectuals: The Malaysian S.N. Al-Attas and the Egyptian Mohammed ‘Immara, and the Islamization of Knowledge Debate. Asian Journal of SOcial Science. 30:2 (354-383).

Pamuk, Orhan. 2005. Istanbul: Memoirs of a City.

Rainbow, Paul. 1984. The Foucault Reader. New York: Pantheon Books.

Syed Muhammad Naguib al-Attas. 1993[1978]. Islam and Secularization. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization.

Kiriman Berkaitan

Ibn Rushd, Kant, dan Projek Pencerahan Islam Luthfi Assyaukanie

Kebebasan Politik dan Demokrasi Liberal dalam Dunia Islam Anwar Ibrahim

Runtuhkan Tembok Ini! Amin Ahmad

Phil Ochs Meor Yusof Aziddin

Koridor Pencerahan Johor Sidiqin Omar

Biografi Rainer Maria Rilke admin

Hak lwn Tanggungjawab
© Afif Bahardin

Tanggal 18 Disember 2008, menjadi sejarah tersendiri buat diriku apabila berpeluang berkunjung ke Hospital Bahagia Ulu Kinta. Hospital pertama seumpama ini di Malaysia, telah mula beroperasi sejak tahun 1911 dan pernah dikenali sebagai Federal Lunatic Asylum yang juga merupakan institut psikiatrik terbesar di Malaysia. Mampu menempatkan sehingga dua ribu orang pesakit pada satu-satu masa, institut yang terletak di Tanjung Rambutan ini dengan keluasan kawasan melebihi 400 ekar, telah berjaya membentuk satu stigma masyarakat yang cukup tebal sehinggakan penduduk asal pekan Tanjung Rambutan pun ‘segan’ untuk mengaku tempat asal mereka.

Walaupun aku belum berpeluang membaca buku Madness and Civilization karangan Michel Foucault (buku yang diperkenalkan kepada aku oleh Khalid Jaafar), namun hasil ulasan buku ini yang terdapat di internet, sedikit sebanyak memberi aku gambaran akan sejarah permulaan penginstitusian pesakit-pesakit mental sehinggakan mereka ini tersisih daripada masyarakat. Bermula pada pertengahan kurun ke-17, pada era klasik, bagi menggantikan kekosongan ruang yang ditinggalkan oleh pesakit-pesakit leprosi atau kusta, pesakit mental mula ditangkap dan ditempatkan dalam kurungan atau seperti yang diistilahkan oleh Michel Foucault sebagai confinement sehinggakan beliau menamakan sela masa ini sebagai ‘The Great Confinement’.

Semuanya bermula di kota Paris pada tahun 1656, apabila Hospital General ditubuhkan. Pada ketika itu, penganggur, penjenayah, penduduk yang miskin dan pesakit mental ditempatkan di sini sehinggakan pada ketika itu hampir 1% penduduk Paris ditempatkan di institut ini. Usaha mengurung atau confinement ini telah didukung bukan sahaja oleh kerajaan ketika itu tetapi juga disokong oleh pihak gereja. Sistem kurungan ini telah terus diperkenalkan ke seluruh Eropah dan digunapakai di hampir semua wilayah ketika itu. Ternyata peristiwa ‘The Great Confinement’ ini beserta dengan kelangsungannya telah berjaya membina satu tembok atau menggali satu jurang yang cukup dalam bagi memisahkan pesakit mental dengan masyarakat. Stigma yang dipupuk dan diasuh sedari mula lagi telah menyebabkan pesakit-pesakit mental hari ini, yang sememangnya masih seorang manusia biasa, masih gagal mendapat perhatian sewajarnya dari masyarakat dan penerimaan kita terhadap mereka masih mengecewakan.

“Mereka ini ganas!”, “Karang dia bunuh orang karang!”, “Simpan sajalah dia kat dalam tu!”, “Doktor jangan hantar balik bapa saya ni. Dia gila!” – Ini adalah antara cebisan-cebisan pedih dialog yang selalu kita dengar dan paling menyedihkan, kata-kata pedas ini juga selalunya turut dilaungkan di hadapan pesakit yang memiliki hati dan perasaan. Prasangka buruk yang timbul kerana ketakutan kita kepada sesuatu perkara yang tidak langsung kita ketahui menyebabkan penyisihan terhadap pesakit-pesakit mental dalam masyarakat cukup tebal. Ini semua adalah hasil tangan ‘The Great Confinement’. Mereka disisih oleh keluarga setelah harta asal mereka habis dikaut oleh ahli keluarga dan mereka ditinggal terbiar di institut psikiatrik seperti Hospital Bahagia Ulu Kinta. Stigma ini juga menyebabkan mereka ini sering gagal mendapatkan pekerjaan kerana majikan juga turut gerun akan kerugian yang bakal timbul jika pesakit mental diambil bekerja.

Hakikatnya masyarakat tidak sedar bahawa penyakit mental seperti skizofrenia (schizophrenia), penyakit bipolar (bipolar disorder), depresi atau tekanan jiwa (depression) dan banyak lagi sebenarnya adalah sama, serupa, setara dan seangkatan dengan penyakit kronik lain seperti kencing manis (diabetes mellitus), tekanan darah tinggi (hypertension), dislipidemia atau lemak berlebihan dalam darah (dyslipidemia), sakit jantung (ischemic heart disease) dan banyak lagi penyakit kronik konvensional lain. Tanpa ubat dan kawalan berterusan, ternyata penyakit kronik konvensional ini akan mengakibatkan komplikasi yang buruk. Sama juga halnya dengan penyakit mental.

Ketika ‘The Great Confinement’, tempat kurungan untuk pesakit mental ini tidak lebih dari sebuah penjara kotor dan seram, dan pesakit-pesakit ini tidak diberikan rawatan perubatan yang sepatutnya. Michel Foucault di dalam karangannya menyatakan sehingga pada kurun ke 18, baru timbul usaha untuk menempatkan pesakit mental di hospital sakit jiwa seperti yang dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai asylum. Usaha ini telah dipelopori oleh Philippe Pinel dan Samuel Tuke. Tuke sendiri telah mengasaskan York Retreat dan Quaker Institution.

Berbeza dengan sekurun sebelumnya, pesakit mental akan dipukul dan diseksa bagi mematikan sifat ‘kegilaan’ mereka ketika di dalam kurungan, ahli Quaker (yang dipelopori oleh penganut Protestan) pula memperkenalkan satu kaedah dimana pengawasan berterusan dilakukan terhadap pesakit dan mereka diajar dengan ajaran agama serta setiap perbuatan mereka akan diawasi, dinilai dan diperbetulkan andai mereka membuat salah. Mereka tidak bebas mencapai kesedaran mereka sendiri. Foucault menggambarkan ini sebagai menggantikan perasaan takut pesakit dengan repressi atau penindasan. Beliau juga menambah, walaupun pesakit mental dibebaskan dari kurungan fizikal ketika kurun ke 17, tetapi mereka masih terkurung dalam kesedaran mereka sendiri kerana setiap perbuatan mereka ditentukan dan dinilai oleh pengamal perubatan dan juga penjaga mereka ketika itu. Foucault berhujah bahawa ini bukanlah kebebasan sebenar. Namun sistem ini masih terus digunakan dalam dunia perubatan bagi merawat pesakit mental sehingga ke hari ini.

Beralih kepada pengalaman berharga yang aku kecapi hari ini, lawatan aku ke Hospital Bahagia Ulu Kinta telah memberi aku satu kesedaran yang cukup bermakna. Staf yang mengiringi kami sepanjang lawatan, telah menyentuh jiwa aku apabila beliau dengan bangga berkata bahawa kami di sini menjaga bakal-bakal ‘ahli syurga’. Memang benar dan tidak dapat aku nafikan tugas mereka ini cukup mulia. Tidak ramai yang akan sanggup menanggung beban tanggungjawab ini. Kedamaian tempat ini dan dihiasi dengan lebih 20 kebun tanaman yang diusahakan sendiri oleh pesakit di sini membuktikan mereka ini sebenarnya lebih dari layak untuk hidup bersama kita di dalam masyarakat. Kisah kebanyakan pesakit yang hingga ke akhir hayat tinggal di hospital ini kerana disisih keluarga dan masyarakat cukup menginsafkan. Nyata keluhan mereka yang menyumbang bakti di sini bukanlah kerana keletihan melayan kerenah pesakit tetapi ‘tekanan jiwa’ yang mereka hadapi apabila berdepan dengan stigma masyarakat yang terus-menerus menyisih pesakit mental dan langsung menafikan hak mereka untuk menjadi seorang individu yang merdeka.

Ada benarnya hasil perbualan aku dengan Khalid Jaafar beberapa bulan lepas ketika berdiskusi di Coffee Bean Bangsar, bahawa menjadi tanggungjawab ahli keluarga untuk menyediakan dana dan memikul beban menjaga pesakit mental kerana mereka ini tidak seharusnya ditempatkan dalam buangan tersisih dari masyarakat dan dijadikan beban kepada kerajaan. Dengan diagnosa yang betul dan patuh pada rejim ubatan yang diberi beserta sesi terapi berterusan, pesakit mental dapat berfungsi sebagai ahli masyarakat yang normal dan mampu untuk hidup dengan aman dan damai bersama keluarga dan komuniti. Pesakit mental juga dapat belajar dan mengenali diri mereka sendiri secara bebas tanpa perlu mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh pihak lain. Andai situasi ini dapat wujud di dalam masyarakat, mungkin ini adalah kebebasan hakiki yang cuba disampaikan oleh Foucault di dalam buku karangan beliau – Madness and Civilization.

Dengan usaha disentralisasi perkhidmatan perubatan psikitrik sekarang ini diharapkan penerimaan pesakit mental sebagai sebahagian dari ahli masyarakat dan pengiktirafan mereka sebagai seorang individu yang merdeka akan tercapai dalam masa akan datang. Aku meninggalkan Hospital Bahagia Ulu Kinta dengan satu pencerahan jiwa yang terang dan ungkapan di gerbang keluar institut ini cukup untuk merumuskan semuanya – Hentikan Pengasingan, Berikan Penjagaan.

Afif Bahardin, pelajar tahun akhir perubatan dan Alumni Akademi Merdeka 2008.

Kiriman Berkaitan

Langkah Demi langkah admin

Cita Murni Kepimpinan Hasmi bin Hashim

Allen Ginsberg – Terapi Si Penyair baru admin

Imaginasi Abror Rivai

Antara Mendengar dan Menonton Kebutaan Uthaya Sankar SB

Pertembungan atau Sintesis Peradaban? admin