JalanTelawi [Beta] » Merdeka

Ogos untuk Tiga Negara
Tahun ini, genap 500 tahun sejak Melaka jatuh ke tangan tentera laut Portugis dan berakhir era kesultanan Melaka. Kuasa Barat menjajah bersilih ganti di negeri-negeri Melayu dan wilayah-wilayah lainnya di Nusantara. Negeri yang kini kita kenal sebagai Indonesia, juga jatuh ke tangan Belanda sementara Inggeris kemudiannya di sebahagian besar negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu selain di Sabah dan Sarawak.

Sejak itu seolah-olah tidak wujud konsep “merdeka” di dalam benak fikiran pribumi. Hanya pada Mei 1908, sekelompok anak-anak muda berkumpul dan berbincang di sebuah daerah terpencil di Jogjakarta dan mula membicarakan tentang kebangkitan kebangsaan. Perkumpulan itu dikenali sebagai “Boedi Oetomo”. Gagasan kemerdekaan pun digariskan lahir dan menjalar dari sana.

Bukan sahaja di Indonesia dengan organisasi seperti “Angkatan 45” yang membawa semangat merdeka, malah sampai ke Semenanjung Tanah Melayu yang terjelma dengan pelbagai nama seperti “Angkatan 50” selain pertubuhan-pertubuhan politik lainnya. Api kesedaran ini bertambah marak oleh anak-anak watan yang berpeluang belajar di Timur Tengah mahupun di Eropah.

Slogan-slogan gagah pun berkumandang, misalnya “merdeka dengan darah” dan “merdeka atau mati”. Ini semua bagi menunjukkan bagaimana semangat untuk mempunyai negeri yang berdaulat berkobar-kobar dan menjadi keutamaan waktu itu. Lalu jejak kemerdekaan adalah jejak dengan korban jiwa, di samping Asia Tenggara juga pernah menjadi medan tempur ideologi.

Parti Komunis di ketiga-tiga negara sempat mendapat tempat, selain kemasukan Jepun untuk menawan sehingga ke hujung peta Nusantara. Meski berkongsi musuh yang sama iaitu kuasa Barat, namun masing-masing juga melihat bahawa Asia Tenggara seakan-akan ladang subur baru untuk dikuasai.

Perang ideologi begini, walaupun selepas masing-masing melewati garis kemerdekaan, tetap sahaja berterusan. Kita mendengar bagaimana ramuan ideologi ala presiden pertama Indonesia yang cuba mengadun tiga fahaman iaitu Nasionalisme, Agama dan Komunisme menjadi “NASAKOM”. Pergeseran seumpama tak hanya di Indonesia, dan melarat juga ke Malaysia di dalam menentukan dasar-dasar negara. Singapura pula mengumumkan dirinya sebagai negara sosialis.

Republik itu yang begitu kencang menjana ekonomi sejak merdeka, apabila di dalam soal ekonomi, Lee Khuan Yew sedari awal menyatakan bahawa beliau pro kepada pasaran terbuka. Lee tidak terbawa-bawa dengan sentimen dan retorika anti-Barat berterusan seperti mana pemimpin-pemimpin di Indonesia dan Malaysia.

Dengan itu, daripada sebuah ‘pulau kosong’ apabila dikeluarkan dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, Singapura antara lain begitu gigih untuk mendapatkan pelaburan dari Amerika Syarikat. Ketika pemimpin Asia Tenggara lainnya mengecam perang di Vietnam yang melibatkan Amerika, Lee tidak berbuat demikian. Pendirian berbeza Lee tak lain kerana mahu menjaga hubungan dagang dengan Amerika.

Walaupun gaya pengurusan ekonomi berbeza-beza, namun kemerdekaan yang setengah abad ini tidak menjadikan demokrasi dan kebebasan dapat terjamin dan menjadi hal yang tertinggi. Sekarang pun, hanya Indonesia yang bisa menghirup ruang dan udara demokrasi lebih segar. Malaysia semakin mundur dan Singapura tak banyak berubah.

Sama ada di era Seokarno mahupun Seoharto; sama ada sepanjang pentadbiran Lee mahupun Dr Mahathir Mohamad, kekangan terhadap demokrasi di kalangan rejim hampir serupa. Walaupun Dr Mahathir sering mengecam Lee, namun mereka juga menggunakan hujah bahkan strategi sama apabila berhadapan dengan penentangan politik dalam negara. Contoh mudah ialah kedua pemimpin itu pernah menggunakan ISA untuk mengekang penentangan oposisi.

Lee sampai hari ini cuba menafikan bahawa rakyatnya, termasuk di kalangan orang muda berada di dalam keadaan takut, kesan daripada “politik ketakutan” yang beliau serapkan ke bawah. Kita tahu, ramai penentang Lee ditangkap pada 1963 sehingga ada yang ditahan tanpa bicara sehingga lebih 20 tahun. Bagi Lee, cara mengawal oposisi ialah dengan ‘membunuhnya’ sebelum ia tumbuh.

Tak siapa menyangka, negara seperti Indonesia kini melakar pertumbuhan lebih baik daripada Malaysia, bahkan dalam tahun-tahun tertentu lebih baik juga berbanding Singapura. Kita sedari, tanpa demokrasi, Indonesia takkan mampu mencatat pertumbuhan sehingga lebih 6 peratus setahun. Dalam waktu sama, apakah Malaysia dan Singapura sudah siap untuk sekali ini belajar daripada Indonesia, sedangkan dahulunya Indonesia jauh ketinggalan berbanding kedua negara jirannya ini?

Seraya Seoharto digulingkan dengan kebangkitan rakyat September 1998, selain BJ Habibie, presiden Indonesia yang paling memelihara demokrasi tak lain ialah Gus Dur. Jika diteliti, beliau kembali digulingkan kerana mukanya cemeh dan matanya buta. Betapa di saat pasca Reformasi sekalipun tetap sahaja punya ruang di mana benih rejim kuku besi tetap bisa kembali tumbuh.

Kestabilan di dalam kongkongan tak akan memberi banyak erti. Kadang-kala kestabilan hanya ibarat bom jangka yang akan meledak pada bila-bila masa. Hujah “kestabilan” masih terus berkumandang di Malaysia dan Singapura, namun tidak lagi di Indonesia seperti yang pernah menjadi tema utama politik pembangunan di zaman Soeharto.

Fasa kedua selepas 50 tahun, tak lain adalah fasa di mana demokrasi tak dapat dielak untuk menentukan jaya tidaknya gagasan pembangunan dan kesejahteraan. Sekaligus ia memperingatkan kembali akan maksud, cita-cita dan janji kemerdekaan untuk memberi hak kepada setiap warganegara merasai nikmat kebebasan; tidak lagi hidup di bawah ketakutan seperti mana era penjajah Barat; di waktu pendudukan Jepun; mahupun ketika darurat.

Kita pernah mempunyai seorang pemimpin tertinggi negara dari seorang Melayu, dari seorang Cina, dari seorang Jawa, juga dari darah campur; namun asas bangsa dan kaum tak menjamin keadilan dapat terlaksana. Keghairahan berkuasa, menjadi perdana menteri rupa-rupanya adalah sejenis ‘penyakit’ yang berjangkit ke negara-negara muda yang baru bebas dari penjajah.

Soeharto di Indonesia, Lee di Singapura dan Dr Mahathir di Malaysia; semuanya mengeluarkan taring kuku besi mereka terutama apabila kuasa tercabar, walaupun mereka juga mengkritik satu sama lainnya dahulu. Semua pemimpin itu sebenarnya terlepas peluang untuk mencipta sejarah yang berasaskan kemuliaan insan.

Hujah dan omongan politik cara era ketiga pemimpin itu, terutamanya yang bersifat tertutup seperti “nilai Asia” misalnya, tak dapat dipertahankan lagi. Nilai baru yang lebih sejagat sedang mengambil tempat di dalam ukuran dan pertimbangan politik Asia Tenggara. Fasa baru sesungguhnya sudah bermula. Selamat hari kebangsaan kepada semua, di ketiga-tiga negara.

Hasmi bin Hashim, 35—seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat.Kiriman Berkaitan

Sekulariti, Sekularisasi dan Sekularisme Aqil Fithri

Idealis Revolusioner: Antara Shari’ati dan Motahhari Aqil Fithri

Membina Negeri Ini Kembali Hasmi bin Hashim

Malaysia yang [Masih] Goyang Hasmi bin Hashim

Nota-nota Wisata: Sejenak di Metro Manila I Najwan Halimi

Majulah Singapura Amin Ahmad

Mardika, Merdeheka, Merdeka!
Amin Ahmad

Saya fikir kawan saya seorang yang bijaksana.

Dalam sibuk kempen Pilihan Raya 2008, dia disuruh selalu bersyukur kerana Malaysia kini aman, rakyat boleh bekerja dan sebagainya. Jawabnya “di zaman British dulu pun mereka bagi kita bekerja dan mereka boleh bagi kita keamanan, tetapi kenapa kita nak juga Merdeka?”.

Kemerdekaan Tanah Melayu ini bukanlah sebuah kemerdekaan yang mudah. Mengambil kira realiti persaingan empayar ideologi peringkat global, negara kita tidak dapat mengelak tempiasnya. Suka atau tidak, golongan kiri di Malaysia adalah kelompok awal yang menggunakan perkataan Merdeka sebagai slogan perjuangan mereka dan kerana kemaraan pengaruh komunis yang besar, British akhirnya mempercepat proses kemerdekaan Malaysia.

Namun, jika kita membaca sejarah rasmi negara yang diajar di peringkat sekolah, amalan komunis telah berlaku kerana catatan ini tidak ditemukan. Benarlah sebahagian dakwaan bahawa “sejarah ditulis oleh orang-orang yang menang”.

Golongan kiri berhasrat mewujudkan kesatuan Indonesia Raya di mana ia secara jelas dilihat British sebagai agenda perluasan empayar komunis. Di sinilah titik tolak pertikaian sejarah berkaitan isu tindakan yang diambil kerajaan terhadap Parti Komunis Malaya (PKM) dan para pejuangnya.

Pembentukan Malaysia dengan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak juga telah ditentang oleh Indonesia dan Filipina. Suruhanjaya Cobbold akhirnya diwujudkan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk meredakan isu ini di mana rakyat Sabah dan Sarawak khususnya telah menunjukkan sokongan untuk menyertai Tanah Melayu sebagai negara Malaysia yang berdaulat. Pengisytiharan ini ditangguh kepada 16 September 1963 berbanding tarikh asal 31 Ogos 1963 kerana isu ini.

Dalam Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu yang diulang semasa pengisytiharan negara Malaysia, kemerdekaan dinisbahkan dengan kata “mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia”. Ia dikuatkan dengan perimbangan agar kedudukan Raja Melayu dan hak asasi serta kebebasan rakyat dipelihara sebagai syarat untuk maju dengan aman dan teratur. Dalam perlembagaan, ia disebut sebagai sebuah kerajaan dengan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Perdana Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia, pada perenggan akhir Pemahsyuran Kemerdekaan ini telah mewakili sekelian Raja Melayu telah menyampaikan bahawa “dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta’ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa”.

Semasa dijemput untuk membicarakan persoalan kebebasan dalam slot U-Wartawan di Astro Awani dan menjadi panelis forum Di Luar Lingkungan: Masa Depan Dari Kaca Mata Generasi Pewaris bersama Pegawai Khas Perdana Menteri, Prof. Madya Dr. Khairil Annas Jusoh, saya telah menekankan bahawa untuk negara Malaysia ini keluar daripada titik bengik masalah yang ada, kita mesti merujuk semula kepada hasrat besar golongan pejuang kemerdekaan negara kita.

Perjuangan untuk kebebasan bukanlah perjuangan baru dan ia terevolusi berkadar dengan masa. Jika pada zaman lampau, kezaliman dirujuk kepada sifat zalim yang nyata – membunuh dan menyiksa, zaman ini ia lebih kompleks. Sebelum ini kita lihat dan dengar daripada sumber bacaan, tontonan media massa atau daripada mereka yang berpeluang menjadi saksi mata kepada dasar perkauman di banyak tempat di dunia. Tentu sekali yang paling popular pada zaman moden ini ialah dasar apartheid di Afrika Selatan yang menyaksikan Nelson Mandela terpenjara hingga 27 tahun! Catatan panjang Mandela kini boleh dibaca dalam buku Long Walk for Freedom.

Kompleksiti dunia kian terserlah apabila isu kebebasan telah meruntuhkan empayar dan menjelma sebagai negara bangsa. Negara-negara yang muncul di peta dunia bermula dengan keinginan untuk mentadbir sendiri dan tidak lagi bergantung kepada kuasa luar meskipun kuasa luar ini lebih maju serta berpengalaman – dan sebahagian mereka berkongsi kepakaran memajukan masyarakat tempatan melalui latihan pentadbiran serta perekonomian.

Ketika negara memilih untuk memerintah sendiri, timbul isu sekitar siapa yang layak menjadi ketua. Mungkin di peringkat awal rakyat lebih mudah diwakili oleh tokoh-tokoh yang dilihat berani mewakili proses perundingan. Tokoh-tokoh ini bersatu atas maksud membebaskan negara, namun mungkin tidak dari segi proses membina-majukan negara. Di peringkat awal, kita mungkin boleh menemukan kejernihan akal-budi pemimpin untuk menerima dan mengambil (give and take), namun realiti kemudian tidak semestinya kekal begitu.

Maka muncullah kaedah apa yang dinamakan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sebagai proses sesuai untuk Malaysia. Kaedah-kaedah memilih wakil rakyat dan kenyataan-kenyataan prinsip dalam pemerintahan – kebebasan dan keadilan – yang diambil daripada Pemahsyuran Kemerdekaan termaktub.

Ramai orang, ketika membicarakan isu kebebasan, gagal memahami pengertian sebenar mereka yang mengungkapkannya. Ia tidaklah aneh kerana memang hakikatnya realiti kebebasan punya cabaran tersendiri.

Timbul meluas pertanyaan dan kenyataan “setakat manakah kebebasan harus diberi? Kebebasan harus dibataskan! kebebasan mesti disertakan dengan tanggungjawab”. Bunyinya klise, seakan kebenaran agung; namun mungkin kata-kata George Bernard Shaw sesuai untuk mengungkapkan realiti tersebut –“mereka yang takut dengan kebebasan ialah mereka yang takut dengan tanggungjawab”.

Haruslah difahami bahawa undang-undang yang muncul berkaitan kebebasan bukanlah untuk menidakkannya, sebaliknya adalah pengiktirafan kepada kebebasan itu sendiri. Kebebasan seseorang tamat sebaik saja ia menggugat kebebasan orang lain. Maka, undang-undang adalah satu bentuk peruntukan hak kepada semua pihak. Apabila pertindihan hak berlaku, ia dibicara dan siapa yang dapat membuktikan kesnya lebih kuat, ia mungkin menang secara undang-undang.

Undang-undang adalah jalan keadilan yang terhad sebagai kerangka membantu permasalahan manusia. Undang-undang sebagai proses tertakluk kepada manusia yang menggerakkannya. Jika manusia mempunyai sense of justice yang kuat, maka kita berpeluang memiliki suasana demokratik yang luas. Jika manusia rakus terhadap kuasa yang dipinjamkan, kita akan berdepan dengan banyak kekangan atas nama demokrasi – di mana majoriti undi 5 tahun sekali akan dinisbahkan sebagai alasan awam (public reason) di Dewan Rakyat pada setiap masa Ahli Dewan Rakyat meluluskan sesuatu usul sebagai undang-undang.

Di sinilah kelemahan demokrasi yang paling ketara, namun belum ada jawapan alternatif yang cukup meyakinkan masyarakat awam untuk menggantikan sistem ini. Hakikatnya, dalam kajian popular bimbingan Profesor John Esposito, dan dibukukan dengan tajuk Who Speaks for Islam (pertanyaan penting dalam isu Islam dan hubungannya dengan dunia), cukup menunjukkan bahawa rakyat mahu menyertai proses demokrasi – memilih wakil dan membuat keputusan. Penompokan kuasa kepada manusia lain bukanlah pilihan rakyat meskipun manusia lain bergelar pemimpin agama, suara dunia ketiga atau raja!

Kedaulatan sebuah negara dicerminkan melalui lebih kuasa kepada rakyat, bukan pemimpin yang asalnya dipilih oleh mereka sebagai wakil. Kedekatan suara pemimpin mewakili suara rakyat adalah cermin ketinggian kuasa rakyat dalam institusi negara.

Dari faham ini, saya merumuskan soalan yang ditanya kepada kawan saya itu menunjukkan kemerdekaan negara telah ‘dicuri’ maksudnya.

Sempena Ogos 2009, saya mahu mengingati semula Pemahsyuran Kemerdekaan yang pertama kali disebut pada hari kelahiran saya 20 Februari, meski tahunnya beza – 1957. Masanya telah tiba untuk kita bersatu memikirkan tentang maruah sebuah negara yang kita sayang bernama Malaysia.

Amin Ahmad, mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia. Beliau adalah mantan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan pernah memegang beberapa jawatan lain di peringkat Kolej, Fakulti Pengajian dan Universiti. Pernah mewakili delegasi Malaysia dalam Program Pembangunan Kepimpinan Belia ASEAN. Alumni Kepimpinan Muda Nahdah Asia, sebuah projek kerjasama Institut Kajian Dasar dan Yayasan Aman Sasakawa (SPF) dan alumni Cato University.Kiriman Berkaitan

Ingatlah Kembali Deklarasi Permatang Pauh Ammar Gazali

Catatan dari Mumbai: Anwar Jadi Tetamu Cucu Gandhi Ammar Gazali

Kebebasan Berekspresi Itu Suci admin

Agama, Nyawa dan 150 sel admin

Merenung Masa Depan Malaysia Amin Ahmad

Sri Lanka dan Geoffrey Bawa Ismail Shariff