JalanTelawi [Beta] » Malaysia

Antara Badrul Bambi dan Terminus A Quo
“kepercayaan mereka pada bakat

hanyalah satu retorika

ini alam pedih yang menyurih warna cereka

kebijaksanaan itu debu di hujung cerita

bila tidak menguntungkan kita.”

-Petikan puisi Sajak untuk Penulis Cerita, terbit dalam majalah Dewan Sastera, Januari 2012.

Kumpulan sajak bertajuk Badrul Bambi oleh Raihani Mohamad Saaid

Pada hari saya menulis artikel ini, fenomena 901 sedang beransur-ansur mengendur di luar sana. Dimaklumkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan tidak bersalah, maka, sekurang-kurangnya ia turut melancarkan kembali aliran trafik jalan raya bahkan kepada draf penulisan artikel ini. Sebagaimana negara-negara lain di dunia, susunan drama politiking di sini tidak kurang menariknya. Hanya menunggu tarikh rasmi bilakah PRU13 bakal berlangsung dan pihak manakah seterusnya berada di Putrajaya.

Sungguh tidak benar bahawa penulis karya kreatif, kononnya dianggap unik, duduk terperuk dalam bilik studio dengan kaca mata tebal dan bermuka penyendiri, tidak mengambil hirau suasana siasah, sosial mahupun keputusan perlawanan bola sepak antara Harimau Malaya menentang Timnas Indonesia, misalnya. Malah memilih untuk menjadi penulis bukan suatu alternatif menyenangkan dalam sesebuah negara seperti Malaysia.

Setiap tema penulisan yang mengangkut persoalan kepekaan sesuatu kaum, agama, budaya dan gaya hidup, tidak dibolehkan terlalu terang lukisannya. Ada garis merah yang tidak dibenarkan untuk dilintasi. Kita belum bersedia sepenuhnya menerima karya kreatif yang membenarkan para penulis menjadi seorang realis. Maka, para penulis terpaksa terus-menerus menulis tentang langit jingga, bulan dan bintang sebagai simbolisme. Soalannya, apakah ia tidak meletihkan?

Kumpulan cerpen bertajuk Terminus A Quo oleh Raihani Mohamad Saaid.

Saya sekadar mengambil contoh, Emile Zola, penulis yang merakam realisme di Perancis, menjadi ikon terbaik betapa berkesannya mata pena seniman kreatif membawa tanggung jawab sosial sebagai penyebar kesedaran masyarakat akan hak mereka sebagai manusia. Wah! Hebat bunyinya. Peranan sedemikian turut disedari di Malaysia dalam pelbagai jalur ekspresi seni.Sehingga sekarang, ada beberapa pihak kurang bersetuju kerja penulisan SN A. Samad Said dalam novel klasiknya Salina kerana pemaparan jalan cerita, watak utama dan dunia gelap yang menjadi atmosfera novel tersebut. Jika anda berasa muak dan kecewa kerana gagal menulis kenyataan, maka, tulislah sebuah dunia fiksyen di mana kenyataan dan dongeng dipadukan untuk mengejek realiti sebenar yang disembunyikan oleh para manusianya sebagaimana dilakukan Orhan Pamuk.

Mari saya memperkenalkan nama penulis muda ini, barangkali ada yang masih kurang mengenali Siti Raihani Mohamad Saaid. Dalam kalangan penulis generasi baharu, dia mengaku belum cukup tersohor sebagaimana penulis novelis popular seperti Ain Maisarah, sebagai contoh kecil. Diam-diam dia sudah pun memiliki tiga buah buku malah sering diundang sebagai deklamator untuk membaca puisi di Rumah PENA atau di beberapa acara. Bahkan turut ditawarkan untuk mengendali bengkel penulisan kreatif.

Namun, siapakah wanita makhluk ciptaan Allah yang tidak setia bertudung mengikut gaya 80-an dan sering menulis status-status nakal dan sinis di laman Facebook itu? Cantikkah dan bolehkah dia menyediakan hidangan nasi briyani dengan ayam masak masala sekali? Mengapakah dia kurang dikenali berbanding bakat penulisannya?

Untuk soalan itu, saya akan menulis ulasan atau pandangan berkaitan dua buah buku bertajuk Badrul Bambi dan Terminus A Quo karya sepenuhnya oleh Siti Raihani Mohamad Saaid (akan ditulis Raihani sahaja selepas ini). Sebagai sahabat, saya kadang-kadang terkilan apabila kurangnya nama dan karya-karya tulisan Raihani disoroti dalam media. Mungkinkah kerana dia seorang penulis wanita? Alangkah kolotnya kedengaran jika saya menyoal demikian. Dan berapa orangkah penulis di Malaysia mengenali Emily Dickinson?

Bagaimanakah kita secara jujur menilai sesebuah karya kreatif jika tidak bersandarkan pada ukuran kualiti penghasilannya? Apakah kita secara tidak disengajakan memenangkan sesebuah karya atas ukuran sebaliknya? Misalnya kerana individu tersebut menyisir rambut dengan kemas berbanding seorang lagi individu yang berseluar jean lusuh malah tidak fasih berbahasa Inggeris, misalnya?

Sudah tentu ada perbezaan gaya kerja penulisan yang dihasilkan oleh dua penulis tetapi hanya akan ditentukan ukuran yang sama. Iaitu kualiti. Semua orang bersepakat bahawa tiada sebarang kelas dalam karya penulisan antara karya beraliran pop mahu pun seni. Sekali lagi, ukuran bagus dan tidak bagus yang memisahkan sesebuah kerja penulisan kreatif.

Dan apakah penulis bernama Raihani dianggap berbakat atau sekadar suka-suka menulis kerana tiada hobi lain pada petang hari? Namun, sekiranya anda belum lagi mengenali penulis bernama Raihani, segeralah mendapatkan ketiga-tiga buah buku tulisannya. Kerana untuk artikel ini, saya hanya akan menulis serba ringkas dua buah buku Raihani yang ada di atas meja tulis saya sekarang.

Buku Badrul Bambi merupakan himpunan sebelas buah cerpen manakala dalam buku terbaharu beliau, Terminus A Quo menempatkan lima puluh tiga buah puisi. Sungguh panjang kronologi masa penciptaan yang tercatat di bawah karya-karya di dalam kedua-dua buah buku tersebut. Ini kerana dia hanya memilih karya-karya terbaik untuk dibukukan sebelum diedarkan kepada para pembaca budiman.

Kedua-dua buah buku tersebut diterbitkan atas dana sendiri sebelum berita pemberian dana sejumlah berjuta-juta oleh PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merangsang industri penerbitan karya dalam kalangan penulis muda baru-baru ini. Terima kasih PM. Sayangnya, Raihani terlanjur awal menerbitkan sendiri buku terbaharunya, Terminus A Quo dan terlepaslah beliau untuk merasai nikmat dana yang diperuntukkan RM1 juta kepada PENA yang diumumkan sedikit lewat ketika proses percetakan kali kedua buku Terminus A Quo buat masa ini.

Kedua-dua buah buku tersebut memperlihatkan karakter Raihani yang menyingkir tema keselesaan. Cerpen-cerpennya bernuansa moden sebagaimana puisi-puisinya tidak bergambarkan pohon nyiur melambai-lambai di tepi pantai. Apakah ia tema keselesaan? Apakah pula tema yang boleh dianggap selesa dalam penulisan karya kreatif? Dan apakah bezanya karya bersifat bawah tanah? Raihani melalui karya-karya yang terhimpun dalam kedua-dua buah buku tersebut menulis dengan pendekatan “berjenis” dan tidak berhasrat terikut-ikut dengan aliran penulisan yang kurang (digemari) mencabar bakat seninya.

Dia pengekor fenomena masyarakat bahkan politik semasa sekali gus. Inilah dimensi yang menarik apabila memperkatakan tentang kepengarangan Raihani. Kedua-dua buah buku masing-masing dalam genre cerpen dan puisi itu juga merupakan buku pertama daripada Raihani secara persendirian. Bertentangan dengan usia dan aliran penulisan para penulis muda lain, Raihani cenderung menekankan aspek pemikiran berkat rejim pembacaannya yang dipesona oleh gaya pengucapan intelektual SN Muhammad Haji Salleh.

Dan puisi di atas yang saya petik pada awal artikel ini, memperlihatkan bagaimana Raihani memadatkan diksi untuk disesuaikan dengan pemikiran yang ingin disampaikan. Jika aliran penulisan karya kreatif dalam kalangan penulis generasi baharu cenderung memilih gaya menulis berterus-terang, maka, Raihani memilih dengan kaedah sekolah lama. Kerana dia tidak perlu menjadi orang lain semasa menurunkan ayat-ayatnya. Dia bercita-cita memperbaharui peranti berkias dengan cita rasa moden.

Kesan pemerhatiannya terhadap isu-isu yang membelenggu atau membodohkan masyarakat tidak pernah surut dalam setiap karya kreatifnya. Dia menghapuskan dekorasi bahasa tipikal kewanitaan apabila kita gagal melihat tema-tema romantis dalam sesebuah puisinya. Sebaliknya dia menulis kehitaman hati manusia dan kecurangan dunia sebagaimana terakam dalam puisi bertajuk Fait Accompli.

Sama ada dalam genre cerpen malahan puisi, suara sinikal Raihani dibentuk membayangi semangat Hang Nadim justeru mewakili suatu sikap dan pemikiran baharu dalam menilai gejala bejat dalam negaranya. Oh! Ya, bahasa Raihani memang sarat berkias. Andai kata anda terasa sedikit lambat untuk sekurang-kurangnya memahami separuh daripada isi cerpen atau puisinya, sila ulang baca dan padankan dengan isu-isu di luar yang melanda masyarakat.

Dia bangun mempersoalkan sesuatu isu besar kebangsaan dan jalan paling sulit dicipta dalam sebaris puisi dan naratif apabila beliau harus memindahkan pendapat dan ejekan beliau menjadi metafora. Saya tidak akan mengulas segala struktur kerja penulisan Raihani melalui aplikasi teori sastera.

Ayat-ayatnya tebal dan dramatik ketika menampung muatan makna serta amanat kepada para pembaca. Sungguh tidak komersial konotasinya. Cerpen-cerpennya tidak menawarkan kisah kebahagiaan mengikut hukum happy ending. Perkara paling sukar bakal menunggu pembaca karya-karya kreatif Raihani ialah sejauh mana kepekaan imaginasi dan kecerdasan intuisi mereka apabila berhadapan dengan perlambangan dan kiasan dalam tulisan beliau.

Siapakah yang boleh memahami kemelut sahsiah dalaman negara di sebalik cerpen Peran Teraju yang berkisar tentang persediaan sebuah skrip pementasan? Apakah perlambangan sedemikian hanya sekadar khayalan fiksyen sahaja? Dalam sebuah puisi bertajuk, Muda Jauhari, Raihani menulis dilema dalamannya:

Bagaimana akan kita tulis kembali

tafsir baharu dalam kamus bangsa

bagaimana kita yang memilih kata

dan menyisih dusta

Ada beberapa sebab mengapa seseorang melibatkan diri dalam bidang penulisan. Sama ada bercadang menyatakan perspektif dan suara mereka untuk didengar masyarakat atau ingin memiliki banglo tiga tingkat dengan kolam mandi berkilauan di halamannya. Sekarang, penulisan bolehlah dianggap suatu industri yang menguntungkan jika subjek ditulis menepati selera golongan terbesar masyarakat.

Jika anda berbakat mencipta sebuah dunia fiksyen paling digemari pembaca remaja (panggillah dengan istilah gedik sekalipun), maka itulah kelebihan anda yang tidak dimiliki oleh penulis yang menulis subjek serius atas nama seni kesusasteraan. Golongan penulis kreatif tidak perlu lagi berpakaian aneh di khalayak ramai. Bersikap anti sosial atau hanya mengunjungi kedai buku dan berlagak seperti orang tua yang menghukum generasi mudanya melalui laman sosial Facebook.

Apabila Raihani tidak memilih untuk menebalkan dompet duit dengan jalan segera, sudah tentu ada sebab kuat mengapa jalan berliku dan kurang lumayan menjadi pilihan tema penulisannya. Raihani menjadi bad boys dalam senario sastera Malaysia menerusi pendekatan khasnya. Tidak perlu menggunakan kata-kata kesat atau bercampur-aduk dengan bahasa asing untuk menunjukkan tahap keurbanan seseorang penulis. Pemilik ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan dari Universiti Malaya ini tidak bersetuju adanya diskriminasi gender dalam dunia penulisan. Dengan mentaliti sedemikian, Raihani tidak membenarkan tanggapan umum bahawa penulis wanita berasa lebih selesa menulis hal-hal kewanitaan. Barangkali dia turut terpengaruh dengan corak tudung semasa atau filem-filem terbaik di pawagam.

Pada karya-karya kreatifnya, dia memilih isu-isu pergelutan masyarakat, perselisihan sahsiah yang tidak mungkin kunjung selesai, jatuh bangun nasib bangsa dan masa depan negara ke dalam karya-karya kreatif dan tidak menulis tetek bengek cinta remaja untuk menaikkan namanya.  Apakah dia serius dua puluh empat jam dan tidak menonton siri animasi kartun SpongeBob Square Pants, misalnya?

Malah, jika ingin melihat sudut berbeza kerja penulisannya, jangan lupa mendapatkan majalah In Trend untuk membaca catatan dengan gaya berhumor yang cerdas daripada Raihani. Jarang seseorang penulis yang dianggap serius dalam setiap karya penulisan mereka mampu menulis secara lucu sebagaimana  bakat yang dimiliki Raihani. Komedi ialah suatu cara untuk mengendurkan keseriusan. Mampu menciptakan suasana komedi juga memerlukan kecerdasan bakat.

Tidak mengejutkan, Raihani menerima pengiktirafan di peringkat kebangsaan seawal pembabitannya dalam bidang penulisan kreatif. Dia matang lebih awal daripada usianya. “I’ve always said one ages faster in photographs than in real life” bak kata Gabriel Garcia Marquez dalam cerpen Bon Voyage, Mr. President. Maaf, jika perumpamaan yang saya kutip itu tidak semakna dengan status kedewasaan Raihani pada awal usianya dalam penulisan. Tetapi itu realiti.

Nah, di situ gelombang kontroversi pernah mengganggu seketika dunia kesusasteraan Malaysia. Tetapi tidak ramai pula masyarakat mempersoalkan akal cerdik yang dimiliki Hang Nadim ketika Temasik dilanggar ikan todak. Lebih menyokong tentang isu sebegitu, berita kejayaan penulis wanita bernama Tea Obreht dari Serbia, baru berusia dua puluh lima tahun memenangi anugerah Orange Prize, bahkan mengetepikan beberapa nama penulis wanita senior wajar dijadikan contoh bahawa usia tidak pernah menjadi isu dalam dunia penulisan.

Apakah benar beliau yang menulis tanpa sentuhan tangan lain? Ewah! Mengapa Raihani tidak main masak-masak, contohnya, ketika masih berusia awal belasan tahun? Bukan kerana beliau dilahirkan dalam keluarga penulis, tetapi kekuatan yang datang dari mata penanya sendiri diragui oleh segelintir komuniti penulis. Raihani dibesarkan dalam sebuah keluarga di mana bondanya sendiri merupakan seorang penyair wanita terbaik negara, iaitu Dr. Zurinah Hassan.

Dia membaca buku yang tidak mungkin dibaca oleh kawan-kawan sebayanya. Saya, sebaliknya, datang dari sebuah keluarga yang tidak tahu-menahu tentang kesusasteraan moden. Saudara-mara saya lebih mengenali Noh si vokalis kumpulan muzik Hujan berbanding novelis Baharuddin Bekri. Kedua-duanya kelahiran negeri Sarawak, seperti juga saya. Dalam rumah saya di Sarawak tidak ada rak buku sastera serius kecuali beberapa buah muqaddam dan Al-Quran.

Masyarakat sastera mempersoalkan kemampuan Raihani pada ketika itu yang masih muda remaja menulis. Peliknya masyarakat kita! Penulis kelahiran Kuala Lumpur ini menerima pelbagai hadiah sastera dan yang paling istimewa sudah tentu apabila tiga buah puisi beliau terpilih untuk penilaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2002-2003, 2004-2005 dan terbaharu pada tahun 2010. Kita tidak adil kepada bakat seni seseorang dan membiarkan sastera menjadi tempat sebagai medan polemik sia-sia.

Sejak bila individu peminat haruman pewangi dan cenderung berpenampilan ranggi ini menulis? Apakah beliau sudah mengenali karya-karya berat pada usia masih muda seperti kelaziman para penulis tersohor yang lain? Maka dengan itu, secara di bawah sedar membina gaya pemikirannya yang menggamamkan beberapa penulis dewasa yang terlebih dahulu makan garam.

Haruslah dibeli buku-buku beliau, kerana di dalam prakata untuk buku kumpulan puisi Terminus A Quo, didedahkan pada usia baru lima belas tahun, Raihani berkemampuan menulis puisi. Bukan puisi cintan-cintun atau tentang atmosfera kanak-kanak sebaya di sekolah. Tetapi teks puisi yang seakan-akan wajib dipilih oleh para peserta pertandingan deklamasi puisi Hari Kebangsaan setiap tahun.

Saya tidak bertujuan menganalisis karya-karya kreatif Raihani dalam kedua-dua buku tersebut secara satu-persatu. Memadai di sini, saya menulis latar belakang kepengarangan Raihani, barangkali belum terlambat kepada anda untuk mengenali siapakah beliau sebelum tarikh rasmi PRU13 nanti. Dia menulis sesuatu peringatan dan pesanan daripada generasi baharu yang berasa perlu didengari suara-suara mereka. Sebagaimana katanya sendiri dalam prakata buku Terminus A Quo: “Jika tidak berjumpa yang indah, carilah yang bermanfaat.”

Roslan Jomel, seorang cerpenis. Antologi cerpennya yang pertama bertajuk Namaku Epal Kuning diterbit Dewan Bahasa dan Pustaka.Kiriman Berkaitan

A.S Byatt Clarissa Lee

Penghujung Jalan Mati admin

Biografi Rainer Maria Rilke admin

Sore: Satu Upaya Apresiasi Ammar Gazali

Penulis Muda Sebagai Ikon Si Pemberani Fathi Aris Omar

Phil Ochs Meor Yusof Aziddin

Catatan dari Mumbai: Anwar Jadi Tetamu Cucu Gandhi
Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media UMNO, Hakim Dato’ Zabidin Mohd Diah memutuskan — berlandaskan undang-undang dan fakta —  bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan KEADILAN; dukungan PAS dan DAP;  para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media UMNO yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk  melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas dari,

ANWAR IBRAHIM

via anwaribrahimblogKiriman Berkaitan

Erdogan Jemput Anwar ke Istanbul pada 12 Januari 2012 Ammar Gazali

‘Phyrric victory’ di Perak Khalid Jaafar

Ingatlah Kembali Deklarasi Permatang Pauh Ammar Gazali

Ucapan Dasar Timbalan Presiden Keadilan: Malaysia Tanpa Umno Azmin Ali

Jadilah Orang Moderat yang Anda Cari admin

Media vs. Kekuasaan Hasmi bin Hashim

Azmin Ali: 901 Peluang Polis Pulihkan Imej yang Tercalar
“KEADILAN menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan teratur.”

“Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya.”

via Kenyataan Media YB Azmin Ali, Timbalan Presiden Keadilan.Kiriman Berkaitan

Manifesto Menuju Putrajaya dan Azmin Ali Khalid Jaafar

Ketirisan RM28b Adalah Kenyataan Rafizi Ramli

Najib ditampar ‘revolusi’ di Parlimen Khalid Jaafar

Mahathir Najwan Halimi

Avatar Video Seks Hasmi bin Hashim

Ingatlah Kembali Deklarasi Permatang Pauh Ammar Gazali

Terbang Tanpa Sayap
Mulanya hendak menulis skrip. Tadi sehabis menonton The Untouchables dengan Sofia. Tapi tergendalalah pulak. Silap aku buka Facebook.

“Lain kali kalau ada kerja jangan buka buku bergambar itu lagi”, cetus hati ku berkata. Lagi-lagi macam itulah cara marahkan diri sendiri, meskipun nanti bakal aku lakukan serupa itu juga di lain masa. Tahukah bahayanya apa laman serupa itu?

Ia buat kita lalai. Sibuk baca hal terkini orang. Sampai hala sendiri pun gelinciran. Appalam! Lainlah kalau ada tujuan. Macam bikin entri untuk tulisan yang baharu (macam ini). Susah juga hendak didik diri gunakan kemajuan ini bagi faedah bersama. Apalagi untuk anak-anak kelak. Wajiblah dipupuk dari sekarang.

Dah letih surfing tanpa arah, aku pun tak boleh tidur macam biasa. Baharu lagi aku kembali nikmati tidur malam yang aman. Ini dah serupa balik macam dulu-dulu. Tadi aku dah tutup dah notebook sebab rasa macam dah nak muntah. Dunia ini ada macam macam kejadian yang aneh setiap detik.

Bila aku baring, fikrah aku tak berhenti berfikir. Sebenarnya, aku masih memikirkan skrip yang tergendala. Aku sudah punya idea, juga cerita. Pokok persoalannya juga sudah masak. Paradigma pun terdiagram baik dalam kepala otak. Bukan ada apa lagi yang berlobang. Hanya menunggu masa dicurahkan saja. Apapun, sebelum berhasil menulisnya, ada perkara mustahak yang ingin aku kongsi. Sebab itu aku menulis curahan hatiku ini.

Kos pembuatan filem di tanah air ini makin meninggi. Ia mencecah jutaan ringgit. Itupun belum tentu cukup dalam memastikan filem itu berhasil. Sebagaimana yang dimahukan. Banyak hal berbangkit yang akan dibangkitkan seusai penggambaran; kerana nyata Kurosawa, “bikin filem itu di meja suntingan”. Jadi bagaimana, haruskah dilayan perasaan ini lagi?

Masih belum tidur. Hatiku pula berkata, “der, kita tak ada pilihan, hanya dengan pembikinan yang sempurna baharulah filem dapat diputarkan ke pawagam. Ini filem untuk pawagam der, bukan macam jual minyak urut”. Ya, kebetulan urat di kepala pun sengal. Jadi aku bubuh minyak geliga kat situ macam taruh losen lagaknya. Bila kepala pun dingin, baharulah dapat berfikir balik dengan nyaman.

Bagi aku, kalau gua produser, ikut asas kira-kira, mestilah jutaan duit yang telah dilaborkan buat bikin filem hendaknya mencari untung. Hey, ada pulak yang sibuk nak pakai Merc atau cari itu dan ini selepas baharu sekali bikin cerita. Ini cerita apa pula? Macam biasalah! Dunia ini ada saja macam-macam kejadian yang aneh setiap detik. Pergi lantaklah kalau mereka mabuk. Yang penting aku. Tapi aku bukan produser. Mengapa pula yang resah aku? Sebab, di sini masalah. Di perkampungan filem kita yang terpencil ini, semua beban akan berbalik kepada sutradara. Mengapa, tak percaya?

Pada sesiapa yang nak dengar curahan hatiku ini, dengarlah baik baik. Fikirlah sampai masak kalau hendak masuk ke dunia peperangan ini. Bak kata Kamarool Haji Yusuff, “ini meja Tuhan dik!!” Nanti hari berlalu, masa muda mu bakal dihabiskan di meja kopi yang tak terjumpa solusi. Jam itu baharu kau tahu harganya. Kalau tak buat macam ini, masaklah kalau semua masalah nanti datang pada seorang kita. Sebelum terkena baiklah bersedia.

Sebab kenyataannya sudah banyak. Aku sendiri pernah mengalaminya. Habis bikin filem aku jadi driver pula. “Woit!! Respeklah sikit. Aku ini direktor bukan operator!” Ada pula yang pernah terjadi parah lagi. Sutradara dan pereka produksi kena cuci tandas di lokasi. Ia disebabkan mamat propman sudah lupa diri kerana merasakan dirinya artis setelah diberi peluang menjadi ekstra. Barang diingat, sutradara dan pereka produksi merupakan dua karyawan yang tertinggi di dalam sesuatu produksi filem. Semasa penggambaran berlangsung, suara mereka lebih berkuasa dari siapa jua termasuk produser. Di Hollywood dua jawatan ini diberi tempat yang teratas sangat. Selari dengan kebutuhan mereka untuk berfikir idea-idea dahsyat yang difikirkan dari luar kotak kebiasaan kita berfikir.

Sebagai contoh, Steven Speilberg hanya akan datang ke kerusi direktornya kala semua organ-organ produksi sudah sedia untuk merakam (shoot). Habis shoot dia pun balik semula ke kabin atau tempat yang telah disediakan untuknya menjernihkan otak. Orang akan kata tak wajarlah aku membandingkan cara kita bekerja dengan sistem yang telahpun kukuh diamalkan di Hollywood.

Inilah masalahnya, sebab kita hanya suka membandingkan mutu karya filem kita dengan dunia luar khususnya Hollywood. Namun bila bekerja kita tak mahu pun menerapkan cara kerja yang betul bagi menghasilkan karya yang bermutu tinggi. Haiya, masaklah, dunia ini ada macam-macam kejadian aneh setiap detik. Jadi, bagi sesiapa yang pernah bermimpi hendak menjadi direktor cuba bayangkan. Di manakah kamu sekarang untuk menghadapi semua kenyataan ini?

Bersediakah kalian untuk menyatakan kebenaran? Berubahkah dunia media baharu, yang sedang kita khayal-khayalkan tika dan sebelum ini? Jangan pula nanti tarik diri kala intelektual kamu ditanggapi dengan cara yang memalukan. Masa itu, ingatlah pesan orang-orang tua dulu, “sekali air bah, sekali pantai berubah.”

Justru peningkatan kos pembikinan filem (yang mencecah jutaan ringgit itu) membuatkan tidak lahirnya produser yang berani. Paling daring adalah produser, penulis dan juga sutradara U-Wei Haji Saari, yang memberi nafas baharu kepada sinema Melayu dengan karya-karyanya yang bercorak personal. Memang ada beberapa orang produser indie yang membangggakan. Mereka punya prinsip dan pegangan berdasarkan ilmu perfileman yang dipelajarinya sekian tahun.

Sayangnya mereka tak mampu pergi jauh. Kerana tak dapat bersaing secara macho lantaran industri filem tanah air kita dikuasai kaum pemodal yang mencekik. Inilah masalah yang aku hadapi sekian tahun dalam usaha menempatkan diri di arena perfileman arus perdana. Beberapa kali aku diundang untuk pitching idea dan membentangkan skrip.

Pada mulanya, aku rasa terpanggil juga untuk turut sama memenuhi undangan seperti itu. Memandangkan sejauh yang aku tahu, selain bikin filem artistik, Teguh Karya dan Lino Brocka ada juga bikin filem komersil untuk memenuhi selera penerbit yang telah banyak melaborkan duit untuk mengangkat nama mereka di persada dunia. Berdasarkan semangat itu aku mencubanya. Bila sekali aku pergi, rasanya macam terjebak. Sayang panggang berada sangat jauh dari api. Teruslah aku bertaubat sampai sekarang.

Bila sudah insaf, baharulah boleh nampak apakah peranan sebenar pembikin filem muda seperti aku di tanah air ini. Kita bercakap tentang jutaan ringgit untuk bikin itu dan ini, tapi sedarikah bahawa kehidupan kita sebagai rakyat marhein terkebelakanglah amat. Berapa ramaikah adik-adik kita yang tak mampu menikmati hidup ini seperti orang lain termasuk keciciran sekolah!

Apa yang mereka ada selain rumah lusuh di setinggan? Saudara, mereka tak punya apa-apa, apalagi bermimpi hendak membeli tiket wayang sebanyak sembilan ke lima belas ringgit untuk menonton filem di pawagam. Kasihan tahu kalau dikenang-kenangkan.

Aku berfikir lagi. Apakah ada alternatif yang dapat aku suarakan dalam curahanku ini. Mungkin ada. Sebab aku berfikir, selain penontonan filem di pawagam, Astro First membuka panggungnya di rumah dengan belian semurah lima belas ringgit untuk dua hari. Kini Hyyp TV menawarkan pakej penontonan filem yang lebih manusiawi iaitu sebanyak lapan ringgit untuk dua hari.

Dengan teknologi kelajuan tinggi jalur lebar kita dapat menonton filem yang telah dimuat ke dalam YouTube tanpa buffer. Untuk ini semua, meskipun kita hendaklah melanggan Astro atau Unifi namun rasanya kita sudah dapat menonton filem di rumah bagaikan percuma. Fikirlah cara bagaimana untuk membantu orang susah. Mereka juga butuh hiburan tok.

Lagi, aku terfikir satu benda. Ghairah perihal teknologi zaman ini, jangan pula kita lupakan tradisi. Suatu masa dulu, kala zaman emas filem Melayu menjadi nyata adalah disebabkan sokongan rakyat marhein pada masa itu di tahap luar biasa sungguh. Mereka ke panggung wayang menonton filem Melayu kerana pada masa itu tiket wayang berapa kupanglah sangat.

Zaman aku dulupun masih tiga ringgit setengah untuk kelas bawah. Hendak duduk kelas atas cuma lebih lima kupang. Berdasarkan hakikat sejarah, aku fikir bagus dibangunkan semula sinema rakyat ini balik. Agar filem kita dapat dinikmati oleh semua orang tanpa driskriminasi. Kan banyak dewan orang ramai atau balai raya yang ashik memanjang terbengkalai. Bolehlah sinema ini dibuat macam banyaknya kedai-kedai rakyat yang dibuka sekarang.

Aku berfikir di situlah ruang untuk filem yang dibikin dalam format digital dapat bersaing secara sihat dengan filem-filem layar lebar di pawagam pawagam komersil. Kos membikin filem digital memerlukan modal asas lima ribu ringgit sahaja seperti yang pernah aku buat untuk Freedom Film Fest di tahun 2008 dahulu. Filem aku itu terbang sampai ke London tahu.

Lagi pula untuk proses adunan akhirnya tak perlulah dihantar ke makmal-makmal pemrosesan filem yang hanya ada di Chennai, Bangkok atau Hong Kong sebab kita sendiri tak punya peralatan secanggih mereka di makmal sedia ada. Aku diberitahu studio editing di Finas sekarang ini miliki peralatan yang terbaik. Bukan sahaja di negara ini bahkan antara yang termahal di dunia. Entahlah, aku tak pernah tahu pula.

Maka, sampailah masa aku mencuba satu eksperimen baharu. Aku sudah tiga puluh lima tahun. Boleh dah kalau nak direct filem cereka pertama untuk pawagam komersil. Baliklah pada tujuan pokok, aku kena sudahkan penulisan lakonlayar yang tergendala tadi. Sebenarnya aku ada banyak cara untuk memfilemkan cerita itu kelak. Buat masa ini, biarlah ia masih menjadi rahsia.

Abror Rivai merupakan penulis dan sutradara filem pendek Le Diable.Kiriman Berkaitan

Lalang di Hujung Kaki Abror Rivai

Bagus dalam Erti Apa? Abror Rivai

Opera Hidup II Abror Rivai

Burung Hitam dan Andy Warhol Abror Rivai

Filem Sebagai Media Baru Abror Rivai

Opera Hidup Abror Rivai

Search Bukan Munafik Macam Sesetengah Orang
Amy beraksi di pentas ketika konsert Fenomena Search 30 Tahun. © Dzulhelmi Mohd Razali

Untuk jadi sebuah band rock—walau celah mana pun rentak atau genre rocknya—selama 30 tahun—waima di Amerika Syarikat mahupun Eropah—bukanlah enteng. Turun naik, timbul tenggelam; diuji masa; tahan lasak tak lekang oleh panas dan hujan; sekejap pernah dilupa, kemudian dikenang; sampaikan ikon band Indonesia seperti Dewa sekalipun tidak punya hayat seutuh Search.

Baru sahaja tempohari band Dewa, misalnya, bahkan banyak band-band seberang ‘mengganyang’ Malaysia; kelmarin “branding” berkenaan pun bungkus; diganti dengan nama “Triad”, dan satu lagi di bawah syarikat rakaman sama adalah “Mahadewa”.

Nah! Search, yang lahirkan album pertama, Cinta Buatan Malaysia (CBM: 1985), masih berkelibat untuk tempoh tiga dekad. Sesungguhnya Search yang awal, terbentuk lebih lama daripada tarikh kelahiran album sulongnya pada 1981 di Johor Bahru; sementara Amy sebagai penyanyinya adalah pengganti kepada penyanyi asal: Zainal. Zainal meninggalkan Search, menubuhkan “Rampa”, dan tidak begitu berjaya.

Sabtu, 17 Disember 2011, Search kembali ke panggung konsert terbesar di KL. Media rata-rata menghitung sekitar 13 hingga 15 ribu orang memenuhi dewan Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), di Sri Kembangan. Sekitar jam 9 malam, dewan pun bergaung sampai tengah malam dengan 32 lagu. Konsert ini adalah antara siri jelajah “Fenomena 30 Tahun Search” yang bermula di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang (19 November) dan Johor Bahru 14 hari sebelum di ibukota.

Rock tak boleh dibuat-buat. Bagi budak-budak band atau disebut “band boys”, ia datang dengan “attitude”. Tanpa kepribadian sebagai rocker, jawabnya banyaklah kugiran-kugiran mati kering tengah jalan. Rukun “Rock N Roll” bukan sahaja sering menolak, bahkan mengejek hipokrasi… gua begini maka beginilah gua, katanya.

Rockers patut tak peduli dengan establishment sebab ia perlu tetap di sudut yang bertentangan. ‘Iman’ rockers dicatat M Nasir pada sekujur lirik dalam sebuah lagu yang dia nyanyikan berduet bersama Amy dalam konsert Sabtu lepas:

Aduh dara, jangan rasa terhina

Bukan maksud membuat engkau malu

Biarpun rambut ku panjang

Pakaian lusuh tak keruan

Tapi bukan munafik

Macam sesetengah orang

Amy: Sang Penyampai (baca: penyanyi) dan sebagai orang depan Search, dari mula-mula muncul begitulah adanya dia: seluar ketat, tali pinggang kepala besar, t-shirt, rantai leher dan gelang tangan besi, sapu tangan “key” (selalunya warna merah) yang dijuntai dari poket belakang, sesekali terjulur dari kocek depan macam di kulit album “CBM”, ada waktu diikat di peha, dan; sampai “Konsert 30 Tahun” itu, begitulah Amy tak banyak berubah walaupun disarung dengan jaket ala prajurit klasik.

Selain melodi, susunan lagu dan lirik, penampilan dan kedegilan Amy yang flamboyant banyak bantu Search kekal bertahan dan ada tarikan komersial—biaya promosi untuk siri jelajah kali ini sahaja khabarnya RM1 juta. Dia berkeyakinan luar biasa untuk bawa watak di pentas, di dalam sesi-sesi foto bahkan penampilan umum di pasar raya sekalipun. Sementara Yazid [Ahmad] a.k.a “Abang” yang berdentum di set drum juga tak dapat tidak mengekori gaya kawan-kawan yang terkehadapan baik Kid (nama sebenarnya Hamzah Mohd Taib) si gitar ‘goreng’, Nordin (gitar utama) dan Nasir [Daud], pemetik gitar bass.

Kepada Nasir bila ditanya sebentuk cincin di jarinya, cincin yang berupa belalang, dia jawab “ini pelesit kota”.

Masing-masing ada keras kepala untuk berlumba-lumba punyai gaya dan imej sendiri. Keras kepala ini penting. Mereka sedar, mereka adalah “rockstar” sedari mula. Memang mereka mahu begitu, maka jadilah… itulah yang dikatakan sebagai attitude. Kemudian, ter-terjemah kepada bunyi dan pembawaan muzik.

Bagi yang berbondong ke “Konsert 30 Tahun”, mereka boleh lihat ada peminat yang datang dengan keluarga. Seakan rock bukan lagi muzik atau budaya yang anti-keluarga atau lawan emak-abah.

Aduh mama, jangan marah padaku

Aduh mama, jangan rasa tak tentu

Aku tahu kau tak setuju

Rock N Roll pilihanku

Tapi apa boleh buat

Hanya rock yang ku tahu

Ibu-bapa yang bawa anak-anak kecil atau anak bujang nonton konsert; duduk bersimpuh bersama di ruang legar dewan macam tengah berkelah tepi tasik. Di dalam dewan, sesekali mereka menyanyi bersama-sama antara keluarga.

Aduh papa, jangan rasa gelisah

Kata orang jangan cepat terima

Janganlah tuduh melulu

Aku bukanlah kacang hantu

Kalau nak gelar

Gelarlah aku Mat, Mat, Mat Rock

‘Fantasia Bulan Madu‘ yang jadi lagu penutup mungkin sahaja lagu wajib selain ‘Isabela‘; bukan kepada Search, tetapi apakala seni katanya dihafal oleh dua-tiga lapis generasi sampai ke larut-larut masa. Betapa begitu banyak lagu-lagu Search yang terus menghijau sampai hari ini dirakam di studio tanpa teknologi MIDI atau digital seperti sekarang; layan 16 track dan masih gunakan tape berukuran 2 sentimeter.

Album-album awal Search juga dihasilkan dalam tempoh singkat, antara dua minggu ke satu bulan lebih kurang… tak macam hari ini yang satu-satu album melalui proses rakaman kadang-kadang sampai 2-3 tahun entah buat apa? Bukan sebab penyediaan lagu, tapi selalu sahaja penyanyi jadi selebriti untuk program-program lain macam drama dan filem. Pekerjaan utama penyanyi, adalah menyanyi… simple!

Aku lihat, aku yang berdiri di tengah-tengah kerumunan orang dapatlah jadi saksi, hampir tak ada yang tak menyanyi bagi beberapa “lagu kuat” itu dikumandangkan; antaranya ‘Melayar Bahtera‘ dan ‘Bisa‘. Aku juga jadi saksi bahawa hadirin datang daripada pelbagai tingkat umur, bukan hanya seangkatan aku yang 30an, yang mendewasa dengan lagu-lagu Search; tapi yang lebih tua dan lebih muda malahan—bilakah sesungguhnya mereka layan dan terpengaruh dengan Search?

Susah untuk digolongkan pengikut Search datangnya daripada satu-dua golongan semata. Fenomena band ini merembah hampir tiap segmen masyarakat daripada profesional dan elit atasan, sampai ke kutu-kutu bawah; lelaki tua dan perempuan tua; anak muda dan gadis-gadis comel yang pada telahanku, dia orang lebih minat dengan lagu-lagu ballad mat salleh; bukannya mat rock tempatan. Rupanya tidak.

Bangsa-dengan-muzik memang tak perlu pura-pura; itu lebih baik sehingga gelar berkonotasi menghina macam “rock kapak’ sebenarnya mencemuh diri bangsa sendiri dan bukannya muzik itu sahaja. Konsert 30 tahun dengan riuh suara belasan ribu orang yang rela kopak RM69 per-tiket untuk hadir dalam dewan—bukan lagi macam dulu-dulu yang harga tiket cuma 10-15 ringgit cuma—bagaikan meniup ruh baru kebangkitan muzik Malaysia.

Awas sahaja… konsert yang didatangi ribuan, belasan ribu dan puluh ribu orang itulah—seperti di era 1990an—pernah mendatangkan cemburu kalangan kaum atau orang yang tak berbakat. Misalnya orang politik dan birokrat agama. Peristiwa ugut dan mendesak Amy dan Awie (Wings) memotong rambut macam yang pernah terjadi dahulu tak lain adalah manifestasi kepada kecumburuan orang politik terhadap mat-mat rock. Mereka ada kuasa, tetapi mereka lupa… mereka takkan pernah dapat memiliki atau kuasai masa.

Orang kata kita tak betul

Kerana cinta pada Rock N Roll

Selepas lebih 20 tahun kenangan digondol rambut panjang Amy dan Awie di RTM, disiarkan langsung ke seluruh negara, menteri berkenaan bagaikan dilupakan zaman. Dia tak ada lagi; cuma sifat cemburu dan pandang serong sebegitu mungkin sahaja akan berulang kalamana industri muzik Malaysia nanti akan kembali memuncak. Dahulu sebelum ada Facebook atau Twitter, konsert antara tempat untuk jumpa minah cun atau balak ragged. Kini tak lagi sepenuhnya begitu… konsert jadi tempat untuk betul-betul melihat persembahan dan nyanyi-nyanyian.

Aku secara personal di suatu waktu tak teragak-agak mengatakan yang lembannya industri muzik Malaysia sejak lebih sedekad lalu memang antara lain atas kehendak hati Sang Penguasa. Apa sahaja yang membantu dan mendorong rancaknya industri muzik, akan mereka jatuhi hukum haram-maram sesedap mulut dan sepertimana mat rempit, rockers selalu jadi kambing hitam terbaik untuk menutup kecurangan pemerintah, politikus dan birokrat lainnya termasuklah para agamawan.

Selepas ditekan-tekan, anak-anak muda angkat Search semula! Ini harapan generasi yang sedang pelan-pelan cuba mendukung dan mengangkat industri muzik Malaysia selepas diabai lama. Ini fenomena baru, sepertimana ramai yang mulai kembali membeli tiket untuk ke stadium menonton bolasepak, atau ke panggung menonton wayang.

Peri mustahak jualan album kembali meningkat kerana hanya dengan cara itu, maka golongan penyanyi termasuk band-band rock dan band boys bukan sahaja dapat hidup, tetapi dapat menundukkan penguasa termasuk dua-tiga kerat media yang sombong dan menindas. Yang selalu mereka angkuh-angkuhkan, di jari merekalah hidup-matinya para artis ini; juga syarikat telco yang meraih keuntungan besar daripada hasil muat turun lagu-lagu di HP. Artis hanya dicampak peratus royalti terkecil sekali.

Di sinilah signifikannya kejayaan konsert Search tempohari untuk membuka lembaran baru apabila kita tahu muzik adalah makanan jiwa manusia; lirik lagu rock Melayu juga sekian lama mencecah persoalan kebenaran yang berkerak di benak manusia.

Orang kata kita tak betul

Kerana cinta pada Rock N Roll

Tapi aku tak peduli

Aku akan rock sampai tua

Cabik-cabik frasa lirik yang aku tabur sepanjang tulisan ini, bertajuk ‘Mat Rock’.

<object width="600" height="335" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/bnSebNtuzQs?version=3&hl=en_US" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="600" height="335" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/bnSebNtuzQs?version=3&hl=en_US" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>Kiriman Berkaitan

Sweet Charity: 40 Tahun yang Manis Hafiz Hamzah

Rock Kapak Tangkap Leleh Buddhi Hekayat

Sore: Satu Upaya Apresiasi Ammar Gazali

Sore: Ports of Lima Hafiz Hamzah

Sebuah Kekuatan bagi Perdamaian admin

Rockonomics Mazir Ibrahim

Kritik atas Libertarianisme
Saya membaca “Masalah hanya selesai melalui ‘kerajaan terhad‘” (19 Disember 2011, Malaysiakini) seperti yang dikemukakan oleh Medecci Lineil, Eksekutif Kanan, Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) dengan penuh minat, juga dengan penuh teliti. Saya percaya, seruan untuk membataskan kuasa pemerintahan tersebut merupakan azimat dari faham Libertarianisme. Untuk itu, saya fikir usulan tersebut perlu mendapat tanggapan serius.

Idea pemeritahan terbatas, sepintas lalu, memang dapat dilihat sebagai penyelesaian akhir kepada beragam masalah urus-tadbir yang terdapat dalam sistem politik negara kita mutakhir ini. Kononnya, dengan membataskan pemerintahan, itu mampu membataskan juga peluang untuk melakukan salah-urus tadbir, mengefektifkan birokrasi, juga sepertinya dapat mengelakkan barah rasuah. Mungkin juga, dengan idea pemerintahan terbatas ini, kalangan Libertarianisme beranggapan bahawa sistem politik negara dapatlah diurus dengan lebih mudah, di mana setiap kemungkinan sudah terjangka secara mekanistik dan positivistik.

Walau bagaimanapun, saya fikir idea pemerintahan terbatas tersebut punya beberapa masalah, yang kalangan Libertarianisme kurang tekuni. Masalahnya adalah, idea tersebut telah memisahkan secara ekstrim seluruh unsur terpenting, antara bahagian masharakat dengan bahagian sistem (politik).

Mari melirik kepada konsep politik moden, yang membahagikan dua sisi penting, iaitu masharakat dan sistem. Untuk bahagian masharakat, itu terhadap bermacam unsur-unsur, seperti agama-agama, etnik-etnik, bahasa-bahasa,gaya hidup-gaya hidup dan sebagainya. Semua unsur-unsur ini, boleh kita kategorikan sebagai ragam pandangan-alam. Jadi, bahagian ini, ternyata masharakat kita memiliki pelbagai pandangan-alam yang berbeza, hatta bercanggah, yang masing-masing bergantung kepada unsur-unsur yang diyakini tersebut.

Selain dari bahagian masharakat, terdapat pula bahagian sistem. Dalam bahagian sistem, itu adalah jelas merujuk kepada politik, yang menjadi landasan kebersamaan bagi masharakat tersebut. Di sini, sistem juga merupakan pentas buat masharakat yang memiliki pelbagai pandangan-alam tersebut, untuk bersatu. Maka, dengan kepelbagaian pandangan-alam yang terdapat dalam masharakat, itu dapat diikat lewat sistem tersebut. Jadi, dalam nama lain, sistem ini adalah negara –sebagai sebuah wadah bersama.

Justeru, pertanyaannya kini ialah: apa perkaitan pembahagian antara masharakat dan sistem ini dengan idea pemerintahan terbatas? Kaitannya adalah: idea pemerintahan terbatas bukanlah sebuah idea yang “turun dari langit”, seolah itu merupakan “lampu ajaib” yang dapat menyelesaikan seluruh kemelut masharakat dan kebejatan sistem. Tidak semudah itu. Ini kerana, sebelum kita boleh melaksanakan pemerintahan terbatas, kita harus terlebih dahulu memerlukan legitimasi dari masharakat. Legitimasi inilah yang terabai dalam idea pemerintahan terbatas.

Namun, sejauh mana pentingnya untuk diperakukan legitimasi dari masharakat ini? Pada saya, legitimasi ini mampu menjamin kestabilan sistem, serta dapat memastikan setiap keputusan politik itu kelak beroleh dukungan perlaksanaan dan pematuhan dari masharakat, sekaligus memugar kebersamaan masharakat itu sendiri. Sebab itu, gagasan “pemerintahan dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat”, itu tidak lain adalah cerminan dari tuntutan legitimasi tersebut. Ini juga adalah sebuah konsep pemerintahan terbuka, yang siap bergulir (lagi) menurut kehendak legitimasi tersebut.

Manakala, idea pemerintahan terbatas seperti yang ditawarkan itu pula cenderung kepada konsep pemerintahan tertutup, yang dengan mengkal menyangka bahawa pengecilan saiz kuasa pemerintahan dapat bertindak sebagai sebuah “tongkat sakti” kepada setiap kemelut dan kebejatan yang kita alami tersebut.

Tidak cukup dengan itu, kalangan Libertarianisme berandaian lagi bahawa idea pembatasan pemerintahan ini mampu meredam segala hal yang mahu menggugat sistem; seperti rasuah, salah urus-tadbir, dan sebagainya tersebut. Walhal, dalam bahagian sistem ini, kita harus sedar, bahawa terdapat dua musuh utama yang harus kita perhatikan baik-baik. Dua musuh tersebut adalah: pertama, percubaaan untuk memanipulasi birokrasi (negara) dan kedua, usaha untuk menguasai pasaran secara sepihak. Bagaimana untuk menjelaskan hal ini?

Sebaik saja pemerintahan dibatasi, maka yang sebetulnya muncul bermaharajalela adalah pasaran. Maka, dengan pasaran inilah, elit-elit (cukong, politikus dll) berpeluang untuk mengambil jalan pintas dalam mempengaruhi birokrasi (negara). Lantaran itu, ruang awam akan mulai tercemar. Ini mithalnya dapat kita cermati dengan budaya konsumerisme, di mana dengan kerakusan penguasaan konglomerat, dengan keserakahan cukong dan sebagainya. Keadaan sendeng inilah yang cukup dibimbangi oleh Hannah Arendt sewaktu menekuni masharakat Amerika Syarikat.

Memang, kalangan Libertarianisme tentu akan berhujah bahawa kuasa pasaran juga dapat membantu masharakat untuk menolak elit-elit tersebut. Itu benar. Walau bagaimanapun, kalangan Libertarianisme ini tetap gagal untuk melihat kesannya ketika mana elit-elit yang “turun dari langit” tersebut dan mengolah persetujuan masharakat. Kerakusan dan keserakahan kapitalisme ini dilakukan dengan berusaha membentuk lebih awal perspektif masharakat. Ini lebih-lebih lagi, jika mereka dibantu dengan oleh pemilikan media yang meluas –buat menebar kepentingan mereka tersebut. Ketika perkara ini terjadi, maka ruang awam yang autentik-lah yang seharusnya menjadi persoalan pokok. Bukannya idea pemerintahan terbatas.

Sebab itulah, kita harus membezakan antara ruang awam yang tercemar dengan ruang awam yang autentik. Untuk ruang awam yang tercemar, itu adalah tanda betapa ruang awam tersebut telah dimanipulasi oleh kepentingan-kepentingan elit tersebut; di mana, “yang peribadi” (elit) telah mencekik “yang awam”. Akhirnya, kepentingan autentik masharakat –yang harus jadi keutamaan bersama– kian terhakis akibat rongga yang sangat lapang diberikan kepada kepentingan elit tersebut.

Jadi, usah kita hairan, tatkala kalangan Liberatarianisme menyerang habis-habisan totalitarian-nya Maoisme, sebetulnya mereka juga adalah sebentuk totalitarianisme yang sama, cuma berlainan jubah. Mengapa? Kerana dengan idea pemerintahan terbatas, itu menatijahkan kesempatan kepada elit-elit tersebut untuk mengigit masharakat, seluruhnya. Jadi, sama saja fasis keduanya. Sebab itu, Max Horkheimer dengan benar berkata: barangsiapa yang berdiam diri pada kapitalisme, bererti mereka juga berdiam diri pada totalitarianisme.

Lantas, bagaimana untuk mengatasi keadaan ini?

Untuk mengatasinya, bukan dengan berkaca kepada pemerintahan terbatas. Tapi, itu menuntut proses pemberdayaan ruang awam, yang bertujuan untuk membersihkan krisis-krisisnya. Ruang awam yang autentik inilah yang harus diselamatkan, dimerdekakan, serta dibangunkan. Ini dilakukan bukan dengan pasaran “dari atas”, sebaleknya dari pasaran “dari bawah”.

Makanya, masharakat warga (civil society) mestilah diperkasakan sesungguhnya. Ini kerana, masharakat warga dapat berfungsi untuk mengawasi segala percubaan yang mahu mencekik kepentingan khalayak tersebut. Jadi, dengan memilih idea pemerintahan terbatas, seperti yang dikemukakan kalangan Libertarianisme tersebut, itu sama sekali tidak membantu kepada memberdayakan ruang awam tersebut. Malah, lebih berpotensi untuk memusnahkan lagi ruang awam, yang sepatutnya ruang ini menjadi harapan dalam menangani krisis-krisis dari konsep negara-moden.

Di samping itu, saya juga ingin menambah, bahawa idea pemerintahan terbatas ini juga tidak lebih dari cara berfikir mereka yang malas. Saya kata demikian, kerana kalangan Libetarianisme berkira-kira bahawa idea pemerintahan terbatas ini mampu menyelesaikan segala masalah dalam masharakat dan sistem kita. Pada saya, langkah berfikir seperti ini adalah tidak bertanggungjawab, berlepas tangan, dan petanda kepada kegagalan berfikir sempurna. Kenapa? Kerana, sebetulnya banyak unsur-unsur dalam masharakat yang boleh kita majukan lagi bagi membantu memperkuatkan sistem (politik) kita.

Mithalnya, antara yang boleh membantu memperkuatkan sistem adalah agama. Tapi, apa sikap Libertarianisme terhadap agama? Mereka, jelas sekular yang eksesif, yang dalam erti mahu memisahkan terus wilayah agama dengan wilayah sistem. Kononnya, agama sama sekali tidak boleh campurtangan dalam sistem. Pada saya, pandangan ini sudah sangat klasik, dan sangatlah bermasalah. Banyak penyelidikan psikologi, sosiologi, falsafah, dll yang telah menunjukkan betapa selama mana pun agama diasingkan dari sistem, itu tidaklah dapat mengelak dari berlakunya patologi modeniti. Bahkan, lewat idea pasca-sekular, dapat ditemukan pula betapa, agama rupa-rupanya sangat berperanan ke arah memperkuatkan sistem.

Jadi, sebenarnya jalinan antara masharakat-sistem ini memberi membawa makna yang besar kepada kita. Itu memberi makna, setidaknya pemisahan terus antara masharakat dan sistem bukanlah sebuah idea yang bagus. Lantaran itu, idea untuk menyambungkan kembali dinamika masharakat dengan kestabilan sistem itu yang sewajarnya lebih disoroti. Sebab itu, saya melihat kalangan Libertarianisme adalah sekelompok mereka yang pemalas. Mereka bukan saja malas untuk melakukan tugas bagi menyambungkan kembali antara masharakat dan sistem, bahkan mereka malas untuk memikirkan kemungkinan bagi menghasilkan sebuah sistem yang mengorganisasikan-dirinya-sendiri.

Lantas, dengan kegagalan mereka untuk menyambungkan antara masharakat dengan sistem ini, maka mereka telah mengambil jalan pintas: yakni, putuskan saja sambungan antara masharakat dan sistem; lalu, jalankan saja pemerintahan terbatas; maka, dengan itu, mereka berilusi bahawa idea pemerintahan terbatas akan dapat menjadi penawar terhadap segala kemelut politik (dan sosial) yang sedang negara kita alami dewasa ini. Buat saya, inilah utopia-nya Libertarianisme.

Seraya mengenang kedangkalan ini, marilah kita ingat sejenak; ketika mana kalangan Libertarianisme menyerang Sosialisme –yang memperjuangkan salah satu makna kebebasan dalam erti kesetaraan– sebagai sebuah utopia, tapi ternyata dalam waktu yang sama kalangan Libertarianisme-lah yang sebenarnya berutopia. Mereka berutopia bahawa lewat idea pemerintahan terbatas, maka negara akan makmur; dan segala masalah berupaya diselesaikan. Inilah yang menjadi mazmur mereka.

Padahal, menerusi utopia sebegini, maka pada saya lengkaplah hidup sekelompok mereka yang pemalas. Bukan saja kalangan Libertarianisme malas untuk berfikir lebih seni, bahkan gigih pula mereka mengajak masharakat untuk sama-sama menjadi pemalas. Dan, memang, kalau sudah malas sifatnya, justeru “lampu ajaib” atau “tongkat sakti” manapun takkan dapat membantu lagi. Hanya saja titah yang “turun dari langit” jadi jalan-pintas untuk menutup kemalasan mereka.

Aqil Fithri dapat dihubungi lewat aqilfithri@gmail.com.Kiriman Berkaitan

Negara dan Representasi Politik Aqil Fithri

Keabsahan ‘Gaji Minima” (II) Aqil Fithri

Habermas dan Etika Wacana Aqil Fithri

Idealis Revolusioner: Antara Shari’ati dan Motahhari Aqil Fithri

Saya Menuju Kematian Aqil Fithri

Ateisme, Tuhan, dan Agama Aqil Fithri

AUKU: Respons Mohd Azizuddin Mohd Sani dan Firdaus Zolkifli
Tulisan Firdaus Zolkifli yang bertajuk AUKU dan Krisis Pengetahuan yang terbit di JalanTelawi pada 5 Disember 2011 adalah respons terhadap tulisan saudara Mohd Azizuddin Mohd Sani (Karyawan Tamu Kementerian Pengajian Tinggi). Berikut adalah balasan beliau terhadap tulisan Firdaus itu:

Khamis, 8 Disember 2011

Saya rasa penulis artikel tersebut tak baca habis artikel saya dalam Berita Harian.

1. Saya tak kata pun di universiti hanya tumpu pada pelajaran sahaja malah ilmu itu harus diselidiki termasuklah ilmu politik.

2. Tugas membentuk pemikiran bukan tugas universiti tapi pelajar sendiri. Jadi adakah dengan menyertai parti politik seperti Umno, Pas, DAP dll. akan menyebabkan percambahan pemikiran. Saya rasa tidak sebab pelajar akan jadi jumud. Sepatutnya para mahasiswa menjadi masyarakat sivil memperjuangkan hak pelajar dan masyarakat, nanti mereka pula menjadi juru cakap parti politik dan menjadikan universiti medan perjuangan politik. Ini saya rasa tidak betul.

3. Firdaus kata saya dangkal sebab katanya saya letakkan ilmu itu objektif sifatnya dan ideologi luar merbahaya. Saya dangkal atau dia, bila pula saya buat kenyataan tesebut. Mana ada ilmu yg objektif sifatnya dan parti-parti politik di Malaysia ni ada ideologikah. Ini kes salah interpretasi.

4. Maksud terlibat dengan politik dengan terlibat dengan parti politik adalah dua perkara yang berlainan. Yang pertama saya setuju tapi yang kedua saya tidak setuju.

5. Bagus juga Firdaus memetik Habermas. Habermas berhujah berkenaan the public sphere iaitu ruang engagement kritikal antara rakyat, masyarakat dan pemerintah. Sekiranya pelajar sudah menjadi suara parti politik, adakah ruang engagement ini wujud, mana pula suara nonpartisan hendak diletakkan.

6. Kita kena bezakan kemahuan golongan politik dan pendidik. Saya mewakili golongan pendidik seperti juga Tan Sri Murad. Kita mahu suasana kondusif pembelajaran di universiti dan pelajar bebas mengeksplorasi ilmu daripada dikongkong oleh sesiapa sahaja dan parti politik mempunyai elemen mengongkong pemikiran. Golongan politik sudah pasti mempunyai kepentingan khususnya yang menyokong pembubaran dan pengekalan AUKU. Skop AUKU sebenarnya lebih luas drpd hanya berkenaan pelajar berpolitik sahaja.

Terima kasih juga kepada saudara Firdaus yang menulis dan mengulas secara kritis hasil tulisan saya. Saya mengalu-alukan penulisan sebegini. Cuma olahannya tak berapa tepat. Walaupun Firdaus kata AUKU menghambakan mahasiswa dan menyekat pemikiran, hasil tulisan beliau ini telah menafikan kenyataan beliau sendiri. Beliau boleh menulis sebebas-bebasnya.

AUKU tidak pernah menyekat kebebasan berfikir tetapi pelajar sendiri membatasi pemikiran mereka sendiri. Pelajar kita sendiri tidak mahu mengeksplorasi ilmu yang luas ini. Macam mana pun syabas saya ucapkan kepada Firdaus. Cuma nasihat saya kalau ingin berdebat secara ilmiah jangan melontarkan atau menuduh org yg tidak sepandangan dengan kita sebagai ‘dangkal’. Takut nanti terkena pada muka sendiri.

Mohd Azizuddin Mohd Sani

Karyawan Tamu Kementerian Pengajian Tinggi

Selasa, 13 Disember 2011

Balasan daripada Firdaus Zolkifli:

Saya fikir, “kritik atas kritik” ini adalah usaha baik, bukan saja saya sebagai mahasiswa, tapi juga untuk khalayak akademik umumnya.

Saya memetik, apa yang disebut oleh Mohd Azizuddin ialah: “Saya tak kata pun di universiti hanya tumpu pada pelajaran sahaja malah ilmu itu harus diselidiki termasuklah ilmu politik.”

Saya jelas, tidak bermasalah dengan penyataan ini. Memang, pengetahuan harus diselidiki, termasuklah juga pengetahuan politik. Dalam hal menyelidiki pengetahuan ini, kita boleh lagi menoleh kepada Habermas, yang telah menjadi kutipan bersama kita sebelum ini.

Pentingnya wacana pengetahuan dari Habermas ialah, lantaran kritikannya bahawa pengetahuan itu adalah sesuatu yang mempunyai kepentingan. Jadi, kita perlu menerima dengan penuh hati-hati setiap justifikasi yang mendakwa sebagai neutral dan paling objektif.

Dalam hal ini kita boleh melihat kepada dua hal sekaligus. Pertamanya ialah, AUKU sebagai sebuah alat neutral untuk mengoperasikan sebuah sistem. Manakala, keduanya ialah AUKU sebagai alat yang meletakkan ilmu-ilmu terpisah daripada praxisnya.

Memang yang rasional itu operasional, efektif, efisien dan ini semua dapat diselenggarakan secara automatis dan dilaksanakan dengan langkah kawalan. Bukan saja hal-hal saintifik, tapi akhirnya penilaian moral, agama serta hasrat untuk membebaskan juga terselenggara dalam sistem rasional sebegini. Menurut faham ini, pengetahuan seharusnya bebas nilai; rasional harus bebas nilai.

Lalu, AUKU di sini cuba untuk bersifat sebagai bebas-nilai, konon tiada kepentingan, konon untuk bertindak suci sebagai agen pembebasan dari pengaruh-pengaruh nilai luar. Pandangan seperti inilah yang dikritik oleh Habermas, kerana menyebabkan teori telah terlepas dari praktis akibat tuntutan neutralisme itu tadi.

Sepatutnya, teori menerapkan peranan emansipasi pada tingkat praktis. Malangnya, melalui AUKU, teori diterbangkan tinggi meninggalkan praktis, meninggalkan pengaruh realiti masyarakat demi menepati tuntatan neutralisme – seolah hanya lewat AUKU yang “tanpa niat” tersebut saja kita akan bebas daripada ideologi luar. Inilah yang Mohd Azizuddin tegaskan dalam tulisannya yang lalu.

Selain itu, Mohd Azizuddin juga menambah: “Tugas membentuk pemikiran bukan tugas universiti tapi pelajar sendiri. Jadi adakah dengan menyertai parti politik seperti Umno, Pas, DAP dll. akan menyebabkan percambahan pemikiran. Saya rasa tidak sebab pelajar akan jadi jumud. Sepatutnya para mahasiswa menjadi masyarakat sivil memperjuangkan hak pelajar dan masyarakat, nanti mereka pula menjadi juru cakap parti politik dan menjadikan universiti medan perjuangan politik. Ini saya rasa tidak betul.”

Di sini, terlihat jelas paradoks antara tulisan Mohd Azizudin yang pertama dengan tanggapannya terhadap tulisan saya. Awalnya, Mohd Azizuddin menyatakan universiti mampu membentuk mahasiswa kritis. Namun, dalam waktu yang sama, Mohd Azizuddin bimbang apabila mahasiswa menyertai parti politik mereka akan jatuh jumud.

Hal ini memperlihatkan ketidakyakinan Mohd Azizuddin terhadap sistem pendidikan di universiti untuk melahirkan warga yang bersifat kritis, termasuk untuk membentuk sikap mahasiswa terhadap pengaruh ideologi parti politik luar kampus.

Saya ingin rincikan lagi. Dalam konteks ini, sama seperti Mohd Azizuddin, saya turut tidak bersetuju sekiranya mahasiswa menjadi dogmatis dengan agenda parti, baik apa-apa parti sekalipun, pembangkang mahupun pemerintah.

Namun, hal ini bukan masalah yang paling dasar.Kata kritis dilihat berpotensi untuk melawan dogmatisme, penyakit yang Mohd Azizuddin bimbangkan tersebut. Dari sini, kita sekali lagi boleh belajar bagaimana Teori Kritis Habermas dapat menobrak dogmatisme yang melekat dalam masyarakat, khususnya mahasiswa tersebut.

Perlu diakui, nilai kritis yang dikemukakan Habermas berkenaan pertautan dogmatis dan ideologi ini, adalah sumbangan daripada generasi pertama Mazhab Frankfurt – Hokheimer, Adorno, Marcuse, Benjamin, dll.  Bezanya, Habermas prihatin terhadap hal yang baru untuk mengadakan perubahan struktural lebih secara tuntas lagi. Tidak seperti pendahulunya, yang jelas mengalami jalan buntu dalam alternatif perlawanan terhadap dogmatisme ini.

Bagi Habermas lagi, perubahan (daripada dogmatis kepada kritis) itu tidak dapat dipaksakan secara revolusioner, melalui jalan kekerasan. Sebab, baginya, memaksakan revolusioner lewat kekerasan hanyalah akan menggantikan penindas lama dengan penindas yang baru.

Tapi, apa kaitan Teori Kritis Habermas ini dengan AUKU? Ternyata, di sini AUKU bukannya menobrak dogmatisme, tapi sebaliknya memupuk lagi dogmatisme dengan melahirkan mahasiswa yang tidak lagi memiliki daya kritis. Selama mana sekalipun, dengan sebuah akta yang turun dari “wahyu” pemerintah ini, maka selama itulah AUKU takkan membantu dalam melahirkan warga yang kritis.

Lantas, Habermas menyatakan bahawa sebuah transformasi sosial perlulah diperjuangkan melalui dialog pembebasan. Hanya melalui jalan komunikasi saja akan terwujud sebuah masyarakat demokrasi radikal.

Maka, dalam konteks universiti, itu dapat dilakukan lewat tindakan komunikasi. Sehubungan dengan itu, mahasiswa dapat berkembang dan bereksperimen dalam membina nilai kritis itu “dari bawah” itu sendiri.

Sebuah nilai kritis dan makna kesedaran yang dipaksakan “dari atas” itu tidak mungkin dapat melahirkan kesedaran yang baru. Malah,akan mengulangi penindasan atau hanya mengubah satu dogmatisme kepada dogmatisme yang lain.

Persoalannya di sini, bagaimana jalan komunikasi yang setara dapat dipraxiskan? Dalam ruang awam, tindakan komunikasi yang setara dapat dipraxiskan mestilah dalam keadaan “komunikasi yang bebas dari penguasaan”.

Maka, rasional yang dianjurkan untuk praxis dalam ruang awam yang bebas ialah rasio-komunikatif. Ini dipapar menerusi sumber Lebenswelt, masyarakat warga dapat menyatakan sikap yang berbeza terhadap segala hal (termasuk dari Sistem, yang lewat dua sub-sistemnya: kapitalisme dan birokratisme) yang mahu mendominasinya.

Justeru, jalan dialog atau wacana yang seharusnya dipupuk, AUKU hanya membatasi mahasiswa untuk bersikap demikian, menjadi kritis. Apa buktinya? Buktinya ketika sebuah kebenaran cuba dilekatkan pada dua bentuk: luar universiti-dalam universiti, luar parti-dalam parti. Padahal, dogmatisme ini boleh saja menjalar masuk dalam universiti, dan luar-parti itu sendiri.Maka, hal yang paling penting bukannya batas-batas universiti dan parti politik, tapi batas antara bersikap kritis atau sebaliknya. Ini dasarnya yang diabaikan oleh Mohd Azizuddin.

Di samping itu, Mohd Azizuddin terus mengutip saya: “Firdaus kata saya dangkal sebab katanya saya letakkan ilmu itu objektif sifatnya dan ideologi luar merbahaya. Saya dangkal atau dia, bila pula saya buat kenyataan tesebut. Mana ada ilmu yang objektif sifatnya dan parti-parti politik di Malaysia ni ada ideologikah. Ini kes salah interpretasi.”

Saya tidak menyatakan Mohd Azizuddin dangkal secara sosok. Tapi, faham Mohd Azizuddin yang memisahkan antara pengetahuan tulen dengan pengetahuan yang berkepentingan itu merupakan hal yang tidak dalam, masih mentah, juga cetek, dan bahkan tidak mengkal sekalipun.

Memikirkan bahawa pengetahuan mempunyai nilai objektif/bebas-nilai/tulen adalah hasil daripada kejayaan sains positivisme yang ghairah membaca alam secara objektif. Namun, usaha memahami masyarakat, secara objektif ini bukanlah jalannya.

Memang,Mohd Azizuddin tidak menyatakan secara langsung bahawa pengetahuan yang ada dalam universiti adalah objektif. Itu benar. Tapi, Mohd Azizuddin cuba mengolah pandangan bahawa pengetahuan (yang terkandung dalam universiti) itu adalah hal yang sepatutnya mahasiswa imani, dan keimanan ini ditampung lewat akta (AUKU) yang diturunkan dari “wahyu” pemerintah.

Jika tindakan unilateral pemerintah ini dilakukan, maka apakah kita dapat mencapai emansipasi?Apakah kita dapat memupuk kesedaran di kalangan mahasiswa? Apakah dengan AUKU ini kita dapat melahirkan sikap kritis? Saya jelas tidak melihat sumbangan ini dari AUKU.

Tidak cukup dengan itu, Mohd Azizuddin melanjutkan: “Maksud terlibat dengan politik dengan terlibat dengan parti politik adalah dua perkara yang berlainan. Yang pertama saya setuju tapi yang kedua saya tidak setuju.”

Kata politik, atau politis (political) yang saya maksudkan dalam tulisan saya yang sebelumnya tidak merujuk kepada penyertaan mahasiswa dengan parti politik. Ini tidak perlu berlaku salah-faham. Tapi, menyatakan pendirian yang bertentangan dengan pemerintah (dan parti pemerintah) juga merupakan satu nilai kritis.

Saya tidak mahu berhenti di sini. Sebaliknya, mari kita bertanya lagi: apakah penyertaan mahasiswa ke dalam parti politik ini hukumnya salah secara total? Apakah sebuah dosa untuk mahasiswa terlibat dalam parti politik? Apakah wadah yang bernama parti politik ini terlalu kotor sampai perlu dijauhkan dari mahasiswa? Semua persoalan ini, sebetulnya sarat dengan paradoksnya.

Di sini, saya berpendirian bahawa mengambil sikap (menyertai parti politik) dan mengambil sikap tidak menyertai parti politik keduanya adalah setara. Keduanya adalah sama saja!

Mengapa saya menyatakan demikian? Kerana kita dapat melihat mahasiswa yang menyertai politik itu akhirnya tunduk juga terhadap ideologi parti, ini tidak menghasilkan sebuah sikap kritis. Malah dogmatisme lagi bermaharajalela.

Tapi, apakah mereka yang meletakkan kiblatnya kepada anarkisme (anti-sistem, sesetengahnya anti parti-politik) juga tidak dogmatis? Tidak juga. Malah, barangkali mereka lebih dogmatis. Maka, mahasiswa yang tidak menyertai mana-mana parti politik juga mempunyai kecenderungan yang sama untuk menjadi dogmatis.

Mungkin contoh yang saya kemukakan di atas lebih bersifat idealogi. Tapi, hal betapa bahana dogmatisme ini boleh saja menjalar pada sesiapa saja. Sejauh mana kita katakan bahawa mahasiswa yang tidak terlibat dengan parti politik ini tidak dogamtis?

Tanpa kita sedar, bahawa saban hujung minggu terdapat mahasiswa yang menetapkan waktunya ke pawagam, mahasiswa yang menyembah katalog IKEA, mahasiswa yang ketagih mengumpul koleksi pakaian menurut butik-butik tertentu, dll. Nah, apakah trend ini tidak bersifat dogmatis!?

Jadi, pada saya, mereka yang konon apolitis (apolitical) ini juga boleh menjadi dogmatis. Setidaknya dogmatis kepada konsumerisme (biarpun kalau mereka kata itu sebuah konsumerisme dengan sedar, ternyata itu tetap saja sebuah konsumerisme). Sebab, dogmatisme ini muncul akibat keterujaan, obsesi dan pengalaman ekstrim masing-masing.

Jadi, jalan pintas yang Mohd Azizuddin fikirkan, antara niat suci AUKU untuk mengelak dogmatisme itu bukanlah sebuah penyelesaian sebenarnya. Hatta, boleh menambah lagi masalah yang sedia ada. Tidak hairan, rentetan dari ini, kita dapat melihat betapa mahasiswa dari generasi AUKU ini, yang konon generasi yang apolitis ini, rupanya semakin menyembah apa saja yang berbau totalitarianisme.

Seterusnya Mohd Azizuddin berhujah: “Bagus juga Firdaus memetik Habermas. Habermas berhujah berkenaan the public sphere iaitu ruang engagement kritikal antara rakyat, masyarakat dan pemerintah. Sekiranya pelajar sudah menjadi suara parti politik, adakah ruang engagement ini wujud, mana pula suara nonpartisan hendak diletakkan.”

Merujuk kepada tanggapan tersebut, saya cuba untuk memahami tentang apakah beza antara suara partisan dan suara nonpartisan. Sebab, tidakkah kedua-duanya adalah masih dalam batas tindakan warganegara, dan kedua-duanya mempunyai ruang yang sama dalam ruang awam? Justeru, apakah Mohd Azizuddin sekali lagi ingin menyatakan bahawa nonpartisan itu suatu ruang yang bebas nilai? Begitu?

Baiklah, kita berbalik kepada ruang awam, sepertimana yang Mohd Azizuddin sentuh, apatah lagi itu merupakan medan yang ditawarkan Habermas bagi meneruskan projek pencerahannya. Untuk menekuni ruang awam ini syarat yang perlu ada ialah kesetaraan warga untuk berpartisipasi di dalamnya. Tapi, partisipasi ini melalui apa?

Habermas menyatakan partisipasi masyarakat warga dalam ruang awam ini ialah melalui tindakan komunikatif, yakni bukan lagi hubungan kerja yang keras dengan penentuan subjek-objek, tuan-hamba, pemerintah-diperintah. Bagi Habermas lagi, hubungan dalam ruang awam (yang bertujuan untuk mengangkat idea masyarakat ke dalam sistem politik) perlulah setara.

Maka, tindakan komunikatif ini harus dimulakan secara setara – menerusi kekuatan perhujahan “dari bawah. Sudah tentu, dialog yang tidak putus dalam ruang awam ini bukan sahaja memberi pedoman dalam pembentukan dasar, tapi juga dapat menjamin legitimasi setiap keputusan dari warga itu sendiri.

Lantas, ruang awam itu, seperti yang disebut Mohd Azizuddin, memang mampu menjadi asas bersama. Tapi, anehnya Mohd Azizuddin mengasingkan soal ‘menjadi partisan’ sebagai salah satu bentuk permainan yang ada dalam ruang awam.

Bagi saya, ini sendiri telah melanggar konsep ruang awam yang dikemukakan oleh Habermas tersebut. Melainkan Mohd Azizuddin dapat membuktikan pandangan bahawa mahasiswa yang terlibat dengan parti politik tersebut adalah sebentuk ruang awam yang telah tercemar dengan unsur manipulatif.

Namun, katakanlah, jika pandangan ini pun dapat dibuktikan, maka persoalannya bukanlah parti politik itu sendiri. Sebaliknya, persoalan bagaimana mahasiswa (atau konteks lebih luas, warga itu sendiri) dapat memainkan peranan dalam mengawasi setiap tangan-tangan yang mahu memanipulasi ruang awam ini.

Hal inilah yang seharusnya kita lebih perhatikan, berbanding dari menyimpan rasa penuh curiga terhadap parti politik. Sebab, kecurigaan seperti inilah yang mudah mendorong kita bersikap pukul rata. Kalau ada keperluan, saya juga sedia merincikan lagi bagaimana mahasiwa lebih mudah jatuh pada generalisasi akibat kegagalan mengenal pokok permasalahan.

Lebih lanjut, Mohd Azizuddin menjelaskan lagi: “Kita kena bezakan kemahuan golongan politik dan pendidik. Saya mewakili golongan pendidik seperti juga Tan Sri Murad. Kita mahu suasana kondusif pembelajaran di universiti dan pelajar bebas mengeksplorasi ilmu daripada dikongkong oleh sesiapa sahaja dan parti politik mempunyai elemen mengongkong pemikiran. Golongan politik sudah pasti mempunyai kepentingan khususnya yang menyokong pembubaran dan pengekalan AUKU. Skop AUKU sebenarnya lebih luas daripada hanya berkenaan pelajar berpolitik sahaja.”

Saya mahu bertanya: dalam konteks Malaysia ini, apa sebenarnya bezanya pendidik dengan ahli politik? Tidakkah kedua-duanya tersorot dalam hubungan kekuasaan? Di sini, sekali lagi saya melihat Mohd Azizuddin mahu menyatakan bahawa pendidik itu lebih murni dibandingkan dengan politik. Padahal, pada saya yang paling penting ialah sesuatu gagasan.

Kalau ingin menggunakan Habermas lagi, kita dapat melihat betapa Habermas tidak mengistimewakan sesuatu golongan ke atas golongan yang lain. Habermas, bahkan, tidak pernah memikirkan bahawa kelompok intelektual itu statusnya lebih mulia dari kelompok-kelompok yang lain. Sebab itu, kita dapat melihat perbezaaan pandangan Habermas mengenai intelektualisme ini berbanding dengan para pemikir sebelumnya.

Pada Habermas, intelektualisme itu adalah mereka berperanan aktif dalam memerdekakan ruang awam, dan seterusnya menyelamatkan unsur-unsur komunikatif dalam masyarakat tersebut.

Jadi, dari apa yang dimaksudkan Habermas ini, itu jelas membuka ruang bahawa setiap warga, hatta mereka yang gagal masuk universiti untuk menjadi seorang intelektual. Bahkan, seorang pengemis pun lebih mulia dari seorang profesor, sekiranya pengemis itu memperjuangkan kepentingan intersubjektiviti warga, berbanding profesor yang mempertahankan kepentingan subjektiviti pemerintah.

Mungkin kalau tidak cukup dengan Habermas, saya ingin memanggil pesan Imam Ali bin Abi Thalib untuk membantu: “jangan kita melihat kebenaran dari siapa yang mengatakannya, tapi lihatlah dari apa yang dikatakannya.”

Sebagai rumusannya, saya menghargai penglibatan Mohd Azizuddin dalam wacana AUKU ini.Ini usaha yang bagus, dan menunjukkan warga akademik kita mahu terlibat dalam perkara-perkara yang serius.

Sebab, pengalaman saya selama ini, sebahagian warga akademik kita terlalu malas, bahkan lebih malas dari mahasiswa itu sendiri, sehingga mereka cuba untuk menjarakkan diri segala yang berbau politik, apatah-lagi yang bersifat parti politik. Padahal, sebagai warga akademik, itu mestilah berani menyentuh hal-hal kontroversi, dan hal-hal yang dipermasalahkan dalam masyarakat.

Walau bagaimanapun, sebuah perjuangan untuk memberdayakan masyarakat, atau memperkukuhkan mahasiswa itu sendiri, itu mestilah ditempatkan dalam tindakan yang kritis. Bukan saja kritis terhadap: apa yang bernama “universiti”, apa yang bernama “tidak berparti politik”, apa yang bernama “tidak jumud”, dan sebagainya teapi, juga pada setiap yang telah kita terima sebagai seadanya.

Sebab, sebuah kedangkalan bukan hanya datang dari kegagalan kita menampilkan hujah yang bermutu saja. Tapi juga kegagalan kita dalam membahas persoalan asasi.

Dalam AUKU, itu cukup jelas, persoalan asasi untuk melahirkan mahasiswa yang kritis, dan ini sama sekali telah gagal. Mengungkapkan kegagalan inilah yang menjadi keseluruhan maksud tulisan saya ini. Dalam kata mudah, AUKU hanyalah alat untuk mengubah sebuah dogmatisme kepada dogmatisme yang lain.

Tidak lebih dari itu. Mungkin menyedari hal ini, maka marilah kita belajar dari Heidegger bahawa: barangsiapa mencari kedalaman, maka mulailah dengan yang dangkal-dangkal dan melihat kedangkalan dengan tatapan yang cermat dan dalam, lalu kedalaman pun akan muncul dari hal-hal yang bersifat permukaan.

Firdaus Zolkifli, seorang anak muda dari Kota Tinggi.

Jumaat, 16 Disember 2011

Jawapan dari Mohd Azizuddin Mohd Sani:

Debat ini sangat sihat tetapi saya rasa ianya telah menyimpang jauh daripada perbincangan berkenaan AUKU yang saya jelaskan iaitu ianya adalah undang-undang yang bukan hanya menyangkupi penglibatan politik para pelajar, malah banyak lagi isu-isu yang terkandung di dalamnya.

Berdasarkan ayat-ayat yang ditulis, saudara Firdaus ini mungkin dari Indonesia atau pernah belajar di Indonesia. Mungkin pandangan saya ini salah juga, hanya tanggapan saya.

Mengkritik hujahan saya berkenaan kenyataan saya “Tugas membentuk pemikiran bukan tugas universiti tapi pelajar sendiri”. Secara teknikalnya, universiti adalah medium atau alat untuk pelajar menuntut ilmu dan terdedah kepada suasana akademik. Tetapi pelajarlah sendiri berusaha untuk membentuk pemikiran mereka sendiri.

Kepentingan. Sudah tentu orang yang membentuk AUKU ada kepentingannya yang antaranya menghalang para pelajar untuk terlibat dengan politik kepartian. Namun berbalik kepada artikel saya, adakah AUKU menyekat kebebasan berfikir? Saya rasa AUKU tidak menyekat pelajar dari berfikir kecuali pelajar menyekatnya sendiri. Terbukti juga para pelajar juga kini menyokong dan menentang sesuatu parti politik, bagi saya tiada masalah. Cuma apabila mereka mula menyertai atau menjadi ahli parti politik secara sah, dibimbangi universiti menjadi medan pertembungan parti-parti politik. Misalnya suatu dasar dibentuk diperingkat universiti misalnya mengenai yuran pengajian. Adakah perlu parti politik nasional terlibat dengan isu ini? Saya rasa lebih baik persatuan pelajar sebagai masyarakat sivil terlibat untuk engage dengan pihak universiti. Sekiranya dibawa parti politik, persatuan pelajar tadi tidak lagi berperanan sebagai masyarakat sivil.

Penjelasan mengenai dogmatik oleh saudara Firdaus sangat mengelirukan seperti semuanya dogmatik. Kalau begitu sampai beli baju pun dogmatik, teruklah. Lihat balik artikel saya, universiti adalah tempat para pelajar untuk berminda terbuka (open minded) untuk mengeksplorasi ilmu dan membentuk pemikiran. Biarlah 3 atau 4 tahun pengajian mereka, mereka menyelidiki ilmu. Selepas pengajian mereka barulah mereka boleh buat keputusan untuk aktif dalam berpolitik kepartian. Kalau mereka menyokong atau bersimpati, saya tiada masalah (itu sebab saya menyokong pindaan kepada Seksyen 15, tetapi tidak mansuhkan AUKU) dan itu hak mereka. Tapi untuk aktif sebagai ahli parti politik, saya rasa tidak sihat untuk pelajar kerana mereka akan dieksploitasi. Adakah menyertai parti politik pelajar akan kritis? Ya kepada parti lawan tetapi buta kepada parti sendiri. Mereka sukar secara berani mengkritik parti sendiri di khalayak umum. Saya rasa para pelajar sekiranya mereka menjadi gerakan masyarakat sivil yang kuat mereka akan lebih kritis sebagai pejuang masyarakat berbanding sekiranya menyertai parti politik. Hairan juga, kenapa saudara Firdaus beriya-iya mahukan pelajar menyertai parti politik?

Hairan kenapa saya curiga dengan parti politik? Saya hairan kenapa saudara Firdaus tidak curiga dengan parti politik. Golongan liberal amat curiga dengan the state, tetapi tidak golongan konservatif dan sosialis. Hak untuk curiga atau tidak itu hak masing-masing. Isu yang saya bincang dalam artikel saya, bukan soal curiga atau tidak. Cuma saya hendak pelajar diberi peluang untuk meneroka ilmu mereka secara terbuka di universiti dan mereka tidak terikat dengan mana-mana pihak yang boleh mengawal pemikiran mereka. Parti politik ada kecenderungan untuk mengawal pemikiran dan boleh membawa suasana universiti menjadi tidak kondusif untuk pembelajaran sekiranya universiti menjadi medan tempur parti politik. Jadi isunya sangat mudah dan tak perlu berhujah secara berfalsafah ruang awam Habermas untuk menjelaskannya. Malah para pelajar boleh bertindak kritis di dalam ruang awam mewakili diri mereka sendiri sebagai masyarakat sivil, bukannya parti-parti politik.

Life is not all about politics. Kalau ahli politik dan pendidik disamakan, saya rasa rosaklah masyarakat kita. Tak perlukah golongan pendidik ini wujud, serahkan golongan politik mendidik masyarakat. Saya ingat kata-kata Saidina Ali r.a. ketika ingin melantik gabenor baru di Mesir, beliau berkata bahawa berhati-hatilah kepada 2 golongan; pertama golongan penguasa (orang politik) dan kedua golongan berharta (peniaga). Adakah kata-kata Saidina Ali itu menunjukkan dua golongan ini tidak penting untuk masyarakat, cuma beliau hanya berpesan supaya untuk berwaspada kerana kedua-dua golongan ini kerana mereka ada kecenderungan dan kepentingan tertentu.

Ini hujah saudara Firdaus yang saya rasa terkena pada mukanya sendiri: “Sebab, sebuah kedangkalan bukan hanya datang dari kegagalan kita menampilkan hujah yang bermutu saja. Tapi juga kegagalan kita dalam membahas persoalan asasi. Dalam AUKU, itu cukup jelas, persoalan asasi untuk melahirkan mahasiswa yang kritis, dan ini sama sekali telah gagal. Mengungkapkan kegagalan inilah yang menjadi keseluruhan maksud tulisan saya ini. Dalam kata mudah, AUKU hanyalah alat untuk mengubah sebuah dogmatisme kepada dogmatisme yang lain.” Persoalannya ialah Mahasiswa kini tidak kritiskah? Kalau hanya menyertai parti politik jadi kritis, itu jelas tanggapan salah. AUKU tidak menyekat para pelajar berfikir dan menjadi kritis. Dari sesi forum dan dialog muktaakhir kini yang saya hadiri, para pelajar kita sangat kritis. Persoalan asasi AUKU yang ditentang saudara Firdaus ialah soal pelajar berpolitik dibenarkan atau tidak. Ini saya dah jawab, terlibat dengan politik sebagai masyarakat sivil atau atas kapasiti pelajar itu sendiri tiada masalah, tapi menjadi ahli parti politik secara aktif yang saya tidak setuju. Pasal mengubah sebuah dogmatisme kepada dogmatisme, ini mengelirukan dan memeningkan diri saya. Dogmatik mana yang nak diubah?

Pasal ideologi parti, sila jelaskan pada saya parti-parti politik di Malaysia ni ada ideologi politikkah? PAS islamisme, Islam tu ideologi atau agama? UMNO itu nasionalis, saya rasa PAS, PKR , DAP dan UMNO, MIC, MCA, semuanya nasionalis. Nasionalisme adalah fahaman kebangsaan, bukan dalam ertikata ideologi sebenar. Parti Sosialis Malaysia, ya mereka ini ikut ideologi Sosialisme. Tak salah saya mereka dan Parti Rakyat Malaysia adalah dua parti politik Malaysia yang mempunyai ideologi. Tak perlu masuk parti politik untuk menganuti sesuatu ideologi politik. Wujudkah anarkisme di Malaysia ni? Setakat ini semua kumpulan termasuk juga parti politik di Malaysia bergerak dalam sistem, maksudnya memperolehi kuasa melalui pilihanraya. Jadi perbincangan anarkisme ini dah keluar tajuk.

Isu ilmu itu objektif atau subjektif, itu ikut hujahan masing-masing. Saya beranggapan walaupun ada ilmu yang bersifat objektif tapi elemen-elemen subjektiviti itu tetap ada juga. Saya bukan golongan positivisme. Jadi ini pun dah keluar daripada topik perbincangan asasi pasal AUKU.

Saya rasa perbincangan ini telah lari banyak dari persoalan asasi yang saya bincang dalam artikel saya. Saudara Firdaus kata saya banyak lari daripada perbincangan asasi. Tak salah saya perbincangan asasi ialah pasal artikel saya berkenaan AUKU tidak halang kebebasan berfikir. Jadi fikir-fikirkanlah. Kalau kata kebebasan berfikir pelajar dihalang, terpulanglah. Bagi saya pendidik di universiti dan hidup saya setiap hari bergelumang dengan para pelajar, saya tidak nampak kebebasan berfikir pelajar disekat kecuali mereka menyekatkannya sendiri oleh pelbagai faktor.

Khamis, 22 Disember 2011

Respons Firdaus Zolkifli:

Saya tidak bersetuju, bahawa perbincangan ini dikatakan makin menyimpang. Tapi, saya bersetuju jika dikatakan perbincangan ini makin dalam. Namun, dalam kedalaman tersebut, saya perhatikan ada asas yang gagal difahami oleh saudara Mohd Azizuddin.

Memang, Mohd Azizuddin menegaskan bahawa AUKU ini tidak menghalang mahasiswa berfikir. Saya kira, inilah tesis besarnya. Namun, mari kita berfikir sejenak: apakah berfikir ini menuntut sebuah hukum dari pemerintah, seperti AUKU tersebut. Tentu tidak sama sekali. Sebab, kebebasan berfikir, termasuk berfikir kritis sekalipun, itu sudah merupakan jaminan asasi.

Tapi, apa yang cuba saya kembangkan sebelum ini, adalah dalam konteks berfikir yang lebih dalam, yang melibatkan dimensi tindakan. Pertautan di antara fikiran dan tindakan, inilah yang telah menghasilkan “teori tindakan”, seperti yang dikemukakan oleh Hannah Arendt.

Jadi, sejujurnya saya melihat Mohd Aziziddun gagal memerhatikan lebih jauh tentang konsep berfikir yang cuba saya sampaikan tersebut. Lihat saja contoh yang saya paparkan tentang konsumerisme, yang jelas gagal difahami oleh Mohd Azizuddin. Sampaikan sisi dogmatis dalam konsumerisme yang saya maksudkan tersebut, hanya dimudahkannya dengan kata “membeli baju” saja.

Tapi, tidak mengapalah. Saya abaikan persoalan fikiran dan tindakan, juga persoalan teori dan praktis ini, yang mungkin terlalu dalam, atau dalam bahasa saudara, menyimpang. Lalu, saya ingin memberi ruang kepada persoalan yang lebih mudah; iaitu persoalan legitimasi AUKU itu sendiri.

Sebetulnya, saya telah menyelitkan persoalan legitimasi AUKU ini dengan kata “wahyu pemerintah” yang mana ini langsung tidak ditanggapi oleh Mohd Aziziddin. Padahal persoalan ini penting juga ditanggapi.

Bagi saya, AUKU ini ternyata tidak mempunyai legitimasi, kerana AUKU itu sebuah hukum yang dipaksakan dari kepentingan pemerintah. Bukan dari kehendak masyarakat warga (civil society) itu sendiri. Jadi, saya hairan, bagaimana saudara boleh senang dengan hukum yang tidak mempunyai legitimasi ini. Atau memangkah Mohd Azizuddin beranggapan bahawa AUKU itu sebuah hukum yang legitim?

Begitu? Katakanlah kalau benar AUKU ini adalah legitim, maka apakah AUKU itu tumbuh dari sebuah proses komunikatif lewat masyarakat warga itu sendiri?

Untuk saya, itu jelas, bahawa AUKU adalah zalim. Mengapa? Kerana AUKU itu sama sekali tidak legitim. AUKU, sejak awalnya, adalah sebuah hukum yang dipaksakan secara rasional instrumental, sehingga menimbulkan krisis pengetahuan. Padahal, untuk memperoleh legitimasi, AUKU seharusnya digubal lewat rasional komunikatif.

Jadi saya fikir, cukuplah untuk saya fokuskan hal mudah ini dulu, atau setakat ini dulu, supaya perbincangan ini tidak dikatakan menyimpang lagi.Kiriman Berkaitan

AUKU dan Krisis Pengetahuan Firdaus Zolkifli

Negara dan Representasi Politik Aqil Fithri

AUKU dan Masa Depan Malaysia Hilman Idham

Ibn Rushd, Kant, dan Projek Pencerahan Islam Luthfi Assyaukanie

Anak Muda dan Kabinet Baru Kerajaan Malaysia Amin Ahmad

Locke dan Dua Karangannya Khalid Jaafar

AUKU dan Krisis Pengetahuan
Pendidikan haruslah berorientasi kepada pengenalan realiti diri manusia dan dirinya sendiri – Poulo Freire

Tidak perlu untuk berbasi-basi lagi, tulisan ini ialah respon kepada tulisan saudara Mohd Azizuddin Mohd Sani (Karyawan Tamu Kementerian Pengajian Tinggi), yang disiarkan dalam Berita Harian pada 18 November 2011 bertajuk ‘AUKU tidak sekat kebebasan berfikir mahasiswa’.

Seingat saya, sejak diperkenalkan isu mengenai AUKU ini tidak pernah kunjung selesai .  Barangkali juga, tujuan tulisan yang ditulis oleh saudara Mohd Azizuddin adalah untuk menjernihkan kembali kepada khalayak  ‘cita-cita murni’ AUKU dilaksanakan.

Sebelum lebih jauh, elok sekiranya kita melihat pesan-pesan penting tulisan saudara Mohd Azizuddin berkenaan  dengan AUKU ini.  Pada perenggan awal tulisannya, beliau menegaskan bahawa tujuan AUKU diwujudkan adalah sebagai pendorong mahasiswa fokus terhadap bidang pelajarannya.  Tulis beliau ;

“AUKU diwujudkan apabila mahasiswa universiti pada akhir 1960-an tidak menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan lebih banyak menjadi kumpulan pendesak yang terbabit dengan aktiviti luar yakni politik nasional dan antarabangsa melalui tunjuk perasaan dan sebagainya”

Melalui petikan ini, kita melihat hujah saudara Mohd Azizuddin bahawa kononnya AUKU diwujudkan bagi mengurus fokus mahasiswa terhadap pelajarannya. Fokus dalam erti kata tidak lagi terbabit dengan aktiviti luar kampus.  Di sini mari kita ulang fikir dengan  menimbulkan beberapa pertanyaan, apakah makna pendidikan? Di mana letaknya realiti sosial (hal-hal yang berlaku di luar) dalam sistem pendidikan?  Dan yang lebih penting, apakah fungsi universiti atau institusi pendidikan dalam sistem masyarakat?

Sejujurnya, hujah yang dikemukakan oleh saudara Mohd Azizuddin di atas telah membahagikan bahawa pengetahuan itu hanya boleh didapati lewat bilik kuliah, di dalam pagar sebuah universiti, dan jika paling luas sekalipun ialah melalui aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan secara instrumental.

Justeru, persoalan ini wajar membawa kita cuba menoleh kepada perkara yang paling mendasar dalam sistem pendidikan, iaitu ‘pengetahuan.  Hal yang paling intim yang terdapat dalam kata ‘pengetahuan’ ialah ‘kesedaran’.  Kesedaran terhadap realiti.  Kesedaran terhadap hal-hal yang nyata.Tanpa meleburkan diri dalam ranah masyarakat, bagaimana kesedaran terhadap sesuatu kenyataan hidup ini akan timbul?

Tak salah untuk kita meminjam perspektif daripada Habermas bahawa ketirisan kesedaran inilah yang mendorong kepada krisis ilmu pengetahuan.  Bertolak daripada filusuf Fenomenologi, Edmund Husserl, Habermas melihat ilmu pengetahuan mengalami krisis apabila ilmu pengetahuan tidak memberi apa-apa pedoman kepada kita – akibat ilmu pengetahuan berpisah daripada amal hidup sehari-hari.

Untuk lebih mendalam, krisis ini harus dikaitkan dengan konsep teori.  Mengapa? Kerana dalam soal pengetahuan, teori menduduki tempat penting dalam menjelaskan realiti.  Pengetahuan dirumuskan dalam dan diperoleh melalui teori.  Malangnya dalam ilmu pengetahuan moden, kata ‘teori’ sudah kehilangan makna aslinya.

Lalu Habermas melakukan penelitian genetis tentang konsep teori.  Teori dikembalikan kepada kata asalnya, theoria.

Berkenaan Theoria itu bermakna kosmos atau realiti.  Kata ini sangat tua dan berakar pada kosmologi dan tradisi religius Yunani Purba. Dengan melakukan perenungan, si pemerhati  akan menatap kosmos yang bergerak teratur dan membuat lukisan-lukisan di dalam dirinya.  Kita mampu meniru kosmos, atau melakukan memesis (meniru).  Melalui kaedah itu, teori atau kosmos itu mempengaruhi tingkah laku si pemerhati.

Tapi, apa kaitan kita jauh-jauh berbicara soal teori ini dengan tulisan Mohd Azizuddin tersebut? Hubungannya adalah pada soal praxis. Ternyata, AUKU suka atau tidak, telah membataskan mahasiswa untuk larut dalam gelombang masyarakat. Kalau adapun persentuhan mahasiswa dengan masyarakat, maka apakah benar persentuhan tersebut tulen, atau lagi-lagi sebagai sebuah nemesis?

Jika jawapan yang diberikan ialah merujuk kepada pengetahuan sedia ada yang ditetapkan oleh universiti dan negara, maka kita boleh lupakan kata ‘kesedaran’ yang ada dalam pengetahuan. Sebab kesedaran tidak pernah bermula dengan “wahyu manusia”, dengan sebuah akta.

Selain itu Mohd Azizuddin juga berhujah untuk merasional AUKU dengan mengungkapkan;

“sejak akta ini diwartakan pada 1971 dan pindaan pada 2009, kerajaan sudah cuba mewujudkan suasana harmonis dan kondusif bagi pembelajaran di universiti. Yang lebih penting, sentimen dan eksploitasi politik luar kampus dapat dibatasi daripada menguasai pemikiran pelajar yang masih dalam proses berjinak-jinak dengan aliran pemikiran dan ilmu sejagat sifatnya.”  (Perenggan keempat)

Manakala dalam petikan lain:

“AUKU tidak mahu mahasiswa menjadi aktivis kepada politik luar yang seterusnya menggugat keterbukaan pemikiran yang harus dibentuk di universiti.  Sekiranya pengaruh politik luar dibawa ke universiti, dibimbangi akan membentuk sifat kejumudan di kalangan mahasiswa dan universiti pula menjadi tempat pertembungan dan persaingan politik nasional dan antarabangsa.” (Perenggan keenam)

Melalui dua petikan itu mari kita telaah betul-betul bagaimana AUKU telah diperkakaskan. Jelas AUKU diwujudkan untuk membatasi sentimen dan eksploitasi politik luar kampus daripada menguasai pemikiran pelajar yang baru berjinak-jinak dengan aliran pemikiran dan ilmu.

Dan apa yang kita saksikan sebelum ini memang AUKU digunakan untuk menghalang mahasiswa menjadi aktivis kepada politik luar yang menggugat pemikiran yang harus dibentuk di dalam universiti.

Kita harus sanggah percubaan untuk meremehkan mahasiswa ini, yang menurut Mohd Azizuddin seolah tugas untuk membentuk pemikiran mahasiswa hanyalah tugas universiti semata. Sementara, di luar universiti, konon itu bukan lagi pengetahuan yang menjadi kepentingan mahasiswa. Kita sanggah kerana hujah ini sangat bermasalah. Ini kerana, hujah tersebut telah mendikotomikan pengetahuan yang terdapat dalam universiti sebagai benar, manakala pengetahuan (ideologi) di luar kampus adalah nilai yang patut dielakkan.

Saudara Azizuddin secara sembarangan cuba meletakkan pengetahuan yang ada dalam kampus sebagai pengetahuan yang objektif, manakala pengetahuan (ideologi) parti politik yang berada di luar kampus sebagai pengetahuan yang berbahaya.   Kita harus sedar pembahagian yang dangkal inilah mengundang kepada krisis pengetahuan yang kita bicarakan awal tadi.

Bahkan inilah kritik Husserl terhadap ilmu pengetahuan moden yang telah jatuh pada objektivisme – cara pandang yang melihat dunia sebagai susunan fakta objektif  dan tentuistik. Di sini Husserl melihat setiap pengetahuan yang diangkat sebagai pengetahuan tulen bermuara kepada Lebenswelt (dunia kehidupan). Maknanya, ketulenan sesebuah teori itu bagi Husserl bertitik tolak daripada pengalaman manusia sehari-hari.

Dalam konteks pelajar, pengalaman sosial di luar kampus yang dihadapi hari-hari merupakan pengetahuan yang mendasari perspektif mahasiswa dalam memahami realiti. Malangnya ini tidak seluruh tulisan Mohd Azizuddin langsung tidak mempertimbangkan hal ini.

Malah, tindakannya yang menafikankepentingan pengalaman harian dari ranah Lebenswelt ini, sekaligus telah menghalang penglibatan mahasiswa untuk bergulat dengan politik, sama ada secara partisan mahupun tidak. Kesannya, mahasiswa akhirnya terputus dengan realiti. Lebih mendukacitakan lagi, lahir pula kalangan mahasiswa yang mendukung realiti yang dikhayalkannya sendiri. Jika ini berlaku, ini adalah dua kali malang.

Jika Azizuddin merasakan bahawa pengetahuan yang ada dalam kampus ini sebagai pengetahuan sejati, objektif, bebas-sentimen, serta tunggal, lantas adakah pandangan ini disepakati oleh Habermas? Tentu tidak.  Tak seperti Husserl, Habermas tidak setuju bahawa tujuan akhir dari pengalaman keseharian mestilah melahirkan teori tulen, seperti yang diyakini Husserl tersebut.  Bagi Habermas, terdapat hal di balik selubung “objektif” dan “tulen” itu. Ini sebuah kritik idealogi dari Habermas.

Ini kerana, menurut Habermas, teori tulen (yang dilekatkan Mohd Azizuddin hanya dalam konteks pengetahuan yang ada dalam universiti semata), telah beranggapan bahawa segala unsur subjektif mestilah disingkirkan. Pada Habermas, pandangan ini bermasalah.  Sebagaimana Mohd Azizuddin merasakan bahawa ideologi atau pengetahuan yang berada di luar kampus mempunyai kepentingannya, namun tidakkah Mohd Azizuddin sedar bahawa apa yang disebutnya sebagai “kepentingan” itu sendiri juga merupakan sebuah kepentingan!?

Di saat Mohd Azizuddin menuduh di pihak berseberangan dengannya penuh dengan kepentingan, maka apakah Mohd Azizuddin atau AUKU itu sendiri bebas kepentingan? Ini harus kita pertanyakan betul-betul.

Sebab, persoalannya, bagaimana Mohd Azizuddin tahu bahawa kepentingannya adalah sebuah kepentingan murni, manakala kepentingan yang lain adalah kepentingan berbahaya? Seolah, tuduhan Mohd Azizuddin bahawa pengetahuan yang di luar kampus itu adalah ancaman kepada seluruh pengetahuan. Fikiran dangkal seperti ini sangat memalukan, dan bahkan tak layak untuk dianggap sebagai separuh-masak sekalipun.

Lebih lanjut, Mohd Azizuddin terus menegaskan:

‘Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Murad Mohamed Noor, antara orang yang bertanggungjawab merangka serta melaksanakan AUKU pada 1971 pernah menjelaskan bahawa: “…terus terang saya katakan, tiada niat dalam hati kami (yang merangka AUKU) untuk mengongkong mahasiswa daripada bergerak aktif kerana kami juga asalnya daripada universiti.”.’

Sekali lagi, mari kita baca baik-baik kutipan tersebut. Benarkah ungkapan “tiada niat” dari Murad Mohamed Noor memang tak menyimpan niat yang lain? Tidakkah kata-kata Murad Mohamed Noor itu sebetulnya berniat untuk meletakkan AUKU sebagai sebuah operasi instrumental yang mahu digunakan untuk mengoperasikan sesebuah sistem? Tidakkah begitu? Sebab jelas sekali, kata-kata yang lunak, dari apa pun pangkat mereka, tak bererti bahawa mereka itu kudus, dan jujur pada pengetahuan.

Berkaca pada Habermas, AUKU ini telah jelas bertindak sebagai sebuah rasional instrumental yang mahu memaksakan kehendak dari langit pemerintah, demi untuk memelihara kepentingan pemerintah itu sendiri. Kepentingan ini terang, lagi bersuluh. Sebab, AUKU, cuba menyembunyikan kepentingan kekuasaannya sendiri. Sebagai contoh, AUKU selama ini telah digunakan sebagai pekakas untuk memperhambakan mahasiswa, dan menghalang mahasiswa dari berfikir (dan bertindak) lebih dari luar “pagar ternakan” universiti. Ini niat sebenar AUKU, yang konon “tiada niat” tersebut.

Tapi, sebuah perhambaan tentu sekali tak punya legitimasi. Mana-mana perhambaan pun. Di sebalik perhambaan AUKU ini, perjuangan untuk emansipasi akan hadir. Hanya persoalan cepat atau lambat saja. Itu sudah tertera sebagai janji zaman.

Berharap pada Habermas lagi, emansipasi padanya adalah sebentuk perlawanan bagi setiap kali krisis berlaku, bagi setiap kali legitimasi dipertanyakan. Emansipasi adalah sebuah perjuangan yang berterusan, tanpa henti, tanpa akhir. Dalam tulisan Mohd Azizuddin itu jelas, persoalan emanisipasi ini sangat kabur. Yang tersisa dari tulisannya hanya sebuah kecenderungan kepada tanggungjawab sosial, yang didefinisikan secara instrumental.

Dengan cuba memberikan rasional instrumental pada AUKU tersebut, tulisan Mohd Azizuddin langsung tak memperkayakan kemampuan mahasiswa itu sendiri. Kita harus ingat, mahasiswa itu bukannya tiada dimensi kognitif. Mahasiswa bukan robot. Mahasiswa bukan tumbuhan. Sama sekali tidak. Berkali-kali kita akan terus mengingatkan para generasi tua kita ini, bahawa “alam fikiran” mahasiswa itu sebetulnya jauh lebih luas “kepentingan kekuasaan” generasi tua itu sendiri.

Dan, kita juga tak letih untuk terus mengingatkan mereka. Bahkan, melawan mereka! Sesungguhnya, inilah praxis hakiki dari kata “mahasiswa” itu sendiri.

Firdaus Zolkifli, mahasiswa peringkat sarjana dan penggerak Diskopi.Kiriman Berkaitan

AUKU dan Masa Depan Malaysia Hilman Idham

Perlawanan Itu Pasti Terus! Hilman Idham

Menjadi Islam dengan Berfikir Hafiz Zainuddin

“Katak-katak telah menghuni kepalaku…” Mohd Jimadie Shah Othman

Pelupaan Agung: Dataran Tiananmen Selepas Dua Dekad (I) Mara Hvistendhal

Anak Muda dan Kabinet Baru Kerajaan Malaysia Amin Ahmad

Lembu, Korupsi dan…
© Rossem

Presiden Amerika Syarikat ke-34, Dwight David Eisenhower (1890-1969) pernah menerima ‘hadiah’ berupa seekor lembu berharga US$1000. Pada ketika inilah, moral pimpinan dapat diukur—sama ada rakyat akan mendengar silat lidah untuk mengabsahkan pengambilan lembu itu, atau tegas menolaknya dengan kekuatan moral.

Mungkin seperti apa yang pernah dilakukan oleh Ali ibn Abu Thalib yang di satu ketika dikatakan cuba disogok dengan pemberian kuda-kuda terbaik Persia untuk dijadikan kuda-kuda perang. Sogokan itu cuba dilakukan oleh orang-orang kaya di Ambar.

Ali tidak menerimanya, menolaknya kerana diketahui orang-orang kaya itu telah membayar cukai. Lalu kata Ali: Kamu telah membayar zakat kamu, sehingga menerima sesuatu daripada kamu – walaupun kamu menawarkannya secara sukarela dan tulus hati – adalah kejahatan kepada negara.

Meskipun demikian, orang-orang kaya Ambar itu tetap berkeras untuk menyerahkan kuda-kuda itu. Akhirnya Ali menerima, tetapi dengan menolak sejumlah nilai zakat mereka dan biaya suguhan yang diperhitung daripada anggaran biaya perang. Maknanya, pemberian kuda-kuda Persia itu secara automatik telah jadi milik negara. Bukan lagi milik peribadi Khalifah.

Tidak ada keburukan dan kejahatan yang tak wujud kepanjangan gejala korupsi dan nepotisme. Di dalam antara sejarahnya yang paling kotor, tentu kita boleh lihat kepada batang tubuh orang yang bernama Gaius Verres (115-43 Sebelum Masihi). Verres, pada tahun 73-71 SM adalah gabenor di wilayah Sisilia—sebuah wilayah yang berada di dalam empayar Romawi.

Belum pun seperti ahli majlis, para penguasa dan menteri-menteri seperti sekarang, ketika itu jadi gabenor adalah cara paling lumayan untuk jadi kaya-raya. Di dalam sejarah Romawi, pelbagai bentuk korupsi, rasuah dan nepotisme berlaku yang kemudiannya dilihat ahli sejarah sebagai antara punca runtuhnya empayar tersebut. Memang, kerumitan kes-kes rasuah di Romawi lebih dahsyat ketimbang hari ini, khususnya di Malaysia.

Verres, di suatu waktu juga menjual-beli hukuman yang dikenakan kepada seseorang prajurit yang dijatuhi hukuman mati. Dia tetapkan besar mana wang suapan untuk menentukan cara kematian pada hukuman mati, serta kaedah pengebumian si terhukum. Kebetulan sahaja pada ketika itu, sejumlah kapten armada laut Romawi dijatuhi pelbagai hukuman selepas tewas berhadapan dengan lanun dekat Syracuse.

Dia terlebih awal telah merangkus wang suapan berjumlah enam pound bagi tiap-tiap orang awak-awak yang mahu ponteng kerja sepanjang musim panas—musim panas di Eropah adalah antara waktu terbaik untuk bercuti dan libur. Dalam waktu sama, Verres mengambil seluruh gaji awak-awak yang diberikan oleh negara.

Dari sana, pelbagai pelanggaran undang-undang dan hukum merebak; pemerasan agar orang membayar suapan menggila berleluasa. Termasuk yang terpaksa membayar wang suap ialah orang tua-tua dan sanak saudara kepada mereka yang terhukum.

Tujuan wang suapan kepada Verres ialah bagi ditentukan kaedah hukuman mati seseorang terhukum. Sama ada dengan memenggal sekali kapak di leher, cepat atau lambat pemenggalannya, sama ada sakit atau tidak, jumlah tetakan, sama ada mati secara perlahan-lahan atau mati dengan cepat. Semua itu adalah ditimbang mengikut berapa jumlah wang suap yang perlu dibayar kepada Verres.

Kisah yang ditulis kembali di dalam buku Dr Syed Hussein Alatas, “Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi” (DBP, cetakan pertama 1995), menunjukkan melalui pelbagai catatan sejarah Romawi bagaimana bobroknya korupsi dan rasuah yang dilakukan Verres. Dipetik daripada seorang pengarang satira Romawi, Juveral, bahawa ada tiga orang pelaku rasuah yang cukup jelek hidup sezaman, iaitu selain Verres, dua yang lain ialah Dolabella dan Antonius.

Sungguh tidak ada kejahatan yang tidak dilakukan Verres lanjutan amalan rasuah yang dia buat; daripada pemerasan, rompak, penyuapan kembali, memperkosa, meniduri isteri orang lain, khianat, membunuh, menjarah karya seni, menjual-beli jawatan, makan riba sehinggalah memalsukan wasiat orang mati.

Di dalam sejarah tamadun-tamadun manusia, rasuah, korupsi dan nepotisme berlaku di mana-mana sahaja, di dalam pelbagai bentuk… sampai, kadang-kala sukar sekali untuk menentukan bentuk-bentuknya. Sukar juga untuk mengesan di permulaan amalan itu, yang dilakukan seseorang; sama ada petinggi dan penguasa politik, hakim, sehinggalah para pegawai rendah yang diberi kuasa untuk memungut wang cukai atau zakat.

Sesiapa pun tahu, rasuah di Malaysia tidak hanya wujud di peringkat tertinggi, namun tetap wujud di kalangan pegawai bawahan: tidak cuma berlaku di kantor-kantor di Putrajaya atau lobi Parlimen, misalnya, tetapi juga berlaku di tepi-tepi jalan dan di warong-warong kopi.

Syed Hussein dalam renungan dan kajian terhadap gejala ini, juga merumuskan bahawa penguasa dan petinggi politik di banyak negara membangun seperti di India, Malaysia, Indonesia, Pakistan dan Sri Langka misalnya tak punya keazaman dan kebulatan tekad untuk menghapuskan rasuah.

Slogan anti rasuah adalah tebu di bibir. Malahan, golongan penguasa itu sendiri menjadi punca dan bergelumang dengan rasuah sampai menjolok mata sekali. Antara lain, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan sebuah badan bukan kerajaan, Transparency International Malaysia (TI-M), kedudukan Malaysia merudum lagi daripada tangga 56 tahun lalu ke tangga 60 pada tahun 2011. Kejatuhan indeks ini berlaku tiga tahun berturut-turut sejak 2009.

Laporan Juru Audit Negara yang diterbitkan saban tahun, dengan jumlah ketirisan dan kebocoran wang rakyat, pembelian sesuatu barang yang terlalu mahal berlipat kali ganda, tidak lain hanya bayangan akan gejala rasuah di pelbagai peringkat. Sayang seribu kali sayang kala mana laporan itu hanya sekadar laporan tahunan dan seumpama bebelan yang tidak berkesudahan sejak puluhan tahun lamanya.

Cetakan kedua buku “Rasuah—Syed Hussein” itu dibuat pada 2002, iaitu di kala Malaysia sedang hangat diperkatakan orang akan gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, korupsi dan nepotisme. Tahun itu adalah tahun-tahun di mana rakyat Malaysia terhidang dengan kes seperti pelaksanaan pengunaan wang keuntungan Petronas untuk menyelamatkan syarikat anak Perdana Menteri, skandal Perwaja sampailah kepada latar skandal Bank Bumiputra-BMF yang akhirnya lenyap begitu sahaja.

Masing-masing tahu. Masing-masing di antara rakyat negara ini juga pernah melalui secara langsung dan tidak langsung pengalaman berhadapan dengan ugutan wang suapan. Paling tidak di tepi jalan, yang dilakukan oleh anggota polis. Semua ini membayangkan jumlah wang lebih besar atas gejala rasuah yang berlaku di peringkat atasan, tetapi, masing-masing mendiamkan diri.

Mendiamkan diri kepada amalan rasuah, kini dilihat hanya kesempatan untuk menggantikan si pelaku rasuah yang tua, kepada pelaku yang baharu. Penggantian penguasa dan parti politik, daripada Umno-BN kepada Pakatan Rakyat sama sekali tidak wajar dilihat hanya sebahagian daripada proses ganti Si Pemeras. Ada terdengar sipi-sipi di mana amalan pemerasan berupa rasuah juga tetap berlaku walaupun selepas gantian rejim di mana di era Umno-BN bayaran suapan kelulusan untuk papan iklan jalan cukup tinggi sehingga ratusan ribu ringgit, tetapi di era Pakatan Rakyat menjadi sedikit murah dan hanya puluhan ribu ringgit sahaja.

Apakah ini bisa dibenarkan? Syed Hussein memperingkatkan, sekali imbas dalam kata-kata yang tegas dalam buku sama: Parti yang rasuah akan memperbesarkan kegiatan rasuahnya dan membiakkan rasuah lebih lanjut, mempersubur kegiatan yang bertentangan dengan kepentingan umum. (Halaman 240-241).

Rasuah tetap rasuah, tak kira berapa pun nilainya dan ia adalah pencurian ke atas wang publik oleh individu yang bukan haknya. Sementara bentuk-bentuk rasuah juga meliputi “nepotisme” di mana pemberian kepada anak-isteri dan ahli keluarga yang tidak berada di dalam koridor kekuasaan juga dilihat sebagai kayu api kepada menyalanya amalan rasuah. Begitulah sekira-kiranya tafsiran rasuah. Ia tidak mengambil kira jumlahnya sama ada RM250 juta, mahupun seringgit.

Atas asas moral inilah, perbuatan [mantan] Presiden Amerika, Eisenhower tetap dipersalahkan kerana menerima seekor lembu yang berharga US$1000. Bukan dia sahaja yang menerima lembu itu, tetapi pada mulanya pembantu peribadi dan orang yang dekat dengan Presiden, Sherman Adam yang mula-mula menerima hadiah mahal daripada seorang jutawan, Bernard Goldfine. Hadiah itu berupa baju bulu vicuna berharga US$700 selain sehampar permaidani Asia berharga US$2400. Ketika menerima hadiah itu iaitu pada tahun 1958, Adam berada di dalam kesulitan kewangan.

Masyarakat, termasuk majalah dan surat-surat khabar mengecam Adam, sehingga akhirnya dia melepaskan jawatan. Presiden Eisenhower memang cuba mempertahankan pegawai kanannya itu, nescaya gagal sebelum terbukti akhirnya dia sendiri juga menerima hadiah bernilai ratusan ribu dollar; sebuah traktor yang siap dengan alat menyalakan rokok; juga baju bulu yang sama yang pernah dihadiah kepada Adam, iaitu baju bulu vicuna, serta seekor lembu.

Kiriman Berkaitan

Catatan dari Mumbai: Anwar Jadi Tetamu Cucu Gandhi Ammar Gazali

Ingatlah Kembali Deklarasi Permatang Pauh Ammar Gazali

Beberapa Cerpen Pendek tentang Korupsi Mohd Jimadie Shah Othman

Satu Sketsa tentang Konsep Kaya dan Miskin Afif Bahardin

Mentaliti Lapuk Dalam Bajet 2010 Hasmi bin Hashim

Menjawab Mitos tentang Kemiskinan admin

Elit-elit [Jangan] Poyo
Seorang anak kecil di Benut—bukan Berut!—dekat Batu Pahat, ke sekolah dengan basikal… apakah untung-nasibnya kelak? Seorang lagi sebayanya di Hartamas, Kuala Lumpur ke sekolah bekereta siap pemandu. Sebelum ke sekolah, seorang bersarapan ubi rebus cecah kelapa parut dan teh O; seorang itu dengan roti berkeju dan susu cokelat panas.

Kedua-duanya tidak punya apa-apa salah, tak ada dosa.

Tiga bab terakhir dalam buku Intelektual Masyarakat Membangun, Dr Syed Hussein Alatas khusus merumus punca-punca dan gejala mundur kelas atasan di dalam masyarakat membangun. Kelas ini dinamai sebagai “elit penguasa”. Terdirilah kaum elit penguasa itu berlegar-legar di dalam lima jurusan: politik, industri, kewangan, ekonomi dan birokrasi.

Di permulaan bab ke-6, penulis dan sang pemikir pun melancarkan kritik bilamana kaum elit di beberapa negara—dicontohkan dengan Indonesia dan India—sering menuding jari dan menyalahkan [mantan] penjajah sebagai penyebab kemiskinan atau tidak seimbangnya jurang kaya-miskin. Dari satu sudut pandang, kaya-miskin juga sering difahami sebagai jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar.

Kenyataannya, kaum elit yang mewarisi pemerintahan dan kuasa politik, khususnya yang menata kemerdekaan dari dulang emas penjajah—sepertimana para priyayi Umno yang dianugerah kuasa politik oleh British—tidak pula mewujudkan suasana cukup baik selepas merdeka. Perselingkuhan atau “hubungan gelap” elit tempatan-dengan-penjajah bukan sahaja berlaku di Malaysia [walau selepas Merdeka], tetapi juga di Indonesia. Malah, sekedar kajian awal di India, sebagai contoh, keadaan memburuk untuk paling kurang dua-tiga dasawarsa selepas India merdeka berbanding di era penjajahan sekalipun.

Hujah Karl Marx dijadikan asas perbincangan apabila Marx dikatakan melihat pergantungan desa yang mundur ke kota yang maju, adalah tembok penghalang kemajuan keseluruhan sesebuah negara-bangsa. Dengan memakai hujah seorang cendiakawan Sri Lanka, Ralph Pieris yang mengangkat Jepun sebagai model, hujah Marx sama-sama mula dicabar:

“Sebaliknya Jepun mempunyai sumber alam yang paling miskin dan kurang mempunyai pelaburan dan hubungan dengan Barat. Namun ia berikhtiar sendiri untuk mengangkat dirinya dengan berdiri di atas kakinya sendiri…”

Munculnya Jepun selepas Perang Dunia ke-2 segera menyamai tingkat kemajuan Jerman [Barat]—sebuah bangsa yang terus mengekalkan nilai tradisional dan disertai usaha gigih melenyapkan kebebalan kaum elitnya. Hanya dengan cara itu, cita-cita pemikir bangsa di era Meiji menjelang Retosrasi tahun 1868 untuk melahirkan “manusia Jepun baru”, dapat tercapai. Gagasan “manusia Jepun baru” itu pun dimulakan oleh golongan Samurai yang pandai baca-tulis dan bermotivasi intelektual… saya tambah, juga falsafah.

Kembali dengan contoh di India, sempadan pemisah kota dengan desa, kaya dengan miskin bukan hanya disebabkan pemisahan wilayah, tetapi lebih utama ialah bencana daripada faham “kasta”. Dari situlah bersemayamnya pembodohan dan bebalisme keseluruhan bangsa. Kasta tidak hanya wujud dalam pengertian dan kepercayaan agama. Kasta tidak cuma wujud secara alami atau fitrah kejadian manusia. Kasta juga wujud dengan konspirasi senyap dan pemaksaan politik kekuasaan kaum elit.

Di Indonesia, penulis Prameodaya Ananta Teor menyebutkan akan hal itu sebagai “budaya panutan”, yang merujuk kepada pemujukan atau juga pemaksaan apa sahaja yang dikehendaki difahami rakyat oleh kelas bangsawan. Benar tidaknya sesuatu yang dikemukan itu, seakan-akan tak bisa dipertikai; dan di dada serta di dahi para elit itu pun diberikan pelbagai gelar bagi menunjukkan kebesaran dan kewibawaan mereka.

Budaya itu dimulakan oleh anak-anak kelas elit yang mendapat pendidikan di Belanda sejak sebelum merdeka. Kasta ala baru—selepas leburnya kerajaan Mahapahit di awal abad ke-16 dan melemahnya ajaran Hindu—seberangkat sebelum tercetusnya semangat kemerdekaan lagi.

Ada pun tujuan kasta yang tidak alamiah itu adalah untuk selamanya memberi untung kepada kelas atas dan yang teratas: priyai: bangsawan: elit, atau apa jugalah namanya dipanggil. Tidak kepada rakyat terbanyak—sementara rakyat terbanyak dilihat hanya sebagai keping-kepingan kertas undi kepada kuasa “politik vertikal”, selain sebagai sumber buruh.

Indonesia merdeka tiga tahun selepas Hiroshima dan Nagasaki diletupkan dengan atom, dan, seandainya diambil tempoh itu, secara logiknya tentulah hari ini kemajuan Indonesia setingkat Jepun. Malangnya tidak. Malaysia pula, sembilan tahun selepas kemerdekaan Indonesia; juga jauh jika hendak dibandingkan dengan Jepun malah semakin tercecer meski dengan Singapura yang merdeka lebih lewat ketimbang Tanah Melayu.

Wujudnya “konspirasi senyap” kekelasan (kasta) itu tadi, dapat tergambar dalam kisah si kecil di Hartamas, yang mungkin sahaja bersekolah di sekolah antarabangsa; yang barangkali bapanya seorang petinggi kantor pemerintah. Si anak memang bertutur bahasa Inggeris sejak kali pertama dia bangun untuk ke tandas di hadapan cikgunya di dalam kelas. Dia hanya meneruskan sesuatu dari keluarganya. Si anak awalnya, bukan pendosa.

Saya membayangkan, bapa kepada anak kecil itu adalah daripada generasi kedua yang datang ke ibu kota. Ibunya katakan memang orang Petaling Jaya, dan bapanya berasal dari Benut—bukan Berut! Datuk-nenek sebelah ibunya yang pertama datang ke Kuala Lumpur berbanding keluarga sebelah bapa. Pencapaian akademik yang disusuli peluang kerja di pejabat pemerintah menjadi latar pencapaian keluarga ibu-bapanya, sepertimana adanya dia sekarang.

Namun, sepertimana adanya dia sekarang tak terlepas daripada persoalan “Kaum Elit Yang Mundur dan Pemodenan” yang menjadi tumpuan perbincangan bab ke-9, buku Syed Hussein yang sekaligus menjadi permulaan tulisan ini tadi. Kaum elit langsung tidak memberi tauladan kepada kelas-kelas di bawah mereka.

Syed Hussein mengisahkan dengan mengambil pandangan seorang orang India, A. Rahman dari Dewan Penelitian Ilmiah dan Industri New Delhi, yang antara lain menyebutkan satu mata rantai besi pengikat negeri India untuk mara dan maju segagah Jepun ialah “sejumlah akibat yang timbul dari penguasaan bahasa asing, bahasa Inggeris, sebagai alat komunikasi ilmiah.”

Dilewati lagi bahawa ilmu pengetahuan moden yang datang ke India dari sumber luar tidak bersambung dengan tradisi India. Daripada kenyataan itu, Syed Hussein seakan-akan membubuhkan kesimpulan bahawa “kejayaan pemodenan di Jepun dan Rusia: ilmu pengetahuan dikomunikasikan dalam bahasa mereka sendiri”.

Bahasa ibunda mana pun akan berhadapan masalah besar apabila ia bertujuan kepada benda yang karut-marut, hal-hal takhyul dan tidak ilmiah. Seawal persediaan kemerdekaan, kedua pihak sama ada politik aliran kiri atau kanan, sama ada yang rapat dengan Inggeris atau yang berenggang, telah memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kerakyatan untuk negara yang bakal merdeka. Pengunaan bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kebangsaan ke-2 hanya diperlukan sekira-kira 10 tahun selepas merdeka bagi sebelumnya membiasakan diri segelintir warganegara yang belum terbiasa dengan bahasa Melayu.

Dalam satu memorandum (dipetik daripada buku “Memoranda” terbitan Oxford University Press, 1962) bertarikh 15 Disember 1953 yang diserahkan kepada Jawatankuasa Reid sebagai wakil Ratu England, Angkatan Sasterawan ’50 menyebutkan:

“Bahasa perantaraan di antara berbagai-bagai kaum di negeri ini yang berjumlah golongan yang terbesar ialah Bahasa Melayu.”

Kenyataan Angkatan ’50 bukan dek sentimen atau disebut sebagai “national chauvinism”. Ada keperluan keadilan sosial dan ekonomi bilamana lebih 90 peratus penduduk Tanah Melayu bertutur di dalam bahasa Melayu, maka difikirkan nasib dan peluang persaingan rakyat terbanyak selepas merdeka. Andai bahasa asing yang digunakan kurang 10 peratus di kalangan elit menjadi bahasa kebangsaan; tentulah terus-terusan kaum elit akan menguasai pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan politik.Rupa-rupanya, masalah bahasa komunikasi yang juga bahasa ilmiah itu hampir sama sekali tidak wujud di Jepun, di Rusia, Turki, Jerman, di China dan mana-mana sahaja negeri yang tak pernah terjajah; termasuk oleh penjajah Barat sama ada Belanda, Sepanyol mahupun Inggeris. Perselingkuhan haram yang pertama apabila kaum elit di negeri-negeri tanah jajahan berkenaan disiap-sediakan untuk menyambung tugas pentadbiran dan politik di negeri masing-masing. Lalu, status quo pun wujud, dari sana, diam-diam.

Hari ini, lebih setengah abad sosok penjajah sudah tidak ada lagi. Apakah perselingkuhan haram kaum elit di Malaysia juga sudah tamat? Saya fikir, tidak. Saya memikirkan apa ertinya Perdana Menteri, Najib Razak—yang hari ini dilihat sebagai simbol kepada semua kaum elit—membaca terjemahan Quran dari surah al-Zukhruf, ayat ke-32 di dalam perbentangan Belanjawan 2010 dua tahun lalu: tahun pertama Najib menjadi PM dan Menteri Kewangan. Antara potongan ayat itu ialah: “Kami telah menentukan antara mereka segala keperluan hidup di dunia ini dan kami juga telah meninggikan darjat sesetengah mereka melebihi sesetengah yang lain.”

Saya percaya, sejak alat penghawa dingin masuk dan dijual di Malaysia, sejak itu jugalah bilik tidur Najib selamanya dingin. Hanya takkan tergamak untuk sesiapa yang tajam nuraninya untuk membacakan terjemahan ayat Quran seumpama itu tatkala KNDK Malaysia hanya sekitar 4-5 peratus setahun dan ketika hutang negara terus meningkat. Apakah ertinya ayat itu kepada Najib sendiri ketika beliau mengabiskan RM1 juta hanya untuk sebuah lawatan ke luar negeri?

Dan, tidakkah ayat Quran itu juga tak lebih hanya jadi sebahagian dari retorik ucapan politik ketika saban tahun, Laporan Audit Negara terus menunjukkan pemborosan dan jumlah tiris yang besar dan menakutkan sekali. Terbaru, melebih RM1 bilion tiris iaitu hampir menyamai jumlah peruntukan untuk pentadbiran, pertahanan dan keamanan dalam negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-2 (1971-1975), iaitu ketika bapa Najib, [allahyarham] Abdul Razak Hussein menjadi PM.

Seawal-awal Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, kerajaan Perikatan sudah dikritik kerana membina Lapangan Terbang Subang yang menelan belanja RM50 juta: satu jumlah cukup besar ketika itu. Amaran pemborosan dan tiris akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa bukan baru timbul seperti dalam kes “projek lembu anak menteri”, tetapi juga jangkaan jumlah ringgit yang bocor dan tiris yang memang tak pernah berkurangan tahun demi tahun sejak 1970-an lagi.

Begitu setiap masalah yang menghambat kemajuan tak mungkin terselesai selagi mana wujudnya elit-elit yang poyo, dan sesama mereka terus berselingkuh untuk mendapatkan hasilan kotor demi menjaga status mereka. Majoriti kesetiaan golongan ini nampaknya bukan sangat kepada tanahair, malah tidak juga kepada bidang kerjaya mahupun kepada parti politik yang mereka sertai. Kesetiaan mereka sesama mereka adalah di atas kepentingan yang individualistik sekali.

Bukan salah di anak yang ke sekolah, sama ada di Hartamas mahupun Benut. Hanya enggang sama enggang, mana nak sama anak kedidi… dengan lagu lama itu, saya akhiri tulisan ini dengan kesedaran bahawa peluang kesamarataan adalah bahagian daripada erti bangsa yang merdeka.

Hasmi bin Hashim, 35—seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat.

Kiriman Berkaitan

Malaysia yang [Masih] Goyang Hasmi bin Hashim

Rumpun Aqil Fithri

Ogos untuk Tiga Negara Hasmi bin Hashim

Membangun Semula Makna Diri Malaysia admin

Ateisme, Tuhan, dan Agama Aqil Fithri

Serangan ke Jantung Umno Hasmi bin Hashim