JalanTelawi [Beta] » KeADILan
Ucapan Dasar Timbalan Presiden Keadilan: Malaysia Tanpa Umno
Azmin Ali © keadilandaily.com
MUKADIMAH
Alhamdulillah, kita dapat berhimpun pada pagi ini dengan satu tekad untuk meneruskan agenda perubahan. Kongres tahun ini bukan sahaja merupakan acara tahunan tetapi merupakan perhimpunan yang terpenting untuk menyemak persediaan kita menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13. Ianya menjadi lebih bermakna apabila kongres ini diadakan di negeri Johor sebagai isyarat bahawa KEADILAN sudah bersedia untuk menembusi negeri yang suatu ketika dahulu merupakan fixed deposit UMNO.
Saya gembira dan berbangga kerana berada di kalangan anak muda yang berani, yang mempunyai hati dan kecekalan seperti Arjuna. Anak muda yang memiliki jiwa dan semangat perjuangan yang sentiasa bergelora seperti ‘anak jantan’.
Apa tanda (si) anak jantan?
Matinya di tengah gelanggang
Tidurnya di puncak gelombang
Makannya di tebing panjang
Langkahnya menghentam bumi
Pilihan Raya Umum ke 13 adalah sebuah medan pertempuran yang paling dashyat. Inilah medan Kuru Setre seperti yang disebut dalam Mahabrata. Pilihan Raya ini adalah penentu masa depan rakyat dan negara Malaysia. KEADILAN perlu siap siaga untuk mengambil alih tanggungjawab memimpin rakyat menuju Malaysia Baru. Ini kerana, Pilihan Raya ini adalah Pilihan Raya untuk menyelamatkan rakyat.
Mengimbau kembali sejarah lebih sedekad lalu, ketika hampir setiap minggu rakyat berhimpun di tengah kota Kuala Lumpur. Gerakan Reformasi September 1998 adalah wahana untuk memenuhi amanah dan cita-cita murni rakyat. Reformasi yang kita laungkan ketika itu, bukanlah sekadar menumbuk langit, tetapi dengan semangat juang dan cita-cita murni untuk mengembalikan keadilan kepada rakyat dan membangunkan semula institusi kenegaraan yang telah dirosakkan oleh pemimpin UMNO yang durjana dan rakus. Daripada iltizam dan cita-cita murni kebangkitan rakyat ini telah lahir Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya mengambil pendirian politik yang progresif untuk bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan muncul sebagai sebuah parti keramat yang bernama Parti Keadilan Rakyat.
Dalam kekalutan lanskap politik negara yang berada di bawah hegemoni UMNO, politik perkauman sempit menjadi tembok untuk menghalang agenda reformasi daripada mendapat tempat dalam masyarakat. Rakyat disogok dengan pelbagai propaganda jahat untuk mencetuskan rasa takut dan curiga dalam masyarakat majmuk sehingga mereka takut untuk berubah. Meskipun rakyat Malaysia mahukan perubahan, namun mereka tetap terpasung dalam ketakutan dan kebimbangan bahawa kaum mereka tidak lagi akan mendapat keistimewaan.
Ketika masyarakat terus bergulat dengan ketakutan ini, KEADILAN telah meletakkan tanda noktah untuk menjadi sebuah parti politik yang bukan hanya mewakili satu-satu kaum, tetapi merentasi semua kaum dan keturunan yang ada di Malaysia. Slogan ‘Keadilan Untuk Semua’, ‘Ketuanan Rakyat’ dan ‘Demi Rakyat’ adalah cerminan kepada perjuangan yang dibawa, untuk menyelamatkan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama serta kedudukan sosio ekonomi.
Sebagai anggota dan pendukung KEADILAN, kita harus menginsafi betapa murninya perjuangan refomasi untuk mengembalikan hak serta keadilan kepada semua rakyat. Asas perjuangan ini telah dipasak ke bumi Malaysia dalam Deklarasi Permatang Pauh yang menyatakan tekad rakyat yang berbilang bangsa dan agama untuk melancarkan gerakan reformasi total.
Alhamdulillah kita bersyukur, perjuangan yang bersandarkan keyakinan yang tinggi bahawa kebenaran pastinya akan menang, telah menempa kejayaan dengan kemenangan lima buah negeri dalam Pilihan Raya Umum ke 12. Lebih bermakna lagi apabila terbentuknya muafakat Pakatan Rakyat yang sebelumnya dikenal sebagai Barisan Alternatif. Setelah Pilihan Raya Umum 2008, Pakatan Rakyat turut menang 9 daripada 16 Pilihan Raya Kecil yang diadakan. Rakyat Sarawak turut menyambut gelora perubahan ini dengan melakar lanskap politik baru Sarawak. Rakyat Sarawak di pedalaman tidak ketinggalan dalam agenda reformasi. Mereka memberi kemenangan bermakna kepada KEADILAN di Ba’ Kelalan, Krian dan Batu Lintang. Hari ini, masyarakat FELDA juga telah bangkit bersama KEADILAN menyatakan keberanian mereka menentang penyelewengan yang berlaku secara terang-terangan. Ini membuktikan bahawa momentum perubahan berterusan dan masih bertiup kencang dari Perlis hingga ke Sabah.
Namun bukan hanya kejayaan itu yang harus kita banggakan. Lebih bermakna lagi apabila perjuangan gerakan reformasi dan KEADILAN sebagai sebuah gerakan dan parti politik pelbagai kaum berjaya mendapat tempat dalam hati rakyat. Ini sekaligus mengubah lanskap politik Malaysia daripada politik yang bersandarkan kepada kotak perkauman yang sempit kepada keterbukaan politik demi kemaslahatan seluruh rakyat Malaysia.
Inilah wajah baru politik Malaysia dalam sejarah dunia moden yang dipelopori oleh KEADILAN sebagai aspirasi seluruh rakyat Malaysia. Malaysia kini menuju ke arah pembentukan sistem dua parti. Melalui sistem ini rakyat akan mengalami anjakan paradigma dalam membuat penilaian politik dengan lebih rasional dan berasaskan maklumat. Justeru itu, sebarang usaha dari parti serpihan termasuk yang ditaja UMNO untuk menggugat demokrasi pastinya akan tersungkur dan ditolak oleh rakyat. Rakyat mesti menolak mereka kerana mereka bersekongkol dengan musuh demokrasi. Mereka ini tidak lebih dari kembiri politik.
Tsunami politik yang berlaku mencerminkan keazaman dan iltizam politik rakyat melakukan perubahan. Rakyat yang idealis daripada pelbagai kaum dan susun lapis hidup telah bangkit menolak diktator, perasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah bermaharajalela lebih 50 tahun. Kebobrokan politik UMNO sudah tidak dapat dibendung lagi, kerakusan mereka mengagihkan kekayaan rakyat kepada keluarga dan kroni memperlihatkan sikap zalim, tamak haloba, angkuh dan tidak bertanggungjawab mereka kepada rakyat yang dipimpin.
Sekali lagi kita bersyukur kerana muafakat politik yang dibentuk melalui Pakatan Rakyat telah menjadi alternatif kepada pilihan rakyat untuk melaksanakan perubahan.
MALAYSIA TANPA UMNO
Kepercayaan bahawa hanya UMNO yang boleh membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat sebenarnya telah dimitoskan lebih daripada separuh
abad. Hari ini, KEADILAN sudah bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos ini. KEADILAN akan menerajui Malaysia tanpa UMNO.
Rakyat Malaysia mahukan perubahan. Anggota KEADILAN terutamanya Angkatan Muda dan Wanita menyedari bahawa parti ini adalah sebuah parti reformasi. Parti yang mahukan perubahan demi kemaslahatan rakyat. Parti yang mahu memenuhi aspirasi rakyat untuk melaksanakan keadilan sejagat.
Sudah tiada lagi harapan rakyat yang boleh disandarkan kepada UMNO. Tidak ada lagi alasan rasional yang boleh mempertahankan kerakusan serta pengkhianatan UMNO kepada rakyat. UMNO bukan sahaja sudah hilang idealisme perjuangan, tetapi juga sudah muflis nilai serta bankrup moral untuk mempertahankan hak dan kepentingan rakyat.
Apakah perjuangan UMNO yang dibawa untuk membela nasib masyarakat Melayu dan rakyat pada hari ini? UMNO yang dikenal khususnya oleh generasi muda hari ini adalah sebuah parti tua yang anti demokrasi, anti intelektual, anti hak asasi manusia, anti pekerja, sarat dengan politik fitnah dan membudayakan rasuah. Malah UMNO pada hari ini juga anti Melayu. Sasterawan Negara Usman Awang pernah mengingatkan kita:
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun…
Apakah UMNO masih membawa pekerti Melayu seperti yang dinukilkan oleh Usman Awang? Jawapannya pasti tidak. Perjuangan UMNO pada hari ini hanyalah perjuangan untuk membela tembolok kerabat dan bukannya rakyat. Budaya politik UMNO pada hari ini adalah berteraskan politik maki hamun, cerca dan fitnah.
Peribadi Melayu yang diwariskan oleh UMNO pada hari ini adalah watak Melayu yang tidak boleh dipertahankan lagi. Malah UMNO lah yang telah membunuh ciri-ciri kemelayuan yang dianjurkan oleh Islam. Layakkah perjuangan yang menjulang perasuah dan menghalalkan fitnah digelar sebagai perjuangan Islam? Layakkah perjuangan UMNO yang sehingga kini tidak dapat menjelaskan ke mana lesapnya saham milik Melayu-Bumiputra bernilai RM 52 bilion dijulang sebagai perjuangan mempertahan ketuanan Melayu?
Sewajarnya kupasan Profesor Syed Muhammad Naquib al Attas dalam syarahan pengukuhannya “Islam dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu” diteliti dan ditelaah. Islam hadir ke rantau ini meniup nafas segar ke dalam ruh umat Melayu. Islam menjadi pendorong kepada orang Melayu untuk menjadi umat yang berakhlak tinggi, berhemah dan berilmu. Gerakan Islam bermula dengan kebangkitan literasi.
Syed Muhammad Naquib menyanggah tesis Van Leur dan Schrieke. Kedua-dua sarjana tersebut menganggap Islam sekadar membentuk lapisan nipis dalam sejarah dan kebudayaan orang Melayu. Walhal, Islam bagai cahaya yang menerangi rantau ini, membentuk tingkah laku, cara hidup dan weltanschauung (pandang dunia/worldview) kita. Hadirnya Islam bagai “Habis Gelap Terbitlah Terang.” (meminjam judul buku Raden Adjeng Kartini)
Akan tetapi, sekarang ini, memerhati dengan teliti budaya politik yang dipelopori UMNO, maka tidak hairanlah mereka seolah-olah membenarkan tesis Van Leur dan Schrieke. Fitnah, angkuh, zalim dan rasuah menjadi sebahagian dari jasad dan ruh UMNO. UMNO kini menjadi teras kepada politik gelap.
Makanya KEADILAN sebagai wahana perjuangan murni yang mendapat dukungan generasi muda tidak boleh tergelincir dari landasan memajukan kepada khalayak budaya politik baru yang mencerahkan, berhikmah dan membebaskan. Cabaran ini semakin mendesak kerana UMNO telah menyuburkan jiwa perhambaan melalui neofeudalisme dan gagal membina jiwa merdeka.
Lihat sahaja dalam isu National Feedlot Corporation (NFC). RM 250 juta yang diperuntukkan untuk mengurangkan kebergantungan impot bahan makanan telah disalahgunakan untuk membeli kondominium mewah. Sehingga hari ini Menteri yang berkenaan masih lagi berkuasa, malah mendapat kekebalan dari Timbalan Presiden UMNO. Di mana ‘Ketuanan Melayu’ yang laungkan jika hak rakyat dirampas dan diagihkan kepada Menteri untuk keluarga dan kerabat.
Rakyat miskin dibiarkan merempat sementara institusi negara meneruskan pembelaan kepada kerabat UMNO yang rasuah dan melakukan penyelewengan.
Begitu juga dengan soal pengurusan ekonomi dan perbelanjaan negara yang tidak berhemah. Tatakelola yang tidak disiplin dan amanah menyebabkan rakyat diheret untuk berhadapan dengan hutang negara yang sudah melewati RM 1 trilion termasuk hutang isi rumah. Jumlah ini mewakili 53% daripada Keluaran Dalam Negara ekonomi UMNO yang cuai, tidak cekap serta ketirisan.
UMNO juga mempertahankan undang-undang kuku besi yang mencabuli hak asasi manusia untuk menjamin kelangsungan kekuasaan mereka. Hak asasi yang dijamin oleh perlembagaan sebagai the supreme law of the land dicabul serta dipasung dengan kekuasaan. UMNO tidak punya iltizam politik untuk melakukan perubahan melainkan sekadar retorika politik.
Ternyata ‘transformasi politik’ UMNO gagal. Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sempena Hari Malaysia. Tetapi kerajaan tetap meneruskan penahanan di bawah akta zalim ini. Dua minggu yang lalu, 13 orang ditahan di Sabah di bawah ISA. Tambah parah lagi apabila kerajaan mengumumkan bahawa akta yang akan digubal untuk menggantikan ISA tetap menggunapakai elemen tahan tanpa bicara yang bertentangan dengan fundamental liberties.
Kini, kita dilemparkan dengan Akta Perhimpunan Aman yang dibentangkan di Parlimen. Akta yang jelas bertentangan dengan hak untuk berhimpun yang dijamin oleh Perkara 10 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan. Jelas, ruang demokrasi semakin disempitkan oleh tirani tua yang semakin nazak.
Begitu juga dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Malangnya pemimpin UMNO meremehkan keputusan ini dan berkeras menafikan hak asasi mahasiswa.
Sistem pendidikan negara diambang keruntuhan. Bagaimana tradisi ilmu dapat berkembang dengan kondusif dan subur sedang kebebasan akademik para
mahasiswa dan pensyarah dinafikan. Tambah malang lagi apabila mahasiswa dan pensyarah ditekan daripada berkata benar untuk menyampaikan ilmu.
(Dia lah yang menciptakan manusia. Dia lah yang
telah membolehkan manusia [bertutur] memberi dan
menerima kenyataan)
Ayat ke 4 surah Ar Rahman ini mengungkapkan anugerah Allah SWT kepada manusia. Esensi kemuliaan insan, atau Jawhar al Insanniyyah itu antaranya kekuatan pengungkapan, hak untuk menyampaikan dan menyatakan kebenaran. Oleh kerana itu kemahuan pemerintah untuk membelenggu hak kebebasan rakyat untuk bersuara bukan hanya bercanggah dengan Perlembagaan tetapi juga bercanggah dengan pesan al Quran.
Jika UMNO dibiarkan terus kekal berkuasa maka generasi muda sebagai harapan kepada masa depan negara tidak akan muncul sebagai generasi yang berwibawa dan unggul dalam sebuah negara moden.
Inilah realiti Malaysia pada hari ini. Perdana Menteri memperdayakan rakyat dengan pemberian palsu. Di mana nilai seorang pemimpin negara jika tidak boleh berpegang kepada janjinya. Sedangkan pepatah Melayu menyebut lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.
Dari tuan pergi-pergi,
Eloklah menebang buluh bambu,
Dari pegang kata Perdana Menteri,
Lebih baik pegang tali lembu.
KEADILAN sebagai parti yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat harus menggalas tanggungjawab dan harapan rakyat seluruhnya untuk mempunyai kehidupan baru yang jauh lebih baik di negara sendiri.
KEADILAN dan Pakatan Rakyat telah membuktikan keunggulannya mentadbir beberapa buah negeri. Pentadbiran yang berteraskan disiplin dan amanah
menjamin keharmonian dan kesejahteraan seluruh rakyat. Kekayaan dari penghasilan negeri telah diagih kepada seluruh rakyat tanpa sebarang prasangka dan diskriminasi untuk memastikan hak rakyat dikembalikan kepada mereka. Prinsip KEADILAN jelas. Khazanah negeri adalah hak rakyat dan bukan kurniaan Sang Penguasa.
Ketua Audit Negara mengesahkan bahawa prestasi ekonomi di negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah baik. Analisis Audit melaporkan kepada Dewan Rakyat bahawa kedudukan Wang Tunai Negeri Selangor yang merupakan aset Kerajaan Negeri menunjukkan peningkatan yang ketara pada tahun 2010 berjumlah RM 301.07 juta (48.8%) menjadi RM 918.27 juta berbanding RM 617.20 juta pada tahun 2009. Peningkatan baki Wang Tunai pada akhir tahun 2010 adalah disebabkan jumlah penerimaan iaitu RM 1,753.44 juta adalah lebih tinggi berbanding pembayaran berjumlah RM 1,452.37 juta iaitu lebihan sejumlah RM 301.07 juta memandangkan Kerajaan Negeri telah berjaya menurunkan perbelanjaan mengurus sebanyak 24.9% berbanding tahun 2009.
Kerajaan Negeri Selangor juga membuat bayaran balik sejumlah RM 253.16 juta termasuk anuiti tahun semasa RM 79.70 juta. Ini bermakna Kerajaan Negeri membayar pinjaman prinsipal berjumlah RM 173 juta.
Pengurangan hutang secara mendadak sebanyak RM173.46 juta ini sudah tentu akan menghasilkan penjimatan kepada rakyat dan mengurangkan beban hutang rakyat dengan Kerajaan Persekutuan kerana caj anuiti tahunan berjumlah RM 17 juta dalam tahun 2011 dapat dijimatkan.
KEADILAN dan Pakatan Rakyat tuntas memperjuangkan hak rakyat. Buku Jingga adalah bukti dokumen Pakatan Rakyat untuk memartabatkan rakyat dalam bidang sosio ekonomi. Inilah keyakinan rakyat bahawa KEADILAN mempunyai keupayaan untuk menerajui Malaysia tanpa UMNO.
ANAK MUDA PENERAJU DEMOKRASI TULEN
Pilihan Raya Umum ke 13 adalah demi rakyat. Generasi muda mempunyai tanggungjawab besar untuk melakar sebuah negara yang demokratik. Maka, Angkatan Muda dan Wanita harus menggembleng usaha dan kekuatan untuk memastikan agenda reformasi berjaya. Perjuangan cita-cita murni rakyat untuk melakukan perubahan harus diterajui oleh KEADILAN. Pakatan Rakyat berikrar untuk bersama-sama rakyat demi merealisasikan cita-cita murni ini.
Kita harus menjadi peneraju kepada cita-cita murni rakyat untuk membentuk sebuah negara madani yang demokratik. Reinhold Niebuhr menyebut: “Man’s capacity for justice makes democracy possible; but man’s inclination to injustice makes democracy necessary.” (Kemampuan manusia untuk berlaku adil menjadikan demokrasi itu satu kemungkinan, tetapi kecenderungan manusia kepada kejahatan menjadi demokrasi itu satu kewajiban).
Ungkapan ini disebut oleh beliau dalam bukunya ‘Children of light and children of darkness’. Siapakah ‘children of light’ dan siapa pula ‘children of darkness’? ‘Children of light’ atau anak-anak pencerahan ini adalah anak muda dan wanita di hadapan saya yang berjuang untuk demokrasi, hak asasi dan berjuang untuk menegakkan keadilan sejagat. Anak-anak kegelapan atau ‘children of darkness’ adalah UMNO yang anti kepada demokrasi, anti kepada kebebasan, anti kepada keadilan sejagat dan bersekongkol untuk meneruskan hegemoni yang mencengkam kehidupan rakyat.
Justeru saya menyeru Angkatan Muda dan Wanita merangkul bakat serta potensi generasi muda yang mahu bersama kita. Kita wajar meneladani Liu Bei yang tajam mengesan bakat Zhuge Liang. Zhuge Liang menyertai perjuangan Liu Bei sedangkan umurnya baru sekitar 20 an. Oleh itu, Angkatan Muda dan Wanita perlu menyediakan ruang untuk bakat ini berperanan dengan lebih berkesan. Terbukti dalam kisah Zhuge Liang tadi, beliau tiada tandingannya sebagai strategis biarpun dalam usia yang muda. Pimpinan Angkatan Muda dan Wanita perlu menelaah karya besar San Guo Yan Yik (Kisah Tiga Negara).
Saya telah menerima senarai cadangan calon-calon yang dikemukakan oleh Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Wanita dan Angkatan Muda. Saya berasa amat gembira kerana anak-anak muda diberikan kepercayaan untuk ditampilkan sebagai calon. Saya akan mengangkat perkara ini kepada Presiden dan Biro Politik supaya anak muda dan wanita diberikan peranan penting dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
Usaha terdesak Perdana Menteri UMNO yang mengisytiharkan “perang cyber” terhadap KEADILAN dan Pakatan Rakyat dengan melancarkan Konvensyen Media Sosial menunjukkan keterdesakan pemerintah untuk meraih sokongan anak muda.
Usaha terbaru ini hanya memperlihatkan kepada kita kedangkalan Perdana Menteri dan penasihat medianya. Mereka gagal menanggapi lanskap media sosial dan mengapa anak muda tuntas menggunakan wahana ini untuk menyuarakan pendirian mereka. Warga media sosial tidak mahu diperalat untuk politik fitnah dan maki hamun.
Kekuatan berfikir, keteguhan imaginasi dan sikap kritis warga media sosial perlu diraikan. Mereka bersama gelombang reformasi semata-mata mahu memastikan Malaysia yang lebih baik untuk semua. Mereka sedar rakyat dan negara ini berhak kepada yang lebih baik. Maka tidak hairanlah warga media sosial begitu bersemangat menyuarakan pendirian mereka kerana di situlah mereka bebas bersuara mengkritik kebejatan yang berleluasa.
Justeru, KEADILAN harus bersedia untuk menjadi sebuah parti hati nurani rakyat. Dengan cita-cita luhur untuk membangunkan sebuah negara yang demokratik, kita harus melaksanakannya dengan memberi pemahaman serta menjalankan kegiatan advokasi melalui penubuhan yayasan-yayasan politik untuk membangunkan demokrasi dalam negara. Paling membanggakan apabila Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif awal dengan memperuntukkan geran sebanyak RM 5 juta untuk program pengukuhan demokrasi.
Kita perlu membawa agenda yang lebih besar untuk membangunkan nilai demokrasi di Asia. Generasi muda harus lebih peka. Dunia kini, kita dilanda gelombang pendemokrasian sejagat. Ini bermakna masyarakat sejagat sudah mengambil pendirian untuk tidak lagi berkompromi dengan musuh demokrasi. Kita perlu mengubah dasar luar negara yang bersikap non-intervention kepada Dasar Pembangunan Demokrasi Asia. Inilah iltizam KEADILAN
atas keyakinan kita bahawa perjuangan demokrasi adalah perjuangan untuk memartabatkan kemuliaan insan.
PENDIDIKAN SEBAGAI AGEN PENCERAHAN
Ronggowarsito, pujangga besar Keraton Jawa dan anak didik Pesantren Ponorogo pernah meramalkan akan tiba suatu zaman yang dikenali sebagai zaman edan; zaman kegilaan. Edan atau zaman kekalutan ini diungkapkan pujangga besar Jawa itu dalam kumpulan syairnya yang dikenali sebagai Serat Kalathida.
51. Beginilah bunyinya bait ke tujuh Serat Kalathida yang dinukil Ronggowarsito:
Amenangi jaman édan,
éwuhaya ing pambudi,
mélu ngédan nora tahan,
yén tan mélu anglakoni,
boya kéduman mélik,
kaliren wekasanipun
Menyaksikan zaman gila,
serba susah dalam bertindak,
ikut gila tidak akan tahan,
tapi kalau tidak mengikuti (gila),
bagaimana akan mendapatkan bagian,
kelaparan pada akhirnya
Sudah hampir dua abad ramalan itu dinukil Ronggowarsito. Kini kita menyaksikannya sendiri bagaimana kegilaan dan kekalutan menguasai zaman kita. Kita menyaksikan bagaimana keadilan cuba dibungkam dan kezaliman dijulang dan diagungkan.
Kita lihat bagaimana yang memperjuangkan kebenaran difitnah dan dinista manakala para pendusta diangkat sebagai wira. Yang lebih malangnya buat negara dan bangsa ini, kita menyaksikan bagaimana “mediocrity” berleluasa. Mediocre dan philistinism membudaya dan mengakar dalam masyarakat. Inilah bukti kita hidup di zaman edan, zaman kegilaan.
Walaubagaimanapun kita harus sedar, “mediocrity” atau “Ke-laihan” ini tidaklah muncul secara tiba-tiba. Kekalutan dan kegilaan lah yang membenarkan “Ke-laihan” ini. Sebagaimana yang disampaikan kepada kita oleh Ronggowarsito, “ikut gila tidak akan tahan, tapi kalau tidak mengikuti (gila), bagaimana akan mendapatkan bagian,” sesungguhnya tepat memperihalkan muslihat, tipu daya dan ugutan UMNO ke atas rakyat Malaysia.
UMNO tidak punya cita-cita untuk memastikan anak muda berfikiran kritis dan bebas. Bagi memastikan kelangsungan hegemoni, suara anak muda wajib dibungkam dan minda mereka harus dipasung. Ini kerana kebebasan dan keberanian untuk berfikir adalah musuh kepada kepada UMNO.
Menyedari keampuhan daya fikir sebagai senjata membongkar mitos hegemoni UMNO, Dr. Mahathir menjadi dalang memastikan AUKU dilaksana. Undang-
undang bejat ini, berselindung di sebalik alasan mahukan para mahasiswa menumpukan perhatian kepada pelajaran semata-mata ternyata merupakan suatu pembohongan. Berpuluh-puluh tahun selepas AUKU dilaksanakan, ternyata Dr. Mahathir mahu melumpuhkan daya fikir anak muda. Beliau sedar anak muda yang kritis pasti enggan bersama kekuasaan yang korup dan menindas.
Kesan “mediocrity” yang membudaya itu ternyata bukan sahaja menjejaskan pembangunan mahasiswa kritis malah telah dengan sengaja mencipta iklim ketakutan, “climate of fear,” agar dunia akademik diam membisu dari menyatakan kebenaran. Inilah antara dosa terbesar
Dr. Mahathir kerana dengan sengaja mahu memperbodoh masyarakat. Beliau mahukan rakyat iyakan sahaja titahnya. Rakyat dipaksa merajakan Dr. Mahathir.
Dunia akademik yang lesu pastinya menjejaskan mutu pendidikan. Buktinya tiada universiti Malaysia yang disenaraikan Times Higher Education 400 Top World University Ranking untuk tahun 2011/2012. Sedangkan National University of Singapore berada di kedudukan 40 terbaik dari 400 universiti seluruh dunia.
Marilah sekali lagi kita menjenguk pesan pujangga besar Ronggowarsito. Ternyata pujangga itu tidaklah meninggalkan kita terkontang-kanting, gantung tidak bertali tanpa penyelesaian. Beliau memberi saranan bagaimana mahu berhadapan dengan tipu daya UMNO dalam baris akhir bait tersebut. Ronggowarsito mengungkapkan “Seuntung manapun orang gila, masih lebih untung orang yang berwaspada.”
Menyedari hakikat ini, kita perlu melakukan reformasi terhadap sistem pendidikan di negara ini. Pendidikan sememangnya menjadi teras kepada pembangunan demokrasi dan masa depan negara bangsa yang lebih baik. Melalui sistem pendidikan yang bebas dan tidak dikongkong oleh kekuasaan politik, maka perkembangan ilmu akan berlangsung dengan baik sekaligus menjadi agen pencerahan kepada rakyat.
Pencerahan yang secara mudah membawa maksud menggalakkan perkembangan pemikiran untuk berlangsung. Kita tidak mahu sistem pendidikan yang hanya melatih generasi muda untuk menghafal dan mengingat secara teknikal. Kita mahu pendidikan yang melatih perkembangan ilmu dan daya fikir melalui tesis, anti tesis dan sentesis yang dilontarkan. Ianya selari dengan slogan pencerahan; ‘Sapere Aude’ atau beranilah menggunakan kefahaman sendiri.
Keberanian berfikir untuk membongkar pembelengguan jiwa dan minda adalah antara langkah pertama untuk keluar dari segala bentuk eksploitasi manusia ke atas manusia. Eksploitasi atau gerakan pembodohan, pembutaan dan pembisuan ini perlu ditentang sekerasnya untuk membebaskan rakyat dari zulumat atau kegelapan.
Falsafah pendidikan yang berteraskan kekuasaan politik sebagaimana yang berlaku pada hari ini hanya melahirkan mahasiswa dan pensyarah yang pasif serta mengabaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat. Sedang golongan ini adalah golongan yang seharusnya menyebarkan idea dan memperkembangkan ilmu di kalangan masyarakat, kekuasaan politik hadir untuk menafikan suara dan kebijaksanaan mereka melalui akta-akta yang zalim dan tidak rasional.
Kerana takutkan pensyarah seperti Profesor Dr. Abdul Aziz Bari dan mahasiswa UKM4 menyatakan kritikan terhadap pemerintah maka mereka dikongkong dari berbicara dengan bebas. Ini mengingatkan saya kepada sajak Taufik Ismail yang berjudul “Takut 66, Takut 98”:
Mahasiswa takut pada dosen
Dosen takut pada dekan
Dekan takut pada rektor
Rektor takut pada menteri
Menteri takut pada presiden
Presiden takut pada mahasiswa
Akibatnya kita akan memiliki generasi muda yang pasif. Walhal, seharusnya generasi muda yang mendapat pendidikan universiti adalah agen kepada perubahan.
Alhamdulillah, kita dapat lihat pada hari ini generasi muda serta pensyarah sudah mulai bangkit menyatakan kebenaran. Biarpun masih ada lagi segelintir profesor kangkung yang memperalatkan akademik untuk survival kerjaya mereka, namun kita yakin generasi muda dan sebahagian besar ahli akademik yang lain mempunyai pertimbangan rasional dan kritis untuk meneruskan perjuangan mereka menuntut kebebasan akademik dan autonomi kampus.
Sistem pendidikan yang hanya memberi penekanan terhadap kecemerlangan akademik harus berubah kepada sistem pendidikan yang berupaya melahirkan masyarakat yang inovatif dan mempunyai daya saing yang tinggi. Kita mahu melahirkan generasi muda yang dikenal sebagai generasi tweakers seperti yang diungkap oleh Malcolm Gladwell dalam rencana The Tweaker: The Real Genius of Steve Jobs.
Dunia yang serba canggih dengan teknologi hari ini tidak akan bermakna tanpa penghayatan kita bahawa segalanya berlaku melalui sebuah proses panjang yang mengerah segenap daya fikir dan imaginasi manusia. Maka menjadi tanggungjawab sistem pendidikan kita untuk melahirkan insan-insan seperti Steve Jobs yang boleh berbangga dengan Apple dan Pixar atau George Lucas dengan siri Filem Star Wars.
Fikiran inilah yang dibawa oleh Malcolm Gladwell dalam rencana di Majalah The New Yorker. Apa yang menjadi perhatiannya ialah kekuatan yang mendasari serta berjaya membangun generasi yang kita kenal sebagai Generasi Tweakers; generasi yang kukuh kekuatan daya ciptanya, berani serta yakin untuk bersaing dengan sesiapa sahaja namun tidak tercabut dari akar budayanya. Inilah tema sebenar yang harus dibawa oleh sistem pendidikan kita untuk menempuhi cabaran pada masa akan datang sebagai sebuah negara moden.
MELAKAR KEMENANGAN RAKYAT
Pilihan Raya Umum ke 13 adalah Pilihan Raya Umum yang penting buat rakyat Malaysia. Kesemua jentera dan kekuatan harus digerakkan sekarang sebagai penerus kepada momentum yang sedia ada. Sekali lagi kita harus ingat bahawa Pilihan Raya ini bukanlah semata-mata untuk kemenangan KEADILAN tetapi Pilihan Raya ini adalah Pilihan Raya untuk rakyat. Kemenangan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bermakna kemenangan rakyat menentang kezaliman dan kebobrokan UMNO.
Selaku mereka yang tergolong sebagai generasi muda, Angkatan Muda dan Wanita KEADILAN perlu menjadi conscience of majority and minority. Menjadi dhamir rakyat. Kita perlu memastikan supaya gerakan perubahan oleh rakyat terus berlanjutan sehingga Pilihan Raya Umum akan datang. Generasi muda perlu menyatakan tekad untuk menerajui perubahan yang bakal berlaku.
Keyakinan kita, rakyat menuntut perubahan. Tidak ada rakyat yang mahu mempertahankan kebejatan yang berlaku. Inilah zeitgeist atau semangat zaman. Nilai dan semangat ini pastinya diterajui oleh generasi muda khususnya pada zaman ini. Zaman dimana generasi muda menerajui perubahan yang berlaku.
Mutakhir ini kita dikejutkan dengan satu gerakan yang menggelar diri mereka ‘occupy’. Anak muda di kota- kota besar seperti New York, London dan Portland menyatakan protes terhadap elit korporat dan kekuasaan yang membolot khazanah negara. Mereka membawa slogan bahawa mereka mewakili 99% rakyat. Manakala hegemoni yang terus menerus membolot khazanah negara hanya terdiri dari 1% sahaja.
Ini merupakan cerminan bahawa anak muda menuntut supaya peranan mereka untuk melakukan perubahan diiktiraf. Semangat inilah, semangat zaman, zeitgeist yang sedang membara dalam jiwa generasi muda hari ini.
Begitu juga Arab Spring yang membuktikan bahawa generasi muda mampu menggerakkan perubahan untuk rakyat. Keazaman dan tekad mereka untuk menuntut keadilan, kebebasan dan demokrasi adalah nilai yang seharusnya dikongsi bersama oleh generasi muda di Malaysia. Biarpun jarak kita jauh beribu batu, namun kita harus punya keyakinan bahawa nilai ini tetap akan dikongsi bersama dengan tekad bahawa zaman ini adalah zaman perubahan.
Malah Kung Fu Tze dalam Lun Yu menukilkan “si hai zhi nie jie xiong di” yang bermakna ‘empat lautan terbentang luas, semua manusia bersaudara’. Maka yakinlah bahawa kita tidak keseorangan dalam perjuangan menuntut perubahan ini.
Kita semua sedang menelusuri liku-liku yang sama. Namun kita perlu terus memastikan agar perubahan ini terlaksana. Biarpun pelbagai serangan yang dilakukan oleh UMNO untuk memastikan agar perjuangan kita untuk membela nasib rakyat ini terencat, kita harus terus mara dengan yakin.
Peringatan keras untuk UMNO, apa pun konspirasi untuk memenjarakan Saudara Anwar Ibrahim, kami anak-anak muda dan wanita berikrar akan bangkit meruntuhkan tembok kezaliman penjara untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Pakatan Rakyat telah sepakat bahawa Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.
KEADILAN dan Pakatan Rakyat sudah bersedia. Kita sudah ada Dasar Bersama, kita sudah ada Buku Jingga, kita sudah ada Belanjawan Pakatan Rakyat. Kita sudah bersedia ke Putrajaya. istiqamah, pintu kebenaran akan terbuka luas dan kita perlu memimpin rakyat untuk terus melaksanakan perubahan.
Yakinlah teman-teman seperjuanganku,
√ Malaysia tanpa UMNO adalah Malaysia yang
demokratik
√ Malaysia tanpa UMNO adalah Malaysia yang
makmur
√ Malaysia tanpa UMNO adalah Malaysia yang
aman dan harmoni
√ Malaysia tanpa UMNO adalah Malaysia yang
bebas
√ Malaysia tanpa UMNO adalah Malaysia Baru
milik rakyat
Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Gombak.
Ucapan Dasar Timbalan Presiden ini disampaikan pada 25 November 2011 di Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 yang diadakan di Pulai Spring Resort, Johor Bahru.Kiriman Berkaitan
Mahu Jadi Yang Biasa-Biasa Sahaja? Amin Ahmad
Manifesto Menuju Putrajaya dan Azmin Ali Khalid Jaafar
Ingatlah Kembali Deklarasi Permatang Pauh Ammar Gazali
Perlawanan Itu Pasti Terus! Hilman Idham
Pemilihan Terus Suburkan Demokrasi Amin Ahmad
Quo Vadis KeADILan? Amin Ahmad
Ingatlah Kembali Deklarasi Permatang Pauh
Petang nanti rakyat Malaysia yang sedar akan turun memenuhi jalan-jalan ke Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.
Sudah tentu ada setaufan alasan dan segelombang ketegangan yang dibawa mereka dalam menyuarakan rasa hati untuk tidak lain tidak bukan demi melihat Malaysia yang lebih baik.
Keyakinan untuk melihat negara ini lebih baik itulah yang membawa kepada aspirasi reformasi. Dan ini mengingatkan kita kepada Deklarasi Permatang Pauh yang menjadi inti kepada perjuangan Reformasi sejak lebih sedekad yang lalu.
Keazaman yang digarap itu jika dibaca–apatah lagi dengan lantunan suara yang keras–mendengungkan pesan-pesan yang dalam maknanya dan membentuk kerangka perjuangan yang jitu dalam mengangkat harga diri manusia.
Silalah dibaca.
DEKLARASI PERMATANG PAUH
Menyedari gesaan al-Quran yang bermaksud “tidaklah kami mahu melainkan untuk melakukan islah sekuat daya kami”;
Dan berilhamkan tradisi budaya-budaya Asia yang keseluruhannya menganjurkan pembaharuan diri dan masyarakat; Dan menginsafi bahawa Malaysia kini dicengkam kemelut yang dahsyat dan memerlukan kekuatan dalaman untuk bangun semula; Maka kami rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama bertekat untuk melancarkan gerakan reformasi yang menyeluruh:
Gerakan reformasi yang terpancar perjuangan hati nurani,dari kesedaran bahawa sesungguhnya diri manusia itu mulia dan merdeka, mempunyai hak dan tanggungjawab, diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram di belenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil;
Gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang dari dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah;
Gerakan reformasi untuk mendaulatkan kuasa rakyat melalui proses demokrasi. Demokrasi itu satu kemestian, kerana semangat keadilan yang ada dalam diri manusia membolehkan demokrasi dilaksana, tetapi kecenderungan manusia untuk berlaku zalim menjadikan demokrasi satu kewajipan;
Gerakan reformasi untuk memperjuangkan keadilan ekonomi,menjana pertumbuhan dan pengagihan yang saksama, jangan yang kaya bertambah kaya yang miskin papa kedana. Dunia ini mencukupi untuk keperluan semua, tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi kerakusan individu;
Gerakan reformasi untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa, mengikis manipulasi pasaran oleh segelintir golongan rakus dan mahakaya;
Gerakan reformasi untuk memperkukuhkan jayadiri budaya yang dinamis, setia kepada warisan bangsa yang murni dan terbuka kepada segala yang baik dari semua budaya;
Gerakan reformasi untuk membawa bangsa Malaysia ke zaman maklumat dan dunia tanpa sempadan, menjana kebijaksanaan, keyakinan dan keterbukaan untuk menjalin persahabatan sejagat berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.
Kami akan menggerakkan reformasi ini dengan aman, mengikut semangat perlembagaan dan bernafaskan prinsip pemerintahan undang-undang.
Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.
Anwar Ibrahim
Permatang Pauh
12 September 1998 Kiriman Berkaitan
Ucapan Dasar Timbalan Presiden Keadilan: Malaysia Tanpa Umno Azmin Ali
Quo Vadis KeADILan? Amin Ahmad
Universiti, untuk apa? Amin Ahmad
Langkah Kanan Politik Islam ke Abad 21 Saifullah Zulkifli
Revolusi Ini Akan Diteruskan SPIEGEL Online
‘Phyrric victory’ di Perak Khalid Jaafar
Dari Jalan Kebun ke Istana Negara
Tersungkurnya rejim Hosni Mubarak di Mesir mahupun presiden Zine el Abidine Ben Ali di Tunisia awal tahun ini telah jadi igauan ngeri pemerintah Malaysia. Umat Islam khususnya di kedua negara tersebut membuktikan bagaimana kuasa rakyat adalah kuasa keramat. Perubahan politik di Timur Tengah tak dapat tidak telah merangsang umat di negara-negara Islam lain untuk berjuang mendapatkan demokrasi dan hak kemerdekaan mereka.
Memang Tunisia dan Mesir bukan negara majoriti umat Islam yang pertama melakukan perubahan seradikal dan seberani itu—dengan ratusan orang awam terbunuh dimamah aparat pemerintah, khususnya polis. Dalam sejarah dan peta politik negara-negara Islam lain kita akan mengenang, misalnya, peristiwa “Jumaat Hitam”: hari di mana tumbangnya monarki Iran, dengan terusirnya raja Shah Mohammad Reza Pahlavi, pada 1979.
Begitu juga saat perjuangan demokrasi di negara tetangga, Indonesia—negara majoriti umat Islam terbesar di dunia. Kebangkitan rakyatnya pada September 1998 berjaya mengungsur Seoharto daripada jawatan presiden. Tiga orang mahasiswa Universiti Trisakti yang tumpas di Jakarta ditembak aparat jadi pemangkin kepada gelora kebangkitan rakyat yang tak tertahan-tahan lagi oleh rejim Orda Baru (“Orba”).
Benih Reformasi ‘98
Seiringan itu, di Kuala   Lumpur juga berlangsungnya episod perhimpunan dan demonstrasi sebermula penyingkiran Anwar Ibrahim dari kabinet oleh Dr Mahathir Muhamad. Tak siapa menyangka bagaimana demontrasi besar terjadi di Mesjid Negara dan Dataran Merdeka pada petang 20 September 1998—sebelum pada sebelah malamnya Anwar ditangkap.
~ Peristiwa ini perlu saya tulis-ceritakan berulang-kali sejak tiga-belas tahun lalu kerana ia tak termasuk di dalam mana-mana buku sejarah di sekolah sehingga ada generasi muda yang baru habis sekolah mahupun lepasan universiti langsung tidak tahu bagaimana suasana kebangkitan rakyat ketika itu.
Demonstrasi bukan lagi jadi perkara asing khususnya di Kuala Lumpur apabila hampir tiap minggu ada sahaja orang berhimpun menyatakan protes terhadap pemerintah. Perdana Menteri, Dr Mahathir cuba bermain perang psikologi apabila dengan enteng berulang kali berkata “demontrasi bukan budaya kita”. Maksudnya demontrasi bukan budaya Timur; bukan budaya orang Malaysia; bukan budaya orang Melayu.
Beliau [dan orang-orang yang memakai hujah “Mahathirisme” itu] lupa bahawa kemerdekaan Tanah Melayu diperolehi antara lain adalah dengan jalan demontrasi; bukannya jalan peperangan mahupun keganasan. Beliau juga tidak dapat menutup fakta bagaimana orang Melayu lazim dengan demontrasi bila mana merasakan hak mereka tercabar seperti mana yang pernah ditunjukkan di dalam “kes Natrah” dahulu.
Dengan suara protes yang terus berkumandang dan demonstrasi terus berlangsung sehingga Pilihanraya Umum 1999, Barisan Nasional (BN) menerima tamparan kehilangan banyak kerusi di Parlimen di samping hilang kuasa di Terengganu. Demikian Dr Mahathir seakan-akan menjadi hilang pertimbangan sehingga semua penentangan cuba dihapuskan sejurus selepas beliau memperolehi kembali kuasanya selepas PRU ke-10.
Bayangkan sahaja bagaimana gementarnya penguasa dan elit [khususnya] Umno hari ini apabila di dalam PRU-12 lalu, mereka kehilangan dua-pertiga suara di Parlimen beserta kehilangan lima negeri di Semenanjung. Mereka percaya antara penyumbang dan pemangkin gelombang penolakan terhadap Umno-BN tak lain ialah Perhimpunan Bersih yang pertama, iaitu kira-kira lima bulan sebelum Pilihanraya Umum, Mac 2008.
Elit Umno, termasuk Perdana Menteri Najib Razak semakin sukar menafikan bahawa diri dan kuasa mereka kini di hujung tanduk. Belum pernah sepanjang lebih lima-puluh tahun Umno-BN memerintah, nyawa kekuasaan mereka segenting sekarang. Benang kekuasaan itu bila-bila sahaja boleh putus.
Pengalaman “Jalan Kebun”
Bersih 2.0 ini bukan ulangan Bersih pada November 2007 dahulu. Melihat keadaan pemerintah yang tindakannya semakin tak rasional, perhimpunan kali ini kalau pun boleh disamakan ialah barangkali seperti “Perhimpunan Seratus Ribu Rakyat” yang pernah dianjurkan di Jalan Kebun, Klang pada 2001.
Pengalaman “Jalan Kebun” mengajar oposisi (sama ada parti politik mahupun badan sivil lainnya) bagaimana permohonan untuk menganjurkan perhimpunan di dalam stadium ditolak mentah-mentah. Begitulah Najib tak perlu berpura-pura konon menawarkan stadium untuk rakyat berhimpun. Dahulu pun tak ada rundingan sama sekali yang boleh dibuat; dan, atas sebab itulah sekeping tanah milik individu dipilih untuk menganjurkan perhimpunan.
Pada sebelah malam, beberapa jam sebelum perhimpunan, tuan tanah ditangkap—ini juga memberi pengajaran menjelang 9 Julai hadapan, bagaimana mungkin sahaja akan ada tangkapan besar-besaran di kalangan pemimpin dan panitia Bersih. Terdengar gendang ke arah itu sudahpun dipalu apabila Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein melabelkan Bersih sebagai “organisasi haram”.
Pengerusi Bersih, S. Ambiga dilihat bijak mengilas apabila menyatakan bahawa Bersih kini sudah menjadi bahagian daripada “hati rakyat” yang menuntut pilihanraya yang adil dan bersih; dan Bersih bukan lagi tertumpu pada mana-mana individu atau organisasi. Ringkasnya, “Bersih adalah rakyat dan rakyat adalah Bersih.”
Namun pengisytiharan Hishamuddin bukan kosong-kosong. Penahanan di bawah Ordinan Darurat beberapa pemimpin dan aktivis adalah fasa pertama kepada sesuatu yang lebih menggila termasuklah selepas 9 Julai nanti. Barang diingat, tangkapan besar-besaran bagi menghapuskan terus penentangan terhadap Umno-BN dibuat selepas perhimpunan Jalan Kebun. Dakyah diputarkan dengan kononnya pemimpin dan aktivis Reformasi akan menggulingkan kerajaan dengan cara militan dan mempunyai senjata seperti bom buatan tangan dan pelancar roket.
Operasi tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu dikenali sebagai “Ops-Omega” dan antara individu yang ditangkap—kemudian ditahan dua tahun—termasuklah aktivis Hishamuddin Rais dan Saari Sungib yang kini adalah ADUN Hulu Kelang. Media perdana kemaruk memomok-momokkan kononnya oposisi dan aktivis Reformasi sebagai ganas, militan mahupun pengkhianat negara; sama seperti apa yang boleh kita baca di akhbar mahupun saksikan di TV dalam seminggu-dua ini di mana dakyah anti-Bersih sampai tak dapat diterima akal.
Waima di “Jalan Kebun”, tangkapan dibuat hanya pada hari perhimpunan itu berlangsung, iaitu kira-kira hampir 150 orang yang ditahan. Bersih kali ini, belum pun sampai tarikh 9 Julai; belum pun demonstrasi berlangsung; sudah hampir jumlah yang sama ditangkap sejak lebih seminggu lalu di seluruh negara.
Era kuku besi ala Dr Mahathir berulang. Selain tuduhan yang terkait dengan keganasan, apa yang lebih malang ialah pemerintah sendiri akan mengizinkan beberapa kelompok tajaan mereka untuk meniupkan bara perkauman serta “gadungan Reformasi” yang kini berwatak pertualang.
Demonstrasi di hadapan pejabat kerajaan negeri Pulau Pinang baru-baru ini menunjukkan perkara tersebut. Perkasa dan Pemuda Umno yang sebelumnya dilihat berlaga angin, akhirnya bersuara sama iaitu cuba berlagak sebagai jagoan Melayu. Mereka ke jalan raya dengan slogan rasis memprotes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di samping hinaan terhadap exco kerajaan Pulau Pinang lainnya.
Tentulah Guan Eng jadi sasaran kerana dia Cina—sedangkan kenyataannya di zaman BN berkuasa pun, ketua menteri Pulau Pinang juga adalah berbangsa Cina. Menyerang Guan Eng dianggap jadi jalan mudah untuk membakar sentimen Melayu.
Begitu juga politik lapuk yang diputarkan iaitu menuduh “Pas dan Keadilan jadi alat DAP”. Di sudut lain, mereka berkata Pas jadi alat Keadilan, atau di tempat Cina mereka tuduh pula DAP jadi alat Pas. Strategi ini seingat saya hanya laku dan berkesan sewaktu Umno-BN menghadapi cabaran Parti Melayu Semangat 46 (S46) penghujung 1980-an dan seawal 90-an dahulu. Tidak lagi selepas itu.
Sejak Reformasi ’98, lebih-lebih lagi selepas 8 Mac 2008, bahasa politik “alat-memperalat” tak lagi lut termasuk kepada orang-orang Melayu yang di atas pagar sekalipun. Anak-anak muda khususnya tak bisa mengerti apa artinya tuduhan “menjadi alat DAP”. Ia tak lebih hanya sebagai khayalan tukang fikir lapuk Umno yang tak habis-habisnya dengan igauan konspirasi ala-PAP Singapura puluhan tahun lalu, sementara PAP sendiri sudah menerima tamparan hebat dalam Pilihanraya Umum di Singapura beberapa bulan lalu.
Yang tak disedari oleh penguasa yang semakin kerasukan itu ialah, perhimpunan Bersih 9 Julai ini akan lebih abstrak daripada apa yang mampu mereka bayangkan. Arus maklumat dan analisa politik di dalam jaringan Facebook (FB) dan Twitter jauh lebih pantas berbanding berita TV mahupun surat khabar pagi. “Gelombang kuning” di FB, misalnya, meninggalkan jauh “lencana merah” yang cuma beberapa kerat. Sesiapa pun boleh sedar realiti ini. Tangkapan aktivis yang mengedar risalah cetakan kertas takkan dapat mengalahkan maklumat yang bergerak jauh lebih pantas di ruang maya.
Agaknya begitulah nasib yang pernah menimpa Seoharto, Mubarak, Ben Ali dan ramai lagi rejim otokratik dan diktator yang tak dapat membayangkan bagaimana rakyat mampu bangkit segagah gelombang laut tengkujuh. Sang penguasa yang mempunyai media, wang ringgit berkepuk, senjata pembunuh dan penjara yang menakutkan pun akhirnya tenggelam, lemas dibawa deras. Terdamparkan mereka di desir sejarah yang kotor lagi hina. Selama-lamanya.
Hasmi bin Hashim, 35—seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat.
Kiriman Berkaitan
Seruan Bersih 2.0 Hasmi bin Hashim
Pilihan Raya dan Maknanya Amin Ahmad
Azmin Ali: 901 Peluang Polis Pulihkan Imej yang Tercalar Ammar Gazali
Membina Negeri Ini Kembali Hasmi bin Hashim
Melepaskan Keterikatan Universiti Hilman Idham
Najib PM Terakhir Umno Hasmi bin Hashim
Tentang Lagu Rasmi Parti Politik
Sudah menjadi suatu keresmian untuk setiap parti politik khususnya di Malaysia memiliki lagu rasmi. Tidak pula dapat dipastikan sejak bila amalan ini bermula, parti mana yang memulakan dan kalau pun ada pengaruh dari manakah pengaruh itu. Tulisan ini tidak akan membincangkan aspek kesejarahan yang disebutkan itu walaupun begitu menarik sekali untuk diteroka. Tulisan ini akan memuatkan ulasan terhadap lagu-lagu rasmi empat buah parti politik yang paling berpengaruh di Malaysia.
Lagu Rasmi Parti Islam Semalaysia (Pas)
<object width="425" height="349" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/4l7JUnxmg1s?fs=1&hl=en_US" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="425" height="349" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/4l7JUnxmg1s?fs=1&hl=en_US" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>
Lagu ini digubah dengan gaya nasyid. Barangkali, kerana ideologi parti ini berasaskan jalur Islam, maka pemilihan genre itu dilihat paling bersesuaian, lebih Islamik. Tidak dinafikan, irama nasyid ini agak mudah untuk dinyanyikan. Dan, mungkin juga kerana nasyid adalah genre muzik popular yang halal pada pandangan atau penerimaan orang-orang PAS. Maka, gaya ini dianggap lebih ‘selamat’ digunakan. Jika elemen-elemen dalam gaya lagu ini dijadikan kayu ukur untuk melihat minat, keyakinan dan kefahaman mereka pada seni dan budaya maka dapat dikatakan masih cetek dan simplistik. Lagu ini tidak membakar semangat, durasinya juga terlalu panjang.
Lagu PKR
<object width="425" height="349" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/XBFy_aqlhg4?fs=1&hl=en_US" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="425" height="349" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/XBFy_aqlhg4?fs=1&hl=en_US" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>
Lagu ini, jika ditanggalkan muziknya, akan kedengaran seperti nyanyian kanak-kanak yang sedang menyanyi di taman asuhan. Sambil menyanyi mereka bertepuk tangan bersama-sama dengan riang gembira. Ini kerana melodinya amat langgam sekali, yakni cara nyanyian yang bersahaja, amat mudah dinyanyikan oleh sesiapa pun. Susunan muzik pula amat mendatar dengan iramanya dengan mengikut kontuar melodi. Lagu ini seakan cuba disampaikan sebagai lagu patriotik yang amat tipikal. Maknanya, lagu ini tidak ranggi mengikut selera orang muda dan zaman baru. Keadilan, Keadilan…, bukanlah attacking phrase atau attention part yang indah tetapi keras.
Lagu DAP
<object width="425" height="349" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/9S_l_S9_vVY?fs=1&hl=en_US" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="425" height="349" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/9S_l_S9_vVY?fs=1&hl=en_US" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>
Dari segi teknikal rakaman, barangkali inilah lagu dengan mutu rakaman yang paling baik di antara lagu parti-parti politik yang lain. Susunan harmoninya agak kemas. Sedikit sebanyak, menunjukkan ada latar kefahaman pada mutu dan budaya kerja.  Ada nada-nada rendah untuk memujuk perasaan. Melodi pada versa tidak menarik berbanding melodi pada korus lagu. Mengapa begitu? ini adalah kerana, “Too many notes,” kata Emperor dalam filem Amedues.
Apabila menyanyi dengan melodi pada nada yang rendah dan mengunakan banyak not, maka keseluruhan lagu kurang menangkap selera orang untuk turut menyanyi. Barangkali, not yang banyak ini terjadi kerana orang politik mahu lirik itu begitu atau mahu mengikut fahamnya, secara tidak langsung not akan bertambah mengikut lirik-lirik itu. Mengapa dalam kempen pilihanraya mereka begitu bijak mencipta akronim atau slogan-slogan yang ringkas dan padat, tetapi dalam lagu tidak begitu, mengapa?
Lagu UMNO
<object width="425" height="349" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/vz2ff2pujIo?fs=1&hl=en_US" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="425" height="349" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/vz2ff2pujIo?fs=1&hl=en_US" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>
Barangkali, inilah lagu politik paling popular di Malaysia. Melodinya sangat kemelayuan, sudah cukup untuk menarik minat semua lapisan masyarakat Melayu untuk menyanyikannya. Susunan pada nyanyian bukan secara harmoni tetapi nyanyian secara ‘beramai-ramai’ macam menyanyi di majlis kenduri-kendara. Vokal wanita sangat kedengaran dengan suara ‘makcik-makcik’ dan ‘pakcik-pakcik’ dan ia sangat ‘kampung’ tetapi semua ini sangat praktis dan kena dengan selera orang Melayu.
Kesimpulan
Jika semua lagu-lagu ini kita tukarkan temponya yang asal kepada tempo yang perlahan, atau kita tanggalkan semua instrumennya. Mungkin kita akan merasa atau akan kedengaran tidak enak lagi, paling tidak, ia tak akan seenak dari tempo asal lagunya. Ini menunjukkan, kekuatan lagu ini bukan terletak pada melodi, lirik atau iramanya, tetapi pada rentak.
Sekalipun key dan kelajuan (speed tempo) semua lagu-lagu ini berbeza antara satu sama lain, tetapi dari segi rentak, ia masih sama iaitu berasaskan rentak march. Baik lagu Keadilan, DAP, UMNO dan Pas, asas rentaknya adalah marching. Apakah ini gambaran mentaliti orang-orang politik kita yang asasnya sama?
Secara teori, lagu-lagu ini bertemakan nasionalisme atau mungkin patriotisme. Maka rentak march menjadi pilihan mereka, kerana hanya rentak itu sahaja yang mereka tahu. Atau barangkali (untuk bersangka baik), rentak march dianggap rentak paling sesuai, mudah dan popular, seperti mana lagu Internationale.
Lagu-lagu ini tidak akan membawa kita atau parti politik itu ke mana-mana. Ia kekal menjadi lagu tema atau lagu rasmi. Rasmi ini samalah dengan konsep menginstitusikan sesuatu. Berbeza dengan negara lain, di Malaysia, apa saja yang di-institusikan akan berakhir dengan kegagalan. Lihat persatuan PAPITA, SENIMAN, KARYAWAN, FINAS, Balai Seni Lukis Negara dan Istana Budaya. Kesemua ini pada akhirnya akan menjadi sangat rigid, keras dan kaku.
Sebaliknya, lagu-lagu folk (rakyat) akan menjadi lebih bererti kepada pengikut atau rakyatnya. Kerana lagu folk adalah lagu rentas budaya, bangsa, ideologi dan agama. Lagu rakyat adalah lagu yang dihasilkan kerana rakyat ingin menghasilkannya, ia sebagai merai dirinya atau komunitinya.
Lagu rakyat tidak kira apa bangsa sekalipun, akan menceritakan hal sebenar, keinginan sebenar dan keadaan sebenar dunia mereka (rakyat). Lagu rakyat tidak mempedulikan lirik untuk apa atau untuk menarik perhatian sesiapa. Mereka mahu menyanyi irama kesukaan mereka, itulah lagu rakyat. Pernah kita dengar mana-mana parti politik kita cuba mengangkat lagu-lagu rakyat yang kita miliki? Tidak.
Zaman akan terus berubah, yang masih payah mahu berubah adalah orang-orang politik. Mereka (orang politik) harus lebih sedar tentang budaya. Jika tidak tahu harus ambil tahu. Jika ingin bertanya, tanyalah yang tahu.
Sama-sama nikmati lagu rakyat bangsa Yahudi ini. Bagi aku, irama dan lagu, termasuk liriknya bersatu menjadi sebuah nyanyian yang sederhana – indah.
<object width="425" height="349" classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/BqzGZ5AaeSs?fs=1&hl=en_US" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed width="425" height="349" type="application/x-shockwave-flash" src="http://www.youtube.com/v/BqzGZ5AaeSs?fs=1&hl=en_US" allowFullScreen="true" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" /></object>
Dona-dona
On a wagon bound for market
There’s a calf with a mournful eye.
High above him there’s a swallow
Winging swiftly through the sky.
How the winds are laughing
They laugh with all their might
Laugh and laugh the whole day through
And half the summer’s night.
Dona, dona, dona, dona,
Dona, dona, dona, do,
Dona, dona, dona, dona,
Dona, dona, dona, do.
“Stop complaining,” said the farmer,
“Who told you a calf to be?
Why don’t you have wings to fly with
Like the swallow so proud and free?”
How the winds are laughing …
Calves are easily bound and slaughtered
Never knowing the reason why.
But whoever treasures freedom,
Like the swallow has learned to fly.Kiriman Berkaitan
Kolumnis JalanTelawi Menang AJL26 Sidang Editor
Phil Ochs Meor Yusof Aziddin
Kilasan Tentang Seorang Seniman Mazir Ibrahim
Sore: Satu Upaya Apresiasi Ammar Gazali
Rock Kapak Tangkap Leleh Buddhi Hekayat
Sore: Ports of Lima Hafiz Hamzah
Buat Baca Bob Lokman
Bob Lokman                           © fadzir_abdullah
Tuan, selamat masuk Pas.
Di hari Tuan menyerahkan borang, apa kata Tuan; alasan masuk sebuah parti politik—kerabat Pakatan Rakyat—apabila anak-anak Tuan, “disuruh sembahyang tidak mahu”, “disuruh sembahyang, payah.”
Segala itu, dikatakan berpunca daripada Sistem Pendidikan pemerintah yang tak meletakkan tauhid sebagai hal tertinggi. Yang slogannya “Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan.”
Di dalam ceramah di sebuah mesjid, yang lain, Tuan juga menceritakan bagaimana sahabat baik Tuan, Jalil Ngah namanya. Dia orang baik—walau tak sembahyang. Dia berniat untuk memberi makanan kepada orang miskin di ceruk kampung mana. Dia tak sempat melakukan semua itu. Lalu meninggal dunia. Sewaktu jenazah di liang lahat, Tuan melihat diri Tuan sendiri di sana.
Saya juga gementar apabila di satu ketika, Tuan dengan seperti yakin menyebutkan bahawa Tuan rela mati, karena ugama. Iaitu, karena Islam.
Tiga belas tahun lalu—mungkin sahaja lebih—saya juga memikirkan hal sedemikian adanya. Sementara sejak 1998, saya terlibat dalam Gerakan Reformasi. Pada umur yang terlalu muda, kala itu. Sehingga di dalam Pilihanraya Kecil Ijok, 2007, saya melihat Tuan bersama bala tentara Barisan Nasional (BN).
Ada saya adukan apa yang saya nampak, kepada kawan-kawan seniman yang lain. Termasuk arwah Loloq. Dia senyum. Bahkan, Tuan juga tahu bagaimana ada sahaja kawan karyawan yang mendapat biaya jutaan ringgit untuk membawa turun penyanyi secara besar-besaran dalam Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas.
Betul-betul saya pasang telinga apabila di dalam banyak ceramah Tuan bercakap tentang rosaknya mata kita sebagai lelaki Muslim apabila melihat perempuan mendedahkan aurat. Seraya itu, kata Tuan, dunia hiburan (khususnya filem dan drama) adalah dunia yang hipokrit; iaitu, istilah lain kepada “munafik”.
Demikian nekadnya Tuan meninggalkan rancangan Maharaja Lawak yang disiarkan secara langsung.
Tuan Bob,
Kita tak pernah berjumpa.
Hanya, sedikit pengalaman saya bersama Gerakan Reformasi sejak 1998 sehingga kini, selain melihat kebejatan pemimpin dan pemerintah, dunia yang ideal adalah tak wujud. Kenyataan pedih yang wajar diterima Adam dan Hawa serta anak cucu-cicitnya ialah manusia sekarang berada di dunia. Sementara hakikat dunia ialah sebuah hidupan yang penuh cacat-cela.
Apa yang mungkin kita lakukan, tak lebih untuk memperbaiki segala kecacat-celaan dunia ini. Lalu, datang dan turunlah ugama. Menjadi petunjuk jelas—selain dalam banyak jejak keilmuan dan sarjana Muslim, jejak kebenaran juga tercapai dengan keupayaan akal manusia.
Apa yang menjadikan saya gementar, tentu sahaja sikap keterlaluan manusia. Baik keterlaluan mereka dalam tugas-tugas akhirat mahupun tugas-tugas duniawi. Ia tak pernah punya beda. Sementara jalan tengah yang diunjurkan Islam, ialah sederhana. Sejajar hadith Nabi yang selalu kita ingat untuk mengingati Tuhan seolah-olah kita akan mati esok hari, dan mengingati dunia seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi.
Masalah pemikiran Umat Islam ialah sikap melampau dan keterlaluan ini; terutama sejak empayar-empayar besar Muslim runtuh termasuk yang di Timur Tengah mahupun yang di Eropah seperti Andalusia.
Jiwa umat menjadi emosi. Tidak tenang. Harapan sebuah kebangkitan hanya berakhir dengan rasa sayu yang sia-sia. Mata umat terseliput untuk rasional dan melihat kenyataan dunia ini dengan jernih. Demikian kalau masalah akhlak anak-anak kita adalah perlambangan kepada masalah sistem pendidikan yang luluh-binasa, maka ada jalan lain yang masih dimiliki oleh ibu-bapa iaitu mempergiat pendidikan langsung kepada anak-anak. Termasuk dalam soal ugama.
Saya tak fikir, ia adalah masalah politik yang perlu dijadikan alasan besar mengapa seseorang yang dahulunya bukan di dalam jamaah Islam, kemudian masuk ke dalam jamaah. Menyertai jamaah tentu dengan alasan dan cita-cita yang jelas.
Politik menekan individu. Namun, individu yang mahu ke hadapan dan bersuara harus sahaja melihat peran politik yang lebih besar daripada hanya masalah dirinya. Orang lain yang tak mempunyai apa-apa, bahkan tak mampu mengirim anak mereka ke sekolah mempunyai alasan yang lebih kukuh untuk menuntut hak mereka. Ya, kata dasar di sini ialah “hak”.
Apakah “hak” seseorang warganegara yang sudah dirampas pemerintah? Itulah persoalan yang wajar dijadikan hujah politik, lebih-lebih lagi untuk menyertai sesebuah jemaah politik.
Sebab itu sejak 1998, soal keadilan menjadi perkara pokok di dalam banyak diskusi politik. Dasar ketiga-tiga parti (Keadilan, Pas dan DAP) ialah untuk melihat bagaimana hak warganegara dirampas atau tak ditunaikan pemerintah. Sehingga apa pun yang mahu dilakukan rakyat sebagai hak rakyat, tak diberikan.
Termasuk di dalam soal seni-budaya. Apakah kita boleh meletakkan soal pelakon yang berpakaian menutup aurat atau tidak sebagai persoalan pemerintah? Lebih-lebih lagi dalam waktu kita bercakap soal “tasauf”…
Keputusan Tuan menyertai mana-mana jemaah politik sangat saya hormat. Kemudian, kehendak Tuan untuk turun berdakwah memang cukup mengagumkan. Begitulah makna dakwah juga tak pernah kecil dan sempit.
Generasi seperti saya adalah generasi yang membesar dengan irama rock Melayu. Antara lagu popular yang masuk dalam jantung kami tak lain ialah “Isabella”, yang liriknya Tuan tulis. Maka, andai wujud kebangkitan rakyat 1998 itu, tentu sahaja di kalangan anak-anak muda yang membesar dengan lagu Isabella dan di dalam kalbu mereka mempunyai ruh untuk kaseh sesama umat walaupun berlainan ugama.
Pada saya, jasa Tuan yang ini cukup besar. Moga dengan rahmat Tuhan yang Maha Pengasih, Tuan kelak di suatu waktu akan ditempatkan bersama orang-orang yang saleh dengan lirik yang menyampaikan kebaikan dan kebenaran yang sampai begitu adanya. Yang melebar sehingga hampir ke seluruh Nusantara.
Kalaulah, ada manusia yang ke jantung hatinya tersusuk lagu itu tetapi masih melakukan durjana, saya tak fikir Tuan perlu merasa berdosa. Ia samalah seperti dakwah langsung yang Tuan lakukan hari ini, apakah Tuan bisa jamin bahawa semua yang mendengar itu kelak seratus peratus akan berbuat baik? Saya tak fikir begitu…
Tuan Bob,
Kita tak pernah berjumpa, kala mana sekarang saya bertatih untuk belajar menulis lirik—selain hanya menulis satu-satu pekerjaan yang terupaya saya lakukan sejak belasan tahun lalu. Di tambah pula, saya sudah bersama Gerakan Reformasi kala Tuan masih bersama Umno-BN. Tak pernah pada bibir dan mulut saya untuk mencerca bidang seni-budaya dan menyebutkan bahawa bidang itu sebagai total hipokrit dan munafik sementara saya juga insafi, di dalam mana-mana parti dan jamaah sekalipun tetap ada orang yang hipokrit dan munafik.
Keperluan berada di dalam saf dan jamaah yang dikatakan Islam dan pembawa keadilan dan kebenaran tak lebih adalah untuk memperbaiki sistem—seperti yang Tuan keluhkan—dan bukannya untuk campur tangan merobek-robek hati sesiapa. Setiap individu dilahirkan bebas merdeka. Itu jaminan Tuhan.
Sehinggalah dia melakukan kejahatan dan kezaliman kepada orang lain, maka di situ kebebasannya pun tamat. Kemuliaannya pun habis.
Hasmi bin Hashim, seorang penulis yang berpolitik dan juga seorang politikus yang menulis.Kiriman Berkaitan
Satira Jangan Gelap Hati Hasmi bin Hashim
Siri 2: Surat Kedua dan Ketiga Rainer Maria Rilke admin
“J’accuse”: Dreyfus di Zaman Kita (II) Jacqueline Rose
Sasterawan Wajar Berjiwa Besar Lee Ban Chen
Kajang Pak Malau Kajang Berlipat Hasmi bin Hashim
Quo Vadis PAS? Amin Ahmad
Manifesto Menuju Putrajaya dan Azmin Ali
Manifesto Reformasi Menuju Putrajaya secara ringkasnya boleh dipanggil sebagai Manifesto 3M, kerana ia mengandungi tiga ikrar Azmin Ali. Pertama: Menggilap Idealisme; Kedua: Memupuk Kesetiaan; dan Ketiga: Memperkasa Organisasi.
Ikrar 3M mengandungi iltizam YB Azmin Ali sekiranya dilaksanakan Reformasi,insya Allah, pasti berada di Putrajaya selepas PRU13.
Melalui M yang pertama: Idealisme, cita-cita perjuangan murni, gagasan Reformasi, akan kembali menyala dalam Keadilan. Tanpa idealisme perjuangan politik akan menjadi wahana atau perjuangan untuk pangkat dan kepentingan diri. Politik akan jatuh menjadi “low-morale and uncharismatic profession.” Kata-kata hikmat dan amaran ini disebuat oleh Anwar Ibrahim di New York ketika beliau berumur 20an.
Azmin Ali tidak mahu membawa gagasan baru. KEADILAN sudah cukup gagasan-gagasan besar dan mendahului zaman, gagasan dan visi yang telah dirumuskankan oleh Anwar Ibrahim dalam bukunya Gelombang Kebangkitan Asia dan ucapan-ucapan beliau di seluruh negara dan seantero dunia. Maka tugas Azmin adalah sebagai penggilap idealisme tersebut supaya tidak dilupakan dan sentiasa segar dalam setiap benak anggota parti, lama dan baru.
Sebagai pemimpin parti Azmin amat memberikan perhatian kepada persoalan kesetiaan. Bahkan kesetiaan itu merupakan “trademark” kepada diri beliau sendiri. Kita boleh memberikan gelaran “loyalis nombor wahid”, “loyalist number one” kepada beliau.
Pada ketika yang sama Azmin juga seorang demokrat. Dan pada beliau tidak ada pertentangan antara kesetiaan dengan kebebasan seorang demokrat. Bahkan beliau mentafsirkan kebebasan dengan konsep “ikhtiyar” dalam Islam. Kebebasan dan pilihan adalah semata-mata untuk melakukan yang terbaik.
Kebebasan adalah untuk memperkukuhkan parti, kebebasan bukan untuk melemahkan atau melakukan porak peranda dalam parti. Azmin melalui manifesto ini, melalui program memupuk kesetian mengajak kita meleburkan egoisme dan tabiat bertindak sendiri tanpa mempertimbangkan kepentingan parti.
M yang ketiga adalah Memperkasa Organisasi. Dalam PRU13 kita sekali lagi akan bertemu “the unbeatable enemy” -Umno dan Barisan Nasional. Kita tidak mungkin menumpaskan Umno-BN, kita tidak mungkin membawa Reformasi ke Putrajaya tanpa mempunyai organisasi yang kuat dan sakti. Untuk mencipta kekuatan dan kesaktian organisasi Azmin adalah orangnya untuk tugas tersebut.
Bagi KEADILAN Azmin “is THE organization man.” Beliau adalah manusia dan insan organisasi. Keadilan mempunyai idea dan gagasan yang mendahului zaman. Tetapi visi dan gagasan tersebut hanya akan menjadi kenyataan sekiranya kita mempunyai organisasi yang sakti.
Bagaimana menjadikan Keadilan sebagai parti politik yang memiliki kesaktian kalau kesaktian itu tidak ada pada setiap anggotanya. Di sini Azmin mempunyai agenda parti politik yang jelas. Beliau menegaskan sesuatu yang belum pernah disebut oleh mana-mana pemimpin politik Malaysia. Azmin mahu menjadikan, beliau mahu mencipta Keadilan sebagai wahana pendidikan dan Pencerahan politik.
Political party as a vehicle for political education and political enlightenment is a totally new concept in Malaysia. Parti politik sering dilihat sebagai alat atau wahana untuk merebut kekuasaan.  Tetapi Azmin mengemukakan gagasan parti politik sebagai wahana pendidikan dan pencerahan.
Malaysia amat memerlukan Pencerahan kerana Putrajaya kita dikuasai oleh “unenlightened mind”, mereka yang berminda gelap dan melaksanakan politik gelap, justeru itu Malaysia belum pernah menjadi sebuah negara demokratik dengan pengertian sebenarnya.
Agenda pencerahan politik Azmin adalah agenda Malaysia, bukan agenda semenanjung. Justeru itu beliau memasukkan AGENDA BORNEO sebahagian dari manifesto beliau. Dan segala isi manfesto ini, agenda 3M, akan dirangkum bersama dengan Pakatan Rakyat.
PRU13 akan menjadi penentu sejarah politik Malaysia. Ia laksana Kurusetre, dalam epik dan kisah agong purbakala India, perang penentuan antara para Pandawa yang memperjuang kebenaran, dharma dan keadilan, melawan para Kurawa yang merosakan kebenaran dan dharma.
Dalam perang sengit tersebut tentera Pandawa memiliki penasihat yang bersama Krishna, orang yang sentiasa menasihati dan memberikan gagasan dan matlamat perjuangan. Maka Keadilan memiliki Anwar Ibrahim, ketua umum, yang merupakan personafikasi peranan Krishna dalam KEADILAN.
Para Pandawa mempunyai seorang ibu yang bernama Kunti, ibu yang meredakan ketegangan sesama Pandawa, ibu yang memberikan ketenangan dan keharmonian di saat-saat gelap dan menyedihkan. Maka Keadilan mempunyai ibu sejak kelahiran hingga kita, dalam kesusahan dan kegembiraan iatu presiden yang kita sayangi Datuk Seri Wan Azizah.
Dalam peperangan tentera memerlukan seorang jendral dan strategis. Para Pandawa mempunyai jendralnya yang bernama Arjuna. Arjuna KEADILAN yang menjadi jenderal yang akan memimpin kita dalam PRU13, Kurusetre politik Malaysia, tidak lain dan tidak bukan adalah Azmin Ali.
Bukan sekadar seorang jendral, beliau juga seorang strategis, yang mempunyak kecekapan dan kelincahan seperti Zhuge Liang, strategis politik China dalam kisah The Romance of Three Kingdom – San Guo Yan Yik.
Maka saya mempersembahkan kepada tuan-tuan, bala tentera Keadilan, tentera Pandawa Malaysia, agenda 3M, Manifesto Reformasi Menuju Putrajaya.
Khalid Jaafar membaca ulasan terhadap Manifesto Menuju Putrajaya ini pada tanggal 16 Oktober 2010 di Majlis Penerimaan Pencalonan dan Pelancaran Manifesto YB Azmin Ali yang diadakan di Dewan Sivik, Petaling Jaya.Kiriman Berkaitan
Azmin Ali: 901 Peluang Polis Pulihkan Imej yang Tercalar Ammar Gazali
Bisikan Tengah Gelanggang Hasmi bin Hashim
Ucapan Dasar Timbalan Presiden Keadilan: Malaysia Tanpa Umno Azmin Ali
Pasca Islamisme admin
Demokrasi Terus Khalid Jaafar
Penulis di Pentas Kongres Hasmi bin Hashim
Mengikat Tangan Kerajaan
Debat seperti ini, bagi saya, hanya berlaku di Jalan Telawi. Eekmal ingin menemukan saya dengan seorang anak muda yang sedang belajar di Universiti Princeton. Dan seperti biasa saya memilih Coffee Bean sebagai lokasi.
Saya tidak menyangka orang yang akan dijumpai itu begitu muda sekali. Umurnya, meskipun tidak saya tanyakan, pasti mencemburukan bagi mereka yang telah makan garam lebih separuh abad. New Jersey, negeri di mana terletaknya Universiti Princeton, sentiasa menjadi negeri idaman untuk saya terokai. “Berapa jauh kampus kamu dari Weequahic High School?”, soalan untuk mencairkan air batu. Jelas Nithi yang berasal dari Kepong tidak pernah mendengarnya. Weequahic menjadi sekolah legendari dalam dunia sastera apabila seorang alumnusnya, novelis Philip Roth, menjadikan sekolah itu sebagai perencah dalam beberapa naratifnya.
“Kamu tidak pernah masuk Bada Bing?” Nithi juga tidak pernah mendengarnya. “Kamu memang budak baik,” Saya ketawa, dan Eekmal turut ketawa, kerana meski pun mahasiswa kebijakan itu tahu siri tv The Soprano yang berlokasikan di New Jersey, dia belum tertarik untuk mengetahui bar go-go di Route 17 yang menjadi markas kegiatan mafia Toni Soprano.
“KeADILan perlu go beyond Anwar, tidak boleh berterusan berpaksikan individu, personaliti, perlu mengungkapkan dasar, membina wacana,” Nithi mula berhujah. Muaz Omar, kolumnis The Malaysian Insider yang menyertai meja kami dan bernafsu menyertai perbincangan. Dia masuk daun seperti gaya Trasymakus membidas Sokrates dalam buku pertama Republik Plato. “Sama sahaja PR dengan BN. Mereka sama-sama kebuluran untuk mendapat kuasa.” Muaz berhujah dalam bahasa Inggeris, dan Inggerisnya lebih lancar dari ketika baru pulang dari Scotland sepuluh tahun dulu.
“Tetapi,” tambah Muaz, “Kalau diperincikan dan dibandingkan satu persatu antara BN dengan PR, BN lebih superior.” Teringat saya kata-kata Francis Bacon, writing makes an exact man. Saya menyaksikan bagaimana penulisan melakukan transformasi terhadap seorang individu.
“Mustahil tidak dapat dibedakan,” jawab saya setelah menghabiskan saki baki cappuccino dalam cawan. “Kita tidak lagi membincangkan perlu atau tidak ISA dimansuhkan. Membuang undang-undang drakonian yang menyekat kebebasan berfikir dan berkuasa. Bukan tidak mahu atau takut membincangkannya, tetapi sudah ada muafakat.”
“Tetapi BN belum berani, belum ada kesediaan, isu yang amat asasi ini.” Saya hairan, kadang-kadang agak panas, kepada mereka yang tidak dapat melihat perbedaaan yang sebegitu jelas dan amat mudah. Sejak tahun 1999, kali pertama saya memasuki pilihanraya, bila berkempen dari rumah ke rumah, saya sering bertemu dengan hujah di akar umbi bagi mereka yang tidak mahu perubahan menjawab dengan sinis “semua parti politik itu sama.”
Saya tidak apologetik dengan retorika kebuluran kuasa. Mungkin boleh digantikan dengan kalimat yang lebih neutral. Seperti parti politik, sama ada bersendirian atau pun bergabung, semestinya bersaing untuk memegang kekuasaaan politik. Itu adalah sifat atau matlamat parti politik, sebagaimana menyembuhkan penyakit adalah sifat atau matlamat seorang doktor.
Kalau doktor tidak boleh dicemuh kerana begitu ghairah untuk menyembuhkan penyakit pesakitnya maka ahli politik tidak boleh ditempelak untuk memegang tampuk kekuasaaan untuk menyembuhkan negara yang menderita barah rasuah dan pelbagai penyalahgunaaan kuasa.
Sebenarnya wacana boleh dipanjangkan untuk menjawab secara membina sinisisme tersebut. Sinisisme akar umbi—“semua parti politik sama”—punya pendukung intelektualnya. Jean-Baptist Alphonse Karr, kritikus, wartawan, novelis dan tokoh satira Perancis abad ke-19, meninggalkan ungkapan tajam yang sering dipetik: “plus ça change, plus c’est la méme chose”, makin berubah, makin sama.
Kuasa punya nyawa atau tabiat sendiri. Dan tabiat kuasa yang paling asas adalah untuk menambah kuasanya. Mereka yang memburu kuasa sering mengatakan kuasa itu adalah untuk kebaikan. Dan tidak kurang yang mengatakan itu dengan penuh keikhlasan. Dan saya tambah, kenaifan. Kuasa juga pelesit yang merosakkan pemiliknya. Maka mereka yang memburu kuasa dan mereka yang telah memiliki kekuasaan perlu selalu melakukan soal siasat terhadap diri sendiri.
Maka sejak berlakunya Revolusi Gemilang 1688 di England di mana parlimen menamatkan kuasa mutlak istana, mengongkong dan mengawal kuasa menjadi tema besar dalam perjuangan politik liberal. Jika kuasa mutlak istana diganti dengan kuasa mutlak parliemen maka berlaku seperti yang ditohmahkan oleh Jean-Baptiste Karr.
Sinisisme beliau bukan tidak bersebab. Ia berakar pada sejarah politik Perancis. Maka Revolusi Perancis 1789 memerlukan Revolusi 1848. tetapi di England, Revolusi Gemilang tidak mengganti kuasa mutlak raja dengan kuasa mutlak parlimen. Kuasa parlimen dibatasi dengan perlembagaan. Tangan kerajaan diikat.
Tangan kerajaan diikat supaya tidak berwenang-wenangan melakukan kejahatan. Soalan akan timbul. Mengikat tangan kerajaan dari melakukan kejahatan boleh diterima. Tetapi ikatan tersebut juga akan menghalang kerajaan dari melakukan kebaikan untuk rakyat.
Mengapa inisiatif untuk melakukan kebaikan perlu dijadikan sukar? Hujah ini amat persuasif, tetapi ia juga benih kepada pelbagai bentuk kediktatoran, pemerintahan kuku besi yang bermula dari gerakan pembebasan seperti Revolusi Perancis, Revolusi Bolshevik.
Lebih tiga ratus tahun telah berlalu di zaman moden, kita menyaksikan dua aliran. Aliran pertama, yang meraikan kebaikan manusia, cita-cita dan hasrat untuk melakukan keadilan, mencipta persamaan dan persaudaraan manusia sejagat.
Sungguh memukau idealisme ini. Dan pejuang-pejuangnya dengan segala keikhlasannya, tidak mahu kuasa mereka dibatasi untuk merealisasikan idealisme tersebut. Manusia yang hidup dalam dalam rejim-rejim kebebasan, persamaan dan persaudaraan sentiasa dibayangi dengan guillotine dan gulak.
Sementara aliran kedua tidak prolifik mencipta slogan yang menangkap imaginasi. Tidak puitits menyusun ayat-ayat yang memuji kebaikan manusia.
Ia curiga dengan slogan muluk-muluk kepada mereka yang menuntut kuasa untuk melakukan kebaikan, berdemikan kemanusiaan, persamaan dan lain-lain abstraksi.
Ia tidak menjanjikan kesempurnaan dan kebaikan yang sukar ditakrifkan, tetapi melangkah perlahan untuk menghapuskan kezaliman yang telah jelas zalim dan disepakati. Dari rekodnya aliran ini terus meningkatkan kebebasan, persamaan dan mutu kehidupan sosial dan ekonomi.
Wacana kebaikan untuk rakyat akan terus berjalan, dan ia perlu. Batas-batas pemerintahan juga menuntut penjelasan.
Tulisan ini telah diterbitkan di Suara Keadilan, edisi 21-28 Julai, Bil. 191 dan diterbitkan semula dengan kebenaran di JalanTelawi.com.
Khalid Jaafar merupakan Pengarah Institut Kajian Dasar.
Islam dan Kerajaan Terhad Amin Ahmad
Idealis Revolusioner: Antara Shari’ati dan Motahhari Aqil Fithri
Surat Terbuka Buat Noynoy F. Sionel Jose
Revolusi Ini Akan Diteruskan SPIEGEL Online
Revolusi Kuasa Rakyat Amin Ahmad
Anak Muda dan Kabinet Baru Kerajaan Malaysia Amin Ahmad
Perang
Amin Ahmad
Saya masih ingat ketika kami di Jalan Telawi, Bangsar. Waktu itu Restoran Darul Ehsan masih ada di sana dan ia tempat biasa bagi kami untuk minum dan makan. Mustaqeem masih editor majalah Siasah dan Pak Khalid punya kolum ‘Tapak Kanan’ di sana. Petang itu kami duduk di Restoran Darul Ehsan dan isu yang timbul ialah perang Amerika Syarikat dan Iraq.
Siapa suka perang? Soalan ini memang sepatutnya tidak perlu ditanya kerana naluri kemanusiaan sememangnya menolak perang. Waktu itu sentimen anti-Amerika cukup tinggi apatah lagi tuduhan Amerika bahawa Iraq mengusahakan senjara nuklear gagal dibuktikan, dan akhirnya Saddam Hussein mati di tali gantung akibat tuduhan lain.
Pak Khalid memang suka memainkan watak devil’s advocate dan bagi mereka yang biasa dengannya tentu faham. Petang itu Pak Khalid tanpa apologetik bertanya kami “sejak bila dunia ini tidak ada perang?”.
Kami diam. Pak Khalid meneruskan kata “zaman Nabi s.a.w. pun ada perang!”.
Pak Khalid membuat keputusan untuk menulis tentang perang bagi kolumnya di Siasah dan ceritanya tentang perang 6 hari.
Saya fikir telahan Pak Khalid mungkin ada benarnya. Jika tidak, masakan ada peraturan-peratusan tertentu berkaitan perang. Kemungkinan ini sangat mencabar untuk difikirkan dan tentu saja umum menolak perang semahu-mahunya.
Saya memiliki beberapa cakera padat (CD) filem perang dan yang terakhir ditonton ialah filem Enemy at the Gates, kisah Perang Stalingrad  – Jerman dan sekutunya berperang dengan Tentera Merah Kesatuan Sosialis Soviet Rusia (USSR).
Kisah benar penembak tepat Rusia, Vassily Zaytsev, diadun dengan beberapa ‘babak tambahan’ – misalnya kisah cinta tiga segi Zaytsev, Tania dan Danilov serta babak Sacha, dwi ejen yang menghubungkan Major Erwin König, penembak tepat Jerman dan Zaytsev agar mereka dapat bertembung – ini mengajak saya berfikir tentang situasi perang yang cuba digambarkan. Saya tertarik dengan beberapa ungkapan di dalam filem ini antaranya: “Mereka semua tahu bahawa mereka sedang menuju kematian. Jadi, apabila mereka kembali setiap malam, ia adalah bonus. Setiap minuman dan rokok seperti keraian kecil. Kita harus menerimanya”.
Dan kata akhir sebelum Danilov mati ditembak Major König, penembak tepat Jerman: “We tried so hard to create a society that was equal, where there’d be nothing to envy your neighbour. But there’s always something to envy. A smile, a friendship, something you don’t have and want to appropriate. In this world, even a Soviet one, there will always be rich and poor. Rich in gifts, poor in gifts. Rich in love, poor in love”.
Perang ternyata ruang yang tidak sempit untuk mengajak manusia berfikir, malah mungkin saat manusia hanya ada pilihan untuk mati sebagai perwira atau pengecut, fikiran manusia itu lebih kaya disulam dengan perasaan cintakan keamanan – namun terpaksa memilih.
Ia langsung mengingatkan saya kepada Ludwig Wittgenstein, ahli falsafah yang terkenal menghasilkan karya Tractatus Logico-Philosophicus ketika menjadi askar dan tahanan Perang Dunia Pertama.
Ketika dalam tahanan di Cassino (tengah Itali), bantuan rakan-rakannya semasa menuntut di Cambridge, Bertrand Russell (filasuf British) dan Lord Maynard Keynes (pakar ekonomi yang terkenal membangunkan teori ekonomi Keynesian) telah membolehkan Wittgenstein mendapat bahan bacaan. Wittgenstein bagaimanapun dikatakan cenderung komunis.
Saya teringat satu kenyataan seorang panelis (saya tidak ingat namanya) jemputan satu rancangan televisyen untuk membincangkan krisis ekonomi yang sedang berlaku sekarang. Katanya, dari fakta sejarah, perang ternyata boleh membantu menyelesaikan masalah ekonomi sebagaimana dibuktikan dalam Perang Dunia Kedua. Hakikat ini ternyata suatu yang membahayakan dan untuk saya ia harus ditolak secara tegas.
Dokongan terhadap perang sebagai satu kaedah menyelesaikan masalah ekonomi – dengan menghidupkan kitaran perniagaan melalui Teori Tingkap Pecah (Broken Window Theory) ini mungkin berbunyi logik, namun para pendokong liberalisme klasik yang pro kepada keamanan melalui kebebasan dan keadilan telah menjawabnya melalui Falasi Tingkap Pecah (Broken Window Fallacy), idea asal Henry Hazlitt’s dalam bukunya Economics in One Lesson yang pertama kali diterbitkan pada 1946.
Teori yang sama sesuai untuk menjawab kenapa Perang bukanlah satu pilihan yang wajar.
Sejarah telah menunjukkan bahawa perang boleh berlaku apabila manusia mengabaikan prinsip luhur kebebasan dan keadilan. Perang boleh berlaku apabila manusia mula beranggapan bahawa kaum mereka punya kelebihan berbanding selainnya. Perang berlaku apabila manusia gagal memahami erti kemuliaan insan di sisi Tuhan (karamah insan).
Ketika negara menuju era ketamadunan, tentu sekali kita tidak pernah mengharapkan perang dan usaha mengelakkan perang dan kekerasan adalah satu impian yang perlu serius difikirkan. Mungkin kata-kata Vassily Zaytsev boleh diambil sebagai ingatan: “Tentu sedih mengimpikan sesuatu yang kita pasti tidak akan berlaku…”.
John Lennon mengungkapkan dengan lebih jelas: “berilah keamanan peluang! (Give Peace a Chance!)” atau sementara untuk kita yang tidak berupaya, Wittgenstein menyatakan pada baris akhir Tractatus Logico-Philosophicus: “apa yang kita tidak mampu katakan, kita mesti sampaikan dalam diam”.
Amin Ahmad, mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia. Beliau adalah mantan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan pernah memegang beberapa jawatan lain di peringkat Kolej, Fakulti Pengajian dan Universiti. Pernah mewakili delegasi Malaysia dalam Program Pembangunan Kepimpinan Belia ASEAN. Alumni Kepimpinan Muda Nahdah Asia, sebuah projek kerjasama Institut Kajian Dasar dan Yayasan Aman Sasakawa (SPF) dan alumni Cato University.
Tahun Kosong Amin Ahmad
‘Phyrric victory’ di Perak Khalid Jaafar
Runtuhkan Tembok Ini! Amin Ahmad
Wawancara Sadiq Jalal al-Azm: Bahagian 1 admin
Najib ditampar ‘revolusi’ di Parlimen Khalid Jaafar
Membawa Resolusi Konflik ke Pentas admin
Quo Vadis KeADILan?
Kolum saya sebelum ini menyentuh tentang arah tuju PAS. Elok juga kiranya untuk kali ini saya menulis tentang arah tuju Parti KeADILan Rakyat (PKR) sempena Konges Khas parti tersebut.
Saya difahamkan Kongres ini telah dirancang lebih awal, namun kemelut isu di Perak telah menyebabkan ia tertangguh. Melalui laman Facebook, saya dimaklum oleh YB Nurul Izzah Anwar bahawa antara usul yang akan dibentangkan ialah:
i. Undian terus dari ahli biasa untuk memilih Presiden dan jawatan nasional yang lain (direct voting sebagaimana Pilihan Raya Presiden di Amerika Syarikat).
ii. Menghadkan tempoh perkhidmatan Presiden parti kepada hanya 3 penggal (9 tahun)
iii. Menambah kerusi Naib Presiden dari 5 ke 7 kerusi
iv. Perlantikan Ketua Perhubungan Negeri harus mendapat persetujuan Ketua-Ketua Bahagian.
v. Membenarkan perlantikan (tidak melebihi 1/3 jumlah ahli mesyuarat tertinggi) untuk memastikan tiada satu kaum mendominasi majlis tertinggi
vi. Membenarkan kesemua Yang Berhormat PKR untuk hadir dan diberi kuasa undi dalam kesemua Mesyuarat Perhubungan Negeri dan MT.
vii.Mengiakan dan Mengimarahkan lagi slogan Parti yakni “KEADILAN UNTUK SEMUA”.
Bagi memastikan Presiden tidak terlalu berkuasa, maka semua jawatan lantikan ke Majlis Pimpinan Parti seperti Setiausaha Agong, Bendahari, Ketua Komunikasi tidak mempunyai kuasa mengundi di dalam mesyuarat MPP walaupun berhak hadir sebagai ahli mesyuarat.
Begitu juga untuk memastikan suara wanita memainkan peranan penting dalam proses kepimpinan parti, maka perlembagaan memperuntukkan kuota 30% kerusi kepimpinan kepada kalangan wanita.
Dengan perubahan-perubahan di atas, KeADILan akan menjadi parti progresif ulung di negara dan proses demokrasi akan lebih menyerlah di dalam parti.
Kemudian, saya difahamkan ada empat usul lagi iaitu mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.
941 orang perwakilan telah bersetuju dengan pindaan itu, 103 orang menentang dan sembilan lagi bersikap berkecuali semasa Kongres Khas tersebut. Sempena dengan Kongres tersebut juga menyaksikan Dato’ Zaid Ibrahim, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyertai PKR.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas keberanian PKR mengambil inisiatif ini. Dalam realiti sebilangan kelompok gusar dengan kedudukan Melayu, PKR berani membuka lebih ruang persaingan untuk merakyatkan slogan Keadilan Untuk Semua.
Saya fikir, agenda menghadkan tempoh khidmat Presiden di samping batasan kuasa semasa memimpin adalah sihat. Namun, ia tidak menjamin mudahnya untuk diterjemahkan, lebih-lebih lagi dengan karisma sosok Dato’ Seri Anwar. Acapkali seorang pemimpin perjuangan bertukar menjadi diktator pasca kemenangan perjuangan rakyat. Namun, pengalaman saya bercampur dengan pelbagai kelompok pendokong reformasi di dalam PKR menyebabkan saya berfikir bahawa kematangan demokrasi adalah tidak mustahil berlaku, perlahan tapi pasti. Saya tidak fikir pengaruh, pengalaman dan jasa Dato’ Seri Anwar akan mudah dilupakan, namun itu tidak bererti bahawa beliau tidak mungkin berbuat silap. Di sinilah kelebihan PKR yang merangkumi pelbagai aliran hingga kadangkala sukar dimengerti. Kejayaan mengajak kelompok-kelompok ini untuk duduk semeja merumus keutamaan perjuangan ternyata memerlukan resepi yang tidak mudah, apatah lagi hampir semuanya sangat vokal dengan agenda masing-masing.
Saya sedikit ralat dengan kuota 30% untuk wanita. Saya tidak bermaksud bahawa peranan wanita tidak diiktiraf, tetapi saya percaya bahawa wanita mampu bersaing berasaskan merit. Namun, mengambil kira realiti yang ada, mungkin PKR memerlukan sedikit masa untuk bersedia bergerak berasaskan merit sepenuhnya – tanpa sistem kuota. Saya mengerti bahawa kuota 30% penglibatan wanita dalam hal kepimpinan dan pentadbiran ini juga menjadi agenda Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan ia sering dijadikan hujah Datuk Seri Shahrizat Jalil, tetapi janganlah kuota ini diambil mudah untuk membelakangkan merit.
Saya juga terbaca tulisan sinis saudara Hishamuddin Rais yang melihat angka 35 sebagai masih ‘mewakili suara tua’. Dalam wawancara bersama UmmahOnline.com tidak lama dulu, saya pernah menyatakan bahawa isu pokok ialah perjuangan (baca:gagasan), untuk saya had umur tidaklah menjadi masalah utama. Tidak keterlaluan untuk saya nyatakan bahawa pengurangan 5 tahun ini sedikit sebanyak bersifat radikal. Saya mula mendengar cadangan ini saat saudara Ezam berbual dengan Tian Chua pada tahun 2004 di pejabat saudara Ezam waktu itu di Institut Kajian Dasar (IKD). Mungkin satu hari nanti kita akan mencontohi beberapa buah negara misalnya Filipina yang saya maklumi mengkategorikan anak mudanya sebagai berusia 30 tahun dan ke bawah. Jujurnya, dalam bidang pengajian belia, malah sosiologi sendiri, kelompok manusia memang ada dikategorikan berasas ciri demografik umur dan ia mewakili nilai dan pendekatan berbeza untuk berdepan dengan kelompok berbeza. Mungkin satu capaian pantas yang boleh diambil ialah kategori perkembangan manusia oleh Eric Erickson.
Di luar aspek teknikal ini, saya lebih berminat dengan usul “Mengia dan Mengimarahkan slogan Keadilan Untuk Semua”. Untuk saya, jatuh bangun masa depan PKR banyak bergantung kepada perbincangan falsafah tentang keadilan dan kebebasan yang kemudiannya diterjemahkan dalam tindakan dan aksi politik setiap pimpinan dan ahli.
Saya selalu menyatakan kepada teman-teman – baik yang berparti dan tidak – bahawa untuk melawan kezaliman cukup kita memerlukan kesedaran, tetapi untuk menegakkan keadilan, kita memerlukan kejujuran, kesedaran, kebijaksanaan dan keberanian. Memang kezaliman adakalanya memerlukan lebih dari kesedaran, tetapi cukup dengan adanya kesedaran membolehkan kita ‘melawan secara senyap’. Apa yang saya cuba maksudkan di sini secara umum ialah “lebih mudah bercakap tentang isu-isu kezaliman, salah guna kuasa dan sebagainya ketika menjadi pembangkang berbanding ketika menjadi kerajaan”.
Saya berharap, dengan menjadi “semakin demokratiknya PKR” akan membantu kemajuan demokrasi di Malaysia untuk kebebasan dan keadilan.
Mungkin elok saya nukilkan semula pesan Reinhold Neihbuhr dari tulisan Children of Lights and Children of Darkness yang dikutip sebagai antara baris penting dalam Perisytiharan Permatang Pauh untuk ingatan kita semua bahawa “keinginan kepada keadilan memungkinkan demokrasi terjadi tetapi kemahuan kepada kezaliman menjadikan demokrasi perlu”.
Atas nama demokrasi manusia boleh bergerak menemukan kebaikan umat dan atas nama demokrasi juga manusia boleh menjustifikasikan kezaliman mereka sebagai “disokong majoriti”.
PKR mungkin tidak memerlukan silibus teks usrah sebagaimana PAS, tetapi tiap ‘cabang’ dan ‘ranting’ (yang bunyinya berbaur Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) ini) harus bergerak menjadi minoriti kreatif – kelompok yang dibahasakan Sokrates – untuk mendobrak kebekuan persekitaran dan mengembangkan masyarakat madani.
Masa depan PKR bergantung kepada sejauh mana anak-anak muda yang mendokongnya sedia mempertahankan semangat Perisytiharan Permatang Pauh berbanding dari hanya untuk terlibat dalam politik kekuasaan yang penuh intrik semata-mata.
Sekali lagi, tanpa menafikan karisma, jasa, pengorbanan dan kebijaksanaan Dato’ Seri Anwar, mungkin segenap pendokong PKR patut mula membincangkan ruang yang cukup bagi perjuangan pasca-Anwar dapat diisi dengan baik.
Saya akhiri, seperti ayat terakhir yang disytiharkan di Permatang Pauh pada tanggal 12 September 1998: Masanya telah tiba. Bersatulah untuk reformasi.
Amin Ahmad ialah pelajar sepenuh masa di universiti kehidupan.
Quo Vadis PAS? Amin Ahmad
Ucapan Dasar Timbalan Presiden Keadilan: Malaysia Tanpa Umno Azmin Ali
Pemilihan Terus Suburkan Demokrasi Amin Ahmad
Azmin Ali: 901 Peluang Polis Pulihkan Imej yang Tercalar Ammar Gazali
Manifesto Menuju Putrajaya dan Azmin Ali Khalid Jaafar
Langkah Kanan Politik Islam ke Abad 21 Saifullah Zulkifli