JalanTelawi [Beta] » Jerman

Kant dalam Konteks Masyarakat dan Budaya Malaysia
Immanuel Kant

Kant adalah seorang ahli falsafah berbangsa Jerman yang dilahirkan di Konigsberg, Prussia Timur pada tahun 1724. Beliau meninggal dunia pada tahun 1804 pada usia 80 tahun. Artikel beliau berjudul Was ist Aufklarung? telah diterbitkan oleh majalah Berlinische Monatschrift pada bulan November tahun 1784 (Rabinow 1984:32). Ia merupakan respons Kant terhadap soalan yang diajukan oleh sidang pengarang majalah tersebut mengenai persoalan Pencerahan.

Artikel tersebut hanya merupakan esei yang ringkas tetapi padat, jauh berbeza dari karya agung beliau berjudul Kritik der Reinen Vernunft yang diterbitkan pada tahun 1781, iaitu kira-kira tiga tahun sebelum Aufklarung. Di dalam esei ringkas itu, beliau cuba mengupas persoalan ‘apakah yang dimaksudkan dengan pencerahan dan ciri-cirinya’. Kant mencabar pembacanya dengan kata-kata Sapere Aude! (beranilah berfikir!), yang juga boleh dianggap sebagai slogan pencerahan. Menurut kajian Profesor Peter Gay (1966:11), seorang pakar dalam sejarah Enlightenment :

In 1784, at the height of the Age of Enlightenment, the German philosopher Immanuel Kant wrote an article for a popular audience explaining the meaning of the word that gave the age its name. “Enlightenment”, Kant began, “is the man’s emergence from his nonage”. This nonage, or immaturity, he continued, was caused not by “lack of intelligence, but lack of determination and courage to use that intelligence without another’s guidance. Sapere aude! Dare to know! Have the courage to use your own intelligence!”

Kata-kata Kant ini memberikan gambaran seolah-olah manusia Eropah tidak berani berfikir sebelum itu. Sebenarnya jarak di antara zaman Pencerahan dan zaman sebelumnya, termasuk zaman Pertengahan, tidaklah sebegitu jauh bezanya seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Tradisi ilmiah di universiti-universiti di Eropah sudah lama mengamalkan tradisi disputatio, atau perbahasan intelektual di dalam sistem pengajian mereka (Grant 1996:39-41).

Cuma batasan dan sempadan yang jelas dikenakan ke atas aktiviti intelektual tersebut, di mana pemisahan dibuat di antara pengajian di Fakulti Sastera–yang mengandungi falsafah–dan Fakulti Teologi.

Malahan di abad ke-13 terdapat seorang tokoh bernama Peter Abelard yang bijak berhujah, tetapi beliau juga dikenakan sekatan oleh pihak Gereja. Zaman Renaissance di abad ke 15 dan 16 di Itali juga melahirkan ahli fikir aliran humanis seperti Erasmus (lahir 1467), yang mengkaji semula ilmu Yunani, dan mengambil sikap kritis terhadap falsafah Kristian.

Malahan gerakan Enlightenment di Eropah telah didahului oleh Perancis–dengan kumpulan Philosophes mereka yang terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Voltaire–sebelum ianya merebak ke Jerman. Revolusi Kant sebenarnya adalah lanjutan daripada Reformasi Protestan yang dicetuskan oleh Martin Luther, dengan perbezaan bahawa Kant menekankan akan aspek sains dan falsafah dalam pembaharuan abad ke 18 ini.

Menurut Peter Gay (1966:12) “Even the Protestant Reformation, despite its call for a return to the beliefs of early Christianity, helped to prepare the way for the Enlightenment by disrupting the unit of Western Christendom and weakening the authority of the Church”. Malahan keluarga Kant sendiri merupakan penganut mazhab Pietisme, iaitu satu aliran Lutheran/Protestant.

Falsafah Kant muncul daripada satu konteks sejarah dan budaya yang tertentu: iaitu Eropah di abad ke-18, yang dikaitkan dengan ‘Zaman Pencerahan’. Falsafah Kant merupakan satu respons kepada pengaruh pemikiran sezamannya, seperti Falsafah Hume yang telah membangkitkan beliau dari ‘tidurnya yang lena’, dan pengaruh fizik Newton memukau imaginasi Kant.

Namun begitu ini tidak bermakna bahawa falsafah beliau tidak mempunyai aspek-aspek universal, yang boleh dikaitkan dengan ruang dan masa yang berlainan daripada tempat kelahirannya. Sumbangan beliau lebih tertumpu kepada, dan lebih dikenali di dalam, bidang epistemologi atau ‘teori ilmu’, khususnya melalui karya agung beliau Kritik der Reinen Vernunft, yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Critique of Pure Reason.

Walaupun Kant tidak dikenali sebagai ahli falsafah politik mahu pun ahli falsafah budaya, namun oleh kerana kedudukan asas bidang epistemologi itu, maka ianya memberi implikasi terhadap kedua-duanya. Kant, seperti juga ahli-ahli falsafah yang agung sebelumnya seperti Plato dan Aristotle dari tamadun Yunani masih dibincangkan hingga ke hari ini. Michel Foucault (1984) mithalnya mengulangi semula soalan ini dan menjenguk kembali pemikiran Kant melalui artikelnya yang berjudul “What is Enlightenment” (Rabinow 1984:32-50).

2.0 Kant, Foucault dan Wacana Rasionaliti dan Pencerahan di Malaysia

Kalau relevansi Kant kepada pemikiran dan budaya Eropah tidak dipertikaikan, bagaimana pula dengan pemikiran Kant dalam konteks masyarakat dan budaya Malaysia? Adakah intelektual kita bersifat ‘mengada-ada’ bila membawa Kant ke mari? Saya fikir tidak.

Lebih-lebih lagi dalam era globalisasi ini di mana kita terdedah kepada pelbagai jenis pemikiran, dan tidak lagi terlindung dalam satu kepompong pemikiran yang ‘selamat’, maka perbincangan intelektual seperti ini tidak harus dianggap sebagai ‘irrelevant‘. Perbincangan Kant tentang rasionaliti, sains dan agama umumnya adalah bersifat universal dan bukan terpencil.

Mungkin kerana sebab itu maka intelektual tempatan kita seperti Syed Naguib, di dalam membincangkan tentang persoalan sekularisme dan agama, telah merujuk kepada pemikiran Kant. Syed Naguib seawal 1978 lagi di dalam artikel yang kemudian dimuatkan ke dalam bukunya Islam and Secularism (1993), telah mengkritik Kant kerana penolakan Kant terhadap kesahihan ilmu metafizik. Menurut Syed Naguib (1993[1978]:37)

After Kant in the 18th century, metaphysics was considered an unnecessary and deceptive guide to reality and truth which should be abandoned by rational, thinking men, as it was demonstrated by philosophy that spiritual realities and truths cannot be known and proved, and that none can be certain of their existence.

Jika Syed Naguib merupakan pengkritik Kant dan tradisi Pencerahan yang didukunginya, Khalid Jaafar pula melihat Kant dan Pencerahan dalam nada yang agak positif. Baru-baru ini (26 Disember 2006) Khalid Jaafar (2006:13) di dalam kata pengantarnya kepada buku “Apa itu Pencerahan?” yang diterjemahkan oleh Pauline Fan dari teks asal oleh Kant yang berjudul “Was ist Aufklareung?‘, telah memberikan rasional berikut mengenai penterjemahan buku tersebut:

Dan apakah relevannya esei Kant ini pada kita? Tentunya sebagai pemikiran ia mempunyai konteks. Ia bukan suatu yang transendans. Ia tercetus dalam sejarah. Ada nasab dan arkeologinya. Tetapi nasab dan arkeologinya tidak semesti menjadikannya tidak relevan kepada masyarakat di luar nasab dan arkeologi tersebut. Pencerahan, sebagaimana Renaissance sebelumnya, membebaskan tenaga pikiran manusia. Dan reaksi serta penentangan kepadanya pun mencetuskan ledakan imaginasi dan kreatif. Begitu besar kesannya sehingga kita tidak boleh memikirkan zaman moden tanpa Pencerahan. Sikap kritis, penggunaan akal sebagai alat untuk menyoal siasat sistem politik, ekonomi dan sosial, dan juga amalan beragama, menjadikan disiplin Pencerahan sesuatu yang subversif dalam masyarakat otoritarian. Dari aspek ini Pencerahan akal musuh kepada amalan, sistem dan kekuasaan yang tidak mahu disoal legitimasi dan keadilannya. Dengan itu juga Pencerahan itu menjadi rakan dan juga strategi kepada perjuangan untuk kebebasan dan keadilan.

Khalid seolah-olah menaruh harapan yang begitu besar kepada ‘Pencerahan’ untuk mengubah sesuatu keadaan yang dianggapnya ‘tidak betul’, mungkin kerana terdapat unsur penindasan, ketidaktelusan dan sebagainya.

Apapun motif beliau yang sebenarnya, agak menarik bagi mencari ‘teman perjuangan’ dalam pemikiran Kant, yang agak kurang tersohor dalam bidang falsafah politik berbanding dengan Plato dan  Karl Popper. Kuasa bagi Kant adalah kuasa pemikiran dan dalam hal ini saya teringat akan pandangan Fukuyama yang mengatakan bahawa ‘legitimation is the weapon of the weak‘.

Bagi Isaiah Berlin juga, pemikiran atau ‘ideas’ itu mempunyai kuasanya yang tersendiri yang mampu mengubah masyarakat dan budaya. Berlin sendiri menyaksikan pengaruh pemikiran itu semasa hayatnya, apabila keluarga beliau terpaksa berhijrah keluar dari Rusia semasa berlaku Revolusi Sosialis di Rusia pada awal abd ke-20.

Tetapi pengaruh pemikiran itu lebih bersifat jangka panjang, dan bukannya strategi politik jangka pendek. Dan di dalam hal ini, pemikir liberal seperti Karl Popper juga mengingatkan kita akan bahaya pemikiran Utopia; suatu idealisme yang menjurus kepada kesempurnaan tak kira apa pun harga yang perlu dibayar untuk mencapainya.

Pencerahan sebenar tidak seharusnya didorongi oleh political expediency atau matlamat jangka pendek. Ia seharusnya berjalan untuk membawa kepada perubahan sebenar masyarakat kepada suatu keadaan yang lebih baik. Dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘suatu keadaan yang lebih baik itu’? Ini juga harus dibahaskan secara terbuka, jika kita benar-benar ingin mengelakkan otoritarianisme.

Pencerahan sebenarnya adalah gergaji dua mata; kerana ia seharusnya membenarkan dirinya dikritik. Sekurang-kurangnya inilah pendapat Michel Foucault ( 1984) di dalam tulisannya ‘What is Enlightenment?‘. Foucault (1984:43) benar-benar menghayati semangat Pencerahan dan bukan ‘doktrin Pencerahan’ yang boleh bersifat dogmatik dan kaku, apabila beliau menulis:

But that does not mean that one has to be “for” or “against” the Enlightenment. It even means precisely that one has to refuse everything that might present itself in the form of a simplistic and authoritarian alternative: you either accept the Enlightenment and remain within the tradition of its rationalism… or else you criticize the Enlightenment and then try to escape from its principles of rationality…

We must try to proceed with the analysis of ourselves as beings who are historically determined, to a certain extent, by the Enlightenment. Such an analysis implies a series of historical inquiries that are as precise as possible; and these inquiries will not be oriented retrospectively toward the “essential kernel of rationality” that can be found in the Enlightenment and that would have to be preserved in any event…

This permanent critique of ourselves has to avoid the always too facile confusions between humanism and Enlightenment.

Bagi Foucault projek Pencerahan itu adalah satu projek yang berterusan; sebagai satu cara berfalsafah dan bukannya sebagai falsafah yang dogmatik dan doctrinaire. Saya kurang bersetuju dengan penilaian Khalid Jaafar (2006:13) bahawa Foucault telah ‘mendekonstruksi’ Pencerahan itu sendiri. Bagi saya usaha Foucault itu lebih ke arah menghidupkan semula semangat berfikiran kritis itu sendiri, sebagaimana yang dikehendaki oleh tokoh-tokoh Pencerahan seperti Kant dan Locke.

Pencerahan tidak seharusnya dilihat sebagai ‘kritikan terhadap pemerintah atau golongan yang berkuasa’. Ianya juga boleh ditujukan kepada diri sendiri sebagai individu. Malahan inilah yang diperkatakan oleh Kant di dalam esei beliau itu, apabila beliau menganggap seseorang individu itu sebagai ‘tidak matang’ (immature/Mundigkeit), apabila terlalu bergantung kepada otoriti atau kuasa besar. Dalam hal ini, seseorang yang mempunyai ‘mentaliti subsidi’ juga boleh dianggap kurang matang, kerana gagal berdikari dari segi mental mahupun fizikal.

3.0 Akal dan Mistisime: Ke Mana Hala Tuju ‘Pencerahan Tempatan’?

Apabila saya merujuk kepada reaksi Syed Naguib terhadap Kant, saya bukan hanya tertarik kepada ulasan beliau terhadap Kant. Tetapi saya juga ingin melihat perbezaan dua cara pemikiran yang berlainan dan mungkin juga bertentangan.

Kalau kita inginkan satu ‘Pencerahan ala Malaysia’ maka di gelanggang inilah kita harus bersilat dulu; yang lain itu boleh dianggap sebagai bunga-bunganya saja, sebagai satu tarian hiasan seperti silat pulut. Kita tak mungkin terkencing dalam seluar kerana silat pulut.

Syed Naguib selain merupakan seorang ahli falsafah dan pemikir yang berpengaruh di negara ini, juga membawa satu aliran pemikiran yang tertentu, yang mempunyai ramai peminat dan pengikut. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa beliau telah mempersembahkan Mistisime, khususnya Sufisme, dalam bentuk kesarjanaan dan intelektual, sekaligus memberi keyakinan semula kepada golongan muda untuk menghayati agama dalam kerangka intelektual yang ampuh dan kukuh (Mona Abaza 2002).

Malahan beliau berpendapat bahawa Islam telah membawa budaya rasional ke rantau ini. Tetapi Naguib bukanlah pendukung rasionalisme ala Kant. Beliau tidak menolak ilmu metafizik seperti mana Kant menolak. Ini mungkin kerana tradisi Sufisme yang beliau dukungi. Naguib masih mahu mengekalkan enchantment melalui agama.

Dalam hal ini beliau tidak keseorangan, malahan jika dilihat dari sudut falsafah Barat, satu gerakan pemikiran yang diberi nama counter-Enlightenment yang dikaitkan dengan aliran Romantisisme telah muncul, dan diperjuangkan oleh tokoh-tokoh seperti Vico, Hamann, Herder dan Fichte. Walaupun mereka dikaitkan dengan tradisi Humanisme dan bukannya keagaman namun juga menentang aliran Rasionalisme yang dibawa oleh Kant.

Ini membawa saya kepada persoalan modenisme. Di dalam hal ini saya ingin menarik perhatian anda kepada satu tulisan Orhan Pamuk, penulis berbangsa Turki yang telah memenagi Hadiah Nobel bagi Sastera dalam tahun 2006. Di dalam bukunya Istanbul: Memories of a City, beliau telah membincangkan tentang konsep ‘Hüzün’ yang diterjemahkan oleh beliau sebagai ‘melancholy‘. Dalam Bahasa Melayu ia mungkin boleh diterjemahkan sebagai ‘kesedihan’, ‘kepiluan’ atau ‘duka lara’. Di sini saya petik tulisan Orhan Pamuk (2006:81-82) dengan panjang lebar:

According to the first tradition, we experience the thing called hüzün when we have invested too much in worldly pleasures and material gain; the implication is that ‘if you hadn’t involved yourself to deeply in this transitory world, if you were a good and true Muslim, you wouldn’t care so much about your worldly losses’. The second tradition, which rises out of Sufi mysticism, offers a more positive and compassionate understanding of the word and of the place of loss and grief in life. To the Sufis, hüzün is the spiritual anguish we feel because we cannot be close enough to Allah, because we cannot do enough for Allah in this world. A true Sufi follower would pay no attention to worldly concerns like death, let alone goods or possessions: he suffers from grief, emptiness and inadequacy because he can never be close enough to Allah, because his apprehension of Allah is not deep enough. Moreover, it is the absence, not the presence, of hüzün that causes him distress. It is the failure to experience hüzün that leads him to feel it; he suffers because he has not suffered enough; and it is by following this logic to its conclusion that Islamic culture has come to hold hüzün in high esteem. If hüzün has been central to Istanbul culture, poetry and everyday life over the past two centuries, if it dominates our music, it must be at least partly because we see it as an honour. But to understand what hüzün has come to mean over the past century, to convey its enduring power, it is not enough to speak of the honour that Sufi tradition has brought to the word.

Bagi Pamuk kota Istanbul adalah kota yang diselubungi oleh kesuraman yang membawa kepada Hüzün. Apa juga penghakiman sejarah kepada kota yang pada satu masa dahulu boleh dianggap sebagai ‘ibukota dunia’, dan pernah menyaksikan zaman kegemilangannya yang tersendiri, namun penghuni Istanbul tabah menghadapi Hüzün yang menyelubungi mereka.

Ketabahan ini menurut pandangan Pamuk berpunca dari fahaman dan amalan Sufisme yang diwarisi turun temurun. Di saat itu di dalam rentetan pembacaan saya akan buku tersebut, saya beranggapan bahawa Pamuk mengiyakan pengaruh Sufisme ke atas masyarakat Turki, khususnya di Istanbul.

Tetapi saya agak terperanjat apabila setelah membaca seterusnya, saya dapati bahawa beliau menganggap pengaruh tersebut sebagai bersifat negatif, dan bagaimana rakyat Turki harus keluar darinya. Pencarian Pamuk akan kejatian diri dan budaya tidak terhenti di persada Sufisme rupa-rupanya! Beliau kemudiannya menyebut tentang Montaigne, seorang pemikir Perancis yang mendukung aliran modenisme. Menurut Orhan Pamuk (2005:94-95) lagi:

The hüzün of Istanbul suggests nothing of an individual standing against society; on the contrary, it suggests an erosion of the will to stand against the values and mores of the community, encourages us to be content with little, honouring the virtues of harmony, uniformity, humility. Hüzün teaches endurance in times of poverty and deprivation, it also encourages us to read life and the history of the city reverse. It allows the people of Istanbul to think of defeat and poverty not as a historical endpoint, but as an honourable beginning fixed long before they were born. So the honour we derive from it can be rather misleading. But it does suggest that Istanbul does not bear its hüzün as an incurable illness that has spread throughout the city, as an immutable poverty to be endured like grief, or even as a perplexing failure to be viewed in black and white: it bears its hüzün with honour.

As early as 1580, Montaigne argued that there was no honour in the emotion he called tristesse. (He used this word even though he knew himself to be a melancholic; years later, Flaubert, likewise diagnosed, would do the same.) Montaigne saw tristesse as the enemy of self-reliant rationalism and individualism. Tristesse, in his view, did not deserve to be set in capital letters alongside  the great virtues, Wisdom, Virtue and Conscience, and he approved of the Italian association of tristezza with all manner of madness and injury, the source of countless evils.

Montaigne’s own sorrow was as solitary as mourning, eating away at the mind of a man who lives alone with his books. But the hüzün of Istanbul is something the entire city feels together and affirms one. Just like the heroes Tantipar’s Peace, the greatest novel ever written about Istanbul: because of the hüzün they derive from the city’s history, they are broken and condemned to defeat. It is hüzün that ordains no love will end peacefully. Just as in the old black-and-white films, even in the most affecting and authentic love stories, if the setting is Istanbul it’s clear from the start that the hüzün the boy has carried with him since birth will lead the story into melodrama.

Bagi saya, analisa yang dilakukan oleh Pamuk ini begitu menarik, bukan kerana sikap pro atau kontranya terhadap Sufisme, tetapi mengenai pandangannya tentang ‘peralihan daripada dunia lama ke dunia baru’. Ianya juga tidak bersifat modenisme sempit yang mungkin dikaitkan dengan Rasionalisme abd ke 18.

Dalam hal ini saya teringat juga akan usaha-usaha awal yang akan dilakukan oleh cendekiawan-cendekiawan Melayu di awal abad ke 20 seperti Za’aba dan ulamak golongan muda, yang lebih menekankan akan self-empowerment, dan menolak konsep tawakkal yang salah, yang mungkin bertanggung jawab bagi ‘ketidakmatangan’ seseorang itu. Iqbal, yang dipengaruhi oleh falsafah Eropah, khususnya pemikiran Nietzsche, juga menampakkan kecederungan yang sama, dan menekankan akan aspek “Diri’ atau “self’ itu.

4.0 Kesimpulan

Saya rasa kalau kita mencari Pencerahan abad ke 21 di Malaysia, kita harus mengkaji dan menilai Orhan Pamuk ini. Beliau, seperti juga Kant di zamannya telah memberikan makna baru kepada istilah ‘Pencerahan’ itu, supaya ia tidak kaku dalam memori sejarah, tetapi hidup segar dalam kehidupan zaman ini. Mungkin pandangan beliau tidak mempunyai implikasi politik secara langsung, tetapi revolusi peribadi yang dimungkinkannya, adalah satu pencapaian peribadi yang lebih tinggi nilainya.

Gerakan Enlightenment di Eropah walaupun telah berjaya membawa pembaharuan di dalam beberapa aspek kehidupan di Eropah, tidak berjaya melahirkan syurga dunia yang diharap-harapkan daripada penggunaan akal. Malahan Revolusi Perancis yang tercetus pada 1789 hasil dari pemikiran Enlightenment telah berjaya banyak menimbulkan huru hara dan membawa kepada kekuasaan Napoleon Bonaparte lebih kurang sebelas tahun selepas itu.

Negara-negara Eropah yang dikaitkan dengan Enlightenment, seperti Perancis, Jerman, Britain dan Itali telah terlibat dalam dua kancah peperangan. Mungkin manusia ini tidak boleh dilihat dari segi rasionalnya sahaja, kerana ianya makhluk yang kompleks. Walaupun kebebasan berfikir dan penggunaan pemikiran yang rasional boleh mengelakkan pemerintahan kuku besi, ia masih belum tentu dapat menjaminkan masyarakat yang sejahtera dan adil.

Namun demikian ini tidak bermakna bahawa kita boleh membelakangkan akal. Selain akal, pembaharuan juga memerlukan keberanian untuk ‘berdikari’; ia memerlukan satu semangat yang mungkin melebihi apa yang mampu disajikan oleh akal semata-mata.

‘Kritikan yang abadi’ melalui akal–seperti yang dianjurkan oleh Foucault–mungkin boleh mengelakkan kita dari melakukan kesilapan dan keburukan, tapi satu daya dan semangat yang positif, yang berani meletakkan diri dalam pembangunan dunia, dan bukan menyisihkan diri atas apa jua alasan, adalah diperlukan jika kita ingin mencapai potensi kita sebagai manusia di alam ini.

Kita harus mencari semula titik pertemuan yang sebenar antara manusia dan Tuhan dan tidak takut melakukan sesuatu hanya kerana kita gagal memahami hubungan sebenar dan sejati antara manusia dan Penciptanya. Anugerah Tuhan, termasuk akal dan pancaindera, tidak harus dipersiakan di dalam memakmurkan bumi Tuhan ini.

Prof. Dr. Mohd Hazim Shah Abdul Murad, pensyarah dan profesor di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya.

Tulisan ini bertajuk Kant dalam Konteks Masyarakat dan Budaya di Malaysia: Apakah Kerelevanannya? adalah pembentangan yang disampaikan oleh penulis ketika majlis pelancaran buku Apa itu Pencerahan? yang dianjurkan oleh Insitut Kajian Dasar (IKD).

Rujukan

Berlin, Isaiah. 1981. Against The Currents. Oxford: Oxford Universiti Press.

__________ . 1984. The Age of Enlightenment. New York: Meridien.

Gay, Peter. 1966. Age of Enlightenment. AMsterdam: Time-Life Books.

Grant, Edwards. 1996. The Foundations of Modern Science in the Middle Ages. Cambridge: Cambridge University Press.

Kant, Immanuel. 2006. Apa itu Pencerahan? Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar. Terjemahan oleh Pauline Fan.

Khalid Jaafar. 2006. ‘Kata Pengantar’. Di dalam. Apa itu Pencerahan? Kuala Lumpur: Insitut Kajian Dasar. m.s. 1-13.

Mead, George Hebert. 1936. Movements of Thought in the Nineteenth Century. Vol.2. Chicago: University of Chicago Press.

Mona Abaza. 2002. Two Intellectuals: The Malaysian S.N. Al-Attas and the Egyptian Mohammed ‘Immara, and the Islamization of Knowledge Debate. Asian Journal of SOcial Science. 30:2 (354-383).

Pamuk, Orhan. 2005. Istanbul: Memoirs of a City.

Rainbow, Paul. 1984. The Foucault Reader. New York: Pantheon Books.

Syed Muhammad Naguib al-Attas. 1993[1978]. Islam and Secularization. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization.

Kiriman Berkaitan

Ibn Rushd, Kant, dan Projek Pencerahan Islam Luthfi Assyaukanie

Kebebasan Politik dan Demokrasi Liberal dalam Dunia Islam Anwar Ibrahim

Runtuhkan Tembok Ini! Amin Ahmad

Phil Ochs Meor Yusof Aziddin

Koridor Pencerahan Johor Sidiqin Omar

Biografi Rainer Maria Rilke admin

Kulturkampf
Dua minggu kebelakangan ini banyak terisi dengan pelbagai interaksi dan aktiviti yang membentuk perspektif saya dalam wacana silang budaya serta pemahaman baru tentang sejarah perkembangan Jerman.

Dalam satu sesi pertemuan dan perbincangan dengan beberapa personaliti muda di Stuttgart minggu lalu, saya berpeluang membina jaringan kenalan baru, kebanyakannya berasal dari Timur Tengah dan sebilangan kecil lagi dari Jerman.

Kami berbahas tentang beberapa tema kontroversi termasuklah persoalan pertembungan agama, nilai, tradisi dan budaya yang diamalkan di negara masing-masing.

Wacana Silang Budaya

Saya terkesan dengan penglibatan aktif Hiba, gadis Arab asal Jerusalem yang menetap di Arab Saudi namun memegang kerakyatan Jordan. Beliau tanpa apologetik meluahkan kritikan terhadap konservatisme ekstrim yang diamal oleh kerajaan Arab Saudi serta diskriminasi ke atas golongan wanita, namun pada masa sama tetap mempertahankan nilai Islam serta tradisi yang mendukung aspirasi intelektual dan moral masyarakat.

Wacana silang budaya dengan peserta dari pelbagai negara dan latar belakang. © Najwan Halimi

Manakala Bilal, anak muda asal Lubnan yang faseh bertutur bahasa Jerman juga mencuri perhatian sepanjang sesi perbincangan. Beliau menceritakan pengalamannya mendewasa sebagai saksi kepada perang saudara yang panjang di Lubnan serta impaknya terhadap keluarga dan perkembangan intelektual beliau. Berasal dari keluarga besar dengan sejumlah sepuluh orang adik-beradik menjadikan beliau cekal dan lebih berdikari.

Berkelulusan dalam disiplin kejuruteraan, Bilal memilih untuk berkerja sebagai seorang pustakawan di Lubnan dengan alasan ‘lebih mudah untuk membaca dan menimba ilmu secara percuma’. Dari situ beliau belajar bahasa Jerman – menerusi pembacaan dan merujuk kepada kamus terjemahan. Dan kini beliau memiliki sijil asas untuk mengajar bahasa Jerman kepada pelajar tahap pertama.

Saya turut berkongsi beberapa hal melibatkan permasalahan budaya yang terkait agama khususnya yang melanda Malaysia seperti isu kepala lembu, penggunaan nama Allah oleh kelompok Kristian, serbuan terhadap gereja Methodist di Damansara Utama serta kontroversi seksualiti yang hangat diperkatakan kebelakangan ini. Tatkala Malaysia mahu menzahirkan imej sebagai sebuah negara Islam moden dan progresif, namun pada masa sama isu-isu sensitif begini maseh gagal ditangani dan diselesaikan oleh pemerintah sehingga mewujudkan jurang luas di kalangan rakyat pelbagai agama dan budaya.

Saya memetik istilah kulturkampf dalam menghurai situasi di Malaysia; dan ianya mungkin sedikit sebanyak ada persamaan dengan konflik di antara Gereja Roman Katolik dengan pemerintah Prussia sewaktu era Otto von Bismarck dalam menangani sekularisme dan otoriti agama pada tahun 1870-an.

Di Jerman kini, suasananya cukup berbeda. Urusan agama dan moral adalah soal individu dan bukan tertakluk di bawah kawalan pemerintah. Di kalangan peserta wacana, Lena, lulusan sains politik dari Universiti Frankfurt yang kini bertugas di sebuah institut kajian budaya di Stuttgart turut berkongsi cerita. Lena muda sedikit dari saya – awal 20-an barangkali. Dan beliau – bersama dengan teman lelakinya – kini memiliki seorang bayi perempuan berusia 15 bulan. Mereka tinggal serumah dan membesarkan bayi itu bersama-sama. Saya kaget. Ini situasi yang (pada pandangan saya yang sangat konservatif ini) janggal sekali jika di Malaysia. Lena menjelaskan bahawa kehidupan mereka ‘sekeluarga’ cukup baik; kerajaan memperuntukkan pelbagai elaun kebajikan buat pasangan yang memiliki dan membesarkan anak. Menurut beliau, setiap bayi yang dilahirkan bakal menerima elaun sekitar 200€ (sekitar RM800) setiap bulan manakala ibu bapa bayi tersebut menerima elaun sebanyak 300€ setiap bulan bagi tujuan penjagaan.

Persoalan tentang Yahudi dan beban sejarah yang dipikul oleh Jerman pasca Perang Dunia Kedua turut disentuh dan saya berkongsi pengalaman serta persepsi peribadi seputar lawatan ke Muzium Yahudi di Berlin beberapa hari sebelum itu.

Kebersalahan bersama

Sepanjang lawatan selama lebih enam jam ke muzium tersebut, saya mengesan betapa terderanya bangsa Jerman dalam memikul apa yang disebut sebagai collective guilt (kebersalahan bersama) pasca Perang Dunia Kedua.

Penindasan dan kezaliman di era pemerintahan Parti Sosialis Nasional (Nazi) pimpinan Adolf Hitler sememangnya menjadi beban sejarah terhadap warga Jerman hari ini. Ini disusuli dengan perlaksanaan dasar denazification (penyah-Nazi-an) oleh Kuasa Bersekutu dalam menghapus dan menyingkir semua elemen berkaitan fahaman sosialisme nasional yang menjadi teras kepada perjuangan Parti Nazi dalam struktur sosial masyarakat Jerman. Perlaksanaan dasar ini turut melibatkan aspek kebudayaan, media, ekonomi, kehakiman dan politik. Sebarang pengaruh atau organisasi berkaitan Nazisme adalah diharamkan.

Di Muzium Yahudi, kronologi sejarah bangsa Yahudi sekitar zaman Nazi © Najwan Halimi

Asas kepada collective guilt ini secara khusus adalah lantaran penindasan serta kezaliman Nazi terhadap masyarakat Yahudi di Jerman. Di Muzium Yahudi Berlin, ruang pameran dibahagi kepada tiga segmen utama iaitu Paksi Buangan (Axis of Exile), Paksi Holokaus (Axis of the Holocaust) dan Paksi Kelangsungan (Axis of Continuity).

Dua segmen awal iaitu Paksi Buangan dan Paksi Holokaus memaparkan dokumentasi sejarah pada era Nazi termasuklah barangan peribadi dan dokumen mangsa yang diusir dan diekstradisi ke kem tahanan (concentration camp) – kebanyakan dari mereka dibunuh dengan kejam. Saya turut merasai sendiri pengalaman berada di dalam Menara Holokaus (Holocaust Tower), berketinggian sekitar 25 meter yang dahulunya digunakan untuk mengurung orang-orang Yahudi di kem-kem tahanan. Sumber cahaya adalah terhad dan hanya masuk melalui bukaan kecil di atas bumbung manakala sistem pengudaraan pula adalah menerusi sebilangan lubang kecil bersaiz sebesar penutup botol air mineral.

Segmen Paksi Kelangsungan pula membawa kepada pameran-pameran utama iaitu sejarah perkembangan bangsa Yahudi di Jerman seawal abad ke-12, adat resam dan tradisi meliputi urusan kekeluargaan, budaya dan perniagaan, era Pencerahan yang melahirkan filasuf-filasuf seperti Moses Mendelssohn dan Baruch Spinoza sehingga ke era pasca Perang Dunia Kedua yang menyaksikan pergelutan dan kulturkampf masyarakat Yahudi menempatkan komuniti mereka dalam arus ketamadunan Jerman moden.

Saya menyatakan kekaguman dan rasa takjub terhadap pentafsiran serta keterbukaan yang dizahirkan oleh warga Jerman dalam menghargai, menginsafi dan menyantuni sejarah ketamadunan mereka. Tanpa silu dan malu, mereka bisa mengangkat dan memartabat warisan sejarah – baik yang cerah mahupun yang gelap – dan menjadikannya sebagai aspirasi pembangunan dan kemajuan.

Kini, Jerman adalah kuasa ekonomi utama di Eropah. Realitinya, perspektif silang dan jamak budaya di Malaysia maseh jauh ketinggalan. Selagi subjek kulturkampf ini tidak direnungi dan ditangani, selama itulah Malaysia akan terus bergelut dengan persoalan remeh-temeh yang hanya akan menjurus kepada perpecahan dan pertembungan kepercayaan di antara rakyat dan pemerintah.

NAJWAN HALIMI merupakan pengasas dan penggerak utama Akademi Pak Sako, akademi yang bertujuan melatih penulis muda berpotensi serta mencambah kebebasan idea dan ekspresi. Beliau kini berada di Berlin, Jerman sebagai perantis di Deutscher Bundestag.Kiriman Berkaitan

Menjawab Fitnah terhadap Israel admin

Kant dalam Konteks Masyarakat dan Budaya Malaysia Mohd Hazim Shah Abdul Murad

Angkatan Jahanam A. Sabri

Cinta Corrie Amin Ahmad

Tiada anti-Semitisme di India? admin

Runtuhkan Tembok Ini! Amin Ahmad

Elit-elit [Jangan] Poyo
Seorang anak kecil di Benut—bukan Berut!—dekat Batu Pahat, ke sekolah dengan basikal… apakah untung-nasibnya kelak? Seorang lagi sebayanya di Hartamas, Kuala Lumpur ke sekolah bekereta siap pemandu. Sebelum ke sekolah, seorang bersarapan ubi rebus cecah kelapa parut dan teh O; seorang itu dengan roti berkeju dan susu cokelat panas.

Kedua-duanya tidak punya apa-apa salah, tak ada dosa.

Tiga bab terakhir dalam buku Intelektual Masyarakat Membangun, Dr Syed Hussein Alatas khusus merumus punca-punca dan gejala mundur kelas atasan di dalam masyarakat membangun. Kelas ini dinamai sebagai “elit penguasa”. Terdirilah kaum elit penguasa itu berlegar-legar di dalam lima jurusan: politik, industri, kewangan, ekonomi dan birokrasi.

Di permulaan bab ke-6, penulis dan sang pemikir pun melancarkan kritik bilamana kaum elit di beberapa negara—dicontohkan dengan Indonesia dan India—sering menuding jari dan menyalahkan [mantan] penjajah sebagai penyebab kemiskinan atau tidak seimbangnya jurang kaya-miskin. Dari satu sudut pandang, kaya-miskin juga sering difahami sebagai jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar.

Kenyataannya, kaum elit yang mewarisi pemerintahan dan kuasa politik, khususnya yang menata kemerdekaan dari dulang emas penjajah—sepertimana para priyayi Umno yang dianugerah kuasa politik oleh British—tidak pula mewujudkan suasana cukup baik selepas merdeka. Perselingkuhan atau “hubungan gelap” elit tempatan-dengan-penjajah bukan sahaja berlaku di Malaysia [walau selepas Merdeka], tetapi juga di Indonesia. Malah, sekedar kajian awal di India, sebagai contoh, keadaan memburuk untuk paling kurang dua-tiga dasawarsa selepas India merdeka berbanding di era penjajahan sekalipun.

Hujah Karl Marx dijadikan asas perbincangan apabila Marx dikatakan melihat pergantungan desa yang mundur ke kota yang maju, adalah tembok penghalang kemajuan keseluruhan sesebuah negara-bangsa. Dengan memakai hujah seorang cendiakawan Sri Lanka, Ralph Pieris yang mengangkat Jepun sebagai model, hujah Marx sama-sama mula dicabar:

“Sebaliknya Jepun mempunyai sumber alam yang paling miskin dan kurang mempunyai pelaburan dan hubungan dengan Barat. Namun ia berikhtiar sendiri untuk mengangkat dirinya dengan berdiri di atas kakinya sendiri…”

Munculnya Jepun selepas Perang Dunia ke-2 segera menyamai tingkat kemajuan Jerman [Barat]—sebuah bangsa yang terus mengekalkan nilai tradisional dan disertai usaha gigih melenyapkan kebebalan kaum elitnya. Hanya dengan cara itu, cita-cita pemikir bangsa di era Meiji menjelang Retosrasi tahun 1868 untuk melahirkan “manusia Jepun baru”, dapat tercapai. Gagasan “manusia Jepun baru” itu pun dimulakan oleh golongan Samurai yang pandai baca-tulis dan bermotivasi intelektual… saya tambah, juga falsafah.

Kembali dengan contoh di India, sempadan pemisah kota dengan desa, kaya dengan miskin bukan hanya disebabkan pemisahan wilayah, tetapi lebih utama ialah bencana daripada faham “kasta”. Dari situlah bersemayamnya pembodohan dan bebalisme keseluruhan bangsa. Kasta tidak hanya wujud dalam pengertian dan kepercayaan agama. Kasta tidak cuma wujud secara alami atau fitrah kejadian manusia. Kasta juga wujud dengan konspirasi senyap dan pemaksaan politik kekuasaan kaum elit.

Di Indonesia, penulis Prameodaya Ananta Teor menyebutkan akan hal itu sebagai “budaya panutan”, yang merujuk kepada pemujukan atau juga pemaksaan apa sahaja yang dikehendaki difahami rakyat oleh kelas bangsawan. Benar tidaknya sesuatu yang dikemukan itu, seakan-akan tak bisa dipertikai; dan di dada serta di dahi para elit itu pun diberikan pelbagai gelar bagi menunjukkan kebesaran dan kewibawaan mereka.

Budaya itu dimulakan oleh anak-anak kelas elit yang mendapat pendidikan di Belanda sejak sebelum merdeka. Kasta ala baru—selepas leburnya kerajaan Mahapahit di awal abad ke-16 dan melemahnya ajaran Hindu—seberangkat sebelum tercetusnya semangat kemerdekaan lagi.

Ada pun tujuan kasta yang tidak alamiah itu adalah untuk selamanya memberi untung kepada kelas atas dan yang teratas: priyai: bangsawan: elit, atau apa jugalah namanya dipanggil. Tidak kepada rakyat terbanyak—sementara rakyat terbanyak dilihat hanya sebagai keping-kepingan kertas undi kepada kuasa “politik vertikal”, selain sebagai sumber buruh.

Indonesia merdeka tiga tahun selepas Hiroshima dan Nagasaki diletupkan dengan atom, dan, seandainya diambil tempoh itu, secara logiknya tentulah hari ini kemajuan Indonesia setingkat Jepun. Malangnya tidak. Malaysia pula, sembilan tahun selepas kemerdekaan Indonesia; juga jauh jika hendak dibandingkan dengan Jepun malah semakin tercecer meski dengan Singapura yang merdeka lebih lewat ketimbang Tanah Melayu.

Wujudnya “konspirasi senyap” kekelasan (kasta) itu tadi, dapat tergambar dalam kisah si kecil di Hartamas, yang mungkin sahaja bersekolah di sekolah antarabangsa; yang barangkali bapanya seorang petinggi kantor pemerintah. Si anak memang bertutur bahasa Inggeris sejak kali pertama dia bangun untuk ke tandas di hadapan cikgunya di dalam kelas. Dia hanya meneruskan sesuatu dari keluarganya. Si anak awalnya, bukan pendosa.

Saya membayangkan, bapa kepada anak kecil itu adalah daripada generasi kedua yang datang ke ibu kota. Ibunya katakan memang orang Petaling Jaya, dan bapanya berasal dari Benut—bukan Berut! Datuk-nenek sebelah ibunya yang pertama datang ke Kuala Lumpur berbanding keluarga sebelah bapa. Pencapaian akademik yang disusuli peluang kerja di pejabat pemerintah menjadi latar pencapaian keluarga ibu-bapanya, sepertimana adanya dia sekarang.

Namun, sepertimana adanya dia sekarang tak terlepas daripada persoalan “Kaum Elit Yang Mundur dan Pemodenan” yang menjadi tumpuan perbincangan bab ke-9, buku Syed Hussein yang sekaligus menjadi permulaan tulisan ini tadi. Kaum elit langsung tidak memberi tauladan kepada kelas-kelas di bawah mereka.

Syed Hussein mengisahkan dengan mengambil pandangan seorang orang India, A. Rahman dari Dewan Penelitian Ilmiah dan Industri New Delhi, yang antara lain menyebutkan satu mata rantai besi pengikat negeri India untuk mara dan maju segagah Jepun ialah “sejumlah akibat yang timbul dari penguasaan bahasa asing, bahasa Inggeris, sebagai alat komunikasi ilmiah.”

Dilewati lagi bahawa ilmu pengetahuan moden yang datang ke India dari sumber luar tidak bersambung dengan tradisi India. Daripada kenyataan itu, Syed Hussein seakan-akan membubuhkan kesimpulan bahawa “kejayaan pemodenan di Jepun dan Rusia: ilmu pengetahuan dikomunikasikan dalam bahasa mereka sendiri”.

Bahasa ibunda mana pun akan berhadapan masalah besar apabila ia bertujuan kepada benda yang karut-marut, hal-hal takhyul dan tidak ilmiah. Seawal persediaan kemerdekaan, kedua pihak sama ada politik aliran kiri atau kanan, sama ada yang rapat dengan Inggeris atau yang berenggang, telah memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kerakyatan untuk negara yang bakal merdeka. Pengunaan bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kebangsaan ke-2 hanya diperlukan sekira-kira 10 tahun selepas merdeka bagi sebelumnya membiasakan diri segelintir warganegara yang belum terbiasa dengan bahasa Melayu.

Dalam satu memorandum (dipetik daripada buku “Memoranda” terbitan Oxford University Press, 1962) bertarikh 15 Disember 1953 yang diserahkan kepada Jawatankuasa Reid sebagai wakil Ratu England, Angkatan Sasterawan ’50 menyebutkan:

“Bahasa perantaraan di antara berbagai-bagai kaum di negeri ini yang berjumlah golongan yang terbesar ialah Bahasa Melayu.”

Kenyataan Angkatan ’50 bukan dek sentimen atau disebut sebagai “national chauvinism”. Ada keperluan keadilan sosial dan ekonomi bilamana lebih 90 peratus penduduk Tanah Melayu bertutur di dalam bahasa Melayu, maka difikirkan nasib dan peluang persaingan rakyat terbanyak selepas merdeka. Andai bahasa asing yang digunakan kurang 10 peratus di kalangan elit menjadi bahasa kebangsaan; tentulah terus-terusan kaum elit akan menguasai pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan politik.Rupa-rupanya, masalah bahasa komunikasi yang juga bahasa ilmiah itu hampir sama sekali tidak wujud di Jepun, di Rusia, Turki, Jerman, di China dan mana-mana sahaja negeri yang tak pernah terjajah; termasuk oleh penjajah Barat sama ada Belanda, Sepanyol mahupun Inggeris. Perselingkuhan haram yang pertama apabila kaum elit di negeri-negeri tanah jajahan berkenaan disiap-sediakan untuk menyambung tugas pentadbiran dan politik di negeri masing-masing. Lalu, status quo pun wujud, dari sana, diam-diam.

Hari ini, lebih setengah abad sosok penjajah sudah tidak ada lagi. Apakah perselingkuhan haram kaum elit di Malaysia juga sudah tamat? Saya fikir, tidak. Saya memikirkan apa ertinya Perdana Menteri, Najib Razak—yang hari ini dilihat sebagai simbol kepada semua kaum elit—membaca terjemahan Quran dari surah al-Zukhruf, ayat ke-32 di dalam perbentangan Belanjawan 2010 dua tahun lalu: tahun pertama Najib menjadi PM dan Menteri Kewangan. Antara potongan ayat itu ialah: “Kami telah menentukan antara mereka segala keperluan hidup di dunia ini dan kami juga telah meninggikan darjat sesetengah mereka melebihi sesetengah yang lain.”

Saya percaya, sejak alat penghawa dingin masuk dan dijual di Malaysia, sejak itu jugalah bilik tidur Najib selamanya dingin. Hanya takkan tergamak untuk sesiapa yang tajam nuraninya untuk membacakan terjemahan ayat Quran seumpama itu tatkala KNDK Malaysia hanya sekitar 4-5 peratus setahun dan ketika hutang negara terus meningkat. Apakah ertinya ayat itu kepada Najib sendiri ketika beliau mengabiskan RM1 juta hanya untuk sebuah lawatan ke luar negeri?

Dan, tidakkah ayat Quran itu juga tak lebih hanya jadi sebahagian dari retorik ucapan politik ketika saban tahun, Laporan Audit Negara terus menunjukkan pemborosan dan jumlah tiris yang besar dan menakutkan sekali. Terbaru, melebih RM1 bilion tiris iaitu hampir menyamai jumlah peruntukan untuk pentadbiran, pertahanan dan keamanan dalam negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke-2 (1971-1975), iaitu ketika bapa Najib, [allahyarham] Abdul Razak Hussein menjadi PM.

Seawal-awal Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, kerajaan Perikatan sudah dikritik kerana membina Lapangan Terbang Subang yang menelan belanja RM50 juta: satu jumlah cukup besar ketika itu. Amaran pemborosan dan tiris akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa bukan baru timbul seperti dalam kes “projek lembu anak menteri”, tetapi juga jangkaan jumlah ringgit yang bocor dan tiris yang memang tak pernah berkurangan tahun demi tahun sejak 1970-an lagi.

Begitu setiap masalah yang menghambat kemajuan tak mungkin terselesai selagi mana wujudnya elit-elit yang poyo, dan sesama mereka terus berselingkuh untuk mendapatkan hasilan kotor demi menjaga status mereka. Majoriti kesetiaan golongan ini nampaknya bukan sangat kepada tanahair, malah tidak juga kepada bidang kerjaya mahupun kepada parti politik yang mereka sertai. Kesetiaan mereka sesama mereka adalah di atas kepentingan yang individualistik sekali.

Bukan salah di anak yang ke sekolah, sama ada di Hartamas mahupun Benut. Hanya enggang sama enggang, mana nak sama anak kedidi… dengan lagu lama itu, saya akhiri tulisan ini dengan kesedaran bahawa peluang kesamarataan adalah bahagian daripada erti bangsa yang merdeka.

Hasmi bin Hashim, 35—seorang aktivis politik, aktif memain peranan sebagai intelektual awam dengan kritikan sosial, politik-kekuasaan dan kebudayaan. Di dalam arena penulisan lirik lagu, beliau antara lain memakai nama pena Buddhi Hekayat.

Kiriman Berkaitan

Malaysia yang [Masih] Goyang Hasmi bin Hashim

Rumpun Aqil Fithri

Ogos untuk Tiga Negara Hasmi bin Hashim

Membangun Semula Makna Diri Malaysia admin

Ateisme, Tuhan, dan Agama Aqil Fithri

Serangan ke Jantung Umno Hasmi bin Hashim

Demi Rakyat Jerman
Laluan spiral utk pengunjung mendaki ke puncak kubah kaca. © Najwan Halimi

Dem Deutschen Volke.

Begitu, inskripsi yang tercatat pada pedimen di atas anjung utama bangunan Reichstag di Berlin. Jika diterjemah, ianya kurang lebih membawa erti ‘Demi Rakyat Jerman’. Sewaktu pertama kali saya melintasi bangunan ini, saya tidak dapat menyembunyikan rasa teruja dan ghairah untuk meneroka dan menjejak segenap ruang binaan penuh bersejarah ini. Reichstag, binaan gah yang menyaksikan sejarah jatuh bangun Jerman terletak berdekatan Gerbang Brandenburg. Senibina asalnya yang bercirikan elemen neo-Renaisans masih terpelihara dan cukup mempesona.

Sebaik melapor diri di kaunter keselamatan Bangunan Paul Lobe (bangunan baru yang menempatkan pejabat ahli-ahli parlimen, dinamakan bagi mengingati Paul Lobe, Presiden Reichstag terakhir era Republik Weimar), saya dijemput oleh Igor, salah seorang petugas di pejabat ahli parlimen Parti Sosial Demokrat Jerman. Taklimat ringkas diberikan oleh Janine, juga petugas di pejabat sama tentang skop dan perincian tugas sepanjang saya menjalani perantisan di sini. Janine kemudiannya membawa saya melawat ke seluruh kawasan Deutscher Bundestag bermula dari Bangunan Paul Lobe, Bangunan Marie-Elisabeth Luders, Bangunan Jakob Kaiser, seterusnya ke Reichstag dan berakhir di kubah kaca.

Bangunan Paul Lobe menempatkan sekitar 500 buah bilik pejabat bagi kegunaan ahli-ahli parlimen pembangkang serta para petugas mereka. Menurut Janine, setiap ahli parlimen di Bundestag (seramai 622 orang), tidak kira dari parti yang memerintah ataupun pembangkang akan diberi dana peruntukan sebanyak 12,000 Euro (kira-kira RM48,000) setiap bulan bagi menampung kos pentadbiran pejabat serta pembayaran emolumen kakitangan. Ini ternyata berbeza dengan layanan serta pendekatan yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia terhadap ahli-ahli parlimen pembangkang. Di Jerman, peranan ahli-ahli parlimen adalah lebih jelas iaitu sebagai pembuat undang-undang dan juga sebagai penyemak-imbang kepada semua dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan. Dan bukan sebagai ‘tukang’ selesai masalah rakyat seperti yang difahami dalam konteks Malaysia!

Grafiti oleh Tentera Soviet. © Najwan Halimi

Ketiga-tiga kompleks bangunan Paul Lobe, Marie-Elisabeth Luders dan Jakob Kaiser ini dihubungkan antara satu sama lain menerusi jejambat dan laluan bawah tanah yang kompleks. Sewaktu sesi penerangan dan lawatan ke seluruh bangunan ini, Janine sendiri terpaksa merujuk kepada peta bangunan untuk menentukan arah tuju kami. Apa yang menarik pada ketiga-tiga bangunan ini adalah rekaan senibinanya yang berelemen moden dengan kepingan kaca sebagai dinding yang melitupi setiap sudut. Pengunjung akan dapat melihat secara terus aktiviti kerja di setiap pejabat ahli parlimen dari luar menerusi dinding kaca tersebut. Dari ruang pejabat saya, misalnya, saya bisa menikmati pemandangan Sungai Spree yang indah dan mendamaikan.

Di Bangunan Marie-Elisabeth Luders (dinamakan bersempena ahli politik wanita pertama yang dipilih sebagai ahli parlimen dari Parti Liberal Jerman), selain pejabat sebilangan kecil petugas parlimen, ianya juga turut menempatkan sebuah perpustakaan parlimen (ketiga terbesar di dunia), pusat arkib, jabatan dokumentasi media dan juga pusat penyelidikan yang menjadi pusat pencarian maklumat oleh para petugas serta mahasiswa yang membuat kajian tentang pengajian politik dan pentadbiran parlimen. Manakala Bangunan Jakob Kaiser (dinamakan bersempena pengasas Parti Kesatuan Demokratik Kristian Jerman) pula merupakan kompleks pejabat yang paling besar. Selain ruangan pejabat kepada lebih 2,000 kakitangan parlimen, bangunan ini turut menempatkan pejabat Naib Presiden Bundestag, jabatan penulisan hansard, pejabat media serta studio televisyen dan radio Bundestag. Kebanyakan ahli-ahli parlimen yang membentuk kerajaan mendapat kemudahan pejabat di bangunan ini manakala ahli-ahli parlimen pembangkang kebanyakannya akan berpejabat di Bangunan Paul Lobe.

Penulis di pelantar kubah kaca © Najwan Halimi

Dari Bangunan Jakob Kaiser, Janine akhirnya membawa saya masuk ke bangunan Reichstag menerusi laluan bawah tanah. Reichstag merupakan istilah yang digunapakai pada era Republik Weimar yang merujuk kepada Parlimen atau dewan perbincangan. Saya bangkitkan rasa keliru tentang penggunaan dua istilah iaitu Reichstag dan Bundestag – istilah manakah yang lebih tepat sebagai rujukan kepada makna Parlimen? Jawab Janine, Reichstag boleh dirujuk sebagai binaan yang menaungi demokrasi manakala Bundestag pula adalah sebagai institusi yang menggerakkannya. Kini, istilah Deutscher Bundestag telah digunakan bagi merujuk kepada Parlimen Jerman dan ianya dikuatkuasakan di bawah Undang-Undang Asas Jerman 1949.

Bangunan berusia 117 tahun yang mulai dibina pada 1884 ini masih utuh meskipun pernah dibakar pada 1933 dan dirosakkan oleh tentera Soviet sewaktu Perang Dunia Kedua.  Menurut Janine, semenjak tahun 1894, Reichstag telah menjadi saksi kepada pelbagai peristiwa penting dalam sejarah pembinaan negara Jerman moden. Pada 1918, Philipp Scheidemann telah mengisytiharkan pembentukan Republik Weimar (yang merangkumi Jerman, Poland dan sebahagian kecil Russia) dari salah satu jendela di bangunan Reichstag. Peristiwa ini berlaku setelah Canselor Imperial, Putera Maximilian Wilhelm mengumumkan pengosongan takhta Kaiser Wilhelm II pada tengah hari tersebut. Kesan dari Perang Dunia Pertama, Republik Weimar terus berkembang menuju ke arah menjadi sebuah negara demokratik liberal. Susulan dari itu, pada 1919, satu Perhimpunan Nasional diadakan di Weimar di mana perlembagaan baru telah digubal dan digunapakai bermula bulan Ogos, tahun yang sama.

Tapak kubah, pengunjung boleh melihat Dewan Plenari yg terletak di bahagian bawah. © Najwan Halimi

Sepanjang lawatan di dalam Reichstag, saya mengesan contengan atau grafiti pada beberapa segmen di dinding bangunan. Janine menjelaskan bahawa pada tahun 1945, ketika Perang Dunia Kedua, Reichstag menjadi sasaran serangan udara Tentera Merah dari Soviet. Kesan daripada serangan-serangan ini telah mengakibatkan bangunan Reichstag mengalami kerosakan teruk. Ini ditambah pula dengan kerosakan asal yang masih belum diperbaiki kesan daripada kebakaran pada 1933. Lebih malang adalah tatkala Soviet berjaya menawan Jerman; pasukan Tentera Merah telah menceroboh dan merosakkan sebahagian besar Reichstag serta menconteng dinding dalam bangunan ini dengan pelbagai kata cacian dan penghinaan kepada bangsa Jerman. Menurut Janine, kesan contengan atau grafiti itu sengaja dikekalkan oleh pentadbiran Bundestag untuk tatapan generasi akan datang dan sebagai simbolik kepada sejarah jatuh bangun bangsa Jerman.

Tambah Janine lagi, sewaktu era Perang Dingin, bangunan Reichstag berada dalam lingkungan wilayah Jerman Barat, dan hanya dipisahkan dengan jarak beberapa meter saja dari sempadan Jerman Timur dengan Tembok Berlin. Dalam tempoh tersebut, bangunan Reichstag  mulai dibaikpulih dan bermula pada tahun 1973, ianya menjadi pusat pameran bagi pengkisahan sejarah Jerman, dan juga menyediakan kemudahan dewan mesyuarat kepada kumpulan ahli-ahli parlimen dan badan-badan kerajaan lainnya.

Penulis di hadapan Reichstag © Najwan Halimi

Pada 3 Oktober 1990, bangunan Reichstag telah dipilih sebagai tuan rumah bagi acara sambutan rasmi Penyatuan Jerman. Sehari selepas itu, sesi pertama Bundestag telah diadakan di Reichstag yang menyaksikan perhimpunan seluruh ahli-ahli parlimen dari Jerman Barat dan Jerman Timur. Pada 20 Jun 1991, – dalam sesi perdebatan yang hangat dan panjang – dengan 338 undi mengatasi 320 undi, Bundestag yang bersidang di Bonn telah memutuskan supaya sesi persidangan Bundestag akan datang dan yang seterusnya selepas itu dipindahkan ke bangunan Reichstag di Berlin. Menurut Janine, semenjak perpindahan Bundestag dari Bonn ke Berlin, lebih dari 30 juta pengunjung telah melawat Reichstag dan ini menjadikan Parlimen Jerman sebagai satu-satunya parlimen yang paling kerap dilawati di dunia.

Janine kemudiannya membawa saya ke bahagian paling atas iaitu di aras yang menempatkan sebuah kubah kaca. Jelas beliau, kesan Perang Dunia Kedua, kubah Reichstag turut dimusnahkan. Maka pada 1992, Sir Norman Foster, seorang arkitek Inggeris telah dipilih untuk mengetuai proses membina dan menaiktaraf struktur bangunan Reichstag. Dalam cadangan penaiktarafan itu, pihak pentadbiran Bundestag juga telah bersetuju dengan cadangan pembinaan sebuah kubah kaca moden di atas aras tiga bangunan Reichstag. Kubah baru ini dilengkapi dengan kemudahan laluan pejalan kaki dan dibuka kepada orang awam sebagai salah satu daya tarik pelancongan. Dari tapak kubah ini, pengunjung akan dapat menikmati pemandangan kota Berlin dari aras ketinggian 47 meter serta berpeluang mengelilingi keseluruhan kubah melalui laluan spiral sepanjang 230 meter yang dibina pada struktur dalaman kubah.

Pemandangan dari aras atas lobi Bangunan Paul Lobe © Najwan Halimi

Dari tapak kubah tersebut, saya dapat menyaksikan secara terus pemandangan di dalam Dewan Plenari (Plenary Chamber) yang terletak langsung di bawah struktur kubah. Seperti mana struktur bangunan Paul Lobe, Marie-Elisabeth Luders dan Jakob Kaiser, Dewan Plenari ini juga dilitupi dengan kepingan kaca, justeru setiap sesi persidangan akan dapat disaksikan secara terus oleh pengunjung tanpa sebarang halangan. Sama ada pengunjung menyaksikan persidangan parlimen dari tapak kubah atau memerhati dari luar binaan kaca yang menutupi Dewan Plenari, hakikat simboliknya adalah Bundestag Jerman di bangunan Reichstag ini adalah terbuka untuk tatapan seluruh pengunjung khususnya warga Jerman. Dan menerusi pendekatan inilah, menurut Janine, ahli-ahli Bundestag mengotakan ikrar mereka seperti yang tertera pada pedimen di atas anjung utama bangunan Reichstag iaitu – DEM DEUTSCHEN VOLKE.

Najwan Halimi, merupakan pengasas dan penggerak utama Akademi Pak Sako, akademi yang bertujuan melatih penulis muda berpotensi serta mencambah kebebasan idea dan ekspresi. Beliau kini berada di Berlin, Jerman sebagai perantis di Deutscher Bundestag.

Kiriman Berkaitan

Hiro-1 admin

Kant dalam Konteks Masyarakat dan Budaya Malaysia Mohd Hazim Shah Abdul Murad

Kulturkampf Najwan Halimi

Pemilihan Terus Suburkan Demokrasi Amin Ahmad

Buku Baru: Kata-kata Pengubah Dunia Ammar Gazali

Najib ditampar ‘revolusi’ di Parlimen Khalid Jaafar

Libya, Barat dan Naratif Demokrasi
Ketumbukan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah telah campur tangan di Libya. Dengan izin PBB, mereka telah berjaya menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya, yang bererti mereka akan menembak jatuh mana-mana pesawat Libya yang cuba untuk terbang di ruang udara Libya. Bahkan, mereka telah membuat serangan ke atas pesawat-pesawat yang berada di tanah, lapangan terbang, pertahanan udara serta sistem arahan, kawalan dan komunikasi kerajaan Libya, pesawat pejuang Perancis dan Amerika Syarikat telah menyerang perisai tentera Libya dan ketumbukan daratnya. Turut dilaporkan bahawa pasukan gerak khas dari Eropah dan Mesir telah dikerah ke bahagian timur Libya, di mana  berpusatnya perkumpulan pihak pembangkang, terutama di sekitar bandar Benghazi. Akibatnya, campur tangan dari perikatan ini telah menjadi pertentangan terhadap kerajaan Moammar Gadhafi, dan dengan itu, menyokong lawannya di sebelah timur.

Niat pihak Perikatan adalah tidak jelas, juga yang tidak jelas adakah mereka mempunyai fikiran yang satu. Majlis Keselamatan PBB jelasnya telah mengesahkan resolusi penguatkuasaan zon larangan terbang. Dengan demikian, secara logiknya membenarkan serangan terhadap lapangan terbang dan sasaran-sasaran berkaitan. Secara luasnya, ia juga menggariskan bahawa misi campur tangan ini sebagai usaha untuk melindungi orang awam. Oleh itu, ia tidak secara khusus melarang kehadiran tentera darat, meskipun ia jelas menyatakan bahawa tidak ada “kuasa luar” akan dibenarkan di tanah Libya. Maka dapat diandaikan mereka sebenarnya mahukan supaya pasukan perikatan boleh campur tangan di Libya tapi tidak boleh menetap di Libya sesudah selesai campur tangan. Apa ertinya ini dalam amalan adalah tidak jelas.

Tidak menjadi soal lagi bahawa campur tangan ini adalah untuk melindungi musuh Gadhafi dari pasukannya. Gadhafi telah mengancam akan menyerang “tanpa belas kasihan” dan telah melancarkan serangan yang berterusan ke timur yang telah terbukti tidak mampu melambatkan pihak pemberontak. Sebelum campur tangan, barisan depan pasukannya berada di ambang pintu Benghazi. Perlindungan terhadap pemberontak timur dari ancaman balas dendam Gadhafi digabungkan dengan serangan terhadap kemudahan-kemudahan di bawah kawalan Gadhafi secara logiknya boleh disimpulkan bahawa perikatan mahukan perubahan rejim, bahawa ia ingin menukar kerajaan Gadhafi dengan satu rejim baru yang dipimpin para pemberontak.

Tapi itu akan terlalu kelihatan seperti pencerobohan ke atas Iraq untuk menentang rejim Saddam Hussein, dan PBB serta perikatan belum lagi pergi sejauh itu dalam retorik mereka, biarpun logik tindakan mereka itu agak jelas. Sebaliknya, tujuan campur tangan adalah secara jelas untuk menghentikan ancaman Gadhafi untuk menyembelih musuh-musuhnya; membantu musuh-musuhnya tetapi meninggalkan tanggungjawab hasil daripada pemberontakan itu kepada pihak pakatan timur itu. Dalam kata lain – dan ini memerlukan banyak kata untuk menjelaskan – mereka ingin campur tangan untuk melindungi musuh Gadhafi, mereka bersedia untuk membantu pihak musuh (walaupun tidak jelas sejauh mana mereka bersedia dalam memberikan sokongan itu), tetapi mereka tidak akan bertanggungjawab atas hasil dari perang saudara.

Konteks Serantau

Untuk memahami logik ini, adalah penting untuk bermula dengan mempertimbangkan peristiwa baru-baru ini di Afrika Utara dan dunia Arab dan cara di mana kerajaan Barat menafsirkan kejadian-kejadian itu. Dimulai dengan Tunisia, mencapah ke Mesir dan kemudian ke Semenanjung Arab, dua bulan terakhir ini telah menyaksikan rusuhan secara meluas di dunia Arab. Tiga andaian sudah dibuat tentang rusuhan ini. Yang pertama adalah bahawa ia mewakili pembangkang yang mempunyai pengaruh laus di kalangan masyarakat berbanding kerajaan yang ada, bukan mewakili ketidakpuasan minoriti yang terpencar – dengan kata lain, bahawa semua ini adalah revolusi rakyat. Kedua, diandaikan bahawa revolusi itu mempunyai tujuan bersama agar terciptanya masyarakat yang demokratik. Ketiga, diandaikan bahawa jenis masyarakat demokratik yang mereka inginkan adalah sama dengan demokrasi Eropah-Amerika, dengan kata lain, sistem berperlembagaan yang menyokong nilai-nilai demokrasi Barat.

Setiap negara yang mengalami rusuhan sangat berbeza. Sebagai contoh, di Mesir, tatkala kamera mengfokuskan para demonstran, tidak banyak yang merakamkan sebahagian besar daripada negara itu yang tidak bangkit. Tidak seperti 1979 di Iran, para pemilik kedai dan pekerja di Mesir tidak protes secara besar-besaran. Sama ada mereka menyokong para demonstran di Dataran Tahrir adalah sangkaan belaka. Mereka mungkin menyokong, tetapi para demonstran adalah cuma sebahagian kecil daripada masyarakat Mesir, dan sementara mereka jelas menginginkan demokrasi, adalah tidak begitu jelas bahawa mereka mahukan demokrasi liberal. Harus diingat bahawa Revolusi Iran mencipta Republik Islam yang lebih demokratik dari apa yang para pengkritiknya ingin akui, namun secara radikalnya tidak liberal dan menindas. Di Mesir, jelas bahawa Mubarak pada umumnya dibenci tapi tidak jelas bahawa rejimnya secara umum ditolak. Tidak jelas setelah apa yang dicapai akan membawa ke mana. Mesir mungkin akan tetap begitu, ia mungkin menjadi demokrasi tidak liberal atau mungkin menjadi demokrasi liberal.

Pertimbangkan juga Bahrain. Jelasnya, majoriti penduduknya Syiah, dan kebencian terhadap kerajaan Sunni itu adalah sangat jelas. Harus diandaikan bahawa para demonstran ingin secara dramatik meningkatkan keberdayaan Syiah, dan pilihanraya seharusnya dapat melakukan itu. Sama ada mereka ingin mencipta demokrasi liberal yang sepenuhnya selaras dengan doktrin PBB mengenai hak asasi manusia sebenarnya adalah agak lebih bermasalah.

Mesir adalah negara yang rumit, dan setiap penyataan yang mudah tentang apa yang terjadi akan membawa kepada kesalahan. Bahrain agak kurang rumit, namun sama juga—sukar untuk disimpulkan dengan mudah. Idea bahawa perlawanan terhadap kerajaan bererti sokongan bagi demokrasi liberal adalah suatu tafsiran yang luar biasa dalam semua kes – dan idea bahawa apa yang para demonstran katakan sebagai keinginan mereka ketika dirakam kamera adalah apa yang sebenarnya mereka inginkan, adalah bermasalah. Bahkan lebih bermasalah dalam banyak kes adalah idea bahawa para demonstran di jalanraya mewakili kehendak rakyat.

Namun demikian, sebuah naratif tentang apa yang telah terjadi di dunia Arab telah muncul dan telah menjadi kerangka untuk berfikir tentang wilayah tersebut. Naratif tersebut mengatakan bahawa wilayah tersebut sedang dilanda revolusi demokratik (dalam erti Barat) bangkit menentang rejim yang menindas. Barat harus menyokong pemberontakan ini dengan halus. Itu bermakna bahawa mereka tidak harus menaja mereka tetapi pada masa yang sama bertindak untuk mencegah rejim yang represif, daripada menghancurkan mereka.

Ini adalah manuver yang kompleks. Barat yang menyokong para pemberontak itu akan mengubah menjadi fasa lain imperialisme Barat, di bawah teori ini. Tapi kegagalan untuk menyokong kebangkitan akan menjadi pengkhianatan terhadap prinsip-prinsip moral yang mendasar. Menolak tepi sama ada naratif ini tepat, mendamaikan kedua-dua prinsip ini tidak mudah –  tetapi ia sangat menarik bagi negara-negara Eropah dengan kecenderungan ideologi mereka terhadapat ’soft power’.

Barat telah berjalan di atas tali tegang prinsip-prinsip yang bertentangan ini; Libya menjadi tempat mereka terjatuh. Menurut naratif itu, apa yang berlaku di Libya adalah satu episod lain dalam siri pemberontakan demokrasi, tetapi dalam kes ini ditekan dengan kekejaman di luar batas-batas yang boleh diterima. Bahrain nampaknya berada di dalam batas-batas itu, dan Mesir adalah suatu usaha yang sukses, tapi Libya adalah kes di mana dunia tidak boleh berdiam diri sementara Gadhafi menghancurkan kebangkitan demokrasi. Kenyataan bahawa dunia telah berdiam diri selama lebih dari 40 tahun sementara Gadhafi menzalami rakyatnya dan yang lain tidak lagi jadi isu. Dalam naratif yang diberitakan, Libya tidak lagi merupakan kezaliman terpencil tapi sebahagian daripada kebangkitan yang meluas – dan di mana integriti moral Barat sedang diuji secara ekstrim. Sekarang berbeza dari sebelumnya.

Pastinya, sama seperti negara-negara lain, ada perbezaan besar antara naratif dan apa yang sebenarnya berlaku. Pastinya juga, kebangkitan yang berlaku di Tunisia dan Mesir menyebabkan penentang Gadhafi berfikir tentang peluang, dan mudahnya pemberontakan Tunisia dan Mesir memberi mereka keyakinan. Tapi ia akan menjadi kesalahan besar untuk melihat apa yang terjadi di Libya sebagai pemberontakan demokrasi liberal besar-besaran. Naratif tersebut harus ditapis untuk berfungsi di sebahagian besar negara lain, tetapi dalam kes Libya, ia langsung tidak dapat diterapkan.

Pemberontakan Libya

Seperti yang telah kami tunjukkan, kebangkitan di Libya terdiri daripada sekelompok suku dan individu, ada di antaranya dari dalam kerajaan Libya, di dalam tentera dan banyak yang lain merupakan musuh rejim sejak lama dahulu, yang semuanya melihat sebuah kesempatan pada ketika ini. Walaupun banyak di bahagian barat Libya, terutama di bandar-bandar Zawiya dan Misurata, mengakui diri mereka bersama pihak pembangkang, mereka tidak mewakili jantung perlawanan terhadap Tripoli seperti mana di timur. Di daerah ini, yang dikenali di era pra-kemerdekaan sebagai Cyrenaica, yang merupakan inti dari gerakan pembangkang. Bersekutu mungkin hanya atas dasar penentangan mereka terhadap Gadhafi, orang-orang ini tidak memegang ideologi bersama dan tentu saja tidak semuanya menyokong demokrasi gaya Barat. Sebaliknya, mereka melihat peluang untuk mengambil kuasa yang lebih besar, dan mereka berusaha untuk meraihnya.

Menurut cerita, Gadhafi seharusnya sudah lama telah dijatuhkan – tetapi tidak. Dia sebenarnya mempunyai sokongan yang besar di antara beberapa suku dan di dalam pihak tentera. Semua penyokong ini bakal mengalami kerugian seandainya dia digulingkan. Oleh kerana itu, mereka terbukti jauh lebih kuat secara kolektif dari pembangkang, walaupun jika mereka sebenarnya dikejutkan dengan kejayaan awal pihak pembangkang. Yang mengejutkan semua orang, Gadhafi bukan hanya tidak melarikan diri, dia melakukan serangan balas dan memukul mundur musuh-musuhnya.

Hal ini seharusnya tidak mengejutkan dunia. Gadhafi tidak mentadbir Libya selama 42 tahun kerana dia seorang yang bodoh, atau kerana dia tidak mempunyai sokongan. Dia sangat berhati-hati dalam menghargai teman-temannya dan juga dalam melemahkan musuh-musuhnya. Para penyokongnya juga substansial dan sentiasa bermotivasi. Salah satu bahagian dari narasi adalah bahawa si diktator itu hanya bertahan dengan kekerasan dan bahawa kebangkitan demokrasi mudah menghancurkannya. Namun kenyataannya adalah bahawa si diktator ini sebenarnya mempunyai banyak sokongan, pembangkang tidaklah bergitu demokratik, apalagi terancang atau kohesif, dan sebenarnya Gadhafi yang menghancurkan mereka.

Semakin Gadhafi menghampiri Benghazi, naratif telah berganjak daripada soal kemenangan massa demokratik kepada perlunya untuk melindungi mereka daripada Gadhafi – justeru terdapat desakan untuk serangan udara. Tetapi ini diganggu dengan keengganan untuk bertindak tegas oleh pasukan darat, melibatkan pasukan Libya dan menyerahkan kuasa kepada pemberontak: Imperialisme terpaksa dielakkan dengan melakukan perkara paling tidak mungkin untuk melindungi para pemberontak sementara mempersenjatai mereka untuk mengalahkan Gadhafi. Dipersenjatai dan dilatih oleh Barat, ditambah dengan ketumbukan pasukan udara oleh tentera udara asing – ini adalah keterbatasan di mana kerajaan baru perlu berjaga-jaga dari menjadi boneka Barat. Kelihatannya agak sedikit melampaui batas, tapi itulah ceritanya.

Bahkan, Barat sekarang menyokong kumpulan yang sangat pelbagai dan kadang-kadang suku dan individu yang saling bermusuhan, terikat bersama oleh permusuhan terhadap Gadhafi semata-mata. Ada kemungkinan bahawa dari masa ke masa mereka boleh bergabung menjadi kekuatan tempur, tapi itu jauh lebih sukar membayangkan mereka mengalahkan pasukan Gadhafi dalam masa terdekat, apatah lagi mentadbir Libya bersama-sama. Ada terlalu banyak isu antara mereka. Hal inilah, sebahagiannya, yang membolehkan Gadhafi untuk tetap berkuasa selama ini. Kemampuan Barat untuk memaksakan perintah pada mereka tanpa mentadbir mereka, terutama dalam masa yang singkat, sukar untuk dibayangkan. Mereka mengingatkan saya pada Hamid Karzai di Afghanistan, dipilih oleh Amerika, tidak dipercayai oleh sebahagian besar di negara itu dan disokong oleh koalisi yang berpecah-pecah.

Faktor lain

Pastinya ada faktor-faktor lain yang terlibat. Itali mempunyai kepentingan dalam petroleum Libya, dan United Kingdom sedang mencari jalan ke arah perkara serupa. Tapi seperti mana Gadhafi senang menjual minyak, sama juga untuk mana-mana rejim penggantinya; perang ini tidak diperlukan untuk memastikan akses kepada minyak. Politik NATO juga memainkan peranan. Jerman menolak untuk ikut serta dengan operasi ini, dan itu yang mendorong Perancis untuk lebih dekat dengan Amerika dan British. Ada juga Liga Arab, yang menyokong zon larangan terbang (walaupun ia membuat pusingan U ketika mengetahui bahawa zon larangan terbang merangkumi hal-hal mengebom juga) dan menawarkan peluang untuk bekerja dengan dunia Arab.

Tapi adalah menjadi suatu kesalahan untuk menganggap bahawa kepentingan-kepentingan ini diutamakan daripada naratif ideologi, kepercayaan asli bahawa adalah mungkin untuk menyatukan antara bantuan kemanusiaan dan imperialisme – bahawa adalah mungkin untuk campur tangan di Libya atas dasar kemanusiaan tanpa mencampuri urusan dalaman negara. Keyakinan bahawa seseorang boleh mengambil jalan untuk perang demi menyelamatkan nyawa yang tidak bersalah, tanpa dalam perjalanan perang itu, mengambil nyawa orang yang bahkan lebih tidaak bersalah, juga turut diperkirakan.

Perbandingan dengan Iraq sudah sangat jelas. Kedua-dua negara mempunyai diktator mengerikan. Keduanya dikenakan zon-larangan terbang. Zon larangan terbang tidak menghalang diktator. Sampai waktunya, ini berkembang menjadi sebuah campur tangan besar di mana kerajaan digulingkan dan pembangkang terlibat di dalam sebuah perang saudara dalaman, sementara secara bersamaan menyerang penjajah. Pastinya secara alternatif, ini mungkin berkesudahan seperti perang Kosovo, di mana sesudah beberapa bulan pengeboman, kerajaan wilayah itu menyerah kalah. Tapi dalam kes itu, hanya sebuah wilayah terlibat. Dalam hal ini, walaupun kononnya fokus pada bahagian timur, Gadhafi sebenarnya sedang diminta untuk melepaskan segalanya, dan sama dengan penyokongnya – urusan yang lebih sukar.

Pada pandangan saya, melancarkan perang untuk mengejar kepentingan nasional sebenarnya jarang-jarang diperlukan. Mengisytihar perang kerana alasan ideologi memerlukan pemahaman yang jelas tentang ideologi dan pemahaman yang lebih jelas tentang kenyataan di lapangan. Dalam campur tangan ini, ideologinya tidak jelas, terpisah antara konsep penentuan nasib sendiri dan kewajipan untuk campur tangan untuk melindungi puak yang disukai. Kenyataan di lapangan lebih jauh kabur. Realiti pemberontakan demokrasi di dunia Arab jauh lebih rumit daripada naratif yang kita mahu terima, dan penerapan narasi untuk Libya hanya membungkam. Ada rusuhan, namun rusuhan datang dalam pelbagai saiz, demokratik yang hanya salah satu daripadanya.

Setiap kali anda campur tangan di sesebuah negara, apapun niat anda, anda campurtangan di pihak seseorang. Dalam hal ini, Amerika Syarikat, Perancis dan British campur tangan dengan menyokong perkumpulan yang saling bermusuhan dan puak-puak mencurigakan dan telah gagal untuk bersatu, sekurang-kurangnya setakat ini, menjadi kekuatan militer yang bererti. Intervensi mungkin berjaya. Persoalannya adalah apakah hasilnya akan mencipta sebuah bangsa yang unggul secara moral. Dikatakan bahawa tidak ada yang lebih buruk daripada Gadhafi. Tapi Gadhafi tidak memerintah selama 42 tahun kerana dia hanya seorang diktator yang menggunakan kekerasan terhadap orang tak bersalah, bahkan kerana ia berbicara kepada dimensi nyata dan kuat di Libya.

‘Libya, Barat dan Naratif Demokrasi‘, diterbitkan dengan kebenaran STRATFOR.Kiriman Berkaitan

Revolusi dan Dunia Islam George Friedman

Kebebasan Politik dan Demokrasi Liberal dalam Dunia Islam Anwar Ibrahim

Sekulariti, Sekularisasi dan Sekularisme Aqil Fithri

Tahun Kosong Amin Ahmad

Keabsahan ‘Gaji Minima” (II) Aqil Fithri

Antara Dua Nilai Asia* Hasmi bin Hashim

Amukti
Baginda sampai di mesjid Bani Mu’awiyah. Beberapa orang di sana.

Doa naik ke langit, dari daerah perbukitan tadi, sebelum—menurut Amir bin Said yang didengar dari bapanya—Nabi Muhammad berbicara kepada beberapa sahabat, di dalam mesjid yang saya bayangkan dingin.

Umat Islam mungkin tak menyukai kisah ini. Juga ‘orang-orang politik’ di Malaysia; maksud saya ‘orang politik’ termasuklah dalam bidang apa sahaja dan tak semestinya mereka kalangan anggota parti politik. Begitu yang kita dengar, bukan hanya beberapa bulan lalu, tentang “perpaduan Melayu”. Ada juga yang menggunakan kata lebih lunak, “perpaduan umat”.

Sejak 1980-an pun, juga sekitar tahun-tahun 90-an kala saya membesar di sebuah daerah kecil di Johor, perihal “perpaduan” ini datang berulang-ulang. Sampaikan, di suatu ketika, ramai pula yang percaya bahawa umat Islam tak akan mencapai zaman kemuncak keagungan, selama mana tak wujudnya perpaduan. Dalam kata lebih menyakitkan, umat Islam akan terus terjajah, terhina dan tersingkir selagi mereka tak bersatu.

Akhbar-akhbar Melayu memutarkan cakap-cakap serupa. Bertahun. Berabad. Barangkali, berkurun. Seraya, tidak pernah pula kita bertanya, apakah perpaduan itu realistik dan alamiah (“fitrah”)?

Dari ruang mesjid Bani Mu’awiyah itulah, kemudiannya wajar kita tahu, Tuhan memakbulkan dua doa Nabi. Pertama, Tuhan tidak akan membinasakan umat ini dengan musim susah yang tak kunjung habisnya. Juga satu lagi yang membahagiakan para sahabat yang mendengarnya, dalam hitungan saya, iaitu sampai kiamat pun, Tuhan tak akan membinasakan umat ini dengan banjir besar persis bah yang melanda umat Nabi Nuh a.s.

Kalau saya di situ, saya mendengarnya dengan tekun. Seperti Muslim lain, setiap urusan Nabi dengan Tuhan, adalah selamanya penting. Sampai datangkan permohonan terakhir.

Nabi, dalam riwayat yang sama dilaporkan bersabda, umat tidak akan bersatu. Nabi mahu, tetapi doa itu, ditolak Yang Di Langit…

Mungkin saya pun, akan terdiam—terutama ketika pertama kali saya mendengar kisah ini dari seorang saudara yang baru pulang mengerjakan umrah beberapa bulan lepas. Dia—saudara saya itu—adalah orang yang paling kuat mendukung pandangan bahawa umat perlu bersatu. Hanya bahasanya kadang-kala bolak-balek, menjadi “Melayu perlu bersatu”; kata-kata sedih yang saya dengar sejak kecil.

Beberapa tafsir yang lebih genting menyebutkan bagaimana umat yang tak bersatu sampai di banyak keadaan bukan hanya bergaduh, malah berperang sesama sendiri. Ceritanya juga banyak kita dengar, dari kisah pembunuhan sahabat nabi sendiri, Ali di Karbala, anak Nabi sampailah dalam bentuk-bentuk perpecahan di dunia moden. Hari ini.

Idea perpaduan se-umat, bahkan se-bangsa ini bukan hanya merayap dalam benak fikiran Muslim dan Melayu sahaja. Juga bangsa dan penganut agama lain—sementara, di satu sudut, ia rupanya tak lebih hanya helah.

Maksud saya, idea “karut” (kalau boleh disebut begitu) rupa-rupanya tak lebih hanya sebagai alasan untuk menutup kelemahan dan kegagalan. Misalnya, kegagalan menegakkan hal yang lebih pokok di dalam masyarakat, iaitu keadilan itu sendiri. Nah, seraya gagal—atau memang tak punya tekad bulat untuk itu—maka diletakkan “syarat” yang mustahil untuk dipenuhi oleh sesebuah bangsa. Syaratnya: “perpaduan”.

Siapa tahan?

Betapa, tanpa perpaduan, maka umat dan bangsa akan selamanya lemah, dijajah, ditindak dan macam-macam onak-duri yang terpaksa diterima sahaja.

Di China, gagal. Di Jerman, telah gagal. Di India, pernah dan semakin gagal. Begitu juga Pakistan, Israel atau manapun negara yang didirikan hanya untuk satu bangsa atau umat yang eka, semuanya gagal. Di Malaysia, tak ada sebab untuk tidak gagal.

Memang, siapa tahan dengan syarat yang ketat begini?

Tentulah kisah doa nabi yang ditolak Tuhan tidak popular di negara ini. Pemerintah terutamanya, sudah tentu sejak sebelum merdeka lagi melaungkan sebuah kesatuan rakyat. Rakyat perlu disatukan. Anasir luar selamanya musuh. Dalam masa sama, di dalam negeri sendiri, ada anasir itu. Atau dalam bahasa yang digunakan, “anasir yang mahu merosakkan perpaduan.”

Saya, memang, tidak mahu terlalu pesimistik juga sehingga perpaduan itu langsung mustahil. Sampai dua orang pun tak boleh bersama untuk niat yang satu. Boleh. Itu boleh.

Betapa, objektif—tadi saya sebutkan sebagai “niat”—juga harus jelas. Apakah perlu umat dan bangsa ini bersatu? Soalan yang jawapannya akan selalu kabur, baik dari pemerintah, pembangkang; daripada sesiapa sahaja yang semakin waktu berjalan, semakin kita lihat, perpaduan itu hanya diperguna untuk sebuah kepentingan yang curang daripada prinsip keadilan dan kebaikan untuk yang ramai.

Begitu, saya juga pernah mendengar seorang pahlawan lama Jawa. Namanya Gajah Mada… sebuah gelar besar, kata orang, apabila dia anak jadah itu berjaya mengalahkan bukan sahaja manusia, tetapi juga gajah dalam satu pertarungan. Dia, panglima kerajaan Majapahit.

Apa yang paling terkenal oleh sang panglima ini ialah sebuah sumpah. Digelar, “Amukti Palapa”. Sampai bila-bila pun, kita tahu dan tergetar jantung mendengar sumpah Gajah Mada bahawa “aku bersumpah,” katanya, “akan menyatukan seluruh Nusantara ini dengan tanganku!”

Dari semangat sumpah itu, Presiden Seokarno memakai kembali. Singa Nusantara (pernah begitu Seokarno digelar) mahu menyatukan Nusantara moden dengan sebuah gagasan kenegaraan yang tunggal. Diberi gelar “Indonesia Raya”, iaitu negara yang menyeluruh sampai ke garis negeri Siam dan selatan Filipina.

Seokarno bukan Gajah Mada. Sang Singa gagal.

Saya tak kata, dia gagal total. Tidak begitu sebab menubuhkan sebuah negara kesatuan ternyata lebih mudah berbanding kesatuan umat dan bangsa. Betapa untuk sebuah kesatuan yang bernama “negara” sekalipun, sana-sini dari dulukala gagal, perpaduan umat dan bangsa, tak lebih hanya khayalan yang tidak berasas.

Ya! Di hujung kata-kata Nabi itu, seperti masih bisa terdengar dan terngiang-ngiang, “…tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan.”

Hasmi bin Hashim, seorang penulis yang berpolitik dan juga seorang politikus yang menulis.Kiriman Berkaitan

Quo Vadis PAS? Amin Ahmad

Pertembungan atau Sintesis Peradaban? admin

Islam dan Kerajaan Terhad Amin Ahmad

Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam Amin Ahmad

Perjalanan Seorang Amerika ke Dunia Islam admin

Politik Moral Amin Ahmad

Runtuhkan Tembok Ini!
Amin Ahmad

Mungkin itu kata masyhur Ronald Reagan kepada Michael Gorbachev yang paling diingati ramai ketika kunjungan beliau ke gerbang Brandenburg, Berlin pada 12 Jun 1987, sempena sambutan 750 tahun bandar tersebut, lebih 2 tahun sebelum tembok tersebut benar-benar roboh.

Hari ini, 9 November 2009, genap 20 tahun sempena robohnya tembok tersebut yang kini hanya tinggal serpihan sebagai kenangan sejarah.

Tembok Berlin adalah satu tanda penting yang dibangunkan pada 1961 oleh Jerman Timur yang mendokong prinsip ekonomi komunisme, dan ia dibina dalam tempoh hanya 2 hari tanpa pengetahuan rakyat!

“Ich bin Ein Berliner”!

Ya, saya masih ingat ketika seorang sahabat yang baru pulang berkursus di Jerman memakai kemeja-t tersebut. Ucapan John F. Kennedy itu ternyata signifikan dalam membentuk wacana pada zaman lampau, di mana ia hadir selepas Empayar Soviet mendokong Jerman Timur.

Tembok ini dibina pada waktu itu untuk memisahkan blok kuasa German Democratic Republic (GDR) (baca: Jerman Timur) dan Republik Persekutuan Jerman (baca: Jerman Barat). Puncanya ialah apabila 2.6 juta daripada 17 juta rakyat Jerman Timur telah berpindah ke Jerman Barat dari 1949 hingga 1961. Puncanya ialah peluang pekerjaan yang lebih banyak daripada sistem ekonomi pasaran sosial (social market economy) yang diambil berbanding sistem menjadikan hak milik negara yang dijana komunis pada waktu itu.

Selepas berakhir Perang Dunia ke-2, Soviet mahu mengawal ‘jaringannya’ di Eropah. Maka, pengenalan pas antara zon dibuat hatta dalam negara Jerman malah Berlin itu sendiri. Akhirnya, pada 1961, tanggal 13 Ogos pukul 4 petang, mereka memutuskan untuk menutup terus laluan ini.

Di peringkat awal, ramai yang berjaya menyeberang tembok ini. Namun, sejak Günter Litwin menjadi orang pertama ditembak mati oleh Grenzers, unit keselamatan yang mengawal di tembok ini pada 24 Ogos 1961, 171 lagi orang juga menerima nasib yang sama sehingga runtuhnya tembok ini pada 1989. Itu belum dikira lebih 200 orang yang cedera ditembak sepanjang percubaan tersebut di mana 302 menara kawalan disediakan sepanjang tembok sekitar 155 kilometer itu. Peter Fechter yang mati ditembak Grenzers di tembok ini pada usia 18 ternyata telah memanggil kesedaran antarabangsa. Terdapat satu tanda di sebuah memorial di Jerman yang mengabadikan ingatan terhadapnya dengan tulisan “…dia hanya inginkan kebebasan”.

Selain mereka, 75 ribu lagi dipenjara, ratusan lagi mati sama ada di Lautan Baltik atau di tempat lain selain sepanjang tembok Berlin ini. Tidak kurang menarik juga, sebahagian Grenzers ini juga mengambil kesempatan untuk menyeberang!

Mungkin satu hal yang menarik ialah penemuan fail Stasi satu kementerian yang bertugas menjaga keselamatan negara di mana ia memberitakan peranan perisik seramai kira-kira 5500 orang yang bertugas untuk mengintip dan memberitahu sekiranya ada mereka yang berniat untuk menyeberang, termasuk ahli keluarga, rakan-rakan dan siapa saja. Mereka ini mengangkat sumpah setia menghalang siapa juga rakyat Jerman Timur yang mahu menyeberang.

Keajaiban ekonomi yang ditempa oleh Jerman Barat selama 20 tahun bermula 1950-an telah mendorong penduduk Jerman Timur untuk berhijrah akibat peluang ekonomi yang tertutup di wilayah yang bergantung dengan pengaruh Soviet pada waktu itu.

Apa yang menarik boleh kita pelajari ialah, apabila sistem ekonomi yang ada mengongkong dan tidak berasaskan meritokrasi, berlaku apa yang dikatakan brain drain. Ia terbukti apabila sekitar 20% rakyat Jerman Timur yang menyeberang ke Jerman Barat adalah terdiri daripada mereka yang bijak dan berbakat.

Yuri Andropov, Pengarah Hubungan Komunis dan Pekerja Negara Sosialis dari Parti Komunis Soviet Rusia pada waktu itu mengatakan bahawa alasan penyeberangan ini didakwa tidak bersabit hal ekonomi, tetapi politik, berbeza dengan kenyataan pemimpin di Jerman Timur yang mengungkap bahawa faktor ekonomi adalah puncanya.

“Wir wollen raus!”

Ya, akhirnya slogan “kami mahu keluar!” ini muncul pada September 1989.

Pelbagai cara telah diguna pakai sebelum itu termasuk menggunakan kesempatan untuk ke Hungary dan menyelinap ke Austria selepas beberapa perubahan dasar hubungan luar negara berlaku. Paling menarik, tentulah pelatih penerbangan Thomas Krüger yang melarikan pesawat latihan untuk tentera muda Jerman Timur. Selepas mendarat di Jerman Barat, beliau menghantar semula kapal terbang ini ke Jerman Timur melalui jalan darat dan meninggalkan nota “wish you were here” bersamanya.

Reagan tentu akan diingati dengan ucapannya:

“Kami mengalukan perubahan dan keterbukaan. Kami percaya kebebasan dan isu keselamatan harus bergerak seiring dan menjamin kebebasan manusia adalah jalan ke arah keamanan dunia. Ada satu cara yang tidak silap boleh dilakukan Soviet untuk mendorong kebebasan dan keamanan. Maka Gorbachev, jika anda mencari kemakmuran untuk Soviet dan Eropah Timur, datanglah ke pagar ini dan runtuhkan tembok ini!”

Kini, sisa tembok yang telah dipecahkan itu telah diagihkan kepada lebih 50 tempat di pelbagai pelusuk dunia, sebagai tanda ingatan kepada sebuah perang ideologi yang ternyata akhirnya menunjukkan bagaimana komunisme membunuh diri mereka sendiri.

Tahun 2009, Jerman merayakan Festival Kebebasan dengan tema Kebebasan Tanpa Dinding yang menjadi simbolik kepada 20 tahun runtuhnya tembok Berlin.

Ada kewajaran untuk kita mengenang kata Gorbachev bahawa “sejarah menghukum mereka yang lewat hadir”.

Semoga satu hari nanti saya akan sempat hadir dan melihat sendiri sumber sejarah penting ini, di samping mengenali banyak yang unik tentang Jerman, termasuk pemikirnya!

Amin Ahmad, mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia. Beliau adalah mantan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan pernah memegang beberapa jawatan lain di peringkat Kolej, Fakulti Pengajian dan Universiti. Pernah mewakili delegasi Malaysia dalam Program Pembangunan Kepimpinan Belia ASEAN. Alumni Kepimpinan Muda Nahdah Asia, sebuah projek kerjasama Institut Kajian Dasar dan Yayasan Aman Sasakawa (SPF) dan alumni Cato University.Kiriman Berkaitan

Demi Rakyat Jerman Najwan Halimi

Kant dalam Konteks Masyarakat dan Budaya Malaysia Mohd Hazim Shah Abdul Murad

Akankah Tunisia Menjadi Keping Domino yang Pertama? Anwar Ibrahim

Menjawab Fitnah terhadap Israel admin

Kebebasan Politik dan Demokrasi Liberal dalam Dunia Islam Anwar Ibrahim

Kulturkampf Najwan Halimi

Beberapa Perspektif tentang Bahasa, Budaya dan Bangsa
Franz Magnis-Suseno, lahir Eckersdorf pada 1936, orang Jerman, tumbuh dalam pendidikan awal Perancis, kemudian melepaskan semua itu lalu memileh menjadi warganegara Indonesia. Itu tahun 1977, setelah 16 tahun berkhidmat dalam gerakan Katolik di Indonesia. Dewasa ini, Romo Magnis ini, begitulah yang sering dipanggil padanya, bertugas sebagai professor di Sekolah Tinggi Filsafat Driyarkara (STF Driyarkara), Jakarta. Tesis doktoralnya pula adalah tentang Marxisme di Universität München. Justeru, dengan latarnya, pengetahuannya, dan kerencaman bahasanya, termasuk Bahasa Jawa yang amat dikuasainya, maka wawancara AQIL FITHRI—yang merupakan zamil Cendikiawan Awam Asia 2009/2010, Nippon Foundation, Jepun—ini cuba melihat beberapa beberapa persoalan yang melibatkan budaya dan bahasa nusantara, menerusi perspektif bukan-Malaysia, malah bukan-Asia sekalipun, tapi kini seperti katanya sendiri, “lebih mencintai Indonesia dari Jerman.”

Franz Magnis-Suseno di bilik pejabatnya di Sekolah Tinggi Filsafat Driyarkara © Aqil Fithri.

Sebenarnya, apakah ertinya budaya? Apakah budaya hanyalah warisan, sejarah, tradisi, dan apa-apa yang berkait dengan masa lalu?

Sebenarnya budaya itu cara manusia menjalankankan kehidupan. Tidak hanya kegiatan seharian, tapi juga melaksanakan hal tersebut dalam kerangka yang memuat makna, seperti adat, pola komunikasi, cara bertemu dengan orang sesuai dengan emosi yang diharapkan, dll. Barangkali budaya juga boleh mengungkapkan diri dalam bentuk seni. Maka, dalam erti ini sebetulnya tidak ada kelompok orang yang tidak punya sebuah budaya. Tapi, setiap budaya itu memang berbeza, juga terdapat kekhasan budaya-budaya itu berbeza, bahkan ada kelompok orang yang mengalami budaya yang terfragmentasi. Ini berlaku kerana terdapat cabaran moden yang tidak dapat diintegrasikan.

Justeru, apakah ini bermakna budaya terbentuk melalui lingkungan (persekitaran)?

Barangkali lingkungan adalah termasuk dalam budaya. Dalam mana-mana tempat di dunia, kita menemukan budaya, termasuk budaya yang khas. Kalau di Indonesia, tampak sekali perbezaan budaya. Antara Minang, Bugis, Jawa, Sunda, yang berdekatan, itu pun sudah berbeza budaya. Malah, negara seperti Jerman pun begitu. Jadi, perbezaan budaya itu adalah perkara biasa. Budaya juga tidak terpengaruh oleh lingkungan, tapi oleh pelbagai faktor yang mencabar peserta budaya itu. Katakan saja secara sederhana, makan di McDonald itu akan mempengaruhi budaya. Memang, tindakan tersebut belum tentu sesuatu yang negatif dan kronik, tapi tindakan itu sebenarnya membuka sebuah kemungkinan yang baru. Hal yang sama juga boleh berlaku bila orang yang pergi ke luar negeri, lalu bertemu dengan banyak orang yang berbeza. Justeru, dalam pluralisme faktual, kita tidak lagi hidup dalam masyarakat yang tertutup. Semua hal tersebut adalah mempengaruhi budaya. Jadi, budaya itu sendiri seperti sebuah organisme, hanya hidup kalau berkembang. Budaya juga sama sekali tidak statik, malah sulit kekal, dan sekarang sukar untuk mempertahankan diri. Budaya-budaya di Indonesia, atau kebudayaan Indonesia itu adalah sesuatu yang dalam perkembangan. Tentu muncul pertanyaan, apakah ada sesuatu seperti menjadi terasing dari dirinya sendiri? Di situ, sebetulnya ada dua jawapan. Kaum positivis akan mengatakan bahawa budaya adalah apa yang secara nyata merupakan keberadaan cara hidup yang tidak boleh terasing daripadanya. Ini juga adalah budaya sakral. Tapi kebanyakan mungkin tidak setuju dengan pendapat ini. Mereka akan menilai bahawa terdapat keaslian budaya yang berkembang, yang menjadi berbeza dari dulu, dengan beberapa kriteria. Bagi saya, kriteria yang paling penting adalah apakah hal yang telah berubah? Apakah mereka diberdayakan atau menjadi lemas atau menjadi objek dari permainan media. Jadi, kalau mereka itu tetap kreatif, inisiatif, semangat, maka tentu mereka maseh dapat mengungkapkan diri. Mithalnya, orang Jepun. Memang, saya secara peribadi tidak pernah ke Jepun. Tapi, katanya, budaya orang Jepun kalau dilihat sepintas sudah seperti orang Amerika. Tapi, bagi orang Jepun sendiri, mereka tetap menyatakan bahawa mereka adalah orang Jepun. Jadi, pengaruh Amerika itu tidak melemahkan budaya mereka. Maka, tidak usah mengharapkan orang Jepun seperti Reformasi Meiji, dan sekarang sudah tentu mereka berbeza berbanding waktu 1930-an, atau waktu Perang Dunia ke-II. Di Indonesia, kami mempunyai satu kata, mungkin dari bahasa Jawa iaitu latah. Kata latah ini bererti, asal ikut-ikut saja, tidak punya pendirian dan dengan demikian dapat dibawa ke mana-mana saja. Nah, ini pada saya tanda dari keterasingan. Tapi, kalau orang tetap mampu menangani kehidupannya, tentunya tidak latah terhadap kemodenan. Saya percaya, sebetulnya budaya Indonesia maseh sangat kuat, meskipun mungkin tidak kelihatan jelas seperti mithalnya di India, yang ketara sekali kesan-kesan kebudayaan-kebudayaannya.

Ada kata yang menarik di sini, organisme. Anda menyatakan bahawa budaya itu organisme. Ini bermakna budaya hanya akan hidup kalau berkembang. Justeru, apakah maseh penting lagi budaya lokal, yang kadang-kala kita panggil sebagai budaya asli?

Budaya lokal, atau budaya yang asli, itu maseh sangat penting. Ini kerana, di dalam budaya itu berakarlah jagad makna masyarakat tersebut. Jadi, budaya itu penting untuknya mendapat kepastian eksistensinya, kepastian sosialnya, kepastian agamanya. Dari semua itu, masyarakat tersebut mendapat semangat hidup. Kalau itu sama sekali terputus, maka mereka akan mengambang, kabur. Nah, yang sulit secara objektif untuk ditarik batasnya adalah, andaikan juga budaya lokal itu berubah—barangkali kerana modernisasi—maka sejauh mana itu bererti mereka kehilangan jatidirinya? Atau, apakah jatidirinya sedang berkembang. Saya sedikit mengenal budaya Jawa, kerana saya selalu bergaul dengan orang-orang Jawa. Malah, pernah belajar bahasa Jawa serta menulis buku mengenai etika Jawa dan wayang Jawa. Sekarang saya melihat Bahasa Jawa lama-lama tidak lagi dipakai, atau dipakai secara rosak. Kalau bahasa itu menjadi campur-aduk, mithalnya Bahasa Jawa dengan Bahasa Indonesia, lalu mungkin dengan Bahasa Inggeris pula, itu semua boleh mempengaruhi cara berfikir. Kalau kita setiap kali mengalami kesulitan dalam Bahasa Indonesia yang berakar dari Bahasa Melayu bagi mengatakan sesuatu, lalu memakai kata Inggeris, itu sebenarnya boleh mengancam identiti. Namun, dewasa ini, orang Jawa memang asyik lagi berpakaian Jawa pada hari-hari biasa. Walau bagaimanapun, bagi saya itu tidak bererti mereka terasing. Apa lagi bagi banyak orang yang bergaul dengan orang-orang Jawa, memang sifat-sifat manusiawi pada Jawa itu, seperti nilai-nilai komunikasi, bagaimana membawa diri dengan baik dan sopan, itu maseh tetap sama. Pengalaman saya berbicara dengan calo Jawa di terminal Jawa, sebetulnya apabila dicungkil, maka sudah keluar budaya Jawa mereka. Bahkan mereka juga maseh mampu berbicara kromo Bahasa Jawa tinggi. Jadi, belum begitu terasing. Tapi kerana cara hidup mereka keras, sibuk, maka mereka tidak memperhatikan soal tersebut. Apapun pada saya, kalau sebetulnya mereka menghayati filsafat Jawa, mereka akan kekal berbudaya Jawa.

Jadi, itu bermakna Bahasa Indonesia telah mengubah Bahasa Jawa, atau khususnya telah mengubah orang-orang Jawa?

Saya fikir setiap suku di Indonesia maseh tetap mahu memakai bahasa ibu mereka. Tapi, di Jakarta khususnya hal ini sangat sulit sekali. Jakarta secara praktisnya adalah menggunakan Bahasa Indonesia. Tadi, saya melewati kampong-kampong untuk ke Sekolah Tinggi Filsafat Driyarkara (STF Driyarkara) ini.  Kebanyakan orang-orang berbicara bahasa Indonesia. Tapi, kalau buruh bangunan itu bila saya nguping, memang maseh ramai lagi yang berbicara dalam Bahasa Jawa. Nah, fenomena ini sebenarnya lebih mengancam kelompok budaya yang lebih kecil. Jawa itu kelompok masyarakatnya maseh sangat besar. Sunda pun maseh besar, dan semakin ke timur semakin kecil kelompok budaya. Itu akan lebih sulit untuk bahasa tersebut berkembang. Mithalnya di Flores, di sana terdapat cabaran yang lebih sulit. Flores itu pulau yang kecil hanya dengan dua kelompok bahasa besar. Tapi, di Pulau Flores itu juga, mungkin terdapat 12 bahasa yang kecil-kecil. Di sini, budaya dan bahasa mereka menjadi lebih sulit.

Mengapa menjadi lebih sulit?

Saya terlibat dalam gerakan Katolik. Kalau dalam perayaan Katolik, selalu menggunakan Bahasa Indonesia. Tapi, selain itu terdapat juga penggunaan dalam bahasa tempatan. Walau bagaimanapun, di Pulau Flores, ini sama sekali tidak boleh dilakukan. Jadi, mahu atau tidak, mesti menggunakan Bahasa Indonesia agar bahasa itu dapat diterima oleh semua pihak. Bahasa Flores memang tidak ada. Bahkan, bahasa Manggarai tidak ada di sana. Jadi, harus memakai Bahasa Indonesia. Jadi, dengan menggunakan bahasa Indonesia, lama-kelamaan, sesuatu yang terdapat dalam budaya asli mereka akan hilang.

Memang, semangat hidup boleh diperoleh dari budaya asli kita. Ini kerana, seperti dalam kata-kata anda, “di situ terhimpun jagad makna.” Tapi, apakah globalisasi dewasa ini tidak punya jagad makna juga, yang darinya kita dapat mengambil semangat hidup?

Saya fikir globalisasi itu juga boleh membuka wawasan bangsa dan tidak memperlemahkan budaya. Memang, budaya akan berkembang. Katakan saja di Indonesia, yang mempunyai banyak hubungan antara suku, itu tidak menjadikan mereka kurang Indonesia, ataupun kurang Jawa, atau kurang Sunda. Jadi, kita jangan melihat budaya-budaya itu secara statik, iaitu seperti mahu membangun sebuah zoo, yang mana budaya asli maseh dapat dilihat.

Anda kini merupakan warganegara Indonesia, setelah melepaskan kewarganegaran Jerman anda. Setelah lama di Indonesia, apakah dalam diri anda maseh lagi ada tersimpan kebudayaan Jerman. Atau lingkungan telah menelan kebudayaan asal anda?

Saya sendiri merasa mendapat banyak sekali pengaruh, terutamanya dari budaya Jawa. Tapi, itu tidak bererti bahawa sosialisasi saya selama 24 tahun pertama hidup di Jerman itu hilang. Dan, memang tidak perlu hilang. Orang Indonesia tentu mengharapkan dari saya untuk berkomunikasi dengan gaya Indonesia, serta mengerti mengenai hal mereka. Memang ada perbezaan dengan Jerman. Orang Indonesia, atau juga orang Jawa juga, sering mengatakan bahawa Romo itu, mereka menyebut saya Romo, bahawa “Romo Magnis itu lebih Jawa dari orang Jawa.” Bagi saya ini pujian besar yang mengembirakan. Tapi, itu bererti saya orang Jawa. Sebenarnya, sekarang saya mengalami masalah kalau ke Jerman, yang semakin lama semakin terasing dengan saya. Terus-terang saja, saya banyak merasakan hal yang sudah berbeza. Di sini, di Indonesia ada cabaran-cabaran lain. Saya kenal lebih banyak orang di sini, dan itu tentunya lebih mewarnai hidup. Saya juga merasakan dapat memasuki budaya Indonesia, mahupun Jawa, tapi hakikatnya itu tidaklah bermakna saya seluruhnya menjadi orang Jawa atau orang Indonesia. Pengalaman saya dengan orang Indonesia dan juga orang Jawa bahawa mereka tidak menuntut dari saya menjadi sepertinya. Saya tetap saja diterima baik dalam lingkungan. Bahkan, saya diajak terlibat dalam satu kumpulan yang dinamakan, Yayasan Jatidiri Bangsa, dan mereka tidak membezakan saya. Tapi mungkin juga kerana saya sangat lancar berbahasa Indonesia, meskipun kalau didengar dekat-dekat tentu dapat kedengaran juga ciri-ciri Jerman saya. Jadi, bukannya budaya Jerman saya hilang seluruhnya. Dan, saya tidak merasa itu perlu.

Menurut pengalaman dan pengetahuan anda sendiri, apakah hubungan Malaysia dan Indonesia itu sama seperti hubungan Jerman dan Austria?

Pada saya, latar mereka berbeza. Latar Malaysia dan Indonesia, dengan latar Jerman dan Austria itu jelas tidak sama. Sejarah kolonial  berbeza, meskipun Malaysia dan Indonesia masing-masing satu rumpun. Saya kira banyak orang di Malaysia itu maseh mempunyai hubungan darah dengan orang Sumatera. Ini termasuk juga Melayu di Indonesia sendiri yang terdapat di Kepulauan Riau, dan yang hidup di pesisir timur Sumatera. Tapi, di Indonesia sendiri, rumpun Melayu hanyalah sebuah minoriti. Justeru, kerana itu Bahasa Melayu begitu cocok sekali untuk digunakan. Ini kerana Bahasa Melayu itu menghindari masalah hagemoni. Saingannya Bahasa Melayu itu dulu semasa Kongres Pemuda pada tahun 1928, adalah dalam Bahasa Jawa. Pada masa itu, orang Indonesia yang bercakap dalam Bahasa Melayu kurang dari 5%. Andai kata mereka memileh Bahasa Jawa, menurut saya Indonesia takkan sampai terbentuk. Sebab, itu akan dianggap Jawa Raya, dan orang Sunda di Jawa Barat juga tidak mahu berada di bawah Jawa. Tapi, dengan memakai Bahasa Melayu, yang di satu sisi memang bahasa yang bagus, maka kehadhiran Bahasa Melayu itu tidak mengancam hegemoni suku-suku besar di Jawa. Maka, Bahasa Melayu menjadi sangat ideal. Sekarang di Indonesia, Jawa maseh sangat dominan.  Tapi, kerana Bahasa Indonesia bukan bahasa Jawa, maka Indonesia tidak menjadi Jawa Raya. Jadi, di situ ada perbezaan. Walau bagaimanapun, memang ada perbezaan yang khas. Saya kira warisan kolonial, turut mempengaruhi ke arah Indonesia bersatu, yang dulu dikenali sebagai Hindia Belanda. Malaysia pula di bawah Inggeris. Jadi, ada perbezaan, dan tidak sama dengan Jerman dan Austria. Tapi, sebenarnya Malaysia dan Indonesia sangat dekat. Masalah yang timbul dewasa ini ibarat pertelingkahan keluarga, antara adik-beradik. Jadi, itu biasa. Tetap saja satu keluarga.

Namun, apakah masalah budaya Malaysia-Indonesia itu wujud hanya kerana sistem negara-bangsa yang dipecahkan oleh kolonial tersebut?

Saya fikir, yang paling dekat antara Malaysia dan Indonesia, adalah bahasa. Indonesia itu adalah negara yang terus sibuk dengan masalah-masalah sendiri. Mungkin sekarang kami baru sedar, setelah munculnya isu-isu seperti Ambalat, dll, yang mana itu mendadak menaikkan semangat nasionalis. Begitu juga Tari Pendet itu memang khas Bali. Malahan, Jawa saja takkan mengaku itu dari bahagian darinya. Nah, itu sebetulnya hal-hal remeh saja, yang kadang-kadang dinaikkan oleh media. Di sini, media kadang-kadang mahu menggelorakan perasaan nasionalisme. Bukankah salah satu masalah nasionalisme moden—iaitu nasionalisme dalam masyarakat yang multi-etnik, seperti di Malaysia juga—ialah bagaimana untuk tetap mempertahankan rasa kesatuan sebagai satu-bangsa. Nasionalisme itu bukanlah sebuah idealogi. Kalau idealogi, tentu ada ajarannya. Nasionalisme tidak ada ajarannya. Sebaleknya, nasionalisme itu adalah cinta pada bangsa, serta rasa kebanggaan menjadi anggota bangsa. Indonesia, menurut citranya dari Soekarno dulu, menjadi satu kerana pengalaman bersama. Jadi, pengalaman di bawah Belanda, penderitaan, penghinaan, dan yang semua itu dilalui bersama, akhirnya membuahkan perjuangan kemerdekaan. Tapi, sekarang itu sudah lama berlalu. Justeru, lalu apa yang mempersatukan kemajmukan dari Aceh sampai Papua? Usaha ini tidak begitu mudah, dan ini tidak hanya masalah khas di Indonesia saja. Jelas saya kira semua orang Indonesia tahu bahawa kami takkan menggelorakan semangat Indonesia dengan melancarkan perang, sama ada dengan Malaysia atau Australia. Tapi, lalu ada over reaction, seolah-olah ada yang menganggap negara yang kecil seperti Malaysia itu mahu mempermainkan kami. Memang, Indonesia itu lebih bangga dengan kebudayaannya, meskipun ekonomi Malaysia lebih maju. Namun, bukan maksud saya bahawa bermakna Malaysia tidak punya kebudayaan. Tapi dalam erti-erti tertentu, budaya Malaysia tidaklah sekaya berbanding Indonesia. Harus diingat, sewaktu Soekarno melancarkan konfrontasi dengan Malaysia, tampak sekali konfrontasi itu tidak popular. Berbeza sekali dengan kempennya untuk merebut Irian Barat dari Belanda. Itu memang sangat popular. Ini lain pula ketika Soeharto berkuasa. Soeharto mengirim wakil ke Kuala Lumpur supaya menyatakan kalian tetap tenang saja. Di samping itu, perlu juga diperhatikan juga yang menyangkut Soekarno. Ini kadang-kala bertentangan dengan paparan media barat. Dalam sejarah, Indonesia seperti yang saya tahu tidak pernah mendakwa memiliki wilayah di luar Hindia Belanda. Memang benar, waktu sebelum kemerdekaan persoalan batas-batas Indonesia dibicarakan. Ada Mohammad Yamin yang ingin memasukan seluruh rumpun Melayu, jadi termasuk Malaya, seluruh borneo, Filipina Selatan, malah Madagascar, ke dalam Indonesia. Tapi yang lain-lain menolak cadangan tersebut. Hatta, Soekarno sendiri tidak pernah mendakwa Timor-Timur adalah milek Indonesia. Jadi, Malaysia harus diperhatikan hal ini. Indonesia tidak ada citra bahawa seharusnya Malaysia masuk ke dalam Indonesia. Itu sama sekali tidak ada. Konfrontasi Soekarno dulu ada alasan lain, sehingga munculnya istilah neo-kolonialisme.

Jadi, apakah kempen “Ganyang Malaysia” yang dimulakan oleh Soekarno tersebut adalah semata-mata untuk mengalih perhatian masalah dalaman kepada isu-isu luar negara?

Menurut saya, memang demikian. Bagi Soekarno, Malaysia memang dalam rangka anti-neokolonialisme. Jadi, Soekarno sangat aktif anti-barat, aktif dalam politik luar negeri, dan di situ Soekarno kehilangan realisme. Jadi, mungkin tindakan itu adalah sebuah pelarian dari ketegangan dalaman Indonesia yang semakin besar, yang pecah pada 1965, dengan paling minumun 500,000 orang mati. Jadi, ini bukan hal yang remeh. Itu kerana, Soekarno tidak mampu menangani konflik-konflik idealogi.

Memang menarik untuk Indonesia.

Ya, memang menarik untuk Indonesia. Ini kerana konflik antara agama tidak pernah mencapai tingkat seperti itu. Waktu konflik di Ambon, semua agama di sana sangat mengharapkan pertelingkahan tersebut berhenti. Tapi, konflik idealogi antara komunis dengan yang lain-lain, waktu itu tidak mampu diredamkan. Itu cukup menarik.

Franz Magnis-Suseno ketika diwawancara © Aqil Fithri

Tentang pengalaman bersama, itu memang sesuatu yang rakyat Indonesia sama-sama hayati sebelum kemerdekaan. Apakah setelah kemerdekaan, pengalaman bersama itu hilang?

Nah, kami maseh punya pengalaman bersama. Tapi, kami harus bergulat dengan banyak sekali masalah yang belum selesai. Memang, dibandingkan dulu, sekarang jauh lebih selesai. Ini kerana ada kekuatan Soekarno yang memberi wawasan dan inspirasi terhadap nasionalisme Indonesia. Tidak hanya di Jakarta dan Jawa, tapi hampir di seluruh Indonesia merasakan hal yang sama. Itu memang jasa Soekarno. Tapi, Soekarno turut mempunyai kelemahan yang ada pada banyak pejuang kemerdekaan. Bagi mereka, adalah terlalu berat untuk  terlibat dalam menangani masalah-masalah pentadbiran. Lalu, seorang nasionalis yang penuh semangat, sering sulit untuk menangkap bahawa di bawah nasionalisme boleh ada pertentangan-pertentangan idealogi yang sangat keras. Kesannya, kita boleh lihat peristiwa di Madiun. Dan, saya sendiri mithalnya ingat, bahkan sebelum saya ke Indonesia, kami dari gerakan Katolik itu selalu menganggap komunisme Indonesia sebagai bahaya terbesar, dan itu membuat para pemimpin Katolik lebih dekat dengan Partai Masyumi. Memang, sebetulnya Parti Masyumi membela sebuah Negara Islam. Namun, negara Islam Partai Masyumi bukanlah bererti untuk membuat orang bukan-Islam menjadi warganegara kelas kedua. Tapi, kami dekat kerana Partai Masyumi sama-sama berpendapat bahawa komunisme merupakan bahaya maut. Nah, Sokearno tidak menangkap hal tersebut. Sebaleknya, Soekarno merasakan semua orang Indonesia sedia untuk membangun negara yang revolusioner, progresif melawan dunia neokolonialisme. Walau bagaimanapun, sebuah semangat revolusi belum tentu dapat mengatasi semua masalah. Jadi, Soekarno tidak menyedari bahawa komunis itu bukan idealogi yang kekiri-kirian, tapi sebuah idealogi yang kuat, di mana tujuan politiknya yang sudah jelas tidak boleh ditawar-tawar dalam soal kekuasaan. Lalu, itu menjadi malapetaka. Sewaktu konfrontasi dengan Malaysia—di mana saya sendiri mengalami waktu itu—saya merasa hairan sekali, mengapa Soekarno tidak memakai pendamaian. Saya ketika hadhir di Padang Merdeka, Jakarta pada tahun 1964, dan mendengar sendiri pidato Soekarno, “hancurkan projek neo-kolonialisme.” Saya kira, itu ditujukan pada Malaysia, yang kemudiannya menjadi “Ganyang Malaysia.” Ketika itu, ada sejuta orang berdiri di Padang Merdeka, untuk mendengar pidato Bung Karno tersebut.

Tapi, dewasa ini, nampaknya frasa “Ganyang Malaysia,” tidak pernah berakhir, maseh dipakai, meskipun latar sudah kian jauh berbeza?

Itu saya anggap tidak boleh digunakan. Sama sekali tidak boleh digunakan Ini kerana menganyang itu tidak mengakui keberadaan. Itu juga sama ertinya menghabis-habisin. Tidak boleh begitu.

Tapi, tentunya dari satu sisi, kempen “Ganyang Malaysia” dapat membangkitkan semangat nasionalisme Indonesia, sekurang-kurangnya dari sentuhan emosi.

Ya, tapi tentu saja Indonesia harus belajar bahawa cinta pada negara dan bangsa sendiri tidak boleh dilahirkan dengan memusuhi tetangga.

Jadi, adakah anda menghargai Soeharto, yang darinya kempen Ganyang Malaysia ditamatkan?

Ya, justeru, dalam hal ini saya sangat menghargai Soeharto. Pada saya, Soeharto dia tahu benar bahawa yang mengancam di sini bukan Malaysia, tapi Indonesia itu sendiri. Sebenarnya, Indonesia itu menakutkan bagi seluruh Asia Tenggara. Maka, Soeharto tidak suka main the big boss. Tapi dari belakang dengan tenang, kalau ada masalah dengan Malaysia selalu meleraikan baik-baik. Tidak pernah Soeharto “memukul meja” ketika menghadapi masalah luar negara. Tindakan Soeharto ini penting bagi negara yang sebesar Indonesia, yang mungkin jumlah penduduk sama dengan negara Asia lain. Jadi, semua takut terhadap Indonesia, kerana kalau Indonesia menjadi kacau atau sebagainya, itu akan turut menggugat negara-negara tetangga yang lain. Itu adalah bahaya besar. Soeharto, begitu juga SBY, dan sebelum Gus Dur, mereka sama sekali tidak berminat untuk berkasar terhadap Malaysia. Tapi, di dalam masyarakat tentu ada perbezaan.

Tapi, bukankah itu bermakna Indonesia terpaksa tunduk pada negara, mithalnya dalam kes ini, dengan Malaysia?

Kita tidak harus tunduk. Jadi, kalau memang ada alasan objektif, mithalnya kalau ada pengambilan hakcipta, bawakan itu ke muka pengadilan. Saya juga berpendapat, bahawa masalah seperti Ambalat, itu juga kalau tidak boleh disepakati bersama harus diputuskan ke muka pengadilan antarabangsa. Jadi, tidak usah mengalah. Tapi, jangan main the big boss, kasar-kasar, dan jangan terus merasa tersinggung kerana hal-hal yang sepele. Itu maksud saya.

Sebenarnya, sama ada di Malaysia, mahupun di Indonesia, masing-masing sendiri merasakan bahawa pemerintahnya tidak memprihatinkan persoalan budaya masing-masing. Namun, ada persoalan lain, apakah perlu untuk pemerintah campur-tangan dalam soal budaya?

Kalau saya, pemerintah hanya boleh terlibat dengan cara yang sangat terbatas. Ini kerana budaya itu tidak memerlukan pemerintah. Yang budaya perlukan adalah kebebasan, dan tentu juga dukungan fungsional dengan mutu pendidikan umum.  Sebetulnya budaya itu hanya akan hidup bila berdepan dengan cabaran-cabaran. Namun demikian, yang boleh dilakukan oleh pemerintah Indonesia, mithalnya, adalah mempromosikan budaya Indonesia ke luar, dengan usaha yang lebih bagus lagi. Saya pernah terbang dengan Malaysia Airlines, dari Eropah dan mendarat di Kuala Lumpur. Dalam penerbangan itu, ada filem mengenai KLIA, yang diakhiri dengan paparan budayanya. Itu sangat menarik dan bagus sekali. Di Indonesia ada juga budaya yang sama. Tapi kami tidak membikin filem seperti itu. Jadi, di situ adalah kelemahannya. Dalam budaya Indonesia, bukan hanya ada budaya seni, tapi juga ada budaya lukisan, muzik, sandiwara, dan juga kehidupannya yang sangat menarik. Apatah lagi, di Indonesia ini terdapat beragam suku, bahkan ratusan, yang masing-masing berdiri atas budayanya. Ini yang tidak begitu ketara di Malaysia.

Nampaknya, keragaman di Indonesia adalah satu kekuatan, selain satu kekayaan?

Benar. Jelas, satu kekuatan. Yang dikeluhkan adalah semata-mata hegemoni Jawa yang maseh besar. Tapi, sebetulnya orang Jawa tahu itu dan mampu menahan diri. Seperti juga suku-suku besar lain, termasuk Bugis, Minang, Sunda, dll mereka juga menahan diri. Malah, terdapat Batak juga, sebuah suku yang penuh dengan kepercayaan diri. Jadi, ini berbeza dengan Malaysia lebih jelas etniknya. Maka, cabarannya juga berbeza, dan cabarannya khas Malaysia.

Tapi, menarik di Indonesia, bangsa mereka tidak lagi berpaut pada etnik, tapi berdiri atas nama negara, iaitu bangsa Indonesia?

Ya, kata Indonesia itu dipakai untuk semua orang yang hidup di dalam negara Indonesia. Di sini, mungkin harus dikatakan bahawa negara mendahului bangsa. Ini kerana, yang membikin negara Indonesia, adalah kolonial Belanda juga. Begitu juga Malaysia. Tapi, sekurang-kurangnya kita berbeza dengan Korea, di mana satu bangsa tapi dua negara, atau dengan Poland yang sebenarnya termasuk dalam Jerman, atau Prussia. Jadi, ada beberapa negara di dunia, dalam erti, bangsa adalah mendahului negara. Tapi, kebanyakan negara lain di dunia tidak demikian. Malaysia dan Indonesia adalah antaranya.

Baik, mungkin kita menyentuh mengenai bahasa pula. Sebelumnya, anda juga sudah menyentuh sedikit mengenai kedudukan bahasa di Indonesia ini. Seperti kita tahu, salah satu bahagian dari budaya, adalah bahasa. Mungkin juga bahasa adalah alat perkembangan sesuatu budaya. Justeru, bagaimana hubungan antara bahasa tempatan (local) dengan bahasa globalisasi, kalau dalam konteks ini adalah Bahasa Inggeris?

Pertamanya, mungkin di situ ada perbezaan antara negara-negara di Asia, apalagi di Afrika. Di antara negara-negara ini terdapat negara yang pernah dijajah Inggeris. Maka, tentu sekali negara ini maseh cukup mampu untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Kalau di Indonesia, kemampuan Bahasa Inggeris itu harus dipelajari di sekolah, tapi itu pun tak selancar berbanding Malaysia. Pengalaman Indonesia ini lebih mirip dengan negara asal saya, Jerman. Sebenarnya orang jerman juga tidak biasa menggunakan Bahasa Inggeris. Malah, di kalangan ahli akademik Jerman juga sama sekali tidak ada kebiasaan menggunakan Bahasa Inggeris dalam wacana intelektual mereka. Saya sendiri, setelah lama di Indonesia, kadang-kadang merasa terasing dengan Bahasa Jerman. Tapi, keadaan saya yang telah lama meninggalkan Jerman tentu tidak berlaku pada orang Jerman, atau pada orang Perancis. Lihat saja perkataan yang digunakan dalam komputer, semuanya adalah dalam Bahasa Jerman. Ini juga adalah pengalaman yang sama di Indonesia. Beruntung di Indonesia, kami mempunyai sebuah bahasa nasional yang memang popular, yang dibangun berasaskan daripada Bahasa Melayu. Bahasa Melayu dan kemudian menjadi Bahasa Indonesia ini akhirnya dapat digunakan untuk bahasa komunikasi, sekurang-kurangnya antara Malaysia dan Indonesia. Pengalaman saya pernah berbicara dengan seorang professor Melayu perempuan dari Malaysia. Ini berlaku di sebuah lokakarya (symposium), dan dia hairan sekali saya memberi filsafat kuliah dalam bahasa Indonesia. Ini kerana, dia menyatakan bahawa Bahasa Melayu tidak digunakan dalam kuliah filsafat di Malaysia.. Bagi saya, itu adalah masalah kebiasaan. Namun yang aneh ialah, dia adalah orang Melayu, dan menyatakan tak mampu menggunakan Bahasa Melayu. Namun, saya sendiri merasakan jauh lebih mudah berbicara filsafat dalam Bahasa Indonesia. Ini kerana pada saya, Bahasa Inggeris lebih sulit. Jadi, ini mungkin masalah kebiasaan. Tapi, apapun, itu fenomena di Malaysia yang sangat menarik bagi saya.

Menarik? Itu pada anda sebenarnya menunjukkan fenomena apa?

Bagi saya, dia tidak pernah mencuba. Dia membesar dalam lingkungan di mana Bahasa Melayu dianggap hanya untuk berbicara biasa-biasa saja, atau mungkin juga sebagai bahasa dapur. Manakala sebagai orang moden, dan dalam konteks moden, juga masalah moden, lebih mudah untuk memakai Bahasa Inggeris. Tapi, itu sama sekali tidak berlaku di Indonesia. Dan, tentu kami juga beruntung bahawa mempunyai orang seperti Soekarno. Salah satu kekuatan Soekarno adalah kemampuan untuk bicara. Bahasa pidatonya bagus-bagus sekali. Soekarno bukanlah seorang filsuf, tapi mengerti filsafat. Jadi, Soekarno juga secara tidak langsung mengembangkan dan merangsang orang Indonesia untuk mengungkapkan diri dalam Bahasa Indonesia itu. Pada saya, professor dari Malaysia itu belum pernah mencuba. Itu sebabnya. Seandainya dia mencuba, mungkin boleh saja.

Tentang bahasa, ada persoalan lain, iaitu persoalan antara bahasa dan makna. Dalam sistem pendidikan, tampaknya yang ditekankan adalah dari aspek makna, atau kefahaman. Bahasa, sekali lagi, hanyalah alat untuk sampai pada makna atau kefahaman tersebut. Tidak kesah apa-apa bahasa sekalipun, yang penting adalah makna atau kefahaman tersebut. Tapi, apakah ada sesuatu yang hilang sekiranya kita tidak menggunakan bahasa sendiri dalam sistem pendidikan?

Pada saya, kalaulah seluruh jenjang pendidikan dalam Bahasa Inggeris, yang berlaku dalam sesebuah negara Bukan Inggeris, itu akhirnya akan menurunkan bahasa sendiri menjadi bahasa dapur. Saya mengalami hal tersebut di sini, di Indonesia ini. Bukan dengan Bahasa Indonesia, tapi dengan Bahasa Jawa. Secara sejarahnya, bahasa jawa itu sangat berbudaya, dengan sasteranya yang kuno sampailah kepada sastera moden. Itu semua terhimpun dalam Bahasa Jawa. Tapi, sekarang yang berlaku ialah apabila orang jawa membicaraka persoalan moden dan global, maka mereka akan langsung menggunakan Bahasa Indonesia. Kesannya, Bahasa Jawa hanya untuk ngomong-ngomong saja, untuk di dapur, dan tidak lagi dipertajam. Mithalnya saja, budaya memberi kuliah dalam Bahasa Jawa. Jika anda tanyakan ahli akademik di sini, apakah dia merasa mampu memberikan kuliah filsafat dalam Bahasa Jawa? Saya kira, dia akan menjawab tidak mampu. Atau, sekurang-kurangnya dia akan memerlukan waktu yang cukup lama untuk melakukan itu. Bahasa Indonesia, tentu dulu juga tidak dipakai untuk filsafat dan segala macam ilmu. Tapi, akhirnya dipakai, dan ternyata Bahasa Melayu mamang bahasa yang serba-boleh, luwes, serta dapat dikembangkan. Bahkan, Bahasa Melayu turut mempunyai kemungkinan kemungkinan melahirkan kata-kata abstrak, di mana ini juga berkemungkinan untuk membentuk kata-kata teoritis baru. Kemampuan ini sebenarnya tidak banyak ada dalam bahasa-bahasa lain. Mithalnya, teman filsuf saya ada menerjemahkan kata “being,” iaitu dalam Bahasa Inggeris, dengan “mengada.” Kalau “ada” itu sebetulnya hanyalah bererti hadhir. “Being” itu pada Heidegger mempunyai erti yang lebih banyak. Tentu “mengada” itu tak ada dalam Bahasa Melayu di Indonesia. Tapi, filsuf dapat membentuk, serta dapat menjelaskan, yang akhirnya dapat digunakan.

Menariknya, mengapa Bahasa Melayu ada kekuatan tersebut, seperti anda katakan sendiri, “sebuah bahasa yang luwes?”

Saya bukan ahli linguistik. Tapi, saya mengalami bahawa Bahasa Melayu itu adalah bahasa yang sangat berpotensi untuk mengungkapkan semua cabang pengetahuan. Bahasa Melayu, sebetulnya adalah bahasa yang sudah kuno. Sebab itu, Bahasa Melayu juga punya sastera yang lama, dan sastera yang tinggi. Tentunya dulu, Bahasa Melayu hanyalah sebagai bahasa pasar. Tapi, dalam erti yang lebih luas, para pedagang di wilayah nusantara ini secara umumnya memakai Bahasa Melayu. Ternyata, Bahasa Melayu memang mempunyai kemampuan untuk dikembangkan. Bahasa Jawa mithalnya, akan lebih sulit kerana tidak mudah untuk membuat kata-kata abstrak. Jadi, tidak mudah untuk berfilsafat dalam Bahasa Jawa kerana harus berfikir berbeza. Bukan saja untuk mengungkapkan hal-hal abstrak, tapi juga hal-hal yang bersifat pengetahuan, suasana, warna, emosi, dan sebagainya.

Memang, Bahasa Melayu adalah akar pada Bahasa Indonesia. Tapi, apakah yang membezakan suku Melayu, dengan suku jawa, Sunda, Bugis, Minang, dll? Sebab, kalau di Malaysia, kami memikirkan semuanya adalah dalam kata “Melayu.” Tapi, di sini ternyata tidak.

Mungkin di sini lebih baik kita melihatnya dari sudut bahasa. Maksudnya saya, wilayah lingusitik adalah Austronesia, yang di sana terimpun bahasa-bahasa Austronesia. Bahasa suku yang asli di Taiwan selatan, itu sebenarnya dari Bahasa Melayu. Tapi, tentu sudah tidak sama dengan Bahasa Melayu seperti di Malaysia. Begitu juga Bahasa Melayu di beberapa suku di Vietnam. Demikian juga dari Filipina sampai ke Madagascar, itu dari sudut bahasa adalah satu ruang yang sangat besar. Mithal saja di Madagascar, rice itu maseh dikenali sebagai nasi. Saya juga bertemu seorang professor dari Filipina Utara, angka-angka mereka sama dengan angka-angka di Jawa dan di Sunda. Mithalnya tiga, itu pada mereka adalah telo. Dari sudut bahasa, kita memang bersatu. Tapi, Thailand dan sebahagian Indonesia Timur, itu tidak. Nah, di situ ada banyak sub-bahagian. Mithalnya saja lagi bahasa-bahasa di Sumatera, termasuk Bahasa Melayu itu, semuanya lebih dekat antara satu sama lain berbanding bahasa di Bali Lombok. Kalau di Bali Lombok itu ada lima bahasa, Bahasa Jawa (Jawa Timur), Bahasa Sunda (Jawa Barat), Bahasa Madura (Madura), Bahasa Bali dan Bahasa Sasak. Semua bahasa itu ada di Bali Lombok. Masing-masing, biarpun dekat, tapi ada perbezaan yang sangat ketara. Tidak seperti Bahasa melayu yang jauh lebih dekat dengan Bahasa Minang, dengan Bahasa Lampung, bahasa di daerah Jambi. Manakala Acheh sudah lebih jauh berbeza. Jadi, dalam erti bahasa ini, Melayu tidak khusus. Ini juga sebenarnya masalah bahasa. Kalau mahu kata Melayu dipakai dalam erti yang sangat luas, maka yang lebih tepat adalah Austronesia. Jadi, ini juga adalah masalah kebiasaan. Jadi, Melayu dalam erti sempit itu bererti mereka bicara dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa ibu, seperti yang terdapat di Malaysia, sebahagian Indonesia, Singapura, Brunei, dLl. Namun, kalau di Batak itu nyata berbeza. Di batak ada enam bahasa yang tidak saling mengerti di antara orang-orang batak itu sendiri.

Barangkali soalan terakhir, mengapa bangsa Jerman begitu kuat sekali dalam soal tradisi, identiti, bahasa, dan segala kekhasannya?

Tentu Jerman itu adalah bangsa yang ada identiti dan kepercayaan diri yang sangat kuat, dan penuh dengan sejarah, selain tempatnya yang menarik dan makanannya yang enak. Saya di Jerman bukan bersekolah dalam Bahasa Inggeris, juga bukan dalam Bahasa Jerman. Saya berada dalam wilayah pendudukan Perancis. Jadi, saya belajar dalam Bahasa Perancis. Bahasa Inggeris hanya saya belajar setahun sebelum ke Indonesia, iaitu tahun 1960. Teman-teman Jesuit saya di München itu kebanyakan lancar betul Bahasa Perancis. Tapi tidak Bahasa Inggeris. Jadi, di Eropah dominasi Inggeris tidak ada. Orang Itali, siapa yang tahu Bahasa Inggeris. Orang Czechoslovakia itu lebih tahu Bahasa Jerman dari Bahasa Inggeris. Jadi, di Eropah, Inggeris tidak mendominasi. Tapi, di dunia lain, memang nampaknya Bahasa Inggeris begitu kuat. Ini yang juga menyusahkan Perancis, kerana nampaknya Bahasa Perancis kalah terhadap Bahasa Inggeris. Ini barangkali sebuah kebetulan, di mana Bahasa Inggeris menjadi bahasa globalisasi. Apatah lagi, dengan adanya Amerika Syarikat yang menjadi adikuasa, serta akhirnya memperkukuhkan lagi Bahasa Inggeris. Katakan saja orang Jerman mereka sama sekali tidak tertarik untuk memakai kata-kata Inggeris. Bahkan, mereka lebih sedia memakai Bahasa Perancis, berbanding Bahasa Inggeris. JT

Kiriman Berkaitan

Idealis Revolusioner: Antara Shari’ati dan Motahhari Aqil Fithri

Ateisme, Tuhan, dan Agama Aqil Fithri

Sekulariti, Sekularisasi dan Sekularisme Aqil Fithri

Shi’ah (di) Indonesia Aqil Fithri

Beberapa Cerpen Pendek tentang Korupsi Mohd Jimadie Shah Othman

Bahasa, Budaya dan Khazanah Ilmu Aqil Fithri