JalanTelawi [Beta] » Islam

Tafsir Muhammad Asad: Mendengungkan Prinsip Abduh
Pembaca Tafsir Muhammad Asad “The Message of the Qur’an” akan mengenal dengan baik pendekatan Asad dalam menterjemah dan menulis komentarnya yang ekstensif. Pembaca akan menemui dalam nota penjelasannya rujukan yang ketara pandangan yang diketengahkan oleh Muhammad Abduh (1849-1905).

Menurut Asad, kepentingan Abduh dalam konteks dunia moden Islam tidak dapat dinafikan lagi. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa setiap tren dalam pemikiran Islam kontemporer dapat dikesan dari pengaruh, secara langsung atau tidak, kepada idealog paling terkemuka ini di kalangan pemikir Islam moden.

Ide reformis Abduh

1. Menolak Penyerahan pada Takdir

Gagasan pembaharuan Abduh adalah berteraskan pada tiga prinsip yang fundamental. Prinsip pertama yang dicanangkannya adalah menolak penyerahan pada takdir. Beliau percaya bahawa fatalisme telah merosakkan dunia Islam dan menyebabkan kemunduran intelek. Dalam komentar Asad pada ayat “Sesungguhnya Tuhan tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah kondisi dalaman mereka sendiri” [13:11], beliau mengungkapkan bahawa ini adalah ilustrasi kepada aturan wahyu tentang sebab dan akibat (sunnatuLlah). Aturan wahyu ini meliputi kehidupan individu dan masyarakat. Dan menjadikan kebangkitan dan kejatuhan tamadun bergantung pada kualiti moral manusia dan perubahan dalam “diri mereka sendiri”.

Umat Islam tidak boleh mengharapkan perubahan dengan hanya duduk dan berdo’a dan mengharap mukjizat akan berlaku. Mereka mempunyai kepercayaan yang salah bahawa setiap urusan di dunia ini telah ditentukan untuk mereka. Tidak kira betapa keras berusaha, apa yang telah ditakdirkan tidak akan berubah. Hasilnya, umat Islam menjadi umat yang paling terkebelakang dan tidak produktif dalam sumbangan mereka terhadap sains dan teknologi. Selain daripada menyumbangkan “pengebom berani mati”, mereka gagal melahirkan sumbangan yang signifikan terhadap peradaban dunia.

Generasi Muslim terawal tidak hanya duduk menantikan al-Mahdi datang untuk menyelamat dan memandu mereka. Demikian itulah merupakan alasan terpenting yang menggilap ketangkasan ummah dan peradaban mereka sebelum ini. Memahami al-Qur’an telah meledakkan tanah Arab, dan mengeluarkan umat dari belenggu pertelingkahan antara kabilah. Dalam tempoh beberapa dekad, al-Qur’an telah menyebarkan pandangan dunianya melangkaui sempadan Arab dan melahirkan komuniti berideologi yang pertama dikenal dalam sejarah manusia, melalui desakannya terhadap kesedaran dan ilmu. Ia menyemarakkan di kalangan pengikutnya semangat pencarian aqliah dan penyelidikan yang bebas, yang berakhir dengan era yang memukau dalam kajian dan penerokaan saintifik yang telah mengangkat dunia Islam di puncak ketinggian budayanya.

Budaya yang dipugar oleh al-Qur’an ini telah menembusi dengan berbagai cara dan jalan ke dalam fikiran Eropah zaman pertengahan. Ia akhirnya mencetuskan kebangkitan budaya Eropah yang kita ungkapkan sebagai Renaissance, dan kemudiannya dalam peredaran waktu berperanan besar dalam melahirkan apa yang digambarkan sebagai “zaman sains”: era di mana kita hidup sekarang.

2. Akal dan Wahyu

Prinsip kedua adalah usaha Abduh untuk memadukan antara fikiran (‘aql) dan wahyu (wahy). Perhubungan antara akal dan wahyu adalah isu yang paling rumit sejak kurun terawal Islam.

Menurut Abduh, “akal” dan “wahyu” tidak mungkin berbentur antara satu sama lain, kerana agama dan sains adalah dua sumber daripada Islam, dan keduanya aktif dalam lapangan yang berbeza. Kerana itu, “fikiran” (‘aql) menurut Abduh, adalah teman wahyu yang terintim kerana ia membantu manusia memahami teks suci al-Qur’an. Sekiranya manusia tidak menggunakan akal sebaiknya, ia tidak akan mampu melahirkan penghargaan terhadap Tuhan yang telah menciptanya.

Menurut Asad, pemikir besar Islam yang lampau telah memahami masalah ini dengan cukup baik. Di dalam tafsiran mereka, mereka mendekati al-Qur’an dengan akal. Yakni, mereka cuba menjelaskan maksud setiap kenyataan al-Qur’an dengan kekuatan bahasa Arab yang dikuasainya dan dengan ajaran Nabi (saw) (sunnah). Mereka juga memanfaatkan pengetahuan am yang telah mereka capai dan daripada pengalaman sejarah dan budaya yang telah membentuk masyarakat manusia sehingga ke zaman mereka.

Asad secara terang menekankan kepentingan “akal” dalam perbahasannya terhadap ayat: “Dan Dia menzahirkan kepada Adam (as) nama setiap benda”. [2:31]

Istilah “ism” (nama) menunjukkan menurut pandangan semua ahli filologi, suatu ekspresi “menyampaikan pengetahuan (tentang sesuatu). Menurut Asad, dalam terminologi falsafah, ia menandakan makna suatu “konsep”.

Ayat-ayat seterusnya menunjukkan berdasarkan pemberian ilmu yang diraihnya dari Tuhan berupa “nama” atau konsep pemikiran itu, manusia adalah, dalam sesetengah keadaan, lebih tinggi darjatnya daripada Malaikat. “Nama” adalah ekspresi simbolik kepada kekuatan untuk memaknakan ungkapan, kekuatan untuk menghuraikan pandangan yang merupakan ciri yang unik kepada manusia dan yang memungkinkannya, dalam pernyataan al-Qur’an, untuk menjadi khalifah Allah (khalifah) di bumi.

Nyatalah sikap Muslim hari ini yang cenderung untuk merujuk kepada interpretasi literal daripada “teks” (nas) dan menyingkirkan semua yang termasuk dalam lapangan akal yang akhirnya menyumbang kepada kejumudan dan kelaihan umat ini sendiri.

3. Ijtihad berdasarkan Maslahah

Prinsip Abduh yang ketiga adalah memberi penekanan terhadap “tafsiran baru” (ijtihad) dari hukum Islam berdasarkan keperluan pada “keadilan sosial” (maslahah) pada zamannya. Menurut Abduh, di mana kelihatan terdapat percanggahan antara “teks” (nas) dan “keadilan sosial” (maslahah), maka keadilan sosial yang harus diberikan keutamaan.

Abduh mendukung prinsip yang berteraskan fahaman bahawa hukum Islam diturunkan untuk melayani, antara lain, tuntutan kebajikan manusia. Oleh itu, setiap perkara yang menjamin kesejahteraan masyarakat adalah selari dengan matlamat syari‘ah dan dengan itu harus diteruskan dan diperakui oleh hukum.

‘Abduh percaya bahawa pandangan yang bebas (ijtihad) akan meluaskan skop pengetahuan kerana kebanyakan aspek kebajikan manusia (mu‘amalat) boleh diperhurai dengan lebih jauh dengan kekuatan fikiran (‘aql).

Beliau menjelaskan bahawa oleh kerana fiqh bermaksud “faham”, maka barang siapa yang mengemukakan fatwa berdasarkan pengertian literal dari teks atau nas sahaja, tanpa memahami semangat hukum (ruh al-Shari‘ah), bukanlah seorang mujtahid (faqih).

Dalam hal ini, beliau memperkenalkan semula kaedah fiqh “inna al-‘ibrata bi al-maqasid wa al-ma‘ani wa bi alfaz wa al-mabani” – pertimbangan harus diberikan kepada tujuan dan makna, bukan semata-mata perkataan dan frasa.

Hasilnya, ‘Abduh juga menentang faham literal (zahiriyah) dan pemahaman teks tanpa merujuk pada akal fikiran.

Abduh mempertahankan sandarannya pada ijtihad berdasarkan ayat al-Qur’an yang berikut: “Dan berusaha keraslah di jalan Tuhanmu dengan sekuat upaya untukNya: Dialah yang telah memilihmu [untuk membawa risalahNya], dan tidak menjadikan beban bagimu dalam [sesuatu yang berkait dengan] agama” [22:78].

Arahan ini adalah salah satu dari prinsip universal dalam hukum Islam (qawa‘id usul al-fiqh). Abduh juga mengetengahkan prinsip hukum bahawa “asal setiap sesuatu adalah harus” (al-asl fi al-ashya’ al-ibahah). Beliau mentafsirkan ayat: “Dialah yang telah menciptakan bagimu setiap sesuatu di atas bumi” [2:29] yang membawa makna bahawa urusan berkaitan negara dan politik telah diserahkan kepada manusia untuk dikendalikan.

Dalam menyempurnakannya, manusia harus memenuhi prinsip perundingan (shura) kerana al-Qur’an menegaskan dengan persetujuan terhadap kalangan “dan mereka yang urusannya [dalam semua perkara yang berkait dengan kepentingan umum] disempurnakan dengan perundingan (shura) sesama mereka.” [42:38]

“Perundingan” di sini bermaksud menurut Abduh melakukan ijtihad berdasarkan teks asli. Muhammad Asad telah menjelaskan implikasi politik dari prinsip ini dengan lebih terperinci dalam bukunya Principles of State and Government in Islam.

Kaedah Fundamental dalam tafsir Asad

Selain dari percubaan untuk meyakinkan pembacanya untuk memahami semangat yang berakar dalam tafsirnya seperti yang diilhamkan oleh Imam Muhammad Abduh ketika menulis The Message, Asad berusaha untuk menepati secara konsisten dua kaedah yang fundamental dalam tafsir.

Pertama, al-Qur’an tidak harus dilihat sebagai kompilasi daripada pengarahan dan seruan yang terpisah tetapi sebagai satu rakaman keseluruhan yang integral. Ia adalah pembentangan tentang doktrin akhlak yang mana setiap ayat dan pernyataan mempunyai perkaitan yang rapat dengan ayat yang lain dan saling memperkuat antara satu sama lain.

Justeru itu, maknanya yang sebenar hanya dapat digarap sekiranya kita mengaitkan setiap satu pernyataannya dengan apa yang telah diungkapkan di tempat lain dalam halamannya. Kita boleh mencuba menerangkan ideanya dengan cara membuat rujukan silang yang kerap. Apabila kaedah ini diikuti dengan sempurna, kita sedar bahawa al-Qur’an adalah – dalam ungkapan Imam Muhammad Abduh – “tafsirnya yang terbaik”.

Kedua, tidak ada bahagian daripada al-Qur’an yang harus dilihat dengan kacamata sejarah semata-mata. Yakni, semua rujukannya pada babak-babak sejarah dan kesan-kesan historis – baik pada zaman Rasulullah (saw) atau pada waktu yang lebih awal, harus dianggap sebagai ilustrasi kepada kondisi manusia dan bukan suatu pengakhiran padanya. Oleh itu, pertimbangan pada peristiwa sejarah yang mana ayat tertentu diturunkan (asbabun nuzul), tidak harus menyebabkan kesamaran daripada tujuan sebenar ayat itu diturunkan dan relevansi dalamannya terhadap ajaran akhlak yang mana al-Qur’an, digarap secara keseluruhan, menganjurkannya.

Langkah ke Arah Reformasi

Asad mengulangi keyakinan Abduh bahawa pesan Islam tidak senantiasa kekal tidak berubah; walaupun sebahagian darinya “tidak berubah”, dan kekal tidak terkesan dengan perubahan tempat dan waktu. Penetapan hukum fikah berkait dengan ibadat (‘ibadah) tidak boleh dirobah oleh mana-mana autoriti.

Bahagian kedua, menurut Abduh, setakat ini yang terbesar; adalah ketetapan berhubung dengan “transaksi awam (mu‘amalat) termasuk isu kenegaraan dan politik. Ini tercakup dalam wilayah “al-mutaghayyirat” (yang berubah).

Apabila keadaan berubah, prinsip dan nilai Islam yang asas, yang diambil dari al-Qur’an dan al-Sunnah, harus dipakai semula dalam keadaan yang baru; dan kerangka hukum yang lama, yang boleh berubah, harus digantikan dengan yang baru.

Para reformis percaya bahawa krisis Islam moden – dan sekarang bertambah buruk dengan pemahaman literal oleh kalangan yang dikenal sebagai salafi – adalah kegagalan untuk mengemukakan pemisahan yang jelas antara yang berubah “al-mutaghayyirat” dari “yang tetap” (ath-thawabit) yang mengakibatkan terhalangnya usaha ke arah reformasi yang sebenar (islah) dan pembaharuan (tajdid).

Dr. Ahmad Farouk Musa, adalah seorang ahli akademik di Monash University yang terlatih sebagai pakar bedah kardiothoracic. Beliau juga adalah Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF).

Diterjemahkan daripada artikel asal yang terbit di Harakahdaily bertajuk “Muhammad Asad’s tafsir: Reverberating Abduh’s principles” oleh Ahmad Nabil Amir (PhD Usuluddin).Kiriman Berkaitan

Pasca Islamisme admin

Locke dan Dua Karangannya Khalid Jaafar

Menyelamatkan Warisan Intelektual Islam (Bahagian 1) admin

Islam dan Kerajaan Terhad Amin Ahmad

Ibn Rushd: Pendahulu Pencerahan? III admin

Menyelamatkan Warisan Intelektual Islam (Bahagian 2) admin

Ulasan Buku: Pesan-pesan Terbesar Al-Quran
Tajuk: Pesan-pesan terbesar Al-Quran

Penulis: Fazlur Rahman

Penerbit: Middle Eastern Graduates Centre (MEGC)

Penterjemah: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, Ammar Gazali dan Khairul Anam Che Mentri

Buku ini merupakan sebuah kajian terperinci dan sangat berhati-hati yang hampir menyeluruh dalam membawa erti ‘penegasan semula inti ajaran Muhammad’ berdasarkan sejarah dan wahyu-wahyu langit.

Mungkin, kandungan buku ini mampu untuk memberi petunjuk nyata buat sebahagian besar kita yang memandang al-Quran cuma sekadar mukjizat terbesar (sumber hukum dan ideologi ummat: bukan hanya bersifat deskriptif semata-mata) bagi Muhammad yang dilantik sebagai utusan.

Pesan-Pesan Terbesar Al-Quran karya Fazlur Rahman- Profesor Pemikiran Islam Universiti Chicago [1919-1988] merungkai secara terperinci dan membongkar ‘pesan-pesan Tuhan’ yang diturunkan oleh Malaikat Wahyu yang secara langsung berbicara di dalam hati Muhammad justeru memposisikan ‘Islam’ sebagai  sebuah agama paling memadai dan sempurna beserta tema dan bukti-bukti rumit dan pelbagai.

Buku terbitan MEGC ini dibahagikan kepada Lapan bab yang menyentuh terus kepada soal-soal pokok dalam Islam yang dimuatkan dalam 224 mukasurat bermula dari soal ketuhanan, individu, kenabian, alam dan sehinggalah soal kemasyarakatan.

Dalam bab awal-buku ini; sebagai sebuah gagasan-gagasan fikiran yang alami; dan sebahagian dari ‘kebenaran agung’ yang mungkin disisihkan selama ini, tersembunyi; bukan kesimpulan-kesimpulan tipikal teologi dan dogmatik semata-mata. Ia amat jauh dari proses doktrinisasi agama yang bersifat ‘lokal’. Jauh dari sudut itu, buku ini-selesa meletakkan Tuhan sebagai ‘dimensi’ yang memungkinkan dimensi-dimensi lain.

Prioriti Al-Quran

Tuhan; bukan benda di antara benda-benda malah bukan juga segala sesuatu atau berada dalam segala sesuatu. Quran sebagai Kalam Tuhan-malah seperti  Tuhan sendiri. -Fazlur Rahman

Al-Quran yang menjadi pegangan ummat-bukan sebuah teori ‘pembuktian’-[bukti telah ada di hadapan mata] mengadakan bukti-bukti rasmi akan eksistensi Tuhan; soal ini tidak wajar wujud kerana priroriti Al-Quran adalah mengajak manusia  untuk ‘merenung, berfikir dan mengambil ingatan’. Selain itu, Fazlur Rahman tegas, mengajak kita untuk merenung kembali kepada konsep-konsep yang telah tersasar dalam pemahaman ummat kini antaranya seperti pemahaman terhadap istilah qadar, syirik, muslim, taqwa dan sebagainya. Kerana dengan memahami istilah-istilah ini dengan bahasanya yang benar. Manusia dapat mengendalikan urusan tata sosial dan moral mereka dengan lebih jujur.

Pesan-pesan Terbesar Al-Quran, menawarkan sebuah kesimpulan-kesimpulan universal, kesinambunagan yang selesa, cetusan ide yang segar, ikhlas dan cocok-tepat pada masanya ketika kita berhadapan dengan pilihan-pilihan Islami yang kaku serta ortodoks, malah paling menyedihkan golongan tersebut menjadikan teks-teks al-Quran sebagai bahan hukum yang rigid dan ia sendiri telah berada di luar garis ‘hukum Tuhan’ yang benar.

Manusia, hak dan keadilan

Mengulas subjek manusia sebagai individu dan dalam masyarakat, Fazlur dalam observasinya menyatakan bahawa manusia mempunyai opsyen untuk memilih dalam proses menyempurnakan misi sebagai khalifah Tuhan-menyempurnakan dan ‘mencipta’ sebuah tata sosial dan moral yang adil di atas muka bumi. Maka untuk itu, proses ini merupakan sebuah perjuangan moral yang tak berkesudahan dan pada masa yang sama menekankan “amanah” sebagai perkara penting disebabkan manusia  ‘belum menyempurnakan perintah Tuhan yang azali.

Seperti mana yang pernah dinyatakan dalam tulisan-tulisan Abdul A’la Al Maududi, Rasyad Khalifa yang dibunuh juga Fazlur Rahman; seluruh semesta ini adalah muslim (tunduk-patuh) kerana tertakluk kepada sunnatullah (hukum alam) yang ditetapkan. Adapun demikian; cuma manusia punya ‘pengecualian’ kerana kita adalah satu-satunya makhluk yang ‘dianugerahkan kebebasan pilihan’ yakni mentaati atau mengingkari perintah Tuhan.

Dalam keberagaman; buku ini langsung mengajak manusia kembali kepada ‘fitrahnya’ dan mencari akal budi mereka sendiri yang telah sedia ‘tertulis di dalam hati’. Inilah yang dikatakan sebagai sebuah ‘Perjanjian Azali’. Perjanjian agar manusia stabil walaupun bukan untuk menjadi ‘perfeksionis’ tetapi ‘cukup sekadar’ manusia mengetahui dosa-dosa besar mereka iaitu “sikap remeh” (da’f) dan “kesempitan fikiran” (qatr) yang menyebabkan kecelakaan iaitu sentiasa beralih dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain dan pada ketika itu- manusia tidak lagi memiliki dimensi transedental.

Dalam merumuskan hubungan manusia dengan masyarakat merujuk kepada Quran [58:7] Tuhan merupakan sebuah dimensi ekstra pada setiap hubungan di antara manusia. Wujud dan hadir dalam apa jua keadaan-bersama dan mengawas. Sekaligus mengkritik segala konspirasi ‘jahat’ yang akan mengacau bilaukan perkumpulan manusia-manusia ‘beriman’ yang wujud. Termasuklah soal pembahagian kekayaan.

Buku ini memberikan penegasan semula dan pemurnian makna Tuhan dan juga melalui Quran melihat ‘kelas-kelas’ manusia dalam merungkai persoalan hak, kekayaan dan bagaimana ia diuruskan. Antaranya mengatakan bahawa kekayaan itu selain hak kepada orang yang mengusahakannya, ia juga tidak meninggalkan hak golongan yang meminta dan ‘orang-orang yang dihalang’. [70:24-25 dan 51:19] kerana soal ‘hak’ adalah berkait dengan soal keadilan.

Rasul-rasul sebagai contoh pemberontak sistem yang korup

Fazlur menekankan bahawa persoalan berkenaan ‘masyarakat Muslim’ tidak akan lari dari ‘ideologinya’ iaitu “menyeru kebaikan dan mencegah kejahatan” [3:104]. Hal ini kerana menyeru kebaikan dan mencegah kejahatan mewakili dimensi-dimensi sosial taqwa dan ianya perlu dalam melaksanakan urusan bersama yakni urusan pemerintahan dan dalam menyatakan soal “mentaati Tuhan, Rasul dan mereka yang berkuasa di antara kamu”.[4:59], Fazlur secara terbuka menegur-menolak politik demagoguery yang berbahaya kepada negara.

Saya amat tertarik di mukasurat 60-61; bagaimana penulis dalam menyatakan ‘hukuman berat’ terhadap pemberontakan terhadap negara – “orang-orang yang memberontak melawan Tuhan” pada masa yang sama beliau menyatakan bahawa menurut Quran, semua nabi sesudah Nuh adalah pemberontak terhadap sistem yang telah mapan. Dijelaskan lagi logika bagi pemberontakan ini disebabkan “kerosakan di atas dunia” yakni ketika urusan-urusan politik, moral, antara negara, sosial tidak terkendalikan lagi.

Soal ‘kerosakan di atas dunia’ dikaitkan pula dengan ‘tenggelam dalam kemewahan hidup; dan ia juga boleh disebut sebagai ‘penyakit-penyakit moral’ adapun Fazlur tidak meletakkkan secara mutlak perkaitan tersebut, beliau mengaitkannya lagi dengan ‘tekanan ekonomi’ atau tekanan politik dan sosial dan eksploitasi terhadap orang-orang miskin dan kelas-kelas rendah dalam masyarakat.

Semua ini berlaku atas asas yang kukuh iaitu ‘penyelewengan dalam mencari kedamaian, kemakmuran dan kekuasaan. Dan cara paling berkesan untuk mengembalikan keadilan sewajarnya terhadap golongan tertindas ialah berjihad-memberontak-bangun melawan; sebuah tanggungjawab moral juga dikenali sebagai taqwa. Sambil menempelak propaganda sempit Kristian Barat mengenai konsep ‘jihad’ yang ternyata tidak benar pada masa yang sama membuka mata dunia dengan apa yang telah berlaku semasa ekspedisi-ekspedisi Charlemagne terhadap suku-suku puak di Jerman.

‘Ukuran-ukuran’ dalam aksi manusiawi

Soal masa, itu sesuatu yang relatif dan tergantung kepada wujud sesuatu subjek tertentu lantas terkait dengan isu-isu melibatkan momen-momen waktu yang kadangkala samar dalam penafsiran manusia. Sebagai alasan yang selamat; Fazlur meletakkan konsep masa ini sesuatu yang tidak boleh difahami secara literal.

Pesan-pesan Terbesar Al-Quran ini dengan jelas meletakkan perbezaan kemutlakan Tuhan dan keterbatasan manusia [terhad]. Keterbatasan ini- setiap sesuatu selain Tuhan dapat diukur dan inilah yang dimaknakan dengan qada’, qadar ataupun takdir. Sering ‘ukuran-ukuran’ ini disalah tafsir kepada sesuatu yang ‘tepat-mutlak’ sedangkan kemutlakan ukuran ini juga bukan sesuatu yang ‘adil’ bagi setiap ketetapan azali oleh Tuhan.

Mengulas persoalan ini; qadar ataupun ukuran selain implementasi buat semesta alam juga berfungsi pada tingkat yang menyeluruh dalam ruang aksi manusia.Tetapi kelebihan manusia merupakan kebebasan memilihnya yang menjadikan qadar bukan suatu persoalan yang horizontal malah setiap proses ; setiap kejadian alam adalah objek terpisah-pisah dan bergetar pada lingkung-lingkung energi tertentu.

Bagaimanapun, ruang kebebasan qadar manusia dengan sendirinya mengganggu proses-proses alami untuk mencari keajaiban-keajaiban Tuhan sedangkan keajaiban telah wujud di hadapan manusia malah di sisi tuhan, tidak ada yang mempunyai kewajaran-keupayaan tersendiri untuk wujud.

Rantaian dari persoalan ini, Fazlur Rahman mengungkapkan:

“…boleh jadi untuk yang wujud hanyalah ketakwujudan yang kosong dan tidak ada kewujudan yang seumpama ini, kekosongan yang tulen dan tidak ada kewujudan yang kaya seperti ini, tetapi terjadi semua ini hanyalah dengan tindakan azali Tuhan yang Maha Pengasih.”

Dalam konteks ini, Fazlur senang menetapkan bahawa kewujudan semesta [seluruhnya] adalah penjelasan terhadap tanda-tanda Tuhan; yang jelas (bayyinah)-nyata dan tiada keraguan. Terikat dengan hukum sebab dan akibat dan bersifat autonomi selain menjelaskan rumusan-rumusan abstrak akan definisi berkait antaranya istilah ayat, burhan dan sultan.

Politik pecah belah Muhammad: syaitan, urusan hati dan komunikasi masyarakat

Muhammad, sehingga dituduh ‘ahli sihir’, korban sihir dan ‘kerasukan roh jahat’ meneruskan usaha ‘menyampaikan pesan-pesan Tuhan’. Jelas pesan-pesan Tuhan yang dibawanya merupakan pesan-pesan yang bersifat revolusioner (menyampaikan secara terang-terangan 15:94) dan demonstratif. Selain itu misi dakwah Muhammad secara langsung memecah-belahkan masyarakat Arab ketika itu sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pimpinan Quraisy sebelum berlaku ‘gejolak rohani/spiritual’ yang kuat dalam sebahagian besar mereka kemudiannya.

Menyentuh persoalan kenabian dan wahyu ini, Fazlur  berkongsi kepada kita dengan teori-teori yang mengujakan termasuk pendapat-pendapat moderat bagi peristiwa Israk-mikraj yang secara terang bertentangan dengan pendapat mainstream Islam di mana proses tersebut dikatakan sebagai ‘pengalaman batin’-‘persoalan hati’ dan separa-konkrit. Adapun demikian, Fazlur dengan panjang lebar memperkemas dengan terperinci makna dan method ‘penurunan wahyu’ berdasarkan fakta-fakta dalam al-Quran yang sangat menarik dan pada masa yang sama meletakkan peranan ‘Jibril’, malaikat, roh kudus dan Tuhan pada satu tempat dan pengertian yang sewajarnya.

Ketika Muhammad membawa pesan-pesan Tuhan untuk menegakkan tata moral unggul bagi ummat manusia “menyeru kebaikan mencegah kejahatan”. Syaitan merupakan subjek yang tidak asing dalam urusan manusiawi termasuk golongan jin dengan plot-plot jahat mereka ke atas manusia. Walaubagaimana ‘hebat’ sekalipun perancangan ‘syaitan’; perkara paling asas bagi kejayaan mereka aalah kelemahan manusia. “…kerana perancangan syaitan adalah lemah.” [4:76].

Fazlur Rahman; selain melihat syaitan sebagai ‘objek diri’, beliau turut menyatakan bahawa syaitan juga terdiri dari kalangan manusia dan jin [6:112] pada masa yang sama mencetuskan persoalan apakah syaitan itu adalah ‘prinsip’ kerana ‘kejahatan’ melalui proses ‘personalisasi’.

Dalam bab akhir buku ini, kita dibawa untuk menyingkap secara telus proses politik Muhammad yang sentiasa cuba untuk mendapatkan otoriti buat dirinya sendiri sehingga lahirnya sebuah ‘masyarakat Muslim’. Ia juga mendedahkan momen-momen komunikasi dan tentangan terhadap Muhammad di antara penduduk-penduduk Mekah [menganut agama nenek moyang] yang suka berbantah-bantah dan ummat Arab beragama Kristian dan Yahudi. Pun begitu, di kalangan ummat Kristian dan Yahudi, ada di antara mereka mengakui kebenaran dakwah Muhammad dan menyokong-memberi dorongan terhadap usaha tersebut.

Proses-proses awal Islamisasi masyarakat arab dilihat dari dua period iaitu period semasa di Mekah dan di Madinah dan dalam tempoh tersebut memperlihatkan kecenderungan-kecenderungan tertentu wahyu dalam menyebut hubungankait pesan-pesan Tuhan pada Quran dengan kitab-kitab dan suhuf-suhuf yang dibawa nabi-nabi terdahulu dan secara langsung; dalam pembentukan ajaran Muhammad-pertukaran kiblat dari Jerusalam ke kota Mekah, sesungguhnya telah memberi impak yang besar.

Pesan Terbesar

Buku Pesan-pesan Terbesar Al-Quran ini bukan sekadar pendedahan- ianya merupakan pelan konstruktif dalam pembentukan faham Qurani dan membetulkan salah faham; cuba merungkai persoalan-persoalan penting;  menonjolkan ide-ide berani yang tujuan akhirnya membuahkan nilai-nilai tertentu dalam konteks menegakkan tata sosial moral agar manusia menjadi ‘muslim’ dan terhubung dengan frekuensi samawi sepertimana yang dikehendaki Al-Quran. Al-fatihah buat Fazlur Rahman.

Hafiz Zainuddin adalah penulis bebas, salah seorang kolumnis di Merdekareview dan penggiat sepenuh masa continuallybebas.Kiriman Berkaitan

Seni, Bahasa Universal Agama admin

Kanak dan Buku admin

Ya’kub Hasmi bin Hashim

Ingatlah Kembali Deklarasi Permatang Pauh Ammar Gazali

Menyelamatkan Warisan Intelektual Islam (Bahagian 1) admin

Shi’ah (di) Indonesia Aqil Fithri

Islam, Kristian
Usia 10 tahun, saya tak punya kekhuatiran untuk didaftar-masuk ke sekolah SRB St. Teresa Padungan di Kuching, Sarawak. Masih mentah, dan seingat saya, ketika itu baru saja sembuh berkhatan. Rasa ngilu yang kadang-kadang masih terasa waktu itu.

Itu sekolah Kristian, seperti yang dicadangkan namanya. Setiap hari jam enam pagi, saya berjalan beratus meter ke pondok pengawal kuaters polis, menunggu untuk menaiki trak, bersama teman-teman kecil bermacam ragam dan lenggok bahasa untuk dihantar ke sekolah masing-masing yang berlainan. Saya punyai pilihan, kalau saya mahu memilih. Ada sekolah ‘Melayu’ lain yang boleh saya sertai dan minta didaftarkan di sana. Tetapi, saya ingin ke sekolah dengan nama Saint Teresa.

Pada usia mentah itu, yang saya takutkan bukan imej sebuah agama. Di sekolah berkenaan, yang saya resahkan adalah sebuah batang tubuh. Seorang Sister. Dia gempal, tak pernah gagal memakai seragam putih dari biara, skirt dan skaf kepala. Dan, sebetulnya, yang saya takutkan bukan dia. Tetapi rotan di tangannya.

Setiap kali sampai lewat, setiap kali berbuat bising di senggang jadual kelas, seingat saya, dia akan memberi habuan rotan itu. Berbirat tapak tangan atau betis kalau sampai dilibasnya. Tetapi, saya tahu, hatinya baik. Sebab itu, walaupun tak pernah mengingati namanya, masih ada dalam fikiran wajahnya. Kadang-kadang bila menjelma sekali-sekali, dia nampak berseri. “Kalau nak jadi Sister macam itu, mereka tak boleh berkahwin.” Antara kata-kata yang saya dengar dan ingat melalui perbualan dengan rakan-rakan kecil. Dan, waktu ini, saya faham mengapa dia begitu prihatin dengan disiplin kanak-kanak. Kerana, jika dia ingin meneruskan hasrat menjadi wanita di biara, dia tak akan ada peluang untuk punya anak sendiri.

Tidak seperti cerita sekolah-sekolah yang klise, sekolah kami tak ada hantu. Saya tidak mengingat apa-apa cerita hantu di sekolah rendah itu. Mungkin kerana di sekolah itu ada gereja. Di belakang, terentang sebuah anak sungai – atau parit besar. Ada titi yang selalu saya tenungkan dari jendela bilik darjah di tingkat atas. Arus tak seberapa. Bersih juga tak seberapa. Tetapi memadai untuk bertenggek seorang-seorang dan berharap menemukan seekor ikat comot. Dan, di seberangnya – sebuah gereja.

Di perkarangan gereja inilah saya tumpang bertedung dari terik panas matahari ketika pendidikan jasmani. Kadang-kadang, saya mencuri minum air paipnya kerana haus. Dan, di depan pintu gereja inilah saya berdiri untuk pertama kalinya melihat dengan penuh pengamatan sebuah patung yang menjadi simbol penganut agama semitik itu; patung salib Jesus – Nabi Isa A.S – dengan warna darah dan tusukan paku pada tangan dan kaki serta duri di kepalanya.

Waktu itu saya tak memahami mengapa simbol sebuah agama perlu begitu tragis. Tetapi saya tetap terpegun dengan binaan di depan mata. Dengan skala besar patung yang terperinci ukiran atau acuannya, sehinggakan saya akan terus mengintip-ngintip melalui pintu atau tingkap yang terbuka sedikit-sedikit, di waktu-waktu yang lain, untuk menatap lagi sosok itu lagi. Mengharapkan kalau-kalau dia boleh bergerak dan bercerita, untuk menghapuskan rasa ingin tahu seorang anak kecil.

Di sekolah kami, Muslim adalah segelintir minoriti. Kelas agama akan diadakan di sebuah kelas kecil di bawah bilik guru. Silingnya papan (setiap tapak kasut guru yang berjalan bersimpang siur di atas akan kedengaran), dindingnya simen. Dan, budak-budak Muslim dihimpun dari beberapa kelas yang ada untuk satu sesi sekali harung.

Dalam sendiri-sendiri, saya ingin bertanya kepada Ustazah tentang kedudukan, bpertembungan atau keberadaan sesebuah agama. Kerana kami di sekolah itu tidak hanya didorong oleh hanya sebuah agama. Tetapi, takut-takut. Dan tentunya saya sendiri tidak faham tentang semua itu. Tetapi tidak berlaku renjatan. Saya senang melayan diri sendiri, sekali-sekala bertanya dan melupakan hal itu.

Mujur, Ustazah yang baik hati tidak pernah mengajar kami untuk saling membenci. Dan saya fikir, Sister gempal itu juga tentunya mengajarkan tentang toleransi di dalam kelas Pendidikan Moral untuk yang bukan Muslim. Jadi, nilai-nilai yang dipersetujui itu mungkin sama, walaupun keyakinan berbeza-beza. Dalam usia semuda itu saya belajar satu perkara daripada persekitaran sekeliling; menghormati jika mahu dihormati.

Pada usia 12 tahun, saya bermain cinta dengan seorang teman, Jessica. Keturunan Cina-Bidayuh, dia tinggi, rambut kerinting dan bibirnya adalah sekuntum senyum yang manis. Kami ke sekolah yang sama. Waktu pagi, kadang-kadang malu-malu memandang, saya menuliskan surat-surat cinta yang berani. Agaknya itu jugalah yang membuatkan dia rasa seronok, kerana ada yang memberi perhatian sampai ke tahap itu. Saya mengajaknya keluar bersiar di pesisir tebing sungai di tengah kota. Dia bersetuju. Berjalan, ada waktunya berpimpin tangan. Dan, saya fikir, orang yang melihat juga tentu ada yang merasakan itu comel.

Di antara kami, yang ada waktu itu tidak hanya sebuah perasaan yang mentah. Tetapi mengiringi sama ialah dua lambang agama. Islam, Kristian. Kami tidak merasa begitu jauh sesama sendiri. Dan, sudah tentu, diantara Islam dan Kristian itu adalah tempat sebahagian daripada umat manusia. Bukan seluruhnya berada di bawah perlambangan yang sama.

Saya mengingat dengan jelas, kalau pun tidak terperinci. Saya pernah bertanyakan kepada Jessica; “Ibu bapa kamu tak marah kita berkawan.” Katanya tidak. Dan, dia sayup-sayup menjawab; “Soal di dalam diri (hati) saya adalah urusan saya.” Tentunya jawapan budak-budak kecil itu tidaklah bernada matang seperti yang saya nyatakan. Tetapi, maksudnya berlingkar di daerah yang sama.

Anehnya, ketika waktu-waktu singkat bersama Jessica itu saya berkenalan dengan satu situasi baru; menghargai perbezaan. Menghormati orang lain. Itu adalah satu nilai. Nilai yang selalu, di usia yang lebih dewasa, kerap diabaikan kerana kesempitan dan keangkuhan diri oleh ramai orang.

Islam ialah sejahtera. Perkara pertama yang diajar ketika menyebut nama agama mulia ini. Tetapi, bagaimana kalau itu pun sukar untuk difahami? Saya tak mampu melonjakkan imajinasi kepada sisi yang lebih jauh. Bagaimana sebuah agama, mampu menjadi alat paling tajam untuk meruntuhkan rasa hormat?

Saya kerap teringatkan Jessica sewaktu di dada akhbar menyebutkan tentang pertembungan Islam-Kristian. Saya tidak mahu faham, bagaimana agama dibayangkan sebagai predator, yang akan digunakan untuk menakluki kelompok yang satu lagi. Dari sejarah, memang kita diajar perkara-perkara seperti itu. Tetapi, di zaman millenium, ketika semua orang akan memetik kata Tuhan untuk sebuah kemenangan, dunia rupa-rupanya semakin murung. Dan, barangkali Karl Marx mampu tersenyum tenang di persemadiannya, mengingatkan kata-kata yang pernah diluahkannya dulu; agama adalah candu yang akan mengkhayalkan umat manusia. Tak ada orang lain yang mengiakan kata-kata Marx melainkan kita yang hidup waktu ini, terutama di dalam lanskap kemasyarakatan ala Malaysia.

Saya kembali teringatkan bagaimana, sebagai seorang budak mentah, kami mampu melihat perbezaan sebagai satu rahmat yang mampu saja membenihkan rasa cinta. Bagaimana dia, seorang Kristian (entah Katolik, Anglican, SIB, Methodist atau apa saja mazhabnya), ingin bertemankan saya yang secara sedar adalah seorang dari kelompok bertentangan keyakinan agama. Lagi-lagi, ketika sejarah perjalanan Islam-Kristian memang ada waktunya memedihkan. Tetapi, tidakkah masih ada nilai mulia yang sepatutnya dipertahankan oleh sesebuah agama?

Keimanan adalah keteguhan di dalam hati. Keimanan akan sentiasa teruji. Di usia mentah itu kami merasakannya, walaupun kabur-kabur. Mengapa sukar benar untuk perkara itu difahami kini oleh sebuah masyarakat terbuka, yang sepatutnya sudah matang setelah berpuluh tahun melingkari pertautan sosial sesama manusia?

Agama, yang sebetulnya menjana sebuah suasana yang mendamaikan, kini tetap cenderung untuk menjadi topeng keangkuhan. Merasakan Tuhan menyebelahi kita pada setiap masa, itu bukan iman. Kerana manusia itu rapuh. Tetapi, iman yang tetap setia di dalam hati, urusan yang paling peribadi dan paling utama, akan tetap berdiri di tempatnya walau badai menghempas, walau garuda mengepak sayap. Keangkuhan seperti ini adalah tembok yang menghalang kita untuk melihat agama, yang berbeza-beza, dari kaca mata kanak-kanak yang selalunya lebih menjernihkan.

Abdullah Munsyi ialah orangnya yang menterjemahkan kitab Bible ke dalam bahasa Melayu. Syed Sheikh Al-Hady ialah orangnya yang kuat menggesa supaya anak-anak orang Melayu (yang di Malaysia ini secara automatiknya Islam) untuk ikut belajar di sekolah Inggeris (dengan stigma bahawa tebalnya dominasi ajaran Kristian) di Tanah Melayu dulu, termasuk anak-anak perempuan. Dan orang-orang seperti inilah yang dikecam dan dimaki hamun diwaktu mereka berbuat apa yang diucapkan. Tetapi, dua nama ini jugalah yang terus dikenang orang sampai ke hari ini. Akan saja dikenang sampai bila-bila.

Apa yang dicerminkan oleh Abdullah Munsyi dan Syed Sheikh al-Hady melalui usaha-usaha mereka? Saya fikir, kerana mereka berdua inilah, kerencaman sosial menjabat erat. Jurang keimanan – walaupun berlainan dan tak terusik – semakin dijambatani. Bukan untuk saling mengalihkan iman kepada kiblat berbeza, tetapi untuk saling belajar memaknai iman dengan keyakinan masing-masing.

Untuk Jessica, semoga kita saling dirahmati. Berdoalah.

Hafiz Hamzah juga mencatat-catat ringkas di ruang www.jelir.blogspot.com.Kiriman Berkaitan

Perjalanan Seorang Amerika ke Dunia Islam admin

Sejarah, Falsafah & Pemikiran Hindu: Satu Pengenalan Eddin Khoo

Revolusi Ini Akan Diteruskan SPIEGEL Online

Kant dalam Konteks Masyarakat dan Budaya Malaysia Mohd Hazim Shah Abdul Murad

Ketika Yahudi, Kristian dan Muslim Membaca Kitab Suci Bersama Susan Kennel Harrison

Catatan Seorang Hafiz admin

Menyaksikan Kebangkitan Rakyat Mesir
Perkembangan politik di Mesir memberikan impak yang besar kepada politik Timur Tengah dan juga Dunia Islam. Pada Jumaat, 4 Januari 2011, editor JalanTelawi, Ammar Gazali mewawancara Dato’ Profesor Madya Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Pengarah Jabatan Pengajian Malaysia di Universiti Kaherah, Mesir. Beliau yang baru pulang daripada Mesir baru-baru ini menceritakan pengalamannya menyaksikan kebangkitan rakyat Mesir.

Boleh Profesor ceritakan sedikit tentang latar belakang tugas Profesor di Mesir?

Saya ditugaskan di Jabatan Pengajian Malaysia di Universiti Kaherah, untuk memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat Arab dan Afrika Utara dan juga negara-negara Teluk. Kita menawarkan kursus tentang Malaysia yang berkaitan dengan politik, sejarah, pentadbiran Malaysia, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan itulah secara ringkasnya, enam ke tujuh tajuk besar yang mencangkupi hubungan kaum—ini antara tajuk yang menarik bagi mereka. Selain itu sistem pendidikan Malaysia—bagaimana kita dapat membasmi buta huruf. Juga tentang perancangan ekonomi—pengalaman Malaysia terutamanya DEB memang menjadi fokus kepada masyarakat Arab dan juga Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Dr. Mahathir menjadi perhatian kepada mereka. Kita ajar kepada pelajar sana dan mereka adalah pelajar universiti, ada yang peringkat ijazah, sarjana. Selain itu, saya dan rakan-rakan di Universiti Kaherah juga membuat penyelidikan dengan memilih tajuk-tajuk tertentu.

Tentang politik di Mesir, bagaimana dengan perkembangannya dalam tahun-tahun mutakhir ini?

Perkembangan politik di Mesir sentiasa menjadi perhatian banyak pihak kerana kedudukan strategik di Timur Tengah. Ia seolah-olah menjadi anchor  yang mempengaruhi perkembangan serantau. Tetapi perkembangan politik dalamannya memang sentiasa bergolak. Saya rasa apa yang berlaku di Tunisia itu merupakan salah satu pencetus sahaja. Penentangan terhadap Hosni Mubarak ini sudah lama. Misalnya penentangan itu semakin kuat pada Pilihanraya 2010 yang lalu. Ketidakpuasan hati ini wujud di kalangan pembangkang dan aktivis kerana penyelewengan yang teruk dalam pilihanraya. Pembangkang yang majoritinya Ikhwanul Muslimin memang mengisytiharkan perang terbuka kepada kerajaan selepas pilihanraya itu. Pertamanya mereka menolak keputusan pilihanraya dan yang keduanya mereka hendak membawa perkara itu ke mahkamah. Sebab apa 70 orang ahli parlimennya tidak ada seorang pun yang menang di dalam pilihanraya yang lepas. Sampai baru-baru ini persidangan parlimen Mesir, dibuat dua kumpulan. Satu kumpulan Kerajaan dan satu lagi Pembangkang. Macam sebuah orkestra, mereka buat lakonan. Dalam Kerajaan itu ada pembangkang. Kalau tidak semua mutlak pada pemerintah kerana semua cadangan akan disokong penuh. Jadi untuk mengelak perkara itu, maka ada pembangkang yang dicipta. Jadi kelakar dan ditertawakan.

Perkara ini kalau kita berada di Mesir, kita boleh ikuti. Tapi kena baca suratkhabar-suratkhabar yang pelbagai. Di Mesir ini satu yang bagusnya ialah dibenarkan suratkhabar-suratkhabar pembangkang. Ada Mishr al-Yaum  dan As-Syuruk misalnya. As-Syuruk ini sebenarnya sangat sederhana, tentang Kerajaan pun ditulis. Sebab itu dia agak ke depan sebab rakyat suka. Kalau Mishr al-Yaum itu pembangkang, Al-Wahd memang dah tahu pembangkang. Jadi ada akhbar-akhbar begitu, macam kita ada Harakah dan Suara Keadilan. Tapi di sana lagi banyak akhbar pembangkang kerana pemerintah Mesir tidak takut. Kalau ada apa-apa pun ditangkapnya dengan menggunakan Akta Darurat yang berkuat kuasa sejak awal pemerintahan Mubarak lagi. Tetapi dengan perkembangan teknologi hari ini, dengan adanya YouTube, internet, maklumat itu memang tersebar dan rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku. Jadi rakyat tidak lagi merujuk kepada satu sumber sahaja. Dan pilihanraya yang penuh penyelewengan rakyat dapat dedahkan, macam dalam satu artikel yang saya baca dalam akhbar As-Syuruk, katakanlah saya sebagai calon di suatu kawan mengundi, saya buang undi dalam peti undi, bila dikira undi itu kosong. Jadi undi saya sendiri sebagai calon pun tak ada. Jadi lupakanlah undi-undi yang lain, saya sebagai yang mengundi untuk diri saya pun tiba-tiba kosong juga. Dan di sini duit ditabur di depan-depan. Tak ada sembunyi-sembunyi. Dan yang menabur itu antaranya speaker parlimen sendiri. Kalau dah ketua speaker menabur wang di kawasan dia bertanding, apa lagi yang nak diharapkan pada yang lain. Jadi sampai pada tahap klimaks. Rakyat menunggu masa saja untuk mencetuskan penentangan. Bila Tunisia berlaku begitu, timing bomb di Mesir pun meletup juga. Jadi di tahun ini juga, pertama kali saya rasa kerajaan Mesir mengisytiharkan Hari Polis sebagai cuti umum pada 25 Januari. Selalunya hari polis hanya untuk polis saja. Jadi mereka kata, dia isytihar cuti umum, kita isytiharkan hari kemarahan (Yaum al-Ghazhab). Maka berlakulah demonstrasi itu.

Apakah yang Profesor lihat pada hari Selasa, 25 Januari itu?

Pada hari tersebut saya berada di Kaherah. Demonstrasi pada hari itu memang dahsyat. Tetapi pada 25 haribulan hari Selasa dan esoknya 26 haribulan kita masih berkerja lagi. Demonstrasi hanya di Tahrir Square. Cuma apa yang berlaku pada 25 haribulan itu, pertembungan dengan polis rusuhan yang menembak gas pemedih mata dan sebagainya. Pada 26 haribulan pimpinan Ikhwan ditangkap seramai 136 orang. Ini memang menimbulkan ketidakpuasan hati. Pada hari Khamis pula, mereka isytiharkan hari Jumaat akan dibuat apa yang dipanggil sebagai Jumaat Ghazhab. Ada dua nama, Jumaat Ghazab atau pun Jumaat Syuhada’. Dan akhbar-akhbar, berita TV mewar-warkannya, Al-Jazeera, CNN dan sebagainya. Mereka berhasrat akan berkumpul secara besar-besaran pada hari Jumaat untuk menyatakan kemarahan rakyat. Hari 25 Jan itu mereka panggil hari kemarahan, jadi Jumaat ini sebagai Jumaat Ghazhab dan Jumaat ini perhimpunan secara besar-besaran dan meletus juga di tempat-tempat lain iaitu Suez, Alexandria, Mansoura, Tanta dan semua tempat ini telah menyatakan pendirian bahawa mereka juga akan berdemo. Maka jadi nationwide. Hari Isnin hanya di Tahrir Square pada mulanya.

Pada 25 haribulan itu, kita pun mengambil tindakan berjaga-jaga. Kebetulan bekas duta ada di Mesir ketika itu, saya beritahunya dia perlu balik esok, penerbangan pukul 4 petang, pukul 10 pagi dia perlu ke lapangan terbang. Saya yang hantar dia. Kalau tidak kita takut semasa kita balik bertembung dengan mereka yang berdemo. Saya mungkin sembahyang Jumaat tengah jalan. Sebab Jumaat di sana pukul 12. Dia bersetuju. Semasa kita sampai airport, orang penuh sesak. Ramai sudah hendak keluar dari Mesir. Kemudian saya balik ke rumah, lepas sembahyang Jumaat mula-mula itu nampak sikit kemudian semakin besar dan besar mereka yang hadir. Sampai ke kemuncak pada waktu Asar itu bertemu kelompok-kelompok itu. Di Suez pun menjadi begitu gawat dan malam itu tentera ambil alih. Lepas Maghrib tentera masuk. Ini berlaku pada Jumaat malam Sabtu, 28 haribulan. Bila tentera masuk,mereka pun isytiharkan perintah berkurung. Maghrib di sana pukul lima. Pukul enam perintah berkurung mula. Jadi Maghrib itu sempat lagi sembahyang di luar. Pukul enam sudah tidak boleh keluar.

Rupa-rupanya bila tentera ambil alih dan isytihar curfew, dalam masa sekejap itu juga polis pun terus hilang dari semua tempat. Di Mesir ini, di setiap sudut ada polis bertugas. Di setiap bank ada polis, di setiap ATM akan ada polis. Polis memang benar-benar mengawal keselamatan. Itu yang menyebabkan keadaan terkawal bila ada polis. Polis 24 jam di ATM misalnya. Kita pergi sembahyang subuh pukul 5 pagi pun boleh nampak polis jaga dan dia tidak tidur. Dan ada patrolnya. Anggota polis yang bertugas ini makanannya dibekalkan oleh polis. Mereka tak perlu pergi cari makan. Akan datang lori yang menghantar makanan. Itulah keadaan di Mesir. Jadi selepas tentera ambil alih itu terus hilang dan tak muncul. Malam itu pun balai polis bergelap dan berlaku banyak kebakaran. Jadi banyak pecah masuk di kedai-kedai di jalan-jalan utama. Esok pagi itu iaitu hari Sabtu, curfew habis pukul 8 pagi, selepas solat Zohor pada pukul 12 saya keluar jalan dan tengok keadaan yang dahsyat.

Di Kaherah Profesor tinggal di mana?

Saya tinggal di Mohandessin. Tidak jauh daripada Tahrir Square. Kita dapat tahu selepas itu di dalam akhbar, rupa-rupanya Menteri Dalam Negeri Mesir, bila berlakunya demonstrasi pada hari Selasa dia memberi jaminan kepada Presiden Mubarak bahawa demonstrasi itu dapat dilumpuhkan pada hari Jumaat. Maknanya Rabu, Khamis dan Jumaat, dalam tiga hari  dia beri jaminan akan menyelesaikan perkara itu. Sebab itu bila tangkapan dilakukan pada hari Rabu, hari Khamis ada pengumuman untuk buat demonstrasi besar-besaran pada hari Jumaat. Menteri itu kata hari Jumaat dia akan selesaikan. Di situlah sebenarnya keluar arahan, kalau ikutkan akhbar itu, bahawa dia arahkan polis tembak peluru hidup bukan lagi peluru getah. Sebab dia nak takutkan penunjuk perasaan dan ramai yang mati di Iskandariah, bukan setakat itu ada kenderaan yang langgar penunjuk perasaan dan yang ditembak air sebagainya di Suez dan merata tempat.

Itu janji menteri tersebut, tapi apa yang berlaku apabila dia buat semua itu tidak meredakan tunjuk perasaan malah meledakkan lagi sebab itulah bila dia masih berkeras, tentera Mesir pun ambil alih, polis diarahkan berundur dan tukar uniform. Dan berlakulah sabotaj kepada negara di mana apabila polis tiada, kononnya balai polis dibakar dan banduan terlepas. Banduan pun malam itu terlepas. Hari Sabtu itu sebenarnya banduan sudah berkeliaran. Ada yang percaya bahawa ini semua peracangan pemerintah sebenarnya. Dengan menghilangkan polis itu supaya dapat melemahkan demonstrasi. Supaya mereka terpaksa menjaga kediaman masing-masing kerana banduan pun dah terlepas daripada penjara.

Maksudnya banduan dilepaskan secara terancang?

Dipercayai secara terancang dikeluarkan daripada penjara sehinggakan  menurut pemberita TV, mereka yang dijatuhkan hukuman mati, yang berada di sel terakhir pun terlepas. Bagaimana boleh lepas? Tidak ada orang yang bersetuju mengatakan bahawa ini dilakukan oleh orang luar ataupun banduan merusuh. Taktik yang dilakukan misalnya terdengar tembakan dalam penjara, mungkin ditembak dua tiga banduan lepas tu mereka kata banduan merusuh. Di Kaherah saja ada 6 ribu banduan. Di seluruh Mesir ada 34 ribu banduan. Ini yang pelajar kita takut. Memang menimbulkan kekecohan yang sangat-sangat. Jadi malam itu juga sebuah Carrefour dan pasaraya Hyper One habis dirompak. Barang-barang habis licin dan tidak ada apa-apa lagi.

Tapi yang ironinya ialah TV Mesir ini tidak menunjukkan perkara ini. Apa yang dilaporkan adalah keadaan tenang dan terkawal. Misalnya disiarkan gabenor-gabenor di setiap daerah mengatakan keadaan bagus dan terkawal. Gabenor-gabenor di Mesir ini semuanya tentera. Sebenarnya yang berlaku adalah sebaliknya. Jadi memang kita dapat tengok kontradiksi dengan Al-Jazeera dan stesyen TV di Mesir. Kemudian mereka menyekat Al-Jazeera pada hari Sabtu. Jadi Al-Jazeera English tidak puas hati, ia tunjuk bagaimana liputannya maka ditayang dua gambar bersebelahan: satu gambar TV Mesir satu lagi gambar siaran Al-Jazeera. Memang kita akan tengok dua gambar yang berbeza. Satu gambar yang sangat tenang, gambar air Sungai Nil dan jambatan. Di gambar satu lagi orang penuh di Tahrir Square, jadi dua keadaan yang berbeza. Tetapi akhirnya TV Mesir pun terpaksa menerima hakikat dan kena ubah.

Berkenaan dengan protes atau tunjuk perasaan. Dalam media dilaporkan bahawa tidak ada kumpulan atau organisasi tertentu yang mengatur demonstrasi tersebut. Menurut Prof siapakah yang sebenarnya berada di belakang perkara ini?

Secara spesifiknya saya tidak tahu. Sebab kita hanya melihat daripada luar. Tetapi daripada maklumat yang dibekalkan oleh televisyen dan sebagainya dan juga daripada cara demonstrasi yang kita tengok, saya rasa mastermind yang paling utama adalah Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul Muslimin memainkan peranan yang penting dalam perkara ini dan ia memang satu gerakan yang cukup tersusun dan ahli-ahlinya terlatih dan taat. Sebab itu saya tengok demonstrasi ini berjalan. Dan ini sebenarnya menimbulkan ketakutan yang amat sangat kepada pihak Amerika dan Israel yang selalu membincangkan perkara ini. Kalau kita tengok CNN dan BBC, memang terang-terangan mengatakan bahawa apa yang kita bimbangkan kalau jatuhnya kerajaan Mubarak ialah Muslim Brotherhood ini akan mendapat kuasa. Apabila ditanya what’s wrong with the Muslim Brotherhood? They are extremists, they are like al-Qaeda. You know what will be happening when they govern.

Tetapi saya tengok hebatnya bila ada Al-Jazeera yang boleh counter balik. Jadi ada cross-check berbanding CNN ini. Dia kata, on the contrary, orang ini mengatakan begini-begini, akhirnya dia interview El-Baradei yang pulang ke Mesir pada hari Khamis (27/1) daripada Vienna. That is another shocking kepada Mesir. Begitu ramai orang sambut beliau di lapangan terbang. Ini satu lagi impak kepada orang yang akan demo pada hari Jumaatnya bahawa mereka ada kekuatan. Memang sesak lapangan terbang tersebut. Masa itu perintah berkurung masih belum ada. Masa El-Baradei diwawancara, dia kata this is a bogus. Awak memburuk-burukkan Ikhwanul Muslimin, mereka bukan teroris. Kalau Muhammad Badi’e, Mursyid Ikhwanul Muslimin itu yang menafikan, siapa pun tak nak percaya. Tetapi apabila Muhammad El-Baradei, seorang yang begitu moderate, dihormati di peringkat antarabangsa, seorang yang berpengetahuan luas dan bukanlah kecenderungan Islamnya itu macam seorang Ikhwan. Dia memang moden. Dia mengatakan no, they are very good people, very good movement, they are not extremist, they even against Al-Qaeda. They never recognise Al-Qaeda. You find me any statement that they recognise Al-Qaeda. Bila saya tengok tu, saya kata this is a very good statement. Katanya, they are only 20 percent, they are part of Egyptian society. They are very systematic movement. Why are you exaggerate thing. When we form a new government, I don’t think they will govern the whole country. Jadi pengacara tu jadi terpinga-pinga. Kenyataan itu sebenarnya memberikan impak yang cukup besar dan itu dibuat dalam BBC. CNN pun saya tengok mengambil juga wawancara itu.

Jadi semuanya selama ini adalah salah faham. Kita pun sedih, di Jordan, Mesir sendiri, bahkan PLO pun memburuk-burukkan Ikhwanul Muslimin. PLO sudah tentu, sebab Hamas itu musuhnya. Dan Hamas ini ada hubungan dengan Ikhwanul Muslimin. Terdedah sebelum ini, ada satu tulisan tentang penyelewengan perunding-perunding PLO yang mengkhianati rakyat Palestin, Saeb Erekat dan konco-konconya. Saya lihat demonstrasi ini, walaupun ia melalui suatu proses yang cukup getir tetapi ia memberi kredit besar kepada Ikhwan, kepada masyarakat supaya dapat mendedahkan perkara sebenar. Sebab dalam keadaan orang tidak gawat, orang hanya dengar-dengar dan tidak ambil endah. Kemudian dimanipulasikan, dan kalau dia nak kata apa pun orang tak kisah. Bila dalam keadaan getir orang mendengar dengan penuh perhatian. Dan orang hendak mencari penyelesaian. What is the solution? Sebab itu kita tengok di hujung-hujung itu nampak Amerika pun dah mula kendur. Sekarang senario sudah berubah. Bagi saya ini satu perkembangan yang baik.

Tentang El-Baradei. Bagaimana kedudukan beliau sebagai seorang yang boleh dikatakan sebagai pemimpin gerakan ini. Adakah beliau secara politiknya mempunyai kedudukan yang kuat?

Dari pemerhatian saya, El-Baradei ini semasa pulang dari luar negara, beliau banyak menekankan tentang pemilihan presiden pada 2011 di mana beliau menekankan supaya pertamanya perlembagaan Mesir perlu diubah. Untuk melahirkan masyarakat madani, perlu perubahan dalam perlembagaan Mesir kerana perlembagan itulah mengecilkan skop untuk perlantikan presiden di mana  kaedah pemilihan itu mesti melalui beberapa proses yang mana orang seperti beliau umpamanya atau orang Ikhwan tidak layak untuk bertanding. Dan inilah satu cara yang menyebabkan Mubarak dapat bertahan lama dan undang-undang darurat mesti dihapuskan. Itu perjuangannya. Jadi beliau ini bagi saya lebih kepada seorang lawmaker ataupun kita panggil legislator.

Banyak orang cakap El-Baradei ini tidak terjun ke dalam masyarakat. Ini pandangan-pandangan yang mengatakan dia itu belum bertakhta di hati rakyat. Tapi dia berperanan bagi saya sebagai seorang big figure, jauh ke depan kerana dia boleh memainkan peranan sebagai seorang perunding cara yang berkesan selain daripada international contact yang dia ada. Yang bagusnya ialah dia tidak suka Amerika. Dan Amerika pun tak suka dia. Dan tamatnya tempoh tugasan beliau [di Agensi Atom Antarabangsa] supaya tidak disambung kontraknya adalah kerana lobi Amerika. Beliau kata begini, kami tidak mahu lagi terikat dengan dunia lain, negara lain. Biarlah orang Mesir menguruskan sendiri negaranya. Cukuplah Mesir yang selama ini dibantu oleh Amerika yang sudah tentulah ada timbal baliknya. El-Baradei ini seorang yang cerdik. Bantuan yang diberikan biasanya akan disusuli dengan berapa banyak lagi kepentingan di belakang. Contohnya, kepentingan perniagaan dan pelaburan juga. El-Baradei jelas dalam bab itu. Dan dia mengatakan secara terang bahawa kita tidak mahu terikat dengan perkara sebegini. Jadi ini memberikan impak yang besar dan sebelum ini orang tidak tahu ke mana dia nak pergi.

Gerakannya dipanggil gerakan Kifayah, Enough is Enough itu. Biasalah di Mesir ini gerakan politik bercakaran sesama sendiri. Tetapi bila demonstrasi baru-baru ini semuanya sepakat melantik beliau sebagai jurucakap pembangkang. Dan dia mengatakan dia bersedia untuk menjadi ketua bagi interim government bukan memerintah. Saya tak nak jadi presiden, katanya. Apa yang saya nak ialah biarlah Mesir menjadi negara yang demokratik yang menjunjung prinsip-prinsip demokrasi yang tidak ada undang-undang darurat dan sebagainya. Jadi dia bersedia. Cuma mereka sepakat bila tahu ini permainan pemerintah mereka tidak mahu runding sehingga Hosni Mubarak turun. Sebab memang bahaya.

Saya tanya beberapa orang kenapa begitu, dia kata senang sahaja, apabila pembangkang bersetuju berunding dengan kerajaan, kandungan perbincangan itu tidak semestinya benar. Kerana kerajaan kawal media, kerajaan boleh mengatakan umpamanya pembangkang bersetuju untuk menamatkan demonstrasi. Jadi mereka cerdik dan tidak mahu dimanipulasi lagi. Omar Sulaiman pun pernah tawarkan untuk berbincang, begitu juga Perdana Menteri yang baru dan akhir sekali Hosni Mubarak, itupun beliau tidak mahu. El-Baradei kata resign dulu baru kita adakan perbincangan. Maknanya bila dia resign terpaksa lantik interim government. Pada masa itu perbincangannya siapa yang akan lead.

Jadi menurut Profesor apakah peristiwa selanjutnya selepas ini, adakah akhirnya  Hosni Mubarak akan meletakkan jawatan?

Mahu atau tidak mahu saya rasa perkara itu mesti diselesaikan kerana sekarang pun sudah melumpuhkan ekonomi Mesir. Dan apa yang berlaku sekarang menjatuhkan imej Mesir yang begitu buruk di mata dunia dengan kematian pendemo yang meningkat. Dan yang terbaru semalam ada kononnya yang pro-Mubarak sedangkan itu adalah—walaupun kita tidak dapat bukti—polis. Sebab yang naik unta dan kuda itu tidak ada orang lain. Di Mesir memang diketahui bahawa yang memiliki unta dan kuda terlatih ini adalah polis sahaja. Unta itu perlu dilatih kalau tidak ia tidak boleh masuk dalam kelompok ramai seperti itu. Tujuannya memang digunakan untuk menyerang pendemo. Saya nampak akan ada penyelesaian sebab mahu tidak mahu kerajaan kena buat sebab ekonomi akan semakin teruk. Bursa saham telah digantung dan tidak diniagakan. Kalau diniagakan orang akan jual habis dan boleh bangkrap. Jadi mereka terpaksa gantung dahulu.  Wallahu’alam, kita tidak tahulah apa yang akan berlaku ke depan ini.

Di sini di manakah peranan tentera? Maksudnya adakah tentera akan memberi tekanan kepada Hosni Mubarak supaya meletakkan jawatan ataupun mereka sendiri yang akan berkuasa?

Satu perkara tentang tentera Mesir ini ialah mereka sangat unik. Walaupun sebelum ini kita dengar sahaja tentang Mesir, tetapi dalam dua tiga hari ini saya melihat  tentera Mesir, saya amat kagum. Namun pendirian pimpinannya kita belum tahu. Tetapi integriti tentera Mesir ini rupanya boleh dipuji. Jadi bila kita sorot sejarah,mereka menang dalam peperangan dengan Israel pada 1973 dan peperangan sebelum itu 1948, 1949 sampailah Revolusi 1952. Pada 1948, Jamal Abdul Naser pada masa itu terlibat dengan peperangan di Sinai, peperangan dengan Israel. Memang tentera yang berjuang. Jadi tepatlah Nabi S.A.W bersabda, sebaik-baik tentera di atas muka bumi ini adalah tentera Mesir. Ada hadis tentang itu, (Khairu al-ajnad al-ardh junud Mishr).

Jadi Sheikh Azhar sebelum ini, apabila dia mengendurkan ketegangan antara mereka yang berdemo dengan kerajaan, dia bagi wasiat kepada tentera supaya jangan gunakan kekerasan. Katanya, ingatlah saudara-saudara semua akan apa yang telah disifatkan oleh Nabi 14 kurun yang dulu. Jadi selepas dia buat kenyataan itu esoknya terus wakil tentera memberi ucapan mengatakan tentera tidak akan sekali-kali menggunakan kekerasan kepada rakyat. Bagi saya itu satu integriti yang cukup tinggi. Syeikh al-Qaradhawi pun memberikan satu wasiat yang sama kepada tentera. Jangan gunakan kekerasan kepada rakyat, jangan sesekali keluar satu peluru pun daripada kamu menembak rakyat. Dan itu menjadi kesepakatan.

Saya tengok dengan mata saya sendiri mereka ini sabar betul. Kereta kebal mereka, penuh orang naik, mereka tidak peduli pun. Mereka tak usir pun. Mana ada dalam negara yang kita boleh panjat kereta kebal. Di jalanan walaupun ada rakyat yang provokasi, mereka buat tidak tahu sahaja. Saya dengar sendiri ada rakyat yang meminta supaya tentera bersama mereka. Tentera itu hanya diam dan bersalam dengan mereka dan berlalu pergi. Berbeza dengan polis yang selalu bertembung kerana provokasi sebegitu. Tetapi masalah sekarang ini ialah tentera tidak buat pendirian. Saya rasa mungkin ada hikmah dia tidak buat pendirian. Kalau tentera buat pendirian pada rakyat, tentera akan membelot, kalau pada kerajaan tentera akan bertembung dengan rakyat. Jadi tentera megambil pendekatan berhikmah untuk berdiam diri. Menjaga integritinya. Semalam tentera telah keluarkan kenyataan minta polis jangan campur tangan dalam demo pada hari ini (Jumaat, 4/1). Maknanya demo pada hari ini akan dikawal sepenuhnya oleh tentera. Kita tengoklah macam mana. Jadi dalam perkara ini susah untuk minta tentera memberikan pendirian. Sekurang-kurang masih terpelihara maruah mereka apabila berada di tengah.

Dalam keadaan ini, di mana dan bagaimanakah peranan Universiti Al-Azhar?

Al-Azhar  berperanan sebagai satu institusi ilmu dan ulamak yang berkecuali.  Maksudnya ia tidak memihak kepada mana-mana. Apa yang berlaku baru-baru  ini, ada tiga wasiat daripada syeikhnya kepada pemuda Mesir supaya kasihkan pada  negara, keduanya menghormati dan menghargai pendirian serta aspirasi  pemuda yang mahu berjuang menyalurkan suara mereka melalui demonstrasi.  Ini dia iktiraf. Ketiganya wasiat kepada tentera, jangan menggunakan  kekerasan. Itu adalah pendirian Al-Azhar. Muhammad ‘Imarah ketika  ditanya apa pendirian Al-Azhar, dia kata Al-Azhar mahu kekal sebagai  institusi ilmu dan tidak terllibat dengan politik. Muhammad ‘Imarah ini  salah seorang ulamak Al-Azhar. Mana-mana multaqa atau dirasat ilmiah beliau mesti dipanggil. Bila beliau ditanya tentang tunjuk perasaan  itu, dia menjawab saya mahu ini diteruskan kerana ini adalah kehendak syabab (pemuda).  Dan dia kata dengan jelas, sistem mesti berubah maknanya Hosni Mubarak  mesti pergi. Tetapi bila orang tanya dia tentang Al-Azhar dia kata mahu  mengekalkannya sebagai insitutsi ilmu.

Saya rasa itu wajar kerana Al-Azhar ini jangan terlibat dalam konflik. Hal ini kerana kalau Al-Azhar  menyokong pemuda itu akan menjadi masalah sekarang, kalau menyokong Mubarak itu  akan menjadi masalah akan datang. Jadi kredibilitinya akan hilang. Kalau naik  pemerintah baru mungkin ada konflik juga. Syeikh Al-Azhar tidak  menyanggah apa yang pemuda buat dan dia juga tidak mengkritik kerajaan.  Dia menyebut perkara yang patut disebutnya. Dan mengekalkan kredibiliti  sebagai institusi ilmu. Ada orang yang tidak setuju dengan mengatakan  Al-Azhar politiking sebab tidak memberikan reaksi yang  menentang Hosni Mubarak. Susah kalau Al-Azhar nak kata begitu. Tapi  syeikh-syeikh seperti ‘Imarah memberi sokongan yang agak jelas kepada  pemuda dan tidak seorang pun yang menyokong Hosni Mubarak. Syeikh  Muhammad Qutb misalnya mengatakan bahawa demonstrasi ini adalah syar’ie.

Bagaimana pula dengan pandangan Mufti Mesir, Syeih Ali Gomaa?

Dia menyeru supaya para mutadhahirun (penunjuk  perasaan) kembali ke rumah sebab dia bercakap dalam konteks apa yang  berlaku itu memudaratkan negara dari banyak segi. Itu pandangan dia  sebagai orang yang berada dalam institusi mufti negara. Ali Gomaa  (transliterasi bahasa arab ialah ‘Ali Jum’ah~editor)  ini alim orangnya tetapi dia terpaksa memberi pandangan begitu. Dia  mengambil dari aspek itu sahaja iaitu mudarat kepada negara dan  melumpuhkan ekonomi. Sebenarnya pendemo itu langsung tidak merosakkan  harta benda. Mereka itu bersih daripada melakukan perkara-perkara  begitu. Yang buat kerosakan itu adalah pihak-pihak yang ingin sabotaj  dan penjenayah. Sebab itu fatwa Ali Gomaa itu payah untuk mereka terima.  Kata mereka kami bukan membuatkan kerosakan kepada negara, yang  merosakkan negara adalah mereka itu.

Saya ingin tahu tentang keadaan mahasiswa dan rakyat Malaysia di sana?

Rakyat Malaysia di Mesir memang tidak menghadapi ancaman dalam aspek adakah ada pihak yang ingin menyerang kita secara khusus. Itu tidak berlaku. Kecualilah mereka tidak tahu siapa kita dan menganggap kita orang Amerika misalnya. Tetapi amat mustahil untuk berlaku. Masalah yang timbul pada kita ialah masalah keselamatan daripada aspek diri dan harta benda. Sebab seperti yang saya katakan tadi ada lebih daripada 20 ribu banduan yang keluar penjara. Kemudian di Mesir itu juga ramai orang yang suka mencuri. Mereka ini akan mengambil peluang. Itu yang saya katakan di Mesir mesti sentiasa ada polis yang mengawal keamanan. Bila polis tiada memang keselamatan sangat membimbangkan.

Jadi buat masa ini yang selamatnya adalah di Mesir itu kita ada rumah-rumah negeri, kita ada Malaysia Hall di mana ia merupakan penempatan secara berkelompok. Jadi sekitar halamannya itu terjaga. Mereka juga rasa selamat. Saya dengar pelajar-pelajar sampai dua ratus orang berkawal tetapi untuk kawasan itu sahaja. Namun bagaimana dengan rakan-rakan yang duduk di luar dan sebahagian daripada mereka masuk ke sini meyebabkan keadaan sesak. Kalau seminggu mungkin boleh tetapi kalau sebulan sesak begitu akan bertambah sukar. Masalah untuk tidur dan makan akan timbul, sementelahan sekarang musim sejuk. Untuk jangka masa seminggu mungkin boleh bertahan. Makanan semakin kurang. Kedai semua tutup, bank tidak buka, ATM tidak berfungsi. Mereka ada kad tapi tak boleh keluarkan duit. Kalau ada duit mungkin boleh juga beli. Kemudian barang sekarang memang mahal. Naik sekali ganda. Sebelum saya balik lagi dah naik. Sekarang ini mungkin lebih. Dekat lapangan terbang jangan cakaplah, secawan teh RM100. Kalau kita tak nak beli peniaganya kata, tidak mengapa orang lain ada lagi yang akan beli. Ada pelajar kita kehabisan duit di lapangan terbang. Saya bukan nak menakut-nakutkan ibu bapa tetapi saya kena beritahu perkara yang sebenar. Dalam wawancara dengan Berita Harian minggu lepas, saya cadangkan supaya kena ada bantuan untuk bawa balik pelajar Malaysia kerana pelajar ini dependent bukan independent seperti kami yang dah berkerja. Kalau tidak ada yang tolong mereka di situ lah mereka duduk. Sebab itu saya cadangkan supaya hantar bantuan walaupun kapal perang.

Jadi sehingga sekarang bagaimana bantuan?

Sedikit masalah apabila hantar pesawat tentera. Sebab nak dapat perlepasan untuk hak mendarat susah. Kerana Mesir dalam keadaan begitu, sudah tentu sukar dia benarkan orang luar masuk apatah lagi tentera. MAS dah hantar satu kumpulan ke Jeddah. Kita tahu bahawa Mesir ini bukanlah sebuah negara yang mudah untuk berurusan. Kecuali kalau kamu ada personal contact dengan Hosni Mubarak. Dia pun sekarang bukan boleh dihubungi (ketawa). Saya ada dua cadangan, kalau terdesak saya cadangkan kapal perang tetapi saya rasa perlu chartered flight. Sebab tak rugi. Macam Tabung Haji buat untuk orang pergi Mekah. Satu pesawat itu kita guna. Yang mahalnya tiket kepal terbang ini bila kapal terbang tak penuh. Kita pun biasa buat begitu bila nak hantar pelajar ke Mesir dan Jordan. Masa itu ada pelajar 300 lebih, turun di Jordan 70 orang, bakinya pergi Kaherah.

Bagaimana dengan bantuan jalan darat dengan bas misalnya untuk keluar dari Mesir?

Bas tak selamat. Takut kena rompak tengah jalan. Jadi yang paling selamat adalah jalan udara ataupun jalan laut. Satu lagi saya tidak dengar lagi kerajaan negeri yang membantu (menurut laporan Bernama, kerajaan negeri Sabah memberikan bantuan membawa pulang pelajar-pelajarnya~editor). Kenapa kerajaan negeri tidak tampil ke hadapan. Inilah masanya kita membantu. Jangan mengharapkan kerajaan pusat sahaja. Setiap kerajaan negeri harus ambil inisiatif. Sebab saya tahu kerajaan negeri banyak kali pergi ke Mesir. Kadang-kadang sampai 70 orang pergi satu rombongan. Itu dah separuh penerbangan. Kenapa dalam keadaan pelajar kita begini kita tidak boleh tolong.

Ambil contoh mudah misalnya satu negeri tawarkan satu penerbangan, kita dah ada sebelas kapal terbang. Semudah itu. Mungkin negeri yang kaya boleh memberi dua atau tiga. Selangor mungkin boleh beri tiga penerbangan, Perak, Pulau Pinang, Kedah misalnya miskin sikit mungkin beri kurang. Dan mungkin juga mengikut bilangan pelajar setiap negeri. Melaka mungkin satu kapal terbang sahaja. Sebenarnya kalau nak buat boleh. Isunya adakah kita ini prihatin atau tidak. Bila kita kata ibu bapa jangan melatah, siapa yang tak melatah, kalau kena anak sendiri baru kita tahu. Kita kena fikirkan tentang itu dan bertindak kena cepat. Kerana keadaan menjadi semakin buruk. Saya pun tidak nampak kalau Hosni Mubarak letak jawatan pun akan pulih. Akan memakan masa berbulan-bulan. Sebab bila naik kerajaan baru mesti ada kelompok yang ingin membalas dendam. Keadaan tidak akan tenteram juga. Seperti yang diketahui polis kebanyakan penyokong Mubarak. Jadi proses itu memakan masa. Jadi kena ambil kira soal ini.

Kesimpulan Professor tentang apa yang berlaku di Mesir?

Pandangan saya apa yang berlaku ini daripada perspektif seorang Muslim adalah positif bahawa ini adalah kemenangan untuk Islam. Bahawa kita hendaklah melihat ini sebagai kemenangan menentang penyelewengan dan penindasan. Suara untuk Islam itu semakin dapat diketengahkan dan kita harap Islam dapat memimpin suatu hari nanti kerana Mesir dengan kedudukannya yang strategik, dengan Tunisia yang akan dikuasai oleh golongan Islam. Sekarang sudah melebar ke Yaman, Jordan pun dah mula bangkit menentang penyelewengan dan banyak masalah di Jordan. Raja Jordan pun telah pecat Perdana Menteri dan lantik Perdana Menteri yang baru. Perkara ini akan berkembang. Kita lihat sebelum ini hanya berlaku di Algeria sahaja. Sekarang sudah merebak. Kita berharap kecemerlangan di rantau Timur Tengah itu akan kembali satu hari nanti setelah lama mereka yang cenderung kepada Islam tidak dapat berperanan.

Disunting kembali: 12.30 pagi, 8 Februari 2011.Kiriman Berkaitan

Azmin Ali: 901 Peluang Polis Pulihkan Imej yang Tercalar Ammar Gazali

Persamaan antara Revolusi di Mesir dan Iran Fareed Zakaria

Seruan Bersih 2.0 Hasmi bin Hashim

Demi Rakyat Jerman Najwan Halimi

Revolusi Ini Akan Diteruskan SPIEGEL Online

Kebebasan Berekspresi Itu Suci admin

Menjadi Islam dengan Berfikir
Tuhan, aku menghadap padamu bukan hanya di saat-saat aku cinta padamu, tapi juga di saat-saat aku tak cinta dan tidak mengerti tentang dirimu, di saat-saat aku seolah-olah mau memberontak terhadap kekuasaanmu. Dengan demikian Rabbi, aku berharap cintaku padamu akan pulih kembali. (Ahmad Wahib-Catatan Harian)

Saya mengenali Ahmad Wahib di sebuah petang yang mendung semasa berada di kompleks PKNS Shah Alam sekitar tahun 2008. Ketika itu saya melalui sebuah gerai buku. Leret mata liar saya tertumpu pada sebuah rak putih yang penuh dengan buku yang pada kulitnya tercetak kata-kata yang memukau “Tuhan bukan tempat terlarang bagi pemikiran”. Lantas saya memegang buku tersebut, membelek. Konon-kononnya ghairah. Buku berjudul Pergolakan Pemikiran Islam : Catatan Harian Ahmad Wahid saya miliki tanpa berfikir lama..

Ahmad Wahib yang melabelkan dirinya  “bukan nasionalis, bukan katolik, bukan sosialis, bukan buddha, bukan protestan, bukan westernis, bukan komunis…bukan humanis” telah pergi meninggalkan kita selama-lamanya pada sebuah malam di bulan Mac 1973. Beliau telah dilanggar oleh sebuah motorsikal  dihadapan pejabat majalah Tempo tempat dimana beliau bekerja sebagai calon wartawan. Buku setebal 355 mukasurat ini asalnya merupakan helaian-helaian catatan harian Ahmad Wahib yang ‘diselamatkan’ teman akrab beliau sejurus beliau meninggal dunia. Bukan seperti catatan-catatan “diari sorang lelaki ” yang lain.

Buku ini telah terbit buat pertama kalinya pada tahun 1981 di Indonesia oleh Pustaka LP3ES. Edisi Bahasa Malaysia pula ialah pada tahun 2007 terbitan MEGC dengan kerjasama Konrad Adenaur Stiftung. Secara umumnya, saya mentakrifkan buku ini sebagai rangkulan pengalaman dan kesimpulan panjang idea-idea liberalisasi. Catatan-catatan ini memuatkan pandangan peribadi Ahmad Wahib yang kritis dan sinis sepanjang pergulatan beliau dengan teman-teman jemaahnya, masyarakatnya, budayanya, agamanya, tuhannya malah hampir seluruh hidupnya.

Pemikiran Luar Kotak

Catatan dari Jogjakarta oleh HA. Mukti Ali pada 1981 mengakui dalam Lingkaran Diskusi, Ahmad Wahib sering menimbulkan pendapat-pendapat yang tidak biasa didengar orang dan kebanyakan hal yang ditulis oleh beliau membuatkan orang akan ‘berkerut dahi’. Pemikiran beliau ‘di luar kotak’ atau ‘di luar jendela’ apa adanya. Mukti Ali mengakui pendapat dan pertanyaan almarhum Ahmad Wahib ini amat menggoda dan mengesankan fikiran kita. Benar kata Wahib “Saya ingin menjadi Muslim yang baik dengan selalu bertanya.”

Buku ini telah dibahagikan kepada empat bahagian utama. Perkara-perkara yang disentuh antara lain  usaha beliau menjawab masalah yang timbul dalam ruang beragama, politik dan kebudayaan Indonesia, bidang keilmuan dan kemahasiswaan dan yang terakhir sedikit sebanyak menyentuh peribadi beliau yang sentiasa gelisah.

Adakah ‘tuhan itu takut kepada akal yang tuhan ciptakan sendiri?’

“Tuhan bersifat wujud bukan untuk kebal dari sorotan kritik. Sesungguhnya orang yang mengakui berTuhan tapi menolak berfikir secara bebas beerti menghina rasional kewujudan Tuhan.”- Ahmad Wahib

Pendapat almarhum Ahmad Wahib dalam soal agama dilihat sebagai pandangan yang tajam dan nakal. Beliau sering menyentuh soal yang dasar dan taboo justeru mengajak yang lain untuk berfikir. Kebebasan agama dilihat sebagai kebebasan berpendapat bukan untuk dibatasi. Yang mendasari untuk segala pendapat beliau, adakah ‘Tuhan itu takut kepada akal yang Tuhan ciptakan sendiri?’ Keberanian Wahib dalam melontarkan pendapat dan persoalan meletakkan beliau sebagai manusia jujur.

Catatan-catatan yang dihimpunkan dalam buku ini mempamerkan Wahib sebagai pemikir radikal penuh inpirasi dan provokatif. Soal ‘nilai baru dan lama’ diukur dengan pembaris waktu. Menurutnya lagi masyarakat Islam harus keluar dari kongkongan feqah.Bagi Wahib; pembinaan hukum dari al-Quran dan Sunnah melalui ijmak bukan lagi waktunya kerana individualisme semakin berleluasa. Wahib berpendapat bahawa hukum-hukum Islam itu berkembang apabila nilai-nilai dalam masyarakat itu berkembang yang pada beliau membawa erti hukum juga berubah.

Kekangan ‘eksklusivisme’ dalam Idea Pembaharuan Islam

Ahmad Wahib mahukan organisasi-organisasi Islam bersifat mendidik bukannya menghukum.  Beliau menolak apa yang dipanggil “Ideologi Islam” kerana “Ideologi Islam” sama seperti ideologi-ideologi lain seperti sosialis, nasionalis maupun komunis. Pokok pangkalnya, idea Islam harus  sentiasa berkembang selari dengan perkembangan umat, budaya dan bersifat universal.

Suatu hal yang menyedihkan apabila keberadaan beliau dalam HMI dipandang sebagai “jaringan golongan luar tertentu” dari Jawa Tengah yang dilabel sebagai heterogenitas yang keterlaluan. Sampai masanya, Wahib dan temannya Djohan meninggalkan HMI dengan meninggalkan kepilan ‘rasmi’ terakhir iaitu “Memorandum Pembaharuan dan Kekaderan”. Sifat rigid HMI dalam menerima dan menilai idea pembaharuan umat dilihat Wahib sebagai musuh kepada kebebasan berfikir dan bertentangan dengan Islam itu sendiri. Apatah lagi  HMI masih kuat dengan pengaruh Masyumi yang dilihat cenderung menghukum dan bersifat formal.

Sarana Wahib dalam kehidupan peribadi beragama

Pada 18 November 1972 Ahmad Wahib telah menggariskan sebuah struktur umum dengan judul “Pembinaan Toleransi Beragama di Indonesia” berpokok pangkal dengan umat Islam Indonesia yang menetapkan beberapa poin utama iaitu mengenalpasti ‘sasaran toleransi’, mengenalpasti ‘sumber-sumber intoleransi’ dan ‘pembinaan toleransi beragama’. Seluruh dasar ini bertujuan mengarah kembali organisasi-organisasi agama agar merayakan perbezaan dan ‘menghormati hak pembinaan dan penerimaan rohani manusia yang bersifat peribadi’.

Kesenian, Kebudayaan, Intelektualisma dan kebekuan pemikiran umat

Selain itu Ahmad Wahib dilihat sangat berminat menyentuh berkenaan ketenteraan ABRI, demokrasi dan kaum intelektual Indonesia. Beliau banyak menyentuh dan memberi pendapat mengenai ‘kedudukan-posisi’ golongan intelektual ini sebelum dan selepas kemerdekaan, kedudukan kaum intelektual semasa dan pasca Soekarno, intelektual Muslim dan pertentangan yang timbul di antara golongan intelektual dan persekitaran lingkungan mereka.

Kebanyakan golongan intelek Muslim ini dilihat terikut dengan arus massa sehingga takut kehilangan pengikut. Musibahnya; umat Islam buta disebabkan kurang komunikasi yang mengakibatkan umat Islam menjadi terumbang-ambing, terlalu reaksioner dan dilihat streotaip. Untuk memperbaiki permasalahan yang dihadapi kaum intelektual Muslim ini; Wahib menyarankan agar mereka lebih banyak ‘hadir’ dalam banyak bidang dan meningkatkan “level of political culture” untuk membebaskan umat dari kelesuan dan kebekuan. Wahib cuba menyentuh sebanyak mungkin isu dan minat mendalamnya dalam agama, politik, kemasyarakatan maupun budaya. Beliau menjembatani antara kesenian dan sudut manusiawi.

Perjuangan dan Dakwah

Peribadi yang selalu gelisah dengan persoalan-persoalan dan kejujuran Ahmad Wahib dalam kritikan beliau terutama terhadap pemikiran golongan konservatif Islam jelas menunjukkan perjuangan beliau dalam membentuk gagasan-gagasan baharu yang bersifat rasional dan alami. Nama beliau lebih dikenali setelah meninggal dunia. Pemikiran beliau mencetus fenomena baharu dalam masyarakatnya. Walaupun penulis tidak menyamakan beliau dengan Djohan Effendy, Nurcholish Madjid maupun Abdulrahman Wahid; Apapun mereka antara orang yang merentas jalan liberalisasi dalam membudayakan ilmu dan agama. Pemergian Ahmad Wahib dalam pencariannya bukan noktah bagi anak-anak muda yang sehingga kini menjadikan catatan-cacatan beliau sebagai  rujukan dalam meneruskan dakwah.

*Hafiz Zainuddin merupakan seorang penulis bebasKiriman Berkaitan

Sajak: Charles Bukowski I admin

Penghujung Jalan Mati admin

Ulasan Buku: Pesan-pesan Terbesar Al-Quran Hafiz Zainuddin

Selamat Jalan Zidane admin

Shi’ah (di) Indonesia Aqil Fithri

AUKU dan Krisis Pengetahuan Firdaus Zolkifli

Akankah Tunisia Menjadi Keping Domino yang Pertama?
Gambar ini diambil oleh seorang rakyat Mesir di Tahrir Square. Kemudian dia memuat naik gambar ini ke Reddit, sebuah laman sosial. Bacaan lanjut: http://tinyurl.com/egypt-photo

Awal bulan ini, warga Tunisia telah berjaya menyingkirkan presiden mereka menerusi satu revolusi popular yang pertama dalam sejarah moden negara-negara Arab. Kepantasan revolusi ini merebak semestinya memberikan isyarat jelas kepada negara-negara Muslim lain yang masih lagi tegar mempertahankan kerajaan otokratik dan diktator.

Jangka hayat panjang rejim sebegini dijamin menerusi keupayaannya dalam menekan suara-suara bantahan dengan jentera-jentera kerajaan yang dikawal, terutamanya institusi ketenteraan. Apa yang berlaku di Tunisia menzahirkan bahawa bila mana salah satu jentera kerajaan tidak berfungsi – seperti yang berlaku kepada pihak tentera ketika mereka gagal bergerak secara efektif – jentera-jentera lain seperti media dan kehakiman akan turut gagal berfungsi.

Apakah ini merupakan detik seperti runtuhnya Tembok Berlin bagi warga Timur Tengah? Apakah negara-negara Arab lain yang mengguna pakai modus operandi yang sama dalam amalan penindasan politik bakal ditumbangkan juga?

Pada tahun 2005, dalam satu ucapan di Forum Dunia Amerika Syarikat (AS) – Islam di Doha, saya mengungkapkan bahawa pendemokrasian bakal muncul di Timur Tengah jauh lebih awal dari yang diramalkan, dan saya mengkritik dasar luar AS dengan menyifatkannya sebagai “dasar talam dua muka.” Ketika pentadbiran Bush mendukung kebebasan dalam melancarkan perang melawan keganasan, AS tetap teguh bersekutu dengan negara-negara yang secara terang-terangan mengamalkan dasar penindasan untuk mengekang masyarakat awam dan menggagalkan demokrasi.

Di bawah pentadbiran Obama, dasar talam dua muka ini masih lagi wujud. Walaupun dalam ucapan bersejarahnya di Kaherah di mana beliau secara khusus memuji wakil kerajaan, pentadbiran Rumah Putih masih terus bekerjasama dengan pelbagai otokrat dari Timur Tengah. Dari perspektif para demokrat di rantau itu, dasar talam dua muka AS ini adalah disebabkan pendemokrasian akan mengakibatkan wujudnya kerajaan yang kurang cenderung menyokong agenda dan tuntutan AS terutamanya pentadbiran yang disifatkan Islamik oleh AS.

Merujuk kepada Tunisia, adalah mustahil Zine el Abidine Ben Ali mampu kekal menerajui negara selama 25 tahun tanpa dukungan dari Amerika. Kenyataan bahawa rejim kleptokratik pimpinan beliau akhirnya tumbang merupakan peringatan keras bahawa sesebuah kerajaan yang ditegakkan melalui penindasan ke atas rakyat takkan bertahan lama. Kita telah menyaksikannya di Iran pada tahun 1979 menerusi kejatuhan dramatik Shah, dan juga pada tahun 1998 ketika rakyat Indonesia mengecap nikmat demokrasi secara aman setelah hampir tiga dekad ditadbir di bawah kepimpinan tentera.

Masalah yang menghantui dunia Arab tetap mengejutkan: monopoli kekayaan dan kuasa oleh segelintir elit politik, kemerosotan infrastruktur, sistem pendidikan yang jumud, kepincangan dalam perkhidmatan kesihatan serta bebanan pendapatan dalam menghadapi kenaikan harga barang dan kos hidup. Rasuah dan nepotisme menjadi raja di sebalik tiadanya kebertanggungjawaban dan ketelusan.

Sememangnya semua ciri tersebut merupakan acuan terbaik sebuah pergolakan politik: peminggiran politik dan ekonomi ke atas rakyat serta perompakan kekayaan negara oleh elit pemerintah. Ianya merupakan satu realiti yang tidak dapat disucikan oleh propaganda – kerana rakyat boleh menyaksikannya di YouTube dan Facebook – walaupun dicuba dengan pelbagai kaedah oleh pemerintah. Pastinya, tiada seorang pun pemimpin Arab yang akan mengakui kebejatan ini, sebaliknya akan menzahirkan kewarakan dan menabur janji untuk terus memperbaiki tahap ekonomi rakyat.

Adalah sesuatu yang bodoh bagi kerajaan di rantau itu sekiranya menganggap bahawa apa yang berlaku di Tunisia ini sebagai kes terpencil. Permasalahan ekonomi dan politik yang mencetuskan revolusi merupakan sesuatu yang luar biasa terhadap negara tersebut. Seseorang hanya perlu berjalan di sepanjang kaki lima di Kaherah dan Karachi, atau merayau-rayau di pekan-pekan terpencil di Algeria dan Afghanistan untuk melihat bagaimana sengsaranya kemiskinan dan penindasan sehingga mampu memusnahkan martabat diri seseorang.

Pemerintah otokratik yang telah terbiasa dengan kedaulatan mutlak barangkali akan mengubah fikiran mereka. Kebangkitan di Tunisia didorong oleh hasrat untuk mencapai kebebasan dan keadilan, dan bukan kerana ideologi tertentu. Faktor keganasan Islam, yang sering dijadikan kambing hitam oleh para diktator di Timur Tengah untuk menghalalkan kezaliman mereka, perlu dipertimbangkan semula atau dibakulsampahkan terus. AS juga harus mengambil pengajaran tentang mitos bahawa diktator yang sekular merupakan taruhan terbaik dalam melawan golongan Islamis. Revolusi, sama ada yang bersifat sekular atau keagamaan lahir dari keinginan sejagat untuk memartabatkan hak. Persamaan di antara revolusi di Iran dan pergolakan di Tunisia adalah kebangkitan rakyat yang telah sekian lama menderita di bawah pemerintahan yang menindas.

Apakah revolusi di Tunisia ini mampu menjana kebangkitan warga Arab dan mengubahnya kepada pembebasan Timur Tengah? Tatkala Tunisia bergerak ke dalam kelompok negara-negara Timur Tengah yang memartabatkan demokrasi seiring dengan negara seperti Turki, namun untuk kebanyakan negara Islam lain, demokrasi masih lagi merupakan sesuatu yang sukar dikecap. Pakatan pembangkang di negara-negara seperti Mesir kini sudah menemui harapan baru menerusi perkembangan yang berlaku di Tunisia. Bantahan-bantahan di Kaherah dan di wilayah-wilayah sekitarnya telah mengubah tanggapan yang selama ini menganggap bahawa bangsa Arab dan umat Islam bersifat pasif dalam politik dan senantiasa cenderung terhadap otoritarianisme. Namun, apakah mereka akan diberi peluang yang adil? Rakyat Palestin pernah memilih pemimpin mereka menerusi pilihan raya namun kuasa Barat telah campurtangan dan mengubah peraturan pilihan raya tersebut.

Kenyataan asasnya adalah jelas iaitu AS mesti menghentikan sokongan terhadap pemimpin-pemimpin diktator dan kuku besi sama ada di Timur Tengah, Pakistan atau di Asia Tenggara. Apa yang berlaku di Tunisia sewajarnya diamati sebagai fajar baru bagi demokrasi di dunia Arab dan Islam.

Diterjemahkan oleh Najwan Halimi dari artikel berjudul “Will Tunisia Be the First Domino?” tulisan Anwar Ibrahim yang diterbitkan di laman The Wall Street Journal pada 26 Januari 2011.

Kiriman Berkaitan

Di Tunisia, Tempat Dialog Musik Bernaung Martina Sabra

Pasaran Bebas dan Revolusi Arab Hernando de Soto

Islam dan Kerajaan Terhad Amin Ahmad

Celik Huruf dan Pendidikan Dunia Arab admin

Persamaan antara Revolusi di Mesir dan Iran Fareed Zakaria

Menyaksikan Kebangkitan Rakyat Mesir admin

Tiada Paksaan Dalam Agama
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Kami meminta kepada-Nya ampunan, pertolongan, hidayah dan perlindungan dari kejahatan hati dan perilaku kami. Kami aturkan selawat dan salam untuk Nabi kami, Muhammad, keluarga, sahabat dan pewaris risalahnya hingga hari akhir.

Kami sungguh bahagia dengan terbitnya buku cetakan kedua ini, kerana dengan ini kami merasa telah memenuhi janji kami kepada pembaca sekalian untuk memperbaiki kekurangan-kekurangan yang ada di dalam cetakan pertama, termasuk di antaranya persoalan-persoalan yang menurut pandangan kami belum terselesaikan secara tuntas dan memuaskan. Berkat kurnia dan pertolongan Allah, akhirnya, dalam waktu tiga tahun sejak terbitan pertama, kami dapat menyelesaikan itu semua dan menambahkan beberapa perbahasan yang tercicir dari cetakan pertama.

Di antara pembahasan penting yang kami tambahkan ke dalam cetakan kedua ini adalah, pertama, pembahasan tentang hadis-hadis dan atsar-atsar qauli (ucapan Nabi) yang memiliki kaitan dengan topik buku ini. Dalam hal ini, kami mendapatkan bahawa “tidak adanya penentuan hukuman Syar’ie (hadd syar’i) bagi orang murtad”—yang telah kami simpulkan dari tidak ditemukannya hadis-hadis fi’li (perilaku Nabi) yang menceritakan penerapan hukuman syarak terhadap orang murtad—tidak mendapat pertentangan dari satu pun hadis dan atsar qauli tersebut. Dengan demikian, menjadi lengkaplah penghujahan kami bahawa tidak ada satu dalil pun yang menegaskan adanya hukum syarak atas kejahatan pindah keyakinan atau pindah agama yang tidak disertai tindak kejahatan lain.

Penyebutan bentuk hukuman (hadd) itu tidak ditemukan di dalam al-Quran, sebagai sumber pertama hukum syari’ah. Allah berfirman menegaskan kedudukan al-Quran:

“Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran; membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu Kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan pelindung bagi Kitab-kitab yang lain. Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang.” (QS. Al-Maidah: 48)

“Tidakkah kamu memperhatikan orang-ornag yang telah diberi bahagian dari Al-Kitab (Taurat)? Mereka diseru kepada kitab Allah supaya kitab itu menetapkan hukum di antara mereka; kemudian sebahagian dari mereka berpaling, dan mereka selalu membelakangi (kebenaran).” (QS. Ali Imran: 23)

Demikian pula, sepanjang kehidupan Rasulullah tidak ditemukan satu pun peristiwa yang boleh dianggap sebagai bukti bahawa Rasulullah pernah menerapkan hukuman duniawi terhadap orang-orang yang murtad. Padahal di zamannya, tidak sedikit orang yang keluar dari Islam (murtad) secara terang-terangan. Allah berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberikan ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus. (QS. An-Nisa’:137)

Ini membuktikan bahawa penerapan hukuman bagi orang-orang murtad tidak pernah terjadi di dalam sunnah fi’liyah Rasulullah. Demikian pula, melalui penelusuran kami terhadap sunnah-sunnah qauliyah, kami tidak mendapati satu sunnah qauliyah pun yang dapat dijadikan sandaran penentuan hukuman duniawi terhadap orang yang murtad.

Kedua, pembahasan tentang pendapat para ahli fekah berkenaan dengan penentuan hukuman (hadd) bagi pindah agama (riddah). Alasan utama kami menambahkan pembahasan ini adalah, kerana majoriti, ahli fekah menyandarkan pendapat mereka—yang mewajibkan hukuman mati bagi orang yang murtad—pada sunnah-sunnah qauliyah dan ijma’. Untuk itu, kami perlu menelusuri seluruh pendapat para ahli fekah tersebut satu persatu, mempelajari sekaligus menguji secara kritis pembahasan dan penghujahan mereka. Ternyata, tindak kejahatan (jarimah) yang dimaksud para ahli fekah tersebut bukan riddah yang kami maksud; yang mereka bicarakan adalah tindak kejahatan berlapis (jarimah murakkabah) dalam perspektif politik, perundangan, sekaligus sosial. Ertinya, tindakan berpindah agama yang dilakukan orang murtad tersebut merupakan akibat dari perubahan sikap, afiliasi dan kesetiaannya terhadap umat, jamaah, masyarakat, pimpinan politik, serta sistem sosial dan pemerintahan Islam.

Dalam pembahasan tersebut, kami juga menggugat dakwaan para ahli fekah yang mengatakan adanya ijma’ (konsensus ulama) berkenaan dengan hadd syar’i terhadap tindak kejahatan riddah. Kami membuktikan bahawa tidak pernah ada ijma’ berkenaan dengan hadd syar’i, yang ditetapkan al-Quran dan dijelaskan al-Sunnah, atas tindak kejahatan riddah dalam pengertian yang telah kami jelaskan.

Dengan demikian, jelas sudah bahawa manusia—dalam pandangan Islam—memiliki kebebasan untuk memilih agama yang ingin dianutnya. Kebebasan ini merupakan kebebasan peribadi yang dijamin oleh Allah. Sebab, kebebasan adalah asas pertanggungjawaban seseorang.”Orang yang dipaksa” (mukrah) berada di luar wilayah taklif (pembebanan). Oleh yang kerana itu, ia tidak akan diminta pertanggungjawaban, baik itu di dunia mahupun di akhirat atas tindakan yang dilakukannya di bawah tekanan atau paksaan.  Ketika kebebasan seseorang dalam memilih berkurang maka pertanggungjawabannya pun berkurang. Sebab, Allah selalu mengaitkan setiap perintah dan larangan-Nya dengan keleluasaan dan keampunan manusia. Allah berfirman:

“Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan” (QS. Ath-Thalaq: 7)

Pun, Allah membiarkan manusia untuk memilih sendiri apa yang menjadi tanggungjawabnya. Allah berfirman:

“Dan katakanlah, ‘Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu. Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarkanlah ia kafir.’ Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka. Dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih dan menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling jelek.” (QS. Al-Kahfi: 29)

Selain itu, Allah tidak pernah menghalang kehendak manusia. Ia pun menjadikan kehendak itu benar-benar boleh difungsikan untuk memilih. Allah berfirman:

“Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka  Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya Neraka Jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalas dengan baik.” (QS. Al-Isra’:19-19)

Demikian pula, Allah membezakan pertanggungjawaban antara tindakan yang dilakukan dengan silap (khata’) dengan tindakan yang dilakukan secara sengaja (‘amd), juga antara kesilapan dari tindakan yang kurang hati-hati (khatba’ ‘an ihmal) dengan kesilapan dari tindakan yang disengaja (khatba’ ‘an ‘amd), serta antara kesilapan yang terus dilakukan dan tidak pernah disesali dengan kesilapan yang dilakukan lagi dan diikuti dengan taubat. Itu semua menegaskan bahawa manusia memiliki kebebasan dalam hal berkehendak, berfikir, berbicara dan berbuat.  Buku ini, sebenarnya kami arahkan sebagai sebuah percontohan tentang bagaimana kita sebenarnya bersikap kritis terhadap khazanah klasik (turats) kita yang kaya, untuk menyelematkannya dari debu-debu yang mengotorinya saat mengharungi penggalan-penggalan sejarahnya.  Semoga, di dalam buku ini, para penuntut ilmu-ilmu naqli dan ilmu-ilmu kemanusiaan mendapatkan apa yang bisa dijadikan pedoman dalam menyelesaikan persoalan-persoalan penting yang dihadapi umat dan kebudayaannnya, tanpa membuat perpecahan atau menyeret masalah-masalah khilafiyyah.

Perhatian kami pada persoalan pindah agama

Kami telah menulis persoalan ini dalam bentuk artikel sederhana sejak tahun 1992. Beberapa teman mendesak kami untuk mencetak artikel tersebut—yang saat itu tidak lebih daripada seratus halaman—dan menyebarkannya. Namun sebahagian lain tidak setuju, kerana khuatir akan berdampak negatif terhadap al-Ma’had al-‘Alami li al-Fikr al-Islami (International Institute of Islamic Thought—IIIT) yang kami ketuai saat itu. Pada tahun 1996, semasa jawatan kami sebagai ketua IIIT berakhir. Namun kami tetap diingatkan agar tidak menyebarkan artikel tersebut, kerana—kali ini—dikhuatirkan akan merusak citra lembaga yang kami pimpin.

Tanpa terasa, enam tahun berlalu. Usia semakin lanjut dan penyakit pun semakin bertambah. Kami tidak ingin bertemu dengan Allah dalam keadaan menyembunyikan ilmu yang dikurniakan Allah kepada kami. Sebab, Rasulullah pernah bersabda, “Siapa yang diberi ilmu oleh Allah, lalu meyembunyikannya di hadapan manusia, maka ia akan diikat oleh Allah dengan tali dari api neraka.” Kami pun tidak ingin seperti orang-orang yang berkata, “Di dadaku ini ada ilmu, yang kalau kuperlihatkan, orang-orang pasti akan memenggal leherku.” Kemudian ia mati dan rahsia ilmu itu terkubur bersamanya. Kami juga tidak ingin menyembunyikan apa yang kami pelajari hanya kerana takut memicu perpecahan atau silang pendapat. Sebab, menurut kami perpecahan atau silang pendapat yang ditimbulkan tulisan kami tidak ada apa-apanya dibandingkan dengan perpecahan dan silang pendapat di tubuh umat yag disebabkan oleh penguasa zalim dan ulama jahat dulu.

Bagi kami, menyingkap penyakit yang diderita umat, insyaAllah akan lebih memudahkan penyembuhan daripada menyembunyikannya. Oleh kerana itu, kami memohon kepada setiap pembaca agar tidak menahan doa kebaikannya untuk kami, jika menemukan kebaikan di dalam buku ini. Namun jika menemukan selain itu, maka kami berharap agar pembaca melayangkan surat dan menunjukkan kesalahan-kesalahan kami, sehingga kami dapat melakukan pembetulan, atau jika memungkinkan pembaca boleh mendatangi atau mengundang kami untuk melakukan dialog dalam semangat ilmiah dan kepala yang dingin. Kami meminta ampunan kepada Allah atas dosa-dosa kami. Tidak ada petunjuk untuk kami kecuali dengan seizin Allah. Kepada-Nya kami tawakal dan kembali.

Mungkin hanya Allah yang tahu, kalau kami benar-benar cinta dan bangga pada turats umat kami. Kerana itu, kami tahu bahawa bahawa di dalam turats kami itu ada kotoran, dan bahawa kritik dan penilaian akan membuatnya kembali bersih. Turats umat kami adalah turats yang kaya. Turats umat kami adalah turats yang tidak takut pada kritik dan penilaian. Dan kita tidak selayaknya takut. Jauh-jauh hari syair Duraid bin al-Shummah menyindir kita,

Aku hanyalah orang Ghuzayyah

Jika Ghuzayyah tenggelam,aku tenggelam

Jika Ghuzayyah timbul, aku timbul

Metodologi Pembahasan

Kami berusaha semampu mungkin untuk patuh pada metodologi penelitian ilmiah. Kerana itu, kami tidak akan memaksakan nash atau dalil agar sesuai dengan pendapat yang kami yakini sebelum pembahasan ini. Kami akan membiarkan fikiran dan otak kami kosong daripada pendapat mana pun, baik itu milik kami peribadi atau milik orang lain, sejauh kemampuan yang dapat dilakukan seorang manusia. Kami akan menjadikan dalil-dalil syar’ie sebagai rujukan kesimpulan kami, bukan sebagai pendukung pendapat kami—sebagaimana yang sering dilakukan kebanyakan peneliti. Kerana yang penting bagi kami adalah mencapai apa yang sebenarnya dikehendaki oleh dalil syarie, bukan apa yang kita mahukan dari dalil itu agar sesuai dengan tuntutan masa kini atau masa lalu.

Oleh kerana itu, metodologi yang paling tepat untuk digunakan di dalam penelitian ini adalah metodologi yang menggabungkan pendekatan-pendekatan falsafi-usuli, analitik, deduktif dan kesejarahan, berikut pendekatan-pendekatan tradisional yang lazim digunakan dalam kajian ilmu-ilmu naqli kita pada era tadwin (penyusunan ilmu-ilmu Islam) dan setelahnya.

Atas dasar itu, dalam menafsirkan ayat al-Quran, kami akan bersandar pada kaedah-kaedah yang ditetapkan para ulama tafsir. Dalam menilai dan menghukumi hadis, kami akan menggunakan kaedah-kaedah yang biasa dipakai para ahli hadis. Berkaitan dengan pokok-pokok agama (usul), kami akan, pertama, menjadikan Quran sebagai sumber hukum. Allah berfirman, “Hukum itu hanyalah kepunyaan Allah.” (Yusuf: 40). Dan di sini, kami hanya berupaya mewujudkan supremasi hukum (hakimiyah) al-Quran. Kedua, kami akan menjadikan hadis sebagai penjelas al-Quran. Dan berkaitan dengan ijma’, kami tidak akan menerima dakwaan bahawa telah berlaku ijma’ atas sesuatu yang terbukti masih menjadi bahan perdebatan di kalangan para sahabat. Ijma’ yang benar adalah ijma’-nya para sahabat.

Selanjutnya, kami akan menjadikan prinsip-prinsip pokok Islam (al-qiyam al-hakimah) dan tujuan-tujuan syariat (maqasid al-syariah) sebagai dalil umum (adillah kulliyah) yang menentukan arah “objek hukum” (mustadall) dalam persinggungannya dengan makna konotatif (dallah) dan dalil khusus (adillah juz’iyyah). Dan terakhir, kami akan menjelaskan makna sebuah kosakata dalam al-Quran pertama-tama dalam mengacu pada kebiasaan Sunah, kemudian pada kebiasaan orang-orang Arab dalam bahasa, frasa dan retorika mereka; agar kebiasaan orang-orang Arab dalam memaknai kosakata-kosakata mereka tidak menjadi penentu bagi pemaknaan kosakata-kosakata al-Quran.

Jika semua yang kami lakukan benar, maka itu berkat kurnia dan petunjuk-Nya. Jika tidak, maka sesungguhnya manusia adalah tempat kelemahan dan kesalahan. Niat kami hanyalah untuk mencari kebaikan dan melakukan perbaikan semampu kami. Kami meminta kepada Allah kebenaran dalam bertutur dan bertindak, dan semoga Ia menjauhkan kami dan para pembaca dari gangguan syaitan. Dan, ya Tuhan, kami berlindung kepada-Mu dari kehadiran syaitan-syiatan itu!

Adakah seseorang yang seluruh tingkah lakunya dihargai?

Seseorang cukup dianggap mulia jika kesalahannya masih terhitung.

Batasan dan Pokok Pembahasan

Ketika menuliskan ijtihadnya, para ulama ushul biasanya melakukan “uji materi” (tahqiq al-manath) setelah menyaring dan meyeleksinya. Sedangkan ketika membahas persoalan ikhtilaf dan mengungkapkan sanggahan, biasanya mereka memulai dengan membebaskan “pokok perdebatan” dari masalah-masalah lain. Berdasarkan metodologi tersebut, kami ingin memulai pembahasan ini dengan membebaskan persoalan pokok pembahasan ini dan masalah-masalah lain; agar pembaca tidak salah tangkap:

1.	Buku ini tidak membahaskan persoalan “apakah orang murtad dalam pengertian sebenarnya (murtadd riddah haqiqiyah) dianggap kafir atau tidak? Kafirnya orang murtad merupakan hal yang sudah pasti (ma’lum min al-din bi al-dharurah) dan bukan menjadi perdebatan, baik itu ia murtad dengan cara berpindah ke agama lain atau tidak beragama sama sekali.

2.	Buku ini tidak menentang penerapan hukuman keduniaan terhadap orang murtad yang melakukan tindak jenayah melawan hak, aturan atau adat-istiadat jamaah, atau yang melakukan pembangkangan terhadap jamaah atau pemerintahannya yang sah. Tindak jenayah lain yang dilakukan orang murtad, baik itu didasari motif riddah (pindah agama) atau motif-motif lain, maka bagi umat atau jamaah agar bersikap tegas menerapkan hukum yang telah ditetapkan syariat atau undang-undang kepadanya. Dan ia pun harus mendapat perlakuan yang sama dengan pelaku jenayah lain. Kerana status riddah, jika tidak membuat seorang pelaku jenayah dihukum berat, maka tidak selayaknya dijadikan peringan hukuman untuknya.

3.	Kami tidak pernah berpendapat dan menuntut jamaah atau umat untuk mengizinkan orang murtad mengajak orang-orang pindah agama, secara sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan, atau mendirikan perkumpulan yang bertujuan untuk mengubah aqidah, pandangan atau prinsip keimanan dan keislaman umat atau jamaah, baik dengan kekuatan mahupun hasutan. Itu semua kami anggap sebagai tindak jenayah yang mengancam keselamatan umat atau jamaah. Kerana itu, umat atau jamaah berkewajiban untuk mengantisipasinya dan menangkap serta menghukum para pelakunya sesuai bahaya yang diakibatkan tindakan mereka dan didasarkan pada nilai-nilai luhur dan maqashid syaria’ah.

4.	Pokok pembahasan buku ini adalah persoalan “pindah agama murni” dalam pengertian tindakan seseorang mengubah keyakinannya, berikut pemikiran, pandangan dan perilaku yang didasarkan pada keyakinan itu, tanpa disertai tindakan pembangkangan terhadap jamaah, aturan, atau kepimpinannya; tidak melakukan aksi keganasan, tidak angkat senjata melawan jamaah, tidak bergabung dengan musuh dalam bentuk atau cara apapun, serta tidak mengkhianati jamaah. Apakah terhadap orang yang mengubah keyakinan akibat salah faham atau keraguannya terhadap seluruh atau sebahagian keyakinan lamanya, tanpa menghasut orang lain untuk ikut dengannya, Allah mensyariatkan hukuman mati yang wajib diterapkan umat? Layakkah seseorang dihukum mati hanya kerana mengubah keyakinannya itu dengan tindakan-tindakan lain yang kami sebutkan di atas? Jika seorang Muslim membunuhnya, ia tidak dikenai apa-apa hukuman sama ada qisas mahupun tebusan, selain hukuman kerana lancang mengambil alih tugas penguasa? Apakah wajib bagi umat untuk memaksa orang yang murtad untuk kembali memeluk Islam? Apakah ini, jika terjadi, dianggap sebagai “pemaksaan agama” yang ditolak al-Quran? Apakah pendapat yang mengatakan wajibnya membunuh orang murtad merupakan konsensus ulama (ijma’) sepanjang masa ataukah di dalamnya masih terdapat silang pendapat namun tidak banyak diketahui orang? Jika dikatakan wajib membunuh orang murtad, apakah ini bererti bahawa “ orang yang kafir dari semula” juga wajib dibunuh secara syar’ie? Apakah hukuman untuk perbuatan pindah agama—dalam pandangan orang yang meyakini hukuman itu memang ditetapkan—dianggap sebagai hukuman terhadap tindak jenayah politik (jarimah siyasiyah) ataukah masuk ke dalam ruang lingkup jinayat (jenayah agama), kerana diistilahkan dengan hadd? Apakah hadd ini—jika kita meyakininya sebagai hadd syar’ie—dianggap sebagai penebusan dan penghapusan dosa? Kerana sebagaimana dijelaskan nash, setiap hadd syar’ie ditujukan sebagai penghapusan dosa? Apakah tindakan pindah agama dianggap sebagai keluar dari islam ataukah dianggap sebagai sikap menentang Islam?

Inilah masalah-masalah yang menjadi bahasan pokok buku ini. InsyaAllah, kami akan mengurai persoalan-persoalan tersebut—berikut beberapa persoalan lain yang memiliki kaitan dengannya—dengan berusaha semampu mungkin untuk patuh pada metodologi pembahasan yang kami jelaskan di muka. Tidak lupa, kami pun meminta pertolongan kepada Allah agar diberi kurnia pendapat dan perkataan yang benar. Sesungguhnya Ia adalah pemilik taufiq dan mahakuasa untuk memberikannya kepada hamba-Nya.

Kami berharap apa yang kami ketengahkan ini menjadi penilaian kritis atas turats, yang menjadikan turats kita tetap sesuai dan berada dalam bingkai semangat al-Quran. Kami juga berharap apa yang kami lakukan ini menjadi pembuka jalan bagi para peneliti lain untuk semakin berani melakukan penilaian kritis terhadap turats. Harapan terkahir kami, semoga Allah memberi balasan kebaikan atas usaha ini.

Wallahul muwafiq,

Dr. Taha Jabir al-Alwani

Buku karangan Dr. Taha Jabir al-Alwani ini yang bertajuk La Ikra fi al-Din telah diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD). Sebarang pertanyaan boleh layangkan emel kepada farhan.affandi@gmail.com. Kiriman Berkaitan

Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam Amin Ahmad

Kekuatan Idea Buruk admin

Jadilah Orang Moderat yang Anda Cari admin

Menyelamatkan Warisan Intelektual Islam (Bahagian 1) admin

Memahami Sekularisme Turki admin

Menemukan Pengertian dalam Teddy Bear admin

Kebebasan Politik dan Demokrasi Liberal dalam Dunia Islam
Biar saya mulakan dengan mengungkap penyair dan filasuf Muhammad Iqbal, seorang tokoh tersohor dalam lapangan yang bakal kita terokai pada petang ini, seorang tokoh penghubung di atas jurang yang dikatakan memisah Timur dan Barat, antara Islam di satu sisi, serta kebebasan dan demokrasi di sisi yang lain.

Dalam jawapan puitis beliau kepada Barat menerusi karyanya Payam-i-Mashriq, Iqbal merangka pertembungan tajalli di antara Jalaluddin al-Rumi dan Johann Wolfgang von Goethe – bukan di bumi, tetapi di syurga. Dengan memetik Faust, karya magnum opus beliau, Goethe meyakinkan Rumi bahawa di sini wujud satu jiwa tercerahkan yang memahami Misteri Agung. Kita sedia maklum bahawa Payam-i-Mashriq itu sendiri sangat terinspirasi dari karya Goethe yang berjudul West-östlicher Diwan (West-Eastern Divan) yang mana turut terinspirasi dari karya sarjana ghazal Parsi sekitar abad ke-14 iaitu Hafiz Shirazi. “Ad-Diwan Sharqi lil Mu’allif al-Gharbi,” ini adalah madah yang tercatat dalam naskah asal oleh Goethe sendiri pada halaman hadapan dan mungkin secara harfiah diterjemahkan sebagai “Divan Timur oleh Pengarang Barat.” Maka, di dalam suasana saling menghormati dan mengagumi, Barat bertemu Timur dan Timur bertemu Barat dan proses ini saling berterusan.

Namun demikian, hari ini, pertembungan tersebut kelihatan berada pada tahap yang sedikit berbeza. Ringkasnya, ia kelihatan sebegini: Barat cuba bertemu Timur dengan terlebih dahulu melempar beberapa butir bom; Timur pula mengucapkan terima kaseh sambil membalas dengan meledakkan beberapa peluru berpandu; Barat merasa marah dan membakar buku-buku ilmiah dan agama, dan Timur mengamuk dengan meletupkan bangunan-bangunan mereka.

Saya mohon maaf kerana menghuraikan situasi di atas secara bersahaja namun faktanya adalah bahawa wacana hari ini, jika dibandingkan dengan masa lalu telah dibutakan oleh kebencian dan salah faham sehingga menimbulkan antara lain “fobia kepada kebebasan dan demokrasi” pada satu sisi dan Islamofobia di sisi yang lain. Ini merangka satu tahap kepada pertembungan ideal dan nilai, antara kebebasan politik dan demokrasi di satu sisi dan Islam di sisi yang lain. Namun demikian, meskipun dengan peringatan awal dan laungan peperangan yang menggila, saya cukup yakin bahawa pertembungan ini lebih bersifat bayangan daripada realiti. Saya tidak mengatakan bahawa Islamofobia tidak wujud; ia sememangya nyata tetapi dibebani dengan kepalsuan dan didorong oleh pihak-pihak tak bertanggungjawab dari kedua-dua belah sisi yang terpecah. Hasilnya adalah bebelan stereotaip dan klisé tentang Islam.

Kini, disebabkan oleh tindakan yang berbeza dari pihak-pihak tertentu yang mendakwa melakukannya atas nama agama, kita menemukan diri kita di dalam situasi yang palsu tentang Islam: yakni ianya bersifat anti kebebasan, anti demokrasi, yang menggalakkan pembunuhan dan kekacauan, mempromosikan perpecahan dan eksklusiviti dan sebagainya.

Maka, marilah kita cuba untuk menjernihkan kabus yang telah menutupi wacana ini. Pertama, secara dasarnya tidak wujud perbezaan antara Islam dan demokrasi. Untuk mengatakan bahawa tidak mungkin negara-negara yang majoritinya Muslim mengamalkan demokrasi berperlembagan adalah seperti menafikan kenyataan. Mari kita mulai dengan Turki, contoh terbaik sebuah negara demokrasi liberal di mana majoriti penduduknya adalah Muslim. Mereka melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil, memiliki sistem kehakiman dan perundangan yang baik, menikmati kebebasan-kebebasan asas yang dipelihara oleh perlembagaan serta menjamin kebebasan media yang relatif. Anda tidak akan didakwa hanya kerana anda seorang pemimpin parti pembangkang dan polis tidak akan membelasah anda hanya kerana anda mengkritik kerajaan. Anda boleh menjalani urusan seharian anda tanpa wujud ketakutan bahawa pada bila-bila masa pihak penguasa mungkin akan menggeledah rumah anda dan memenjarakan anda tanpa bicara.

Referendum terkini oleh rakyat Turki yang menyokong pindaan perlembagaan asas termasuk menguatkuasakan tekanan terhadap peranan pihak tentera membuktikan bahawa demokrasi masih hidup dan segar. Para pengkritik mengatakan bahawa ini adalah kerana rakyat Turki telah memilih untuk meninggalkan amalan-amalan Islam. Namun demikian, kami mohon untuk berbeda pendapat. Kami melihatnya sebagai contoh klasik dari apa yang mampu dicapai oleh sebuah negara Muslim seandainya para pemimpin mereka tetap setia pada nilai-nilai teras siasah Islam: modernis, moderat, progresif serta toleran terhadap keadilan dan kedaulatan undang-undang sebagai prinsip urus tadbir. Dalam hal ini, pemimpin Muslim Turki yang diperkasa oleh prinsip demokrasi liberal, berdiri secara kontras dengan para otokrat dan diktator di beberapa negara Islam yang lain.

Indonesia adalah satu lagi contoh terbaik negara yang populasinya didominasi Muslim namun mengamalkan kebebasan politik dan demokrasi liberal. Semestinya mereka perlu melalui keseluruhan proses evolusi politik untuk mencapai tahap tersebut. Setelah memperolehi kemerdekaan daripada Belanda, mereka telah menguji ringkas akan demokrasi namun ianya tidak bertahan lama dan selepas Mei 1965, Indonesia berada di bawah kediktatoran Soeharto selama era yang disebut Orde Baru (Orba). Dan ini berlangsung sehingga tumbangnya Soeharto pada 1998 dan membuka lembaran baru era Reformasi. Kini, jika ingin memahami bagaimana subur dan baiknya demokrasi di Indonesia, kita hanya perlu menonton siaran televisyen dan pastinya kita akan dapati setiap hari akan ditayangkan forum-forum dan sesi perbincangan yang sangat kritikal terhadap parti pemerintah dan Presiden. Saya tidak menyatakan bahawa sistem ini adalah yang paling sempurna atau bahawa mereka telah mencapai demokrasi sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya sebahagian besar elemen penting struktur demokrasi yang segar berada di sini. Ini bertentangan dengan negara majoriti Muslim yang berjiran dengan Indonesia yang menampakkan perbedaan yang ketara. Dan ketiadaan demokrasi tulen di negara jiran itu, juga di negara-negara majoriti Muslim lainnya jika pun sedikit, tidak ada kaitan dengan Islam. Untuk saya, Islam mendapat nama buruk di sini lantaran tindakan para diktator, otokrat dan pseudo-demokrat ini.

Tetapi adakah kita menafikan bahawa wujud masalah dari segi asas-asas Islam? Adakah masalah pelampau, pengganas dan pengebom berani mati merupakan ciptaan imaginasi? Semestinya tidak. Ini merupakan isu kompleks namun hipotesis yang mengatakan bahawa pelbagai tindakan terkait dengan Islam adalah sekadar korelasi dan tidak mencerminkan punca sebenar. Faktor yang mempengaruhi hal ini harus dikaji dan tindakan wajar dilaksana bagi mengatasi kelompok ini seandainya kita ingin melihat sebarang resolusi terhadap permasalahan tersebut.

Berkenaan dakwaan oleh segelintir pihak bahawa kelompok fundamentalis yang memacu aktiviti politik di negara-negara Muslim tertentu; permasalahan ini sebetulnya sengaja dibesar-besarkan secara melampau. Sememangnya benar, bahawa ketegaran ideologi adalah tidak kondusif dalam mempromosikan demokrasi berperlembagaan. Ini kerana sebahagiannya adalah disebabkan oleh ketegaran yang melihat beberapa kelompok fundamentalis memetik apa yang disifatkan sebagai ayat-ayat dari kitab suci yang kononnya membenarkan tindakan keganasan atas nama jihad.

Walaubagaimanapun, kami tetap kekal menegaskan bahawa Islam melarang sebarang bentuk kekerasan dan keganasan berdasarkan kepada prinsip-prinsip kesederhanaan dan perlindungan ke atas nyawa, fizikal dan harta benda. Matlamat agama adalah jelas: jihad memerintahkan umat Islam supaya berbuat kebaikan dan mencegah kejahatan, menegakkan keadilan, menyeru kepada amalan murni dan amal kebajikan serta membantu yang lemah dan memerlukan. Ianya bukanlah teriakan peperangan, apalagi untuk membenarkan kekacauan dan pembunuhan. Di atas segalanya, jihad memerintahkan umat Islam supaya memelihara keamanan dan keharmonian serta menjaga kesucian hidup dan harta benda. Namun adalah menjadi kewajipan setiap reformis dan mereka yang progresif bagi membuktikan bahawa Islam adalah sebuah agama yang sesuai untuk sepanjang waktu. Modeniti bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Melakukan kekasaran atas nama agama adalah salah.

Bagi negara-negara yang masih statik dan tak mahu bertindak; kita menggesa mereka agar bersikap demokratik.

Saya menyeru di atas platform Islam itu sendiri. Kerana Islam memerintahkan mereka yang beriman supaya menegakkan kesaksamaan, keadilan dan kemuliaan insan; lantaran tekad untuk merangkul demokrasi berperlembagaan merupakan penegasan kembali terhadap prinsip-prinsip ini. Mesej kami terhadap tuntutan ini adalah konsisten: laksanakan pilihan raya yang bebas dan adil, pastikan pemisahan kuasa serta jaminan ke atas kebebasan awam termasuk membenarkan penyertaan sepenuhnya wanita dalam bidang politik. Kami juga menuntut supaya dihentikan pendakwaan yang berasaskan dendam, tangkapan yang bersifat sewenang-wenang, dan penggunaan jentera kerajaan untuk menyekat sebarang penentangan politik.

Berkaitan persoalan tentang proses pendemokrasian, saya menyeru kepada beberapa kuasa besar supaya menghentikan amalan double standard. Tidak perlulah memilih-milih sasaran kecaman. Pencabulan terhadap hak asasi manusia tetap merupakan satu pencabulan. Kita tidak boleh membenarkan sesetengah negara melakukan pencabulan ini tetapi kemudiannya negara lain yang menjadi sasaran kecaman. Diplomasi “anda beri saya ini, dan saya akan beri anda ini kembali” adalah baik dan berkesan dalam situasi tertentu tapi tidak bermakna seandainya ianya mengkhianati demokrasi dan kebebasan.

Kemunafikan ini wajar dihentikan melainkan jika kita ingin terus melihat masyarakat Muslim terus dibelenggu di bawah kediktatoran, otokrasi dan demokrasi palsu. Demokrasi palsu, seperti yang anda tahu kini merupakan satu bentuk kemarahan khususnya di Asia Tenggara. Ianya lebih berbahaya dan menimbulkan ancaman lebih besar terhadap kebebasan politik dan demokrasi berperlembagaan ketimbang kediktatoran dan otokrasi. Kediktatoran dan otokrasi sekurang-kurangnya dizahirkan secara jelas dan kita tahu bahawa ianya tidak boleh sesekali dikhayalkan sebagai demokrasi. Demokrasi palsu pula muncul dilengkapi dengan pelbagai jerat untuk memerangkap demokrasi. Kita tidak nampak atau dalam kes tertentu, kita berpura-pura tidak melihat penyamaran mereka yang membawa ketidakadilan, pencabulan hak asasi manusia dan korupsi.

Dengan keseluruhan jentera kerajaan yang mereka kuasai, mereka merompak dan menjarah kekayaan dan sumber negara, memenjarakan pembangkang tanpa perbicaraan, menafikan kebebasan akhbar dan menjadikan sistem kehakiman sebagai organ tak bertulang belakang yang mana kewujudannya sekadar menjadi perkakas bagi menjamin kelangsungan politik mereka. Namun, yang paling menjengkelkan adalah kenyataan bahawa pemimpin mereka masih tetap diiktiraf sebagai pemimpin kepada “dunia bebas dan demokratik”, berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pemimpin-pemimpin dari negara yang mapan demokrasinya.

Justeru ini menimbulkan persoalan apakah wujud kemajuan yang nyata dalam reformasi politik di dunia Islam selain daripada Turki dan Indonesia. Beberapa negara bahkan di Timur Tengah tampaknya akan bergerak menuju demokrasi, namun retorik seringkali melampaui kenyataan. Namun demikian, marilah kita tidak dikelirukan tentang persoalan yang sebenar. Ianya bukanlah sama ada Islam dan demokrasi itu serasi ataupun tidak tetapi apakah para pemimpin di negara-negara Islam akan menegakkan kebebasan dan demokrasi. Juga bukan tentang persoalan tentang Timur yang berselisih dengan Barat. Jika boleh saya simpulkan dengan beberapa baris dari karya Iqbal yang berjudul Zarb-i-Kalim:

Tak usah berpaling dari Timur

Juga tak usah gentar terhadap Barat

Kerana hanya Alam yang menentukan

kau berpaling ke mana setiap malam

(di manapun kau berada)

Hingga pagi mencerah

Diterjemahkan oleh Najwan Halimi dari teks syarahan berjudul “Political Freedom and Liberal Democracy in the Islamic World” yang disampaikan oleh Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, Anwar Ibrahim di German Council on Foreign Relations (DGAP) di Berlin pada 30 September 2010.

Najwan Halimi merupakan kolumnis laman JalanTelawi.com.Kiriman Berkaitan

Penghujung Jalan Mati admin

Phil Ochs Meor Yusof Aziddin

Ibn Rushd, Kant, dan Projek Pencerahan Islam Luthfi Assyaukanie

Kanak dan Buku admin

Raden Adjeng Kartini Siti Kamariah binti Ahmad Subki

Demokrasi dan Islam Nabil Amir

Amukti
Baginda sampai di mesjid Bani Mu’awiyah. Beberapa orang di sana.

Doa naik ke langit, dari daerah perbukitan tadi, sebelum—menurut Amir bin Said yang didengar dari bapanya—Nabi Muhammad berbicara kepada beberapa sahabat, di dalam mesjid yang saya bayangkan dingin.

Umat Islam mungkin tak menyukai kisah ini. Juga ‘orang-orang politik’ di Malaysia; maksud saya ‘orang politik’ termasuklah dalam bidang apa sahaja dan tak semestinya mereka kalangan anggota parti politik. Begitu yang kita dengar, bukan hanya beberapa bulan lalu, tentang “perpaduan Melayu”. Ada juga yang menggunakan kata lebih lunak, “perpaduan umat”.

Sejak 1980-an pun, juga sekitar tahun-tahun 90-an kala saya membesar di sebuah daerah kecil di Johor, perihal “perpaduan” ini datang berulang-ulang. Sampaikan, di suatu ketika, ramai pula yang percaya bahawa umat Islam tak akan mencapai zaman kemuncak keagungan, selama mana tak wujudnya perpaduan. Dalam kata lebih menyakitkan, umat Islam akan terus terjajah, terhina dan tersingkir selagi mereka tak bersatu.

Akhbar-akhbar Melayu memutarkan cakap-cakap serupa. Bertahun. Berabad. Barangkali, berkurun. Seraya, tidak pernah pula kita bertanya, apakah perpaduan itu realistik dan alamiah (“fitrah”)?

Dari ruang mesjid Bani Mu’awiyah itulah, kemudiannya wajar kita tahu, Tuhan memakbulkan dua doa Nabi. Pertama, Tuhan tidak akan membinasakan umat ini dengan musim susah yang tak kunjung habisnya. Juga satu lagi yang membahagiakan para sahabat yang mendengarnya, dalam hitungan saya, iaitu sampai kiamat pun, Tuhan tak akan membinasakan umat ini dengan banjir besar persis bah yang melanda umat Nabi Nuh a.s.

Kalau saya di situ, saya mendengarnya dengan tekun. Seperti Muslim lain, setiap urusan Nabi dengan Tuhan, adalah selamanya penting. Sampai datangkan permohonan terakhir.

Nabi, dalam riwayat yang sama dilaporkan bersabda, umat tidak akan bersatu. Nabi mahu, tetapi doa itu, ditolak Yang Di Langit…

Mungkin saya pun, akan terdiam—terutama ketika pertama kali saya mendengar kisah ini dari seorang saudara yang baru pulang mengerjakan umrah beberapa bulan lepas. Dia—saudara saya itu—adalah orang yang paling kuat mendukung pandangan bahawa umat perlu bersatu. Hanya bahasanya kadang-kala bolak-balek, menjadi “Melayu perlu bersatu”; kata-kata sedih yang saya dengar sejak kecil.

Beberapa tafsir yang lebih genting menyebutkan bagaimana umat yang tak bersatu sampai di banyak keadaan bukan hanya bergaduh, malah berperang sesama sendiri. Ceritanya juga banyak kita dengar, dari kisah pembunuhan sahabat nabi sendiri, Ali di Karbala, anak Nabi sampailah dalam bentuk-bentuk perpecahan di dunia moden. Hari ini.

Idea perpaduan se-umat, bahkan se-bangsa ini bukan hanya merayap dalam benak fikiran Muslim dan Melayu sahaja. Juga bangsa dan penganut agama lain—sementara, di satu sudut, ia rupanya tak lebih hanya helah.

Maksud saya, idea “karut” (kalau boleh disebut begitu) rupa-rupanya tak lebih hanya sebagai alasan untuk menutup kelemahan dan kegagalan. Misalnya, kegagalan menegakkan hal yang lebih pokok di dalam masyarakat, iaitu keadilan itu sendiri. Nah, seraya gagal—atau memang tak punya tekad bulat untuk itu—maka diletakkan “syarat” yang mustahil untuk dipenuhi oleh sesebuah bangsa. Syaratnya: “perpaduan”.

Siapa tahan?

Betapa, tanpa perpaduan, maka umat dan bangsa akan selamanya lemah, dijajah, ditindak dan macam-macam onak-duri yang terpaksa diterima sahaja.

Di China, gagal. Di Jerman, telah gagal. Di India, pernah dan semakin gagal. Begitu juga Pakistan, Israel atau manapun negara yang didirikan hanya untuk satu bangsa atau umat yang eka, semuanya gagal. Di Malaysia, tak ada sebab untuk tidak gagal.

Memang, siapa tahan dengan syarat yang ketat begini?

Tentulah kisah doa nabi yang ditolak Tuhan tidak popular di negara ini. Pemerintah terutamanya, sudah tentu sejak sebelum merdeka lagi melaungkan sebuah kesatuan rakyat. Rakyat perlu disatukan. Anasir luar selamanya musuh. Dalam masa sama, di dalam negeri sendiri, ada anasir itu. Atau dalam bahasa yang digunakan, “anasir yang mahu merosakkan perpaduan.”

Saya, memang, tidak mahu terlalu pesimistik juga sehingga perpaduan itu langsung mustahil. Sampai dua orang pun tak boleh bersama untuk niat yang satu. Boleh. Itu boleh.

Betapa, objektif—tadi saya sebutkan sebagai “niat”—juga harus jelas. Apakah perlu umat dan bangsa ini bersatu? Soalan yang jawapannya akan selalu kabur, baik dari pemerintah, pembangkang; daripada sesiapa sahaja yang semakin waktu berjalan, semakin kita lihat, perpaduan itu hanya diperguna untuk sebuah kepentingan yang curang daripada prinsip keadilan dan kebaikan untuk yang ramai.

Begitu, saya juga pernah mendengar seorang pahlawan lama Jawa. Namanya Gajah Mada… sebuah gelar besar, kata orang, apabila dia anak jadah itu berjaya mengalahkan bukan sahaja manusia, tetapi juga gajah dalam satu pertarungan. Dia, panglima kerajaan Majapahit.

Apa yang paling terkenal oleh sang panglima ini ialah sebuah sumpah. Digelar, “Amukti Palapa”. Sampai bila-bila pun, kita tahu dan tergetar jantung mendengar sumpah Gajah Mada bahawa “aku bersumpah,” katanya, “akan menyatukan seluruh Nusantara ini dengan tanganku!”

Dari semangat sumpah itu, Presiden Seokarno memakai kembali. Singa Nusantara (pernah begitu Seokarno digelar) mahu menyatukan Nusantara moden dengan sebuah gagasan kenegaraan yang tunggal. Diberi gelar “Indonesia Raya”, iaitu negara yang menyeluruh sampai ke garis negeri Siam dan selatan Filipina.

Seokarno bukan Gajah Mada. Sang Singa gagal.

Saya tak kata, dia gagal total. Tidak begitu sebab menubuhkan sebuah negara kesatuan ternyata lebih mudah berbanding kesatuan umat dan bangsa. Betapa untuk sebuah kesatuan yang bernama “negara” sekalipun, sana-sini dari dulukala gagal, perpaduan umat dan bangsa, tak lebih hanya khayalan yang tidak berasas.

Ya! Di hujung kata-kata Nabi itu, seperti masih bisa terdengar dan terngiang-ngiang, “…tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan.”

Hasmi bin Hashim, seorang penulis yang berpolitik dan juga seorang politikus yang menulis.Kiriman Berkaitan

Quo Vadis PAS? Amin Ahmad

Pertembungan atau Sintesis Peradaban? admin

Islam dan Kerajaan Terhad Amin Ahmad

Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam Amin Ahmad

Perjalanan Seorang Amerika ke Dunia Islam admin

Politik Moral Amin Ahmad

Locke dan Dua Karangannya
Pada 19 April 2010 Bernama melaporkan Sultan Perak bertitah:

“Sultan adalah batang tubuh yang diamanahkan oleh Ilahi untuk memenuhi tanggungjawab tertentu dan yang penting dipertahankan adalah institusi pemerintahan di bumi ini yang telah diwarisi sejak zaman berzaman, yang mempunyai akar sejarah lalu menentukan rupa bentuk dan wajah kepada budaya berkerajaan dan bernegara dengan berpaksikan prinsip rakyat beraja, negeri bersultan.Seseorang Raja Pemerintah itu di samping memenuhi peranan tersurat sebagai payung naungan dan lambang perpaduan kepada warga pelbagai kaum, turut mempunyai peranan secara tersirat yang perlu dilaksanakan dengan sabar lagi tabah, penuh berhikmah lagi bijaksana.

Apabila negeri dilanda krisis, kearifan Raja Pemerintah sebagai penimbang tara sangat kritikal. Baginda perlu mengimbangkan secara saksama keperluan pelbagai kumpulan warga. Ia menjadi lebih rumit dalam sebuah negeri yang warganya terdiri dari pelbagai agama, keturunan dan budaya dengan tahap pencapaian sosial dan ekonomi yang masih mempunyai jurang yang ketara.”

Apabila pemikiran politik seperti ini diungkapkan di abad ke-21 maka Karangan John Locke perlu dibaca, dibedah dan diwacanakan secara serius. Kita melihat saki baki pemikiran Sir Robert Filmer (1588-1653) diangkat kembali. Filmer menulis Patriarcha, or the Natural Power of Kings yang mengemukakan raja mempunyai kuasa mutlak yang dianugerahkan oleh Tuhan. Maka mereka yang derhaka kepada raja adalah melawan Tuhan. Pemikiran seperti ini tentunya tidak akan membawa kemajuan kepada pemikiran politik dan demokrasi.

Two Treatises of Government (Dua Karangan tentang Kerajaan) yang ditulis oleh John Locke (1632-1704) merupa satu karya agong dunia yang meletakan pemikiran politik moden di atas landasan yang baru. Karangan pertama merupakan sanggahan kepada Robert Filmer dan pengikut-pengikutnya yang menggunakan ayat-ayat dan kisah-kisah dalam kitab Perjanjian Lama untuk membina teori raja mempunyai kuasa mutlak yang dianugerah oleh Tuhan. Locke menamakan Karangan pertama sebagai Prinsip-prinsip dan Asas Palsu Sir Robert Filmer serta Pengikutnya Dikesan dan Ditumpaskan. Karangan pertama bersifat destruktif, Locke melakukan dekonstruksi terhadap hujah mereka yang berlindung di sebalik agama untuk mempertahankan kekuasaan. Karangan kedua bersifat positif dan konstruktif di mana Locke membina asas-asas sebenar kerajaan. Bermula dari manusia dalam keadaan tabi’e yang memiliki kebebasan dan persamaan Locke membangunkan teori permulaan hak pemilikan peribadi dan pembentukan masyarakat politik sebagai satu kontrak. Seterusnya filasuf itu mengungkapkan matlamat masyarakat politik, tentang perhambaan, kezaliman dan hak rakyat untuk bangun menentang kezaliman tersebut.

Apa yang dibentangkan kepada pembaca hanyalah Karangan kedua yang diterjemahkan sebagai Suatu Karangan berkenaan Bidang Asal & Sebenar serta Matlamat  Kerajaan Madani kerana ianya lebih mendesak untuk membantu pembangunan semula pemikiran politik dan demokrasi di Malaysia. Demokrasi di Malaysia terbantut kerana ketiadaan wacana mendalam terhadap asas-asas kebebasan, persamaan dan matlamat sebenar kerajaan.

Locke adalah pemikir pertama yang meletakkan kebebasan, persamaan dan pemilikan peribadi sebagai asas masyarakat politik dan mengungkapkan hak rakyat untuk bangun menentang pemerintahan yang zalim. Tentunya telah berlaku pelbagai pemberontakan melawan kezaliman di merata dunia sebelum kehadiran Locke tetapi pemberontakan tersebut tidak didorong atau menghasilkan satu teori politik yang baru. Maka yang berlaku hanyalah pertukaran dinasti. Tetapi teori Locke meletakkan asas baru pemerintahan dan pemerintahan tersebut adalah terbatas.

Malaysia kini berada di satu persimpangan demokrasi. Apakah kita akan maju kepada tahap demokrasi yang matang, demokrasi yang tidak memiliki undang-undang yang menyekat hak kebebasan asasi, demokrasi yang akan merangsang kreativiti manusia atau mahu terus kekal sebagai demokrasi otoritarian, demokrasi yang tidak menghargai akal manusia? Mereka yang mempunyai kepentingan dalam demokrasi otoritarian kelihatan menggunakan hujah-hujah yang menyentuh sentimen kaum dan agama.

Sememangnya agama sering digunakan sebagai topeng kepentingan. Inilah yang dilakukan oleh Robert Filmer dalam Patriarcha. Tetapi agama juga boleh menjadi ilham kepada pembebasan dan inilah yang dilakukan oleh John Locke ketika menyanggah Robert Filmer. Pertembungan ini berlaku sekarang di kalangan umat Islam di Malaysia. Maka kami bercadang untuk menterjemahkan juga Karangan pertama John Locke untuk melihat dan mempelajari pergelutan dua tafsiran agama, satu tafsiran untuk meneruskan kekuasan otoritarian yang sedia ada dan satu lagi tafsiran pembebasan.

Menuju kepada demokrasi matang memerlukan komitmen agama dengan menghayati tafsiran pembebasan. Peranan akal dalam tafsiran ini sememangnya amat penting justeru itu dalam tafsiran pembebasan akal adalah rakan kepada wahyu. Dalam Karangan ini kita melihat Locke menggunakan kuasa akalnya untuk membentangkan usaha manusia untuk mencipta masyarakat politik, membentuk kerajaan untuk menjaga kebebasannya dan bagaimana akad atau kontrak tersebut gugur dan manusia berhak bangun menentangan kerajaan yang zalim. Sebaliknya dalam tafsiran regresif, mereka yang menggunakan agama untuk menjaga kepentingan kekuasaan akan mencurigai, bahkan kadang kala menyerang peranan akal. Wahyu dilihat sebagai bertentangan dengan akal. Akal digantikan dengan retorika, atau retorika seperti ungkapan “batang tubuh yang diamanahkan oleh Ilahi” digunakan untuk menidurkan akal.

Dengan itu perjuangan untuk mencapai demokrasi matang juga satu projek intelektual, usaha untuk menggilap akal agar sentiasa sedar terhadap segala ungkapan muluk-muluk yang memperlekehkan darjat kemuliaan insan.

Tulisan ini adalah merupakan kata pengantar kepada terjemahan karangan kedua karya John Locke, Two Treatises of Government yang bertajuk An Essay concerning The True Original, Extent, and End of Civil-Government. Terjemahan yang bertajuk Suatu Karangan Berkenaan Bidang Asal & Sebenar Serta Matlamat Kerajaan Madani itu merupakan karya terbaru terbitan Institut Kajian Dasar.Kiriman Berkaitan

Melayu: Perlembagaan, Kebebasan dan Kosmopolitanisme Khalid Jaafar

Revolusi Ini Akan Diteruskan SPIEGEL Online

Antara Dua Nilai Asia* Hasmi bin Hashim

Solidariti Buat Aziz Bari Hasmi bin Hashim

Demokrasi dan Islam Nabil Amir

Pasca Islamisme admin