JalanTelawi [Beta] » Amartya Sen

Masih Berpengaruh: Mao dan Maois
“Revolusi bukan pesta makan malam,” isytihar Mao Zedong. Tetapi, seperti yang diperjelaskannya pada tahun 1927, ia adalah ”sebuah kebangkitan, sebuah aksi keganasan.” Dia mungkin sedang menegaskan bahawa membangun sebuah negara bukan sebuah perkelahan. Mao terjulang ke tampuk supremasi di dalam Parti Komunis China (CCP), melalui beberapa pembersihan berdarah golongan ’pembaharuan’ dan ’kanan’. Selepas tahun-tahun yang panjang sebagai pemimpin petani pinggiran, dia akhirnya membawa revolusinya ke seluruh China, sekaligus memaksa pesaing dekatnya, Chiang Kai-shek melarikan diri ke Taiwan (ketika itu dikenali dengan nama Formosa). Mengasaskan Republik Rakyat China pada 1949, Mao melaungkan, ”masyarakat China, meliputi se-perempat umat manusia, kini bangun.” Dia kemudiannya menjatuhkan mereka, menolak kepada proses luar biasa modernisasi berperingkat  China melalui revolusi berterusan.

Autokrat pemodenan lain di Asia – Ataturk di Turki, Shah Reza Pahlavi di Iran dan Chiang Kai-shek di Taiwan – turut mengheret rakyat mereka ke lembah eksperimen politik dan sosial yang traumatik. Tetapi Mao meyeksa rakyat China di dalam skala yang lebih besar, mengorbankan antaranya puluhan juta nyawa muda ketika proses yang dinamakan ’Lompatan Besar ke Hadapan’ (Big Leap Forward), seterusnya menyebabkan banyak lagi penganiayaan dan kesengsaraan semasa Revolusi Kebudayaan.

Hanya selepas lima tahun kematiannya, CCP secara rasmi menyalahkan ” kesilapan kepimpinan Mao Zedong,” terhadap ”malapetaka dan kekacauan teruk” Revolusi Kebudayaan, dan kelompok konsumeris dan non-egalitarian di China hari ini seperti memperolok fantasi Mao yang mengimpikan China sebagai syurga Komunis. Namun, pemimpin China hari ini masih tetap merujuk kepada ’Pemikiran Mao Zedong’. Taiwan pula, yang kini sebuah negara demokratik, mula meruntuhkan personaliti kultus Chiang Kai-shek, mengalihkan tugunya serta memadam namanya di monumen-monumen besar negara itu. Berbeza dengan Mao yang portretnya masih menjadi tatapan di Dataran Tiananmen, yang tergantung di Gerbang Keamanan Syurgawi (Gate of Heavenly Peace). Pelawat dari luar bandar kerap berbaris sepanjang hari untuk meninjau jasadnya di bahagian Selatan daratan itu, dan dalam faham rakyat seluruh China, Mao adalah umpama dewa, dihormati.

Keberadaan Mao  dalam wacana rasmi dan imajinasi popular rakyat China adalah seperti sebuah patologi ideologi – cara yang sama sesetengah nasionalis Russia memandang kabur tentang Stalin. Memang, aparatus propaganda yang luas di negara Komunis itu adalah yang mula-mula meletakkan status murni kepada Mao. Tetapi pandangan non-ideologikal Mao jarang didengar di Barat, walaupaun setelah dia, daripada menjadi seorang ikon revolusionari dan dunia ketiga yang baik kepada yang terbaru, raksasa sadis. Ini disebabkan sebahagian besarnya oleh kedudukan China yang berubah-ubah di dalam imajinasi Barat. Tiga buku terbaru – Passport to Peking (Patrick Wright), Mao’s Great Famine (Frank Dikotter) dan A Critical Introduction to Mao (Timothy Cheek) – membuktikan kesukaran untuk mendefinifikan imej Mao, sebuah projek yang melibatkan sejumlah penulisan sejarah China hari ini.

PELAWAT awal ke kem gerila Mao di Yan’an pada 1930an – antaranya penulis Amerika tersohor Edgar Snow – berhasil  mengunjurkan progressivisme Amerika pada para revolusinari tersebut.  Laporan popular Snow,”Red Star Over China” (1937) memperlihatkannya sebagai pemimpin ala Lincoln, yang berhasrat untuk ”menyedarkan” berjuta-juta rakyat China untuk ”kepercayaan terhadap hak asasi manusia,” memperkenalkan mereka kepada ”konsep baru sebuah negara, masyarakat dan individu.” Dengan nada lain, Theodore White, yang melawat Yan’an pada 1944 sebagai wartawan Time, menyifatkan bahawa kelompok Komunis sebagai ”pakar kekejaman” tetapi berjaya memenangi hati para petani untuk menyebelahi mereka. ”Tangan-tangan China (China Hands)” yang lain –gelaran kepada kelompok jurnalis, pegawai Perkhidmatan Luar Amerika dan askar-askar yang berjaya bertemu Komunis – lebih menggemari Mao berbanding Chiang Kai-shek, yang walaupun korup dan tidak popular, menerima bantuan militari dalam jumlah yang besar oleh Amerika. ”Masalah di China mudah,” menurut Komander Angkatan Tentara US di China-India-Burma, Joseph Stilwell memaklumkan kepada White. ”Kita bersekutu dengan kelompok petani yang dungu, tidak membaca dan meyakini takhyul.” Tetapi, ketika Perang Dingin semakin genting, ’Tangan-tangan China’ mendapati mereka diabaikan di Amerika. Setelah Chiang Kai-shek tewas dan terbang ke Taiwan pada 1949, Parti Republican dengan amarah menuduh pentadbiran Truman telah ’kehilangan’ China kepada Komunisme. Kemudian mereka marah kerana menghalang Chiang Kai-shek menakluk semula tanah besar. ’Tangan-tangan China’ khususnya menerima hentaman daripada Wira Perang terawal yang begitu serious atas simpati yang sepatutnya ditunjukkan kepada agen China bagi perluasan Soviet. Henry Luce, yang menyifatkan Chiang Kai-shek sebagai fasilitator kepada ’American Century’, melucutkan jawatan White daripada Time.

Perang Korea, di mana China turut serta dan menyebelahi Korea Utara, mengukuhkan imej Mao di mata Amerika sebagai seorang lagi komunis tegar. Pentadbiran Eisenhower ketika itu dengan jelas menyebelahi Chiang Kai-shek, menandatangani perjanjian pertahanan dengannya pada 1954, dan mengancam China dengan serangan nuklear tahun berikutnya. Jabatan Negara mengenakan sekatan sepenuhnya terhadap China dan melarang kunjungan pelancong ke sana. Budayawan China juga semakin kurang berspekulasi dari jauh sama ada Mao adalah lebih kepada seorang nasionalis berbanding Marxis.

Bagi kebanyakan pengkagum Revolusi Rusia, mereka menganggap tuhan Komunisme telah gagal, pada ketika sama Mao menyatukan seluruh Tanah Besar China pada awal 1950an. Bagaimanapun, ramai intelektual Barat, yang bertolak daripada pandangan terkebelakang ala McCartyism, dan ditambah dengan kurangnya maklumat dari sumber pertama, memberikankerpercayaan walaupun sangsi kepada Mao dalam dekad selepas itu. Mengunjungi China pada 1955, Simone de Beaevoir mencatatkan gambaran simpatetik sebuah negara baru yang sedang bergelut melawan kesan penjajahan asing, sengketa dalaman, wabak penyakit dan keruntuhan ekonomi. Bukan Syorga atau Neraka, China adalah sebuah lagi negara petani di mana rakyatnya bertungkus-lumus untuk keluar daripada ”kitaran sengsara tanpa harapan dalam eksistensi binatang.”

Pelawat British ke China seperti yang dijelaskan di dalam buku Patrick Wright, Passport to Peking, cuba untuk mengekalkan keterbukaan. Sama seperti sebelumnya, ramai daripada kelompok liberal serta sayap kiri di Britain merenung dan menentang pentadbir negara mereka yang patuh kepada polisi luar Amerika. Ketika Menteri Luar China, Zhou Enlai pertama kali membuat penampilan umum di Eropah, ramai yakin bahawa China bukan sekadar klon kepada totalitarian Soviet., dan ‘kewujudan bersama secara ama’ adalah mungkin. “Datang dan lihat,” kata Zhou, dan ahli politik dari pelbagai latar, tukang seni dan ahli sains menyambut pelawaannya pada 1954. Antara mereka ialah seniman Paul Hogarth. Sesetengahnya, seperti delegasi Parti Buruh yang diketuai oleh Perdana Menteri Clement Attlee, adalah penentang keras komunis. Selebihnya adalah pelancong yang datang melawat sendiri. Seniman British, Stanley Spencer pertama kali menemui Zhou Enlai dengan cerita-cerita menarik tentang kampungnya di Cookham, yang kemudian tentang pulau kecil di Thames yang dikenali Formosa, tanpa menyedari nama itu sama dengan musuh antarabangsa paling tidak disenangi tuan rumahnya itu.

China, menurut Wrigth, “telah belajar banyak perkara daripada Moskow tentang menarik pelawat luar,” dengan mengidangkan hidangan mewah bagi delegasi British. (Tajuk utama Daily Mail adalah ‘SOSIALIST DINE ON SHARK’S FINS.’)  Pembinaan mega kilang-kilang di China, terusan, sekolah, hospital dan perumahan awam mengkagumkan para pelawat dari negara mundur lain, yang hanya melihat kepada pinjaman Amerika dan Pelan Marshall sebagai penyelamat keruntuhan kewangan mereka. Mereka turut kagum, antara lain dengan undang-undang perkahwinan baru yang memperbaiki kedudukan wanita-wanita China, dengan penghapusan pelacuran, serta melalui kempen kesihatan umum.

Namun tidak ada  ‘si tolol yang berguna (useful idiots)’ yang membuatkan Soviet Union di bawah Stalin kelihatan sebagai penyelamat kemanusiaan lahir dari keunjungan itu. Perarakan yang diadakan di Beijing untuk meraikan ulang tahun ke-5 Republik Rakyat China mengingatkan ahli falsafah A. J. Ayer kepada tunjuk perasaan Nuremberg. Walaupun kagum dengan sikap dedikasi den bermaruah Mao, ahli kesatuan dagang Sam Watson kecewa dengan cakap-cakap umum tentang ‘bata yang lain, batu turap yang lain.’ Mao meminta Attlee untuk memansuhkan polisi Amerika yang melingkari negaranya dengan perjanjian pertahanan dengan negara-negara Asia Tenggara serta Jepun. Attlee memaklumkan kepada Mao, bahawa reaksi dua hala diperlukan untuk proses damai, dan meminta Mao untuk membantu dalam meyakinkan Soviet Union agar membebaskan negara-negara takluknya di Eropah Timur.

Francois Mitterand, yang melawat China ketika kemuncak zaman kelaparan pada tahun 1961, menafikan kewujudan situasi kebuluran di negara itu. Andre Malraux memuji Mao sebagai ’maharaja gangsa’. Richard Nixon, yang bertanyakan pandangan Malraux sebelum ’membuka’ China kepada Amerika pada 1972, dan Henry Kissinger tidak kurang terpesona dengan aura Mao dan mistik sejarahnya. Dua dekad selepas Nixon mencela China sebagai negara patung Soviet di Timur, China dilihat oleh Amerika sebagai pengimbang kepada kuasa Soviet Union. Seterusnya, sikap Amerika terhadap China dekad 1970an disifatkan seperti yang digambarkan oleh ahli sejarah Yale, Jonathan Spence sebagai ”membangunkan rasa ingin tahu” dan ”daya tarik yang jujur” dan kemudiannya dituruti oleh ”skeptisisme yang diperbaharui” ketika perjalanan dan kaji selidik di China bertambah mudah dilakukan.

PADA dekad 1970an dan 1980an, sarjana dan jurnalis Amerika akhirnya berpeluang merasai kenyataan yang sebelum itu hanya mampu diramalkan, dan mereka mula menghimpunkan catatan suram China di bawah Mao – kerja yang dipercepatkan oleh penolakan Deng Xiaoping untuk mengepalai Revolusi Kebudayaan selepas kematian Mao, pada 1976. Ramai warga China juga mula menjelajah ke luar negara. Setengahnya menetap terus di Barat, menerbitkan memoir tentang Revolusi Kebudayaan. Genre pesat ini, yang bercampah terutama selepas tekanan ganas ketika tunjuk perasaan di Dataran Tiananmen pada Jun 1989, menceritakan keganasan dan kacau bilau yang dialami oleh kelompok warga biasa ketika pencarian ideologikal  dan pembaharuan model oleh Mao. Seorang penulis imigran China, yang sebelumnya bertugas sebagai doktor peribadi Mao, menerbitkan catatan pengalamannya dengan pemimpin agung China itu, ”The Private Life of Chairman Mao” (1994). Ia menggambarkan kehidupan seorang narcisis yang suka dengan kemewahan, yang sebelumnya juga merupakan seorang autokratik, aneh dan berkira-kira.

Biografi  terlaris yang ditulis oleh Jung Chang dan Jon Halliday, Mao: The Unknown Story (2005) menjelaskan hal lebih jauh, menggambarkan seorang lelaki terus-menerus dikeji dari usia awal hingga usia tuanya. Jauh daripada menjuarai hak asasi manusia seperti yang dijelaskan oleh Edgar Snow, Mao menurut mata pena Chang dan Halliday berkerja keras ke arah “masyarakat tandus, tanpa ketamadunan, dihilangkan rasa kemanusiaan, dihuni oleh kawanan tanpa upaya perasaan.” Menurut pemerhatian mereka berdua lagi, Mao membunuh lebih daripada 70 juta orang dalam waktu aman, dan dalam beberapa hal lebih durjana berbanding Hitler dan Stalin. Pengarang bersama itu mendakwa – antara lain perbandingan malapetaka kurun ke-20 – bahawa mangsa-mangsa kebuluran yang disebabkan oleh period Langkah Besar ke Hadapan (Great Leap Forward, 1958-1962) adalah lebih sadis berbanding hamba buruh paksa di Auschwitz.

Dalam Mao’s Great Famine, Frank Dikotter, profesor sejarah moden China di Universiti Hong Kong memperdalam trend sama berkaitan kajian terhadap Mao. Dengan nada revisionis yang jelas dan rencam dalam buku yang ditulis sebelum itu – yang menekankan manfaat menghisap opium kepada orang China dan menilai China di bawah Chiang Kai-shek sebagai keghairahan kosmopolitan – Dikotter berharap buku barunya itu bakal menjadikan period kebuluran  itu “diketahui umum sama seperti dua lagi malapetaka dari tangan manusia abad ke-20; Holokaust dan Gulag.” Bertolak daripada kajian dan perhitungan baru, Dikotter menyemak semula angka 30 juta nyawa yang terkorban dalam empat tahun itu seperti yang diyakini umum, 38 juta perkiraan melebihi apa yang didakwa oleh Chang dan Halliday. Kesimpulannya: daripada keseluruhan populasi 650 juta orang, “sekurang-kurangnya 45 juta nyawa terkorban tanpa kewajaran antara 1958 hingga 1962.” Ini masih lagi anggaran konservatif, dia menganggap, dan di bahagian akhir buku berkenaan Dikotter mengagak bahawa kiraan korban boleh saja mencecah 60 juta. Tidak sekadar itu, Mao turut menyembunyikan pembongkaran penghapusan harta benda, kerosakan persekitaran paling meluas serta pembaziran tenaga kerja terbesar dalam sejarah.

Bagaimana ini terjadi? Dikotter tidak berminat dalam melihat kebarangkalian dalam sisi yang lebih luas yang semestinya membabitkan situasi politik dalaman dan ekonomi China dekad 50an, peralihan hirarki CCP, atau rasa terkepung yang dirasai China disebabkan Perang Korea dan perang saudara di beberapa bahagian di Asia. Dia menggambarkan dengan sedikit perincian, keberdayaan peribadi Mao dengan Khruschev – menjadi lebih tajam oleh pergantungan China kepada Soviet Union bagi pinjaman kewangan dan panduan kepakaran – dan obsesinya terhadap pembangunan model China yang unik bersandarkan pemodenan sosialis.

Disebabkan period Lompatan Besar ke Depan, yang dirangka Mao bagi menggalakkan pengeluaran industri dan agrikultur China dan membawa negara ini mendahului Kesatuan Soviet serta Britain dalam tempoh masa dua kali ganda lebih cepat. Mitos urban Barat ada menyebut bahawa berjuta rakyat China hanya perlu melompat serentak untuk menggoncang dunia dan mencampakkannya keluar dari paksi. Mao sebenarnya memang percaya kepada usaha kolektif adalah mencukupi untuk menjana masyarakat agragrian ke arah pemodenan industri. Menurut pelan besarnya, kelebihan yang dihasilkan oleh buruh-buruh yang digerakkan di luar bandar mampu untuk menopang industri dan mensubsidi makanan di bandar. Bertindak sepertimana dia menggerakkan massa ketika period perang, Mao mengambil alih harta dan rumah peribadi, menjadikannya hak bersama dan pemusatan pengagihan makanan.

Disusun dalam bab ringkas, buku Dikotter ini membawa pembacanya menjelajah kebanalan, ketidakcekapan dan penipuan ekonomi berpusat Mao: sasaran tidak munasabah, dakwaan melampau, inovasi kurang bijak, kekurangan insentif, korupsi dan pembaziran. Diarah untuk bergerak terus dan membuat besi, China melempar apa saja yang mereka jumpai – pot, periuk, peralatan masakan, tombol pintu, papan lantai dan alat kebun – ke dalam kebuk bakar primitif. Sementara itu, ladang diabaikan kerana pekebun dan petani sibuk memenuhkan kebuk bakar raksasa, bekerja dalam projek pengairan yang sama membazir atau berhijrah ke kilang-kilang di bandar dalam jumlah yang berjuta.

Berjaya menggerakkan massa, Mao berterusan mencari pekerjaan untuk mereka lakukan. Di suatu tahap, dia mengisytiharkan perang ke atas empat kelompok serangga; lalat, nyamuk, tikus dan burung pipit. Orang China didesak untuk memalu gendang, pasu, periuk dan gong untuk membuatkan burung pipit terus terbang sehingga, bila penat, mereka akan jatuh ke tanah. Penjaga rekod daerah-daerah mengimpunkan bilangan kematian yang mengkagumkan; Shanghai sahaja mencatatkan kematian 48,695.49kg lalat, 930,486 ekor tikus, 1,213.05kg lipas dan 1,367,440 burung pipit. Faustinism bayangan Marx yang diterapkan Mao memomokkan alam sebagai musuh manusia. Tetapi, Dikotter menjelaskan, “Mao tewas dalam perangnya menentang alam. Kempen berkenaan bertukar menjadi ketidak seimbangan antara manusia dan persekitaran.” Bebas daripada pemangsa, belalang juta membiak dan merosakkan tanaman, dalam ketika manusia China diambang kelaparan teruk dan kematian.

Ketika kekurangan makanan meruncing, regim China berkeras untuk mendapatkan bijian dari luar bandar untuk rakyatnya. Matlamat utama adalah untuk mengekalkan komitmen eksport serta mempertahan imej China di mata dunia. Menurut Dikotter, Mao mengarahkan Parti untuk mendapatkan lebih banyak bijian berbanding sebelumnya, mengiystiharkan bahawa “jika tiada bekalan makanan, rakyat akan mati kelaparan. Adalah lebih baik  separuh rakyat mati, membolehkan yang separuh lagi memakan tinggalan mereka.” Pada 1960, tahun terburuk kebuluran, yang ditambah dengan kemarau dan banjir kilat, biji-bijian dikirim, selalunya percuma, ke Albania, Cuba, Vietnam, Indonesia dan Poland.

Bukan semua orang China mati kelaparan atauapun kerana jangkitan berkaitan malnutrisi. “Paksaan, ketakutan dan keganasan sistematik merupakan dasar kepada period Lompatan Besar ke Depan itu,” tulis Dikotter, mensasarkan sekurang-kurangnya 2.5 juta orang bekerja, diseksa atau dipukul sampai mati atau semudah dibunuh oleh pegawai Parti, dan antara satu hingga tiga juta orang membunuh diri. Antara mereka yang hidup melakukannya dengan menjual atau mengabaikan anak-anak atau dengan menggali dan melahap mayat.

Dikotter menutup katalog menakutkan itu dengan satu ‘titik pusing’ mesyuarat Parti pada 1962, di mana rakan sekerja Mao dan ketua negara Liu Shaoqui mengakui bahawa ‘malapetaka ciptaan manusia’ telah berlaku di China. Dikotter memperlihatkan ketakutan Mao bahawa Liu Shaoqi akan menohmah dan mencemarkan namanya, sama seperti yang dilakukan oleh Krushchev terhadap reputasi Stalin. Buku berkenaan tamat dengan menggambarkan kegerunan malapetaka seterusnya yang bakal melanda China: “Mao melengahkan masanya, tetapi kerja dasar untuk melancarkan Revolusi Kebudayaan yang bakal merobek luruh parti dan negaranya ketika itu sudah bermula.”

BARIS naratif ini masuk akal: menggesa pemuda-pemuda China untuk menyerang apa yang didakwa sebagai meluasanya borjuisi dalam parti, Mao berharap untuk mengekalkan kuasanya dan legasi revolusi daripada birokratik  pembaharu seperti Liu Shaoqi, yang menjadi antara pemimpin yang mati di tangan Tentera Merah. Namun begitu, pemerhatian Dikotter terhadap kehidupan peribadi Mao menunjukkan beberapa perincian penting yang memberikan gambaran yang lebih besar tentang motivasinya serta mainan politiknya dalam parti, dan pada masa sama menjatuhkan imejnya kepada sosok megalomaniak yang tak lelah: sebagai contoh, fakta bahawa Mao, selepas meletak jawatan sebagai ketua negara pada 1959, tidak gembira dengan terhapusnya peranannya di dalam proses membuat keputusan dari sehari ke sehari, atau ketika dia mengarahkan perubahan arah yang besar pada November 1960 dan mengkritik dirinya sendiri ketika Persidangan Parti 1962.

Dikotter bagaimanapun secara umumnya mengenepikan fakta yang boleh menumpulkan sisi tajam ceritanya. Menjelaskan tindakan Mao mempertahankan kelompok petani yang mengelak daripada mendapatkan bijian pada 1959 dan pembelaannya terhadap “oppurtunisme kanan,” Dikotter menulis, “Mao mengambil gaya tertib dan bijaksana melindungi kebajikan subjeknya,” tetapi dia mengatakan, ahli sejarah keliru dalam melihat period ini sebagai “sebuah ‘pengunduran’ atau proses bertenang’.” Pernyataan ini boleh menjadi pertentangan yang meyakinkan jika Dikotter tidak menyatakan dalam empat muka sebelumnya bahawa ketika Mao berpura-pura menjadi ‘pemimpin baik,’ dari November 1958 hingga Jun 1959, “tekanan mereda untuk seketika.”

Memfokuskan sepenuhnya pada karektor dan motivasi Mao, Dikotter mengesahkan reputasi sosok itu sebagai sadistik, bacul, tidak berperasaan dan pendendam. Namun, gambaran jelasnya melunturkan banyak latar sejarah dan geopolitikal peroid itu (kebangkitan di Tibet pada 1959, keganasan anti-Amerika di Taiwan, pertempuran sempadan di India, keretakan Sino-Soviet), dan dia tertinggal juga hubungan yang kasar antara Mao dan rakyat China: bagaimana jujur dan dalam, misalnya, mereka percaya dan hormati pemimpin itu sebelum akhirnya dikhianati olehnya.

Penjelasan Dikotter tentang period Lompatan Besar ke Depan melenyapkan fakta bahawa – walaupun kesan kerosakan daripada Perang Korea dan embargo perdagangan oleh Amerika – China tetap, pada 1956 menempa perkembangan memberangsangkan dalam menyuntik kestabilan sosial, mencapai pertumbuhan ekonomi dan memperbaiki keadaan kehidupan. Menurut Roderick MacFarquhar, ahli sejarah terkemuka mengkaji tentang China di bawah Mao, “apa yang Mao capai antara 1949 hingga 1956 adalah sebenarnya paling cepat, paling ekstensif dan revolusi sosialis paling kurang merosakkan pernah dilakukan mana-mana negara komunis.” Penulis terkemuka, Liu Binyan mengingat semula era awal 50an “di mana semua orang merasa bahagia… dan melihat masa depan dengan optimis”; ramai yang bersemangat untuk berbakti kepada negara mereka.

Tidak diketahui oleh banyak pengkagum-pengkagumnya waktu itu bahawa mereka sebenarnya akan ditampar di muka. Dikotter tidak membuat gerak imajinatif ke dalam kehidupan orang biasa, kerinduan mereka kepada kestabilan dan maruah, yang mana utopia Mao meragut semua itu. Kelompok mangsa dalam Mao’s Great Famine kekal kabur. Dan perbandingan Dikotter tentang kebuluran itu dengan yang pernah dialami ketika Holokaust dan Gulag tidak memuaskan. Banyak kematian tak sepatutnya turut berlaku di negara-negara yang baru mengecap kemerdekaan yang tidak diperintah oleh tiran yang keliru. Amartya Sen membahaskan bahawa “walaupun kebuluran China melibatkan jumlah kematian besar, korban yang lebih besar di India disebabkan penderitaan di waktu-waktu biasa mengatasi China.” Menjelaskan kemampuan awal China mendahului India bagi hal kesihatan, celik huruf dan harapan dalam hidup, Sen menulis bahawa “India sepertinya berjaya memenuhi almarinya dengan lebih banyak tulang rangka setiap lapan tahun berbanding China sepanjang tempoh memalukan itu.”

PERBEZAAN antara India yang demokratik dan China yang autoritarian adalah pada permainan politik dalaman yang kompleks, geografikal dan faktor ekonomi. Pastinya, ini tidak dapat dijelaskan hanya dengan fantasi dan delusi pemerintah kuku besi Timur. Patologi individu Mao hanya menjelaskan China hari ini, dan itu tidak memadai untuk mengetahui kekuatan Mao untuk bertahan, serta pengaruh yang semakin berkembang di luar China. Misalnya, apa yang menyebabkan faham Maoism masih kekal di era globalisasi? Kelompok Maoist Nepal, yang meruntuhkan monarki pada tahun 2006 dan memenangi pilihanraya kebangsaan pada 2008, kekal sebagai kuasa politik yang teguh. Kelompok Maoist India pula, yang disifatkan oleh Perdana Menteri India sebagai ancaman dalam negara paling merbahaya, terdiri daripada penentang syarikat perlombongan dan pasukan keselamatan berleluasa di seluruh India. Terdiri kebanyakannya daripada penghuni hutan belukar dan petani tak bertanah, kumpulan kebangkitan ini melaungkan retorik terinspirasi daripada Mao menentang imperialis dan ‘komprador’ tempatan. Tetapi, sama seperti Che Guevara dan Vietcong, mereka turut menerapkan tactik mengerahkan populasi luar bandar menentang yang di bandar, memperkenalkan struktur pentadbiran dan organisasi tersendiri.

Model penggerak massa ini merupakan sumbangan tunggal Mao terhadap pembentukan negara-bangsa China moden, walaupun ia nyaris gagal pada 1949. Bab paling menarik dalam koleksi akademik A Critical Introduction to Mao yang diedit oleh Timothy Cheek, membincangkan kepentingan Mao dalam tradisi revolusi di Eropah. Mao adalah milik kepada generasi aktivis dan pemikir China yang bertanggungjawab membangunkan kesedaran politik menggerunkan pada penghujung kurun kemusnahan dalamannya, disebabkan oleh kuasa-kuasa Barat dan Jepun, dan perubahan imperial yang gagal. Apa juga kecenderungan ideologi mereka, mereka percaya kepada satu perkara dikenali sebagai Darwinisme Sosial–survival of the fittest digunakan dalam hubungan antarabangsa. Mereka risaukan keadaan sosial dan politik yang pasif orang China kebanyakan, dan teruja oleh kemungkinan bahawa negara-bangsa yang dipusatkan dan kukuh mampu melindungi mereka daripada ancaman imperialis asing dan warlord dalaman. Seperti revolusionari moden China yang pertama, Sun Yat-sen katakan, dijelaskan dalam sebuah ucapan tak lama sebelum kematiannya pada 1925, “Jika kita ingin menentang penindasan asing pada masa hadapan, kita perlu mengatasi kebebasan individu dan bersama sebagai satu unit yang kental, sama seperti kerasnya batu.”

Selebihnya menggalas tugas yang lebih sukar, membangun sebuah empayar yang tak berfungsi kepada sebuah negara-bangsa, paling mengesankan ialah Chiang Kai-shek, yang mana Parti Nasionalis urbannya membentuk kesatuan politik dalam China pasca-imperial. Tetapi Mao adalah orangnya yang, dibantu oleh kemasukan Jepun dan ketidakcekapan Chiang Kai-shek, muncul dengan sebuah pemikiran dan ideologi dan organisasi berdisiplin yang berupaya menemukan mereka yang setia dan bersungguh dari kelompok masyarakat China pinggir kota. Lebih mengkagumkan, Mao menyediakan kepada orang-orang dengan naratif nasional tentang kemunduran dan penyelamatan. Seperti yang ditekankannya menjelang penubuhan Republik Rakyat, “Rakyat China sentiasa menjadi satu bangsa yang hebat, bersemangat dan rajin berusaha; hanya di zaman moden ini mereka telah ketinggalan. Dan itu disebabkan oleh penindasan dan eksploitasi oleh imperialis luar dan kerajaan dalaman yang reaksioner.” Ini bakal berubah: “Keazaman kita bukan lagi untuk menjadi bangsa yang dihina dan dimalukan… Kita tidak akan hanya ada kuasa ketenteraan tetapi  juga kekuatan pertahanan udara dan laut.” Tidak seperti India dan Nepal, China mempunyai kurang Maois yang aktif kini, tetapi saki-baki retorik anti-imperialis Mao berkembang setiap tahun. Seperti Timothy Cheek, ahli sejarah di Universiti British Columbia jelaskan, “Ramai orang di China kelihatan menerima andaian dalam cerita tentang identiti China, tentang peranan imperialisme dalam sejarah China dan masa kini dan tentang nilai untuk mengekalkan China itu sendiri. Terus bertambah juga ialah tanggapan kelas menengah China berkaitan Maoisme – cerita tentang kebangkitan China: China pernah hebat, China dijatuhkan dan China bangun kembali.”

Walaupun mendapat maklumat yang lebih banyak tentang silap langkah Mao, intelektual China hari ini jauh daripada mempunyai kesatuan pandangan dalam penilaian mereka terhadapnya. Diserang atas despotismenya oleh golongan sarjana liberal, Mao dikagumi oleh kelompok intelektual Kiri Baru atas serangannya terhadap birokrasi Komunis dan pembelaan terhadap ‘demokrasi meluas’ semasa Revolusi Kebudayaan.

Menyimpulkan makna yang pelbagai dan bertentangan tentang Mao di China, Profesor di Universiti Rakyat, Beijing, Xiao Yanzhong, menggambarkan kesarjanaan Mao sebagai “pemberi isyarat yang mampu menunjukkan perubahan politik, ekonomi dan masyarakat, serta keadaan fikiran masyarakat China.”

Pastinya, CCP yang tetap menentang pemilihan terbuka seperti selalu, tiada pilihan melainkan untuk mewariskan keabsahannya dari Mao Zedong walaupun ia semakin jauh daripada ideal. Tak lama selepas ulang tahun ke-60 Republik Rakyat tahun lalu, Wen Jiaboa selaku ketua pemerintah China mengunjungi makam Mao Anying, anak lelaki kesayangan Mao, yang mati ketika Perang Korea. Dengan hiba, Wen tiba-tiba berbicara kepada nisan yang berbekas di depannya. “Komrad Anying,” katanya, “aku datang bertemu dengan mu bagi pihak rakyat tanah ini. Negara kita kini semakin kuat dan rakyatnya menikmati kemakmuran. Kau boleh berehat dengan aman.”

Komrad Wen tentu menyedari bahawa, tanpa eksploitasi Mao, rakyat China tentunya mula menikmati kemakmuran mereka hari ini tiga dekad lebih awal. Tetapi adakah China sudah menemui asas politik yang kuat untuk kesejahteraannya tanpa Mao? Ini adalah soalan balas yang sukar ditemukan jawapannya. Ditanya tentang pandangannya berkenaan Revolusi Perancis, Zhou Enlai menjawab bahawa ia adalah terlalu awal untuk diperkatakan; dan dia tentunya mengharapkan penangguhan keputusan yang sama untuk Revolusi China, jumlah korban yang ternyata menjadikan Reign of Terror kelihatan seperti sebuah pesta makan malam. Zhou, dalam pembelaan pandangan jangka panjang, tidak langsung berganjak (tidak juga George W. Bush, orang yang selepas menjalankan revolusi ganas di Iraq, tetap juga meyakinkan tindakannya adalah betul kepada ahli sejarah).

Kita tentunya sudah membuat keputusan tentang Mao. Tetapi penilaian China terhadap revolusi Mao menjadi bertambah kompleks dan ditangguhkan oleh kelanjutan regim Komunis dan kejayaan ekonomi luar biasa negara itu. Revolusi yang lain, contohnya yang berlaku di Taiwan, boleh membawa, seiring dengan kebebasan politik, imej baru China, yang berkemungkinan akan meninggalkan Mao. Tetapi adalah juga mungkin bahawa negara China akan berterusan bagi dekad-dekad mendatang untuk mengiktiraf Mao sebagai bapanya – memalukan, mencemarkan nama baik namun tidak dapat diganti.

- Diterjemah oleh Hafiz Hamzah dari tulisan Pankaj Mishra, Staying Power: Mao and Maoist di NewYorker Online.

Kiriman Berkaitan

Pelupaan Agung: Dataran Tiananmen Selepas Dua Dekad (II) Mara Hvistendhal

Kebangkitan yang Lain (I) admin

Akar Pemikiran Hayek Al-Mustaqeem Mahmod Radhi

Mazhab Frankfurt Aqil Fithri

Agama, Nyawa dan 150 sel admin

Pelupaan Agung: Dataran Tiananmen Selepas Dua Dekad (I) Mara Hvistendhal

Membaca Metafizik & Kosmopolitanisme
Atas nama rintisan, barangkali apa saja kelemahan dapatlah dimaafkan. Tapi, tidak atas nama pengarangnya. Dan tidak, atas nama judulnya yang maha berat.

Khalid Jaafar—yang tidaklah salah kalau lebih dikenal sebagai filasuf-politikus—serta dua kata gengsi lainnya, “metafizik” dan “kosmopolitanisme,” ibaratnya sudah sebati dengan amanah dan harapan, atau dengan “yang besar-besar.” Namun, sama ada amanah mahupun harapan, ternyata keduanya sama sekali tidak dapat diperoleh dari buku “Metafizik & Kosmopolitanisme.” Itu hanya berhujung pada ratapan kekecewaan saja. Sebuah kepedihan yang pasti takkan sembuh; sehingga lahir disusuli sebuah buku lain yang mengukuhkan buku ini. Sebab itu, memikul amanah kata “metafizik” dan kata “kosmopolitanisme,” haruslah dengan sebuah keseriusan, dengan sebuah “penundaan akan keghairahan diri.” Jika tidak, akan ada pembaca yang membaca dengan rasa kekecewaan.

Tatkala maklum kehadhiran buku ini, barangkali yang pertama kali terlintas dalam benak kita tentunya harapan; impian kembara intelektual yang membawa kita menelaah kaitan antara metafizik dengan kosmopolitanisme. Mungkin juga, judul ini mendorong kita bertanya-tanya, bagaimanakah kosmopolitanisme dapat terbangun atas metafizik. Malangnya, sebaik saja membelek dan membaca buku ini, rupanya tema tersebut hanyalah sebuah esei dari sebuah bukunya.

Hanya sebuah esei. Lalu, apa lagi yang mahu kita harapkan dari sebuah esei? Apakah ini sebuah dosa kulit terhadap isinya? Buat mereka yang menanyakan demikian, tentu saja akan bersikap sebaleknya: memuja atau diam. Baik, lupakan saja soal kekecewaan ini. Juga, lupakan saja soal penyuntingannya yang sangat terkesan jelek. Bahkan, kita juga boleh lupakan sekali esei-esei yang lain, selain esei “Metafizik & Kosmopolitanisme.”

Ulasan—yang bertolak dari rasa kecewa— ini sekadar mahu menilai-kembali esei “Metafizik dan Kosmopolitanisme” dari buku “Metafizik & Kosmoplitanisme.” Tidak lebih dari itu. Dan, tidak ada lagi kata penyelamat, “dan lain-lain esei” seperti sebuah kejujuran yang pernah tergambar lewat buku pengarang sebelumnya, “Tumit Achilles dan lain-lain esei.”

Umumnya buku ini cuba mengharmonikan kemajmukan dalam konteks kenegaraan dan kewarganegaraan. Dan, dalam kasus ini disebutnya Malaysia. Di samping itu, termuat juga perkembangan dan pertumbuhan ragam-mazhab dalam Islam. Dan, dalam kasus ini, disebutnya Asia Tenggara. Tidak cukup dengan itu, dipaparkan sekali pengalaman Melaka. Menerusi sejarah perdagangan Melaka, dinyatakan tradisi kosmopolitan telah lama muncul di Tanah Melayu. Namun, pertanyaannya sendiri, mengapa nasionalisme, dll, kemudiannya menjadi kendala terhadap wawasan kosmopolitanisme ini.

Di sini, mungkin ada sebuah persoalan menarik yang ditekankan pengarang: mengapa semangat kosmopolitan dari tradisi, sejarah, agama, dll, ini tidak begitu diangkat dewasa ini? Benar, persoalan ini sewajarnya diperhatikan, apatah lagi setelah mencermati corak politik Malaysia mutakhir—yang lebih diarahkan pada sudut-sudut tertentu, sampai meluputkan dimensinya yang universal.

Selain berkaca dalam pengalaman Malaysia, dan Asia Tenggara, esei ini juga menyinggung pengalaman Yunani. Tentu, ini lirikan penting, sebagai asas pada wacana kosmopolites (warga dunia), yang dikenal-pasti bermuara dari Diogenes, filsuf yang berlanglang buana ke Yunani itu. Kemudian, terdapat juga Perikles, yang kental menegaskan semangat “demokrasi” dan “liberalisme.” Sebagai negarawan ulung, juga pemidato besar, Perikles awal-awal menggagaskan demokrasi Yunani yang memperlihatkan peranan langsung antara rakyat dengan pemerintah. Lalu, disebutkan semangat kosmopolitan dari pengalaman Yunani ini merambah pula ke wilayah-wilayah sekitarnya—menerusi penaklukan dan penjajahan. Hal yang sama, menurut pengarang, turut berlaku dalam pengalaman Islam, sehingga dikatakannya, “tamadun Islam adalah yang paling kosmopolitan sebelum kemunculan tamadun Barat.”

Tampaknya, contoh-contoh tidaklah berakhir di sini. Terus bersambung pada pengalaman China, yang lebih moden. Ini dihimbau dari Zhou Enlai, yang berusaha membawa keterbukaan dalam bingkai komunisme. Gagasannya, terzahir dari ucapan Seratus Bunga-nya Mao Zedong. Hasrat asal dari Enlai ini adalah untuk mendekatkan hubungan antara intelektual dengan pemerintah. Tapi, sayangnya, projek menarik ini gagal. Kenapa? Kerana, Maoisme itu sendiri. Kerana Mao Zedong jelas tidak senang dengan dampak kepelbagaian, yang mana kata ini amat akrab sekali dengan kosmopolitan.

Dan, yang terakhir, disorot dari pengalaman India, yang menjadi ranahnya Hindu Rashtra. Kononnya, antara India dan Hindu, itu ibaratnya “aur dengan tebing.” Sama sekali tidak terpisah, biarpun dicungkil sampai ke akar sejarahnya Meskipun begitu, ternyata bahawa India tidak hanya Hindu. Ini yang dipinjam pengarang dari Amartya Sen dalam The Argumentative Indian. Selain Hindu, terdapat juga Buddha, Nastika, serta ragam jalur falsafah yang lain. Hatta, sewaktu kekuasaan Islam, Akbar yang memerintah ketika itu, telah yang membentuk lokakarya antara agama-agama di India, sebagai meraikan kepelbagaian agama dan aliran ini. Demikian, kesah-kesah sejarah yang dikutip dari ‘Metafizik & Kosmopolitanisme.”

Kendati pun, ada sesuatu yang asli dari buku ini; hasrat pengarang untuk menghubungkan metafizik-nya Ibn ‘Arabi, dengan sebuah cita-cita kosmopolitanisme yang sarat dikumandangkan dari Appiah, dari Sen, lalu terus kembali kepada Kant dengan ‘Zum ewigen Frieden-nya’. Tapi, dukacitanya, itu hanyalah gemburan hasrat, yang gagal diterjemahkan secara rinci. Betapa tidak rincinya, kerana yang terpapar hanyalah lontaran-lontaran idea yang tidak menyeluruh. Mithalnya, pengarang menyatakan, “Ibn Arabi memberikan asas paling luhur dan paling dalam terhadap kepelbagaian.” Namun, penegasan ini tiba-tiba akan terhenti saat kita menanyakan kembali, “apakah itu yang paling luhur dan paling dalam dari Ibn ‘Arabi?” Ini seakan terbiar tanpa ada huraian jauh.

Barangkali boleh ditebak, apa yang mahu pengarang sampaikan adalah dalam persoalan kepelbagaian agama, aqidah, gender, dll, yang pernah disentuh Ibn ‘Arabi menerusi Fusus al-Hikam dan Futuhat al-Makkiyyah-nya. Sejauh yang terkesan, kekuatan ini terletak pada ungkapannya, “kebebasan bathin manusia adalah mutlak.” Tapi, manusia bukan saja punya dimensi bathin. Manusia, juga punya dimensi sosialnya, yang tentunya lebih kompleks lagi. Di sini, “Metafizik dan Kosmopolitanisme” tidak menawarkan sesuatu yang bermakna? Kita tidak dapat membayangkan, bagaimana dari kata “kebebasan bathin” lalu terus saja melompat kepada “asas kebebasan beragama.” Kemudian, bagaimana pula dengan jarak antara “kebebasan beragama” dengan “kemajmukan sosial?” Inilah lompong besar yang ditinggalkan, seolah-olah ungkapan tersebut harus diterima sebagai sebuah pengandaian semata.

Mungkin di sini, pengarang mungkin mahu menoleh pada Alexis de Tocqueville, menerusi Democracy in America. Shahdan, itu adalah pengalaman Amerika dengan Kristian. Bagaimana pula langkah untuk memindahkan pengalaman tersebut kepada persoalan dunia muslim dan Islam? Apakah patut diterapkan sepenuhnya coretan de Tocqueville tersebut dalam belahan yang lain? Kalau tidak sepenuhnya, apa sukatan saringannya? Lantas, mengapa pula wujudnya pengalaman muslim dewasa ini yang tidak memperlihat semangat kosmopolitanisme? Persoalan-persoalan ini lagi-lagi dibiarkan, dan tidak dirapikan dalam “Metafizik & Kosmopolitanisme.” Memang, ada untaian penting dari seluruh esei (dan buku) ini, “jalan tengah adalah prinsip toleransi Islam yang berlandaskan perspektif metafizik yang mana doktrin semua agama-agama besar dunia adalah berasal dari Tuhan.”

Nah, apakah sebenarnya pengarang maksudkan dengan metafizik ini? Kata metafizik ini sepertinya dicampakkan, tanpa ada satu kalimat pun huraiannya? Apakah kata metafizik ini ingin dipautkan pada “kebebasan bathin manusia adalah mutlak?” Maka, di sini para pembaca tentu akan menerawang, serta menduga-duga sendiri tentang takrifnya sesuai dengan konteks buku ini.

Sejujurnya, jawapan rinci untuk cita-cita metafizik dan kosmopolitanisme ini pasti takkan ditemukan dari “Metafizik & Kosmopolitanisme.” Kalau kita hanya menganggap karya ini sebagai lontaran awal, kita akan merasa lega. Namun, bagaimana untuk kita rasa lega bila membandingkan banyak lagi kepustakaan lain yang dapat merangka semangat kosmopolitanisme ini. Mithalnya, dari Levinas, Irigaray, Arendt dan Habermas, itu semua ada dimensi yang boleh diusung kepada kosmopolitanisme. Mengapa mereka? Kerana Levinas mengajarkan penghargaan “pada yang lain.” Padanya, peribadi manusia takkan dikenal dari dirinya sendiri, melainkan dari yang lain. Inilah yang kemudian di tangan Irigaray diungkapkannya dalam sebuah “kesedaran cinta”—seakan cerminan dari Rumi. Demikian juga ada Arendt dan Habermas, yang seraya menekankan intersubjektif, untuk mengubungkan antara ruang peribadi kepada ruang awam (sosial).

Memang, pengarang ada mengutip Appiah, Sen, Kant, juga Ibn ‘Arabi. Nama-nama ini, dengan karya-karyanya terus saja relevan. Tapi, usaha untuk meleburkan rasa eksklusif, takkan berakhir tanpa merungkaikan kesenjangan antara individu (Levinas dan Irigaray) dengan masharakat (Arendt dan Habermas).

Memang, kecewa tetap kecewa. Meskipun begitu, atas semua kritik-kritik tadi, harus meraikan juga “Metafizik & Kosmopolitanisme” ini. Setidaknya, sekali lagi, sambut dengan rasa amanah dan harapan. Amanah, kerana pengarangnya memperlihatkan keinginan-kuatnya untuk memecahkan kebuntuan hubungan warga-dunia yang makin kompleks. Dan harapan, kerana tidak disangkal bahawa inilah harapan pengarang untuk menyaksikan sebuah keharmonian dan “keteraturan spontan” yang berkekalan. Mudahnya, kalau mendambakan dari buku ini sebuah analisa yang rinci, lanjut, fokus, dan tuntas, itu berhujung pada kehampaan.

Lantaran itu, mulakan saja bacaan “Metafizik & Kosmopolitanisme” dengan frasa; “ini hanyalah esei, bukannya buku.” Mudah-mudahan, frasa memujuk ini akan memaafkan kelemahan-kelemahan yang telah terakam.

Aqil Fithri adalah editor Ummahonline.com, juga zamil Cendikiawan Awam Asia 2009/2010, tajaan Nippon Foundation, Jepun. Ia dapat dihubungi menerusi aqilfithri@gmail.com.Kiriman Berkaitan

Sekulariti, Sekularisasi dan Sekularisme Aqil Fithri

Melayu: Perlembagaan, Kebebasan dan Kosmopolitanisme Khalid Jaafar

Ateisme, Tuhan, dan Agama Aqil Fithri

Kebebasan dan Pluralisme di Malaysia Baru Khalid Jaafar

Manusia, Kemanusiaan dan Krisis Aqil Fithri

Perkembangan Bahasa Melayu Moden Kassim Ahmad

Kapitalisme Melampaui Krisis (II)
Amartya Sen

3.

Berdasarkan sejarah, kapitalisme tidak muncul sehingga sistem undang–undang dan amalan ekonomi yang baru  melindungi hak kepemilikan dan menjadikan ekonomi berasaskan pemilikan dapat dilaksanakan. Jual beli tidak dapat berlaku dengan berkesan sehinggalah moraliti perniagaan menjadikan kontrak itu mapan dan tidak mahal—sebagai contoh tidak perlu sentiasa menyaman pihak-pihak yang melanggar kontrak. Pelaburan dalam perniagaan yang produktif tidak dapat berkembang sehingga imbuhan tinggi daripada korupsi dikurangkan. Kapitalisme yang berteraskan keuntungan kerap bergantung kepada sokongan nilai-nilai lain yang telah terinstitusi.

Kepatuhan dan tanggungjawab undang–undang dan moral yang berkaitan soal jual-beli baru–baru ini semakin susah dikesan, ini adalah disebabkan oleh perkembangan pasaran sekunder yang pesat melibatkan derivatif dan instrumen kewangan yang lain. Pemiutang subprima yang menipu peminjam dalam mengambil risiko yang kurang bijak kini boleh melepaskan aset kewangan kepada pihak ketiga–yang jauh daripada transaksi asal. Kebertanggungjawaban telah melemah dan keperluan untuk pemantauan dan regulasi telah menjadi semakin kuat. Namun, peranan pemantauan kerajaan di Amerika Syarikat terutamanya, dalam tempoh yang sama, berkurangan mendadak, akibat bertambahnya kepercayaan terhadap sifat pengaturan kendiri (self – regulatory) pasaran ekonomi. Secara tepatnya, ketika keperluan terhadap pengawasan negara meningkat, yang terjadi ialah berkurangnya pemantauan yang diperlukan itu. Terdapat kesan daripada bencana yang bakal terjadi, yang terjadi pada tahun lepas, dan hal ini sememangnya penyumbang besar kepada krisis kewangan yang melanda dunia hari ini. Kekurangan regulasi terhadap aktiviti kewangan mempunyai implikasi bukan sahaja terhadap amalan tidak absah tetapi juga kecenderungan kepada spekulasi berlebihan seperti yang dikatakan oleh Adam Smith, di mana ia akan menguasai manusia di dalam kesungguhan mereka mencari keuntungan.

Smith menggelar penganjur-penganjur bagi risiko berlebihan dalam mencari keuntungan sebagai “pemboros dan pengecoh”—yang mana agak tepat dalam menggambarkan pengeluar-pengeluar subprima dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ketika membincangkan undang-undang terhadap riba, sebagai contoh, Smith inginkan peraturan yang melindungi rakyat daripada “pemboros dan pengecoh” tersebut yang menganjurkan pinjaman-pinjaman yang tidak munasabah: Sebahagian besar daripada ibu negara ini dengan demikian seharusnya dilindungi daripada tangan-tangan itu yang berkemungkinan besar akan membuat untung dan mengambil peluang ke atas mereka, dan daripada terperangkap dengan tangan-tangan yang akan membazir dan memusnahkannya.[4]

Kepercayaan mutlak terhadap keupayaan ekonomi pasaran untuk melakukan pembetulan kendiri, yang sebahagian besar bertanggungjawab dalam membuang peraturan-peraturan yang telah mapan di Amerika Syarikat, cenderung untuk mengabaikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pemboros dan pengecoh yang dalam sebilangan perkara akan mengejutkan Adam Smith sendiri.

Krisis ekonomi sekarang ini sebahagiannya adalah dihasilkan oleh salah jangkaan yang sangat besar akan kebijaksanaan proses pasaran itu, dan krisis tersebut sekarang ini diburukkan lagi dengan kebimbangan dan merosotnya kepercayaan dalam pasaran kewangan dan perniagaan secara umumnya—tindakbalas yang nyata dalam reaksi pasaran terhadap rancangan-rancangan stimulus, termasuk rancangan $787 bilion yang diluluskan pada bulan Februari oleh pentadbiran baru Obama. Sebenarnya, masalah-masalah ini telah pun dikenal pasti dalam kurun ke–18 oleh Smith, walaupun telah diabaikan oleh mereka yang berautoriti dalam tahun–tahun kebelakangan ini, terutama sekali di Amerika Syarikat, dan mereka yang sibuk memetik Adam Smith dalam menyokong pasaran tak terkendali.

4.

Ketika kebelakangan ini banyak yang memetik Adam Smith, meskipun tidak banyak yang membacanya, terdapat kebangkitan semula baru-baru ini terhadap idea John Maynard Keynes. Sudah tentu, kemerosotan kumulatif yang kita perhatikan sekarang, yang membawa kita lebih dekat terhadap kemelesetan, mempunyai ciri-ciri Keynesian yang jelas; pengurangan pendapatan sekumpulan orang telah membawa kepada pengurangan perbelanjaan oleh mereka, kesannya menyebabkan merosotnya pendapatan orang lain.

Bagaimanapun, Keynes boleh menjadi penyelamat kita hanya dalam kadar yang tertentu sahaja, dan terdapat satu keperluan untuk melihat melampuainya dalam memahami krisis sekarang. Seorang ahli ekonomi yang penting untuk sekarang ini tetapi  kurang dikenali adalah saingan Keynes, Arthur Cecil Pigou, yang seperti Keynes, juga di Cambridge, dan Kings College, ketika zaman Keynes. Pigou lebih prihatin daripada Keynes dalam soal psikologi ekonomi dan cara–cara bagaimana ia boleh mempengaruhi kitaran perniagaan dan membuatkan kemerosotan ekonomi yang lebih teruk sehingga boleh membawa kita kepada kemelesetan (seperti dilihat sekarang). Pigou mengaitkan naik turun ekonomi sebahagiannya dengan “sebab-sebab psikologikal” yang mengandungi pelbagai corak fikiran individu-individu yang tindakan mereka mengawal industri, yang memunculkan kesilapan–kesilapan dari optimisme berlebihan atau pesimisme yang tidak wajar dalam ramalan perniagaan mereka.[5]

Adalah sukar untuk mengabaikan kenyataan pada hari ini, tambahan pula dengan kesan–kesan Keynesian yang mempercepatkan kemerosotan, kita masih lagi dapat merasakan “kesilapan–kesilapan…pesimisme yang tidak wajar.” Pigou memfokuskan terutamanya keperluan untuk mencairkan pasaran kredit apabila ekonomi berada dalam cengkaman pesimisme berlebihan: Oleh itu, jika semuanya adalah setara, berlakunya kegagalan perniagaan akan lebih atau kurang merebak, berdasarkan [sama ada] pinjaman jurubank–jurubank, berhadapan dengan krisis permintaan (atau tuntutan), adalah kurang atau lebih mudah diperoleh.[6]

Walaupun suntikan-suntikan besar kecairan tunai ke dalam ekonomi Amerika dan Eropah, sebahagian besarnya daripada kerajaan, bank–bank dan institusi kewangan itu hingga sekarang masih kekal tidak berkeinginan untuk menyahbeku pasaran kredit. Perniagaan lain juga terus gagal, sebahagiannya sebagai tindak balas terhadap pengurangan permintaan (proses “multiplier” Keynesian), tetapi juga sebagai tindak balas ketakutan berkurangnya permintaan pada masa akan datang, dalam iklim kemuraman umum (proses pesimisme berjangkit Pigovian ).

Satu daripada masalah–masalah yang harus diuruskan pentadbiran Obama, adalah krisis sebenar, yang muncul daripada salah urus kewangan dan kecerobohan-kecerobohan lainnya, yang telah berkali–kali diperbesarkan oleh satu kejatuhan psikologi. Langkah-langkah itu yang sedang dibincangkan sekarang di Washington dan di tempat lain untuk menjana semula pasaran kredit termasuk pembiayaan semula–dengan syarat-syarat yang ketat bahawa institusi kewangan yang diberi subsidi itu sebenarnya meminjam–pembelian aset toksik oleh kerajaan, insurans yang melawan kegagalan membayar balik pinjaman, dan pemiliknegaraan bank. (Cadangan akhir menakutkan banyak konservatif sama halnya seperti kawalan wang awam diberikan kepada bank-bank, membimbangkan ramai orang tentang soal akauntabiliti.) Hasil tindak balas pasaran yang lemah, langkah-langkah pentadbiran setakat ini mencadangkan, setiap dasar-dasar ini hendaklah dikaji sebahagiannya tentang impak ke atas psikologi syarikat–syarikat dan pengguna–pengguna terutamanya di Amerika.

5.

Perbezaan antara Pigou dan Keynes adalah relevan untuk satu lagi sebab. Ketika Keynes sangat–sangat menumpukan persoalan bagaimana untuk meningkatkan pendapatan agregat, dia agak kurang melibatkan diri dalam mengkaji masalah-masalah agihan kekayaan yang tidak setara  dan kebajikan masyarakat. Berbanding Pigou yang bukan hanya menulis kajian klasik ekonomi kebajikan, tetapi dia juga merintis ukuran ketaksetaraan ekonomi sebagai satu penunjuk utama untuk taksiran ekonomi dan dasar.[7] Sejak penderitaan rakyat yang serba kekurangan dari segi ekonomi—dan dalam dunia—memerlukan perhatian paling segera, peranan kerjasama sokongan antara perniagaan dan kerajaan tidak boleh hanya dengan berkembangnya sebuah ekonomi. Terdapat keperluan yang kritikal dalam memberi perhatian khusus untuk kelompok lemah di dalam masyarakat bagi merancang satu reaksi untuk krisis semasa, dan pergi lebih jauh untuk menghasilkan perkembangan ekonomi umum. Keluarga–keluarga  terancam dengan pengangguran, dengan kekurangan rawatan perubatan, dan dengan masalah sosial serta ekonomi yang memburuk. Keterbatasan bagi ekonomi Keynesian dalam mengenal pasti masalah–masalah mereka menuntut pengiktirafan lebih besar lagi.

Cara ketiga di mana perlu diberi penambahan pada idea Keynes oleh kerana pengabaiannya terhadap khidmat sosial—bahkan Otto von Bismarck pun ada banyak perkara dapat diperkatakan tentang subjek ini berbanding Keynes. Bahawa pasaran ekonomi boleh menjadi sangat buruk dalam menyediakan keperluan awam (seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan) telah dibincangkan oleh beberapa ahli-ahli ekonomi utama pada masa ini, termasuk Paul Samuelson dan Kenneth Arrow. (Pigou juga menyumbang kepada subjek ini dengan penekanannya pada “kesan-kesan luar” urus niaga pasaran, di mana keuntungan dan kerugian tidak terbatas hanya untuk pembeli atau penjual secara langsung.) Hal ini sudah tentu  merupakan satu isu jangka panjang, tetapi ia adalah berbaloi untuk disebut seperkara lagi bahawa kesan suatu kemerosotan boleh menjadi lebih ganas lagi apabila penjagaan kesihatan khususnya tidak terjamin bagi semua.

Sebagai contoh, tanpa satu perkhidmatan kesihatan nasional (national health service), setiap kali berlaku kehilangan pekerjaan boleh menghasilkan satu penyisihan besar daripada penjagaan kesihatan yang penting, disebabkan kehilangan pendapatan atau insurans kesihatan swasta berkaitan pekerjaan. Amerika Syarikat kini mempunyai 7.6 peratus kadar pengangguran, yang mula menyebabkan kehilangan yang besar. Adalah berbaloi bertanya bagaimana negara-negara Eropah, termasuk Perancis, Itali, dan Sepanyol, yang hidup pada peringkat yang lebih tinggi penganggurannya selama berdekad–dekad, berjaya mengelak keruntuhan keseluruhan kualiti hidup mereka. Jawapan itu sebahagiannya adalah cara negara kebajikan Eropah beroperasi, dengan insurans pengangguran yang lebih kukuh daripada Amerika dan, malah apa yang lebih penting, dengan perkhidmatan perubatan asas diperuntukkan kepada semua oleh negera.

Kegagalan mekanisme pasaran untuk menyediakan penjagaan kesihatan kepada semua jelas, paling khususnya di Amerika Syarikat, begitu juga kemajuan kesihatan dan kelanjutan usia di China terhenti berikutan pemansuhan perlindungan kesihatan menyeluruh (universal health care) pada tahun 1979. Sebelum pembaharuan ekonomi tahun itu, setiap warganegara China telah dijamin penjagaan kesihatan yang disediakan oleh negera atau koperasi–koperasi, walaupun jika pada suatu peringkat asas. Apabila China membuang sistemnya yang tidak produktif yang melibatkan pertanian kolektif  dan; masyarakat dan unit-unit perindustrian yang diuruskan oleh birokrasi, ia dengan itu membuatkan kadar pertumbuhan keluaran dalam negeri kasar meningkat lebih cepat berbanding mana–mana tempat di dunia. Tetapi pada masa yang sama, dipacu oleh kepercayaan barunya dalam pasaran ekonomi, China juga memansuhkan sistem penjagaan kesihatan menyeluruh; dan, selepas pembaharuan pada tahun 1979, insurans kesihatan perlu dibeli oleh individu (kecuali dalam beberapa kes-kes agak jarang di mana negera atau syarikat-syarikat besar menyediakannya untuk pekerja-pekerja dan tanggungan mereka). Dengan perubahan ini, prestasi China dalam soal kelanjutan usia menjadi perlahan.

Hal ini sudah satu masalah apabila pendapatan agregat China tumbuh sangat pantas, tetapi ia terikat untuk menjadi satu masalah yang lebih besar apabila ekonomi China itu menyahpecut dengan pesat, seperti yang berlaku sekarang. Kerajaan China kini berusaha keras untuk beransur–ansur memperkenalkan semula insurans kesihatan bagi semua, dan kerajaan AS di bawah Obama juga komited untuk membuat perlindungan kesihatan yang menyeluruh. Bagi kedua-dua negara, China dan AS, masih banyak lagi yang pembetulan yang perlu dilakukan, tetapi mereka harus menjadi elemen utama dalam menangani krisis ekonomi, serta dalam mencapai transformasi jangka panjang kedua-dua masyarakat.

6.

Kebangkitan semula Keynes mempunyai banyak sumbangan terhadap analisis ekonomi dan terhadap polisi, tetapi jaring jalanya itu harus ditebar dengan lebih luas. Walaupun Keynes selalunya dilihat sebagai figur yang “memberontak” di dalam ekonomi kontemporari, tetapi dia adalah orang yang menjadi guru kepada kapitalisme baru yang menumpukan pada usaha untuk menstabilkan turun-naik ekonomi pasar (dengan hanya memberi perhatian yang relatif kecil pada sebab-sebab psikologi di dalam naik-turun perniagaan). Walaupun Smith dan Pigou mempunyai reputasi untuk menjadi ahli ekonomi yang konservatif, terdapat pelbagai pandangan yang mendalam tentang institusi-institusi bukan pasar dan nilai-nilai bukan untung daripada mereka, berbanding dengan Keynes dan para pengikutnya.

Krisis bukan hanya menghadirkan cabaran yang harus dihadapi. Ia juga menyediakan satu peluang untuk menangani masalah-masalah jangka panjang ketika mana ramai orang bersedia untuk menilai semula konvensi-konvensi yang telah lama terbina. Itulah sebabnya kenapa krisis sekarang ini menjadikannya penting untuk berhadapan dengan isu-isu yang telah lama diabaikan seperti penjagaan alam semulajadi dan penjagaan kesihatan nasional, begitu juga dengan pengangkutan awam yang diabaikan di dalam beberapa dekad sebelum ini dan terus dipinggirkan–ketika saya menulis artikel ini–bahkan di dalam dasar-dasar awal yang diumumkan oleh pentadbiran Obama. Kemampuan ekonomi, sudah tentu adalah suatu isu, tetapi sebagai contoh sebuah negeri di India, Kerala menunjukkan bahawa adalah mungkin untuk mempunyai penjagaan kesihatan yang dijamin oleh negara untuk semua rakyat dengan kos yang sedikit. Semenjak China menghentikan insurans kesihatan menyeluruh pada tahun 1979, Kerala–yang terus menjalankannya– telah mendahului China di dalam soal purata jangka hayat dan di dalam petunjuk-petunjuk jangka hidup bayi, walaupun mengalami kadar pendapatan yang lebih rendah. Jadi terdapat peluang untuk negara-negara miskin juga.

Tetapi cabaran yang lebih  besar dihadapi oleh Amerika Syarikat, yang telah pun mempunyai perbelanjaan per kapita yang tinggi di dalam soal kesihatan antara negara-negara lain di dunia, tetapi masih mempunyai pencapaian yang rendah di dalam soal kesihatan dan mempunyai lebih 40 juta rakyat yang tidak terjamin penjagaan kesihatannya. Sebahagian daripada masalahnya ialah sikap orang awam dan kefahaman mereka. Terdapat banyak persepsi yang tidak betul bagaimana perkhidmatan kesihatan kebangsaan perlu diperbetulkan melalui debat-debat umum. Sebagai contoh, andaian yang biasa dibuat bahawa tiada orang yang mempunyai pilihan untuk memilih doktor di dalam sistem perkhidmatan kesihatan di negara-negara Eropah, sedangkan itu tidak benar sama sekali.

Pun begitu, perlunya kefahaman yang lebih baik terdapat pilihan yang ada. Dalam diskusi-diskusi perubahan perkhidmatan kesihatan, terdapat penumpuan yang berlebihan terhadap sistem Kanada–suatu sistem perkhidmatan kesihatan yang menyukarkan orang untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan swasta–manakala di negara-negara Eropah Barat yang menyediakan perkhidmatan kepada semua tetapi membenarkan juga, sebagai tambahan kepada tanggungan negara, praktis swasta dan insurans kesihatan swasta, untuk mereka yang mempunyai wang dan mahu membelanjakannya dengan cara itu. Adalah tidak jelas kenapa orang kaya yang dapat dengan bebas membelanjakan wangnya pada kapal layar dan barang-barang mewah lainnya tidak harus dibenarkan untuk berbelanja pada MRIs atau pengimbas CT. Jika kita mengambil iktibar dari perbahasan Adam Smith di dalam soal kepelbagaian institusi dan meraikan pelbagai kehendak, terdapat banyak langkah-langkah praktikal yang boleh diambil yang dapat menghasilkan perubahan di dalam dunia yang kita diami sekarang ini.

Krisis ekonomi yang dihadapi sekarang ini tidak, pada hujah saya, menuntut kepada suatu “kapitalisme baru,” tetapi krisis itu menuntut kita untuk mendapat kefahaman baru terhadap idea-idea lama, seperti mana Smith dan, yang lebih dekat dengan masa kita, Pigou, yang selama ini banyak kita abaikan. Apa yang diperlukan juga adalah persepsi-persepsi yang jernih bagaimana berbezanya institusi-institusi itu sebenarnya berfungsi, dan bagaimana pelbagai organisasi-organisasi–daripada pasar sehinggalah institusi-institusi negara–dapat melampaui solusi-solusi jangka pendek dan menyumbang kepada wujudnya sebuah dunia ekonomi yang lebih baik

–February 25, 2009

[4]Smith, The Wealth of Nations, I, II.iv.15, p. 357.

[5]A.C. Pigou, Industrial Fluctuations (London: Macmillan, 1929), p. 73.

[6]Pigou, Industrial Fluctuations, p. 96.

[7]A.C. Pigou, The Economics of Welfare (London: Macmillan, 1920). Karya-karya semasa berkenaan dengan ketaksamaan ekonomi, termasuklah sumbangan besar A.B. Atkinson, banyak terinspirasi daripada inisiatif yang dirintis oleh Pigou: lihat Atkinson, Social Justice and Public Policy (MIT Press, 1983).

Diterjemah oleh Nor Aisah bte Yusop dan Ammar Gazali

Bahagian pertama: Kapitalisme Melampaui Krisis (I)

Kiriman Berkaitan

Kapitalisme Yang Melampaui Krisis (I) Amartya Sen

Belanjawan: Antara Moral dan Ideologi Rizuan Abdul Hamid

Celik Huruf dan Pendidikan Dunia Arab admin

Kebangkitan yang Lain (II) admin

Antara Dua Nilai Asia* Hasmi bin Hashim

Pasaran Bebas dan Revolusi Arab Hernando de Soto

Kapitalisme Yang Melampaui Krisis (I)
Amartya Sen bersama isterinya, Emma Rotcshild. © Shaju John

Amartya Sen

Tahun 2008 merupakan tahun yang dilanda dengan pelbagai krisis. Krisis yang pertama adalah krisis makanan yang mengancam terutama sekali pengguna-pengguna miskin, khususnya yang berada di Afrika. Dalam masa yang sama dengan krisis itu, harga minyak melonjak naik ke paras paling tinggi dalam sejarah sehingga mengancam negara-negara pengimport minyak. Akhir sekali, dengan agak mengejut dalam musim luruh, ekonomi global mula merudum, dan sekarang ini semakin menurun dengan kepantasan yang menggerunkan. Tahun 2009 kelihatannya akan menawarkan kadar kemerosotan yang teruk , dan ramai di kalangan ahli ekonomi meramalkan kegawatan penuh pada tahun ini. Ketika nilai kekayaan yang kukuh mula merosot, mereka yang paling terkesan ialah orang yang selama ini secara ekonominya tidak seberapa.

Soalan yang begitu lantang sekali ditanyakan sekarang ini adalah berkaitan dengan sifat alami kapitalisme itu dan adakah ia harus diubah. Segolongan pembela kapitalisme tanpa kawalan menolak sebarang perubahan, meyakini bahawa kapitalisme sering secara berlebihan dituduh sebagai penyebab kepada masalah-masalah ekonomi jangka pendek—masalah-masalah yang mereka anggap berpunca dari urus tadbir yang buruk (sebagai contoh oleh pentadbiran Bush) dan kelakuan buruk segelintir individu ( atau apa yang disifatkan oleh John Mccain sebagai “keserakahan Wall Street”). Bagaimanapun, ada di antara mereka yang lain melihat kecacatan yang serius di dalam aturan ekonomi yang ada sekarang dan mahu mengubahnya dengan mencari pendekatan alternatif yang dikatakan sebagai “kapitalisme baru”.

Pendapat tentang kapitalisme lama dan baru memainkan bahagian penting di dalam sebuah simposium yang bertajuk “Dunia Baru, Kapitalisme Baru” yang diadakan di Paris pada bulan Januari yang dianjurkan oleh presiden Nicolas Sarkozy dan mantan perdana menteri British, Tony Blair. Keduanya memberikan persembahan yang menarik tentang perlunya perubahan. Begitu juga Canselor German Angela Merkel yang bicara soal pemikiran Jerman lama tentang “social market”—yang dibatasi oleh campuran dasar-dasar yang menjadi konsesnsus bersama—sebagai sekeping cetak biru untuk sebuah kapitalisme baru (walau Jerman tidaklah lebih baik dalam menghadapi krisis ini berbanding dengan ekonomi pasar yang lain.)

Pemikiran untuk mengubah struktur organisasi masyarakat dalam jangka masa panjang adalah jelas diperlukan, berbeza dengan strategi-strategi jangka pendek untuk menangani krisis. Saya akan memilih tiga soalan dari banyak soalan lain yang ditimbulkan. Pertama, adakah kita sangat memerlukan “kapitalisme baru” berbanding sebuah sistem ekonomi yang tidak monolitik yang berasaskan pelbagai institusi yang dipilih secara pragmatik dan berdasarkan pada nilai-nilai sosial yang dapat kita pertahankan secara etiknya? Perlukah kita mencari sebuah kapitalisme baru atau sebuah “dunia baru”—untuk mengutip apa yang dikatakan di pertemuan di Paris itu—yang akan mengambil bentuk yang baru?

Soalan yang kedua berkaitan dengan jenis ekonomi yang diperlukan hari ini terutamanya pada saat krisis ekonomi kini. Bagaimana kita patut menilai apa yang telah diajar dan diperjuangkan oleh ahli ekonomi sebagai petunjuk dalam dasar ekonomi—termasuk kebangkitan semula pemikiran Keynesian dalam bulan-bulan kebelakangan ini ketika krisis mula merosot? Lebih khususnya, apakah yang telah ditunjukkan oleh krisis ekonomi yang berlaku ini berkenaan institusi-institusi dan keutamaan-keutamaan yang sepatutnya dilihat? Ketiga, sebagai tambahan kepada usaha kita untuk melakukan penilaian yang lebih baik tentang perubahan jangka panjang yang diperlukan, kita harus berfikir—dengan pantasnya berfikir—tentang bagaimana hendak keluar dari krisis ini dengan mengurangkan kerosakan sekecil yang mampu.

2.

Apakah sifat-sifat istimewa yang menjadikan suatu sistem itu sebagai sistem kapitalis—lama atau baru? Jika sistem ekonomi kapitalis sekarang ini ingin diubah, apa yang dapat menjadikan hasil akhirnya sebuah kapitalisme baru dan bukan sesuatu yang lain dari itu? Tanggapan secara umumnya ialah kebergantungan kepada pasar untuk transaksi ekonomi merupakan satu syarat penting untuk sebuah ekonomi itu dikenali sebagai kapitalis. Di samping itu juga, pergantungan pada motif membuat untung dan ganjaran individu yang berdasarkan pada pemilikan persendirian dilihat sebagai sifat utama kapitalisme. Pun begitu, jika ini menjadi keperluan yang penting, adakah sistem-sistem ekonomi yang kita miliki sekarang, sebagai contoh di Eropah dan Amerika, benar-benar sistem kapitalis?

Semua negara maju di dunia ini—negara-negara di Eropah, AS, Kanada, Jepun, Singapura, Korea Selatan, Australia dan lainnya—telah, semenjak beberapa lama, bergantung sebahagiannya kepada transaksi dan bentuk pembayaran lain yang banyak berlaku di luar pasar. Ini termasuklah faedah pengangguran, dana saraan, bentuk-bentuk sekuriti sosial yang lain, dan juga bantuan pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang diagih menerusi aturan bukan-pasar. Hak ekonomi yang berkaitan dengan perkhidmatan seperti itu tidak berasaskan pada pemilikan persendirian dan hak milik.

Begitu juga, untuk sesuatu ekonomi pasar itu berfungsi ia bukan hanya bergantung kepada proses memaksimakan untung tetapi juga kepada aktiviti-aktiviti lain, seperti menjaga keselamatan awam dan menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan awam—yang sebahagiannya telah membawa ramai orang melampaui sistem ekonomi yang hanya digerakkan oleh keuntungan. Prestasi sistem yang dikatakan kapitalis itu, yang perlu disebut di sini ialah, apabila banyak perkara bergerak ke hadapan, bersumberkan kombinasi beberapa institusi [pendidikan menerusi dana awam, penjagaan kesihatan, dan prasarana pengangkutan awam hanyalah sebahagian dari institusi-institusi tersebut] telah melampaui satu peringkat yang hanya bergantung kepada sebuah sistem ekonomi yang memaksimakan keuntungan dan pemilikan peribadi yang terbatas pada konsep pemilikan persendirian.

Yang mendasari isu ini ialah sebuah soalan asas: adakah kapitalisme adalah istilah yang sesuai seperti apa yang digunakan pada hari ini. Idea tentang kapitalisme memang mempunyai peranan penting dalam sejarah, tetapi hari ini kegunaannya itu mungkin sudah semakin kering maknanya.

Sebagai contoh, karya-karya Adam Smith pada abad ke lapan belas menunjukkan kepentingan dan dinamisme ekonomi pasar, dan mengapa—dan terutama sekali bagaimana—dinamisme itu berlaku. Kajian Smith menawarkan diagnosis yang begitu jelas bagaimana pasar bergerak apabila dinamisme itu muncul dengan teguhnya. Sumbangan yang dibuat oleh The Wealth of Nations yang diterbitkan pada tahun 1776 dalam memahami apa yang disebut sebagai kapitalisme sangat besar sekali. Smith menunjukkan bagaimana dengan membebaskan perdagangan selalunya dapat membantu kemakmuran ekonomi melalui pengkhususan di dalam pengeluaran dan pembahagian kerja dan menggunakan dengan baik ekonomi bidangan.

Pengetahuan tentang hal itu masih relevan sehingga ke hari ini (adalah menarik jika dilihat kajian analitikal perdagangan antarabangsa yang sofistikated dan mengkagumkan oleh Paul Krugman yang mendapat anugerah Nobel begitu rapat kaitannya dengan pandangan Smith lebih dari 230 tahun lalu). Analisis ekonomi yang berdasarkan kepada penjelasan-penjelasan tentang pasar dan kegunaan modal di dalam abad ke lapan belas itu telah berjaya untuk membangunkan sistem pasar di dalam korpus penulisan ekonomi arus perdana.

Bagaimanapun, ketika sumbangan positif kapitalisme menerusi proses pasar telah dijelaskan, sisi negatifnya juga menjadi semakin jelas—selalunya kepada penganalisis yang sama. Ketika sebilangan pengkritik sosialis, terutama sekali Karl Marx, dengan begitu berpengaruh mengecam dan dengan hebatnya ingin mengganti kapitalisme. Keterbatasan yang besar wujud jika hanya bergantung seluruhnya ke atas ekonomi pasar dan motif keuntungan. Hal ini juga menjadi begitu jelas bahkan kepada Adam Smith sendiri. Bahkan, penyokong-penyokong awal ekonomi pasar, termasuk Smith, tidak mengambil mekanisme pasar seluruhnya sebagai penyebab yang baik yang dapat berdiri sendiri, dan mereka juga tidak mengambil motif keuntungan sebagai satu-satunya yang diperlukan.

Walaupun manusia menjalankan perdagangan kerana kepentingan sendiri (selain dari kepentingan sendiri tidak diperlukan apa-apa motif lain menurut Smith, di dalam menjelaskan kenapa pembuat roti, pembuat arak, penjual daging dan pengguna menjalankan urusniaga mereka), bagaimanapun sebuah ekonomi dapat berfungsi dengan efektif hanya di atas asas kepercayaan di antara pihak yang berbeza. Apabila aktiviti perniagaan, termasuk bank-bank dan perniagaan kewangan yang lain, mendapat keyakinan bahawa mereka boleh dan akan melakukan apa yang mereka janjikan, maka hubungan antara pemiutang dan penghutang dapat berlangsung dengan lancar dan saling bantu-membantu. Seperti yang ditulis oleh Adam Smith:

Apabila rakyat sebuah negara yang tertentu mempunyai keyakinan pada kekayaan, sifat integriti dan berhemah seseorang pemilik bank itu, dengan mempercayai bahawa dia sentiasa bersedia untuk membayar atas apa sahaja permintaan seperti yang tercatat pada nota janjinya pada bila-bila masa ditunjukkan kepadanya; nota itu mempunyai nilai tukaran yang sama seperti wang perak atau emas, disebabkan keyakinan bahawa wang tersebut pada bila-bila masa sahaja dapat diberikan kepada mereka. [1]

Smith menjelaskan mengapa kadangkala hal ini tidak berlaku, dan saya kira, dia barangkali tidak akan mendapati suatu perkara yang membingungkan di dalam kesukaran yang dihadapi hari ini oleh banyak perniagaan dan bank-bank kerana merebaknya rasa takut dan tidak yakin yang menyebabkan pasaran kredit membeku dan menghalang peluasan kredit secara koordinatif.

Adalah patut untuk disebut di dalam konteks ini, terutama sekali selepas konsep “negara kesejahteraan” muncul lama kemudian selepas zaman Smith, bahawa di dalam tulisannya, apa yang menjadi keprihatinannya yang utama—dan kebimbangannya—ialah tentang nasib orang miskin dan mereka yang tidak bernasib baik. Kegagalan mekanisme pasar yang jelas ialah terdapat perkara-perkara yang tidak selesai yang ditinggalkan oleh pasar. Analisis ekonomi Smith melampaui soal melepaskan segalanya untuk diselesaikan oleh tangan ghaib dalam mekanisme pasar. Bahkan dia bukan sahaja membela peranan negara di dalam menyediakan perkhidmatan awam seperti pendidikan, dan bantuan kepada rakyat miskin (dia pernah menuntut lebih kebebasan untuk mereka yang miskin yang menerima bantuan berbanding apa yang terkandung di dalam Poor Laws pada masa itu), dia juga begitu prihatin berkenaan dengan ketaksamarataan dan kemiskinan yang wujud di tengah kejayaan sebuah ekonomi pasar.

Kurangnya kejelasan mengenai perbezaan antara keperluan dan kecukupan pasar merupakan sebab kesalahfahaman di kalangan mereka yang mengaku pengikutnya pada penilaian yang telah dibuat oleh Smith terhadap mekanisme pasar. Sebagai contoh, pembelaan Smith terhadap pasar makanan dan kritiknya pada kekangan negara di dalam jual beli persendirian makanan ruji selalu ditafsirkan sebagai hujah untuk mengatakan bahawa campur tangan negara akan menyebabkan kelaparan dan kebuluran manjadi semakin teruk.

Sedangkan pembelaan Smith terhadap jual beli persendirian hanyalah dalam bentuk yang menafikan kepercayaan bahawa dengan menghentikan perdagangan makanan dapat mengurangkan beban kelaparan. Ini tidaklah menafikan keperluan negara untuk menyempurnakan pasar itu dengan mencipta perkerjaan dan pendapatan (misalnya menerusi program kerja). Jika pengangguran naik tinggi ini adalah kerana situasi ekonomi yang memburuk atau kerana polisi yang teruk. Pasar sahaja tidak akan mencipta semula pendapatan mereka yang kehilangan kerja mereka. Mereka yang menganggur, tulis Smith,”sama ada akan kelaparan, atau terpaksa menyara hidup dengan meminta sedekah atau dengan melakukan jenayah yang besar,” dan “kehendak, kebuluran, dan kadar kematian akan segera muncul…”[2] Smith menolak campur tangan yang mengenepikan pasar—tetapi tidak campur tangan dengan menyertakan pasar sementara mensasarkan perkara-perkara penting yang mungkin ditinggalkan tidak selesai oleh pasar.

Smith tidak pernah menggunakan istilah”kapitalisme” (sekurang-kurangnya yang saya telah saya kesan), tetapi adalah sukar untuk membentuk dari karya-karyanya teori berkenaan kecukupan pasar, atau keperluan untuk menerima dominasi modal. Dia bercakap tentang kepentingan nilai-nilai yang luas yang melampaui keuntungan di dalam The Wealth of Nations, tetapi di dalam buku pertamanya, The Theory of Moral Sentiments yang diterbitkan suku abad lamanya pada tahun 1759, dia membuat kajian yang meluas terhadap keperluan tindakan-tindakan yang didasarkan pada nilai-nilai yang melampaui soal pencarian untung. Ketika dia menulis bahawa “sifat hemat” (prudence) adalah “kebaikan yang paling berguna kepada seseorang individu,” Adam Smith juga mana kala berhujah bahawa “kemanusian, keadilan, sifat dermawan, dan semangat kemasyarakatan, merupakan kualiti-kualiti yang berguna kepada orang lain.” [3]

Smith melihat pasar dan modal berfungsi dengan baik di dalam ruang mereka, tetapi pertama sekali, pasar dan modal memerlukan sokongan dari pelbagai institusi lain—termasuk perkhidmatan awam seperti sekolah—dan nilai-nilai selain dari semata-mata mencari untung, dan kedua, diperlukan juga kawalan dan pembetulan oleh institusi-institusi yang lain—misalnya peraturan kewangan yang baik dan bantuan negara terhadap rakyat miskin—untuk mengelakkan ketidakstabilan, ketaksamarataan dan ketakadilan. Jika kita ingin mencari pendekatan yang baru dalam pentadbiran aktiviti ekonomi yang termasuk dalamnya pilihan pragmatik pelbagai perkhidmatan awam dan peraturan-peraturan yang dibentuk dengan baik, kita sepatutnya mengikut bukannya meninggalkan agenda perubahan yang digariskan oleh Smith sebagai kapitalisme yang dipertahankan dan yang dikritiknya itu.

Adam Smith, An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations, diedit oleh R.H. Campbell dan A.S. Skinner (Clarendon Press, 1976), I, II.ii.28, p. 292.

Smith, The Wealth of Nations, I, I.viiii.26, p. 91.

Adam Smith, The Theory of Moral Sentiments, diedit oleh D.D. Raphael dan A.L. Macfie (Clarendon Press, 1976), pp. 189–190.

Kiriman Berkaitan

Kapitalisme Melampaui Krisis (II) Amartya Sen

Akar Pemikiran Hayek Al-Mustaqeem Mahmod Radhi

AUKU: Respons Mohd Azizuddin Mohd Sani dan Firdaus Zolkifli Sidang Editor

Krisis Perak: Yang Terampas dan Yang Terputus Amin Ahmad

Kebangkitan yang Lain (I) admin

Agama Juga Berkembang Melalui Pasaran Bebas Gary S. Becker