Mei 2008
|
ESEI Penyelesaian kemelut Timur Tengah Shlomo Avineri Sambutan ulang tahun ke-60 Israel sudah tiba dan berakhir. Begitu juga dengan lawatan akhir Presiden George W. Bush ke Timur Tengah. Di tengah-tengah sambutan dan pencarian, tidak ada kejayaan bermakna dalam perundingan Israel-Palestin. Mengenang kembali 60 tahun penglibatan Amerika di rantau itu, seseorang boleh menyatakan dua senario yang Amerika Syarikat boleh membawa kedua-dua pihak untuk mencapai persetujuan Namun tanpa syarat-syarat tertentu, Amerika menjadi tidak berdaya. Senario pertama adalah apabila perang sebenar membawa kepada konflik yang lebih besar, menjejaskan kestabilan serantau dan hubungan kuasa. Pada masa seperti itu, warga Amerika yang tegas boleh menghentikan pergaduhan dan mengenakan gencatan senjata jika bukan pun keamanan. Pada tahun 1973 di penghujung Perang Yom Kippur, Israel dilihat dapat mengepung seluruh Tentera Ketiga Mesir di Sinai. Tenteranya berada di jalan menuju ke Kaherah, mengancam membawa kepada kekalahan besar Mesir. Campur tangan Soviet menjadi ancaman sebenar. Beberapa mesej keras dari Presiden Richard Nixon menghentikan Israel, dan membolehkan Amerika memulakan proses panjang yang membawa kepada ketenangan dan beberapa perjanjian awal. Begitu juga pada tahun 1982, semasa pencerobohan Lubnan, askar Israel sudah hampir memasuki Beirut Barat, selepas Presiden Lubnan yang pro-Israel, Bashir Gemayel dibunuh, dipercayai oleh agen Syria. Ini sudah tentu akan membawa Syria kepada peperangan. Beberapa saranan daripada Presiden Ronald Reagan kepada Perdana Menteri Menachem Begim menghalang tragedi itu. Semasa Perang Teluk pertama tahun 1991, apabila Iraq menembak 39 peluru berpandu Scud ke sasaran awam Israel dan tentera Amerika gagal menghentikan serangan Iraq, Israel sudah bersedia untuk menyerang Iraq, yang mungkin boleh memecahkan pakatan US-Arab dalam menentang Iraq. Amerika memberikan amaran kepada Israel supaya tidak terlibat dan Israel terpaksa akur. Dalam semua kes ini, penglibatan Amerika sangat pantas dan fokus, dan kepatuhan dapat disahkan dalam masa beberapa hari dan kadang-kadang jam. Dalam situasi dramatik seperti itu, kuasa Amerika memang sangat kuat. Senario lain adalah apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk perbincangan damai dua hala, membayar harga politik domestik untuknya, dan mencapai persetujuan dalam banyak isu, walaupun sesetengah perkara masih belum dapat diselesaikan dan mengancam untuk merosakkan proses itu. Dalam kes-kes seperti itu, Amerika boleh campur tangan dan dengan menggunakan pendekatan lembut dan keras, kedua-dua pihak mungkin sanggup melakukan lebih banyak perkara. Selepas lawatan Anwart Sadar ke Jerusalem pada tahun 1977, Israel dan Mesir berunding untuk tempoh setahun dan mencapai persetujuan dalam banyak isu: Keamanan, hubungan diplomatik dan pengunduran sepenuhnya Israel daripada wilayah Mesir di Sinai. Pada masa ini, Presiden Jimmy Carter – yang pada asalnya menentang proses itu – menjemput kedua-dua pihak ke Kem David untuk mencapai persetujuan damai. Pada tahun 1993, dalam perundingan rahsia di Norway (tanpa diketahui banyak pihak Amerika), Israel dan PLO mencapai persetujuan dalam saling mengiktiraf dan mewujudkan Pihak Perkuasa Autonomi Palestin. Bagaimanapun, sesetengah isu masih belum diselesaikan. Presiden Bill Clinton masuk campur dan berjaya mendapatkan kedua-dua pihak mencapai persetujuan. Apabila kedua-dua senario ini tidak wujud, inisiatif Amerika tidak akan mencapai kejayaan. Ini berlaku kepada Clinton di Kem David pada tahun 2000 dan kepada road map Bush, apabila kedua-dua pihak bersetuju dari segi prinsipal kepada garis panduan umum, tetapi tidak melaksanakannya. Ketiadaan keinginan politik, dan apabila berdepan dengan projek keamanan yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun, Amerika kelihatan seperti tidak berdaya. Ia selalunya berjaya sebagai bomba atau bidan, tetapi bukan pemula. Apa yang terpakai kepada Amerika nampak lebih jelas buat Kesatuan Eropah, yang ‘kuasa lembutnya’ tidak selaras dengan kekurangan kredibiliti tempatan. Dinamik yang sama boleh dilihat di mana-mana: untuk semua kuasanya, Amerika telah gagal menyelesaikan konflik di Cyprus, Bosnia, atau Kosovo. Rancangan Annan gagal di Cyprus kerana satu pihak menentang; kemajuan kini mencerminkan perubahan politik dalaman di Greek Cypriot. Jika Belgrade mengubah pandangannya di Kosovo, ini berpunca daripada perubahan politik di Serbia. Menyedari had kuasa Amerika tidak bermakna Amerika tidak relevan: Ia boleh menstabilkan konflik, membawa usaha pembinaan keyakinan dan merundingkan persetujuan awal. Tetapi akhirnya, dalam kes Israel-Palestin, seperti konflik antara dua pergerakan kebangsaan, kuncinya terletak pada tangan kumpulan tempatan. Tidak ada konflik kebangsaan yang dapat diselesaikan oleh kuasa luar, walau bagaimana baikpun niatnya. – CGNews Shlomo Avineri ialah profesor sains politik di Universiti Hebrew Jerusalem, pernah menjadi ketua pengarah Kementerian Luar Israel dalam Kabinet pertama Perdana Menteri Yitzhak Rabin.
|
ARKIB -Adib Zalkapli -William C. Chittick LAGI>> |
||||
>>
----------
----------
---------- *tempahan/belian terus kepada penerbit akan diberikan diakaun 10% LAGI>>
|