Mei 2008
|
ESEI Memori kanak-kanak dan kesengsaraan Manohla Dargis Sama seperti novel yang menjadi dasar cerita ini, The Kite Runner, mengisahkan seorang pelarian Afghan yang lama selepas tiba di Amerika, mengenang memori zaman kanak-kanaknya, bapanya yang emosi, rakan baiknya, layang-layang yang mereka naikkan dan kisah yang mereka kongsi. Di belakang buku Khaled Hosseini ini tertulis kata-kata seperti powerful, riveting dan unforgettable. Memang file mini akan dihiasi dengan pujian yang sama. Ada satu lagi perkataan menarik di belakang buku ini: genuine. Potret kebudayaan Afghanistan yang disembahkan dengan meluas oleh pencerita, novelis Amir, 38 (Khalid Abdalla), sudah tentu nampak betul, rasa keaslian menjadi asas gambaran buku itu tentang diaspora Afghan di Amerika. Gambarannya tentang tradisi dan ritual serta banyak perkataan asing seperti Kocheh-Morgha (bazar ayam) dan Sharini-khori (majlis makan manisan). Dengan itu, sukar untuk mempercayai keaslian mana-mana buku (dan penulisnya) yang dilahirkan dan dibesarkan di Afghanistan apabila ia bertanya berkenaan Taliban pada Jun 2001 – “Adakah ia cukup teruk?” Lakon layar selekeh David Benioff tidak menonjolkan kenaifan politik, tetapi kerana pembuat filem ini beranggapan ia tidak penting, kerana bukan seperti pembaca buku, penonton filem ini tidak peduli tentang perkara sebegitu. Beniof memberikan gambaran tentang hala tuju Komunis dan Mullah, penceroboh Soviet dan Taliban, tetapi tidak satupun yang muncul dalam cerita ini dengan cara yang berguna. Pengarah Marc Forster, mengikut scrip lantas mengelakkan politik dan sejarah – tidak ada asas perjuangan atau pandangan, hanya penjahat dan kengerian. Ia hanya menawarkan perubahan atmosfera, landskap realistik, pandangan ceria dan kanak-kanak yang tersenyum. Dan jangan lupa layang-layang. Berpuluh-puluh layang-layang yang terbang tinggi. Seperti versi filem novel Ian McEwan, Atonement, satu lagi kisah yang tercetus akibat perangan buruk remaja, The Kita Runner menonjolkan dunia yang dipenuhi pelbagai bentuk dosa asli. Dalam kedua-duanya, kata-kata dan perbuatan kanak-kanak membawa kepada keganasan dan juga perang. Kedua-dua kisah ini terbentuk dengan cara yang berbeza di buku dan skrin, tetapi apa yang jelas adalah bagaimana zaman kanak-kanak sendiri sebenarnya sudah korup dan yang dapat dibaiki oleh kedewasaan. Dalam kisah-kisah ini perang menjadi agen pencuci untuk anak-anak yang nakal, selepas melalui kesukaran, akhirnya menjadi orang dewasa yang matang. Agak lama masa diambil untuk rasa sesal itu muncul dalam The Kite Runner. Mula-mula Amir yang dewasa terpaksa mengenang kembali zaman kanak-kanaknya ketika berusia 12 tahun yang berjalan melalui debu dan eksotika – melepasi wanita dalam burka dan kepala haiwan yang terputus – berhenti membaca, menulis dan bermain layang-layang. Dia mengagumi bapanya, Baba (Homayoun Ershadi), seorang peniaga yang menggemari alkohol dan menggelar para Mullah sebagai monyet. Amir pula, disukai oleh pembantu kanak-kanak yang buta huruf, Hassan (Ahmad Khan Mahmoodzada), yang bapanya bekerja untuk Baba seumur hidup. Amir menyayangi kawannya yang lebih muda itu dengan cara yang mementingkan diri, tetapi kerana Baba juga lebih menyayangi Hassan (namun tidak cukup untuk menyekolahkannya), Amir turut mengkhianatinya. Forster, yang sebelum ini mengarahkan Monster’s Ball dan Finding Neverland, telah ditewaskan oleh The Kite Runner. Walaupun lokasinya jauh (kebanyakan pengambaran dilakukan di China), namun tidak terdapat banyak tarikan visual; shotnya agak membosankan, dan adegannya kurang ketegangan, dengan tiada editing dapat membantu. Kecuali Ershadi, ia juga kekurangan persembahan yang mengagumkan. Kedua-dua pelakon utama kanak-kanak, yang bukan profesional, sangat menarik, tetapi kerana mereka adalah kanak-kanak. Tidak seperti Kiarostami, yang memiliki kebolehan menterjemahkan ritma semulajadi penghibur bukan profesional ke skrin, yang menarik kehidupan sebenar dan membotolkannya, Forster tidak berjaya meyakinkan penonton tentang kesukaran kanak-kanak ini. Dalam kedua-dua novel dan filem, The Kite Runner, menonjolkan kisah yang ringkas tetapi tajam tentang kegemaran Amerika: pembaikan diri. Kesilapan zaman kanak-kanak Amir, bukanlah kesalahan juvenil; ia perkara biasa buat manusia dan perlu dibersihkan melalui taubat, pengakuan dan transformasi peribadi. Bagaimanapun, menonton filem ini membuatkan anda tertanya-tanya siapa sebenarnya yang menderita? Amir? Hassan? Atau Afghanistan? Atau adakah Hassan dan kanak-kanak lain, terutamanya yang ditonjolkan semasa kekuasaan Taliban, menderita kerana mudah untuk mempakejkan kesengsaraan orang lain dan mengubahnya kepada lencongan komersial? Tidak mengejutkan, dengan pelbagai aksesori asing, The Kite Runner, hanyalah menyampaikan kisah lama yang menenangkan.
|
ARKIB -Adib Zalkapli -William C. Chittick LAGI>> |
||||
>>
----------
----------
---------- *tempahan/belian terus kepada penerbit akan diberikan diakaun 10% LAGI>>
|