Mei 2008

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ESEI

Karnataka dan politik Kebangsaan India

Kita perlu bergerak melangkaui klise beberapa minggu lalu apabila kelas politik dan sekutu mereka di media bahawa keputusan pilihan raya Kartnataka akan menjadi penentu politik kebangsaan dalam tempoh beberapa bulan.

Klise peristiwa itu dalam politik bukan sahaja tidak sepenuhnya tepat pada sebarang masa dan dalam sebarang perkara separuh benar, ia sering kelihatan ragu-ragu. Bagaimanapun, sama ada ia relevan masih boleh dipersoalkan.

Lebih jelas lagi, keputusan pilihan raya Karnatakan menunjukkan beberapa tanda jelas. Faktor-faktor, yang telah nyata, adalah:

Pertama, BJP, bukan setakat mengekalkan populariti di kalangan rakyat, tetapi ia berjaya membentuk asas sokongan baru.

Ia menempatkan dirinya terdedah kepada eksploitasi musuh-musuhnya, itulah politik sebenarnya. Kejayaan pilihan raya, berfungsi seperti aprodisiak dalam menolak ke belakangg, walaupun sementara, kekeliruan ideologi parti itu dan kesukaran transisi dalam kepimpinan parti itu dalam era pasca Vajpayee.

Kedua, parti Kongres telah secara melampau meninggi-ninggikan kemampuannya dalam memulihkan popularitinya. Keputusan pilihan raya Karnataka menunjukkan walaupun terdapat kontroversi dalam pemerintahan sekular BJP-Janata Dal, kemerosotannya dalam beberapa tahun kebelakangan itu telah berkurangan. Bagaimanapun, ia jauh berbeza daripada mendakwa parti itu sedang menunjukkan kemajuan.

Ketiga, trend ini berterusan menguntungkan parti politik tempatan. Tidak syak lagi, identiti parokial dalam politik India terus menjadi kuat walaupun parti-parti serantau biasanya tidak menunjukkan kemajuan apabila berkuasa.

Akhir sekali, politik di selatan India kini lebih bertenaga. Dengan India selatan sebagai kubu penting untuk sokongan tradisional Kongres di Parlimen, ketidakpastian muncul bukan sahaja di Karnataka tetapi juga negeri jiran Tamil Nadu dan Andhra Pradesh, yang mungkin akan memberikan kesan kepada pilihan raya kebangsaan. (Kongres terikat dalam pertandingan satu lawan satu dengan parti-parti kiri di Kerala).

Namun ada implikasi yang lebih luas dalam keputusan di Karnataka. Apa yang yang bakal berlaku? Bagi BJP, keputusan pilihan raya Karnataka dilihat sebagai penggalak politik. Malah musuh terkuatnya terpaksa menerima hakikat yang sama. Parti itu sudah tentu bakal menunjukkan prestasi yang sama dalam politik kebangsaan. Harapan parti itu untuk menduduki semula parlimen tidak lagi boleh ditolak. BJP boleh menunjukkan dirinya dalam beberapa bulan akan datang sebagai alternatif di peringkat kebangsaan.

Bagi Kongres, keputusan di Karnataka menjadi satu ujian litmus popularitinya selepas berkuasa di peringkat kebangsaan selama empat tahun. Kepimpinan kebangsaan parti itu sudah berkempen secara aktif.

Parti itu mempunyai sebab yang kuat untuk mengagak prestasi kurang membanggakan kerajaan United Progressive Alliance, imej kerajaan Mahmohan Singh, yang meneruskan dasar-dasar ekonomi elitis dan kesukaran ekonomi yang semakin menekan buat orang biasa – kesemua ini mengakibatkan cabaran politik.

Namun lebih malang lagi, Kongres tidak mempunyai apa-apa yang menarik untuk ditawarkan kepada pengundi. Dan terdapat batasan dalam menggunakan langkah populis menjelang pilihan raya ketika pilihan raya berlangsung. Pengundi India kini semakin bijak.

Parti Kongres, mempunyai keputusan penting untuk dibuat. Kesemua petunjuk menandakan bahawa indeks inflasi, yang kini berada dalam dua digit dan sudah pun menyusahkan pengguna India, dijangka terus meningkat. Kehidupan buat orang biasa akan menjadi lebih sukar dalam beberapa bulan akan datang kerana harga pengguna semakin meningkat akibat peningkatan kos petrol.

Parti Kongres mewarisi legasi politik masa-masa sukar yang menanti. Tidak ada sebab untuk mempercayai bahawa kehilangan skongan politik boleh dikembalikan dalam masa beberapa bulan lagi. Dari satu segi lain, kehilangan populariti parti Kongres yang lebih teruk menjadi satu kemungkinan yang tidak dapat dinafikan.

Kedua, kehilangan Karnataka kepada BJP menyebabkan Kongres perlu membaiki kedudukan dalam pilihan raya akan datang di Madhya Pradesh, Rajasthan dan Delhi. Bagaimanapun, tidak ada yang pasti dalam politik pilihan raya. Jika parti Kongres tidak berjaya mendapatkan kuasa di salah satu negeri yang dikuasai BJP, dan mengekalkan kuasa di Delhi, ia bakal menghasilkan satu lagi legasi politik negatif yang memberikan kesan buruk dalam pilihan raya kebangsaan.

Pemimpin Kongres perlu berfikir pantas dalam tempoh beberapa hari. Mereka mungkin perlu mengagak sama ada pilihan raya kebangsaan yang diadakan serentak dengan pilihan raya negeri dapat memberikan kelebihan.

Keputusan pilihan raya Karnatakan, mungkin membawa mesej penting buat Kongres: perlukan ia menjalankan pilihan raya kebangsaan secepat mungkin? Bagaimanapun, dilema yang menghantui Kongres lebih serius lagi sebenarnya.

Adalah satu keputusan yang sukar buat parti politik dalam sebarang negara yang demokratik untuk menanggalkan kuasa apabila ia boleh memerintah selama setahun lagi.

 

 


 

ARKIB

-Adib Zalkapli

-William C. Chittick

LAGI>>

>>

Jawapan Kepada Soalan : Apa Itu Pencerahan baru

Pengarang : Immanuel Kant Harga: RM 20.00

----------

Pembentukan Mazhab-Mazhab Awal dan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah baru

Pengarang : Fazlur Rahman Harga: RM 15.00

----------

Polemik Islam Dan Dasar pemerintahan Karya Ali Raziq baru

Pengarang : Mohamad Immarah

Harga: RM 30

----------

*tempahan/belian terus kepada penerbit akan diberikan diakaun 10%

LAGI>>

komen