Mei 2008

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ESEI

Jiwa di hujung mata
A. Sabri

 

[You are paralyzed from head to toe. And, as you now must have realised, you are unable to speak. You have what we call 'locked-in syndrome'.-Dr Lepage]

[We're in the same boat. I'm stuck in this apartment. I can't get up and down the stairs. You try four flights of stairs when you're ninety-two years old. So you see, we're both locked-in cases. You in your body and me in my apartment. - Papinou]

 

Julian Schnabel, seorang pelukis dan pengarah filem, telah mengangkat sebuah memoir editor majalah fesyen Perancis Elle (Wanita), Jean Dominique Bauby (Mathieu Almaric) ke layar perak. Memoir yang lahir daripada pergerakan mata kiri setelah Jean Do, menyalami strok dan disahkan lumpuh dari kepala hingga tumit–locked-in syndrom –ketika usia 43 tahun. Skrip filem, dari tajuk memoir yang sama, telah diadatapsi dengan baik oleh Ronald Harwood.

Bapa kepada tiga orang anak ini, sebelum mengalami strok, adalah seorang editor yang popular, glamour dan kacak. Ketika sedar, setelah 20 hari terlantar koma di hospital, dia cukup terkejut dengan perubahan dirinya. Dia tak boleh bercakap dan bergerak. Seluruh badannya lumpuh kecuali mata kiri, telinga dan otaknya masih berfungsi. “What's happened to me?”

Mulut dan bibirnya senget damn jatuh ke kiri. Dia tak boleh bercakap kecuali dengan kerdipan mata kirinya. Henriette Durand (Marie-Josee Croze) dan Marie (Olatz Lopez Gramendia), dua orang juruterapi yang membaca abjad untuk berkomunikasi dengannya. E-S-A-R-I-N-T-U-L... diulang-ulang, dan bila tiba huruf pilihannya, dia akan mengerdip sekali, tanda ya. Dua kali tandanya tidak. Dan dicatit satu persatu sehingga menjadi satu perkataan dan seterusnya menjadi satu ayat yang lengkap.

                                                            ***

Kekuatan filem ini adalah dari segi pengarahan, sinematografi dan kekuatan skrip. Schnabel berjaya menghidupkan watak Jean-Do. Kebanyakan penggambaran diambil di hospital. Watak Jean-Do yang lumpuh, serta memek muka yang hodoh akibat strok meraihkan rasa simpati penonton tehadap beliau.

Dengan menggunakan teknik flashback, Schnabel berjaya menjelaskan riwayat dan kisah kehidupan Jean-Do, seorang editor yang kasanova, seorang ayah dan lelaki yang penyayang, serta seorang anak yang bertanggungjawab. Dia punyai ramai kawan, dan cukup disenangi oleh kawan-kawannya.

Sewaktu sedar daripada dari koma, tidak lama lepas itu Pierre Roussin dan Laurent datang datang menjenguknya di hospital. Roussin, kawannya yang diculik oleh perampas kapal terbang kemudian dibawa ke Beirut. Dia diculik selama lebih empat tahun di sana. Dia memberi semangat kepada Jean-Do agar jangan kecewa dengan apa yang berlaku kepadanya. Seperti dirinya yang sabar dalam tempoh penculikan itu.

Dia tidak sanggup menempuhi semua itu. Dia merasakan semua nikmat yang dikecapi sudah hilang. Tidak ada sesutu yang lebih berharga baginya kecuali mati. Permintaan M-O-U-R-I-R (mati) yang dieja kepada Henriette, meruntun jiwa penonton menangis. “Alangkah sanggup berkata begitu, sedangkan orang lain masih sayangkan kamu,” kata Henriette sambil menangis. Tangisan Henriette menutup babak sedih suatu hari di hospital.

Schnabel menyingkap kisah-kisah Jean-Do sewaktu dia terbujur kaku di atas katil dan kerusi roda di hospital. Pada peringkat awal pergerakkan yang terbatas membuat beliau sudah hilang keyakinan untuk hidup. Dahulu, sewaktu popular ramai kawan, tapi sewaktu sakit, tiada siapa yang menjenguknya, kecuali beberapa orang yang masih setia dengannya.

Walaupun hidup – mendengar, berfikir dan berkomunikasi – tetapi seluruh tubuhnya mati. Semuanya terkunci dari dalam. Terpenjara. Sunyi dan sendiri. Dia seperti rama-rama dalam kepompong. Di hospital, dia mengimbas kembali sewaktu dia sihat. Bersama-sama Josephine, bekas kekasihnya, di Lourdes menikmati malam di sana bersama-sama. Mungkin lumpuh itu sebagai kafarah Tuhan kepadanya agar lebih menyayangi Celine daripada orang lain.

Pergerakkannya yang terbatas tanpa reaksi daripadanya, menjadikan dia belajar peka dengan sekitaran. Jean-Do mengibaratkan dirinya seperti sayap rama-rama baru keluar dari kepompong. Tidak berdapat bergerak dan memberi reaksi ketika di dalamnya. Bila sampai waktunya, ia keluar dan peka dengan sekeliling terutama madu-madu bunga.

Begitu juga perasaaanya terhadap orang sekelilingnya. Dia lebih menghargai perasaan Celine yang setia bersamanya walaupun dengan keadaannya yang lumpuh, perasaan Papinou, (Max von Sydow) ayahnya, juga yang terpenjara – akibat sakit tua – di  dalam rumah, kerinduan terhadap Jean-Do sehingga tidak dapat menemuinya di hospital. Kerinduan ayahnya hanya diungkap dengan tangisan dalam panggilan telefon di samping meninggalkan wasiat di dalam laci meja dalam biliknya. Jean-Do juga menangis.

Suatu hari, Jean-Di berhasrat untuk menulis buku. Dia mempunyai kontrak menulis buku dengan sebuah penerbit dan dari situ Jean-Do berkenalan dengan Claude Mendibil (Anne Consigny), wanita berada disisi Jean-Do suatu ketika dahulu, kini menulis setiap perkataan yang diucap olehnya. Claude cukup bertuah kerana Jean-Do mengabadikan namanya di dalam memoir ini sebagai ucapan terima kasih.

Selama lima jam sehari mereka menulis. Bermula pada jam 8 pagi. Shot-shot tidak hanya tertumpu di dalam hospital sahaja, juga tertumpu di beranda hospital, mengadap bukit-bukit, dan kawasan pantai diringi ombak laut yang menghempas. Kesabaran Claude juga teruji. Itulah syarat utama penulis yang bekerja dengan Jean-Do, sewaktu perbincangan Henriette dengan Betty Mialet, penerbit buku.

Schnabel yang memenangi anugerah pengarah terbaik dalam filem festival Cannes 2007, bersama jurukamera Janusz Kaminski telah menjadikan kamera mewakili Jean Do. Dan Jean-Do itu adalah kita. Schnabel cuba mengajak penonton menyelami jiwa, fantasi, dan suka duka Jean-Do sepanjang dia bangun dari koma sehingga meninggal, dua hari selepas memoirnya diterbitkan. Dan jurukamera ini telah  ini juga mengambil shot-shot yang menarik.

 

***

Filem ini juga mengisahkan perempuan-perempuan yang mendampingi Jean-Do. Henriette, Marie, Celine, Ines, Claude, dan Josephine. Ia mengingatkan saya kepada Pedro Almodovar dalam filem-filemnya terutama Volver. Almodovar mengabadikan wanita sebagai tema dalam filemnya. Schnabel melihat wanita mengikut pandangan Jean-Do dalam filemnya.

Filem ini harus ditonton. Filem yang diangkat dari memoir agung ini mencabar penulis-penulis agar terus berkarya. Dalam bisunya itu, Jean-Do berkarya tentang dirinya dan merakamkan perasaan manusia. Seperti sayap rama-rama yang peka dengan sekeliling. Hilang Jean–Do, hilanglah rama-rama. Yang tinggal hanya kuntuman bunga dan madunya, lalu siapa lagi akan menghisap madu itu selepas ini?

 

 

 


 

ARKIB

-Adib Zalkapli

-William C. Chittick

LAGI>>

>>

Jawapan Kepada Soalan : Apa Itu Pencerahan baru

Pengarang : Immanuel Kant Harga: RM 20.00

----------

Pembentukan Mazhab-Mazhab Awal dan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah baru

Pengarang : Fazlur Rahman Harga: RM 15.00

----------

Polemik Islam Dan Dasar pemerintahan Karya Ali Raziq baru

Pengarang : Mohamad Immarah

Harga: RM 30

----------

*tempahan/belian terus kepada penerbit akan diberikan diakaun 10%

LAGI>>

komen