Mei 2008
|
ESEI Keluarga bin Laden Christopher Caldwell Adakah Osama bin Laden seorang pemberontak dalam kelas pemerintah Arab Saudi atau adakah ia seorang anggota keluarga contoh? Persoalan inilah yang dibincangkan dalam The Bin Ladens: An Arabian Family in the American Century, oleh pemenang Hadiah Pulitzer, Steve Coll. Pengganas paling terkenal di dunia itu menjadi kaya hasil perniagaan keluarga yang disebut Coll sebagai the kingdom’s Halliburton. Seperti Halliburton, Binladin Group pakar dalam projek infrastruktur gergasi. Hubungan dengan kerajaan merupakan kunci kekayaan keluarga itu. Bagaimanapun, Arab Saudi, seperti yang ditunjukkan Coll, merupakan tempat kepentingan pemerintah dan revolusionari sukar dibezakan. Muhammad bin Laden, bapa Osama, berhijrah dari Hadhramawt, Yemen pada tahun 1920an. Tiba di Jeddah ketika Arab Saudi hampir tidak mempunyai jalan berturap dan rajanya menyimpan harta dalam tin. Muhammad seorang yang karismatik. Para pekerjanya, mengaguminya. Beliau sangat jujur, satu sifat yang terkenal bagi mereka yang berasal dari Hadhramawt, dan syarikatnya masih mengekalkan reputasi ini. Lebih penting lagi, Muhammad melayan putera-putera Saudi yang tamak dan cerewet dalam melakukan kerja-kerja yang memalukan seperti membersihkan taman dan membaiki penghawa dingin. Para kerabat membalas jasanya dengan menjadikan beliau pemaju istana dan lebuh raya selepas peperangan yang menyaksikan ledakan kekayaan negara itu. Ketika Muhammad meninggal dalam kemalangan kapal terbang pada September 1967, syarikatnya dianggarkan bernilai AS$150 juta, dan telah mempunyai 54 anak dan kira-kira 22 isteri. Anak-anaknya, termasuk Osama, membesar dalam bayang-bayang masyarakat istana. Bantuan diraja memang sentiasa ada. Kerana keluarga Saud menghantar anak mereka ke Princeton dan Georgetown, Muhammad juga turut menghantar kebanyakan anak lelakinya ke Barat, bermula dengan Salem, pewarisnya yang kasar dan suka berfoya-foya. Catatan Coll tentang Salem sangat mendalam. Apabila Raja Faisal dibunuh pada tahun 1975, Raja Fahd mengambil alih. Kewarakan yang menjadi nilai buat bapanya bertukar kepada hedonisme dan konsumerisme: mewujudkan satu persamaan dengan keluarga diraja. Pengetahuannya tentang pesawat peribadi, kereta mewah dan gadget baru menjadikan Salem, kata Coll sebagai concierge diraja. Salem seorang yang fokus. Kerabat diraja yang dibantunya semasa membeli-belah adalah mereka yang menentukan siapa yang mendapat kontrak yang menguntungkan. Salem menugaskan setiap saudara lelakinya putera raja untuk dijaga, sementara beliau bekerja mengumpul kroni berkuasa di Amerika Syarikat. Seorang pelobi, Jim Bath, yang pernah berkhidmat dengan George W. Bush dalam Pengawal Kebangsaan Udara Texas, menjadi laluannya untuk menerobos ke dalam peringkat tertinggi politik Texas – Bush, Bentson dan lebih-lebih lagi James Baker, yang kemudiannya menjadi Setiausaha Negara, yang dipanggil peguam keluarga bin Laden sebagai ahli politik kegemaran keluarga itu. Semenjak kematian Salem dalam kemalangan pesawat pada tahun 1988, patriak keluarga itu kini, Bakr, telah menyuburkan hubungan dengan Amerika, sebagai pelabur dalam Carlyle Group dan penderma kepada perjuangan Jimmy Carter. Keluarga bin Laden, tulis Coll, memiliki bahagian yang banyak dalam Amerika, negara yang diperangi Osama. Osama seorang yang pemalu. Coll berkata beliau mungkin dihantui oleh status rendah ibunya yang berbangsa Syria. Satu kumpulan perbincangan yang disertainya semasa sekolah menengah memenuhi dirinya dengan tujuan perjuangan, dan kemudiannya, anti-Semitisme dan anti-Amerikanisme serta kebencian kepada fotografi. Pendirian ini tidak menarik banyak perhatian. Kerana ia hanyalah versi yang lebih keras yang diajar kepada anak-anak Saudi. Kewarakan yang dipolitikkan tidak menjadikan Osama kambing hitam keluarga. Ia menjadikannya asset. Pada pertengahan 1980an, Fahd memberikan bin Laden kontrak untuk membangunkan semula kota suci Makkah dan Madinah. Mereka bergantung kepada budi ulama Saudi dan putera yang berkuasa seperti Putera Nayef yang kemudiannya mendakwa serangan 9/11 sebagai plot Zionis. Komitmen Osama kepada perang suci Islam menimbulkan kekaguman orang-orang seperti itu. Dia tidaklah membenci keluarga Saud, jika Osama mendapati ada yang membenci keluarga Saud, Osama akan datang dengan tergesa-gesa. Malah pada tahun 1990, Coll menulis, beliau melihat dirinya sebagai gerila Islam antarabangsa yang berkhidmat untuk raja. Coll menunjukkan usaha Osama dalam menyokong Mujahidin menentang Soviet di Afghanistan tidak mungkin dilakukan berseorangan. Beliau hanya mewarisi 2.27 peratus kekayaan bapanya. Apa yang dimilikinya adalah rangkaian diraja – putera yang konservatif, rakan kongsi syarikat itu dan dana kebajikan banyak keluarga elit, termasuk dirinya. Beliau juga mempunyai peralatan. Bin Laden Group merupakan pemilik terbesar jentolak Caterpillar di dunia. Osama menggunakannya untuk menguatkan gua yang menjadi tempat perlindungan mujahidin Arab dan Afghan dan selepas 9/11, untuk dirinya. Salem turut mengatur penghantaran misil anti pesawat. Khalid, seorang saudara lelaki yang bekerja di pejabat Kaherah syarikat itu, mendapatkan visa Afghan buat radikal Mesir. Jihad menjadi satu urusan keluarga. Persoalannya, adakah ia masih satu kegiatan keluarga selepas Osama mengalih perhatiannya kepada Amerika Syarikat. Coll tidak menembusi jaringan dalam keluarga itu, jadi kesimpulannya tidaklah tepat. Bagaimanapun, melalui laporan kerajaan dan temu bual dengan rakan-rakan perniagaan bin Laden, beliau memberikan gambaran jelas tentang satu keluarga eksotik yang ditarik ke dua arah berbeza oleh peristiwa dunia. Kadang-kadang gambaran itu terlalu ketara, dan melebihi apa yang diperlukan pembaca seperti ladang Khaled bin Laden di Mesir, penagihan dadah ipar Brazil Khalil bin Laden kegagalan pelaburan saham Yeslam bin Laden. Adik-beradik Osama menolak tindakannya seawal 1994, tetapi membuka pintu untuk berbaik-baik. Namun selepas 9/11 mereka lebih berminat mengekalkan nasihat perundangan daripada berkongsi maklumat. Coll mendapati tuduhan dalam kes penjagaan California mendapati terdapat sambutan di rumah bin Laden di Arab Saudi selepas serangan itu. Coll tidak percaya keluarga bin Laden yang dibenarkan meninggalkan Amerika dengan pesawat khas lapan hari selepas 9/11 mempunyai hubungan dengan radikal Islam. Beliau mendakwa, seorang yang kemungkinan mempunyai hubungan, Omar Awadh, tidak pernah disiasat FBI. September 11 mengubah keluarga itu dengan dua cara: ia menjadikan salah seorang anak lelakinya sebagai wira dunia Arab, dan ia menaikkan harga minyak, meledakkan bidang pembinaan. Dengan harga minyak mengatasi AS$100 satu tong, keluarga bin Laden semakin kaya. Ia sedang membina lapangan terbang di Mesir dan lain-lain tempat. Di Makkah dan Madinah, ia terlibat dalam projek hartanah yang luas. “Untuk memuaskan hati orang Amerika, keluarga bin Laden perlu memohon maaf dan menolak Osama,” tulis Coll. “Untuk memuaskan hati penduduk Arab, tempat terletaknya kepentingan kewangan keluarga itu, pendirian seperti itu hanya akan dilihat sebagai pengecut.” Tempoh tujuh tahun mendedahkan realiti yang kejam. Untuk keluarga dan negaranya, serangan Osama bin Laden kini bertukar menjadi keuntungan. – NYT
|
ARKIB -Adib Zalkapli -William C. Chittick LAGI>> |
||||
>>
----------
----------
---------- *tempahan/belian terus kepada penerbit akan diberikan diakaun 10% LAGI>>
|