JalanTelawi [Beta] » Buku

Antara Badrul Bambi dan Terminus A Quo
“kepercayaan mereka pada bakat

hanyalah satu retorika

ini alam pedih yang menyurih warna cereka

kebijaksanaan itu debu di hujung cerita

bila tidak menguntungkan kita.”

-Petikan puisi Sajak untuk Penulis Cerita, terbit dalam majalah Dewan Sastera, Januari 2012.

Kumpulan sajak bertajuk Badrul Bambi oleh Raihani Mohamad Saaid

Pada hari saya menulis artikel ini, fenomena 901 sedang beransur-ansur mengendur di luar sana. Dimaklumkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan tidak bersalah, maka, sekurang-kurangnya ia turut melancarkan kembali aliran trafik jalan raya bahkan kepada draf penulisan artikel ini. Sebagaimana negara-negara lain di dunia, susunan drama politiking di sini tidak kurang menariknya. Hanya menunggu tarikh rasmi bilakah PRU13 bakal berlangsung dan pihak manakah seterusnya berada di Putrajaya.

Sungguh tidak benar bahawa penulis karya kreatif, kononnya dianggap unik, duduk terperuk dalam bilik studio dengan kaca mata tebal dan bermuka penyendiri, tidak mengambil hirau suasana siasah, sosial mahupun keputusan perlawanan bola sepak antara Harimau Malaya menentang Timnas Indonesia, misalnya. Malah memilih untuk menjadi penulis bukan suatu alternatif menyenangkan dalam sesebuah negara seperti Malaysia.

Setiap tema penulisan yang mengangkut persoalan kepekaan sesuatu kaum, agama, budaya dan gaya hidup, tidak dibolehkan terlalu terang lukisannya. Ada garis merah yang tidak dibenarkan untuk dilintasi. Kita belum bersedia sepenuhnya menerima karya kreatif yang membenarkan para penulis menjadi seorang realis. Maka, para penulis terpaksa terus-menerus menulis tentang langit jingga, bulan dan bintang sebagai simbolisme. Soalannya, apakah ia tidak meletihkan?

Kumpulan cerpen bertajuk Terminus A Quo oleh Raihani Mohamad Saaid.

Saya sekadar mengambil contoh, Emile Zola, penulis yang merakam realisme di Perancis, menjadi ikon terbaik betapa berkesannya mata pena seniman kreatif membawa tanggung jawab sosial sebagai penyebar kesedaran masyarakat akan hak mereka sebagai manusia. Wah! Hebat bunyinya. Peranan sedemikian turut disedari di Malaysia dalam pelbagai jalur ekspresi seni.Sehingga sekarang, ada beberapa pihak kurang bersetuju kerja penulisan SN A. Samad Said dalam novel klasiknya Salina kerana pemaparan jalan cerita, watak utama dan dunia gelap yang menjadi atmosfera novel tersebut. Jika anda berasa muak dan kecewa kerana gagal menulis kenyataan, maka, tulislah sebuah dunia fiksyen di mana kenyataan dan dongeng dipadukan untuk mengejek realiti sebenar yang disembunyikan oleh para manusianya sebagaimana dilakukan Orhan Pamuk.

Mari saya memperkenalkan nama penulis muda ini, barangkali ada yang masih kurang mengenali Siti Raihani Mohamad Saaid. Dalam kalangan penulis generasi baharu, dia mengaku belum cukup tersohor sebagaimana penulis novelis popular seperti Ain Maisarah, sebagai contoh kecil. Diam-diam dia sudah pun memiliki tiga buah buku malah sering diundang sebagai deklamator untuk membaca puisi di Rumah PENA atau di beberapa acara. Bahkan turut ditawarkan untuk mengendali bengkel penulisan kreatif.

Namun, siapakah wanita makhluk ciptaan Allah yang tidak setia bertudung mengikut gaya 80-an dan sering menulis status-status nakal dan sinis di laman Facebook itu? Cantikkah dan bolehkah dia menyediakan hidangan nasi briyani dengan ayam masak masala sekali? Mengapakah dia kurang dikenali berbanding bakat penulisannya?

Untuk soalan itu, saya akan menulis ulasan atau pandangan berkaitan dua buah buku bertajuk Badrul Bambi dan Terminus A Quo karya sepenuhnya oleh Siti Raihani Mohamad Saaid (akan ditulis Raihani sahaja selepas ini). Sebagai sahabat, saya kadang-kadang terkilan apabila kurangnya nama dan karya-karya tulisan Raihani disoroti dalam media. Mungkinkah kerana dia seorang penulis wanita? Alangkah kolotnya kedengaran jika saya menyoal demikian. Dan berapa orangkah penulis di Malaysia mengenali Emily Dickinson?

Bagaimanakah kita secara jujur menilai sesebuah karya kreatif jika tidak bersandarkan pada ukuran kualiti penghasilannya? Apakah kita secara tidak disengajakan memenangkan sesebuah karya atas ukuran sebaliknya? Misalnya kerana individu tersebut menyisir rambut dengan kemas berbanding seorang lagi individu yang berseluar jean lusuh malah tidak fasih berbahasa Inggeris, misalnya?

Sudah tentu ada perbezaan gaya kerja penulisan yang dihasilkan oleh dua penulis tetapi hanya akan ditentukan ukuran yang sama. Iaitu kualiti. Semua orang bersepakat bahawa tiada sebarang kelas dalam karya penulisan antara karya beraliran pop mahu pun seni. Sekali lagi, ukuran bagus dan tidak bagus yang memisahkan sesebuah kerja penulisan kreatif.

Dan apakah penulis bernama Raihani dianggap berbakat atau sekadar suka-suka menulis kerana tiada hobi lain pada petang hari? Namun, sekiranya anda belum lagi mengenali penulis bernama Raihani, segeralah mendapatkan ketiga-tiga buah buku tulisannya. Kerana untuk artikel ini, saya hanya akan menulis serba ringkas dua buah buku Raihani yang ada di atas meja tulis saya sekarang.

Buku Badrul Bambi merupakan himpunan sebelas buah cerpen manakala dalam buku terbaharu beliau, Terminus A Quo menempatkan lima puluh tiga buah puisi. Sungguh panjang kronologi masa penciptaan yang tercatat di bawah karya-karya di dalam kedua-dua buah buku tersebut. Ini kerana dia hanya memilih karya-karya terbaik untuk dibukukan sebelum diedarkan kepada para pembaca budiman.

Kedua-dua buah buku tersebut diterbitkan atas dana sendiri sebelum berita pemberian dana sejumlah berjuta-juta oleh PM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merangsang industri penerbitan karya dalam kalangan penulis muda baru-baru ini. Terima kasih PM. Sayangnya, Raihani terlanjur awal menerbitkan sendiri buku terbaharunya, Terminus A Quo dan terlepaslah beliau untuk merasai nikmat dana yang diperuntukkan RM1 juta kepada PENA yang diumumkan sedikit lewat ketika proses percetakan kali kedua buku Terminus A Quo buat masa ini.

Kedua-dua buah buku tersebut memperlihatkan karakter Raihani yang menyingkir tema keselesaan. Cerpen-cerpennya bernuansa moden sebagaimana puisi-puisinya tidak bergambarkan pohon nyiur melambai-lambai di tepi pantai. Apakah ia tema keselesaan? Apakah pula tema yang boleh dianggap selesa dalam penulisan karya kreatif? Dan apakah bezanya karya bersifat bawah tanah? Raihani melalui karya-karya yang terhimpun dalam kedua-dua buah buku tersebut menulis dengan pendekatan “berjenis” dan tidak berhasrat terikut-ikut dengan aliran penulisan yang kurang (digemari) mencabar bakat seninya.

Dia pengekor fenomena masyarakat bahkan politik semasa sekali gus. Inilah dimensi yang menarik apabila memperkatakan tentang kepengarangan Raihani. Kedua-dua buah buku masing-masing dalam genre cerpen dan puisi itu juga merupakan buku pertama daripada Raihani secara persendirian. Bertentangan dengan usia dan aliran penulisan para penulis muda lain, Raihani cenderung menekankan aspek pemikiran berkat rejim pembacaannya yang dipesona oleh gaya pengucapan intelektual SN Muhammad Haji Salleh.

Dan puisi di atas yang saya petik pada awal artikel ini, memperlihatkan bagaimana Raihani memadatkan diksi untuk disesuaikan dengan pemikiran yang ingin disampaikan. Jika aliran penulisan karya kreatif dalam kalangan penulis generasi baharu cenderung memilih gaya menulis berterus-terang, maka, Raihani memilih dengan kaedah sekolah lama. Kerana dia tidak perlu menjadi orang lain semasa menurunkan ayat-ayatnya. Dia bercita-cita memperbaharui peranti berkias dengan cita rasa moden.

Kesan pemerhatiannya terhadap isu-isu yang membelenggu atau membodohkan masyarakat tidak pernah surut dalam setiap karya kreatifnya. Dia menghapuskan dekorasi bahasa tipikal kewanitaan apabila kita gagal melihat tema-tema romantis dalam sesebuah puisinya. Sebaliknya dia menulis kehitaman hati manusia dan kecurangan dunia sebagaimana terakam dalam puisi bertajuk Fait Accompli.

Sama ada dalam genre cerpen malahan puisi, suara sinikal Raihani dibentuk membayangi semangat Hang Nadim justeru mewakili suatu sikap dan pemikiran baharu dalam menilai gejala bejat dalam negaranya. Oh! Ya, bahasa Raihani memang sarat berkias. Andai kata anda terasa sedikit lambat untuk sekurang-kurangnya memahami separuh daripada isi cerpen atau puisinya, sila ulang baca dan padankan dengan isu-isu di luar yang melanda masyarakat.

Dia bangun mempersoalkan sesuatu isu besar kebangsaan dan jalan paling sulit dicipta dalam sebaris puisi dan naratif apabila beliau harus memindahkan pendapat dan ejekan beliau menjadi metafora. Saya tidak akan mengulas segala struktur kerja penulisan Raihani melalui aplikasi teori sastera.

Ayat-ayatnya tebal dan dramatik ketika menampung muatan makna serta amanat kepada para pembaca. Sungguh tidak komersial konotasinya. Cerpen-cerpennya tidak menawarkan kisah kebahagiaan mengikut hukum happy ending. Perkara paling sukar bakal menunggu pembaca karya-karya kreatif Raihani ialah sejauh mana kepekaan imaginasi dan kecerdasan intuisi mereka apabila berhadapan dengan perlambangan dan kiasan dalam tulisan beliau.

Siapakah yang boleh memahami kemelut sahsiah dalaman negara di sebalik cerpen Peran Teraju yang berkisar tentang persediaan sebuah skrip pementasan? Apakah perlambangan sedemikian hanya sekadar khayalan fiksyen sahaja? Dalam sebuah puisi bertajuk, Muda Jauhari, Raihani menulis dilema dalamannya:

Bagaimana akan kita tulis kembali

tafsir baharu dalam kamus bangsa

bagaimana kita yang memilih kata

dan menyisih dusta

Ada beberapa sebab mengapa seseorang melibatkan diri dalam bidang penulisan. Sama ada bercadang menyatakan perspektif dan suara mereka untuk didengar masyarakat atau ingin memiliki banglo tiga tingkat dengan kolam mandi berkilauan di halamannya. Sekarang, penulisan bolehlah dianggap suatu industri yang menguntungkan jika subjek ditulis menepati selera golongan terbesar masyarakat.

Jika anda berbakat mencipta sebuah dunia fiksyen paling digemari pembaca remaja (panggillah dengan istilah gedik sekalipun), maka itulah kelebihan anda yang tidak dimiliki oleh penulis yang menulis subjek serius atas nama seni kesusasteraan. Golongan penulis kreatif tidak perlu lagi berpakaian aneh di khalayak ramai. Bersikap anti sosial atau hanya mengunjungi kedai buku dan berlagak seperti orang tua yang menghukum generasi mudanya melalui laman sosial Facebook.

Apabila Raihani tidak memilih untuk menebalkan dompet duit dengan jalan segera, sudah tentu ada sebab kuat mengapa jalan berliku dan kurang lumayan menjadi pilihan tema penulisannya. Raihani menjadi bad boys dalam senario sastera Malaysia menerusi pendekatan khasnya. Tidak perlu menggunakan kata-kata kesat atau bercampur-aduk dengan bahasa asing untuk menunjukkan tahap keurbanan seseorang penulis. Pemilik ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan dari Universiti Malaya ini tidak bersetuju adanya diskriminasi gender dalam dunia penulisan. Dengan mentaliti sedemikian, Raihani tidak membenarkan tanggapan umum bahawa penulis wanita berasa lebih selesa menulis hal-hal kewanitaan. Barangkali dia turut terpengaruh dengan corak tudung semasa atau filem-filem terbaik di pawagam.

Pada karya-karya kreatifnya, dia memilih isu-isu pergelutan masyarakat, perselisihan sahsiah yang tidak mungkin kunjung selesai, jatuh bangun nasib bangsa dan masa depan negara ke dalam karya-karya kreatif dan tidak menulis tetek bengek cinta remaja untuk menaikkan namanya.  Apakah dia serius dua puluh empat jam dan tidak menonton siri animasi kartun SpongeBob Square Pants, misalnya?

Malah, jika ingin melihat sudut berbeza kerja penulisannya, jangan lupa mendapatkan majalah In Trend untuk membaca catatan dengan gaya berhumor yang cerdas daripada Raihani. Jarang seseorang penulis yang dianggap serius dalam setiap karya penulisan mereka mampu menulis secara lucu sebagaimana  bakat yang dimiliki Raihani. Komedi ialah suatu cara untuk mengendurkan keseriusan. Mampu menciptakan suasana komedi juga memerlukan kecerdasan bakat.

Tidak mengejutkan, Raihani menerima pengiktirafan di peringkat kebangsaan seawal pembabitannya dalam bidang penulisan kreatif. Dia matang lebih awal daripada usianya. “I’ve always said one ages faster in photographs than in real life” bak kata Gabriel Garcia Marquez dalam cerpen Bon Voyage, Mr. President. Maaf, jika perumpamaan yang saya kutip itu tidak semakna dengan status kedewasaan Raihani pada awal usianya dalam penulisan. Tetapi itu realiti.

Nah, di situ gelombang kontroversi pernah mengganggu seketika dunia kesusasteraan Malaysia. Tetapi tidak ramai pula masyarakat mempersoalkan akal cerdik yang dimiliki Hang Nadim ketika Temasik dilanggar ikan todak. Lebih menyokong tentang isu sebegitu, berita kejayaan penulis wanita bernama Tea Obreht dari Serbia, baru berusia dua puluh lima tahun memenangi anugerah Orange Prize, bahkan mengetepikan beberapa nama penulis wanita senior wajar dijadikan contoh bahawa usia tidak pernah menjadi isu dalam dunia penulisan.

Apakah benar beliau yang menulis tanpa sentuhan tangan lain? Ewah! Mengapa Raihani tidak main masak-masak, contohnya, ketika masih berusia awal belasan tahun? Bukan kerana beliau dilahirkan dalam keluarga penulis, tetapi kekuatan yang datang dari mata penanya sendiri diragui oleh segelintir komuniti penulis. Raihani dibesarkan dalam sebuah keluarga di mana bondanya sendiri merupakan seorang penyair wanita terbaik negara, iaitu Dr. Zurinah Hassan.

Dia membaca buku yang tidak mungkin dibaca oleh kawan-kawan sebayanya. Saya, sebaliknya, datang dari sebuah keluarga yang tidak tahu-menahu tentang kesusasteraan moden. Saudara-mara saya lebih mengenali Noh si vokalis kumpulan muzik Hujan berbanding novelis Baharuddin Bekri. Kedua-duanya kelahiran negeri Sarawak, seperti juga saya. Dalam rumah saya di Sarawak tidak ada rak buku sastera serius kecuali beberapa buah muqaddam dan Al-Quran.

Masyarakat sastera mempersoalkan kemampuan Raihani pada ketika itu yang masih muda remaja menulis. Peliknya masyarakat kita! Penulis kelahiran Kuala Lumpur ini menerima pelbagai hadiah sastera dan yang paling istimewa sudah tentu apabila tiga buah puisi beliau terpilih untuk penilaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2002-2003, 2004-2005 dan terbaharu pada tahun 2010. Kita tidak adil kepada bakat seni seseorang dan membiarkan sastera menjadi tempat sebagai medan polemik sia-sia.

Sejak bila individu peminat haruman pewangi dan cenderung berpenampilan ranggi ini menulis? Apakah beliau sudah mengenali karya-karya berat pada usia masih muda seperti kelaziman para penulis tersohor yang lain? Maka dengan itu, secara di bawah sedar membina gaya pemikirannya yang menggamamkan beberapa penulis dewasa yang terlebih dahulu makan garam.

Haruslah dibeli buku-buku beliau, kerana di dalam prakata untuk buku kumpulan puisi Terminus A Quo, didedahkan pada usia baru lima belas tahun, Raihani berkemampuan menulis puisi. Bukan puisi cintan-cintun atau tentang atmosfera kanak-kanak sebaya di sekolah. Tetapi teks puisi yang seakan-akan wajib dipilih oleh para peserta pertandingan deklamasi puisi Hari Kebangsaan setiap tahun.

Saya tidak bertujuan menganalisis karya-karya kreatif Raihani dalam kedua-dua buku tersebut secara satu-persatu. Memadai di sini, saya menulis latar belakang kepengarangan Raihani, barangkali belum terlambat kepada anda untuk mengenali siapakah beliau sebelum tarikh rasmi PRU13 nanti. Dia menulis sesuatu peringatan dan pesanan daripada generasi baharu yang berasa perlu didengari suara-suara mereka. Sebagaimana katanya sendiri dalam prakata buku Terminus A Quo: “Jika tidak berjumpa yang indah, carilah yang bermanfaat.”

Roslan Jomel, seorang cerpenis. Antologi cerpennya yang pertama bertajuk Namaku Epal Kuning diterbit Dewan Bahasa dan Pustaka.Kiriman Berkaitan

A.S Byatt Clarissa Lee

Penghujung Jalan Mati admin

Biografi Rainer Maria Rilke admin

Sore: Satu Upaya Apresiasi Ammar Gazali

Penulis Muda Sebagai Ikon Si Pemberani Fathi Aris Omar

Phil Ochs Meor Yusof Aziddin

Lima Bintang Ridwan Saidi
Cuma ada dua kategori novel. Pertama, novel yang berbaloi untuk dibaca. Kedua, novel yang tak berbaloi langsung untuk disebutkan tentangnya. Selebihnya cuma politiking sama ada oleh si penulis, penerbit, atau penulis ulasan novel itu. Menurut capaian Google ke atas pautan blog-blog, Amerika dicap sebagai anti-thesis kepada novel skema Alaf 21 – kalaulah aku tahu novel skema Alaf 21 tu apa benda. Membaca ulasan-ulasan ini, buat aku percaya Amerika jatuh di kategori yang pertama.

Aku jenguk blog Binfilem memandangkan Ridhwan masih membebel tentang buku yang ditulisnya. Daripada entri yang aku baca, Ridhwan tak suka tulisan skema. Bagi Ridhwan, tulisan budak skema ni bosan. Tanpa berlengah lagi, aku buat kesimpulan Ridhwan sudah berhasil menemukan formula menulis novel yang tak skema. Dia telah menemukan antidot untuk kebosanan buku teks sastra KBSM. Aku letakkan harapan besar. Harapan aku, setidaknya novel ini akan membuatkan Jayzuan pulang rumah, masuk bilik air, putar pili air, kemudian meraung sekuat hati.

Apa yang ditulis untuk menjadikan novel itu tak skema?

Murshid Merican. Pemuda yang tinggal di Kuala Lumpur. Bekerja sebagai arkitek di Brickfields. Selain teruja dengan bidang yang diceburinya, Murshid seorang yang peka dengan sekelilingnya. Murshid seorang pemerhati. Dari ayam yang tergantung di restoran sampailah baka anjing bosnya. Pemerhatian Murshid tidak habis di situ, Murshid merasakan ada sesuatu tak kena dengan apa yang sedang berlangsung di depan matanya. Ada sesuatu yang perlu diubah. Sama ada rekaan bangunan, mahupun pemikiran pekerja sektor seni bina.

Pemandu teksi yang suka ‘ketuk’ penumpang warga asing, kesetiakawanan pemandu teksi yang tak prinsipal, polis pemalas yang pemalas, orang Cina suka minum teh, flat pinggir bandar dipenuhi imigran, peniaga Petaling Street suka pau orang, bapok-bapok yang suka menyakat orang – Sebenarnya kau cuma perlu merayau sehari semalam di kotaraya untuk tahu benda ni. Berapa lama Murshid dah duduk KL agaknya?

Tabiat (buruk) aku, bila membaca buku aku tak mahu diberitahu tentang benda yang aku rasa semua orang dah tahu. Pembaca bukan monyet yang kau perlu latih untuk panjat pokok kelapa, walaupun kebanyakan pembaca suka menganggap dirinya begitu. Aku mahu tahu apa yang ramai orang tak tahu. Aku mahu tahu pasal bapok yang jual burger depan 7E Jalan Thambypillai, setiap kali ada pelanggan, ada bapok lain take over. Aku mahu tahu kenapa Uncle yang suka gantung bendera di basikalnya minat Liverpool? Kenapa bukan Manchester, Chelsea, Arsenal? Kalau kau tak pernah nampak Uncle ni, kau tak sampai lagi Brickfields.

Udang di sebalik mee maggie

Kalau buku adalah (sebahagian daripada) kehidupan, tidak ada salahnya jika ada bahagian membosankan. 7-8 muka surat yang bertujuan untuk menguji kesabaran pembaca, membuat pembaca mengantuk, terseksa, penderaan mental untuk memastikan si pembaca layak mendapat hikmah yang tersembunyi di sebalik ratusan muka surat lain. Bukankah kebanyakan benda-benda merepek yang mengelilingi kita siang malam sebenarnya datang dari kebosanan? Membaca bab-bab awal Amerika, aku tekap tapak tangan di dada ala Sieg Heil, memohon diberi kesabaran dan kekuatan untuk menyelak muka surat seterusnya. Sabar, ada udang di sebalik mee maggie Ridhwan Saidi!

Aku tak tahu apa Wikipedia cakap pasal “stream of collective conciousness”. Daripada terma, aku faham sebagai setiap satu dari kita mewakili kumpulan tertentu dari aspek conscience. Contohnya, kalau aku rasa maggie kari lebih sedap daripada maggie ayam, aku percaya bukan aku sendiri yang fikir begitu. Ada orang lain di luar sana yang fikir benda sama. Tapi betul ke novel ni guna stream of collective conciusness seperti yang dikatakan Ridhwan dalam blognya? Apa kaitan penggunaan ‘aku’ dan ‘saya’ dengan collective consciense? Apakah sebab Ridhwan mewakili tiga conscience yang sama (aku, saya, Murshid)?

Daripada apa yang aku faham, perkataan collective jika dibuang lebih tepat untuk mengkategorikan novel ini, kalau kau jenis yang berminat dengan jargon-jargon teknikal macam ini. Stream of conciousness – mod naratif lirikal yang berpusar dalam semesta akal satu-satu watak. Aku maksudkan nama-nama seperti Doestoevsky, Hamsun, Henry Miller. Orang-orang ini adalah master dalam soal membebel isi kepala sendiri. Tapi menulis gaya begini bukan kerja mudah, setiap kali kau bersuara, akan ada suara-suara lain yang kau dengar. Stream of conciuosness adalah ibarat si penulis melakukan autopsi ke atas dirinya sendiri. Ridhwan bukan koroner yang jujur, malangnya.

“Inspirasi saya untuk penggunaan aku-saya itu datang dari surat Salleh ben Joned kepada Redza Piyadasa perihal ‘seni kencing’. Mulanya saya sangkakan apa yang saya buat ini sudah dibuat, tetapi bila saya check balik, rupanya dalam surat itu penggunaan kata ganti nama pertama itu bertukar antara aku dan saya dalam baris ayat yang berbeza. Apa yang saya lakukan lebih ekstrem di mana ia berlaku dalam satu ayat, dan patut lah pelik semacam ha ha ha.”

Aku tak tahu perlu ketawa atau menangis ketika Ridhwan ketawakan dirinya sendiri. Apa yang pelik bagi aku adalah apabila Ridhwan terlupa bahawa teks surat yang dibacanya itu sebenarnya adalah terjemahan. Surat Salleh kepada Redza Piyadasa yang diterjemahkan dari buku As I Please. Si penterjemah bukan ahli bahasa atau seseorang yang cerdik bermain bahasa-bahasa canggih. Si penterjemah ini tidak dapat memikirkan struktur ayat yang lebih baik untuk menggambarkan atitude penulisan Salleh. Dengan membezakan penggunaan ‘aku’ dan ‘saya’, si penterjemah fikir pembaca akan dapat gambaran anti-keseriusan yang antara lain cuba disampaikan dalam surat itu. Macam mana aku tahu si penterjemah fikir begini? Aku tahulah.

Lupakan aku, lupakan saya. Kita anggap ini eksperimen dari Ridhwan untuk menguji berapa skizo pembaca boleh jadi. Kembali kepada Amerika. Amerika adalah monolog Ridhwan. Monolog yang berbunyi seperti Ustazah Robayah. “Semua orang akan meninggalkan dunia yang fana”. Orang tua Alzheimer pun aku fikir tahu dia akan mati. Apa point bagitahu benda yang semua orang dah tahu? Perkataan ‘kota kotor’ untuk setiap ‘Kuala Lumpur’ berhamburan di helaian muka surat seakan-akan baru semalam Kuala Lumpur menjadi kotor. Metafora atau literal, aku fikir semua orang tahu ‘kotor’ apa yang dimaksudkan. Pengulangan sebegini, sekali lagi, buat aku fikir buku ini ditulis untuk monyet, babun, atau spesies lain yang tinggal di Sepilok.

Minum dulu, membebel lepas gelas ketujuh.

Aku masih ragu kalau watak Murshid bukan seorang pengawas sekolah, ketua kelas, atau setidaknya pengawas pusat sumber. Pengawas pusat sumber, seperti yang semua orang sedia maklum, adalah lelaki bertali leher hijau dengan rambut sikat tepi yang tak ada kerja lain selain meletakkan jari hantu di mulutnya, suruh orang lain jangan buat bising. Daripada terus menuliskan saja pengalamannya (pengalaman sebenar atau pengalaman imaginasi), Ridhwan memilih menyibukkan diri mencari hujah untuk mengesahkan setiap tindak-tanduk Murshid. Ini sesuatu yang aku fikir akan membuat Bertolt Brecht kecil hati. Lagi malang, bebelan ini tak ubah seperti mendengar ceramah perdana. Logik atau tak logik, kelihatan cerdik atau kelihatan bodoh, disiplin-disiplin sebegini berbekas kuat pada setiap pandangan yang cuba disampaikan.

Ridhwan, maksud aku Murshid, tak suka bir, dia suka wain. Atau setidaknya, Murshid fikir dia suka wain. Murshid datang dengan hujah Omar Khayam tentang halal-haram minum wain. Aku turut dicelikkan dengan istilah hedonisme baik dan hedonisme buruk, sosialisme sebagai jalan keluar kapitalisme, dan hitam-putih lain dalam membincangkan siapa yang harus pindah keluar – masyarakat bebal atau orang genius seperti Murshid. Murshid tak pernah terfikir macam mana masyarakat bebal ini boleh wujud sampai sekarang tanpa pedoman daripada orang genius sepertinya. Apa yang aku nampak, Murshid masih duduk di bawah tempurung yang cuma wujud dua benda: Baik-Jahat. Tidakkah si penulis terfikir, sebagai seorang yang menggambarkan dirinya hendak melanggar disiplin penulisan, dia masih gagal melepasi disiplin pemikirannya?

Ironinya, hal ini yang cuba disampaikan oleh Salleh dalam suratnya yang dikatakan turut mengilhami novel ini. Sikap dua hala: terima mentah-mentah, atau tolak mentah-mentah. Semasa membaca, aku seperti sedang duduk mencangkung mendengar seorang retorik politikus yang berucap di pentas. Ridhwan sentiasa membayangkan dirinya berada di atas pembaca. Sikap merendahkan pemikiran pembaca ini tidak pula ditutup dengan hujah yang jelas – setakat pembacaan aku.

Kenapa aku tak berminat cerita pasal Kafka ke, watak Dahlia yang suka membebel lepas ‘main’ ke, atau aspek-aspek deep lain yang dikaitkan dengan buku Amerika yang disambut oleh ulasan-ulasan lemau seperti sesuatu yang sensasional? Pertama, Kafka tak lebih dari seekor binatang yang menyusahkan. Kedua, adegan seks separuh masak ini boleh menyebabkan mood monopause kepada pembaca. Bahasa mudahnya, ‘potong stim’. Baru saja si pembaca membayangkan tandas dan bersyukur dikurniakan tangan, kemudian tiba-tiba si Dahlia sibuk bercakap pasal ‘sastra’. Wahai perempuan, engkau sendiri adalah karya sastra. Kafka pasti setuju dengan aku.

Selepas ‘main’ alangkah moleknya Murshid dan Dahlia ni masuk bilik air mandi sama-sama sambil menyanyi lagu Mulan Jamilah. Murshid tolong sabunkan badan Dahlia sambil Dahlia menari di bawah pancuran air. Dahlia menggeliat setiap kali sabun melalui bulu pubisnya. Sambil mencubit Murshid, Dahlia berkata “Nakalnya kau”. Kecuali Ridhwan lebih berminat untuk menyampaikan moral-moral lain seperti memberitahu pembaca bahawa mereka sedang berada di jalan yang benar, iaitu membaca novel sastra yang bercerita pasal buku sastra.

Aku tidak bercadang untuk membayangkan bahawa akhirnya ada sesuatu yang aku hargai dalam novel Amerika kerana aku belum habis baca. Tidak bercadang. Aku dah mabuk dengan dialog-dialog perbualan Yusuf Haslam yang berlebihan yang kononnya diparodikan dalam novel ini. Kalau betul wujud unsur parodi, aku percaya keseluruhan novel ini adalah parodi. Parodi tentang penulis yang duduk di bawah sepanduk ‘indipenden’, ‘tak skema’, ‘anti-DBP’, dan entah apa lagi jargon pengkelasan merepek. Perkataan-perkataan canggih kau-tahu-apa, dan perkataan lain seperti ‘kebejatan’, ‘kebobrokan’, tak berbaloi habiskan masa baca buku yang kau tak suka. Sekadar mengungkapkan sesuatu dalam ‘gaya sastra tertentu’, tak ada masalah, kalau kau cuba bermain-main. Tapi budak-budak cerdik warung Diskopi tahu, manusia sudah lama bosan dengan permainan ini.

Amerika adalah kumpulan 70,000 perkataan. Tak lebih. Ridhwan cuma mahu 5 bintang di Goodreads. Dan aku rasa pembaca negara kita bukan terdiri daripada mereka yang cerewet dan kedekut. Mereka sangat pemurah untuk kagum dengan benda ‘pelik-pelik’, ‘misteri’, hal-hal yang tidak memerlukan mereka berfikir. Memandangkan Ridhwan seorang yang menggunakan ‘fikirasa’ Salleh, aku suka petik dalam satu esei Salleh (buku Nothing Is Sacred): “So, scribblers and bullshitters of Malaysia, unite! In one homogoneous voice, be canggih and cincai all the way to the year 2020. You have nothing to lose but your brains”.

Wahyudi Yunus, seorang penulis yang berkerja di Brickfields.Kiriman Berkaitan

Nota-nota Gila Amaluddin Zhafir

Siri 2: Surat Kedua dan Ketiga Rainer Maria Rilke admin

Mengingati 13 Mei 1969 : Individualisme lawan Perkauman Amin Ahmad

The Colossus of Maroussi: Henry Miller di bawah bumbung Kuala Lumpur Wahyudi Yunus

Index Librorum Prohibitorum Malaysia admin

Sepucuk Surat Buat Stieg Larsson Hafiz Hamzah

Antara Mendengar dan Menonton Kebutaan
Cakera padat (CD) audio novel Blindness karya Jose Saramago yang dibacakan oleh Jonathan Davis memang hebat dan mampu memberi ruang seluas-luasnya pada imaginasi pembaca/pendengar.

Saya mendengar versi audio novel karya penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 1998 itu sambil memandu ke tempat kerja dan pulang dari kerja; atau lebih tepat lagi, setiap kali memandu di jalan raya pada Oktober 2010.

Berikut beberapa perkara (trivia) yang menarik perhatian saya sepanjang mendengar novel berkenaan dalam versi audio yang menyumbangkan masa pendengaran hampir 12 jam.

1. Saya tidak pernah mendengar nama Jose Saramago sebelum ini. Pada 4 Oktober 2010, semasa mengumpulkan senarai penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan, barulah saya mendapat sedikit maklumat mengenai pengarang itu. Kebetulan, saya membeli CD berkenaan pada 1 Oktober.

2. Saya membeli CD audio itu kerana tertarik pada judul, gambar kulit, sinopsis di belakang kulit dan apabila tercatat bahawa karya itu turut difilemkan. Novel-novel lain dalam bentuk CD audio yang sudah saya miliki sebelum itu termasuk To Kill A Mockingbird, The Hour I First Believed dan Escape.

3. Cara dan gaya pembacaan Jonathan Davis memang benar-benar menghidupkan cerita. Suaranya antara lain boleh didengar dalam versi audio The Chosen, The Stranger, Battlestar Galatica, Attack of the Clones, Night of the Jaguar, Shadow of the Wind dan The Brief and Wonderous Life of Oscar Wao.

4. Khabarnya, Jose Saramago suka menulis menggunakan ayat yang sangat panjang serta menggunakan tanda koma (,) menggantikan noktah (.) selain tidak menggunakan tanda kutip (“…”) pada dialog; ditambah pula ketiadaan nama bagi mana-mana watak, sehingga akhirnya mungkin menyukarkan pembacaan, namun mujurlah Jonathan Davis membaca teks novel Blindness dengan memasukkan tanda baca, intolasi dan penghayatan penuh.

5. Kisah dalam novel ini bermula dengan keadaan di jalan raya. Saya catatkan begini pada status Facebook pada 30 Oktober 2010: Lampu merah. Kereta berhenti. Lampu hijau. Kereta di hadapan tidak bergerak. Kemudian, pemandunya keluar dan mengumumkan, “Saya sudah buta!”

6. Saya masih belum membaca mana-mana novel Jose Saramago; kecuali mendengar versi audio Blindness.

7. Agak menarik bagaimana Jose Saramago mengangkat suatu kisah yang “terlalu biasa” sehingga tidak terfikir oleh pengarang lain; iaitu bagaimana jika semua orang tiba-tiba menjadi buta.

8. Orang ramai yang menjadi buta dalam novel ini melihat putih; berbeza dengan pandangan biasa bahawa kebutaan diwarnai hitam.

9. Hingga akhir cerita, kita tidak diberitahu mengapa watak wanita (isteri kepada doktor) tidak hilang penglihatan. Perhatikan bahawa saya menulis “tidak diberitahu” dan bukannya “tidak tahu”.

10. Pada banyak bahagian, pengarang akan menghentikan cerita seketika untuk berbicara secara langsung dengan pembaca (atau pendengar dalam situasi saya mendengar versi audio). Antara kata ganti yang digunakan oleh “suara” pengarang adalah “we” (kita; bukan kami), “I” (saya) dan “you” (anda; seorang atau kumpulan).

11. Kehadiran pengarang bercakap secara langsung kepada pembaca/pendengar tidak pula mencacatkan cerita. Walaupun ada waktunya kisah kedengaran seperti sebuah esei, jangan lupa bahawa judul asal novel ini dalam Bahasa Portugis adalah Ensaio sobre a Cegueira (1995) yang bermakna “Essay on Blindness” sebelum diterjemah ke Bahasa Inggeris sebagai Blindness (1997).

12. Hadir satu watak penulis dalam satu babak novel ini. Watak penulis itu berusaha membuat catatan supaya boleh dijadikan novel apabila manusia boleh kembali melihat.

13. Kisah dalam novel Blindness berlaku di sebuah negara yang langsung tidak disebutkan namanya. Tiada apa-apa penanda atau petanda yang menunjukkan latar negara.

14. Malah, watak-watak dalam novel ini juga tidak dinyatakan nama mereka. Sepanjang novel, watak-watak hanya dikenali sebagai, antaranya, The Doctor, The Doctor’s Wife, The Girl with the Dark Glasses, The Car Thief, The First Blind Man, The Boy with the Squint dan The Old Man with a Black Eye Patch.

15. Jose Saramago lahir pada 16 November 1922 di Azinhaga, Portugal dan meninggal dunia pada 18 Jun 2010 di Lanzarote, Sepanyol. Antara karya beliau termasuk O Evangel Segundo Jesus Cristo (1991) yang diterjemahkan sebagai The Gospel According to Jesus Christ (1993); Todos os Nomes (1997) yang dijadikan All the Names (1999); A Caverna (2001) sebagai The Cave (2002); As Intermitencias da Morte (2005) sebagai Death with Interruptions (2008); dan A Viagem do Elefante (2008) sebagai The Elephant’s Journey (2010).

16. Watak The Doctor dan The Doctor’s Wife muncul dalam sambungan Blindness iaitu Ensaio sobre a Lucidez (2004) yang bermakna “Essay on Lucidity” dalam Bahasa Portugis; serta diterjemahkan ke Bahasa Inggeris sebagai Seeing (2006) di mana The Doctor’s Wife dikenali sebagai The Seeing Woman.

17. Saya suka pada cara Jose Saramago memberi ruang seluas-luasnya kepada pembaca/pendengar membayangkan apa yang diceritakan. Unsur-unsur sastera ternyata hadir sepenuhnya dari mula hingga akhir. Malah, bersedialah untuk muntah sambil mendengar CD audio Blindness dengan penuh penghayatan!

18. Selain daripada latar tempat (negara) yang tidak didedahkan, latar masa juga tidak diketahui. Ada pandangan mengatakan latar masa adalah pada tahun 1930-an atau 1940-an. Apa yang pasti, belum ada telefon bimbit dan Internet. Malah, semacam tiada alat perakam kaset; walaupun ada radio.

19. Versi filem Blindness terbit pada 2008. Khabarnya, seawal 1997, apabila dihubungi pengarah Fernando Meirelles, Jose Saramago enggan memberikan hak penerbitan filem berdasarkan novel berkenaan. Begitu juga apabila dihubungi Whoopi Goldberg dan Gael Garcia Bernal.

20. Pada 1999, penerbit Niv Fichman dan penulis skrip Don McKellar berjaya memujuk Jose Saramago supaya membenarkan novel Blindness difilemkan. Dua syarat utama yang ditetapkan pengarang: Satu, khalayak tidak harus tahu latar belakang negara yang dipaparkan dalam filem. Dua, seekor anjing yang besar perlu digunakan untuk watak The Dog of Tears dalam filem berkenaan.

21. Filem Blindness yang menampilkan Julianne Moore (The Doctor’s Wife) dan Mark Ruffalo (The Doctor) pertama kali ditayangkan semasa Festival Filem Cannes pada 14 Mei 2008 sebelum diedarkan di Amerika Syarikat pada Oktober 2008.

22. Khabarnya filem Blindness mendapat bantahan beberapa persatuan mewakili orang buta di Amerika Syarikat; kononnya apa yang dipaparkan mengenai “orang buta” dalam filem itu tidak menyamai realiti, sebaliknya merupakan penghinaan kepada golongan berkenaan.

23. Saya suka cara Jose Saramago mengakhiri novel Blindness. Maaf, saya tidak akan mendedahkannya di sini.

Saya selesai mendengar versi audio Blindness pada 2 November 2010 dan pada keesokannya, saya berjaya membeli cakera video digital (DVD) filem Blindness.

Sejak awal, saya memang dapat mengagak bahawa pasti akan ada perbezaan antara versi buku dan filem. Untuk makluman, CD audio yang saya beli dan dengar adalah versi lengkap (unabridged); maka kandungannya sama dengan versi buku. Tentulah sukar untuk mengharapkan keseluruhan kandungan novel sepanjang 12 jam 32 minit (versi audio) dimuatkan dalam versi filem sepanjang 1 jam 58 minit.

Nasihat ikhlas saya adalah supaya sesiapa yang berminat mengetahui kisah Blindness membaca versi novel – atau mendengar versi CD – sebelum menonton versi filem. Jika terus menonton versi filem, maka tindakan itu adalah suatu kerugian amat besar dan individu terbabit pasti akan menyesal sepanjang hayat. Percayalah.

Perbezaan paling ketara yang memang harus diterima akal rasional adalah bahawa watak-watak dalam versi filem tidak akan muncul separuh bogel seperti yang digambarkan dalam versi novel. Jangan salah anggap! Saya tidak mengatakan Jose Saramago menghasilkan novel berunsur lucah. Sebaliknya, keadaan watak-watak dalam novel itu memang diwajarkan menghadapi masalah mendapatkan pakaian.

Dalam versi novel (bercetak dan audio), kewarganegaraan watak-watak tidak dinyatakan dan tidak diketahui. Sebaliknya, dalam versi filem, watak The First Blind Man adalah lelaki Jepun yang banyak juga berdialog menggunakan Bahasa Jepun bersama isterinya, The First Blind Man’s Wife.

Kehadiran watak kulit hitam juga amat ketara; khususnya watak The Old Man with a Black Eye Patch dan penjual ubat di kaunter farmasi. Malah, perhatikan betul-betul pada babak penghuni Wad Satu menyerahkan barang-barang kemas/berharga dan kita dapat lihat watak sampingan, seorang wanita kaum India.

Versi novel (bercetak dan audio) dipercayai menggunakan latar masa 1930-an atau 1940-an, tetapi versi filem ternyata menggunakan latar masa lewat 1980-an atau selepas itu. Hal ini nyata melalui kehadiran perkakas rumah moden yang nampak secara visual, kamera digital serta farmasi yang moden.

Malah, kalau dalam versi buku, pengumuman yang dilakukan setiap hari di Hospital Mental adalah melalui pembesar suara, dalam versi filem, siaran dilakukan melalui televisyen; dan tentulah pelik kerana semua penghuni tidak boleh melihat!

Semasa mendengar versi audio, saya membayangkan watak Menteri sebagai lelaki; mungkin kerana cara Jonathan Davis membawakan watak itu. Dalam filem, watak Menteri adalah seorang wanita dan dia juga kemudian menjadi buta serta sempat mengumumkan perkara itu menerusi siaran televisyen.

Entah mengapa filem-filem Amerika Syarikat amat suka memasukkan istilah “F” secara berlebihan dan tanpa ada keperluan. Perkara sama berlaku pada filem Blindness. Jose Saramago yang meletakkan syarat bahawa versi filem tidak harus menyatakan latar negara di mana kisah ini berlaku serta watak The Dog of Tears mesti menggunakan anjing bersaiz besar nampaknya terlupa mengarahkan jangan menggunakan perkataan “F” dalam filem. Sayang!

Bercakap mengenai watak anjing yang dirujuk sebagai The Dog of Tears, kehadirannya tidak begitu terasa dalam versi filem. Malah, boleh ditiadakan sahaja kerana tidak memegang apa-apa peranan; berbeza dengan versi novel.

Unsur suspens serta pelbagai unsur sastera yang begitu nyata dalam versi novel menjadi amat cair – malah terlalu cair – dalam versi filem. Hal ini mungkin kerana kehadiran visual menjadikan kita “buta” untuk mampu menghayati kisah secara lebih mendalam dan pada tahap penghayatan serta imaginasi lebih tinggi. Maka, seseorang yang termuntah semasa mendengar versi audio mungkin tidak terasa loya walau sedikit pun semasa menonton versi filem.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa lakonan Julianne Moore sebagai The Doctor’s Wife memang mantap dalam segala keterbatasan yang wujud dalam filem sepanjang hampir dua jam ini. Saya paling suka pada emosi yang dilahirkan apabila watak The Doctor’s Wife terlupa untuk mengunci jam tangan.

Penghuni di Wad Tiga dalam versi filem kurang “ganas” berbanding versi novel. Watak The Bartender mengisytiharkan dirinya ketua kumpulan (“The King”) yang mengeksploitasi penghuni lain. Seingat saya, bukan The Bartender yang menjadi ketua kumpulan itu dalam versi novel.

Malah, watak “The King” menggunakan sistem pembesar suara untuk menyanyikan lagu “I Just Called To Say I Love You”. Lagu itu yang ditulis dan dinyanyikan Stevie Wonder pertama kali muncul dalam filem The Woman in Red (1984). Perkara ini tentu sahaja mendedahkan latar masa kisah ini berlaku. The Bartender juga bercakap sedikit Bahasa Sepanyol semasa membuat pengumuman melalui pembesar suara.

Apa pun, versi filem tetap berjaya mevisualkan “whiteness” yang dialami watak-watak dalam novel. Malah, whiteness digunakan secara bijak untuk “menyembunyikan” perkara-perkara yang tidak sesuai dipertontonkan pada layar.

Impak eksploitasi seksual yang dilakukan penghuni Wad Tiga terhadap wanita-wanita buta di Hospital Mental juga kurang berbanding versi novel; tetapi sudah cukup sadis untuk menggambarkan trauma yang dialami mangsa-mangsa itu.

Individu yang memulakan kebakaran di Wad Tiga dalam filem berbeza dengan versi novel. Malah, kesan dramatik menjadi amat cair. Hal ini tentu sahaja berlaku kerana – seperti yang saya nyatakan awal tadi – sukar untuk menterjemah novel sepanjang 12 jam 32 minit (versi audio) ke dalam bentuk filem sepanjang 1 jam 58 minit (versi visual) dengan mengekalkan kesemua unsur yang ada dalam novel.

Perkara sama yang paling ketara antara versi novel dan versi filem adalah bahawa kesemua watak tidak ada nama. Namun, seperti yang dinyatakan sebelum ini, watak-watak yang dipaparkan secara visual sedikit sebanyak “mencairkan” imaginasi yang kuat semasa saya mendengar versi audio.

Banyak juga babak yang terpaksa ditiadakan dalam versi filem. Antaranya, suasana huru-hara yang sepatutnya timbul sebaik The Doctor’s Wife memberitahu beberapa orang di dalam sebuah gereja mengenai keadaan patung-patung dan lukisan di dalam rumah ibadat itu.

Watak penjual ubat di kaunter farmasi tersilap jalan dan hilang semasa kumpulan manusia buta yang dipimpin The Doctor’s Wife sedang berjalan di bandar. Tiada apa-apa berita mengenainya selepas itu dan watak-watak lain juga nampaknya tidak berkata apa-apa mengenai kehilangan “ahli keluarga” itu. Saya tidak pasti jika watak itu turut hilang dalam versi novel.

Babak-babak menarik mengenai kunjungan ke rumah The Girl with the Dark Glasses juga langsung tiada dalam versi filem. Sayang! Begitu juga mengenai kunjungan ke rumah The First Blind Man dan The First Blind Man’s Wife yang kini dihuni seorang penulis yang cuba merakamkan pengalaman dalam bentuk novel/buku.

Kunjungan ke rumah rumah The Girl with the Dark Glasses sangat “menarik” kerana berkait rapat dengan kisah watak seorang wanita tua yang juga penting dalam cerita ini.

Pada adegan The Old Man with a Black Eye Patch sedang mandi, ada tangan wanita yang membantu menggosok belakang bahunya. Dalam versi filem, walaupun “misteri” itu boleh dikekalkan, entah mengapa pengarah memilih untuk meletakkan watak The Girl with the Dark Glasses sebagai individu itu.

Pengakhiran cerita juga berlaku terlalu cepat, sebelum penonton sempat “merasai” apa yang sedang berlaku. Mujurlah babak terakhir filem tetap sama dengan versi novel: The Doctor’s Wife melihat whiteness.

Segala catatan ini tidak bermaksud untuk mengatakan versi filem Blindness tidak menarik. Sebaliknya, sekadar catatan berupa reaksi ikhlas saya selepas selesai mendengar versi audio (novel) dan menonton versi visual (filem).

Saya tetap menasihatkan anda membaca versi novel – atau mendengar versi audio; unabridged tentunya – sebelum menonton versi filem Blindness.

Percayalah. Jika anda memilih untuk tidak mendengar nasihat ini dan cuba melakukan sebaliknya, … dissolve to whiteness.

Uthaya Sankar SB adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Selain membaca buku, berkarya, menulis blog dan mendengar novel, beliau suka menonton filem dan tidur.Kiriman Berkaitan

Los Abrazos Rotos A. Sabri

Balibo Five A. Sabri

‘Footage’ dalam Filem A. Sabri

Merenung Masa Depan Malaysia Amin Ahmad

Hebatkah P. Ramlee? Mazir Ibrahim

Filem Sebagai Media Baru Abror Rivai

Ulasan Buku: Pesan-pesan Terbesar Al-Quran
Tajuk: Pesan-pesan terbesar Al-Quran

Penulis: Fazlur Rahman

Penerbit: Middle Eastern Graduates Centre (MEGC)

Penterjemah: Al-Mustaqeem Mahmod Radhi, Ammar Gazali dan Khairul Anam Che Mentri

Buku ini merupakan sebuah kajian terperinci dan sangat berhati-hati yang hampir menyeluruh dalam membawa erti ‘penegasan semula inti ajaran Muhammad’ berdasarkan sejarah dan wahyu-wahyu langit.

Mungkin, kandungan buku ini mampu untuk memberi petunjuk nyata buat sebahagian besar kita yang memandang al-Quran cuma sekadar mukjizat terbesar (sumber hukum dan ideologi ummat: bukan hanya bersifat deskriptif semata-mata) bagi Muhammad yang dilantik sebagai utusan.

Pesan-Pesan Terbesar Al-Quran karya Fazlur Rahman- Profesor Pemikiran Islam Universiti Chicago [1919-1988] merungkai secara terperinci dan membongkar ‘pesan-pesan Tuhan’ yang diturunkan oleh Malaikat Wahyu yang secara langsung berbicara di dalam hati Muhammad justeru memposisikan ‘Islam’ sebagai  sebuah agama paling memadai dan sempurna beserta tema dan bukti-bukti rumit dan pelbagai.

Buku terbitan MEGC ini dibahagikan kepada Lapan bab yang menyentuh terus kepada soal-soal pokok dalam Islam yang dimuatkan dalam 224 mukasurat bermula dari soal ketuhanan, individu, kenabian, alam dan sehinggalah soal kemasyarakatan.

Dalam bab awal-buku ini; sebagai sebuah gagasan-gagasan fikiran yang alami; dan sebahagian dari ‘kebenaran agung’ yang mungkin disisihkan selama ini, tersembunyi; bukan kesimpulan-kesimpulan tipikal teologi dan dogmatik semata-mata. Ia amat jauh dari proses doktrinisasi agama yang bersifat ‘lokal’. Jauh dari sudut itu, buku ini-selesa meletakkan Tuhan sebagai ‘dimensi’ yang memungkinkan dimensi-dimensi lain.

Prioriti Al-Quran

Tuhan; bukan benda di antara benda-benda malah bukan juga segala sesuatu atau berada dalam segala sesuatu. Quran sebagai Kalam Tuhan-malah seperti  Tuhan sendiri. -Fazlur Rahman

Al-Quran yang menjadi pegangan ummat-bukan sebuah teori ‘pembuktian’-[bukti telah ada di hadapan mata] mengadakan bukti-bukti rasmi akan eksistensi Tuhan; soal ini tidak wajar wujud kerana priroriti Al-Quran adalah mengajak manusia  untuk ‘merenung, berfikir dan mengambil ingatan’. Selain itu, Fazlur Rahman tegas, mengajak kita untuk merenung kembali kepada konsep-konsep yang telah tersasar dalam pemahaman ummat kini antaranya seperti pemahaman terhadap istilah qadar, syirik, muslim, taqwa dan sebagainya. Kerana dengan memahami istilah-istilah ini dengan bahasanya yang benar. Manusia dapat mengendalikan urusan tata sosial dan moral mereka dengan lebih jujur.

Pesan-pesan Terbesar Al-Quran, menawarkan sebuah kesimpulan-kesimpulan universal, kesinambunagan yang selesa, cetusan ide yang segar, ikhlas dan cocok-tepat pada masanya ketika kita berhadapan dengan pilihan-pilihan Islami yang kaku serta ortodoks, malah paling menyedihkan golongan tersebut menjadikan teks-teks al-Quran sebagai bahan hukum yang rigid dan ia sendiri telah berada di luar garis ‘hukum Tuhan’ yang benar.

Manusia, hak dan keadilan

Mengulas subjek manusia sebagai individu dan dalam masyarakat, Fazlur dalam observasinya menyatakan bahawa manusia mempunyai opsyen untuk memilih dalam proses menyempurnakan misi sebagai khalifah Tuhan-menyempurnakan dan ‘mencipta’ sebuah tata sosial dan moral yang adil di atas muka bumi. Maka untuk itu, proses ini merupakan sebuah perjuangan moral yang tak berkesudahan dan pada masa yang sama menekankan “amanah” sebagai perkara penting disebabkan manusia  ‘belum menyempurnakan perintah Tuhan yang azali.

Seperti mana yang pernah dinyatakan dalam tulisan-tulisan Abdul A’la Al Maududi, Rasyad Khalifa yang dibunuh juga Fazlur Rahman; seluruh semesta ini adalah muslim (tunduk-patuh) kerana tertakluk kepada sunnatullah (hukum alam) yang ditetapkan. Adapun demikian; cuma manusia punya ‘pengecualian’ kerana kita adalah satu-satunya makhluk yang ‘dianugerahkan kebebasan pilihan’ yakni mentaati atau mengingkari perintah Tuhan.

Dalam keberagaman; buku ini langsung mengajak manusia kembali kepada ‘fitrahnya’ dan mencari akal budi mereka sendiri yang telah sedia ‘tertulis di dalam hati’. Inilah yang dikatakan sebagai sebuah ‘Perjanjian Azali’. Perjanjian agar manusia stabil walaupun bukan untuk menjadi ‘perfeksionis’ tetapi ‘cukup sekadar’ manusia mengetahui dosa-dosa besar mereka iaitu “sikap remeh” (da’f) dan “kesempitan fikiran” (qatr) yang menyebabkan kecelakaan iaitu sentiasa beralih dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain dan pada ketika itu- manusia tidak lagi memiliki dimensi transedental.

Dalam merumuskan hubungan manusia dengan masyarakat merujuk kepada Quran [58:7] Tuhan merupakan sebuah dimensi ekstra pada setiap hubungan di antara manusia. Wujud dan hadir dalam apa jua keadaan-bersama dan mengawas. Sekaligus mengkritik segala konspirasi ‘jahat’ yang akan mengacau bilaukan perkumpulan manusia-manusia ‘beriman’ yang wujud. Termasuklah soal pembahagian kekayaan.

Buku ini memberikan penegasan semula dan pemurnian makna Tuhan dan juga melalui Quran melihat ‘kelas-kelas’ manusia dalam merungkai persoalan hak, kekayaan dan bagaimana ia diuruskan. Antaranya mengatakan bahawa kekayaan itu selain hak kepada orang yang mengusahakannya, ia juga tidak meninggalkan hak golongan yang meminta dan ‘orang-orang yang dihalang’. [70:24-25 dan 51:19] kerana soal ‘hak’ adalah berkait dengan soal keadilan.

Rasul-rasul sebagai contoh pemberontak sistem yang korup

Fazlur menekankan bahawa persoalan berkenaan ‘masyarakat Muslim’ tidak akan lari dari ‘ideologinya’ iaitu “menyeru kebaikan dan mencegah kejahatan” [3:104]. Hal ini kerana menyeru kebaikan dan mencegah kejahatan mewakili dimensi-dimensi sosial taqwa dan ianya perlu dalam melaksanakan urusan bersama yakni urusan pemerintahan dan dalam menyatakan soal “mentaati Tuhan, Rasul dan mereka yang berkuasa di antara kamu”.[4:59], Fazlur secara terbuka menegur-menolak politik demagoguery yang berbahaya kepada negara.

Saya amat tertarik di mukasurat 60-61; bagaimana penulis dalam menyatakan ‘hukuman berat’ terhadap pemberontakan terhadap negara – “orang-orang yang memberontak melawan Tuhan” pada masa yang sama beliau menyatakan bahawa menurut Quran, semua nabi sesudah Nuh adalah pemberontak terhadap sistem yang telah mapan. Dijelaskan lagi logika bagi pemberontakan ini disebabkan “kerosakan di atas dunia” yakni ketika urusan-urusan politik, moral, antara negara, sosial tidak terkendalikan lagi.

Soal ‘kerosakan di atas dunia’ dikaitkan pula dengan ‘tenggelam dalam kemewahan hidup; dan ia juga boleh disebut sebagai ‘penyakit-penyakit moral’ adapun Fazlur tidak meletakkkan secara mutlak perkaitan tersebut, beliau mengaitkannya lagi dengan ‘tekanan ekonomi’ atau tekanan politik dan sosial dan eksploitasi terhadap orang-orang miskin dan kelas-kelas rendah dalam masyarakat.

Semua ini berlaku atas asas yang kukuh iaitu ‘penyelewengan dalam mencari kedamaian, kemakmuran dan kekuasaan. Dan cara paling berkesan untuk mengembalikan keadilan sewajarnya terhadap golongan tertindas ialah berjihad-memberontak-bangun melawan; sebuah tanggungjawab moral juga dikenali sebagai taqwa. Sambil menempelak propaganda sempit Kristian Barat mengenai konsep ‘jihad’ yang ternyata tidak benar pada masa yang sama membuka mata dunia dengan apa yang telah berlaku semasa ekspedisi-ekspedisi Charlemagne terhadap suku-suku puak di Jerman.

‘Ukuran-ukuran’ dalam aksi manusiawi

Soal masa, itu sesuatu yang relatif dan tergantung kepada wujud sesuatu subjek tertentu lantas terkait dengan isu-isu melibatkan momen-momen waktu yang kadangkala samar dalam penafsiran manusia. Sebagai alasan yang selamat; Fazlur meletakkan konsep masa ini sesuatu yang tidak boleh difahami secara literal.

Pesan-pesan Terbesar Al-Quran ini dengan jelas meletakkan perbezaan kemutlakan Tuhan dan keterbatasan manusia [terhad]. Keterbatasan ini- setiap sesuatu selain Tuhan dapat diukur dan inilah yang dimaknakan dengan qada’, qadar ataupun takdir. Sering ‘ukuran-ukuran’ ini disalah tafsir kepada sesuatu yang ‘tepat-mutlak’ sedangkan kemutlakan ukuran ini juga bukan sesuatu yang ‘adil’ bagi setiap ketetapan azali oleh Tuhan.

Mengulas persoalan ini; qadar ataupun ukuran selain implementasi buat semesta alam juga berfungsi pada tingkat yang menyeluruh dalam ruang aksi manusia.Tetapi kelebihan manusia merupakan kebebasan memilihnya yang menjadikan qadar bukan suatu persoalan yang horizontal malah setiap proses ; setiap kejadian alam adalah objek terpisah-pisah dan bergetar pada lingkung-lingkung energi tertentu.

Bagaimanapun, ruang kebebasan qadar manusia dengan sendirinya mengganggu proses-proses alami untuk mencari keajaiban-keajaiban Tuhan sedangkan keajaiban telah wujud di hadapan manusia malah di sisi tuhan, tidak ada yang mempunyai kewajaran-keupayaan tersendiri untuk wujud.

Rantaian dari persoalan ini, Fazlur Rahman mengungkapkan:

“…boleh jadi untuk yang wujud hanyalah ketakwujudan yang kosong dan tidak ada kewujudan yang seumpama ini, kekosongan yang tulen dan tidak ada kewujudan yang kaya seperti ini, tetapi terjadi semua ini hanyalah dengan tindakan azali Tuhan yang Maha Pengasih.”

Dalam konteks ini, Fazlur senang menetapkan bahawa kewujudan semesta [seluruhnya] adalah penjelasan terhadap tanda-tanda Tuhan; yang jelas (bayyinah)-nyata dan tiada keraguan. Terikat dengan hukum sebab dan akibat dan bersifat autonomi selain menjelaskan rumusan-rumusan abstrak akan definisi berkait antaranya istilah ayat, burhan dan sultan.

Politik pecah belah Muhammad: syaitan, urusan hati dan komunikasi masyarakat

Muhammad, sehingga dituduh ‘ahli sihir’, korban sihir dan ‘kerasukan roh jahat’ meneruskan usaha ‘menyampaikan pesan-pesan Tuhan’. Jelas pesan-pesan Tuhan yang dibawanya merupakan pesan-pesan yang bersifat revolusioner (menyampaikan secara terang-terangan 15:94) dan demonstratif. Selain itu misi dakwah Muhammad secara langsung memecah-belahkan masyarakat Arab ketika itu sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pimpinan Quraisy sebelum berlaku ‘gejolak rohani/spiritual’ yang kuat dalam sebahagian besar mereka kemudiannya.

Menyentuh persoalan kenabian dan wahyu ini, Fazlur  berkongsi kepada kita dengan teori-teori yang mengujakan termasuk pendapat-pendapat moderat bagi peristiwa Israk-mikraj yang secara terang bertentangan dengan pendapat mainstream Islam di mana proses tersebut dikatakan sebagai ‘pengalaman batin’-‘persoalan hati’ dan separa-konkrit. Adapun demikian, Fazlur dengan panjang lebar memperkemas dengan terperinci makna dan method ‘penurunan wahyu’ berdasarkan fakta-fakta dalam al-Quran yang sangat menarik dan pada masa yang sama meletakkan peranan ‘Jibril’, malaikat, roh kudus dan Tuhan pada satu tempat dan pengertian yang sewajarnya.

Ketika Muhammad membawa pesan-pesan Tuhan untuk menegakkan tata moral unggul bagi ummat manusia “menyeru kebaikan mencegah kejahatan”. Syaitan merupakan subjek yang tidak asing dalam urusan manusiawi termasuk golongan jin dengan plot-plot jahat mereka ke atas manusia. Walaubagaimana ‘hebat’ sekalipun perancangan ‘syaitan’; perkara paling asas bagi kejayaan mereka aalah kelemahan manusia. “…kerana perancangan syaitan adalah lemah.” [4:76].

Fazlur Rahman; selain melihat syaitan sebagai ‘objek diri’, beliau turut menyatakan bahawa syaitan juga terdiri dari kalangan manusia dan jin [6:112] pada masa yang sama mencetuskan persoalan apakah syaitan itu adalah ‘prinsip’ kerana ‘kejahatan’ melalui proses ‘personalisasi’.

Dalam bab akhir buku ini, kita dibawa untuk menyingkap secara telus proses politik Muhammad yang sentiasa cuba untuk mendapatkan otoriti buat dirinya sendiri sehingga lahirnya sebuah ‘masyarakat Muslim’. Ia juga mendedahkan momen-momen komunikasi dan tentangan terhadap Muhammad di antara penduduk-penduduk Mekah [menganut agama nenek moyang] yang suka berbantah-bantah dan ummat Arab beragama Kristian dan Yahudi. Pun begitu, di kalangan ummat Kristian dan Yahudi, ada di antara mereka mengakui kebenaran dakwah Muhammad dan menyokong-memberi dorongan terhadap usaha tersebut.

Proses-proses awal Islamisasi masyarakat arab dilihat dari dua period iaitu period semasa di Mekah dan di Madinah dan dalam tempoh tersebut memperlihatkan kecenderungan-kecenderungan tertentu wahyu dalam menyebut hubungankait pesan-pesan Tuhan pada Quran dengan kitab-kitab dan suhuf-suhuf yang dibawa nabi-nabi terdahulu dan secara langsung; dalam pembentukan ajaran Muhammad-pertukaran kiblat dari Jerusalam ke kota Mekah, sesungguhnya telah memberi impak yang besar.

Pesan Terbesar

Buku Pesan-pesan Terbesar Al-Quran ini bukan sekadar pendedahan- ianya merupakan pelan konstruktif dalam pembentukan faham Qurani dan membetulkan salah faham; cuba merungkai persoalan-persoalan penting;  menonjolkan ide-ide berani yang tujuan akhirnya membuahkan nilai-nilai tertentu dalam konteks menegakkan tata sosial moral agar manusia menjadi ‘muslim’ dan terhubung dengan frekuensi samawi sepertimana yang dikehendaki Al-Quran. Al-fatihah buat Fazlur Rahman.

Hafiz Zainuddin adalah penulis bebas, salah seorang kolumnis di Merdekareview dan penggiat sepenuh masa continuallybebas.Kiriman Berkaitan

Seni, Bahasa Universal Agama admin

Kanak dan Buku admin

Ya’kub Hasmi bin Hashim

Ingatlah Kembali Deklarasi Permatang Pauh Ammar Gazali

Menyelamatkan Warisan Intelektual Islam (Bahagian 1) admin

Shi’ah (di) Indonesia Aqil Fithri

Animasi Kehidupan dalam TENTANG
Begitu sulit untuk saya memilih apakah tajuk yang selari dengan gaya dan pemikiran Saharil Hasrin Sanin yang menulis buku bertajuk TENTANG. Tajuk yang kedengaran formal mungkin akan ditertawa oleh Saharil. Saharil seorang lelaki bertubuh sasa dan cenderung mengembara melihat dunia justeru meluaskan jangkauan untuk memperbaharui teknik penulisannya. Kaedah dia bercerita dimaklumi sering mengkagetkan fahaman pembaca-pembaca biasa.

Buku TENTANG dilancarkan pada tahun ini bersama dengan sebuah lagi buku yang dipenuhi hasil lakaran-lakaran aneh iaitu KENTANG. Ambil perhatian: jarang ada buku yang ditulis dalam bahasa Melayu meletakkan lakaran sebegitu abnormal. Cendawan yang tersembul dari celahan zip seluar. Perempuan berbuah dada tidak sama saiz yang mengandung (atau kelihatan mengandung) buah kentang. Kedua-dua lakaran itu jika dilihat dengan moral sempit, saya jangka, Saharil sudah tentu kena maki-hamun Saharil melakukannya dengan sengaja, saya kira, untuk menangkap perhatian pembaca-pembaca. Dan kedua-dua lakaran itu, menyimpan pelbagai maksud.

Buku yang diterbit atas usaha Saharil (selepas ini saya akan menyebut nama Sinaganaga) sendiri ini memberi keuntungan kepada dia untuk mengeksplorasi kebebasan dan ekspresi yang tidak terlalu rigid. Pesanan khidmat sosial tidak semestinya disampaikan dengan gaya serius sahaja. Kerja seni tidak perlu kemas dan patuh mengikut garisan tepat. Saharil menyampai teguran kepada masyarakat yang terlalu cepat membuat hukuman di sebalik tulisan-tulisan dan lakaran-lakaran anehnya. Saya hanya akan menyentuh buku KENTANG serba-sedikit sekiranya perlu untuk dijadikan contoh sampingan mentaliti dan perwatakan kerja penulisan Saharil. TENTANG dan KENTANG memang saling berhubungan, jika anda melihatnya berdasarkan prosa-prosa Saharil. Apa yang dilukis Saharil, bahkan, begitulah terpancar pada tulisannya.

Dahulu, saya pernah bertanya kepada Saharil, mengapa dia tidak menerbitkan buku kumpulan cerpen solonya? Cerpen-cerpen Saharil jarang muncul di akhbar arus utama kebelakangan ini. Nama Saharil sangat eksentrik dalam penulisan genre cerpen generasi baharu Malaysia. Dia pernah meraih hadiah utama dalam penulisan cerpen berunsur Islam dua kali berturut-turut selain hadiah-hadiah lain yang mengiktiraf keistimewaan bakat penulisannya. Bahkan, jika Saharil menulis novella, tidak menjadi masalah kepadanya untuk menyaingi kejanggalan-kejanggalan tulisan Kurt Vonnegut. Saya yakin.

Dalam wawancara dengan Shafiq Halim untuk zine KATA-KATA edisi 2, Saharil memberi kenyataan sinikal apabila ditanya pendapatnya tentang kesusasteraan semasa di Malaysia, “penulis yang mengikut selera pembaca buat aku sedih. Sastera bukan restoran, kita bukan nak masak benda yang orang nak makan sahaja. Kadang-kadang kita kena hidang benda yang orang tak nak makan sebab benda tu berlaku dan orang tak sedar.” Walaupun Saharil bukan datang dari formaliti sastera, seperti kata S M Zakir, dia mengejutkan rakan-rakan penulis yang lain apabila dia mula menulis cerpen-cerpen yang menjauhkan diri daripada gaya klise.

Malah cerpen-cerpen mini dengan sedikit pengaruh Richard Brautigan (nama yang diberitahu kepada saya sebagai tokoh penulis fiksyen Amerika Syarikat yang diminatinya suatu ketika dahulu) sangat kuat unsur-unsur baharunya dalam kesusasteraan domestik yang dilihat agak hambar dan seragam. Dia mengangkat kisah-kisah biasa dalam kehidupan orang-orang biasa. Buku LAGI CERPEN-CERPEN UNDERGROUND merupakan himpunan cerpen antara Saharil dan Dr. Faisal Tehrani. Disebabkan itu, apabila membaca buku KENTANG ini sehingga ke halaman terakhir, saya merasakan bahawa Saharil sebenarnya separuh berfiksyen. Dia tidak menyampaikan sebuah catatan dengan peranti konvensional. Begitulah yang saya rasa, dia menulis untuk buku TENTANG ini sebagaimana seorang pengarang  fiksyen sedang menurunkan cerita.

Tahun ini buku TENTANG diterbitkan di bawah nama penerbitan mandiri tersohor, Sindiket Sol-Jah. OK, saya masih tetap berasa gembira. Saharil memilih sebuah penerbitan yang sudah tentu lebih sesuai dengan karekter pembawaan yang terdapat pada kerja penulisannya. Di Rumah Pena, buku ini mula diletakkan atas meja jualan dan pembeli-pembelinya dikhabarkan turut memesan melalui talian. Sinaganaga, lelaki berkumis jantan, kemudiannya melancarkan buku ini di Annexe Pasar Seni dalam acara KLAB. Fenomena penerbitan buku-buku mandiri kebelakangan ini sering dikaitkan dengan nama Sinaganaga dan rakan-rakan seperjuangannya.

Saya membeli buku ini sedikit terlewat. Pada Pesta Buku Selangor baharu-baharu ini yang berlangsung dalam SACC Shah Alam, saya mendapatkan kedua-dua buku ini. Dalam mesej Facebook kepada Saharil, saya berhasrat untuk membuat sedikit ulasan salah sebuah dari bukunya yang baharu dibeli. Ulasan? Ulasan yang bagaimana, fikir saya sendiri. Tidak mudah membicarakan karya lelaki bernama Saharil ini. Saya memilih buku TENTANG. “Diharapkan kedua-dua buah buku itu tidak menyesatkan masyarakat,” demikian pesan Saharil. Saharil patut menerbitkan kumpulan cerpen lebih dahulu, fikir saya. Tidak mengapa. Suatu hari nanti, saya, kira, peminat-peminat kerja penulisannya, berharap, akan segera terbit buku kumpulan cerpen sulungnya. Seperti dijangka, kedua-dua bukunya laris di pasaran, TENTANG dan KENTANG. Strategi pemasaran Sinaganaga memang luar biasa.

Pertukangan aneh pada setiap kerja penulisan Saharil membawa namanya sedikit berbeza berbanding nama-nama penulis lain. Lihat lakaran ala naive yang mengundang seribu tafsiran di laman blognya. Dari situ, kita diajar untuk berfikir lebih jauh dari kelaziman. Saharil menguji bagaimana pengunjung atau pembacanya mentafsir lakaran atau peristiwa. Dia bagaikan meminta pembaca-pembacanya menilai dan membuat pentafsiran. Sebiji limau mandarin jika diletak sebiji anggur hitam pada bahagian tangkainya, berkemungkinan membawa maksud lucah atau sebaliknya. Menganggap bahawa Saharil sedang merepek atau membuat pekerjaan untuk ditertawa oleh pembaca-pembacanya, adalah silap besar. Saharil menjadi contoh seorang penulis yang variasi pembacaannya.

Nama Saharil seolah-olah sudah menjadi seperti jenama kepada pembaca-pembaca bercita-rasa hip, urban dan berfikiran lebih terbuka tentang sesuatu isu. Bagaikan Etgar Keret, realiti dan sureal bercantum dalam kerja penulisannya. Di samping Sufian Abas, Saharil mencetuskan gelombang penulisan gaya urban yang memikat. Dan itulah bonus untuk menguatkan pengaruh nama Saharil yang mungkin payah untuk dicipta oleh golongan penulis yang kerap bersarapan di Starbuck, misalnya. Tanpa disedari, Saharil cuba membina naratif baharu yang lebih segar dan membawa elemen-elemen realiti pada setiap tulisannya. Fiksyennya mengejek hukum-hakam fiksyen stereotaip. Dengan begitu, dia menyingkirkan kerja-kerja penulisan yang dilihatnya agak ketinggalan zaman. Dan itulah yang menyebabkan beberapa penulis lain terkebelakang.

Dengan Sinaganaga yang bertindak sebagai penyelenggara dan editor serta pemasar kedua-dua buah buku ini, impak kadar pembeliannya, mendatangkan pulangan positif. Tadi saya sudah pun menceritakan kehebatan Sinaganaga. Kedua-dua buku itu dipamerkan di mana-mana agar mudah dicapai oleh pembeli-pembeli. Penerbitan-penerbitan ternama lain (kecuali PTS, sudah tentu) perlu belajar daripada Sinaganaga, Amir Muhamad yang mewakili syarikat FIXI, atau Sufian Abas selaku penerbit Sang Frued, cara-cara bergaya bagaimana hendak memasarkan produk-produk penerbitan iaitu dengan mendekati anak-anak muda di laman Facebook. Buat apa bina gudang menyimpan buku besar-besar? Dan kepada yang belum memiliki kedua-dua buku ini, segeralah mendapatkannya. Ia bacaan kontemporari yang menyegarkan perspektif hidup. Anda akan tertawa sehingga tidak sedar perarakan BERSIH sedang berlangsung.

Apa yang menarik dalam buku TENTANG? Bagaimana saya hendak membuat rebiu buku ini supaya terlihat santai? Berbeza dengan bahasa yang digunakan Saharil, Saya menulis di bawah pengaruh gaya bahasa DBP. Saharil akan menggunakan istilah dalam bahasa Inggeris untuk dipadankan dalam mood penulisan, sekiranya bahasa Melayu dilihat agak terlalu klinikal. Saharil belajar di England dan kampungnya terletak di daerah Pontian, Johor Bharu. Manakala minuman kegemarannya ialah susu. Tetapi gaya penulisannya sangat urban dan pemikirannya sangat sofistikated. Apabila anda melihatnya dalam mana-mana acara, dia sering berpakaian ranggi dan selalu tersenyum.

Kandungan dalam buku yang mirip bergaya jurnal bahkan disuntik unsur-unsur fiksyen ini, benar-benar mengujakan pembaca serta pengikut-pengikut perkembangan Saharil. Dari kisah kematian Radhi sehinggalah ke kisah kerja mengambil upah mengutip buah strawberi, Saharil menceritakannya dengan cukup bersahaja. Segala tetek-bengek pengalaman harian diangkat dalam bentuk tulisan yang tidak menjemukan anda. Imaginasi yang ada dalam setiap tulisannya, menaikkan daya minat anda untuk mengikuti ceritanya secara organik. Apakah bersunat itu sakit atau apakah beban emosi yang melanda ketika berada jauh dari kampung halaman pada pagi Syawal? Tidak perlu menggunakan jargon-jargon tinggi sebagaimana seorang ahli akademik. Saharil tidak menyusahkan pembacanya melalui buku TENTANG. Berbanding buku KENTANG, anda sedikit-sebanyak turut bersimpul otak untuk memahami maksud di sebalik lakaran-lakaran aneh. Disebabkan itu, saya tidak berani mengulas buku KENTANG.

Saharil menyewelkan pembaca-pembaca dengan senaman fikiran. Setiap catatan pengalaman peribadi di kampung kelahiran atau ketika belajar di England, dikisahkan dengan pendekatan naive. Kadang-kadang untuk menulis kisah sendiri, seseorang sering berbohong kerana berasa sedikit segan kepada pembaca. Rindu kepada suasana Hari Raya di kampung, kematian Puteri Diana dalam terowong di sebuah negara Perancis yang dijolok sebagai negara romantis untuk pasangan bercinta. Oh! Saharil menyindir dalam kisah Tentang Paris itu. Dan lain-lain lagi kisah harian, dihimpunkan melalui ayat-ayat yang mudah, kadang-kadang berlapis dan selalunya membantu pembaca mengenali diri sendiri. Dan hargai kehidupan yang ada. Setiap kejatuhan, kelukaan dan kesakitan, menurut Saharil, ada maknanya tersendiri. Ada kecenderungan Saharil berfalsafah dalam buku TENTANG.

Saharil telah menganimasikan peristiwa-peristiwa kehidupan mengikut pandangan dan tafsiran berbezanya. Itulah sebab saya menggunakan animasi kehidupan sebagai tajuk. Mengingatkan nama penulis buku ini yang begitu popular sama ada dikaitkan dengan dunia blog atau bidang fiksyen, saya memikirkan tidak mustahil bahawa tujuan Saharil menerbitkan buku TENTANG ialah bahawa ada sudut lain dalam kehidupan harian diterjemahkan melalui aksara. Gemuk, kurus, cantik, sederhana atau bekerja sebagai Pengawal Keselamatan, masing-masing memiliki keistimewaan. Sebagai pembaca, kita tersenyum dan tertawa melihat kepedihan hidup masing-masing.

Secebis pengalaman harian, barangkali melibatkan secara peribadi dalam kehidupan Saharil, dihimpunkan dalam buku TENTANG. TENTANG adalah tentang diri kita yang hidup ketika ini. Salah satu sebab mengapa buku TENTANG ini menarik dan bernilai untuk dimiliki ialah, penggunaan bahasa Saharil yang cukup baik. Bahasa yang lemah tidak mungkin membantu ketika menguatkan sebarang kerja penulisan.

Saharil turut menyumbang tulisan setiap bulan dalam majalah-majalah terbitan DBP. Dia menulis perihal dunia sains dan segala fakta-fakta saintifik untuk siaran majalah seperti Dewan Siswa dan Dewan Kosmik. Bagaikan  Jimmy Neutron, Saharil melengkapkan dunia penulisan tempatan dengan latar belakang akademik dan pengetahuan asasnya dalam bidang kejuruteraan. Suatu bidang yang jarang dihubungkaitkan dalam jurusan kesusasteraan kita.

Itulah uniknya Saharil yang saya kenali semasa mengikuti program Minggu Penulis Remaja pada tahun 1990 anjuran DBP. Buku TENTANG mahupun KENTANG bukan sekadar untuk dibaca dalam masa sejam. Lepas itu letak atas meja atau dalam almari. Anda boleh membacanya setiap kali apabila anda  merasa bosan dengan laporan berita berat sebelah di televisyen, misalnya. Politik semakin mengacau di sana-sini. Jika anda melihat kenyataan pada bahagian blurb  TENTANG ini, anda akan maklum bahawa Saharil bukan sembarangan penulis. Kenyataan-kenyataan itu dibuktikan oleh Saharil melalui buku TENTANG bahkan juga dalam KENTANG.

Roslan Jomel, seorang cerpenis. Antologi cerpennya bertajuk Namaku Epal Kuning diterbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kiriman Berkaitan

Leibniz Aqil Fithri

Surat kepada Seorang Penyair Muda Rainer Maria Rilke

Akar Pemikiran Hayek Al-Mustaqeem Mahmod Radhi

Menemukan Pengertian dalam Teddy Bear admin

Idealis Revolusioner: Antara Shari’ati dan Motahhari Aqil Fithri

Mahu Jadi Yang Biasa-Biasa Sahaja? Amin Ahmad

Demokrasi dan Islam
Demokrasi dalam Al-Quran, Hadis dan Tradisi, oleh Al-Mustaqeem Mahmod Radhi. Kuala Lumpur: Middle-Eastern Graduates Centre, 2006. Dengan Kerjasama Konrad Adenauer Foundation. Hh. xi + 48. RM 4.00.

Buku kecil ini cuba mengungkapkan idealisme Islam tentang demokrasi bagi menjawab dan meleraikan konflik dan pembenturan antara pemikiran politik Islamis dan sekularis. Ia merumuskan antara lain kesejajaran Islam dan demokrasi kerana nilai yang didengungkan oleh keduanya itu mendukung dan mempertahankan tatanan sosial yang adil dan terbuka.

Buku ini adalah salah satu daripada siri ‘Isu-Isu Semasa Dalam Risalah’ ditulis bagi ‘menampilkan sisi-sisi yang cerah dalam agama dan menyelak seluas mungkin dimensi kemanusiaan risalah agama’ (halaman iix). Ia merupakan olahan kepada buku Al-Quran-Hadis dan Demokrasi yang dihasilkan oleh Sukron Kamil dan diterbitkan oleh Pusat Bahasa dan Budaya UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.

Istilah demokrasi berakar dari bahasa Yunani purba, dari gabungan perkataan Greek demos, rakyat dan kratein, untuk memerintah, yang telah membentuk istilah demokratia yang bermaksud ‘pemerintahan rakyat’ (halaman 7). Menurut penulis, ungkapan ini diilhamkan oleh Herodotus pada kurun ke 5 (SM). Ia mengambil kerangka pemerintahan yang tercipta di Athens yang menzahirkan corak hubungan yang ideal, yang mempertahankan paksi demokratik, dan partisipasi politik.

Pemikiran John Locke (1637-1704) diketengahkan dalam bab ketiga yang membicarakan antara lain hujahnya dalam Two Treatises on Government yang cukup berkesan dalam melahirkan teori pentingnya ‘kontrak sosial’ yang memberikan hak mutlak kepada insan untuk ‘hidup secara bebas, merdeka, meraih keadilan dan pemilikan”, (halaman 16). Ini diperkukuh dengan hujah Rousseau (1712-1778) dalam The Social Contract yang menuntut legitimasi masyarakat sivil dan pembentukan pakatan sosial yang berkeupayaan mentadbir hala tuju politik yang sistematik.

Demokrasi dicapai di Amerika pada kurun ke-18 dan kemuncaknya pada kurun ke-19 dengan cetusan pemikiran yang dirumuskan oleh empat pemikir penting: Thomas Jefferson, Abraham Lincoln, John Stuart Mill dan Alexis de Tocqueville (Democracy in America). Pemikiran yang diungkapkan oleh keempat tokoh ini menegaskan dasar humanis dan personalis, dan deklarasi moral yang komprehensif.

Bab keempat membahaskan tiga aliran yang dipertahankan dalam mazhab politik Islam: menerima demokrasi secara mutlak, menolak sepenuhnya, menerima prinsipnya dan melihat terdapat perbezaannya dengan Islam. Pertimbangan pertama diwakili oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Ayatollah Khomeini yang memandang kesamaan demokrasi dengan Islam dan kerana tanggungjawab semua untuk berperanan dan menentukan masa depan negara dan Islam (halaman 22).

Pandangan kedua diwakili oleh Syeikh Fadhallah Nuri, Sayyid Qutb, Ali Benhadji dan Tabatabaie yang memutuskan bahawa faham demokrasi tidak berakar dari ajaran Islam (halaman 23). Pandangan terakhir yang cuba menyeimbangkan keduanya diwakili oleh Abu’l-A‘la al-Mawdudi yang mengilhamkan teori ‘teo-demokrasi’, kerajaan demokratik berlandaskan agama, yang mengisytiharkan bahawa kedaulatan mutlak hanya tertakluk pada Tuhan, dengan penganugerahan kuasa pada rakyat sebagai khalifah. Menurutnya amalan pemerintahan Islam adalah berasaskan pada prinsip tauhid, risalah dan khalifah yang membezakannya dengan demokrasi konstitusional.

Bab kelima menyingkap hujah dan nas al-Qur’an dan al-sunnah tentang intisari dan tafsiran demokrasi. Ia mengungkapkan konsep al-Qur’an tentang prinsip syura, ijma‘, ijtihad, amanah, musawah, ‘adl dan bai‘at dan tradisi al-sunnah yang menjelaskan kepentingan amar ma‘ruf nahi munkar, proses menandatangi perjanjian Madinah, dan riwayat sejarah yang menukilkan tentang konsep participatory government yang diusahakan (halaman 34).

Topik terakhir merumuskan praktis demokrasi yang kukuh dalam tradisi Islam yang diperlihatkan dalam zaman khalifah al-Rashidun dan warisan politik Islam yang dipertahankan dalam dinasti Umayyah dan Abbasiyyah di Baghdad, Andalus dan Turki Uthmaniyyah. Sistem politik Islam ini diiktiraf oleh pengkaji oriental seperti Max I. Dimont dan Bernard Lewis. Jaringan politik Islam kontemporari turut menyaksikan transisi penting ke arah demokrasi yang ditunjangi oleh Turki, dan Indonesia, dan quasi-demokrasi yang ditegakkan di Mesir, Maghribi, Emiriyah Arab Bersatu, Jordan dan Tunisia.

Ringkasnya, pencapaian buku ini yang terbaik adalah dalam menangkis hujah pemerintah Islam seperti di Saudi dan kelompok fundamentalis dan Islamis yang menolak kesejajaran Islam dengan demokrasi (compatibility of Islam and democracy), kerana ruang perbahasan dan hujah yang dikemukakan telah menzahirkan kekuatan demokrasi sebagai landasan politik Islam yang ideal.

Ia menjadi penanda aras yang penting dalam sistem pemerintahan, yang berpaut pada semangat dan manhaj Islam yang tulen, dan perlaksanaan tatakelola dan tatatadbir yang bersih. Ketika rakyat melihat kebobrokan sistem otokrat, despotik, dan kuasa feudal yang mutlak, maka peralihan dunia dan transisi massa kepada syura, menyerlahkan kekuatan dan pengaruh demokrasi yang makin berkembang dan diraikan di seluruh dunia.

Demokrasi Haram? Menjawab Hizbut Tahrir, oleh Wan Ji Wan Hussin. Sungai Buloh: Sekolah Pemikiran As-Syatibi, 2011. Hal. 73. RM 9.00.

Buku Demokrasi Haram? Menjawab Hizbut Tahrir ini dihasilkan oleh Ustaz Wan Ji Wan Hussin sebagai jawapannya kepada tentangan Hizbut Tahrir terhadap sistem demokrasi yang diterima pakai di Malaysia. Ia merupakan nota jawapannya kepada Ustaz Abu Hamzah, salah seorang tokoh penting gerakan Hizbut Tahrir di Malaysia ketika wacana debat yang mengemukakan tema “Absahkah Demokrasi dalam Islam” dipentaskan di Bangi (17 April 2011).

Cabarannya terhadap Abu Hamzah, adalah berdasarkan keyakinannya akan pengaruh dan kekuatan prinsip-prinsip demokratik dalam rangkaian politik semasa. Wacana yang dianjurkan ini adalah lanjutan kepada perbincangan dan pertukaran fikiran dan pendapat secara bebas antara “yang menyokong atau membangkang demokrasi” (halaman 2) yang diwacanakan di laman sosial Facebook.

Ustaz Wan Ji mencetuskan pandangan dan pemikiran haraki yang merangkul semangat Islam yang praktis dalam menjawab tentangan terhadap demokrasi. Menurutnya “demokrasi tidak boleh diharamkan secara mutlak dengan alasan Nabi SAW tidak lakukan…dalam usaha menjatuhkan regim,…menggunakannya adalah dibenarkan (halaman 73).

Demokrasi diiktiraf oleh Ikhwan al-Muslimun, Hamas, PAS dan gerakan Islam yang lain sebagai falsafah politik yang ideal yang memperjuangkan kebebasan dan keadilan, menolak penindasan dan kezaliman, dan mengangkat maruah dan kemuliaan insan (karamah insaniyyah).

Amalan demokrasi yang melantarkan asas politik yang kukuh ini didukung oleh negara-negara Islam serantau sebagai prinsip dan sistem yang terbaik setakat ini yang berjaya menumpaskan pengaruh komunisme, totalitarianisme dan membungkam faham feudalisme. Ia merupakan gagasan politik yang penting yang diperjuangkan oleh pemikir dan intelektual Muslim seperti Dr Burhanuddin al-Helmi, Ahmad Boestamam, Dr Zulkifli Muhammad dan Ustaz Fadzil Noor.

Berbeza dengan falsafah klasik, demokrasi moden menggagaskan tiga asas penting dalam rangka pemerintahan, dengan pemberian mandat kepada badan legislatif (tafwidh), ekskutif (tanfiz) dan referendum rakyat sebagai paksi yang kuat dalam pakatan demokrasi.

Perkembangan demokrasi di seluruh dunia dengan kedudukannya yang penting dan pengaruhnya yang autoritatif telah melahirkan pengiktirafan terhadap kekuatannya dari seluruh kalangan, walaupun tidak menzahirkan praktis demokrasi yang komprehensif.

Jurucakap Hizbut Tahrir Indonesia, Ismail Yusanto dalam makalahnya yang berjudul “Ilusi negara demokrasi” menulis: “Dalam praktiknya, demokrasi tidaklah seragam di berbagai-bagai negara, termasuk di Amerika dan di Eropah… hanya dinisbatkan pada katagori-katagori demokrasi yang sangat artifisial, jauh dari subtansi demokrasi sendiri. Pemilu damai, transparansi, kebebasan, persamaan dan lain-lain hanyalah ketagori sangat teknis dan prosediral” (Demokrasi Kulit, hh. 6-7).

Pandangan ini menyerlahkan kenyataan sebenar tentang negara demokrasi, seperti perjuangan menegakkan demokrasi pancasila di Indonesia, dan demokrasi berparlimen di Malaysia, yang relatifnya tidak memperuntukkan kuasa mutlak kepada rakyat, kerana tertakluk pada pancasila dan perlembagaan.

Demokrasi dirangka dengan asas moral yang utuh dan pertimbangan akhlak yang jelas yang menggarap tuntutan kebebasan dan keadilan dan kesamaan hak dan peluang rakyat. Kesetaraannya dengan fikrah Islam ini memungkinkan tokoh-tokoh demokrat di dunia Islam seperti Muhammad Natsir, dan Rashid Ghanuochi menganjurkan ‘demokrasi Islam’, yang mempertahankan nilai demokrasi dan Hakimiyyah Allah, dan tradisi Ahl al-Hil wa al-‘Aqd yang fundamental (halaman 7).

Fatwa dan komentar Ulama tentang demokrasi, turut dimuatkan dalam bab ini dari rangkuman pandangan Syaikh Muhammad al-Ghazali (1917-96) dalam karyanya “Al-Islam wa’l-Dimuqratiyyah”, Abu’l-A‘la al-Mawdudi (1903-1979), Dr Yusuf al-Qardawi (1926-) dalam “Fi Fiqh al-Daulah”, Hasan Turabi (1932-) dalam “Al-Islam wa al-Dimuqratiyah”, dan Rashid al-Ghanoushi (1941-) dalam “Al-Hurriyyah al-‘Ammah fi al-Daulah al-Islamiyyah”. Dalam karyanya ini, Ghanoushi mengungkapkan idea dan pemikiran klasiknya tentang demokrasi: “Demokrasi bukan sekadar proses pemindahan kuasa kepada rakyat dan juga bukan satu deklarasi keluhuran perlembagaan bagi sesebuah negara.

Peri pentingnya demokrasi adalah berpaksi kepada kemuliaan insan (dignity of man). Manusia mempunyai hak-hak yang dapat mempertahan kemuliaan diri, menjamin hak untuk berpartisipasi dalam pentadbiran awam, dan dalam masa yang sama manusia dapat membuat tekanan dan mempengaruhi penguasa-penguasa, dan terjamin selamat dari sebarang tekanan dan kezaliman.”

Bab kedua melakarkan hubungan antara demokrasi dan hukum. Ia membahaskan aliran fiqh Islam yang ditunjangi oleh tiga mazhab pemikiran, al-Zahiri, Mu‘attilah (neo-mu‘tazilah) dan pertengahan (moderat) (yang dinukil dari kitab Turuq al-Kasyf ‘an Maqasid al-Syar‘i oleh Dr Nu‘man Jughaym (halaman 15). Perbincangan teks yang dikemukakan memberikan penjelasan hukum dan kaedah fiqh yang digariskan dalam mazhab dan menzahirkan hujah fuqaha Islam seperti Imam al-Nawawi dalam Sharh Sahih Muslim, Imam al-Mawardi dalam Al-Hawi al-Kabir dan Imam al-Ghazali dalam al-Mustasfa min ‘ilm al-Usul yang menghuraikan kedudukan nas dan perkaitannya dengan maqasid syarak, masalih al-‘ibad (kemaslahatan), ta‘lil, ma’alat al-af‘al (implikasi), dan ijtihad.

Perbahasan hukum dan pengelasannya kepada tasyri‘ (pensyariatan) dan tanfiz (pelaksanaan) diungkapkan dalam fasal ketiga. Penulis mengutip pendapat dan fatwa ulama muktabar seperti Imam Hanafi, Imam Malik (kitab al-Mudawwanah), Imam as-Syatibi (al-I‘tisam), Imam al-‘Izz b. Abd al-Salam (Qawa‘id al-Ahkam fi Masalih al-Anam), Ibn Qudamah (al-Mughni), dan Imam Hanbali (al-Qawa‘id) tentang teori tasyri‘ dan tanfiz dengan penzahiran hujah dan pengemukaan dalil yang kukuh tentang tanfiz yang ditentukan atas pertimbangan maslahah.

Demokrasi diputuskan dalam kategori tanfiz dan syura seperti dijelaskan dalam kitab al-Imamah al-‘Uzma oleh Imam ‘Abdullah b. ‘Umar al-Damiji yang meletakkan prinsip syura sebagai sandaran hukum yang penting dalam syariat berhubung dengan urusan pertahanan dan perang, perkara yang tidak diputuskan oleh nas dan yang diterangkan oleh nas tetapi berkait dengan ijtihad.

Perbincangannya diperkukuh dengan ulasan ustaz Fathi Yakan tentang keutamaan parlimen sebagai medan untuk mengkritik dan menilai pemerintah (hisbah), menyatakan sokongan kepada dasar Islam, memberikan pandangan secara terbuka, dan sebagai mimbar dakwah (halaman 28), di mana pemimpin Hizb Tahrir sendiri pernah menjadi wakil parlimen di wilayah Syria (Sayyid ‘Abd al-Rahman al-Maliki), Jordan (Ahmad al-Da’ur) Tripolis (Sayyid Osman Safi) dan Beirut (Sayyid Ali Fakhruddin).

Dalam kenyataan yang diutarakannya Ustaz Fathi menjelaskan: “Sungguh menghairankan apabila pada ketika ini sesetengah anggota Hizb Tahrir membuat kenyataan yang melarang mencalonkan seseorang menyertai dewan parlimen, walhal mereka pernah melakukan berkali-kali di beberapa negara” (halaman 28, Apabila YB bercakap dalam Parlimen, hal. 147).

Bab ketiga membicarakan kekuatan daulah Islam, dan kaedah dan perencanaannya dalam tradisi Islam. Penulis mengungkapkan faedah dan keuntungan yang diraih dari sistem demokrasi, antara lain keupayaan menyingkirkan kezaliman, membanteras kemungkaran, melaksanakan Islam menurut kemampuan, dan menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim (halaman 32).

Negara Islam dibina dan direalisasikan dengan tertewasnya pemerintah autokrat yang ditumpaskan dengan kekuatan jihad. Kaedah militer ini didukung oleh sebahagian pemikir mu‘tazilah dan ahl al-sunnah. Justeru, sekiranya dengan bertempur dan menumpahkan darah dianjurkan, maka memanfaatkan kaedah yang aman dan saluran demokrasi lebih layak dan rasional untuk dipakai (halaman 33). Dan untuk mencapai keadilan dan demokrasi, usaha yang sekuat mungkin untuk melaksanakan islah harus dimulakan, dengan menolak penindasan dan kezaliman dan mengiktiraf asas dan prinsip negara demokratik.

Bab kelima merupakan jawapan dan responnya kepada Hizbut Tahrir tentang persoalan yang dibangkitkan berhubung konsep dan kenyataan demokrasi di Malaysia. Keabsahan demokrasi sebagai sistem pemerintahan yang mempertahankan keadilan dan harakat dan darjat insan diperjuangkan sebagai aspek penting dalam maqasid Islam. Perbincangannya digarisbawahi dengan hujah dan kekuatan dalil dan keterangan nas yang tuntas.

Pendapat Hizbut Tahrir terhadap demokrasi antara lain: ia merupakan produk Barat, istilah demokrasi dicipta oleh karakter yang bukan Islam, demokrasi lahir dari pemikiran sekular, demokrasi adalah hadarah (tetap), bukan madaniyyah (perubahan), justeru pilihanraya (madaniyyah) diluluskan, dan demokrasi ditolak, kebenaran tidak dirujuk kepada suara majoriti, syariah dilaksanakan tanpa perlu mandat umum, berdakwah tidak semestinya perlukan saluran demokrasi, demokrasi yang diperjuangkan oleh Amerika telah dimanipulasi dan disabotaj di Afghanistan dan Iraq, kerajaan yang ditegakkan oleh Khalifah Mu‘awiyyah adalah sistem khilafah dan bukan dinasti monarki, demokrasi haram secara qat‘i (muktamad) dan bukan dalam lingkungan ijtihad, kejayaan dalam dakwah tidak perlukan demokrasi untuk mencapainya, manhaj Nubuwwah tidak mengambil demokrasi sebagai landasan politiknya, demokrasi tidak seperti politik Islam walau terdapat ciri kesamaannya, demokrasi adalah sistem yang ditunjangi oleh penipuan dan kepalsuan, matlamat tidak menghalalkan cara dan pilihanraya di Malaysia menerima wang taruhan (seakan perjudian).

Sebagai respon dan tangkisannya kepada hujah yang dikemukakan oleh Ustaz Abu Hamzah, Ustaz Wan Ji dengan keyakinan yang jitu mengenengahkan hujahnya:

Syariat umat yang datang sebelum kita dapat diangkat dan dimanfaatkan sekiranya tidak bertentangan dengan kaedah dan nas syarak yang sarih.

Saydina ‘Umar pernah menukarkan nama pajak yang dikenakan kepada kaum Yahudi Bani Tughlub dari jizyah kepada zakat (halaman 38).

Demokrasi lahir di Yunani pada abad ke 5 SM. Sejarah dan faham sekular hanya dikenali di Eropah setelah demokrasi berkembang.

Madaniyyah dan Hadarah tidak mempengaruhi hukum, kerana karakter dan budaya Islam yang liberal dan universal tidak terikat pada pandangan sivil atau peradaban yang terhad.

Demokrasi yang diamalkan dalam negara Islam adalah dari sudut pelaksanaan (tanfiz), yang berpaut pada aliran dan tuntutan politik kontemporer.

Kejayaan Islam di Afghanistan di bawah pemerintah Taliban, masih perlukan kebijaksanaan Amirul Mukminin, Maula ‘Umar untuk memberi mandat dan menyusun rencana dan strategi pentadbiran. Menyerahkan urusan negara yang bersifat zanni (andaian) dan ijtihadi (dalam ruang ijtihad) kepada keputusan dan kebijaksanaan rakyat adalah langkah yang wajar dan berani.

Dakwah hendaklah disempurnakan dengan seluruh kekuatan dan keupayaan yang mungkin. Menyertai demokrasi adalah upaya untuk menerapkan undang-undang syariah dalam sistem pemerintahan.

Pertimbangan syarak menetapkan sekiranya sesuatu urusan yang nilai kebaikannya mengatasi keburukan, maka urusan itu dipandang baik dan dapat mengalahkan kejahatannya.

Khilafah Islamiyah adalah pemerintahan Islam dengan kejayaannya mentadbir kerajaan tanpa mengira ia bercorak demokrasi atau monarki.

Untuk menetapkan sesuatu sebagai haram qat‘i, harus dikemukakan dalil yang qat‘i al-dilalah (dalil yang muktamad). Dalam hal ini, demokrasi diputuskan harus oleh ijtihad Ulama.

Sekiranya ruang demokrasi itu membenarkan dan memungkinkan kerja dakwah dijalankan, maka harus terlibat untuk menyampaikan Islam.

Manhaj Nubuwwah merangkul semua aliran dan kaedah fiqh yang umum, dan politik demokrat diiktiraf “selama tidak bercanggah dengan nas yang zahir dan khafi” (halus) (halaman 52).

Demokrasi tidak bercanggah dengan prinsip dan idealisme Islam yang pluralis dan inklusif, dalam mengambil hikmah yang ditemui.

Penipuan tidak menghalang keterlibatan dan kerjasama dalam politik. Ini diperkuat dengan hadith Nabi (saw) yang bermaksud: “Perang adalah tipu daya” (al-Bukhari, 2803).

Kemusykilan tentang wang taruhan ini dalam mazhab fiqh diistilahkan sebagai ‘Urbun (deposit hangus). Prinsip ‘Urbun dibenarkan dalam mazhab Hanbali berdasarkan ijma‘ Sahabat dan Ulama Maliki tidak mengharuskannya. Dalil yang dikemukakan dalam bab ‘urbun yang menegah dan mengharuskannya masih dipertikaikan oleh Ulama.

Perbahasan yang ditampilkan dalam buku ini telah memperlihatkan pandangan hukum yang jelas tentang keabsahan demokrasi dan kekuatannya dalam mengangkat dan memugar kebebasan rakyat. Dengan penzahiran yang jitu dan hujah yang mengesankan, buku ini bakal meraih pengaruh yang besar sebagai teras penting dalam pemikiran dialog peradaban, dan landasan yang kukuh dalam adab al-ikhtilaf yang dipertahankan dalam warisan Islam.

Perbandingan

Kedua-dua karya ini pada asasnya mempertahankan demokrasi sebagai sistem politik yang berhasil menegakkan nilai dan prinsip politik yang adil dan demokratik.

Berbanding buku Demokrasi dalam Al-Quran, Hadis dan Tradisi karya al-Mustaqeem yang membahaskan falsafah dan sejarah demokrasi dan pembenturannya dalam tradisi pemikiran, buku Demokrasi Haram? Menjawab Hizbut Tahrir oleh Ustaz Wan Ji ini ditulis bagi mematahkan hujah yang dikemukakan oleh Hizbut Tahrir yang mengharamkan amalan demokrasi yang dipertahankan di Malaysia. Tulisannya menyerlahkan kekuatan dalam corak perbahasan yang kritis yang mengaitkan pemikiran klasik dengan kefahaman moden dan diperkukuh dengan fikrah dan hujah kontemporer.

Buku Demokrasi Haram ini juga agak klasikal dengan rujukan yang komprehensif kepada kitab-kitab klasik seperti al-Bidayah wal Nihayah, al-Isti‘ab fi Ma‘rifat al-Ashab, Hasyiah al-Sindi, al-Ta‘lil al-Maqasidi, Zad al-Ma‘ad fi Hady Khayr al-‘Ibad (saw) dan sebagainya.

Sementara buku Demokrasi dalam Al-Quran, Hadis dan Tradisi karya Al-Mustaqeem ini lebih menfokuskan kepada perbincangan hukum dan kefahaman demokrasi dalam perkembangan sejarah yang menzahirkan aliran pemikiran yang lebih ringkas dan konsisten. Ia merangkul dan merumuskan ide dan kerangka fikir filasuf dan politikus penting di Amerika seperti John Stuart Mill, John Locke, Abraham Lincoln dan hujah idealog Islam seperti Yusuf al-Qaradawi, Ruhullah Khomeini dan Abul A‘la al-Mawdudi dalam membahas dan merungkai aliran dan sejarah demokrasi yang monumental. Buku ini ditulis dalam rangka menggarap dan meluaskan ufuk pemikiran dan pandangan tentang kemampuan dan keupayaan demokrasi untuk mempertahankan referendum dan idealisme rakyat.

Pada dasarnya, kedua karya ini telah mengungkapkan hujah dan pandangan yang setara yang menyingkap dan menghuraikan tanggapan dan pemikiran Islam tentang demokrasi. Kupasan dan perbandingan yang menarik tentang kebijakan politik telah berhasil menangkis serangan yang dihadapkan dari pencabar dan penghujahnya. Peralihan kepada demokrasi ini juga tidak menafikan iltizam untuk menggerakkan idealisme khilafah, seperti dicadangkan oleh Hizbut Tahrir.

Karya Al-Mustaqeem juga adalah respon dan tangkisan kepada hujah yang diketengahkan oleh kelompok fundamentalis tentang keabsahan gerakan reformasi dan demokrasi. Kedua penulisan ini telah mengangkat dan memperlihatkan kekuatan nas dan ijma‘ dalam merungkai ikhtilaf tentang kesan dan kedudukan demokrasi dalam peradaban dan pemikiran Islam.

Nabil Amir, seorang penyelidik di Universiti Islam Antarabangsa.

Kiriman Berkaitan

Kebebasan Politik dan Demokrasi Liberal dalam Dunia Islam Anwar Ibrahim

Locke dan Dua Karangannya Khalid Jaafar

Islam dan Kerajaan Terhad Amin Ahmad

Menjadi Islam dengan Berfikir Hafiz Zainuddin

Pasca Islamisme admin

Langkah Kanan Politik Islam ke Abad 21 Saifullah Zulkifli

The Colossus of Maroussi: Henry Miller di bawah bumbung Kuala Lumpur
Dua tahun lepas, di tangan aku sebuah buku dengan tajuk ‘Under The Roof of Paris‘. Buku yang dikatakan oleh para ulat buku ditulis oleh seorang penulis erotik. Senang cakap, penulis yang mengangkat kelucahan sebagai tema. Persepsi awal yang aku dapat dari ulat-ulat buku itu adalah erotisisme ala Delta of Venus. Sejauh mana persepsi ini tersasar, satu hal. Satu hal lagi, apa yang buat kepala mereka berkarat sangat sampai boleh memberi tafsiran dangkal terhadap penulis yang kemudiannya ‘remain a stained‘ dalam korpus bacaan aku. Sama seperti meletakkan Robbie William dan Noel Gallagher di level yang sama, atau mengatakan Manchester United lebih bagus daripada Liverpool – Ini tidak boleh diterima.

Sebelum tu, simpan dalam kepala, aku bukan kaki buku. Simpan juga dalam kepala, erotisisme bukan selera aku. Aku suka seks. Sangat. Siapa tidak? Seks adalah satu daripada 9 sebab untuk reinkarnasi. Selebihnya lapan, tak penting. Tapi bukan novel yang eksploitasi tema seks terhadap standard (mutu) sastera. Penulis bagus, kalau tulis novel pasal seekor gajah pun jadi bagus. Tidak hanya bercerita pasal haiwan kulit menggerutu, bertelinga lebar dengan belalai bodoh yang cuma berfungsi untuk suap pisang yang dihulurkan pelancong di zoo, tapi juga menuliskan gajah sebagai seekor haiwan dari sudut pandang haiwan (sosial) lain yang menghuni planet sama, dikeliling dan dipengaruhi, mempengaruhi, segala macam binatang-binatang lain. Menuliskan pengalaman dari pemerhatian intens, melanggar ‘mitos’ penulisan sebelumnya, metafor-metafor yang cetuskan imaji lebih luas, analisis yang memungkinkan pengetahuan sudut baru (bukan ‘new knowledge’) ke atas pemahaman kehidupan manusia.

Percubaan membaca Under The Roof Of Paris malangnya berakhir di muka surat 20 ke 30 kerana tuntutan hidup yang memerlukan aku melakonkan watak lain – watak seorang penganggur yang pemalas. Kemudian, Tuhan tahu di mana buku itu berada selepas itu.

Beberapa bulan kemudian, aku mencari-cari buku biografi seorang penyajak Perancis, yang merupakan bahan bacaan aku ketika itu. Seorang kawan menyarankan sebuah judul buku yang khabarnya merupakan buku biografi terbaik pernah ditulis tentang penyajak Perancis tahap avant garde itu. Times of the Assasin, tajuknya. Ditulis oleh seorang penulis Amerika yang pada mulanya tak ambik pot pun pasal Rimbaud. Gila berlagak. Letak dalam kepala, Rimbaud adalah C4 yang telah meletupkan, merevolusikan penulisan prosa. Untuk seorang penulis terlepas pandang, tak ambik pot, bukan suatu yang mudah. Kalau bukan bodoh, he may be one hell of a madmen who had pushed his pen without give a damn care about the so-called literature. The one who owe nothing to the history, tradition, or any writers before him. Dan penulis itu adalah penulis sama yang menulis buku Under The Roof Of Paris; Henry Miller.

Tak jauh lari tanggapan aku. Henry Miller bukan saja menghidap penyakit ‘kurang ajar’, tapi lebih parah – neurotic. Bukan di bawah mana-mana konstitusi, organisasi, gerakan, federasi, atau negara – I was more like God, if anything, katanya. Amerika baginya adalah malapetaka yang sedang merebak, sumpahan terhadap dunia. Macam biasa, penulis kurang ajar macam ni akan dibanned. Kalau di Malaysia dah jadi penghuni rumah Ikut Suka Aku (ISA). Di Amerika, bukunya kekal menjadi bacaan ‘non-halal’, dan pengharamannya sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Dari golongan konservatif dan moralis, kepada golongan liberal dan budayawan. Tapi kita bukan budak-budak lagi yang harus terperangkap dalam politik sebegini, menjadi ‘bull-in-the-pit’ yang sibuk dengan isu-isu permukaan. Kau tak tahu sastra Amerika kalau kau tak baca Henry Miller. Apa yang ada pada sastera Amerika hari ini, bermula dan berakhir dengan Henry Miller, kata Lawrence Durrel.

Yang menjadikan buku-buku Henry Miller dianggap kebanyakan orang sebagai bahan fatal yang tidak harus didedahkan adalah jelas: Henry Miller menulis dari sudut (gelap) lain yang melangkaui idealogi, mencampak semua tahi-tahi ego yang dipalit oleh penulis-penulis kontemporari. Henry Miller tidak ‘menepati’ model penulis pada zamannya, zaman sebelumnya, dan mungkin memang tak ada lagi zaman yang betul-betul sesuai untuk selesai membaca penulisan Henry Miller. Masa lampau, masa kini, masa depan, adalah puzzle yang telah dipijak-pijak Henry Miller dalam buku-bukunya sampaikan kritikus harus menggaru kepalanya untuk memastikan kronologi cerita. Henry Miller tak pernah bagi kau senang. Henry Miller sentiasa buat kau kerja keras setiap kali baca bukunya. Aku perlukan tiga kali khatam untuk percaya yang aku sudah membaca Tropic Of Cancer. Yang sebenarnya, aku masih ragu jika aku betul-betul telah ‘membaca’ magnum opus penulis ini – satu sebab yang buat aku fikir aku akan baca semula buku-bukunya di masa akan datang. Aku faham, Henry Miller akan maki aku jika dia tahu ada orang dekat Malaysia tulis macam ini pasal dia. Selain untuk membeli buku, hanya 10 peratus daripada kalangan pembacanya yang dia percaya betul-betul membaca tulisannya. Selebihnya dianggap tak mendapat apa-apa, atau memberi apa-apa manfaat kepadanya. Aku ragu aku jatuh dalam 10 peratus itu sebab hakikatnya aku tak beli buku dia. Yang ini lain cerita.

Kemudian aku menjumpai teks novel Colossus of Maroussi. Versi cetak dan jahit sendiri. Teks yang nantinya memberi gambaran lebih jelas kepada aku terhadap sang utopis yang membayangkan utopianya sebagai sebuah tempat di mana seseorang tak perlu berkeringat untuk teruskan hidup. Colossus of Maroussi, macam orang cakap, travelog tentang Greece terbaik yang pernah dituliskan. Tapi sudah tentu, Henry Miller tak cuma tulis tentang taman haiwan, zoo, muzium, kedai bunga, atau cuaca atau benda-benda mengarut lain yang seorang traveler biasa tulis. Ia adalah ‘surat cinta’. Surat cinta yang ditujukan kepada Greece. Selepas tinggal beberapa tahun di Paris, tidak berkeinginan pulang ke negara yang paling dibenci, Henry Miller menjelajah Greece dari Knossos, ke Delphi, Athens ke Thebes, bertemu watak-watak lunatik seperti Katsimbalis, ‘the poet’ Sefriades, dan sahabatnya, Lawrence Durrell. Setiap pertemuan, persinggahan, perpisahan, adalah pengalaman spiritual yang dialami, dibedah, digambarkan dengan perkataan. Setiap watak yang ditemuinya memberi inspirasi, mendedahkannya kepada kejadian manusia, sikap, integriti, dan setiap satunya adalah perjalanan menemukan diri si penulis sendiri. Berbeza dengan Rosy Crucifixion – Sexus, Plexus, dan Nexus yang berpusar kehidupannya dengan hubungan-hubangan sosialnya yang seringkali dilatari aksi ranjang yang digambarkan secara kasual (bukan sensasional), The Colossus of Maroussi adalah buku yang tak bagi kau kerja keras sangat. Buku tepat bagi orang yang masih menganggap Henry Miller cuma seorang yang mengagungkan ‘kelucahan’, abaikan kesimpulan sebegitu sebenarnya cuma membuktikan rigid pemikirannya.

Tapi ingat, ini bukan travelog nenek kau. Membaca Henry Miller adalah membaca pengalaman. Keindahan yang digambarkan Henry Miller adalah perkataan-perkataan yang dipadatkan dalam picagari, disuntik terus ke dalam pembulur darah si pembaca. Begitu intens sampaikan kau dapat rasa matahari Greece ada kat belakang kau, dan kau dapat menghidu wangi wain setiap bar yang melatari babak-babak dalam novel ini.

Dalam catatan diari Anais Nin, ada disebutkan tentang seorang pembaca/pengumpul/penerbit yang mengumpul semua tulisan Henry Miller, membeli manuskrip, dan juga menawarkan Henry Miller menulis buku untuknya. Dengan bayaran 1 dolar untuk setiap muka surat, dia meminta Henry Miller menulis sebuah buku yang bertemakan kelucahan. Kelucahan dalam naratif, meminta Henry Miller mengurangkan unsur ‘poetic’ di dalamnya. ‘Leave out the poetry and description of anything but sex’, pinta si pengumpul karya Henry Miller. Henry Miller yang lebih menganggapnya sebagai sebuah jenaka, memenuhkan muka surat demi muka surat dengan cerita-cerita percubaan (eksperimental) ‘liar’ sehinggalah dia bosan dan membiarkan tulisan-tulisan itu tanpa keinginan untuk menyentuhnya semula. Kumpulan tulisan ini dipercayai diterbitkan di bawah judul Opus Pistorum, atau Under The Roof Of Paris – buku perkenalan aku kepada Henry Miller yang aku tidak habis baca dua tahun lalu. Buku yang ditulis tanpa kesungguhan, di bawah tekanan dan kehendak orang lain, yang memberi persepsi sasar terhadap penulisnya. Bagaimanapun, dalam Novel of The Future, Anais Nin, penulis yang juga dikenali mempunyai hubungan intim dengan Henry Miller menuliskan bahawa Henry Miller tidak gemar tulisannya disunting. Dia menerima baik buruk setiap tulisannya dan enggan mengubah apa-apa bahagian daripada mana-mana bukunya.

Beberapa bulan lepas, aku bertemu semula dengan kawan-kawan lama. Kawan-kawan yang merupakan ‘hantu’ buku. Yang duduk di kedai kopi dengan jari mengepit rokok, kumat-kamit mulut berfalsafah tentang buku-buku yang telah dibaca. Anak-anak muda pseudo-intelektual yang memperuntukkan beberapa ratus duit poket membeli buku-buku tebal di Kinokuniya, memenuhkan rak-rak buku bertingkat di rumah. Aku sebagai pendengar yang baik, perlu diam. Memerhati riak muka di hadapan yang kelihatan seperti seseorang yang telah menggilis anak kucing. Berhamburanlah petikan-petikan ayat baik dari si penulis, mahupun ahli falsafah. Tajuk-tajuk buku dengan nama-nama yang susah sebutannya, komen-komen yang diselang-selikan dengan anggukan sesama. Tak ada nama yang akrab dengan pelat lidah. Tak ada Pak Sako, Latiff Mohidin, atau Muhammad Haji Salleh. Di sini, aku turut mengangguk, sebagai meraikan pesta muda-mudi melancap pandangan-pandangan sinis terhadap persekitaran, terhadap sosio-budaya, dan betapa malangnya tinggal di Kuala Lumpur. Kesinisan yang datang dari kemualan masing-masing. Kemualan terhadap diri sendiri, dalam kes ini.

Ketika aku cuba menghabiskan tulisan ini, beberapa naskah Henry Miller masih bersepah di atas meja. Dua daripadanya adalah judul yang diambil sempena payu dara June, isteri kedua Henry Miller – yang juga merupakan karakter yang paling banyak disebutkan dalam buku-buku Henry Miller. Aku membayangkan June (alter ego ‘Mona’ dalam Tropic of Cancer) sebagai salah satu ‘buku’ yang banyak memberi insiprasi kepada Henry Miller. Lupakan si penyair gergasi Whitman yang beberapa kali disebutkan Henry Miller sebagai penulis terbaik pernah dimiliki Amerika, Henry Miller sebenarnya menterjemah ‘buku’ yang dibacanya: Buku Kehidupan. Life is the source of every book, kata Henry. Kehidupan yang disedut, dihadam, dibedah, dimuntah dengan perkataan, kemudian dibaca pada waktu yang lain, Kehidupan yang lain.

Montaparnesse jauh sekali untuk dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Tak ada perempuan seperti Mona pernah baring di sebelah aku. Begitu juga hakikat aku belum pernah menjejak kaki ke Greece – tak akan pernah. Tapi ada sesuatu yang ‘colossus’ pada setiap individu, setiap kehidupan. Sesuatu yang hidup di luar ‘Sang Waktu’. Selesai membaca Colossus of Maroussi, aku seperti sedang melihat seluruh tamadun Greece sedang berlangsung di depan mata. Melihat Tuhan-tuhan yang telah mati dan cuba dihidupkan dalam mitos-mitos sebuah kotaraya. Hanya dengan duduk dan perhati (bukan fikir!) sekeliling, kehidupan menjadi sumber pengetahuan yang tak pernah habis dibaca. Sudah 69 tahun kali terakhir The Colossus of Maroussi diterbitkan. Tapi membacanya, aku seperti sedang duduk di kedai kopi dan mendengar seorang teman membebel hal-ehwal politik Malaysia. Ketika teman ini bercerita bagaimana dia menghalau seorang lelaki bernama George Orwell dari rumahnya, aku geli hati mengenang idealis-idealis lain yang wujud dalam lokus sosial aku. Realitinya aku sedang membaca pengalaman manusia lain, yang dulu hidup di kotaraya lain, di zaman yang lain. Dan benar, tak ada sesiapa yang akan menikmati pengalaman yang diinginkan kecuali dia benar-benar telah bersedia. Kehidupan digegerkan oleh hal-hal rambang, tapi seakan ada sesuatu yang begitu vital mencantum-padukan setiap satunya. Sesuatu yang aku mula rindu saat cuba menjadi manusia.Kiriman Berkaitan

Lima Bintang Ridwan Saidi Wahyudi Yunus

Kanak dan Buku admin

Surat kepada Seorang Penyair Muda Rainer Maria Rilke

Sajak-sajak Charles Bukowski II Charles Bukowski

Menjadi Islam dengan Berfikir Hafiz Zainuddin

Buku dan Tehran admin

Menjadi Islam dengan Berfikir
Tuhan, aku menghadap padamu bukan hanya di saat-saat aku cinta padamu, tapi juga di saat-saat aku tak cinta dan tidak mengerti tentang dirimu, di saat-saat aku seolah-olah mau memberontak terhadap kekuasaanmu. Dengan demikian Rabbi, aku berharap cintaku padamu akan pulih kembali. (Ahmad Wahib-Catatan Harian)

Saya mengenali Ahmad Wahib di sebuah petang yang mendung semasa berada di kompleks PKNS Shah Alam sekitar tahun 2008. Ketika itu saya melalui sebuah gerai buku. Leret mata liar saya tertumpu pada sebuah rak putih yang penuh dengan buku yang pada kulitnya tercetak kata-kata yang memukau “Tuhan bukan tempat terlarang bagi pemikiran”. Lantas saya memegang buku tersebut, membelek. Konon-kononnya ghairah. Buku berjudul Pergolakan Pemikiran Islam : Catatan Harian Ahmad Wahid saya miliki tanpa berfikir lama..

Ahmad Wahib yang melabelkan dirinya  “bukan nasionalis, bukan katolik, bukan sosialis, bukan buddha, bukan protestan, bukan westernis, bukan komunis…bukan humanis” telah pergi meninggalkan kita selama-lamanya pada sebuah malam di bulan Mac 1973. Beliau telah dilanggar oleh sebuah motorsikal  dihadapan pejabat majalah Tempo tempat dimana beliau bekerja sebagai calon wartawan. Buku setebal 355 mukasurat ini asalnya merupakan helaian-helaian catatan harian Ahmad Wahib yang ‘diselamatkan’ teman akrab beliau sejurus beliau meninggal dunia. Bukan seperti catatan-catatan “diari sorang lelaki ” yang lain.

Buku ini telah terbit buat pertama kalinya pada tahun 1981 di Indonesia oleh Pustaka LP3ES. Edisi Bahasa Malaysia pula ialah pada tahun 2007 terbitan MEGC dengan kerjasama Konrad Adenaur Stiftung. Secara umumnya, saya mentakrifkan buku ini sebagai rangkulan pengalaman dan kesimpulan panjang idea-idea liberalisasi. Catatan-catatan ini memuatkan pandangan peribadi Ahmad Wahib yang kritis dan sinis sepanjang pergulatan beliau dengan teman-teman jemaahnya, masyarakatnya, budayanya, agamanya, tuhannya malah hampir seluruh hidupnya.

Pemikiran Luar Kotak

Catatan dari Jogjakarta oleh HA. Mukti Ali pada 1981 mengakui dalam Lingkaran Diskusi, Ahmad Wahib sering menimbulkan pendapat-pendapat yang tidak biasa didengar orang dan kebanyakan hal yang ditulis oleh beliau membuatkan orang akan ‘berkerut dahi’. Pemikiran beliau ‘di luar kotak’ atau ‘di luar jendela’ apa adanya. Mukti Ali mengakui pendapat dan pertanyaan almarhum Ahmad Wahib ini amat menggoda dan mengesankan fikiran kita. Benar kata Wahib “Saya ingin menjadi Muslim yang baik dengan selalu bertanya.”

Buku ini telah dibahagikan kepada empat bahagian utama. Perkara-perkara yang disentuh antara lain  usaha beliau menjawab masalah yang timbul dalam ruang beragama, politik dan kebudayaan Indonesia, bidang keilmuan dan kemahasiswaan dan yang terakhir sedikit sebanyak menyentuh peribadi beliau yang sentiasa gelisah.

Adakah ‘tuhan itu takut kepada akal yang tuhan ciptakan sendiri?’

“Tuhan bersifat wujud bukan untuk kebal dari sorotan kritik. Sesungguhnya orang yang mengakui berTuhan tapi menolak berfikir secara bebas beerti menghina rasional kewujudan Tuhan.”- Ahmad Wahib

Pendapat almarhum Ahmad Wahib dalam soal agama dilihat sebagai pandangan yang tajam dan nakal. Beliau sering menyentuh soal yang dasar dan taboo justeru mengajak yang lain untuk berfikir. Kebebasan agama dilihat sebagai kebebasan berpendapat bukan untuk dibatasi. Yang mendasari untuk segala pendapat beliau, adakah ‘Tuhan itu takut kepada akal yang Tuhan ciptakan sendiri?’ Keberanian Wahib dalam melontarkan pendapat dan persoalan meletakkan beliau sebagai manusia jujur.

Catatan-catatan yang dihimpunkan dalam buku ini mempamerkan Wahib sebagai pemikir radikal penuh inpirasi dan provokatif. Soal ‘nilai baru dan lama’ diukur dengan pembaris waktu. Menurutnya lagi masyarakat Islam harus keluar dari kongkongan feqah.Bagi Wahib; pembinaan hukum dari al-Quran dan Sunnah melalui ijmak bukan lagi waktunya kerana individualisme semakin berleluasa. Wahib berpendapat bahawa hukum-hukum Islam itu berkembang apabila nilai-nilai dalam masyarakat itu berkembang yang pada beliau membawa erti hukum juga berubah.

Kekangan ‘eksklusivisme’ dalam Idea Pembaharuan Islam

Ahmad Wahib mahukan organisasi-organisasi Islam bersifat mendidik bukannya menghukum.  Beliau menolak apa yang dipanggil “Ideologi Islam” kerana “Ideologi Islam” sama seperti ideologi-ideologi lain seperti sosialis, nasionalis maupun komunis. Pokok pangkalnya, idea Islam harus  sentiasa berkembang selari dengan perkembangan umat, budaya dan bersifat universal.

Suatu hal yang menyedihkan apabila keberadaan beliau dalam HMI dipandang sebagai “jaringan golongan luar tertentu” dari Jawa Tengah yang dilabel sebagai heterogenitas yang keterlaluan. Sampai masanya, Wahib dan temannya Djohan meninggalkan HMI dengan meninggalkan kepilan ‘rasmi’ terakhir iaitu “Memorandum Pembaharuan dan Kekaderan”. Sifat rigid HMI dalam menerima dan menilai idea pembaharuan umat dilihat Wahib sebagai musuh kepada kebebasan berfikir dan bertentangan dengan Islam itu sendiri. Apatah lagi  HMI masih kuat dengan pengaruh Masyumi yang dilihat cenderung menghukum dan bersifat formal.

Sarana Wahib dalam kehidupan peribadi beragama

Pada 18 November 1972 Ahmad Wahib telah menggariskan sebuah struktur umum dengan judul “Pembinaan Toleransi Beragama di Indonesia” berpokok pangkal dengan umat Islam Indonesia yang menetapkan beberapa poin utama iaitu mengenalpasti ‘sasaran toleransi’, mengenalpasti ‘sumber-sumber intoleransi’ dan ‘pembinaan toleransi beragama’. Seluruh dasar ini bertujuan mengarah kembali organisasi-organisasi agama agar merayakan perbezaan dan ‘menghormati hak pembinaan dan penerimaan rohani manusia yang bersifat peribadi’.

Kesenian, Kebudayaan, Intelektualisma dan kebekuan pemikiran umat

Selain itu Ahmad Wahib dilihat sangat berminat menyentuh berkenaan ketenteraan ABRI, demokrasi dan kaum intelektual Indonesia. Beliau banyak menyentuh dan memberi pendapat mengenai ‘kedudukan-posisi’ golongan intelektual ini sebelum dan selepas kemerdekaan, kedudukan kaum intelektual semasa dan pasca Soekarno, intelektual Muslim dan pertentangan yang timbul di antara golongan intelektual dan persekitaran lingkungan mereka.

Kebanyakan golongan intelek Muslim ini dilihat terikut dengan arus massa sehingga takut kehilangan pengikut. Musibahnya; umat Islam buta disebabkan kurang komunikasi yang mengakibatkan umat Islam menjadi terumbang-ambing, terlalu reaksioner dan dilihat streotaip. Untuk memperbaiki permasalahan yang dihadapi kaum intelektual Muslim ini; Wahib menyarankan agar mereka lebih banyak ‘hadir’ dalam banyak bidang dan meningkatkan “level of political culture” untuk membebaskan umat dari kelesuan dan kebekuan. Wahib cuba menyentuh sebanyak mungkin isu dan minat mendalamnya dalam agama, politik, kemasyarakatan maupun budaya. Beliau menjembatani antara kesenian dan sudut manusiawi.

Perjuangan dan Dakwah

Peribadi yang selalu gelisah dengan persoalan-persoalan dan kejujuran Ahmad Wahib dalam kritikan beliau terutama terhadap pemikiran golongan konservatif Islam jelas menunjukkan perjuangan beliau dalam membentuk gagasan-gagasan baharu yang bersifat rasional dan alami. Nama beliau lebih dikenali setelah meninggal dunia. Pemikiran beliau mencetus fenomena baharu dalam masyarakatnya. Walaupun penulis tidak menyamakan beliau dengan Djohan Effendy, Nurcholish Madjid maupun Abdulrahman Wahid; Apapun mereka antara orang yang merentas jalan liberalisasi dalam membudayakan ilmu dan agama. Pemergian Ahmad Wahib dalam pencariannya bukan noktah bagi anak-anak muda yang sehingga kini menjadikan catatan-cacatan beliau sebagai  rujukan dalam meneruskan dakwah.

*Hafiz Zainuddin merupakan seorang penulis bebasKiriman Berkaitan

Sajak: Charles Bukowski I admin

Penghujung Jalan Mati admin

Ulasan Buku: Pesan-pesan Terbesar Al-Quran Hafiz Zainuddin

Selamat Jalan Zidane admin

Shi’ah (di) Indonesia Aqil Fithri

AUKU dan Krisis Pengetahuan Firdaus Zolkifli

Mengusir Matahari
Tajuk: Mengusir Matahri

Penulis: Kuntowijoyo

Penerbit: Pustaka Hidayah (1999) dan Tiara Wacana (2010)

Telah satu dekad berlalu tetapi ianya masih relevan sehingga saat anda membacanya sekarang. Buku ini yang ditulis semasa pentadbiran Presiden BJ Habibie merupakan reaksi terhadap gelombang reformasi di Indonesia dalam menumbangkan kekuasaan Orde Baru Suharto. Malah gelombang reformasi di Indonesia sedikit sebanyak mempengaruhi reformasi politik di Malaysia.

Kisah-kisah yang diceritakan yang diceritakan adalah manifestasi dari realiti yang sedang berlaku dan telahpun berlaku setiap hari. Seolah-olah anda dibawa berada di zaman Raja Sulaiman moden. Persoalan demokrasi, pencerahan politik, salah guna kuasa, kekayaan yang terhimpun, kedayusan sistem, kemelaratan rakyat dan kesombongan pemimpin yang sehingga saat ini masih berlaku di depan mata kita seperti yang telah digambarkan dalam ‘Sajak-sajak Seekor Kucing’.

Himpunan kisah-kisah ini dirangkulkan bersama dan diberi nama Mengusir Matahari oleh penulisnya Kuntowijoyo. Sebuah koleksi fabel-fabel politik terbitan Pustaka Hidayah tahun 1999 (edisi tahun 2010 terbitan Penerbit Tiara Wacana). Ia adalah cerminan alam manusia ke alam haiwan. Malah makhluk jin juga sesekali diajak berlakon di pentas ini. Buku ini bukan cuba untuk memanusiakan haiwan ataupun sebaliknya tetapi saling bertemu di persimpangan jalan kemudian bertelingkah. Manusia telah masuk ke alam haiwan dan haiwan telah masuk ke alam manusia. Maing-masing berkonfrontasi antara satu sama lain, bersaing, untuk menang, jadi kaya.dan berkuasa.

Buku ini antara lain memaparkan kisah sedih masyarakat kambing. Kisahnya lebih kurang begini; Semakin negeri-negeri kambing menghadapi masalah pentadbiran, kesihatan dan serangan dari negeri serigala, mereka bersetuju melantik gajah sebagai raja untuk memerintah. Pemerintahan raja gajah tidak seperti yang diharapkan. Semakin lama, semakin negeri kambing ini jadi kacau bilau. Masyarakat kambing tak mampu untuk melawan rajanya si gajah. Mereka jadi buntu, berputus asa kemudian berpindah ke negeri lain. Negeri kambing jadi kosong dan rajanya sang gajah memerintah sehingga ke penghujung usia.

Mengusir Matahari penuh dengan humor. Padat dengan mesej-mesej tersirat maupun tersurat. Kesemua 89 karya yang ditulis oleh Kuntowijoyo dihidangkan kepada pembaca dengan baik dan penuh sinikal. Penulisannya tidak ke kiri maupun ke kanan. Tetapi antara keduanya saling berlumba. Masing-masing adalah benar. Mungkin. Buku ini sarat dengan saranan-saranan ‘moral’ baik untuk pemimpin maupun untuk yang dipimpin. Kebanyakan kisah yang diceritakan merupakan kisah benar yang berlaku semasa dan pasca reformasi di Indonesia. Sejarah ini bukan ditokok tambah tetapi diberi nafas baru agar lebih menghiburkan dan sesuai untuk tontonan umum barangkali.

Dalam kisah ‘Demokrasi Gajah, Demokrasi Kuda dan Demokrasi Anjing’ anda dihidangkan dengan sebuah kisah seorang ayah yang mengajar anaknya mengenai demokrasi. “Ayah…apa erti demokrasi?”. Lalu jawab ayahnya “itu tontonan untuk 17 tahun ke atas tahu!”. Mereka ke sarkas dan melihat gajah membuat pertunjukan dengan dipalu seorang pelatih. Kata bapa kepada anak, inilah demokrasi gajah. Kemudian selepas itu si ayah membawa anaknya ke markas Polis berkuda. Kuda itu dikendalikan dengan sangat baik. Polis itu mengatakan bahawa kuda adalah seperti manusia, kalau baik kepadanya, dia akan baik kepada kita. Ayah berkata inilah demokrasi kuda. Hari berikutnya si ayah membawa anaknya keluar bersiar-siar dan bertemu dengan seorang tua pemilik anjing yang sedang bersiar-siar. “Anjing itu milikmu..?” Si ayah menegur orang tua trsebut. Orang tua itu berkata bahawa secara rasminya memang miliknya tetapi hakikatnya, dia yang dimiliki oleh anjing peliharaannya. Ini kerana, kalau tak dibawa keluar bersiar-siar, mereka akan memberontak, kencing di sofa dan membuat bising. Kata ayah; Anjing menjadi bos. Sewenang-wenang mahu menang sendiri. “Fasis! Diktator! Komunis!” kata anak. Dalam humor sinikal ini anda dibawa jauh untuk berfikir mengenai memiliki demokrasi atau demokrasi untuk pilihan.

Himpunan kisah-kisah ini berkisar langsung dengan zaman pemerintahan Suharto dan kebangkitan mahasiswa Indonesia serta rakyat yang membawa obor reformasi. Dari sekecil-kecil isu ke sebesar-besar perkara. Ia meliputi ruang dan melangkau zaman. Keutamaan diberi kepada sistem dan pengatur sistem. Terlalu banyak kisah-kisah ‘dongeng’ dalam Mengusir Matahari yang boleh dijadikan kayu ukur kepada isu setempat dan pemahaman masyarakat terhadap sesuatu pembaharuan.

Catatan  ‘Manusia versus Buaya’ akan membawa anda untuk menjunjung hak buaya. Dalam ertikata lain, buaya juga berhak memakan kambing ternakan manusia sebab manusia telah mencabul hak-hak buaya yang mengganggu habitat mereka. Di sini, menghormati hak ini juga disebut ‘demokrasi’. Maka berkumpullah orang kampung dan pawang setelah semakin banyak ternakan kambing dimakan. Pawang telah membuat perjanjian dengan pihak buaya tetapi malangnya ia telah dilanggar oleh pihak buaya itu sendiri lalu orang kampung bermesyuarat agar senapang dibekalkan tetapi pihak berkuasa tidak membenarkannya. “Ini urusan polis” lalu orang kampung mengajukan hal ini kepada pihak polis. Pihak polis perkata, ini urusan tentera. Maka yang berlaku saling meletakkan tanggungjawab kepada orang lain. Buaya ini urusan polis atau tentera atau urusan demokrasi? Di mana kita?

Struktur penceritaan oleh Kuntowijoyo santai dan mudah dihadam. Kata-katanya disulam dengan renungan mendalam. Ia mengajarkan mengenai hak dan demokrasi. Jika kita meletakkan buku ini sebagai bibit-bibit pencerahan; bagi saya ia bukan sekadar pencerahan tetapi ‘seni pencerahan’. Pandangan Kuntowijoyo selari dengan usia dan zamannya. Kritis terhadap sistem, budaya dan masyarakat. Ia memaparkan kisah suka duka manusia bergelut dengan politik. Kisah ‘Kancil Mabuk‘ umpamanya merupakan manifestasi keberadaan kita. Realiti untuk kita berfikir secara dalam tapi santai.

Kuntowijoyo dalam Mengusir Matahari telah berjaya meniupkan sebuah semangat “Ayuh berubah…! Jangan jadi bodoh…!” dan pembaca pasti terhipnotis dengan gaya bahasa humor sinikalnya. Kuntowijoyo telah menyimpulkan dengan mudah bahawa kalau di alam haiwan punya predator natural., di alam manusia punya predator struktural. Jadi sebelum terlambat. Jadilah apa-apapun. Besi berani umpamanya!

Hafiz Zainuddin, merupakan salah seorang penulis dalam zine-zine terbitan Gudang Garam -Fragran Frantik. Juga pemenang saguhati tempat ke-4 Pertandingan menulis artikel sempena ulangtahun MBSA ke 10.Kiriman Berkaitan

Azmin Ali: 901 Peluang Polis Pulihkan Imej yang Tercalar Ammar Gazali

Amukti Hasmi bin Hashim

Separuh Hari Naguib Mahfouz

Menentang Dunia, Menentang Kehidupan Amaluddin Zhafir

Seruan Bersih 2.0 Hasmi bin Hashim

Legasi Geofrey Bawa Ismail Shariff

Ceritera Bayangan Mimpi
Namaku Epal Kuning

Roslan Jomel

DBP

2010

Namaku Epal Kuning. Sebelum itu aku merupakan manusia seperti saudara juga. Sudah tentu saudara tertawa berhadapan imej hodohku ini berbanding ciptaan sempurna Tuhan. Di atas muka bumi, akulah spesis yang hidup tanpa otak. Jahiliah. Sudah tentu saudara menyindir gelang secular yang sentiasa tersangkut pada seluruh anggotaku. Tiada identiti kepercayaan sebagai pedoman hidup. – Roslan Jomel, Namaku Epal Kuning.

Dalam mimpi tidur malam, beratus-ratus watak boleh saja bangkit dan membangun cerita yang bermacam-macam. Kesedihan, kepiluan, kebencian, kenikmatan, cinta dan apa-apa lagi. Semua orang boleh menjelma untuk menjadi apa saja.

Dan mimpi, dengan sifatnya yang berseri dan menggerunkan, memang menemukan kita di antara yang nyata dan yang khayal. Ada orang menyebutnya sub-conscious, mungkin. Lima puluh – lima puluh. Kegilaan alam khayal yang tiba-tiba diperturunkan sekali dengan emosi yang pekat dan dalam. Memasukinya, atau memikirkannya semula selepas tersedar dari tidur akan mencampakkan orang ke ruang asing yang keliru. Tak ada penjelasan yang nyata untuk semua itu. Ia tak ada, tetapi ia tetap menunggu untuk menelan kita.

Di dalam sebuah mimpi, anggap saja seseorang datang, memandu sebuah kereta dan mengajak sama kita – sang pemimpi – untuk duduk di sebelah dan pergi meronda. Ke sebuah kota yang tak asing buat kita; katakan kota itu Kuala Lumpur.

Perjalanan itu bukan yang aneh-aneh. Kita memang sudah meramahi kota itu; setiap jalan, setiap lorong dan setiap celah, tak ada yang menghairankan. Semua tempat itu sudah terdaftar dalam memori nyata, katakan. Sang pemandu juga tidak membawa kita ke tempat-tempat baru, yang mungkin akan membuatkan orang ghairah – melihat lampu-lampu neon digital turun dari langit misalnya – dan berasa sangat-sangat kagum.

Tetapi, entah disebabkan apa, kita tetap menikmati tour berkenaan. Memang tak ada yang baru, tetapi pemandu tadi mengajak kita untuk melihat kota Kuala Lumpur dari  sudut pandang dan perspektif lain – dalam sebuah kereta yang hamis dan hapak. Tiba-tiba, dalam mimpi itu, kerap kita menjadi tidak mengenali kota itu, termasuk diri kita sendiri.

Di dalam bayang-bayang yang ditunjukkan itu, ada perkara yang kita tak mahu lihat atau tahu tentangnya. Ada ketakutan yang dilahirkan ditengah-tengah kota; nanti akan sampai waktu di mana semua akan terbuang dan terdampar tanpa harapan. Disebabkan apa, entahlah. Mungkin oleh watak-watak egois yang sempit. Atau boleh saja disebabkan oleh kebebalan kita sendiri yang mana mata hati dan emosi sudah terpasung oleh apa yang kita yakini sebagai hal-hal yang nyata. Kerana di alam mimpi, kenyataan adalah lelucon semata.

Agaknya, di dalam pertembungan realiti dan khayal sebeginilah tempat di mana Roslan Jomel, penulis buku himpunan cerita-cerita ini kerap melemparkan dirinya. Namaku Epal Kuning, walaupun merupakan buku pertama karangannya yang diterbitkan, ia tetap memacu rasa dan pengalaman pembacaan yang tergelincir dari faham stereotaip dan konvensional, apa lagi ketika melihat pertembungannya dengan kebiasaan dan normaliti kebanyakan pengarang fiksyen Malaysia yang bernaung di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Tiga tahun menunggu untuk kerja-kerja ini diterjemahkan menjadi sebuah buku daripada sebuah draf manuskrip asal seperti membayar harga yang mahal. Mujur dia memilih untuk tidak sekapal dengan karangan-karangan lain yang selalu diterbitkan DBP, yang banyak daripadanya merupakan kerja-kerja sastera yang diulang dan usaha-usaha bunuh diri lainnya, yang kerap tanpa sedar menghumbankan diri mereka sendiri ke lombong untuk selepas itu dilupakan orang.

Tetapi perkara sebegitu tidak berlaku dengan judul ini. Ada sedikit harapan yang terselit di antara lembar-lembar kertasnya, yang mendorong untuk menghidupkan setiap watak-watak rekaan di dalamnya – yang pada kebanyakan waktu begitu komikal – untuk terus menjalani hidup mereka diruang khayal dan tetap melakukan bakti kepada yang membaca; menghiburkan, mengelirukan serta memalsukan pengalaman kehidupan di alam nyata.

Di dalamnya tersurat 18 cerita yang akan membuatkan kita tertanya-tanya. Mungkin juga tidak akan difahami apa sebetulnya yang mahu disampaikan. Ketika kita merasakan tulisan-tulisan itu sedang berbicara tentang realiti, sekejap itu juga norma-norma palsu akan menjelma untuk menjelaskan dirinya dan mengingatkan kita bahawa pengarangnya sedang mengikat antara kedua-dua itu dengan pesona.

Sebuah cerita, misalnya Jerusalam Baru, menemukan pembaca dengan kekalutan dunia fiksyen, dengan jumlah watak-watak yang minimal, tetapi berlingkar di dalam spektrum dan barangkali boleh saja disebutkan hadir dengan proses pemaknaan yang liar. Karangan itu bermula dan berakhir dengan satu perenggan yang sama. Dan, di antara dua pembuka dan penutup ini adalah penjelasan proses kreatif. Ini yang dicoretkan:

Saya diberi tempat tinggal di dalam tandas oleh Tuan Rumah yang baik hati. Hampir sebulan saya diperam tanpa pedoman dan sejalur cahaya. Kemudian, bertahun lamanya hingga sesaat berlalu di depan saya bagaikan beratus tahun. Di sinilah kewujudan saya. Dilarut udara busuk yang mencairkan urat saraf. Pemikiran saya membeku bagaikan ketulan ais. Pancaindera saya tercemar diapit dinding berlumut. Hanya ada sekeping cermin di singki yang juga kekaburan oleh wap yang terperangkap. Segala-galanya meniduri jiwa.

Melalui himpunan cerita-cerita ini, Roslan Jomel adalah watak pemandu di dalam mimpi di awal tadi. Dia menghidupkan enjin kereta, tetapi kemudiannya kereta itu tidak bergerak di aspal jalan, melainkan sedikit-sedikit mula terjungkit dan akhirnya kita bayangkan ia seperti terlepas dari pasakan graviti. Terapung meliar menunggu angin lalu untuk menentukan arah perjalanan. Awalnya, kita berasa gusar dan seram, kerana sebelum ini belum ada yang cuba membawa kita seperti dia. Takut kalau-kalau terhempas ke bumi dan patah riuk.

Odisi pencerekaan Roslan Jomel akhirnya membuatkan kita tersenyum dan melupakan dunia buat seketika. Kerana, dunia ciptaannya – yang bebas tempat dan detik masa – tidak memungkinkan sebuah imajinasi yang terapung dari kenyataan menjadi hambar. Ia meliar dan tak minta ditambat logika untuk menjadi candu baru.

Kemudian, bahasa berbicara dengan tenang, untuk kita terus berlegar di dalam mimpi itu tanpa rasa janggal. Kerap kali juga merasa terhibur dengan kekuatan imajinasi pengarangnya yang di luar lingkar kebiasaan. Tak kurang juga, ia membiarkan kita terperangkap dalam alam rekaan itu, untuk kita nanti akan mahu kembali dan menikmatinya lagi, walaupun yang dirasai itu mungkin tidak sama dengan apa yang sebetulnya mahu disampaikan.

Hafiz Hamzah bukan orang yang sama menulis di Mastika. Dia akan mencari celah-celah antara muzik dan sajak dan menjadikan mereka kembar satu darah.Kiriman Berkaitan

Empat Sajak Hafiz Hamzah Hafiz Hamzah

Bersih 2.0: Di Balik Tirai Dirimu Ainis Azreen

Sajak-sajak Wahyudi Yunus Wahyudi Yunus

Hyapatia dan Agora Afif Bahardin

Ketika Agama Bukan Lagi Candu Firdaus Zolkifli

Hantu-hantu Pelabuhan Jutland Mohd Jimadie Shah Othman