JalanTelawi [Beta] » admin

John F. Kennedy tentang Politik dan Khidmat Awam
Oleh Jessica Ferrell dan David Coleman

Dengan harapan untuk menulis memoarnya suatu hari nanti , John F. Kennedy secara berkala merakam nota-nota tentang perkembangan semasa atau isu-isu lain, yang mungkin pada satu hari nanti beliau mahu masukkan ke dalam bukunya.

Walaupun beliau belum memenangi pemilihan Presiden—“sumber terhebat untuk tindakan,” seperti yang beliau sebutkan—semasa beliau membuat rakaman ini, mungkin pada musim luruh 1960 di saat kemuncak kempen pemilihan Presiden, Kennedy menggambarkan karier politiknya sehingga titik itu dan falsafah politik beliau dalam khidmat kenegaraan.

Presiden Kennedy: Puan (Evelyn) Lincoln, Adakah pita sudah dimasukkan? Adakah plagnya telah disambung? Adakah plagnya telah disambung?

Evelyn Lincoln: [respon yang kurang jelas]

Presiden Kennedy: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10. Dalam satu sisi, adalah penting dan diharapkan untuk masyarakat merasai hal ini berkenaan politik dan ahli politik dalam masyarakat yang bebas. Kuasa seorang ahli politik boleh jadi besar, dan kuasa ini punya keperluan untuk disemak. Namun pada hakikatnya, ahli politik tetap menjadi menjadi satu kerjaya yang seringkali disalah guna dan tidak diendahkan. Ia adalah paling rendah dalam senarai kerjaya sebahagian besar ahli politik di Amerika. Namun, adalah kerjaya ini, adalah ahli politik yang membuat keputusan besar tentang peperangan dan keamanan, kemakmuran dan kemelesetan, keputusan sama ada terus melihat ke depan atau ke belakang. Dalam erti kata yang lebih besar, segalanya tergantung kepada apa yang diputuskan kerajaan.

Oleh kerana itu, jika anda berminat, jika anda ingin sertai, jika anda berasa begitu prihatin dengan apa-apa persoalan publik, sama ada tentang buruh, tentang apa yang berlaku di India, masa depan pertanian di Amerika, apa pun yang akan berlaku, saya melihat perkhidmatan awam adalah cara untuk menerjemahkan kemahuan ini menjadi tindakan. Ini adalah tempat terbaik untuk warganegara yang peka bagi menyumbangkan sebahagian daripada hidupnya untuk kepentingan nasional. Sebagaimana banyak keputusan lain dalam hidup, kombinasi pelbagai faktor mendorong diri saya sehingga membawa saya kepada kerjaya ini.

Selepas perang saya tidak tahu apa yang saya akan buat; saya enggan untuk memulakan pengajian undang-undang lagi. Saya tidak berminat untuk menyertai bidang perniagaan. Saya lebih tertarik dengan kehidupan nasional dan antarabangsa dan saya adalah waris daripada tiga generasi, di kedua belah keluarga saya, yang telah menjadikan politik sebagai kerjaya mereka. Pada awal kehidupan saya, perbualan yang sering berlaku hampir semuanya tentang politik.  Bapa saya, orang yang telah banyak menyalurkan tenaganya dalam bidang perniagaan, bagaimanapun sebagai anak kepada seorang Senator di Massachusetts, dirinya sendiri tertarik dengan politik. Ibu saya juga berkongsi minat yang sama. Bapanya pernah menjadi Datuk Bandar, dan ahli Kongres Amerika Syarikat, dan kedua bapa saudara saya adalah senator, dan sepupu sulung bapa saya adalah Datuk Bandar di Brockton, Massachusetts.

Bagi semua imigran Ireland, jalan untuk sampai ke Boston telah jelas ditunjukkan. Pintu perniagaan ditutup. Cara terbaik untuk naik daripada menjadi buruh adalah melalui politik. Maka semua orang menyertainya, semua daripada keluarga Kennedy dan Fitzgerald. Namun, tak pernah saya terfikir semasa di sekolah dan pengajian tinggi bahawa saya akan mencalonkan diri. Seorang ahli politik saja sudah cukup dalam keluarga dan abangku, Joe jelas akan menjadi ahli politik. Saya tidak pernah menganggap diri saya jenis yang minat politik dan abang saya mengisi semua keperluan untuk berjaya dalam politik. Ketika berusia 24 tahun, dia terpilih sebagai delegasi ke Konvensyen Demokrat pada tahun 1940 dan saya fikir kejayaannya dalam politik sudah terjamin. Saya masih ingat, saya baru bergelar seorang mahasiswa di Harvard ketika Henry Cabot Lodge (Jr) terpilih menjadi ahli Senat Amerika Syarikat. Tidak pernah sekali pun saya terfikir, pada hari-hari berikutnya, saya akan melawan beliau dan mengalahkannya bagi kerusi Senat. Saya fikir ada beberapa mahasiswa di kolej ketika ini, tidak menyedari bahawa mereka mungkin akan mengalahkan saya suatu hari nanti.

Abang saya, Joe terbunuh sebagai juruterbang di Eropah pada Ogos 1944, dan berakhirlah harapan kami kepadanya. Tapi saya tidak mulai berfikir tentang kerjaya politik sehingga setahun kemudian. Ketika perang berlangsung, saya tidak tahu apa yang boleh saya lakukan…dan selepas beberapa bulan kemudian…saya tidak merasa untuk tidak tahu berbuat apa-apa itu sebagai satu yang menekan. Pada ‘44 dan ‘45 saya berada di hospital selama setahun untuk sembuh daripada kecederaan yang saya terima di Pasifik. Kemudian saya bekerja sebagai wartawan membuat liputan tentang Persidangan (United Nation) San Francisco, Pilihan Raya Britain dan Mesyuarat Potsdam – semua pada tahun 1945.

Jadi saya tidak pernah mempunyai saat kesedaran tertentu ketika melihat kerjaya politik saya semakin berkembang. Saya kembali pada musim luruh ’45 (sic-’55) setelah Potsdam, dalam keadaan tidak menentu, dan Ketua Boston Community Fund  meminta saya untuk membantu beliau dalam berkempen. Beliau adalah Mike Kelleher, yang kemudian menjadi pengerusi kewangan saya ketika saya bertanding untuk Senat pada tahun 1952. [Tidak Jelas] Kelleher atau pembantunya membuat pidato buat kali yang pertama dalam hidup saya dan kelihatan ia boleh diterima. Pidato pertama yang pernah saya berikan adalah tentang “England, Ireland dan Jerman: Menang, Neutral dan Kalah”. Ia mengambil masa tiga minggu untuk ditulis dan dihantar ke American Legion Post. Kini, pidato tersebut diterima dengan cukup baik. Seorang ahli politik datang kepada saya dan menyatakan bahawa saya perlu menyertai politik, dan saya mungkin akan menjadi Gabenor  Massachusetts dalam masa sepuluh tahun. Kemudian, barulah saya berfikir tentang karier politik. Saya tidak pernah mempertimbangkannya sebelum ini. Setelah itu dalam musim luruh, James M. Curley telah dipilih menjadi Dato Bandar dan kerusi Dewan Kongres menjadi kosong. Ini adalah daerah Kongres yang kesebelas, yang pernah diwakili datuk saya 50 tahun sebelum ini.

Tiba-tiba, saya berasa berada di masa yang sesuai, di tempat yang sepatutnya. Saya menuju ke Bellevue Hotel dengan datuk saya dan saya mulai bertanding. Saya telah bertanding sejak itu. Saya mulai terpesona, dan saya menyedari bagaimana kerjaya politik dapat memberikan kepuasan. Saya melihat bagaimana politik secara idealnya mengisi definisi Greek tentang kebahagiaan : “Sebuah penggunaan kuasa secara penuh sejajar dengan garis-garis kecemerlangan dalam hidup yang memberikan panduan”. Saya mungkin pergi ke Sekolah Undang-Undang, seperti yang banyak dilakukan orang kebanyakan orang selepas berakhirnya perang, dan menjadi ahli kepada firma besar atau kes perceraian, atau terlibat dalam saman kes kemalangan. Tetapi bagaimana seseorang dapat membandingkannya dengan menjadi ahli kongres, yang mencuba untuk  merangka  undang-undang terhadap dasar luar atau hubungan antara tenaga kerja dan pengurusan. Atau saya mungkin boleh terlibat di dalam kes pecah amanah terhadap syarikat besar, kes yang mungkin mengambil masa dua hingga tiga tahun. Bagaimana kamu dapat membandingkan kerja itu dengan kehidupan di dalam Kongres di mana kamu boleh untuk melibatkan diri dalam beberapa sudut untuk menentukan arah yang akan dituju oleh negara ini? Bahkan, kewartawanan juga mempunyai kekurangannya, dan itulah profesyen yang saya cuba mulanya.

Seorang wartawan melaporkan tentang apa yang terjadi; dia tidak membuat perkara itu terjadi. Bahkan wartawan yang hebat, seorang yang betul-betul teruja tentang apa yang terjadi dan mereka yang menemukan rangsangan dalam meletakkan diri mereka di dalam tindakan. Bahkan mereka, dalam erti kata lain, adalah kerjaya yang sekunder. Ia adalah laporan tentang apa yang terjadi, tetapi bukan menyertainya. Mulanya, saya di dalam politik dengan mempunyai kelebihan kerana mempunyai nama yang dikenali dan itu memberikan manfaat. Bagaimanapun selain daripada semua itu, saya merupakan orang luar di Boston, dan saya masih mempunyai buku nota, di mana ia dipenuhi dengan nama orang-orang baru yang saya temui di sana pada kempen pertama itu.

Saya mempunyai beberapa kelemahan sebagai calon. Saya sebenarnya adalah orang luar. Saya tinggal di hotel. Saya tidak pernah tinggal di dalam daerah itu. Asal-usul keluarga saya di sana, tetapi saya tinggal di New York selama sepuluh tahun, dan tambahan pula saya pergi ke Harvard, yang ketika itu bukanlah institusi yang popular di Daerah Kongres Kesebelas pada masa itu. Tetapi saya bermula awal, pada pendapat saya ianya merupakan kunci yang paling penting untuk kejayaan politik. Pada Disember, untuk pemilihan pertama Jun depan…[tamat pita pertama]

Saingan utama saya, Datuk Bandar Cambridge dan setiausaha kepada Mayor Curley, mengikut amalan lama untuk tidak memulakannya sehingga dua bulan sebelum pemilihan. Pada saat itu, saya telah mendahului mereka. Pada tahun 1952, saya mula bekerja setahun setengah sebelum pemilihan November, setahun setengah sebelum Senator Lodge memulakan kerjanya. Saya mengikut praktik yang sama ketika ini. Saya percaya kebanyakan calon untuk jawatan awam bermula sangat lambat. Apabila kamu memikiran tentang wang yang diletakkan oleh Coca-Cola dan Lucky Strike untuk pengiklanan, walaupun jenama itu cukup luas dikenali, kamu akan melihat betapa susahnya untuk menjadi tokoh politk yang dikenal orang. Idea bahwa orang ramai dapat mengenali kamu dengan baik untuk menyokong kamu dalam jangka masa dua bulan atau tiga bulan adalah salah. Kebanyakan daripada kita tidak mengikuti politik dan ahli politik. Kita menjadi berminat hanya sekitar menjelang pilihanraya. Untuk ahli politik menanamkan kesedaran dalam majoriti besar rakyat adalah tugas yang mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga kerja, terutamanya dalam primari di mana tidak ada label parti yang dapat membantu kamu.

Ketika saya bermula, saya bekerja keras untuk cuba memperoleh sokongan daripada kumpulan bukan professional, yang bersedia untuk memberikan komitmen mereka lebih awal berbanding ahli politk yang tradisional. Pada pendapat saya, prinsip untuk menang dalam pemilihan dewan bandaraya atau kongres adalah serupa dengan usaha untuk memenangi jawatan Presiden, dan bahan yang paling penting adalah kesediaan untuk berkerja keras dalam jangka yang lama, sangat lama. Setelah melaluinya setengah jalan, Datuk Bandar Cambridge menawarkan saya untuk menjadi setiausahanya sekiranya saya menarik diri dan membiarkan beliau menang. Saya menolak. Akhirnya, setelah pertarungan yang sengit, saya menang dengan perbezaan yang agak besar. Dan hampir secepat mungkin, politik memberikan harapan besar untuk saya menjadikannya sebagai suatu kerjaya. Perkara pertama yang saya lakukan di dalam kongres adalah untuk menjadi Demokrat muda di dalam komite tenaga kerja. Pada ketika kami mempertimbangkan Rang Undang-undang Taft-Halley. Saya menentangnya dan satu hari di Harrisburg, Pennsylvania, saya berdebat tentang rang undang-undang itu dengan seorang Republikan muda dalam suruhanjaya itu…nama beliau Richard Nixon. Dan sekarang kami berdebat semula, 14 tahun kemudian. Mengapa ahli politik berterusan meninggalkan kerja yang mewakili kepuasan yang sempurna pada satu masa untuk kedudukan yang lebih tinggi? Bahagian daripada sebabnya terletak di dalam keinginan untuk maju ke hadapan, motivasi yang membantu untuk menggerakkan dunia; mungkin bahagian yang lebih penting terletak kepada pengiktirafan bahawa peluang yang lebih besar untuk menetukan arah ke mana negara atau dunia ini akan pergi terletak pada jawatan yang lebih tinggi. Ruang lingkup dan kuasanya lebih besar.

Semasa saya di dalam Dewan Perwakilan. Saya begitu berminat dengan daerah saya, pada masa hadapan, sebagai contohnya, dalam mentadbir Pelabuhan Boston. Saya masih berminat. Tetapi di dalam Dewan, kamu hanya seorang daripada 435 orang ahli. Kamu harus  berada di sana beberapa tahun sebelum kamu masuk ke dalam jaringan berpengaruh, atau mempunyai peranan untuk dimainkan dalam perkara-perkara substantif. Selepas saya berada di dalam Dewan selama 6 tahun, saya membuat keputusan bahawa terdapat peluang yang lebih besar dalam Senat Amerika Syarikat. Saya bersedia untuk ke hadapan.

Pada masa yang sama, semasa saya di Senat, saya mula memahami Presiden adalah sumber tindakan yang paling tinggi. Bukan Senat. Mungkin betul sekitar tahun 1840, tetapi bukan sekarang. Sebagai tambahan, ambil Rang Undang-undang Buruh. Pada tahun 1958, saya telah bekerja dua tahun untuk rang undang-undang itu. Presiden Eisenhower berpidato selama 15 minit yang memberi kesan yang menentukan kepada Dewan. Saya bekerja setahun untuk permohonan bagi menghantar misi ekonomi ke India. Jabatan Negara menentangnya. Ia mengalami kekalahan di dalam persidangan itu. Saya bekerja selama setahun untuk rang undang-undang untuk mengubah Akta Perang untuk membenarkan perdagangan ekonomi yang lebih luas dengan negara-negara di sebalik Tirai Besi, seperti Poland. Presiden menarik diri daripada memberi sokongan pada hari pengundian. Kami dikalahkan dengan satu undi. Semua perkara yang kamu ingin laksanakan, Presiden mampu lakukannya dan Senat tidak boleh, terutamanya hal membabitkan polisi luar.

Selalunya Senat tidak dapat berbuat apa-apa. Pihak pentadbiran mengawal, pada pendapat saya, pada hari ini dan di dalam pentadbiran itu sendiri, Presiden adalah yang bertanggungjawab mengawal dan mempengaruhi keputusan, sementara kita memainkan peranan di dalam isu-isu penting berkenaan keselamatan negara, pertahanan dan dasar luar adalah peranan sekunder dalam Senat Amerika. Presiden, pegawai-pegawai awam , hari ini menghadapi masalah yang serius dan kompleks yang tidak pernah didengar pada abad ke-19, di mana pemimpin politik  untuk beberapa generasi menangani masalah pembangunan di barat, perhambaan, tarif dan mata wang. Hari ini, politik telah menjadi begitu rumit. Satu hari kita berurusan dengan undang-undang tenaga kerja, esoknya pula tentang perkara signifikan dalam dasar luar, hari seterusnya polisi fiskal dan monetari, esok harinya pula tentang masalah senjata baru yang mana yang perlu untuk diberi penekanan. Dengan kesukaran dan kerumitan masalah politik, saya kira politik dan ahli politik telah berubah. Istilah “Hail-Fellow, Well Met” telah berlalu dari pentas politik. Ramai daripada ahli politik yang saya ketahui di dalam Senat adalah pendiam dan banyak berfikir, tentunya bukan jenis yang ekstrovert.

Ahli politik yang berjaya pada hari ini mesti mempunyai dan menyampaikan kecerdasan dan intergriti dan dia perlu bersedia untuk bekerja. Wang membantu, tentunya. Adalah sesuatu yang diinginkan oleh sesiapa sahaja untuk mempunyai jaminan kewangan dalam apa perkara yang mereka lakukan, tetapi pastinya ia bukan perkara terpenting untuk berjaya. Faktanya adalah jarang untuk mereka yang mempunyai sumber peribadi telah berjaya dalam politik. Kebanyakan daripada mereka tidak masuk ke dalam dunia politik dan untuk mereka yang mempunyai wang adalah sesuatu yang berisiko. Apa pun, ini bukanlah persoalan yang muktamad dan saya rasa sejarah kita telah menunjukkan dengan begitu jelas sekali. Franklin Roosevelt mempunyai sumber peribadi. Lincoln tidak. Mereka berdua berjaya sebagai pemimpin politik dan Presiden yang hebat.

Apabila saya melihat kembali, saya akan mengatakan bahawa saya tidak pernah menyesali pilihan saya , walaupun saya tidak tahu apa akan terjadi di masa hadapan. Saya berharap warga Amerika, lelaki dan wanita, tanpa memikirkan kerjaya mereka, akan mempertimbangkan untuk mengabdikan sebahagian hidup mereka di dalam bidang politik. Winston Churchill pernah berkata: “Demokrasi adalah bentuk kerajaan yang paling teruk kecuali jika dibandingkan dengan sistem-sistem yang pernah dicuba sebelum ini.” Ia tentu sekali begitu menuntut; memerlukan banyak hal daripada kita berbanding sistem yang lain. Khususnya, pada hari ini apabila kita melihat lampu-lampu jaga di kem pihak musuh menyala dengan terang, saya rasa semua daripada kita mesti sanggup untuk memberikan sebahagian daripada diri kita kepada disiplin yang paling tepat dalam menguruskan diri sendiri. Magik dalam politik bukanlah kilauan jawatan. Magik dalam politik adalah dengan penyertaan dalam semua tahap kehidupan kenegaraan secara tegas, dengan memainkan peranan kecil yang menentukan, seperti kata-kata Mr. [William] Faulkner, “Kebebasan bukan sahaja akan bertahan, tetapi juga akan mengatasi.”

Diterjemah oleh Hilman Idham dari John F. Kennedy on Politics and Public ServiceKiriman Berkaitan

Buku Baru: Kata-kata Pengubah Dunia Ammar Gazali

Politik Tukar Kulit Hasmi bin Hashim

Puaka (Politik) 13 Mei dan Teori Celaka Najwan Halimi

Revolusi Ini Akan Diteruskan SPIEGEL Online

Demi Rakyat Jerman Najwan Halimi

Ketua Ayam Cocok Hasmi bin Hashim

Menyaksikan Kebangkitan Rakyat Mesir
Perkembangan politik di Mesir memberikan impak yang besar kepada politik Timur Tengah dan juga Dunia Islam. Pada Jumaat, 4 Januari 2011, editor JalanTelawi, Ammar Gazali mewawancara Dato’ Profesor Madya Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Pengarah Jabatan Pengajian Malaysia di Universiti Kaherah, Mesir. Beliau yang baru pulang daripada Mesir baru-baru ini menceritakan pengalamannya menyaksikan kebangkitan rakyat Mesir.

Boleh Profesor ceritakan sedikit tentang latar belakang tugas Profesor di Mesir?

Saya ditugaskan di Jabatan Pengajian Malaysia di Universiti Kaherah, untuk memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat Arab dan Afrika Utara dan juga negara-negara Teluk. Kita menawarkan kursus tentang Malaysia yang berkaitan dengan politik, sejarah, pentadbiran Malaysia, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan itulah secara ringkasnya, enam ke tujuh tajuk besar yang mencangkupi hubungan kaum—ini antara tajuk yang menarik bagi mereka. Selain itu sistem pendidikan Malaysia—bagaimana kita dapat membasmi buta huruf. Juga tentang perancangan ekonomi—pengalaman Malaysia terutamanya DEB memang menjadi fokus kepada masyarakat Arab dan juga Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Dr. Mahathir menjadi perhatian kepada mereka. Kita ajar kepada pelajar sana dan mereka adalah pelajar universiti, ada yang peringkat ijazah, sarjana. Selain itu, saya dan rakan-rakan di Universiti Kaherah juga membuat penyelidikan dengan memilih tajuk-tajuk tertentu.

Tentang politik di Mesir, bagaimana dengan perkembangannya dalam tahun-tahun mutakhir ini?

Perkembangan politik di Mesir sentiasa menjadi perhatian banyak pihak kerana kedudukan strategik di Timur Tengah. Ia seolah-olah menjadi anchor  yang mempengaruhi perkembangan serantau. Tetapi perkembangan politik dalamannya memang sentiasa bergolak. Saya rasa apa yang berlaku di Tunisia itu merupakan salah satu pencetus sahaja. Penentangan terhadap Hosni Mubarak ini sudah lama. Misalnya penentangan itu semakin kuat pada Pilihanraya 2010 yang lalu. Ketidakpuasan hati ini wujud di kalangan pembangkang dan aktivis kerana penyelewengan yang teruk dalam pilihanraya. Pembangkang yang majoritinya Ikhwanul Muslimin memang mengisytiharkan perang terbuka kepada kerajaan selepas pilihanraya itu. Pertamanya mereka menolak keputusan pilihanraya dan yang keduanya mereka hendak membawa perkara itu ke mahkamah. Sebab apa 70 orang ahli parlimennya tidak ada seorang pun yang menang di dalam pilihanraya yang lepas. Sampai baru-baru ini persidangan parlimen Mesir, dibuat dua kumpulan. Satu kumpulan Kerajaan dan satu lagi Pembangkang. Macam sebuah orkestra, mereka buat lakonan. Dalam Kerajaan itu ada pembangkang. Kalau tidak semua mutlak pada pemerintah kerana semua cadangan akan disokong penuh. Jadi untuk mengelak perkara itu, maka ada pembangkang yang dicipta. Jadi kelakar dan ditertawakan.

Perkara ini kalau kita berada di Mesir, kita boleh ikuti. Tapi kena baca suratkhabar-suratkhabar yang pelbagai. Di Mesir ini satu yang bagusnya ialah dibenarkan suratkhabar-suratkhabar pembangkang. Ada Mishr al-Yaum  dan As-Syuruk misalnya. As-Syuruk ini sebenarnya sangat sederhana, tentang Kerajaan pun ditulis. Sebab itu dia agak ke depan sebab rakyat suka. Kalau Mishr al-Yaum itu pembangkang, Al-Wahd memang dah tahu pembangkang. Jadi ada akhbar-akhbar begitu, macam kita ada Harakah dan Suara Keadilan. Tapi di sana lagi banyak akhbar pembangkang kerana pemerintah Mesir tidak takut. Kalau ada apa-apa pun ditangkapnya dengan menggunakan Akta Darurat yang berkuat kuasa sejak awal pemerintahan Mubarak lagi. Tetapi dengan perkembangan teknologi hari ini, dengan adanya YouTube, internet, maklumat itu memang tersebar dan rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku. Jadi rakyat tidak lagi merujuk kepada satu sumber sahaja. Dan pilihanraya yang penuh penyelewengan rakyat dapat dedahkan, macam dalam satu artikel yang saya baca dalam akhbar As-Syuruk, katakanlah saya sebagai calon di suatu kawan mengundi, saya buang undi dalam peti undi, bila dikira undi itu kosong. Jadi undi saya sendiri sebagai calon pun tak ada. Jadi lupakanlah undi-undi yang lain, saya sebagai yang mengundi untuk diri saya pun tiba-tiba kosong juga. Dan di sini duit ditabur di depan-depan. Tak ada sembunyi-sembunyi. Dan yang menabur itu antaranya speaker parlimen sendiri. Kalau dah ketua speaker menabur wang di kawasan dia bertanding, apa lagi yang nak diharapkan pada yang lain. Jadi sampai pada tahap klimaks. Rakyat menunggu masa saja untuk mencetuskan penentangan. Bila Tunisia berlaku begitu, timing bomb di Mesir pun meletup juga. Jadi di tahun ini juga, pertama kali saya rasa kerajaan Mesir mengisytiharkan Hari Polis sebagai cuti umum pada 25 Januari. Selalunya hari polis hanya untuk polis saja. Jadi mereka kata, dia isytihar cuti umum, kita isytiharkan hari kemarahan (Yaum al-Ghazhab). Maka berlakulah demonstrasi itu.

Apakah yang Profesor lihat pada hari Selasa, 25 Januari itu?

Pada hari tersebut saya berada di Kaherah. Demonstrasi pada hari itu memang dahsyat. Tetapi pada 25 haribulan hari Selasa dan esoknya 26 haribulan kita masih berkerja lagi. Demonstrasi hanya di Tahrir Square. Cuma apa yang berlaku pada 25 haribulan itu, pertembungan dengan polis rusuhan yang menembak gas pemedih mata dan sebagainya. Pada 26 haribulan pimpinan Ikhwan ditangkap seramai 136 orang. Ini memang menimbulkan ketidakpuasan hati. Pada hari Khamis pula, mereka isytiharkan hari Jumaat akan dibuat apa yang dipanggil sebagai Jumaat Ghazhab. Ada dua nama, Jumaat Ghazab atau pun Jumaat Syuhada’. Dan akhbar-akhbar, berita TV mewar-warkannya, Al-Jazeera, CNN dan sebagainya. Mereka berhasrat akan berkumpul secara besar-besaran pada hari Jumaat untuk menyatakan kemarahan rakyat. Hari 25 Jan itu mereka panggil hari kemarahan, jadi Jumaat ini sebagai Jumaat Ghazhab dan Jumaat ini perhimpunan secara besar-besaran dan meletus juga di tempat-tempat lain iaitu Suez, Alexandria, Mansoura, Tanta dan semua tempat ini telah menyatakan pendirian bahawa mereka juga akan berdemo. Maka jadi nationwide. Hari Isnin hanya di Tahrir Square pada mulanya.

Pada 25 haribulan itu, kita pun mengambil tindakan berjaga-jaga. Kebetulan bekas duta ada di Mesir ketika itu, saya beritahunya dia perlu balik esok, penerbangan pukul 4 petang, pukul 10 pagi dia perlu ke lapangan terbang. Saya yang hantar dia. Kalau tidak kita takut semasa kita balik bertembung dengan mereka yang berdemo. Saya mungkin sembahyang Jumaat tengah jalan. Sebab Jumaat di sana pukul 12. Dia bersetuju. Semasa kita sampai airport, orang penuh sesak. Ramai sudah hendak keluar dari Mesir. Kemudian saya balik ke rumah, lepas sembahyang Jumaat mula-mula itu nampak sikit kemudian semakin besar dan besar mereka yang hadir. Sampai ke kemuncak pada waktu Asar itu bertemu kelompok-kelompok itu. Di Suez pun menjadi begitu gawat dan malam itu tentera ambil alih. Lepas Maghrib tentera masuk. Ini berlaku pada Jumaat malam Sabtu, 28 haribulan. Bila tentera masuk,mereka pun isytiharkan perintah berkurung. Maghrib di sana pukul lima. Pukul enam perintah berkurung mula. Jadi Maghrib itu sempat lagi sembahyang di luar. Pukul enam sudah tidak boleh keluar.

Rupa-rupanya bila tentera ambil alih dan isytihar curfew, dalam masa sekejap itu juga polis pun terus hilang dari semua tempat. Di Mesir ini, di setiap sudut ada polis bertugas. Di setiap bank ada polis, di setiap ATM akan ada polis. Polis memang benar-benar mengawal keselamatan. Itu yang menyebabkan keadaan terkawal bila ada polis. Polis 24 jam di ATM misalnya. Kita pergi sembahyang subuh pukul 5 pagi pun boleh nampak polis jaga dan dia tidak tidur. Dan ada patrolnya. Anggota polis yang bertugas ini makanannya dibekalkan oleh polis. Mereka tak perlu pergi cari makan. Akan datang lori yang menghantar makanan. Itulah keadaan di Mesir. Jadi selepas tentera ambil alih itu terus hilang dan tak muncul. Malam itu pun balai polis bergelap dan berlaku banyak kebakaran. Jadi banyak pecah masuk di kedai-kedai di jalan-jalan utama. Esok pagi itu iaitu hari Sabtu, curfew habis pukul 8 pagi, selepas solat Zohor pada pukul 12 saya keluar jalan dan tengok keadaan yang dahsyat.

Di Kaherah Profesor tinggal di mana?

Saya tinggal di Mohandessin. Tidak jauh daripada Tahrir Square. Kita dapat tahu selepas itu di dalam akhbar, rupa-rupanya Menteri Dalam Negeri Mesir, bila berlakunya demonstrasi pada hari Selasa dia memberi jaminan kepada Presiden Mubarak bahawa demonstrasi itu dapat dilumpuhkan pada hari Jumaat. Maknanya Rabu, Khamis dan Jumaat, dalam tiga hari  dia beri jaminan akan menyelesaikan perkara itu. Sebab itu bila tangkapan dilakukan pada hari Rabu, hari Khamis ada pengumuman untuk buat demonstrasi besar-besaran pada hari Jumaat. Menteri itu kata hari Jumaat dia akan selesaikan. Di situlah sebenarnya keluar arahan, kalau ikutkan akhbar itu, bahawa dia arahkan polis tembak peluru hidup bukan lagi peluru getah. Sebab dia nak takutkan penunjuk perasaan dan ramai yang mati di Iskandariah, bukan setakat itu ada kenderaan yang langgar penunjuk perasaan dan yang ditembak air sebagainya di Suez dan merata tempat.

Itu janji menteri tersebut, tapi apa yang berlaku apabila dia buat semua itu tidak meredakan tunjuk perasaan malah meledakkan lagi sebab itulah bila dia masih berkeras, tentera Mesir pun ambil alih, polis diarahkan berundur dan tukar uniform. Dan berlakulah sabotaj kepada negara di mana apabila polis tiada, kononnya balai polis dibakar dan banduan terlepas. Banduan pun malam itu terlepas. Hari Sabtu itu sebenarnya banduan sudah berkeliaran. Ada yang percaya bahawa ini semua peracangan pemerintah sebenarnya. Dengan menghilangkan polis itu supaya dapat melemahkan demonstrasi. Supaya mereka terpaksa menjaga kediaman masing-masing kerana banduan pun dah terlepas daripada penjara.

Maksudnya banduan dilepaskan secara terancang?

Dipercayai secara terancang dikeluarkan daripada penjara sehinggakan  menurut pemberita TV, mereka yang dijatuhkan hukuman mati, yang berada di sel terakhir pun terlepas. Bagaimana boleh lepas? Tidak ada orang yang bersetuju mengatakan bahawa ini dilakukan oleh orang luar ataupun banduan merusuh. Taktik yang dilakukan misalnya terdengar tembakan dalam penjara, mungkin ditembak dua tiga banduan lepas tu mereka kata banduan merusuh. Di Kaherah saja ada 6 ribu banduan. Di seluruh Mesir ada 34 ribu banduan. Ini yang pelajar kita takut. Memang menimbulkan kekecohan yang sangat-sangat. Jadi malam itu juga sebuah Carrefour dan pasaraya Hyper One habis dirompak. Barang-barang habis licin dan tidak ada apa-apa lagi.

Tapi yang ironinya ialah TV Mesir ini tidak menunjukkan perkara ini. Apa yang dilaporkan adalah keadaan tenang dan terkawal. Misalnya disiarkan gabenor-gabenor di setiap daerah mengatakan keadaan bagus dan terkawal. Gabenor-gabenor di Mesir ini semuanya tentera. Sebenarnya yang berlaku adalah sebaliknya. Jadi memang kita dapat tengok kontradiksi dengan Al-Jazeera dan stesyen TV di Mesir. Kemudian mereka menyekat Al-Jazeera pada hari Sabtu. Jadi Al-Jazeera English tidak puas hati, ia tunjuk bagaimana liputannya maka ditayang dua gambar bersebelahan: satu gambar TV Mesir satu lagi gambar siaran Al-Jazeera. Memang kita akan tengok dua gambar yang berbeza. Satu gambar yang sangat tenang, gambar air Sungai Nil dan jambatan. Di gambar satu lagi orang penuh di Tahrir Square, jadi dua keadaan yang berbeza. Tetapi akhirnya TV Mesir pun terpaksa menerima hakikat dan kena ubah.

Berkenaan dengan protes atau tunjuk perasaan. Dalam media dilaporkan bahawa tidak ada kumpulan atau organisasi tertentu yang mengatur demonstrasi tersebut. Menurut Prof siapakah yang sebenarnya berada di belakang perkara ini?

Secara spesifiknya saya tidak tahu. Sebab kita hanya melihat daripada luar. Tetapi daripada maklumat yang dibekalkan oleh televisyen dan sebagainya dan juga daripada cara demonstrasi yang kita tengok, saya rasa mastermind yang paling utama adalah Ikhwanul Muslimin. Ikhwanul Muslimin memainkan peranan yang penting dalam perkara ini dan ia memang satu gerakan yang cukup tersusun dan ahli-ahlinya terlatih dan taat. Sebab itu saya tengok demonstrasi ini berjalan. Dan ini sebenarnya menimbulkan ketakutan yang amat sangat kepada pihak Amerika dan Israel yang selalu membincangkan perkara ini. Kalau kita tengok CNN dan BBC, memang terang-terangan mengatakan bahawa apa yang kita bimbangkan kalau jatuhnya kerajaan Mubarak ialah Muslim Brotherhood ini akan mendapat kuasa. Apabila ditanya what’s wrong with the Muslim Brotherhood? They are extremists, they are like al-Qaeda. You know what will be happening when they govern.

Tetapi saya tengok hebatnya bila ada Al-Jazeera yang boleh counter balik. Jadi ada cross-check berbanding CNN ini. Dia kata, on the contrary, orang ini mengatakan begini-begini, akhirnya dia interview El-Baradei yang pulang ke Mesir pada hari Khamis (27/1) daripada Vienna. That is another shocking kepada Mesir. Begitu ramai orang sambut beliau di lapangan terbang. Ini satu lagi impak kepada orang yang akan demo pada hari Jumaatnya bahawa mereka ada kekuatan. Memang sesak lapangan terbang tersebut. Masa itu perintah berkurung masih belum ada. Masa El-Baradei diwawancara, dia kata this is a bogus. Awak memburuk-burukkan Ikhwanul Muslimin, mereka bukan teroris. Kalau Muhammad Badi’e, Mursyid Ikhwanul Muslimin itu yang menafikan, siapa pun tak nak percaya. Tetapi apabila Muhammad El-Baradei, seorang yang begitu moderate, dihormati di peringkat antarabangsa, seorang yang berpengetahuan luas dan bukanlah kecenderungan Islamnya itu macam seorang Ikhwan. Dia memang moden. Dia mengatakan no, they are very good people, very good movement, they are not extremist, they even against Al-Qaeda. They never recognise Al-Qaeda. You find me any statement that they recognise Al-Qaeda. Bila saya tengok tu, saya kata this is a very good statement. Katanya, they are only 20 percent, they are part of Egyptian society. They are very systematic movement. Why are you exaggerate thing. When we form a new government, I don’t think they will govern the whole country. Jadi pengacara tu jadi terpinga-pinga. Kenyataan itu sebenarnya memberikan impak yang cukup besar dan itu dibuat dalam BBC. CNN pun saya tengok mengambil juga wawancara itu.

Jadi semuanya selama ini adalah salah faham. Kita pun sedih, di Jordan, Mesir sendiri, bahkan PLO pun memburuk-burukkan Ikhwanul Muslimin. PLO sudah tentu, sebab Hamas itu musuhnya. Dan Hamas ini ada hubungan dengan Ikhwanul Muslimin. Terdedah sebelum ini, ada satu tulisan tentang penyelewengan perunding-perunding PLO yang mengkhianati rakyat Palestin, Saeb Erekat dan konco-konconya. Saya lihat demonstrasi ini, walaupun ia melalui suatu proses yang cukup getir tetapi ia memberi kredit besar kepada Ikhwan, kepada masyarakat supaya dapat mendedahkan perkara sebenar. Sebab dalam keadaan orang tidak gawat, orang hanya dengar-dengar dan tidak ambil endah. Kemudian dimanipulasikan, dan kalau dia nak kata apa pun orang tak kisah. Bila dalam keadaan getir orang mendengar dengan penuh perhatian. Dan orang hendak mencari penyelesaian. What is the solution? Sebab itu kita tengok di hujung-hujung itu nampak Amerika pun dah mula kendur. Sekarang senario sudah berubah. Bagi saya ini satu perkembangan yang baik.

Tentang El-Baradei. Bagaimana kedudukan beliau sebagai seorang yang boleh dikatakan sebagai pemimpin gerakan ini. Adakah beliau secara politiknya mempunyai kedudukan yang kuat?

Dari pemerhatian saya, El-Baradei ini semasa pulang dari luar negara, beliau banyak menekankan tentang pemilihan presiden pada 2011 di mana beliau menekankan supaya pertamanya perlembagaan Mesir perlu diubah. Untuk melahirkan masyarakat madani, perlu perubahan dalam perlembagaan Mesir kerana perlembagan itulah mengecilkan skop untuk perlantikan presiden di mana  kaedah pemilihan itu mesti melalui beberapa proses yang mana orang seperti beliau umpamanya atau orang Ikhwan tidak layak untuk bertanding. Dan inilah satu cara yang menyebabkan Mubarak dapat bertahan lama dan undang-undang darurat mesti dihapuskan. Itu perjuangannya. Jadi beliau ini bagi saya lebih kepada seorang lawmaker ataupun kita panggil legislator.

Banyak orang cakap El-Baradei ini tidak terjun ke dalam masyarakat. Ini pandangan-pandangan yang mengatakan dia itu belum bertakhta di hati rakyat. Tapi dia berperanan bagi saya sebagai seorang big figure, jauh ke depan kerana dia boleh memainkan peranan sebagai seorang perunding cara yang berkesan selain daripada international contact yang dia ada. Yang bagusnya ialah dia tidak suka Amerika. Dan Amerika pun tak suka dia. Dan tamatnya tempoh tugasan beliau [di Agensi Atom Antarabangsa] supaya tidak disambung kontraknya adalah kerana lobi Amerika. Beliau kata begini, kami tidak mahu lagi terikat dengan dunia lain, negara lain. Biarlah orang Mesir menguruskan sendiri negaranya. Cukuplah Mesir yang selama ini dibantu oleh Amerika yang sudah tentulah ada timbal baliknya. El-Baradei ini seorang yang cerdik. Bantuan yang diberikan biasanya akan disusuli dengan berapa banyak lagi kepentingan di belakang. Contohnya, kepentingan perniagaan dan pelaburan juga. El-Baradei jelas dalam bab itu. Dan dia mengatakan secara terang bahawa kita tidak mahu terikat dengan perkara sebegini. Jadi ini memberikan impak yang besar dan sebelum ini orang tidak tahu ke mana dia nak pergi.

Gerakannya dipanggil gerakan Kifayah, Enough is Enough itu. Biasalah di Mesir ini gerakan politik bercakaran sesama sendiri. Tetapi bila demonstrasi baru-baru ini semuanya sepakat melantik beliau sebagai jurucakap pembangkang. Dan dia mengatakan dia bersedia untuk menjadi ketua bagi interim government bukan memerintah. Saya tak nak jadi presiden, katanya. Apa yang saya nak ialah biarlah Mesir menjadi negara yang demokratik yang menjunjung prinsip-prinsip demokrasi yang tidak ada undang-undang darurat dan sebagainya. Jadi dia bersedia. Cuma mereka sepakat bila tahu ini permainan pemerintah mereka tidak mahu runding sehingga Hosni Mubarak turun. Sebab memang bahaya.

Saya tanya beberapa orang kenapa begitu, dia kata senang sahaja, apabila pembangkang bersetuju berunding dengan kerajaan, kandungan perbincangan itu tidak semestinya benar. Kerana kerajaan kawal media, kerajaan boleh mengatakan umpamanya pembangkang bersetuju untuk menamatkan demonstrasi. Jadi mereka cerdik dan tidak mahu dimanipulasi lagi. Omar Sulaiman pun pernah tawarkan untuk berbincang, begitu juga Perdana Menteri yang baru dan akhir sekali Hosni Mubarak, itupun beliau tidak mahu. El-Baradei kata resign dulu baru kita adakan perbincangan. Maknanya bila dia resign terpaksa lantik interim government. Pada masa itu perbincangannya siapa yang akan lead.

Jadi menurut Profesor apakah peristiwa selanjutnya selepas ini, adakah akhirnya  Hosni Mubarak akan meletakkan jawatan?

Mahu atau tidak mahu saya rasa perkara itu mesti diselesaikan kerana sekarang pun sudah melumpuhkan ekonomi Mesir. Dan apa yang berlaku sekarang menjatuhkan imej Mesir yang begitu buruk di mata dunia dengan kematian pendemo yang meningkat. Dan yang terbaru semalam ada kononnya yang pro-Mubarak sedangkan itu adalah—walaupun kita tidak dapat bukti—polis. Sebab yang naik unta dan kuda itu tidak ada orang lain. Di Mesir memang diketahui bahawa yang memiliki unta dan kuda terlatih ini adalah polis sahaja. Unta itu perlu dilatih kalau tidak ia tidak boleh masuk dalam kelompok ramai seperti itu. Tujuannya memang digunakan untuk menyerang pendemo. Saya nampak akan ada penyelesaian sebab mahu tidak mahu kerajaan kena buat sebab ekonomi akan semakin teruk. Bursa saham telah digantung dan tidak diniagakan. Kalau diniagakan orang akan jual habis dan boleh bangkrap. Jadi mereka terpaksa gantung dahulu.  Wallahu’alam, kita tidak tahulah apa yang akan berlaku ke depan ini.

Di sini di manakah peranan tentera? Maksudnya adakah tentera akan memberi tekanan kepada Hosni Mubarak supaya meletakkan jawatan ataupun mereka sendiri yang akan berkuasa?

Satu perkara tentang tentera Mesir ini ialah mereka sangat unik. Walaupun sebelum ini kita dengar sahaja tentang Mesir, tetapi dalam dua tiga hari ini saya melihat  tentera Mesir, saya amat kagum. Namun pendirian pimpinannya kita belum tahu. Tetapi integriti tentera Mesir ini rupanya boleh dipuji. Jadi bila kita sorot sejarah,mereka menang dalam peperangan dengan Israel pada 1973 dan peperangan sebelum itu 1948, 1949 sampailah Revolusi 1952. Pada 1948, Jamal Abdul Naser pada masa itu terlibat dengan peperangan di Sinai, peperangan dengan Israel. Memang tentera yang berjuang. Jadi tepatlah Nabi S.A.W bersabda, sebaik-baik tentera di atas muka bumi ini adalah tentera Mesir. Ada hadis tentang itu, (Khairu al-ajnad al-ardh junud Mishr).

Jadi Sheikh Azhar sebelum ini, apabila dia mengendurkan ketegangan antara mereka yang berdemo dengan kerajaan, dia bagi wasiat kepada tentera supaya jangan gunakan kekerasan. Katanya, ingatlah saudara-saudara semua akan apa yang telah disifatkan oleh Nabi 14 kurun yang dulu. Jadi selepas dia buat kenyataan itu esoknya terus wakil tentera memberi ucapan mengatakan tentera tidak akan sekali-kali menggunakan kekerasan kepada rakyat. Bagi saya itu satu integriti yang cukup tinggi. Syeikh al-Qaradhawi pun memberikan satu wasiat yang sama kepada tentera. Jangan gunakan kekerasan kepada rakyat, jangan sesekali keluar satu peluru pun daripada kamu menembak rakyat. Dan itu menjadi kesepakatan.

Saya tengok dengan mata saya sendiri mereka ini sabar betul. Kereta kebal mereka, penuh orang naik, mereka tidak peduli pun. Mereka tak usir pun. Mana ada dalam negara yang kita boleh panjat kereta kebal. Di jalanan walaupun ada rakyat yang provokasi, mereka buat tidak tahu sahaja. Saya dengar sendiri ada rakyat yang meminta supaya tentera bersama mereka. Tentera itu hanya diam dan bersalam dengan mereka dan berlalu pergi. Berbeza dengan polis yang selalu bertembung kerana provokasi sebegitu. Tetapi masalah sekarang ini ialah tentera tidak buat pendirian. Saya rasa mungkin ada hikmah dia tidak buat pendirian. Kalau tentera buat pendirian pada rakyat, tentera akan membelot, kalau pada kerajaan tentera akan bertembung dengan rakyat. Jadi tentera megambil pendekatan berhikmah untuk berdiam diri. Menjaga integritinya. Semalam tentera telah keluarkan kenyataan minta polis jangan campur tangan dalam demo pada hari ini (Jumaat, 4/1). Maknanya demo pada hari ini akan dikawal sepenuhnya oleh tentera. Kita tengoklah macam mana. Jadi dalam perkara ini susah untuk minta tentera memberikan pendirian. Sekurang-kurang masih terpelihara maruah mereka apabila berada di tengah.

Dalam keadaan ini, di mana dan bagaimanakah peranan Universiti Al-Azhar?

Al-Azhar  berperanan sebagai satu institusi ilmu dan ulamak yang berkecuali.  Maksudnya ia tidak memihak kepada mana-mana. Apa yang berlaku baru-baru  ini, ada tiga wasiat daripada syeikhnya kepada pemuda Mesir supaya kasihkan pada  negara, keduanya menghormati dan menghargai pendirian serta aspirasi  pemuda yang mahu berjuang menyalurkan suara mereka melalui demonstrasi.  Ini dia iktiraf. Ketiganya wasiat kepada tentera, jangan menggunakan  kekerasan. Itu adalah pendirian Al-Azhar. Muhammad ‘Imarah ketika  ditanya apa pendirian Al-Azhar, dia kata Al-Azhar mahu kekal sebagai  institusi ilmu dan tidak terllibat dengan politik. Muhammad ‘Imarah ini  salah seorang ulamak Al-Azhar. Mana-mana multaqa atau dirasat ilmiah beliau mesti dipanggil. Bila beliau ditanya tentang tunjuk perasaan  itu, dia menjawab saya mahu ini diteruskan kerana ini adalah kehendak syabab (pemuda).  Dan dia kata dengan jelas, sistem mesti berubah maknanya Hosni Mubarak  mesti pergi. Tetapi bila orang tanya dia tentang Al-Azhar dia kata mahu  mengekalkannya sebagai insitutsi ilmu.

Saya rasa itu wajar kerana Al-Azhar ini jangan terlibat dalam konflik. Hal ini kerana kalau Al-Azhar  menyokong pemuda itu akan menjadi masalah sekarang, kalau menyokong Mubarak itu  akan menjadi masalah akan datang. Jadi kredibilitinya akan hilang. Kalau naik  pemerintah baru mungkin ada konflik juga. Syeikh Al-Azhar tidak  menyanggah apa yang pemuda buat dan dia juga tidak mengkritik kerajaan.  Dia menyebut perkara yang patut disebutnya. Dan mengekalkan kredibiliti  sebagai institusi ilmu. Ada orang yang tidak setuju dengan mengatakan  Al-Azhar politiking sebab tidak memberikan reaksi yang  menentang Hosni Mubarak. Susah kalau Al-Azhar nak kata begitu. Tapi  syeikh-syeikh seperti ‘Imarah memberi sokongan yang agak jelas kepada  pemuda dan tidak seorang pun yang menyokong Hosni Mubarak. Syeikh  Muhammad Qutb misalnya mengatakan bahawa demonstrasi ini adalah syar’ie.

Bagaimana pula dengan pandangan Mufti Mesir, Syeih Ali Gomaa?

Dia menyeru supaya para mutadhahirun (penunjuk  perasaan) kembali ke rumah sebab dia bercakap dalam konteks apa yang  berlaku itu memudaratkan negara dari banyak segi. Itu pandangan dia  sebagai orang yang berada dalam institusi mufti negara. Ali Gomaa  (transliterasi bahasa arab ialah ‘Ali Jum’ah~editor)  ini alim orangnya tetapi dia terpaksa memberi pandangan begitu. Dia  mengambil dari aspek itu sahaja iaitu mudarat kepada negara dan  melumpuhkan ekonomi. Sebenarnya pendemo itu langsung tidak merosakkan  harta benda. Mereka itu bersih daripada melakukan perkara-perkara  begitu. Yang buat kerosakan itu adalah pihak-pihak yang ingin sabotaj  dan penjenayah. Sebab itu fatwa Ali Gomaa itu payah untuk mereka terima.  Kata mereka kami bukan membuatkan kerosakan kepada negara, yang  merosakkan negara adalah mereka itu.

Saya ingin tahu tentang keadaan mahasiswa dan rakyat Malaysia di sana?

Rakyat Malaysia di Mesir memang tidak menghadapi ancaman dalam aspek adakah ada pihak yang ingin menyerang kita secara khusus. Itu tidak berlaku. Kecualilah mereka tidak tahu siapa kita dan menganggap kita orang Amerika misalnya. Tetapi amat mustahil untuk berlaku. Masalah yang timbul pada kita ialah masalah keselamatan daripada aspek diri dan harta benda. Sebab seperti yang saya katakan tadi ada lebih daripada 20 ribu banduan yang keluar penjara. Kemudian di Mesir itu juga ramai orang yang suka mencuri. Mereka ini akan mengambil peluang. Itu yang saya katakan di Mesir mesti sentiasa ada polis yang mengawal keamanan. Bila polis tiada memang keselamatan sangat membimbangkan.

Jadi buat masa ini yang selamatnya adalah di Mesir itu kita ada rumah-rumah negeri, kita ada Malaysia Hall di mana ia merupakan penempatan secara berkelompok. Jadi sekitar halamannya itu terjaga. Mereka juga rasa selamat. Saya dengar pelajar-pelajar sampai dua ratus orang berkawal tetapi untuk kawasan itu sahaja. Namun bagaimana dengan rakan-rakan yang duduk di luar dan sebahagian daripada mereka masuk ke sini meyebabkan keadaan sesak. Kalau seminggu mungkin boleh tetapi kalau sebulan sesak begitu akan bertambah sukar. Masalah untuk tidur dan makan akan timbul, sementelahan sekarang musim sejuk. Untuk jangka masa seminggu mungkin boleh bertahan. Makanan semakin kurang. Kedai semua tutup, bank tidak buka, ATM tidak berfungsi. Mereka ada kad tapi tak boleh keluarkan duit. Kalau ada duit mungkin boleh juga beli. Kemudian barang sekarang memang mahal. Naik sekali ganda. Sebelum saya balik lagi dah naik. Sekarang ini mungkin lebih. Dekat lapangan terbang jangan cakaplah, secawan teh RM100. Kalau kita tak nak beli peniaganya kata, tidak mengapa orang lain ada lagi yang akan beli. Ada pelajar kita kehabisan duit di lapangan terbang. Saya bukan nak menakut-nakutkan ibu bapa tetapi saya kena beritahu perkara yang sebenar. Dalam wawancara dengan Berita Harian minggu lepas, saya cadangkan supaya kena ada bantuan untuk bawa balik pelajar Malaysia kerana pelajar ini dependent bukan independent seperti kami yang dah berkerja. Kalau tidak ada yang tolong mereka di situ lah mereka duduk. Sebab itu saya cadangkan supaya hantar bantuan walaupun kapal perang.

Jadi sehingga sekarang bagaimana bantuan?

Sedikit masalah apabila hantar pesawat tentera. Sebab nak dapat perlepasan untuk hak mendarat susah. Kerana Mesir dalam keadaan begitu, sudah tentu sukar dia benarkan orang luar masuk apatah lagi tentera. MAS dah hantar satu kumpulan ke Jeddah. Kita tahu bahawa Mesir ini bukanlah sebuah negara yang mudah untuk berurusan. Kecuali kalau kamu ada personal contact dengan Hosni Mubarak. Dia pun sekarang bukan boleh dihubungi (ketawa). Saya ada dua cadangan, kalau terdesak saya cadangkan kapal perang tetapi saya rasa perlu chartered flight. Sebab tak rugi. Macam Tabung Haji buat untuk orang pergi Mekah. Satu pesawat itu kita guna. Yang mahalnya tiket kepal terbang ini bila kapal terbang tak penuh. Kita pun biasa buat begitu bila nak hantar pelajar ke Mesir dan Jordan. Masa itu ada pelajar 300 lebih, turun di Jordan 70 orang, bakinya pergi Kaherah.

Bagaimana dengan bantuan jalan darat dengan bas misalnya untuk keluar dari Mesir?

Bas tak selamat. Takut kena rompak tengah jalan. Jadi yang paling selamat adalah jalan udara ataupun jalan laut. Satu lagi saya tidak dengar lagi kerajaan negeri yang membantu (menurut laporan Bernama, kerajaan negeri Sabah memberikan bantuan membawa pulang pelajar-pelajarnya~editor). Kenapa kerajaan negeri tidak tampil ke hadapan. Inilah masanya kita membantu. Jangan mengharapkan kerajaan pusat sahaja. Setiap kerajaan negeri harus ambil inisiatif. Sebab saya tahu kerajaan negeri banyak kali pergi ke Mesir. Kadang-kadang sampai 70 orang pergi satu rombongan. Itu dah separuh penerbangan. Kenapa dalam keadaan pelajar kita begini kita tidak boleh tolong.

Ambil contoh mudah misalnya satu negeri tawarkan satu penerbangan, kita dah ada sebelas kapal terbang. Semudah itu. Mungkin negeri yang kaya boleh memberi dua atau tiga. Selangor mungkin boleh beri tiga penerbangan, Perak, Pulau Pinang, Kedah misalnya miskin sikit mungkin beri kurang. Dan mungkin juga mengikut bilangan pelajar setiap negeri. Melaka mungkin satu kapal terbang sahaja. Sebenarnya kalau nak buat boleh. Isunya adakah kita ini prihatin atau tidak. Bila kita kata ibu bapa jangan melatah, siapa yang tak melatah, kalau kena anak sendiri baru kita tahu. Kita kena fikirkan tentang itu dan bertindak kena cepat. Kerana keadaan menjadi semakin buruk. Saya pun tidak nampak kalau Hosni Mubarak letak jawatan pun akan pulih. Akan memakan masa berbulan-bulan. Sebab bila naik kerajaan baru mesti ada kelompok yang ingin membalas dendam. Keadaan tidak akan tenteram juga. Seperti yang diketahui polis kebanyakan penyokong Mubarak. Jadi proses itu memakan masa. Jadi kena ambil kira soal ini.

Kesimpulan Professor tentang apa yang berlaku di Mesir?

Pandangan saya apa yang berlaku ini daripada perspektif seorang Muslim adalah positif bahawa ini adalah kemenangan untuk Islam. Bahawa kita hendaklah melihat ini sebagai kemenangan menentang penyelewengan dan penindasan. Suara untuk Islam itu semakin dapat diketengahkan dan kita harap Islam dapat memimpin suatu hari nanti kerana Mesir dengan kedudukannya yang strategik, dengan Tunisia yang akan dikuasai oleh golongan Islam. Sekarang sudah melebar ke Yaman, Jordan pun dah mula bangkit menentang penyelewengan dan banyak masalah di Jordan. Raja Jordan pun telah pecat Perdana Menteri dan lantik Perdana Menteri yang baru. Perkara ini akan berkembang. Kita lihat sebelum ini hanya berlaku di Algeria sahaja. Sekarang sudah merebak. Kita berharap kecemerlangan di rantau Timur Tengah itu akan kembali satu hari nanti setelah lama mereka yang cenderung kepada Islam tidak dapat berperanan.

Disunting kembali: 12.30 pagi, 8 Februari 2011.Kiriman Berkaitan

Azmin Ali: 901 Peluang Polis Pulihkan Imej yang Tercalar Ammar Gazali

Persamaan antara Revolusi di Mesir dan Iran Fareed Zakaria

Seruan Bersih 2.0 Hasmi bin Hashim

Demi Rakyat Jerman Najwan Halimi

Revolusi Ini Akan Diteruskan SPIEGEL Online

Kebebasan Berekspresi Itu Suci admin

Satu Keadaan Antara Dua Jenis Keadaan
(sebuah perkongsian hidup dengan Tuhan)

Khalid Abou El Fadl

Ketika berlangsungnya Sidang Buku, setiap peserta datang dari pelbagai pelusuk dan zaman, dengan buku-buku di tangan mereka. Mereka bersidang seolah-olah dalam satu perarakan, mempersembahkan bayangan kedaulatan Tuhan dan arahan-arahan-Nya yang tak ternafikan. Mereka seolah-olah seperti roh-roh yang terpacul– tertujah keluar daripada batang tubuh untuk menjadi kata-kata yang tak terbatas. Roh-roh yang terbentuk dengan kebenaran dan masa untuk melampaui bentuk manusia mereka dan mengahwinkan antara masa kini dengan masa lalu. Sekarang, mereka adalah cebisan kertas dan kata, sebahagiannya adalah benda yang zahir dan sebahagian lagi bersifat batiniah– satu keadaan antara dua keadaan.

Sepertinya keadaan estetika berkenaan kecantikan, kecantikannya terletak dalam takdirnya yang tak terperi. Roh-roh menggandang buku-buku, buku-buku yang lain menggandang buku-buku juga–sebuah keraian tanpa had berkenaan hikmah dan kebodohan yang dihidupkan hanya dengan janji kata-kata. Aku mengucapkan salam kepada teman-teman dinihariku, dan terkenang bilakah akan aku berubah? Bila pula batang tubuhku akan menujahkanku keluar dan bila pula aku akan menjadi dalam bentuk batiniku–satu keadaan antara dua keadaan–sebuah buku penuh dengan helaian kertas dan untaian kata-kata?

Tuhanku, bukanlah aku ini mempergesa-gesakan takdirku, tetapi harusku akui, aku tak keruan dalam keadaanku sekarang. Aku wujud dalam dunia fana dan membenci apa yang ia beri dan ambil. Aku menggelabah bila mana ia memberi, dan resah-gelisah apabila ia mengambil. Namun dunia ini ibarat satu perjalanan panjang di alam mimpi; ia membawa engkau dengan imbauan emosi, tetapi hanya sekelumit yang dihantar itu benar. Bertarung dengan dunia ini umpama bertarung dengan sebuah mimpi, bila kau menafikan bayangnya baru kau kan terlihat apa yang pelik dalam tidurmu.

Pabila aku membuka mata dan menidakkan bentukku yang sekarang, aku tahu yang aku akan bangkit. Aku bangun dan menutup pula mataku untuk mencari Mu, Tuhanku, untuk mencari Sidang itu, dan janji kata-kata. Aku menemui-Mu, dan ku pasti akan berubah. Selalu, di saat pencerahan sebegini, aku meluap-luap dengan kuasa luar kawalan, aku terseksa dengan bara di hatiku yang membakar. Aku terbakar untuk berpadu dengan keadaan batin itu, dan meledak pula dengan bayangan keasyikan tatkala aku sedar sepenuhnya. Aku rindu untuk menjadi bayangan samawiku sendiri dan untuk menjadi hamba dan teman malakut-Mu. Namun, aku sedar maqamku dan kelemahan-kelemahanku lebih dari yang lain. Aku sedar bahawa jika aku menjadi buku yang isinya penuh hikmah dan bukan sampah, akan puaslah hati ini, kerana dijodohkan dengan kebenaran kata-kata merupakan satu perkongsian dalam kecantikan Tuhan. Untuk berkongsi kebenaran itu adalah satu perubahan abadi.

Terputus harapku itu pabila ketukan di pintu merampas fikiranku. Tiap tamu memuliakanku, juga menguji perubahanku. Dari gelagatnya yang gelisah dan penuh gusar, sudahku sangkakan bahawa pastilah isunya berkenaan dengan perkahwinan. Daripada kesemua nikmat di dunia, tiadalah yang lebih memukau daripada institusi yang satu ini. Ia bermula dengan sebuah wa’ad (covenant) dengan Tuhan, tetapi sering dilalui dengan kebanjiran delusi yang menyedihkan.

Seperti kebanyakan yang lain sebelumnya, dia menyoal dengan kawalan muka yang ketat seolah-olah cuba untuk menyembunyikan arus kekeliruan yang tak terhenti-terhenti dalam dirinya.

“Saya orang Pakistan”, dia memberitahuku, “dan emak ayah saya, kurang lebih, memberi tekanan supaya saya berkahwin. Saya sangat sayang dan hormat emak ayah saya, dan saya mempercayai mereka dengan nyawa saya. Mereka, kurang lebih, memperkenalkan saya kepada seorang pelajar perubatan Pakistan, dan mereka yakin yang dia calon suami yang baik. Kata mereka perkahwinan itu separuh daripada iman, dan Allah pasti mahu saya berkahwin. Emak ayah saya, kurang lebih, adalah jenis mereka yang taat beragama dan saya sangat hormat dan sayangkan mereka, dan mempercayai mereka dengan nyawa saya. Saya seorang Muslim yang taat, dan amat bermakna buat mereka sekiranya suami saya juga orang Pakistan dan seorang doktor. Jadi saya hendak tahu apa itu hukum perkahwinan dalam Islam–apa dia panduan untuk mencari seorang suami yang soleh?”

Soalannya mengancamku untuk tercampak ke dalam khutbah panjang yang berpusing-pusing tak berhenti-henti, tetapi ku kelukan lidahku. Kenapa kita selalu berbicara berkenaan hukum apa yang boleh dan tidak boleh dan bukan tentang apa yang akan dianggap cantik? Adakah kita menyembah Tuhan yang Maha Melarang atau Tuhan yang Maha Cantik? Aku faham jika kita berbicara berkenaan kecantikan perkahwinan atau erti kebenaran dalam perkahwinan, tetapi peraturan-peraturan perkahwinan tidaklah dapat aku fahami. Dan, adakah menjadi seorang warga Pakistan dan juga seorang doktor itu sebahagian hukum atau sebahagian daripada kecantikan atau pula sebahagian daripada kebenaran? Dan, bagaimana kita mampu mendekati keputusan yang penting seperti ini sambil menyebut “kurang lebih” dan bukan dengan tenang dan tegas.

Daripada memberi khutbah, aku sebaliknya bercakap dengan wajah bersahaja, “Saudari, saya telah menyelidiki Quran dan Sunnah. Saya pasti bahawa seorang suami yang mempunyai kerjaya sebagai doktor dan berketurunan Pakistan tidak pula saya jumpa di mana-mana bahagian daripada kedua-duanya.”

Seperti yang dijangka, ini menjengkelkannya, lalu dia membantah, “Tetapi emak ayah mahu saya hidup stabil dan gembira.”

“Saudari,” jawabku, “Saya pasti itu yang mereka mahu, dan mereka hanya menasihati saudari berdasarkan apa yang mereka ketahui. Tetapi bukan seorang suami yang akan menyediakan hidup yang stabil dan gembira—Allah yang sediakan.”

Ini tidak meyakinkannya, maka dia menjawab, “Tetapi Allah hendakkan kita ambil berat tentang diri sendiri dulu sebelum Dia ambil berat tentang kita.”

Aku berfikir sendiri, inilah masanya untuk menguji perubahanku; ini masanya untuk bangkit. “Saudari”, sambungku, “itu benar. Allah mengubah manusia bila mereka sendiri mengubah apa yang di dalam jiwa mereka (Ar-Ra’d : 11). Tetapi apakah kriterianya? Apakah kriteria untuk mendapat rahmat Allah? Adakah rahmat Allah membawa kepada kehidupan yang sejahtera secara kewangannya? Adakah rahmat Allah bermakna ketenangan jiwa? Tidakkah aneh apabila kita menyebut yang perkahwinan separuh daripada iman, tetapi kita menilai yang separuh ini semata-mata atas perkiraan duniawi?”

Dia merenung ke arahku seolah-olah mencari satu tema umum dalam perkataanku tadi. Ujian perubahan biasanya adalah ujian terhadap konsistensi, maka aku ubah nadaku, “Saudari, ramai ulama’ yang menyangkal kesahihan hadis-hadis yang mendakwa perkahwinan itu separuh daripada iman, dan saya tidak percaya bahawa ianya hadis yang sahih. Pun begitu, ia datang daripada budaya yang pekat dengan akhlak Islam. Sebagai seorang individu, kita hidup untuk membina satu perkongsian dengan Allah, dan dalam perkahwinan rakan kongsinya menjadi tiga. Allah adalah rakan kongsi penuh dalam perkahwinan sebab itulah akad dan cerai mestilah dijalankan menurut piawai kecantikan yang sesuai untuk rakan kongsi seperti Allah.”

Dia seperti tersentak dengan nadaku kerana kemudiannya dia berbicara lembut, “Tetapi adakah Allah berkongsi dalam semua perkahwinan?”

Aku teringat tentang kehodohan yang datang dalam banyak perkahwinan, dan aku tahu mengahwinkan kehodohan dengan Allah adalah suatu yang jelas mustahil. “Saudari tahu hadis yang menyebut barangsiapa berhijrah untuk mengahwini gadis atau berdagang, maka itulah nilai niat dalam penghijrahan mereka dan barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya maka ikhlaslah hijrah mereka?”

Dia menganggukkan kepala seraya aku menyambung, “Jika kita berkahwin untuk memberi kesan kepada sebuah kesatuan yang kudus, begitulah jadinya keadaan perkahwinan kita, dan jika kita berkahwin untuk kestabilan atau jaminan kewangan, begitulah keadaan perkahwinan kita yang berorientasikan duniawi pula. Kita melangkah kaki ke gerbang perkahwinan dengan menyatakan secara jelas wa’ad dengan Tuhan. Tetapi adakah perjanjian ini hanyalah suatu bentuk formaliti atau adakah ia punya suatu makna. Bukankah Allah berfirman berkaitan dengan perkahwinan, “Dan, kami telah mengambil daripadamu sebuah perjanjian yang berat”? (An-Nisa’ : 21). Allah menggunakan bahasa yang sama ketika mana Dia menyebutkan tentang wa’ad dengan Bani Israel (An-Nisa’ : 154) dan perjanjian dengan para rasul (Al-Ahzab : 7). Jadi, adakah wa’ad perkahwinan sama beratnya dengan perjanjian dengan para rasul, ataukah Allah bergurau sahaja?

Tetapi, apakah perlunya wa’ad ini? Apakah tujuan perkahwinan?  Apakah yang sepatutnya dicapai dengannya? Persenggamaan adalah salah satu tujuannya, tetapi Allah menekankan berkali-kali bahawa perkahwinan itu suatu sakan dan sakinah (ketenangan dan kedamaian), dan Dia menggunakan ungkapan yang sama untuk menggambarkan nikmat tidur malam yang merehatkan dan juga anugerah doa-doa Rasullullah. Ketenangan dan kedamaian, wahai saudari, bukanlah hak-hak dalam kehidupan, tetapi kedua-duanya adalah kurniaan Tuhan dan nikmat daripada-Nya.

Tetapi bagaimana kita boleh mencapai nikmat ini? Bagaimana hendak kita melayakkan diri? Kita mencapainya dengan memulakan sebuah perkongsian dengan Allah, bila mana Allah adalah sebahagian daripada hubungan perkahwinan, dan bila mana kita menjalankan kewajipan-kewajipan wa’ad. Bila kita berbuat demikian, Allah akan mengurniakan nikmat ketenangan dan kedamaian di dalam perkahwinan. Makanya, ya, Allah adalah sebahagian daripada setiap hubungan perkahwinan yang dimulakan dengan Asma’-Nya, tetapi kualiti perkongsian hidup ini bergantung ke atas tindak-tanduk pihak yang terlibat. Jika kita mulakan kehidupan berkeluarga kita, contohnya, dengan sebuah paparan kekayaan material yang berlebih-lebihan, susah untuk seseorang itu mengatakan bahawa ianya suatu permulaan yang diberkati. Sekiranya kita melaksanakan kewajipan-kewajipan perjanjian ini dengan konsisten, Allah pasti mengurniakan nikmat-Nya kepada kita.”

Dia mengejutkanku bila dengan cepat dia menumpukan persoalan kepada kedua orang tuanya, “Tetapi mak ayah saya hendakkan saya sebuah kehidupan yang tenang dan damai. Kenapa perkara sebegitu tidak boleh terjadi dengan calon pilihan hati mereka?”

Aku kecewa. Aku berbicara dengannya tentang perkongsian dengan Tuhan, tetapi dia lebih berminat untuk mempertahankan ibu bapanya. Aku berkata dengan nada jengkel; “Dengarlah wahai saudari, bahawa kita bukannya dengan tidak sengaja terjatuh ke dalam sebuah perhubungan rabbaniah. Ini adalah sesuatu yang memerlukan keazaman, ketekunan dan ketabahan. Saya tak kenal emak ayah saudari, dan saya tak tahu tujuan mereka. Sekiranya kita melangkah kaki ke gerbang perkahwinan dengan mengambil tujuan-tujuan duniawi sebagai bingkai rujukan atau membuat penilaian ke atas kriteria-kriteria material, kita sebenarnya telah melangkah ke alam perkahwinan dengan angan-angan bahawa kita akan mendapat keredhaan-Nya sambil, pada waktu yang sama kita  memusatkan sepenuh perhatian kepada delusi-delusi kita sendiri. Saya menghormati ibu bapa saudari, tetapi bukan mereka yang akan meniduri lelaki ini setiap malam. Bukan mereka yang akan menjalankan kewajipan-kewajipan wa’ad Tuhan, dan bukan mereka yang akan menjawab atas keputusan-keputusan perkahwinan saudari di Hari Akhirat kelak. Saudari tidak boleh berdiri di hadapan Allah dan berkata, ‘Emak ayah yang suruh (saya berbuat demikian)’. Saudari boleh mengambil kira nasihat orang tua saudari, tetapi ianya adalah tetap keputusan saudari, tanggungjawab saudari, kewajipan saudari, dan perjanjian saudari. Tambahan lagi, tanpa menghilangkan rasa hormat kepada ibu bapa saudari, hakikatnya dalam masyarakat kita terdapat ramai ibu bapa yang memberi perhatian utama kepada ukuran-ukuran budaya dalam menilai calon-calon menantu yang sesuai. Ramai ibu bapa yang menganggap perkahwinan hanyalah suatu institusi yang biasa-biasa sahaja. Tetapi kita mesti sedar bahawa penekanan kepada pertimbangan-pertimbangan budaya dan sosial tidak melengkapkan kita untuk menjalankan kewajipan wa’ad atau tidak juga memampukan kita akan mendapat perkongsian Ilahiah. Saudari, semua ini bukan berkenaan dengan ibu bapa saudari, ini adalah tentang saudari, tentang Tuhan saudari, dan sama ada saudari mampu untuk menjalankan kewajipan-kewajipan perjanjian saudari dengan Tuhan. Ini juga berkenaan dengan pasangan saudari sama ada dia boleh membantu saudari membina hubungan dengan Allah.”

“Tapi,” dia seperti membantah, “bukankah emak ayah saya yang paling boleh untuk mengenal pasti pasangan yang sesuai?”

Mungkin aku hanya membazirkan kata-kata terhadap sesuatu yang boleh dianggap sebagai obsesi terhadap ibubapa, tetapi ku teruskan jua. “Ini bergantung kepada orang tua saudari. Ini bergantung kepada konsepsi mereka tentang perkahwinan. Ironisnya, ibu bapa yang paling banyak dilanda masalah dalam perkahwinan merekalah yang paling berkeras dalam menentukan perkahwinan anak-anak mereka. Ianya seolah-olah mereka cuba untuk memperbaiki kegagalan perkahwinan mereka. Seperti yang telah saya katakan, saya tak kenal orang tua saudari, tetapi sekiranya kita tidak dibolehkan mengikut secara melulu ulama’ yang paling alim pun –dan ingin diingatkan bahawa ulama’ adalah pewaris Nabi- inikan pula untuk kita mengikut secara melulu mana-mana ibu bapa! Seperti yang telah saya tekankan, ianya adalah secara langsung dan secara peribadi tugasan dan tanggungjawab saudari sendiri. Sifat peribadi dan langsung tugasan ini digariskan dalam kisah yang masyhur tentang Mughith dan Barira—saudari tahu peristiwa ini?”

“Mughith dan Barira? Tidak, saya tak tahu.”

“Terdapat seorang wanita bernama Barira yang berkahwin dengan seorang lelaki yang mencintainya sepenuh jiwa, namanya Mughith. Namun Barira tidak mencintai Mughith lalu menceraikannya. Mughith lalu mengikuti Barira ke mana sahaja dia pergi sambil menangis, dengan linangan air mata membasahi janggutnya. Nabi rasa kasihan kepada Mughith yang mabuk cinta dan meminta Barira untuk menerimanya kembali. Barira bertanya Nabi sama ada ianya perintah Allah, dan Nabi mengatakan tidak, ianya hanyalah rayuan peribadi baginda. Akhirnya, Barira menolak untuk menerima Mughith kembali.”

Dia tersenyum, lalu aku sambung, ”Terdapat banyak riwayat yang menggariskan perkara ini. Sebagai contoh, terdapat seorang wanita daripada keluarga Ja’far yang risau ayahandanya akan memaksa dia berkahwin dengan seseorang yang tidak disukainya. Lalu dia berjumpa dengan Abdul Rahman dan Majma’ Ibn Jariya, kedua-duanya golongan Ansar, dan berkongsi dengan mereka perihal dirinya. Mereka menasihatinya untuk tidak berasa takut kerana Khansa’ binti Khudam telah dipaksa ayahandanya untuk berkahwin dengan seseorang yang dia tidak ingini, lalu Nabi membatalkan perkahwinan tersebut apabila Khansa’ mengadu kepadanya. Tambahan lagi, isteri Thabit Ibn Qays (wafat 12 Hijrah/633 Masihi) telah datang mengadu kepada Nabi dan meminta cerai daripada suaminya. Dia menjelaskan bahawa dia tidak punya sebarang alasan tertentu untuk meminta cerai, kecuali kerana dia sebenarnya tidak mencintai suaminya, dan dia risau perasaan tersebut akan menyebabkannya melayani si suami dengan teruk. Dia berkata, ‘Aku takut berlaku kufr­—maknanya, aku takut ketidakadilan dan ketaksaksamaan. Nabi menyuruhnya memulangkan kepada Thabit kebunnya dan meminta Thabit menceraikannya. Semua ini membuktikan bahawa perkahwinan adalah tugasan dan tanggungjawab secara langsung dan peribadi.”

“OK,” dia menggaru-garu tangannya dan menarik nafas, “tetapi macam mana saya nak tahu dengan siapa yang saya patut kahwin? Bagaimana?”

Kerana dia diam sejenak, aku pun berkata, “Pertama sekali, kenali diri sendiri. Perkahwinan memerlukan ketenangan dan keseimbangan, dan tanpa keseimbangan kita mungkin menceroboh hak orang lain. Tanpa keseimbangan kita tidak berlaku adil terhadap Allah dan juga hamba-hambanya. Selalunya di dalam perkahwinan, ataupun mana-mana perhubungan, kita seolah-olah “menelan” yang lain, kita mengunjurkan rasa tidak yakin, rasa takut dan segala macam kerisauan dalam diri kita terhadap yang lain. Tanpa pengetahuan diri, adalah mustahil untuk mengenali pasangan kita. Kalau tidak mengenal diri sendiri, kita tidak pasti sama ada kita melihat kebenaran pasangan kita atau melihat projeksi kita ke atas pasangan itu. Kita tidak tahu sama ada kita melihat sifat semulajadi pasangan kita atau dengan mudahnya mencipta suatu konstruksi yang kita sendiri cipta dan paksakan ke atasnya. Sudah pastilah pengetahuan-kendiri adalah suatu proses yang panjang lagi sukar, tetapi hanya dengan kesedaran kecil tentang peri-pentingnya pengetahuan-kendiri akan mendidik kita dalam membuat pilihan, dan memulakan suatu proses untuk menyediakan perkongsian yang adil dan diberkati.”

“Dan, selain daripada pengetahuan-kendiri?” soalnya dengan lembut.

“Saudari cuba yang terbaik untuk mencari seorang teman yang memahami makna perkongsian dengan Tuhan. Saya tidak bermaksud untuk saudari memilih seseorang yang sudah sediakala seorang Muslim yang taat, tetapi seseorang yang komited untuk menepati janjinya dalam perkongsian dengan Tuhan—seseorang yang komited terhadap perkahwinan yang dapat melampaui daripada sesuatu yang duniawi menjadi suatu yang ilahiah, sesorang yang berjuang untuk mengatasi kesengsaraan mihnah dunia untuk mendapatkan anugerah ketenangan yang abadi.” Aku berhenti sejenak dan kemudian mengusik,” Dan sekiranya orang itu adalah seorang doktor berketurunan Pakistan maka ianya tidak apa—kita tidak boleh menolaknya keluar daripada perkiraan ini.”

Dia tersenyum, dan hatiku menari-nari sebagai balasnya. Bersemangat, daku menyambung lagi, ”Sekarang, saya ingin tanya saudari, siapakah petunjuk dalam hidup kita? Manusia manakah yang patut menjadi contoh teladan dalam hidup kita?”

“Rasullullah Sallallahu Alaihi Wassalam?”

“Ya,” kataku, “Kita mengikut Sunnah Rasul, Sunnah Yang Tercinta. Oleh itu, saya selalu bertanya ‘Apakah yang akan dilakukan baginda Nabi dalam situasi ini? Siapa yang akan dikahwini Nabi?’ Bila kita hendak berkahwin, kita sepatutnya memilih pasangan yang mencintai Sunnah Nabi—pasangan yang menjadikan Nabi sebagai model hidupnya. Usaha saudari lebih wajar dihabiskan untuk mencari seseorang yang mirip dengan akhlak dan kecantikan Nabi atau seseorang yang mencontohinya. Ini tidak bermakna berkahwin dengan seseorang yang berpura-pura menjadi Nabi atau menyamar sebagai baginda, tetapi seseorang yang berusaha untuk meneladani personaliti Nabi. Saya bukan bercakap tentang seseorang yang berfikir bahawa Nabi hanyalah berkaitan dengan penampilan luaran ataupun yang menganggap bahawa Sunnah adalah suatu pertunjukan fesyen. Saya sedang berbicara tentang seseorang yang membentuk hatinya mengikut hati baginda Nabi.”

Pernyataan ini menimbulkan kejutan. “Tapi,” dia membantah, “dengan standard itu, sampai bila pun saya tak kahwin. Tak ramai yang mempunyai perangai seperti Nabi.”

“Al-afdal fa al-afdal,” tambahku, “Yang terbaik, kemudian yang kedua terbaik. Saudari carilah yang terbaik, kemudian yang kedua terbaik. Boleh saya katakan, jikalau saudari sucikan dan seimbangkan diri saudari, saudari hanya akan jatuh cinta dengan sesorang yang mengingatkan saudari tentang apa yang saudari sendiri cintai. Maka jika saudari mencintai Nabi, saudari pasti akan jatuh cinta dengan orang yang mencintai Nabi juga. Sudah pastilah mencintai baginda Nabi datang dalam pelbagai bentuk dan ukuran—saudari, mencintai Nabi adalah suatu perjalanan yang bertingkat-tingkat. Jika saudari berusaha untuk mengenali diri sendiri, dan bersungguh-sungguh menyucikan diri, saudari akan dapat menyedari kehadiran seseorang yang mempunyai walau sekecil mana pun perilaku Nabi. Tambahan lagi, kita mesti ingat bahawa pilihan kita memberi kesan kepada pilihan masyarakat. Sekiranya semua orang mahu mengahwini para doktor, saudari akan dapati bahawa bilangan doktor akan bertambah dalam masyarakat. Jika semua orang mahu mengahwini orang-orang yang mengikut personaliti Nabi, saudari akan dapati bahawa suatu dorongan sosial telah tercipta untuk mengkaji Nabi, dan semakin kita mengkaji Nabi semakin kita mengikut personalitinya.”

Dia bertanya perlahan-lahan,” Macam mana kalau saya jumpa orang macam tu, tapi dia tak meminang saya?”

Aku langsung menjawab tanpa teragak-agak,” Saudarilah yang pinang dia! Mengikut adatnya, lelaki yang meminang perempuan. Mengikut Islam, adat ini adalah salah satu bentuk kemegahan diri. Kita ada duluan (precedent) dalam kes Khadijah (wafat 3 tahun sebelum Hijrah/619 Masihi) dan beberapa wanita lain, yang sama ada pernah meminang Nabi ataupun sahabat-sahabatnya. Memanglah melakukan sesuatu yang di luar adat menguji kemuliaan maruah kita. Tetapi saudari haruslah menimbang rasa maruah diri saudari dengan keyakinan saudari atas kecantikan iman lelaki yang saudari sedang pertimbangkan. Adalah benar bahawa kemuliaan rasa rendah diri itu cantik, tetapi cantik lagi kemuliaan dan kerendahan hati untuk mencari kebenaran. Sebagai contoh, seorang wanita pernah melamar Nabi di hadapan Anas bin Malik (wafat 93 Hijrah/711 Masihi) dan anak perempuannya. Anak perempuan si Anas menegur bahawa wanita ini tidak malu dan rendah martabatnya. Nabi dengan cepat membetulkannya, dan memuji-muji kejujuran wanita ini. Oleh itu, para fuqaha’ seperti al-Bukhari, Ibn al-Munir (wafat 733 Hijrah/1333 Masihi), Ibn Hajar (wafat 852 Hijrah/1449 Masihi) dan Ibn Daqiq al-‘Id, antara ramai lagi, berpendapat bahawa tidak berdosa atau memalukan untuk seorang wanita melamar lelaki untuk berkahwin.”

Dia nampaknya sudah mulai letih, tetapi dia masih tersenyum, dan hampir berbisik, “Tapi perlukah kita berkahwin?”

Kebingungan, aku bertanya, “Maksud saudari?”

“Maksud saya, adakah perlu untuk kita berkahwin? Adakah ianya satu kewajipan agama? Emak ayah saya selalu berkata adalah berdosa jika tidak berkahwin dan berkahwin lebih baik daripada tidak kahwin. Betul ke?”

“Saudari, Nabi pernah bersabda bahawa sesiapa yang mampu patut berkahwin. Tetapi yang ditekankan di sini ialah kemampuan, kesediaan, dan keupayaan untuk berkahwin. Perkahwinan adalah binaan asas masyarakat dan sangatlah digalakkan, dan dalam sesetengah kes, diwajibkan. Tetapi kewajipan ini bukan qat’ie. Kita tidak boleh, contohnya, mengahwini seorang pembunuh dan mengatakan yang itu Allah kehendaki. Kita tidak boleh berkahwin sekiranya kita tidak mampu untuk menyempurnakan kewajipan kita terhadap pasangan dan keluarga, kemudian mengatakan bahawa Allah-lah yang memerintahkan kita berbuat begitu. Perkahwinan adalah suatu institusi yang dimasuki dalam konteks kewajipan-kewajipan dan hak-hak. Perkahwinan mesti menjadi suatu jalan untuk mencapai keredhaan Allah—bukan suatu jalan untuk mencabuli hak orang lain, dan mendapat kemurkaan-Nya.

Oleh itu, sebagai contoh, terdapat ahli fikah yang alim lagi wara’ sepertinya Ibn Taymiyyah dan Imam al-Nawawi yang tidak berkahwin. Saya pasti mereka tidak berkahwin kerana mereka merasakan mereka tidak dapat berlaku adil kepada pasangan, maka mereka memilih mudarat yang lebih kecil. Untuk kekal bujang dan tidak berbuat zalim kepada orang lain adalah lebih baik daripada berkahwin dan melayani keluarga dengan zalim. Ibn Taymiyyah sendiri berkali-kali menolak percubaan ibunya untuk mengahwinkannya dengan alasan kehidupannya tidak membolehkannya berlaku adil pada pasangannya. Jadi, jika soalannya adalah: adakah sebarang perkahwinan lebih baik daripada bujang? Jawapannya dengan jelas, tidak. Jika soalannya berbunyi: Adakah perkahwinan suatu Sunnah Nabi dan seseorang patut menumpukan sepenuh usaha untuk melayakkan dirinya untuk melangkah ke institusi yang berkat ini? Jawapannya sudah pastilah, ya. Sunnah Nabi tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan sebarang bentuk bunuh diri sama ada spiritual atau intelektual, dan Sunnah Nabi tidak boleh dijadikan alasan untuk melangkah masuk ke dalam sebarang perkongsian hidup walaupun jika perkongsian hidup ini tidak berlaku adil dengan Allah.”

Dia tersenyum lagi dan terus senyap buat sementara waktu sehingga kusangkakan dia sudah bersedia untuk berangkat. Sebaliknya, dia berkata,” Baiklah, tetapi saya harus mengaku saya tidak faham apa maksud perkongsian dengan Tuhan.”

“Ungkapan Arabnya ialah, “jelasku, ”tu’amilu Allah fi ma ta’mal, yang bermaksud anda berurusan dengan Allah dalam apa sahaja urusan anda. Sebagai pasangan berkahwin, tanyakan diri sendiri, ‘Apakah pandangan Allah terhadap cara aku membelanjakan wang dan menghabiskan waktu?’ Tanyakan diri sendiri, ‘Bagaimana Allah mahukan aku menghabiskan tenagaku? Apakah pandangan Allah terhadap perbualan, debat dan pergaduhan kita? Bagaimana Allah mahukan kita mencintai pasangan masing-masing?’ Kita tahu bahawa apabila kita senyum sesama pasangan, kita mendapat keredhaan Allah. Apabila kita berjenaka dan ketawa suami-isteri, kita mendapat keredhaan-Nya. Jika terdapat kasih-sayang, kasihan-belas dan ihsan terhadap sesama pasangan, Dia meredhainya. Jikalau kita saling membantu, Allah akan redha. Walau dengan bertegur-sapa, Allah meredhai kita. Dalam erti kata yang lain, kita sentiasa berurusan dengan Allah dalam setiap detik kehidupan kita. Kita haruslah sentiasa berusaha untuk menciptakan kecantikan dalam hidup kita—sejenis kecantikan yang mengesahkan kehadiran Tuhan sebagai rakan kongsi penuh dalam perkahwinan kita—sejenis kecantikan yang layak dikurniakan anugerah kedamaian.”

Sebaik sahaja selesai pernyataanku, dia terus beredar. Dia menarik nafas, mengucapkan terima kasih kepadaku, dan mendoakan supaya Allah sentiasa memberkatiku dan terus pergi. Aku berdoa semoga kearifanku melebihi kejahilanku. Aku tak tahu apa kesan kata-kataku ke atasnya. Aku tak tahu apa keputusan yang diambilnya. Aku tak tahu sama ada dia masih mengingati pesanku sewaktu terjaga atau lena. Aku tak tahu jika dia berfikiran bahawa untaian kata-kata yang didengarinya adalah bayangan kebenaran atau delusi mimpi. Apa yang aku tahu, dengan kepastian, adalah kita memilih realiti kita sendiri. Kita yang memilih sama ada untuk turunkan sesuatu ke tahap duniawi semata atau mendaki maqam firdausi. Kita jugalah yang memilih pasangan dan teman dalam perjalanan hidup kita ini.

Ku berdoa untuk diberikannya kefahaman dan keampunan sewaktu lampu ditutup. Tetapi ku rasakan berat di kerusiku mengingatkan beban-beban perubahan. Tuhan, aku tahu kami semua manusia biasa. Tetapi aku juga tahu bila mana kami menjadi rakan kongsi-Mu, kami melalui satu perubahan. Kami tidak menjadi malaikat yang disucikan mahupun makluk fana yang uzur, tetapi kami berkongsi dengan alam malakut dan menjadi satu keadaan antara dua jenis keadaan.Ya Allah, aku merayu, terimalah perkongsian denganku, bantulah perubahanku, dan tolonglah aku mencapai Zat syurgawi-Mu.

Jun 2000

Diterjemahkan oleh iFirdaus daripada buku Conference of The Books: The Search for Beauty in Islam, 2001, University Press of America

iFirdaus sedang menjalani minggu-minggu terakhir pengajiannya di universiti. Terjemahan kasar ini disesuaikan sebagai suatu bentuk dedikasi untuk sahabat karibnya Khairul Anam yang baru melangkah ke alam perkahwinan.Kiriman Berkaitan

Catatan dari Mumbai: Anwar Jadi Tetamu Cucu Gandhi Ammar Gazali

Jadilah Orang Moderat yang Anda Cari admin

Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam Amin Ahmad

Menyelamatkan Warisan Intelektual Islam (Bahagian 1) admin

Menjadi Islam dengan Berfikir Hafiz Zainuddin

“Katak-katak telah menghuni kepalaku…” Mohd Jimadie Shah Othman

Sajak: Charles Bukowski I
Charles Bukowski

Seperti Sang Pipit

untuk memberi nyawa kau harus mengambil nyawa

dan bila sedih merudum dan berongga

di atas jutaan lautan berdarah

aku rentasi retakan-retakan beting pasir

dengan kaki putih, makhluk berperut putih yang sedang mereput

mampus dan merusuh menentang sekitaran yang kacau.

Wahai anak, aku lakukan padamu  apa yang sang pipit itu

buat pada kau; aku tua bila ianya  kelihatan bergaya untuk menjadi

muda: aku menangis bila ianya kelihatan bergaya untuk ketawa,

aku bencikan kau bila ia hanya perlukan sedikit keberanian

untuk menyintai.

Kawan dalam Kegelapan

masih aku ingat kebuluran dalam

bilik kecil di pekan terasing

bidai ditarik, mendengar

muzik klasik

aku muda, aku masih muda pedih macam pisau

menghiris  dalam

sebab tiada pilihan kecuali bersembunyi

selagi mampu –

bukan merengek tapi menyesal akan had diri:

cuba merungkai.

cuma komposer-komposer tua – Mozart, Bach, Beethoven,

Brahms yang bercakap dengan aku dan

mereka dah mati.

akhirnya, kebulur dan dibelasah, aku kena turun

ke jalanan ditemuduga untuk kerja-kerja

bergaji rendah dan rutin

oleh lelaki pelik yang menghadap meja

lelaki tanpa mata lelaki tanpa muka

jenis yang merampas masa

yang menjahanamkan

yang menghina.

sekarang aku kerja untuk editor pembaca

pengkritik

tapi masih lagi melepak dan minum bersama

Mozart, Bach, Brahms dan

Bee

beberapa kawan sejati

beberapa lelaki

Ada kalanya apa yang kita perlu untuk terus bersendirian

adalah mereka yang telah mati

yang menggetarkan dinding

yang memerangkap kita.

Diterjemah oleh Amaluddin Zhafir, seorang penyair muda yang baru-bari ini memenangi Anugerah Bakat Muda Selangor dalam kategori sajak dan puisi.

Kiriman Berkaitan

Menjadi Islam dengan Berfikir Hafiz Zainuddin

Sajak-sajak Charles Bukowski II Charles Bukowski

Sajak-sajak Wahyudi Yunus Wahyudi Yunus

Empat Sajak Hafiz Hamzah Hafiz Hamzah

Ke Mana Kita dengan ‘Anak Malaysia’? Najwan Halimi

Kanak dan Buku admin

Wawancara Sadiq Jalal al-Azm: Bahagian II
Sadiq Jalal al-Azm

Kekalahan tahun 1967 tidak diragukan lagi memiliki erti khusus untuk generasi anda. Tetapi kita baru sahaja mengalami kekalahan yang sama teruknya semasa Perang Teluk. Apa perbezaan antara kedua-dua kekalahan? Segelintir orang menuduh anda mengaitkan punca kekalahan pertama dengan sifat tabie yang imitatif dan abstrak pemikiran Arab. Adakah penjelasan yang sama sesuai dengan kes kedua?

Saya tidak mengaitkan kekalahan tahun 1967 hanya semata-mata perkara tersebut yang menjadi penyebab. Persoalannya jauh lebih besar dan lebih kompleks daripada itu. Adapun perbezaan antara kesan psikologi kekalahan pertama (1967) dan yang kedua (1991), saya harus menyatakan bahawa kekalahan pertama memberi kesan kepada psikologi kita dan citra diri sebagaimana yang boleh dibandingkan dengan tamparan yang dialami dunia Arab dan Islam selepas kemenangan Napoleon ke atas tentera Mameluk, Mesir.

Dalam kedua-dua kes, kesan menakjubkan perang telah memberi kesan-kesan meluas pada aspek sosial, sejarah, politik, dan intelektual. Ekspedisi Napoleon menyebabkan luka parah narsisistik terhadap citra diri Islam, yang masih belum sembuh sehingga kini. Kekalahan tahun 1967 juga menyebabkan luka yang serupa.

Sebelum Perang 1967, kita pernah dengan naif percaya pada pencapaian yang digembar-gemburkan gerakan pembebasan Arab, seperti nasionalisasi Terusan Suez, urusan jual-beli senjata dengan kumpulan sosialis, runtuhnya rejim royalis Iraq, dan pencapaian sosialis Mesir dan Syria. Orang Arab juga dipukau dengan apa yang dikatakan agensi-agensi maklumat Arab tentang “negara gengster” (yakni Israel), “perjalanan membebaskan,” dan kehebatan, keberanian, dan kepercayaan tentera Arab.

Saya masih ingat bahawa tepat selepas Perang 1967, teman-teman selalu menyalahkan saya kerana pesimisme saya yang berlebihan tentang keputusan yang mungkin daripada perang itu. Model yang menyebabkan pesimisme saya ialah Perang India-Pakistan pada pertengahan 1960-an. Perasaan saya adalah bahawa perang Arab-Israel yang akan berlaku akan mengarah pada masing-masing pihak merosakkan alatan-alatan ketenteraan satu sama lain, yang akan diikuti dengan campur tangan Kuasa Besar dan penyelesaian yang dipaksakan. Bahkan pandangan yang seimbang, realistik, dan rasional begitupun dilihat sebagai terlalu pesimis pada ketika itu dan tidak berjejak pada realiti semasa.

Berkenaan dengan Perang Teluk, yang paling ketara tentang hal ini adalah bahawa perang itu tidak berada dalam wilayah suci, secara mental dan psikologi, seperti mana perang pertama. Hal itu ditambah pula fakta bahawa Perang Teluk itu dipacu oleh seorang diktator hina, yang sangat berbeza dengan Nasser. Orang akan beranggapan bahawa sebagai akibat daripada kekalahan sebelumnya kita akan memperoleh sedikit kekebalan dan sekurang-kurangnya tidak akan menderita gejala psikologi dan ideologi yang sama seperti kekalahan pertama.

Kekebalan ini, bagaimanapun, tidak membuat beberapa intelektual daripada menyatakan Saddam Hussain sebagai “pahlawan bangsa Arab,” dan/atau “Bismarck daripada Arab,” dan sejenis halusinasi yang serupa. Saya memahami bahawa gejala-gejala itu yang wujud selepas Perang Teluk adalah hasil daripada pengumpulan kekalahan demi kekalahan dalam hidup kita. Hal ini kerana kaum intelektual, seperti orang lain, kadang-kadang kehilangan arah dan terbawa oleh arus yang tidak terkawal, melupakan semua pengajaran dari masa lalu.

Sebagai orang Arab dan Muslim (dan maksud saya Muslim secara budaya, warisan dan sejarah) kita tidak dapat membayangkan diri kita yang kekal berada di pinggiran sejarah. Persepsi ini kadang-kadang memperdalamkan kebingungan kita dan dapat menjelaskan ketidakrasionalan tindak balas kita terhadap krisis, yang masih berada di bawah kawalan orang lain. Itulah yang berlaku selepas dua kekalahan tersebut: keputusan bodoh menimbulkan krisis jauh lebih besar daripada diri kita sendiri dan kemampuan kita, disertai dengan ketidakmampuan total untuk mengawal—walaupun sebahagian–arah krisis ini dan tindakan kita sendiri.

Adalah satu contoh sikap yang menggelikan untuk mengatakan bahawa kita akan mengambil lompatan besar ke hadapan tanpa menghiraukan akibat walaupun jika ini membawa kepada kematian dan kehancuran. Kita juga harus menambah dalam kes Perang Teluk, tentang kegilaan Saddam mencabar Barat secara umumnya dan khususnya kepada Amerika Syarikat pada saat kemenangan mereka atas Kesatuan Soviet dan semua musuh-musuh mereka di seluruh dunia.

Dalam citra terdalam diri kita sendiri, kita melihat diri kita sebagai pembuat sejarah, mampu memaksakan sejarah yang kita buat terhadap orang lain, dan bukan sebagai objek sejarah yang dicipta oleh orang lain. Keinginan yang sedar dan tanpa sedar kita memperkuat gambaran ini. Setelah meneliti khazanah persuratan gerakan pan-Arab, saya sampai pada kesimpulan bahawa objektif sebenarnya bukanlah untuk merealisasi impian pan-Arab, tetapi keinginan untuk kembali kepada peranan kita di dalam sejarah sebagai pemimpin dunia.

Tapi nampaknya bahawa isu yang harus kita hadapi berulang-ulang kali ialah bahawa realisasi impian ini, atau bahkan sebahagian daripada itu, memerlukan revolusi, perubahan, dan pengorbanan (dalam rangka untuk mencapai piawai kepimpinan pada abad ke-20) yang mana kita tidak mampu untuk melalui derita itu. Kerana kita berasa bahawa pengorbanan ini akan tiba dengan kehilangan bahagian yang berharga daripada identiti dan warisan kita, reaksi kita pada krisis yang kompleks ini, dimaklumi, tidak rasional, kacau, kurafat, dan reduksionis.

Tampaknya, kompleks anti-Eropah (anti-European complex) yang begitu dalam tertanam dalam diri kita melampaui masalah kolonialisme moden, pendudukan ketenteraan, dan lain-lain, dan semua peradaban Mediterranean adalah peradaban yang sifatnya menakluk dan memperluaskan: Iskandar Agung, Hannibal, Rom, Islam, Perang Salib, Empayar Uthmaniyyah, munculnya Eropah moden.

Kompleks Arab ini didasarkan pada khayalan yang kuat mengenai rampasan kuasa Eropah akan hak kita untuk membuat sejarah dan untuk memimpin dunia, di saat kealpaan sejarah, seperti yang kadang-kadang dikatakan di sini. Kita melihat hak untuk memimpin dunia seolah-olah itu adalah hak ilahiah bahwa Allah telah memilih orang-orang Arab dan Muslim.

Dengan demikian, penyatuan Arab merupakan langkah penting untuk mengambil hak itu. Arab dan Muslim akan selalu menemui kesulitan untuk menerima kedudukan mereka di pinggiran sejarah moden kerana mereka melihat diri mereka sendiri, secara sedar atau tidak sedar, sebagai ahli kepada suatu bangsa yang besar dan pembawa agama Allah yang benar dan bahawa Allah di pihak mereka.

Sebuah ilustrasi tentang perasaan ini datang dari sebuah buku oleh Hussain Ahmad Amin, berjudul Dalil al-Muslimun al-Hazin al-Muqtadha ila al-Suluk fi al-Qarn al-’Ishrin (Petunjuk Para Muslim yang Sedih Terhadap Tindakan yang Diperlukan pada Abad Ke-20 ini). Amin menggambarkan Muslim itu sedih kerana persepsi dan delusi tentang dirinya, tamadun, dan agama memerlukan hasil dan keputusan yang spesifik dan pasti. Tetapi realiti mengolok-olokan persepsi itu setiap hari.

Jadi, setiap kali seorang penyelamat muncul, tidak peduli bagaimana teruknya dia, kompleks anti-Eropah ini akan muncul dan mengambil alih segalanya, menjadikan hantu ini “pahlawan bangsa Arab” atau “Bismarck untuk Arab,” atau nabi baru, penyelamat yang diharapkan, dan sejenisnya. Tetapi, mahu tidak mahu, khayalan ini akan hancur, menguatkan lagi kompleks anti-Eropah.

Adakah anda bersetuju dengan hujah Adonis bahawa wibawa intelektual memungkinkannya untuk memainkan peranan khusus terhadap rejim-rejim Arab yang memonopoli penghasilan intelektual (intellectual production)?

Peranan intelektual Arab berubah dari masa ke masa. Secara umum, saya berasa bahawa intelektual harus menjauhkan diri daripada negara, bahkan jika negara itu adalah sebuah negara demokratik sekalipun, kerana untuk melakukan perkara yang sebaliknya akan mengurangkan kredibilitinya.

Intelektual Arab yang paling produktif sekalipun mengalami masalah dengan kerajaan mereka pada satu-satu masa, dan beberapa antara mereka telah menderita hidup dalam buangan. Intelektual di negara kita mempunyai peranan tertentu yang harus dimainkan dengan hati-hati berhubung dengan negara, kerana kalau tidak, ia akan kehilangan kredibiliti dan mengubah dirinya menjadi seorang yang pandai mengambil peluang, yang bergantung pada pihak tertentu atau pencari kemasyhuran diri.

Berkenaan frasa Adonis “kewibawaan intelektual”, saya tidak pasti maknanya yang tepat. Mungkin frasa itu mendekati idea-idea Michel Foucault, tetapi pemahaman saya tentang kewibawaan di sini boleh jadi sesuatu yang menyerupai ahli ensiklopedik di Perancis selama abad ke-18. Ahli ensiklopedik ini dianggap sebagai wibawa tertinggi, meskipun hal ini tidak sama dengan pemahaman kita tentang peranannya hari ini.

Istilah “intelligentsia”, di sisi yang lain, dicipta di Russia dan kemudian menyebar ke negara-negara lain memperoleh erti kemuliaan belajar dan ilmu pengetahuan. Makna yang diperolehi daripada istilah “intelligentsia” itu menjelaskan masalah golongan intelektual Arab yang bercita-cita untuk mencapai kewibawaan seorang imam atau syaikh. Intelektual kita yang paling terkenal mencari pengikut bukan pelajar.

Daripada mengasah kebolehan kritis mereka, intelektual Arab memilih untuk mengajar pengikut mereka bagaimana menjadi kritis terhadap musuh-musuh peribadi mereka dan bagaimana untuk meraikan kehebatan guru-guru mereka. Dengan demikian, setiap pembahasan tentang kebebasan intelektual dan wibawa hanya membawa kepada penghujahan yang tidak menyenangkan.

Tentang monopoli negara ke atas budaya, hal ini memang salah satu masalah yang paling serius yang dihadapi masyarakat Arab sekarang. Pada masa lalu, intelektual biasanya melarikan diri daripada terjerumus dalam perangkap ini dengan memanipulasi persaingan dalaman antara kerajaan Arab.

Untuk sementara, Lubnan adalah sebuah stesen terbuka untuk bebas daripada tekanan rasmi kerajaan Arab yang mengawal budaya. Gerakan perlawanan Palestin juga boleh melindungi golongan intelektual yang melarikan diri dan memberi mereka kesempatan untuk bekerja di dalam lembaga-lembaganya. Sebenarnya, negara tidak berjaya memonopoli budaya sepenuhnya. Seandainya ada salah satu negara Arab (yang berjaya memonopoli kebudayaan), situasi ini akan jauh lebih buruk.

Ketika hasil minyak berkembang pesat membolehkan realisasi sebahagian besar sistem bersama keperluan material Arab, tetapi juga mengakibatkan munculnya dasar serupa berkaitan intelektual dan kemampuan untuk memonopoli pemikiran intelektual dan menentukan parameter kebebasannya. Selain itu, peluasan kepentingan minyak di Eropah menghasilkan keperluan untuk menyatakan pandangan mereka melalui lembaga-lembaga yang boleh diterima, dan dalam proses itu, mencipta suatu keadaan dikepung yang teruk terhadap intelektual.

Apa pandangan anda mengenai hubungan antara sastera Salman Rushdie (semua dalam Bahasa Inggeris) terhadap dominasi Barat atas segala sesuatu termasuk sastera kebangsaan dan tempatan?

Monopoli Barat atas sastera adalah alami sifatnya dan merupakan perkembangan daripada kebangkitan Barat sejak Renaisans. Untuk satu hal, besarnya penghasilan sastera Barat tidak meninggalkan keraguan mengenai kemampuan sastera ini meninggalkan bekas pada semua sastera Dunia Ketiga.

Seluruh dunia kini telah menerima bentuk novel, dengan menyedari sepenuhnya bahawa novel merupakan produk dari masyarakat borjuasi Eropah. Walaupun perlahan tetapi pasti, novel mula menggantikan puisi di Dunia Ketiga. Antaranya bahkan sudah mendakwa bahawa novel telah menggantikan puisi dalam kalangan orang Arab sebagai bentuk utama penyataan diri secara artistik.

Juga benar bahawa terdapat beberapa daripada para penulis Dunia Ketiga yang menggunakan bahasa Eropah menghasilkan karya tidak menarik tentang negara mereka sendiri. Ambillah contoh V.S Naipaul dari Trinidad yang menawarkan pembaca Barat tentang imej negatif dunia Muslim.

Tetapi Salman Rushdie tidak boleh dimasukkan dalam kategori ini kerana sasteranya sama sekali berbeza. Rushdie tidak menulis untuk menyenangkan Barat. Beliau memilik keperluan sendiri untuk membahas secara bebas. Beliau juga mempunyai komitmen sendiri. Salah satu karya-karyanya adalah kumpulan cerita pendek berjudul East, West di mana ia sengaja menempatkan koma antara Timur dan Barat dalam tajuk itu. Pada kenyataannya, koma itu adalah Rushdie sendiri. Dalam salah satu cerita-cerita ini, ia menggambarkan seorang gadis India ingin melakukan perjalanan ke Britain. Di tengah-tengah kesulitannya memperoleh visa daripada Kedutaan British, kita menemukan bahawa gadis ini masih ingin tetap tinggal di India. kerana perpindahan dia ke England hanya merupakan demi perkahwinan terancang yang tidak diingininya. Cerita ini secara simbolik menggambarkan hubungan antara Timur dan Barat itu ketika semua manusia terburu-buru untuk mendapatkan visa, dia adalah satu-satunya yang berusaha untuk mensabotaj permohonan visanya sendiri. Akhirnya, bagi Rushdie, pilihan bahasa Inggeris adalah wajar baginya kerana bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi India dan merupakan bahasa perantara juga.

Nota Editor: Meskipun kesan umum saat ini adalah bahawa pemikiran Islam dan politik mendominasi wacana falsafah di Dunia Arab, beberapa suara sekular terus kuat kedengaran. Di Mesir, karya ahli hukum dan ulama Islam Muhammad Sa’id al-‘Ishmawi telah menarik perhatian pendukung fanatisme agama. Dalam pelbagai karya, seperti Al-Khilafah al-Islamiyyah (The Islamic Caliphate), ia membantah banyak hujah daripada generasi baru cendekiawan Islam secara sejarah dan falsafah. Carolyn Fleuhr-Lobban akan akan menerbitkan analisis yang komprehensif daripada karyanya.

Subjek wawancara ini, Sadik al-Azm, adalah Profesor Falsafah Moden Eropah di Universiti Damsyik. Beliau bangkit dan menonjol pada akhir tahun 1960-an hasil daripada penerbitan bukunya Al-Naqd al-zati ba’d al-Hazirnah, (Kritik-kendiri Selepas Kekalahan), dan Naqd al-Fikr al-Dini (Kritik Pemikiran Agama) yang mengandungi analisis berani penyebab kekalahan tahun 1967. Selain mengkritik Barat dan Arab dan Muslim dunia, beliau juga berada di garis depan perang ideologi Islam-sekular. Karyanya, seperti yang disentuh sewajarnya dalam wawancara ini, mencerminkan luasnya pengetahuan dan keberanian intelektual.

Wawancara Bahagian PertamaKiriman Berkaitan

Wawancara Sadiq Jalal al-Azm: Bahagian 1 admin

Masa Depan Hubungan Muslim-Amerika admin

Syahid atau Pengkhianat admin

Menyelamatkan Warisan Intelektual Islam (Bahagian 1) admin

Jihad yang Hilang: Cinta dalam Islam admin

Kes Pemerkosaan Qatif: Sebuah Katalis bagi Perubahan? admin

Sajak Mengenang Gus Dur
DURRAHMAN

Mengenakan kemeja dan celana pendek putih,

Durrahman berdiri sendirian di beranda istana.

Dua ekor burung gereja hinggap di kedua bahunya,

bercericit dan menari riang.

Senja melangkah tegap, memberinya salam hormat,

kemudian berderap ke dalam matanya yang hangat dan terang.

Di depan mikrofon Durrahman mengucapkan pidato singkatnya:

“Hai umatku tercinta, dalam diriku ada seorang presiden

yang telah kuperintahkan untuk turun tahta

sebab tubuhku terlalu lapang baginya.

Hal-hal yang menyangkut pemberhentiannya

akan kuselesaikan sekarang juga.”

Dua ekor burung gereja menjerit nyaring di atas bahunya.

Durrahman berjalan mundur ke dalam istana.

Dikecupnya telapak tangannya, lalu dilambai-lambaikannya

ke arah ribuan orang yang mengelu-elukannya dari seberang.

Selamat jalan, Gus. Selamat jalan, Dur.

Dalam dirimu ada seorang pujangga yang tak pernah binasa.

Hatimu suaka bagi segala umat yang ingin membangun kembali

puing-puing cinta, ibukota bagi kaum yang teraniaya.

Ketika kakiku masih terbenam di persimpangan,

kakimu sudah melangkah jauh di masa depan.

(2010)

Joko Pinurbo

via jokopinurbo.com

LELUCON MENJELANG KEMATIAN

1/

Aku ingin mendengar leluconmu, sebelum mati. Engkau pun bercerita perihal kerbau.

Syahdan, seekor kerbau muncul di depan istana. Para penjaga heboh, dan langsung

melapor pada Presiden. “Apa yang harus kami lakukan?” tanya penjaga.

“Biarkan saja,” jawab Presiden. “Saya ingin tahu, apakah kalau saya biarkan, kerbau itu

berdampak sistemik atau tidak…”

2/

Maut, yang berdiri di sisi ranjang pun tertawa. Bahkan, menjelang mati pun kamu

masih lucu. Lalu perlahan disentuhnya ruhmu.

“Bukan kematian benar menusuk kalbu,” katamu, sembari mengutip bait puisi, “Tapi,

kalau boleh menawar, saya tak ingin mati hari ini. Sekarang 25 Desember, bukan?

Bulan yang ranum dan bahagia. Biarkan mereka merayakan kelahiran Yesus, jangan

sampai terganggu kematian saya…”

Maut terasa fana. Dalam mati pun, ada yang terasa lebih berharga.

3/

Seperti dalam puisi, gerimis pun mempercepat kelam. Langit penuh kesedihan.

“Sebelum mati, ijinkan saya berpesan,” katamu. “Jangan Kau biarkan orang-orang

saling dorong atau berdesakan saat pemakaman. Apalagi sampai ada yang mati

terinjak atau pingsan.”

Kenapa, kata-Ku.

“Karna nanti malah dikira orang antri rebutan sumbangan…”

4/

Ingin kutulis puisi, sesuatu yang kelak retak tetapi kuharap abadi, setelah kau mati.

Kata-kata yang tak pudar di keramik waktu.

“Biarkan saya mati dengan tenang, tak perlu repot memikirkan puisi. Ada baiknya

saya jujur: sebenarnya saya nggak terlalu suka puisi. Penyair itu lebih parah dari

sopir bajaj. Kalau bajaj mau belok, yang tahu hanya Tuhan dan sopir bajaj. Tapi kalau

penyair nulis puisi, bahkan Tuhan dan penyairnya sendiri tak tahu apa yang ditulisnya itu.”

Tapi aku ingin menulis puisi. Meski mungkin tak akan pernah menjadi abadi.

Lihatlah, di matamu yang perlahan terkatup, seperti ada perih puisi. Selalu ada yang

jauh lebih tak terduga dari puisi, melebihi mati.

5/

Seperti ada yang pelahan-lahan sampai. Seperti ada yang tugur di sisimu.

“Tuan Tuhan, bukan?”

Tunggu sebentar. Gus Dur lagi tidur

2010

Agus Noor

via Facebook

Kiriman Berkaitan

Sajak-sajak Charles Bukowski II Charles Bukowski

Sajak-Sajak Yang Mimi Morticia Yang Mimi Morticia

Penghujung Jalan Mati admin

Sajak: Wan Nor Azriq Wan Nor Azriq

Sajak-sajak Wahyudi Yunus Wahyudi Yunus

Tiga Sajak Murad Ata Murad Ata

Wawancara Sadiq Jalal al-Azm: Bahagian 1
Berikut adalah wawancara Ghada Talhami dengan Sadiq Jalal al-Azm, yang merupakan filasuf, sejarawan budaya dan aktivis hak asasi manusia dari Syria. Beliau pernah digelar sebagai ‘Voltaire dunia Arab’ dan ‘Orang Sesat dari Damsyik’. Semenjak awal kerjaya akademiknya beliau dikenali sebagai salah seorang intelektual terkemuka di dunia Arab yang sering terlibat dalam debat politik dan intelektual berkaitan pelbagai isu seperti peranan dunia Arab, makna dan khazanah Islam, dan hubungan antara budaya Arab dan Kristian. Sumbangan pertamanya yang penting ialah sebuah buku yang merupakan kritik dalaman terhadap dunia Arab selepas Perang 1967 Arab-Israel.

Wawancara ini terbit di jurnal Arab Studies Quarterly (ASQ) pada 22 Jun 1997.

Ghada Talhami: Kami ingin memohon untuk anda kembali ke tahun 1960an dan menceritakan tentang gerakan pembebasan Arab dan peranan anda dalamnya, khasnya tentang soal pemikiran yang dominan ketika itu dan juga tentang buku anda Naqd al-Fikri al-Dini.

Sadiq Jalal al-Azm: Pemikiran pada tahun enam puluhan, sekurang-kurangnya daripada apa yang saya tahu, berkembang di dalam satu konteks di mana gerakan pembebasan Arab dilihat telah menghasilkan perubahan yang bermakna di dalam kehidupan Arab secara politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

Kami merasakan pada masa itu terdapat satu gelombang modernisasi dan industrialisasi dan usaha-usaha yang serius dilakukan oleh Syria dan Mesir untuk merealisasikan idea-idea baru dan nilai-nilai yang bersesuaian dengan gelombang ini dan mampu untuk menjawab persoalan bagaimana untuk memperkasakan negara-negara Arab. Nilai dan idea baru ini adalah juga penting dalam berdepan dengan Israel dan untuk secukupnya berhadapan dengan dilema membataskan keinginannya untuk melakukan perluasan wilayah.

Dalam kata lain, walaupun terdapat keterbatasan dan kontradiksi di dalam gerakan pembebasan Arab, ia nampaknya dapat mengaktifkan sehingga sekarang daya-daya masyarakat yang terpinggir dan juga kemampuan manusia untuk membina masa depan yang lebih baik untuk orang Arab.

Kami, para intelektual muda pada masa itu, tergerak untuk bertanya apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kami di dalam gerakan itu dan menyumbang pada matlamatnya, tidak kira apa pun kecenderungan idelogi kami dan/atau komitmen, sama ada nasionalis Arab, pengikut Ba’th, pengikut Nasser, Marxis, progresif, teknokratik yang neutral atau seorang neutral yang positif.

Adalah menjadi satu kebiasaan kepada kami sebagai intelektual untuk memberi fokus kepada struktur tingkat atas pemikiran, nilai dan budaya. Apa yang benar-benar menarik perhatian saya pada masa itu ialah terdapatnya kecenderungan transformasi dan radikalisasi di dalam gerakan pembebasan itu yang bertujuan untuk melaksanakan perubahan di dalam struktur ekonomi, pengeluaran dan politik di Dunia Arab. Tetapi di samping kecenderungan ini hadir juga trend bertentangan yang lebih konservatif yang mahu memelihara struktur sosial yang lama dan nilai-nilainya, dan juga superstruktur pemikiran, nilai, moral, dan agama.

Dalam kata lain, apa yang saya lihat seolahnya gerakan pembebasan Arab ini dengan tangan kirinya berusaha untuk melaksanakan transformasi yang revolusioner dan signifikan di struktur bawah masyarakat, sementara pada masa yang sama berusaha gigih untuk melambatkan usaha transformasi di peringkat superstruktur dengan tangan kanannya.

Saya yakin pada masa itu bahawa kontradiksi di dalam gerakan pembebasan Arab ini menghasilkan pelbagai halangan, walaupun saya pada masa itu tidak mempunyai kesedaran bahawa ini mungkin berkaitan dengan persoalan kelas, atau lebih tepatnya berhubungan dengan ‘petty bourgeosie’.

Saya menyedari bahawa peranan intelektual yang sesuai untuk orang seperti saya ialah untuk terlibat di dalam aktiviti yang konstruktif. Ini bermakna dengan menghancurkan superstruktur yang telah hilang kemampuannya untuk wujud disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada peringkat dasar, sementara pada masa yang sama turut serta di dalam membina struktur-struktur yang baru yang lebih sesuai dengan transformasi di dunia Arab pada ketika itu.

Ketika memberi tumpuan pada dilema itu, saya juga begitu tertarik pada pemikiran Islam meluas pada masa itu. Pemikiran tersebut menjadi salah satu elemen yang penting di dalam meluas superstruktur yang reaksioner. Gerakan pembebasan Arab amat berhati-hati di dalam pendekatannya terhadap pemikiran Islam, mengelak daripada berhubung secara terus dengannya dan mngabaikan akan keperluan untuk membangun dan memperbaharuinya dengan keterbukaan dan kejelasan.

Saya menjadi begitu prihatin dengan kemampuan pemikiran ini untuk berterusan menghasilkan nilai-nilai kejahilan, penghasilan mitos, keterbelakangan, kebergantungan dan fatalisme, dan  menghalang pemeluasan nilai-nilai saintifik, sekularisme, pencerahan, demokrasi dan humanisme.

Izinkan untuk saya di sini menyatakan dalam tanda kutip bahawa saya dan orang-orang seperti saya menjadi mangsa kepada kepercayaan yang muncul pada masa itu bahawa perubahan yang sedang kami saksikan telah melampaui isu-isu yang dibangkitkan oleh Nahdah Arab pada lewat abad ke-18 dan awal abad ke-20. Dalam kata lain, kami menjadi mangsa kepada idea yang salah yang sejarah telah putuskan bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Nahdah pada ketika itu menyokong kemajuan, modenisasi tulen, sains moden, sekularisme, sosialisme dan pembebasan kebangsaan. Kami juga merasakan untuk berpatah balik daripada semua ini adalah sesuatu yang mustahil dan tugas itu menyuruh kami untuk meneruskan perjuangan dalam semua segi demi untuk mendalamkan lagi nilai-nilai itu di dalam kehidupan sekarang ini.

Kerana itulah, saya pernah mengkritik intelektual pada periode itu yang suka mengikut roh Muhammad ‘Abduh dan al-Afghani di dalam menyokong pandangan mereka, seolah-olah tidak ada yang berlaku semenjak dari awal abad ke-20. Sebagai intelektual dan pemikir, kami merasakan bahawa diri kami sebagai satu realiti baru yang telah mengambil alih fasa Nahdah. Kami merasakan kami mewakili satu gerakan yang secara prinsipnya telah melampaui isu-isu yang dibangkitkan oleh Muhammad ‘Abduh, al-Afghani dan pemikir-pemikir Nahdah yang lain. Tetapi hari ini kami mendapati diri kami sedang mempertahankan pencapaian Nahdah dari puak Salafi dan serangan-serangan puak-puak penghalang yang lain. Kesilapan kami ialah untuk percaya periode 1960an telah secara sejarahnya menggantikan Nahdah.

Perkara kedua yang ingin saya tekankan adalah pengakuan mengenai impak Yassin Al-Hafez  ke atas pemikiran saya selama awal tahun 1960-an, meskipun saya belum bertemu dengannya secara peribadi. Al-Hafez telah menangani dengan cemerlang semua isu-isu ini, dengan teliti membedahnya dengan logik yang tajam, gaya yang jelas, dan analisis mendalam. Ini jelas ditunjukkan dalam bukunya: Hawla Ba’d Qadhaya al-Thawrah al’Arabiya (Berkenaan beberapa isu Revolusi Arab).

Inilah sebabnya, sebagai ungkapan terhutang budi saya kepadanya, saya menggunakan kutipan daripada bukunya sebagai pendahuluan karya saya: Naqd al-Fikr al-Dini. Beliau menggambarkan dengan kata-kata yang padat tetapi sangat luar biasa berkenaan sebahagian daripada projek budaya yang saya, serta beberapa orang lain, berasa sangat penting bagi kemajuan Arab. Perkara yang dibawa al-Hafez ialah kepentingan menghadapi superstruktur pemikiran, budaya, warisan, dan agama secara kritikal yang menghambat pencapaian gerakan pembebasan Arab dari segi ekonomi, sosial, dan politik.

Izinkan saya kembali kepada apa yang tangan kanan gerakan pembebasan Arab, atau sisi konservatifnya, telah lakukan. Saya yakin bahawa untuk benar-benar terlibat dalam projek budaya liberasionis, seperti yang telah digariskan oleh al-Hafez, seseorang harus bersemuka dengan kekukuhan agama dan pemikiran reaksionernya. (Yassin al-Hafez, tidak bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan saya dalam tersalah menilai keadaan dan isu-isu tertentu).

Salah satu gejala kemiskinan pemikiran keagamaan, misalnya, adalah kejahilan para ulama tentang apa-apa yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan moden, segala permasalahannya, dan teori-teorinya. Jenis kejahilan seperti ini masih wujud sekarang. Untuk mengutip salah satu contoh, sebuah pertempuran ideologi dan politik pada suatu masa berlaku atas persoalan sama ada Bumi itu bulat atau tidak dan adakah ia berputar mengelilingi matahari. Kumpulan reaksioner yang menolak gagasan Copernican ini dipimpin oleh Mufti Besar Arab Saudi, ‘Abd al-Aziz Ibn Baz dan Pakatan Islam pada masa itu, disokong oleh Amerika dan menentang ‘Abd al-Nasser. Kumpulan progresif yang menegaskan bahawa Bumi itu bulat dipimpin oleh Nasser di Mesir. Sangat menakjubkan, pemikiran keagamaan itu telah dan masih asyik dengan isu-isu ini.

Masalah yang dihadapi kami pada ketika itu adalah bagaimana seorang intelektual yang merupakan ahli dalam ilmu pengetahuan dan falsafah moden menyertai perdebatan serius dengan wacana keagamaan pada tahap itu? Kami berasa bahawa itu adalah hak kami untuk menuntut badan keagamaan agar mereka hasilkan jenis pemikiran yang kami boleh secara logiknya berdebat walaupun jika kami tidak cenderung untuk bersetuju dengan hal itu. Selain itu, saya menyerang kecenderungan Lebanon terhadap saling menipu antara pelbagai mazhab agama (atau yang biasa disebut sebagai dialog Islam-Kristian) dengan menggunakan bahasa yang dipersetujui sebelumnya yang pintar tetapi kabur yang banyak memperkatakan tentang setiap pihak tetapi dalam masa yang sama tidak mengatakan secara spesifik terhadap mereka yang di sebelah sana. Ia menjadi jelas bahawa perdebatan ini tidak lebih daripada muslihat penipuan  oleh semua pihak yang menjadi pendahuluan kepada perang saudara.

Apa yang saya benar-benar ingin debatkan dan bincang dengan pihak di sebelah sana adalah bagaimana kita berurusan dengan teks-teks suci agama pada separuh kedua abad kedua belas. Bagaimanakah kita memahami dan mentafsirkan teks-teks Al-Quran, terutamanya selepas kegemparan yang ditimbulkan oleh badan agama di Mesir sebagai akibat daripada penerbitan buku Muhammad Ahmad Khalaf al-Allah yang membincangkan persoalan ini secara realistik dan cukup moderat.

Adakah kita membaca kisah-kisah Al-Quran ini seolah-olah ia adalah peristiwa nyata, atau adakah kita menghargainya kerana makna simboliknya, kepentingan moral, atau  kandungan humanis dalam membuat kisah-kisah itu relevan dengan kehidupan moden, sastera dan falsafah? Cerita kegemaran saya dalam Al-Quran, dari perspektif ini, adalah tentang Syaitan. Bagaimana saya ingin memahaminya? Bolehkah saya menerimanya secara harfiah, sesuai dengan penafsiran tradisional?

Adakah saya perlu membuang itu seluruhnya daripada pemikiran dan keprihatinan intelektual saya? Adakah harus saya cuba untuk meninjau kembali sesuai dengan minat dan tujuan saya saat ini dan dengan demikian meletakkan makna yang relevan kepada zaman dan masa kita? Sedang cerita ini merupakan bahagian berharga daripada warisan kita, saya telah cuba untuk mengubahnya menjadi sebuah karya seni, drama, dalam kajian yang berjudul: Ma’satu Iblis (Tragedi Syaitan) dengan menghubungkannya dengan teater kuno Greek dan gagasan tentang tragedi dalam kehidupan manusia.

Oleh itu, saya telah membaca kisah Al-Quran ini dengan berbeza, dengan mendasarkan tafsiran saya pada beberapa teks-teks Islam klasik seperti pendekatan al-Hallaj terhadap subjek ini, dan juga pada falsafah moden seperti Eksistensialisme dan Marxisme. Saya mendapati pendekatan ini lebih digemari daripada meniru tafsiran lama.

Kekalahan pada Jun 1967 telah mengganggu semua rancangan dan mendedahkan kerapuhan nahdah intelektual Arab moden di mana gerakan pembebasan Arab meletakkan harapannya. Sebahagian besar daripada harapan ini berkaitan dengan konsep pemimpin yang memberi harapan dan ketika pemimpin itu jatuh maka semuanya musnah, tidak meninggalkan apapun di belakang tetapi kehampaan, kehilangan, dan kebingungan. Saya tidak cuba memperbesar-besarkan apabila mengatakan bahawa ketewasan itu menghentam kami seperti panahan petir atas sebab-sebab yang saya tidak boleh jelaskannya di sini. Saya mendapati diri saya tiba-tiba menumpukan perhatian menulis tentang politik dan berdebat langsung soalan-soalan yang saya tidak pernah bermimpi akan menjadi perhatian saya.

Jika seseorang telah berkata kepada saya sebelum kekalahan: suatu hari nanti anda akan menulis tentang pesawat terbang, kereta kebal, strategi ketenteraan, dan taktik, dan anda akan menanggapi tulisan-tulisan Muhammad Hassanein Haikal tentang perjuangan bersenjata Palestin dan keamanan yang adil dengan Israel, saya akan menyangka dia itu kurang siuman. Tentu sahaja, kami harus menyerap panahan petir kekalahan itu dan ia suatu yang mengejutkan dalam banyak hal, supaya kami dapat mengumpul semua budaya dan projek intelektual yang tersebar dan membuat keputusan mengenai bagaimana dan ke arah mana kita harus meneruskannya.

Dunia Arab menyaksikan munculnya gelombang kiri yang kuat selepas kekalahan 1967, yang kemudian bersambung sehingga Perang Oktober 1973. Semua intelektual dan tenaga kebudayaan pada masa itu menumpukan pada cara-cara yang berbeza dalam memperbaharui pemikiran Marxis dan panggilan untuk revolusi yang menyeluruh, khususnya perang pembebasan kebangsaan. Gerakan dan organisasi-organisasi keagamaan masih kekal marginal, walaupun potensi mereka untuk kembali ke arena politik terbuka luas. Saya percaya bahawa saya berada antara orang pertama yang menghargai kecenderungan ini, kerana saya menerbitkan sebuah rencana dalam Dirasat ‘Arabiyah, dua bulan selepas kekalahan, bertajuk: “Al-’Ilm al-Hadith wa al-Naksah al-Khatirah,” (Ilmu Moden dan Bahana Kesakitan Semula) yang menimbulkan banyak perbincangan dan menjadi nukleus untuk penerbitan buku saya: Al-Naqd al-Thati ba’d al-Hazimah (Kritikan Kendiri Selepas Kekalahan). Bersama dengan artikel ini, saya terbitkan sebuah addendum yang mengandungi beberapa teks-teks yang menunjukkan bentuk umum tanggapan kelompok agama terhadap kekalahan itu.

Pada waktu yang sama, rejim-rejim politik yang bertanggungjawab atas kekalahan tentera mula memanfaatkan agama pada umumnya dan Islam khususnya dalam kempen yang direka untuk melindungi mereka daripada akibat kekalahan itu. Dalam respons terhadap kempen itu, saya menulis sebuah artikel yang tajuknya itu sendiri dapat menjelaskan isinya: Mu’jizat Zuhur al-’Azra’ wa al-Tasfiyat Athar al-’Udwan (Keajaiban Kemunculan Semula Si Perawan dan Penghapusan Kesan-kesan Agresi). Ini adalah satu respons kepada satu cerita yang menggambarkan penampilan Perawan Maria dalam Gereja Zeitoun di Kaherah dan eksploitasi yang dilakukan oleh para pegawai dan badan perisikan Mesir dalam rangka untuk mengalihkan perhatian awam daripada kekalahan dan pada waktu yang sama memberikan dorongan kepada pelancongan .

Kami melihat diri kami dalam konteks gerakan pembebasan Arab sebagai kekuatan pencerahan dalam pengertiannya yang klasik. Jika kita kembali ke Pencerahan Eropah semasa abad ke-18, kita mendapati bahawa gerakan ini merupakan akibat langsung daripada revolusi saintifik daripada abad ke-17. Pencerahan bererti kodifikasi pengetahuan baru yang terhasil daripada revolusi saintifik dan kemudian menyebarkannya ke seluruh masyarakat, membuatnya tersedia tidak hanya untuk semua orang yang mahukannya, tetapi juga ke pusat-pusat kekuasaan dan autoriti dalam negara dan masyarakat. Ideanya adalah untuk membuatkan pengetahuan baru itu sebagai asas untuk menguruskan pengeluaran, mentadbir masyarakat dan negara, dan menyusun semula kehidupan intelektual, pendidikan, dan politik, daripada hanya mendasarkan semua hal itu pada teologi dan amalan adat.

Pengetahuan baru ini bererti juga perkembangan kesedaran yang kritikal dan maju berdasarkan ilmu-ilmu baru dan perkembangan sosial dan kelas yang baru di negara-negara yang Eropah lebih maju pada waktu itu. Inilah sebabnya mengapa kami membangkitkan kekirian Hegel (Hegelian leftism) yang melahirkan pendekatan yang tercerahkan dan kritis terhadap kehidupan intelektual Jerman pada abad ke-19 daripada hanya menumpukan abad ke-18.

Di samping semua itu, penilaian umum saya adalah bahawa arus fundamentalis agama sekarang ini dalam kehidupan Arab adalah fenomena reaktif dan bukannya enaktif. Ia adalah suatu reaksi terhadap kekalahan (kekalahan sering membuat orang untuk mencari perlindungan dalam agama, tradisi, dan seumpamanya yang mengarah pada munculnya aspirasi membalas dendam). Arus agama sekarang juga merupakan reaksi terhadap vakum intelektual yang terhasil daripada runtuhnya idea-idea besar yang telah mendominasi kehidupan intelektual Arab sejak akhir Perang Dunia Kedua. Akhirnya, arus agama itu sendiri adalah suatu reaksi terhadap penguncupan kegiatan keagamaan dalam ruang awam kehidupan di negara-negara Arab seperti Mesir, Iraq, Syria, dan Algeria yang telah mengalami proses panjang pemodenan.

Sehingga saat ini, ilmu-ilmu perundangan, teologi, dan agama adalah paling terutama  berbanding yang lain. Tetapi situasi yang sebaliknya berlaku di negara-negara yang disebutkan tadi, menjadikan mereka yang terlibat dalam disiplin ilmu ini sedar akan terpinggirnya mereka di dalam kehidupan politik, intelek, dan pendidikan Arab. Hari ini mereka sedang berusaha untuk menebus kekalahan mereka.

Setiap orang daripada kami boleh menyediakan contoh mundurnya pengaruh agama dalam ruang awam kehidupan Arab moden, yang membawa, pada akhirnya, untuk sebuah intensifikasi balas kepercayaan agama dalam kehidupan peribadi. Pergerakan ini mengalami pasang surutnya, tetapi saya tidak percaya bahawa hal itu telah sampai kepada penamat atau akan berhenti. Pakistan, sebagai contoh, mempunyai keinginan untuk membangunkan bom atomnya sendiri dengan semua kemajuan teknologi yang diperlukan. Tetapi untuk mencapai hal ini memerlukan sebuah iklim saintifik dan pembangunan minda saintifik sebenar.

Pada dasarnya yang alami, pemikiran saintifik adalah kritikal: ia menyemak semula, memeriksa kembali, memerlukan bukti, menolak keyakinan atas dasar iman seperti dalam pemikiran agama. Kecenderungan untuk berfikir kritis dan logik tidak akan tetap kekal pada fizik nuklear walaupun di negara seperti Pakistan. Selalunya, kecenderungan ini akan menyentuh aspek-aspek lain kehidupan intelektual, spiritual, budaya, dan informasi sesebuah negara itu, mempengaruhi bahkan pemikiran keagamaan itu sendiri. Oleh kerana Pakistan bertekad untuk memiliki bom nuklear, ia tidak dapat terlepas daripada kuatnya daya yang akan terhasil daripada penguasaan sistem pengetahuan baru ini.

Tetapi di sini saya ingin mengeluarkan kenyataan amaran. Seperti kebanyakan orang lain, saya sedar bahawa rejim-rejim politik dan ketenteraan yang mengimport industri teknologi, seperti Pakistan dan Iraq, tidak melakukan tugas ini kerana komitmen mereka terhadap ilmu pengetahuan dan kemajuan. Hal ini kerana mentaliti yang menguruskan teknologi ini tetap seperti kaum Badwi dan fanatik, terus-menerus menganggap ilmu hanya sebagai cara untuk mendapatkan kuasa dan dominasi.

Mentaliti ini akan melakukan seupaya mungkin untuk mencegah pemikiran saintifik dan kritis daripada meluas melampaui batas-batas sempit yang telah mereka tetapkan. Saya yakin, walau apa yang mereka cuba lakukan, rejim-rejim politik ini tidak akan berjaya dalam mencapai tujuan mereka dalam jangka panjang, meskipun jika mereka masih berkuasa di negara mereka sendiri.

Hal ini kerana ada percanggahan yang serius antara hanya memiliki mentaliti saintifik, penyelidikan dan teknologi jenis ini dengan jenis-jenis rejim-rejim yang menindas itu. Pertembungan ini pasti akan mengarah sama ada kepada tekanan yang dikenakan pada eksperimen saintifik ini ataupun membawa kepada melambatnya perkembangan dan perluasannya.

Walaupun melambatnya pencarian saintifik itu, ia pasti akan meninggalkan jejak di seluruh cakerawala budaya, intelektual, dan kehidupan sosial dalam keadaan yang tidak dapat diterima oleh kekuatan-kekuatan yang terpaksa mengimportnya. Pada akhir abad ini, masalah ini akan menjadi persoalan hidup dan mati.

Sejauh manakah anda, sebagai salah seorang elit yang menghasilkan ilmu pengetahuan, menyelaraskan diri dengan projek-projek politik pada masa itu? Dengan ini kami maksudkan, adakah anda dan orang lain seperti anda perlu untuk mengharmonikan diri dengan arus politik saat itu dengan mengorbankan kebebasan intelektual fakulti kritis anda?

Saya tidak percaya bahawa ada satu kayu ukur yang mampu mengukur hubungan antara pemikiran para elit intelektual dengan peristiwa terkini sepanjang masa dan semua tempat, kerana jurang antara mereka mengembang dan menguncup sesuai dengan keadaan yang berbeza. Prinsip tunggal yang selalu saya pegang adalah penegasan kebebasan relatif projek intelektual daripada peristiwa terkini dan gerakan-gerakan politik. Setiap intelektual atau peserta dalam sesuatu projek intelektual mempunyai hak untuk menentukan titik keseimbangan yang akan dikajinya (menurut penilaian peribadi dan penafsiran terhadap kerangka di mana ia bergerak) antara hampir-hampir pemencilan total daripada peristiwa-peristiwa sekitarnya dan antara pengikatan total pada peristiwa itu.

Telah saya nyatakan tadi bahawa jika seseorang telah meramalkan sebelum kekalahan Jun 1967, bahawa suatu hari nanti saya akan menghasilkan jenis tulisan yang telah saya hasilkan kemudian, saya akan berfikir dia gila. Dengan kata lain, sebelum kekalahan bulan Jun itu, saya biasa untuk menjarakkan kegiatan intelektual saya jauh daripada peristiwa semasa dan berkeras untuk kebebasan pemikiran yang total, bahkan sampai ke tahap menggemari idea-idea abstrak.

Tetapi selepas bahana kekalahan itu, saya mendapati diri ini ditarik pada sisi lain dan bergerak lebih dekat dengan—dalam istilah politiknya–realiti-realiti jalanan, tetapi tanpa terlibat dalamnya. Memang, akan sangat naif untuk percaya bahawa suatu kekalahan sebesar Jun 1967 itu boleh terjadi tanpa sektor-sektor tertentu inteligensia yang produktif terpaksa untuk meninggalkan posisi mereka yang lebih mandiri dan abstrak.

Kekalahan tahun 1967 merupakan peristiwa luar biasa dalam setiap erti kata itu, sebuah letupan yang mengerikan yang menghancurkan asas-asas gerakan pembebasan Arab. Dengan demikian, reaksi luar biasa yang tidak terelakkan seperti pengabaian kebebasan intelektual dan kesarjanaan murni oleh beberapa kerat elit intelektual yang bergerak ke arah apa yang tampaknya lebih mendesak dan diperlukan oleh zaman.

Pada kenyataannya, jika pengabaian ini tidak berlaku, tragedi kekalahan akan berlipat ganda. Bahkan di dalam masyarakat kapitalis Eropah yang paling maju pun, di mana kestabilan sosial membolehkan inteligensia untuk menikmati jarak yang lebih luas daripada peristiwa semasa untuk memusatkan diri dalam kajian semata-mata, kita dapati ketika masa krisis atau perang atau transformasi sosial  biasanya inteligensia bergerak menghampiri dunia politik. Fenomena ini telah mengarah pada penciptaan kategori apa yang disebut “Intelektual Awam”, seperti John Dewey, Bertrand Russell, Jean-Paul Sartre, dan Lewis Mumford.

Semuanya ahli falsafah, pemikir, dan intelektual yang mempunyai tautan yang panjang di menara gading. Tetapi semuanya meninggalkan posisi ini–dalam pelbagai gaya dan  untuk terjun ke politik. Mereka melakukan hal ini bukan kerana mereka tergoda untuk bertindak sedemikian, tetapi sebagai hasil daripada keyakinan bahawa perubahan itu diperlukan. Saksikan, Sartre dan penglibatannya dalam Perang Kemerdekaan Algeria, serta dalam Perang Pembebasan Vietnam.

Sebab itulah saya biasanya bertanya mengenai isu memisahkan projek intelektual liberasionis daripada dinamik politik pada fasa itu: Mungkinkah di Dunia Arab hari ini (atau di Dunia Ketiga pada umumnya) untuk memisahkan projek-projek intelektual daripada dinamik politik ? Saya tidak bercakap, tentu saja, tentang upaya-upaya intelektual mereka yang bertujuan untuk mengesahkan dan meraikan dasar-dasar tertentu, tetapi tentang projek-projek intelektual yang berkaitan dengan masalah-masalah politik, sosial, ekonomi, kelas, dan antarabangsa, terlepas dari apakah atau tidak projek ini kiri , kanan, nasionalis, Islam, atau reaksioner.

Projek intelektual ini menolak untuk menjadi seluruhnya marjinal daripada realiti politik pada masa itu. Masalah ini, kemudian, berkisar sekitar jenis perkaitan bagaimana yang  mungkin antara projek intelektual hari ini dan dinamik politik yang berlaku. Bagi saya secara peribadi, saya yakin bahawa saya telah meninggalkan sikap pengasingan intelektual dan kesarjanaan saya sejak perang 1967. Tetapi saya masih berkeras bahawa saya tidak menyertakan diri sepenuhnya dalam arus-arus politik yang ada dan tidak menyerah pada godaan politik dengan mengorbankan kebebasan dan pemikiran kritis saya.

Saya ingin kembali kepada persoalan mengenai “Intelektual Awam”. Ilustrasi terbaik tentang tipologi elit intelektual ini ada di Perancis. Hal ini mungkin kerana kesinambungan daripada tradisi revolusionari Perancis. Dengan demikian, perdebatan terpanjang tentang persoalan komitmen artistik dibawa oleh Sartre di Perancis. Kemudian kita melihat debat semacam ini meletus di Jerman dan Itali, mungkin kerana khususnya Jerman ketinggalan di belakang Britain dan Perancis dalam bidang sains, ekonomi, liberal, dan kemajuan sosial. Kerana Jerman sangat berasa perlu untuk mengejar kemajuan ini, peranan “Intelektual Awam” telah memperoleh erti khusus sejak zaman Fichte. Fichte yang mencadangkan penyelesaian abstrak, murni, dan umum untuk masalah-masalah politik, sosial, dan nasional.

Tipologi “Intelektual Awam” memang lebih lemah pada abad ke-20 dalam budaya Anglo-Amerika. Walaupun ini adalah fakta, Britain memberikan kita seorang ahli falsafah besar, iaitu Bertrand Russell, yang mempunyai pengkhususan ilmu pengetahuan dalam bentuknya yang paling murni dan kesarjanaan dalam bidang-bidang seperti logik simbolik, falsafah matematik, dan teori pengetahuan. Russell, bagaimanapun, dipenjarakan ketika mudanya kerana menentang Perang Dunia Pertama. Pada tahun-tahun berikutnya, beliau meringkuk dalam penjara kerana isu-isu yang berkaitan dengan penentangan senjata atom. Amerika Syarikat pula, memberikan kita John Dewey yang bekerja di bidang logik, epistemologi, dan pemikiran falsafah abstrak yang tidak menghalang penglibatannya dalam masalah-masalah praktis pendidikan, demokrasi, dan simpati terhadap Revolusi Bolshevik dan perjuangan anti-penjajah.

Tentang intelektual Arab, saya fikir itu lebih dekat kepada model Perancis dan Jerman–sambil meletakkan dalam kepala bahawa wujudnya perbezaan dalam tahap kreativiti, ketepatan, objektiviti, dan penggunaan kaedah saintifik—dalam soal menghubungkan projek-projek intelektual dengan dinamik politik semasa.  Saya juga menyedari bahawa perkaitan yang rapat ini sering muncul sebagai suatu yang oportunistik, vulgar, dan berbahaya, dan saya tidak melihat prospek yang akan memisahkan mereka.

Pada takat ini, saya ingin mengingatkan artikel yang sangat baik oleh Salman Rushdie yang berjudul: “Outside The Whale” yang diterbitkan pada tahun 1984. Paus di sini melambangkan sejarah, dan Rushdie menggunakan metafora ini untuk mengkritik pengarang novel Inggeris George Orwell yang mengatakan bahawa elit intelektual mampu kekal berada di luar ikan paus, melalui pelbagai cara. Rushdie mendebatkan idea ini secara kritis dan berkeras bahawa tidak mungkin untuk melakukan hal itu kerana elit intelektual terlibat dalam sejarah sama ada mereka menyedarinya atau tidak. Kita semua di dalam ikan paus itu, setidaknya di dalam sejarah kita sendiri. Kita mungkin ditelan oleh ikan paus yang lebih besar yang akan menelan orang lain bersama kita, tetapi suka atau tidak, kita berada di dalam ikan paus.

Sudah tentu saya telah menyokong gerakan pembebasan Arab dengan segala kecelaan, pencapaian dan kekurangannya. Dan saya lihat tidak ada yang salah dalam hal ini kerana tidak ada perkara lain yang boleh saya sokong. Tidak ada apa-apapun di luar gerakan ini kecuali menara gading, akademik yang sempit, dan teknokrasi tulen.

Tidak satupun memberikan asas yang lebih baik untuk mengkritik gerakan pembebasan Arab daripada sudut pandang gerakan itu sendiri. Hal ini tidak bererti bahawa menara gading, akademik yang sempit, dan teknokrasi tulen kekurangan idea-idea yang berguna berkaitan dengan gerakan pembebasan. Saya kenal beberapa intelektual yang benar-benar terlibat dalam politik dan yang sekarang berusaha untuk mengimbanginya dengan tetap berkeras berada di luar peristiwa terkini untuk lebih memudahkan mereka melakukan kritikan.

Pada kenyataannya, penulisan analitik dan diagnostik tentang gerakan pembebasan Arab dihasilkan oleh intelektual yang condong ke arah itu. Saya menganggap diri saya seorang mahasiswa daripada beberapa intelektual ini. Seingat saya sekarang sebagai contoh, Anouar ‘Abdel-Malek (Mesir): Masyarakat Ketenteraan, dan Kajian tentang Budaya Nasionalis, serta buku Yassin al-Hafez, Beberapa Isu tentang Revolusi Arab, sebuah buku berbahasa Perancis berjudul Nasserite Egypt yang muncul dengan nama samaran, dan buku-buku oleh Elias Murqus dalam tempoh itu.

Ada seorang elit yang selalu mengarahkan kritikan yang berbeza dari posisi sayap kanan. Tetapi kita semua tahu bahawa elit itu cuba untuk menggerakkan masa ke belakang. Semua kritikus kanan, misalnya, adalah penyokong perikatan ketenteraan dengan kem Barat dan menggunakan tanah Arab untuk pengepungan Kesatuan Soviet. Mereka juga melebih-lebihkan ancaman Kesatuan Soviet (di mana ancaman itu hari ini?) Dan bahkan menyeru pengembalian Terusan Suez kepada Inggeris.

Bahkan para intelektual yang berinteraksi satu sama lain dengan perjuangan pembebasan Palestin yang merupakan gerakan yang paling hidup dan paling revolusioner yang tersisa selepas tahun 1967 dan matinya perjuangan pembebasan Arab, menunjukkan kualiti tinggi pemikiran kreatif. Saya termasuk dalam kategori ini. Walaupun saya tidak mengecualikan perjuangan pembebasan Palestin daripada kritik, saya melakukannya sebagai komitmen seorang intelektual untuk perjuangannya.

Saya menerbitkan karya yang sangat kritis, selepas peristiwa Black September tahun 1970, berjudul Kajian Kritis Pemikiran Perjuangan Pembebasan Palestin. Dalam isinya, saya menyerang kegagalan pengalaman masyarakat Palestin di Jordan. Buku ini, ternyata, memberi saya beberapa masalah: Saya kehilangan pekerjaan dengan PLO Research Center di Beirut atas perintah langsung dari Arafat sendiri. Hal ini memaksa saya untuk menggunakan nama samaran tatkala menerbitkan tulisan di Shu’un Filastiniyah.

Fatah juga menarik balik sejumlah besar salinan buku daripada pasaran, menghalang penerbit daripada mengeluarkan edisi kedua. Saya bahkan harus pergi ke bawah tanah untuk sementara waktu kerana ancaman peribadi oleh beberapa pemimpin Fatah seperti Kamal al-‘Udwan. Tetapi berkeras untuk mempertahankan peranan saya sebagai kritikus, saya menyambung dengan menerbitkan karya yang berjudul Siyaset Carter Munaziru wa al-Haqbah al-Sa’udiyya (Polisi Carter dan Para Ideolog Era Saudi). Kemudian saya menulis Ziyaret al-Sadat Bu’s wa al-Salam al-‘Adil (Lawatan Sadat dan Kesedihan Kedamaian yang Adil).

Saya berbangga mengatakan, meskipun dengan beberapa kepahitan, bahawa saya adalah orang pertama yang bercakap secara terbuka tentang “kemiskinan” dalam apa yang disebut “kedamaian yang adil” yang dipuji oleh rejim Arab. Saya memandang Perjanjian Oslo hari ini dan cara penerapannya dan saya menggeleng putus asa, tidak pernah menyedari bahawa di saat-saat terburuk pesimisme saya tidak menjangka apa yang disebut sebagai “kedamaian yang adil” merosot ke tahap seteruk ini.

Ada banyak perjuangan pembebasan di dunia ini yang menderita kekalahan teruk dan bahkan ada yang dimusnahkan, tetapi tidak ada yang kehilangan maruah dan martabatnya sebagaimana gerakan perlawanan Palestin. Begitulah keadaannya, dengan disaksikan seluruh dunia. Izinkan saya untuk sebutkan di sini sebuah artikel saya berbahasa Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1988, bertajuk: “Al-Sahyuniyah al-Filastiniyah” (“Zionisme Palestin”), harus saya akui, saya tidak berani menerbitkannya dalam Bahasa Arab. Beberapa teman saya yang terlebih dahulu membacanya itu mengangkat kening terkejut, mendakwa bahawa artikel itu semata-mata spekulasi walaupun saya memberikan bukti tentang apa yang berlaku di dalam PLO.

Idea-idea ini dengan hati-hati disebut dalam buku sebelumnya tentang Sadat dan kedamaian yang adil, dengan harapan bahawa ketegangan Palestin-Zionis akan melemah. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, sehingga ketika saya ditanya apa pandangan saya tentang Oslo, saya menjawab ringkas: Zionisme Palestin telah menang dalam PLO. Ketika saya pertama kali berbicara tentang “Zionisme Palestin”, Edward Said mengkritik saya pada beberapa kesempatan untuk membela PLO. Sekarang, saya sangat senang melihat Edward mengalihkan senjatanya ke arah fenomena yang sama.

Wawancara ini diterjemah oleh Nor Aisah bte Yusop.Kiriman Berkaitan

Wawancara Sadiq Jalal al-Azm: Bahagian II admin

Ibn Rushd, Kant, dan Projek Pencerahan Islam Luthfi Assyaukanie

Membawa Resolusi Konflik ke Pentas admin

Locke dan Dua Karangannya Khalid Jaafar

Revolusi Ini Akan Diteruskan SPIEGEL Online

Syahid atau Pengkhianat admin

Kamar Gelap Efek Rumah Kaca
Dari kiri: Akbar Bagus Sudityo (dram, vokal latar), Cholil Mahmud (vokal, gitar) dan Adrian Yunan Faisal (bass, vokal latar).

Ikram Hamid

Seperti ada yang tidak kena dengan musik Indonesia sekarang. Jika anda dapat bayangkan sebuah empangan gergasi yang sarat airnya, di tengah hujan lebat, guruh berdentum dan kilat bersabung dan kelihatan di bawah empangan itu cuma ada satu pintu kayu yang kecil yang mula bergegar ditolak tekanan air yang tidak tertahan lagi. Belum pun sampai kiraan tiga, tercabut segala paku dan terlempar segala sendal melayangkan daun pintu itu, maka melaju keluar air yang tertahan sebelum ini, membuak lepas tunduk pada hukum graviti.

Analogi itu  sekadar untuk membayangkan sebuah fenomena musik dalam  sedekad ini, di mana seperti ada ledakan baru dalam kancah musik Indonesia dengan merambahnya pelbagai kumpulan musik yang membawa berjenis kerencaman genre.

Efek Rumah Kaca, sebuah band yang berada dalam gelombang fenomena ini menarik untuk dijadikan arketaip walaupun ada beberapa lagi band yang lebih awal yang memulakan perubahan ini.

Walaupun band yang dianggotai oleh Cholil, Adrian dan Akbar–sering digelar sebagai tiga lelaki pemalu–telah terbentuk sejak tahun 2001 setelah mengalami beberapa perubahan anggota, hanya pada tahun 2007 mereka mula dikenal dengan sebuah lagu yang sebenarnya adalah kritik terhadap ranah musik pop Indonesia.

Lagu yang juga single di dalam album pertama mereka itu bertajuk Cinta Melulu telah menjadi semacam anathema terhadap suasana musik Indonesia yang ditepukan dengan lagu-lagu yang sendu dan melulu mendayu.

Bait-bait yang diulang amat pedas sekali: lagu perselingkuhan, atas nama pasar semuanya begitu klise, lagu cinta melulu; apa memang karena kuping Melayu/ suka yang sendu-sendu, atas nama pasar semuanya begitu banal.

Lagu ini adalah sebuah auto-critique sekaligus juga adalah testamen akan sebuah kebangkitan baru kerana walaupun kelahiran band ini dari wilayah indie dan sering dilekatkan dengan label pelbagai seperti post-rock, alternatif, pop progresif dan sebagainya, tiga lelaki pemalu itu tanpa malu-malu tetap menegaskan bahawa musik mereka adalah pop (fullstop!).

Album kedua, Kamar Gelap, yang dilancar hujung tahun lalu menegaskan lagi keberadaan mereka. Tetap komited membawa perubahan pada satu segi tiga: tema, lirik dan melodi. Dapat dirasakan kekentalan tema yang mempunyai kesedaran tinggi politik dan sosial yang tanpa ragu-ragu dirampung dalam sebuah album pop–seperti merumuskan pelbagai silang kontradiksi untuk menjadi satu produk yang harmoni.

Tubuhmu Membiru…Tragis adalah lagu pembuka kepada album ini. Walaupun liriknya begitu personal dan bersifat memandang ke dalam (introvert) ditambah dengan latar  karangan psikedelik, tetap boleh dibaca dari sudut politik: bahawa ia adalah tentang kegalauan seseorang yang berada di ‘ atas’  yang sering ‘tidak kesampaian mimpinya’ dan selalu mendengar bisikan suara-suara. Maka dianjurkan kepada mereka untuk cuba buka mata dan melihat keindahan di bawah sana.

Lagu ketiga di dalam album tersebut, Mosi Tidak Percaya, adalah sebuah sinisme terang-terangan kepada kekuasaan. Riff gitar dan bass dalam tempo terkawal beraroma punk rock memperteguhkan tuduhan-tuduhan yang dilempar: ini masalah kuasa, alibimu berharga; kamu tak berubah, selalu mencari celah; kamu cederai janji, luka belum terobati. Ia bukanlah sekadar sinisisme biasa tetapi juga kegeraman yang bercampur ugutan: kalau kami tak percaya, lantas kau mau apa?; janjimu pelan-pelan akan menelanmu.

Tidak seperti Mosi Tidak Percaya, Jangan Bakar Buku walaupun keras tajuknya tetapi liriknya seperti ingin memujuk dan menuntut peluang negosiasi kerana jika tidak setiap abunya membangkitkan dendam yang reda/kerana setiap dendamnya menumbuhkan hasutan baka.

Ada beberapa buah lagu lain mengangkat  kepedulian sosial. Yang paling popular dan sering diperkatakan adalah Kenakalan Remaja di Era Informatika. Kemuakan terhadap menjamurnya rakaman video bogel dan seks amatur menjadi inti kepada lirik lagu ini: ketika berahi yang juara/etika menguap entah ke mana/oh…nafsu menderu-deru/bikin malu…/oh nafsu menderu-deru/susah maju. Lagu ini mungkin akan menjadi semacam peringatan yang mampu meresap ke dalam kesedaran melalui iramanya yang catchy yang mengingatkan kita pada sebuah lagu Coldplay.

Manakala dua lagu lagi Hujan Jangan Marah dan Banyak Asap di Sana membawa sedikit warna hijau di dalam album ini. Kepedulian pada alam, kebimbangan terhadap urbanisasi tak terkawal dan kekerdilan diri manusia apabila berhadapan dengan amarah alam.

Tetapi bagaimana pula dengan lagu yang bertema cinta? Daripada 12 buah lagu hanya tiga buah yang mengusung persoalan cinta. Dan sudah tentu, terdapat kelainan di dalam sudut pandang dan cara mengungkapkan tema sebesar ini. Kau dan Aku Menuju Ruang Hampa yang disampaikan dengan gitar berdistori memilih imajan surrealistik: kau belah dadaku mengganti isinya/dihisap fikiranku memori terhapus/terkunci mulutku menjeritkan pahit/hingga kau belah rongga dadaku/mengganti isinya dengan batu. Lagu kedua, Lagu Kesepian disusun dengan nuansa akustik dan kental dengan elemen puisi demi mngungkapkan persoalan kesepian.

Lagu ketiga yang aneh sekali tajuknya, Laki-laki Pemalu, adalah sebuah sketsa sebuah gerak seorang lelaki dan perempuan di sela senja di suatu tempat di mana mungkin para penikmat senja berhimpun. Dilatari alunan waltz, lagu ini memberi sudut pandang lain tentang lelaki yang tidak bulat heroismenya dalam mengungkapkan cinta dan berharap sang gadis mengerti hatinya sehingga titis keringat mengalir mencuba melawan ragu. Apa yang menarik dari lirik ini ialah bagaimana gerak di gabungkan dalam ruang dan waktu diungkapkan dengan padat dalam beberapa bait.

senja akan segera berlalu

seorang lelaki melintas menyimpan malu

menyusul langkah sang gadis yang mungil

tapak kakinya yang lelah menyisakan perih

Satu lagi lagu yang aneh ialah Menjadi Indonesia. Keanehannya ialah kerana kemampuan mereka untuk mengungkapkan nasionalisme dan patriotisme dengan cara yang cerdas dan tidak berlebihan alias sederhana dan seimbang. Mereka mengajak:

lekas,

bangun tidur berkepanjangan

menyatakan mimpimu

cuci muka biar terlihat segar

merapikan wajahmu

masih ada cara menjadi besar

Bait cuci muka biar terlihat segar memang bukan bait yang biasa kita dengar di dalam lagu patriotik di mana pun. Apa yang mengukuhkan lagu ini ialah ada sejenis kejujuran yang seperti naif di sini yang tergerak selepas melihat derita bangsanya meredah sejarah, ditambah pula dengan vokal Cholil yang jernih dengan sebutan yang jelas memberi harapan.

Tajuk album ini, Kamar Gelap diambil dari salah sebuah lagu yang boleh dikira sebagai lagu paling gelap imajannya dalam album ini dan melodinya, ya ada iras-iras Karma Police. Lirik lagu itu juga hampir ada kesamaan dengan gaya lirik dari band Sore yang  tidak linear dan hanya terdiri daripada bait-bait yang deskriptif sifatnya. Lagu penutup bertajuk Balerina. Sebuah analogi tentang hidup. Seolahnya lagu ini dipilih sebagai lagu terakhir untuk menyatakan bahawa harapan masih ada selagi mana kita cerdas di kepala dan di dada/ mencari keseimbangan mengisi ketiadaan.

Untuk mereka yang berumur lingkungan lewat 20-an dan awal 30-an, yang celik budaya, yang luas bacaanya, yang sedar lingkungan (politik dan sosial), yang dalam permenungan, yang masih belum punya political baggage,  yang liar imajinasi dan yang tinggi optimismenya, Efek Rumah Kaca adalah band yang akan mengingatkan bahawa anda tidak bersendirian di dunia yang sentiasa kejam terhadap idealis seperti anda.

Ikram Hamid, hanya seorang penikmat musik.Kiriman Berkaitan

106 Hafiz Hamzah

Sajak-Sajak Yang Mimi Morticia Yang Mimi Morticia

Kesan Efek Rumah Kaca di Malaysia Hafiz Hamzah

“Katak-katak telah menghuni kepalaku…” Mohd Jimadie Shah Othman

Perlawanan Itu Pasti Terus! Hilman Idham

Matinya Demokrasi Kampus Hariszuan Jaharudin

Pilihan
Di simpang jalan itu seorang pematung ulung terpesona pada pohon nangka besar berdaun rimbun. Berdiri kukuh di pinggir jalan, betapapun anggun, pohon itu kerap luput dari perhatian orang-orang yang lalu-lalang. “Bagus sekali batangnya,” pikir Si Pematung. “Jika kujadikan patung, orang tak hanya memperhatikan tapi juga bisa memanfaatkannya sebagai tanda.”

Si Pematung pun bekerja. Ia potong seluruh cabang dan ranting, ia sisakan bagian pokoknya setinggi orang dewasa. Lalu ia pahat pokok itu sampai tercipta sebentuk tubuh perempuan telanjang. Molek. “Siapa pun yang lewat tak akan menyia-nyiakan lagi keindahan ini,” kata Si Pematung sembari beranjak pergi.

Benar, hampir semua orang yang datang dari ketiga arah menyempatkan diri berhenti sejenak untuk memandang kagum patung kayu itu. Tak terkecuali seorang pelukis yang sedang mencari pemandangan indah untuk ia pindahkan ke atas kanvas. “Halus sekali patung ini,” pikirnya, “sayang, orang masih melihatnya sebagai kayu.” Pelukis itu lantas menyaput seluruh permukaan kayu dengan warna kuning langsat dan menambahkan cat yang sesuai pada beberapa bagian tubuh. “Kini ia lebih menyerupai manusia,” gumamnya sebelum melanjutkan perjalanan.

Beberapa orang sampai terkecoh. Mereka kaget, kok ada perempuan telanjang di pinggir simpang jalan. Itu melanggar norma susila. Setelah dilihat lebih seksama, mereka sadar itu bukan manusia. Tapi, “Mirip sekali,” puji mereka. Seorang pengrajin kain batik, satu dari yang terkecoh itu, lantas membebatkan kemben pada dada dan membalutkan jarik dari pinggang sampai ke betisnya. Patung itu justeru kian tampak sebagai perempuan sewajarnya. Makin cantik. Makin dikagumi oleh siapa saja yang melihatnya.

Konon, pada suatu malam purnama, ada Dewa dari Kayangan sedang terbang rendah di wilayah itu. Ia pun terperanjat menyaksikan perempuan cantik berdiri seorang diri di malam sunyi. Dengan dada berdebar ia mendekat dan, “Ah, sialan, tertipu aku!” fikirnya, jika ia bisa terkelabuhi, tentu banyak manusia dungu yang menganggap patung itu sebagai perempuan sungguhan. “Kasihan, patung ini tak bersalah, tapi orang yang terkecoh akan memaki, meski akhirnya memuji.” Lantas muncul gagasan isengnya. Tepat pada tengah malam, ia tiupkan ruh ke tubuh kayu itu.

Esoknya, gegarlah seluruh desa. Orang ramai membicarakan seorang perempuan tak dikenal yang duduk bersimpuh dan tersedu di pinggir simpang jalan. Khabarnya beberapa orang telah bertanya: siapa namanya, dari mana asalnya; namun semua pertanyaan hanya ditanggapi dengan gelengan dan sedu-sedan. Warta tentang perempuan cantik tapi aneh itu pun segera menjalar sampai ke mana-mana. Sampai pula ke telinga Si pematung, Si Pelukis, dan Si Pembatik.

Kerana penasaran ketiga seniman itu pun datang ke simpang jalan itu, menyeruak di antara kerumunan orang. Begitu melihat perempuan di hadapannya, Si Pematung berkata, “Ia jelmaan patung yang semula berdiri di sini.” Tak sulit meyakinkan massa, sebab faktanya: patung yang dulu mereka kagumi kini tak ada, lalu mendadak ada perempuan asing yang tak tahu nama dan asal-usulnya. Mereka yang pernah melihat patung di tempat itu menyatakan persetujuan. “Benar, paras dan pakaiannya mirip dengan patung yang dulu.”

Orang-orang pun bertanya: siapa yang berhak mengambil perempuan molek itu sebagai keluarga? “Si Pematunglah yang berhak, karena ia yang mengubah batang nangka menjadi patung perempuan.” Di depan khalayak Si Pematung mengumumkan niatnya, akan menjadikan perempuan itu sebagai isteri dan berjanji akan setia sampai mati.

Tapi terdengar suara lain, “Mestinya yang lebih berhak adalah Si Pelukis, kerana dialah yang menjadikan patung itu benar-benar mirip manusia.” Penuh semangat Si Pelukis pun berjanji akan menikahinya dan menjamin kesejahteraan hidupnya.

Segera terujar pendapat yang berbeza, “Memang benar Si Pematung dan Si Pelukis menjadikan pokok nangka itu mirip manusia, tapi mereka membiarkannya telanjang. Maka yang paling layak jadi suami perempuan itu adalah Si Pembatik, karena dialah yang menjaga kehormatannya.” Merasa mendapat angin, Si Pembatik tak menyiakan kesempatan. “Sebelum kuberi kain batik, ia hanya patung manusia tak beradab,” katanya. Ia berjanji akan menjadikan perempuan itu istri solehah yang berbahagia dunia-akhirat.

Ada juga pendapat bahwa yang paling berhak adalah Dewa yang memberinya nyawa. Ketiga seniman itu dinilai telah meninggalkan karya mereka, sampai Sang Dewa menghidupkannya. Tapi pendapat ini tak mendapat dukungan, sebab Dewa hanya patut disembah dan mustahil menikah dengan manusia. Akhirnya, orang-orang sepakat bertanya kepada si perempuan, memberinya kebebasan untuk menentukan pilihan.

Versi asli cerita ini, bahagian dari Serat Anglingdarma , tak menyatakan siapa akhirnya yang dipilih perempuan itu. Mungkin, maksudnya, kitalah yang harus merenungkan: “mengapa seseorang harus memilih” dan “siapa serta apa yang telah mereka lakukan” sehingga layak dipilih.

Sebelumnya, sebagai pohon nangka di pinggir simpang jalan, ia hidup subur dan tenang. Kini, sebagai manusia, yang tak mungkin hidup sendiri—terpisah dari manusia lain—ia berada dalam situasi harus memilih. Orang-orang yang ingin dipilih itu telah lebih dulu mengubah jati dirinya, membentuk dan mematut fisiknya, dan hendak mengarahkan kesedarannya; sesuai dengan kepentingan mereka masing-masing.

Tindakan memilih hanya baik dilakukan jika si subjek “menjadi diri sendiri” dan bebas menentukan pilihan. Artinya ia memang perlu sesuatu dan yang dipilih mesti sesuai dengan keperluan itu. Penonjolan sederet predikat dan hamburan janji tentang masa depan jelas bukan bahan “objektif” yang patut dijadikan timbangan pemilihan.

Saya bayangkan perempuan itu akhirnya “memilih tidak memilih”. Ia hanya tersedu mengenang masa lalu, masa ketika ia hidup tenteram sebagai pohon nangka yang berdiri anggun dengan dedaun rimbun.

Sitok Srengenge menulis puisi, prosa, esai, dan kritik pertunjukan. Bukunya yang telah terbit, antara lain antologi puisi Persetubuhan Liar, Kelenjar Bekisar Jantan, Anak Jadah, Nonsens, On Nothing, dan novel Menggarami Burung Terbang. Sitok masih tercatat sebagai Direktur Utan Kayu International Literary Biennale. Di Komunitas Salihara Sitok menjadi Kurator Teater dan Manajer Galeri. Ia juga pendiri dan pengelola Penerbit KataKita.Kiriman Berkaitan

Dua Pilihan Hilman Idham

Pilihan Raya dan Maknanya Amin Ahmad

Satu Bangsa Bukan Pilihan* Hasmi bin Hashim

Empat Sajak Hafiz Hamzah Hafiz Hamzah

Tiga Puisi Roslan Jomel Roslan Jomel

Mahu Jadi Hektor Hasmi bin Hashim

Ghaza
Sitok Srengenge

Begitu gema rudal itu sampai padaku, segera kukirim email, menanyakan kabarmu. Seminggu kemudian, ketika kian banyak korban berjatuhan, kukirim lagi surat yang lebih cemas. Keduanya, hingga kini, tak kaubalas.

Aku berharap kau sedang tidak berada di kota itu, Ghaza. Seperti tahun lalu, ketika berkali-kali aku mengontakmu, hanya sekretarismu yang selalu menjawab santun, mengabarkan bahwa kau sedang melakukan perjalanan di sebuah gurun. Tapi, ketika lebih dari tujuh ratus jiwa telah melayang sebagai korban kekejian, alangkah muskil berandai-andai bahwa kau sedang jauh dari kota kecintaan. Setiap kali kusaksikan seseorang tewas atau terluka dalam kecamuk perang tak seimbang itu, aku kembali teringat kamu. Entah mengapa. Barangkali lantaran perasaan, sedih atau senang, senantiasa membutuhkan nama.

Dan aku terkenang bagaimana pertama kali kauperkenalkan namamu. Ketika itu musim sedang gugur di Midwest, Amerika. Tiga puluh penulis dari dua puluh empat negara berkumpul di sebuah ruang bernama Common Ground, bagian dari hotel apik di pusat negara bagian Iowa. Pada dinding ruang itu terpampang peta dunia berukuran besar, agar para peserta dapat mengenalkan diri sambil menunjukkan di mana letak negeri mereka. Seorang demi seorang maju dan selalu berakhir dengan gemuruh tepuk tangan. Sampai pembawa acara memanggilmu. Oh, bukan. Ia memanggil seorang peserta dari West Bank, nama wilayah sebagaimana tercantum di kertasnya dan di peta dunia versi Amerika.

Kau beranjak ke bagian depan ruang dan berkata, “Kalian bisa memanggilku Ghaza, cara lebih mudah dibanding melafalkan nama lengkapku: Ghassan Zaqtan.” Setelah menyebut dirimu penyair, kau pun meralat penamaan yang keliru untuk tanah airmu. “Aku tidak berasal dari West Bank. Tanah airku bernama Palestina!”

Digerakkan oleh ikatan emosional, simpul gaib yang juga menautkan batin begitu banyak orang muslim di negeriku dengan warga negaramu, aku pun maju mendahuluimu mendekati peta di dinding itu. Dengan spidol merah, aku coret kata West Bank dan menggantinya dengan Palestine. Orang-orang serentak bertempik sambil tertawa. Kau memeluk dan memanggilku saudara.

Bahkan sesuatu yang tak kita bayangkan terjadi. Etgar Keret, peramu cerita dan pembuat film dari Israel, mengacungkan tangan dan mendukungmu. “Ghaza benar!” serunya. “Kita harus mengakui keberadaan negara Palestina.” Sejumlah orang Amerika yang hadir di ruangan itu seolah tak berdaya. Tak seorang pun menyanggah ketika Etgar maju berkeluh-kesah. “Politik,” katanya, “telah mengubah kedamaian di benak warga Palestina dan Israel menjadi konflik yang kian pelik.” Lalu, ia pun bercerita.

Di masa kanak dulu, sempat ia nikmati suasana damai itu. Di kotanya, Hebron, orang Arab dan orang Yahudi berhubungan layaknya handaitaulan. Di kelas ia pun belajar Quran dan bahasa Arab. Tapi, “Sekarang tidak lagi. Di banyak sekolah diajarkan bahwa orang Palestina adalah musuh, dan kami hanya boleh menggunakan bahasa Ibrani.”

Saat itu aku seakan melihat percik harapan. Kelak, ketika orang berpikir kritis tentang ajaran Hasan Al-Banna, tak lagi memuji patriotisme Amin Al-Husseini, mungkin mereka tak akan mudah terhasut oleh radikalisme Hamas, tak hanyut dalam haluan politik Benjamin Netanyahu atau Ariel Sharon yang ganas. Diperlukan seratus atau lebih banyak lagi Etgar Keret di Israel, juga seratus atau lebih banyak lagi Ghassan Zaqtan di Palestina, untuk memulihkan kerukunan cucu-cicit Ibrahim.

Tapi barangkali benar keyakinanmu, Ghaza, seteru bebuyutan itu tak mudah disudahi dengan sekian perjanjian dan genjatan senjata. “Gairah perang terus mengarus di urat nadi kami. Secara genetik gairah itu akan menurun ke sel-sel syaraf anak-cucu kami.” Dan kau pun berkisah tentang perlawanan Intifadah. Anak-anak belia Palestina yang, dengan bebutir batu dalam genggaman, gagah menghadang tank-tank Israel yang digerakkan oleh amarah dan kekejian.

“Kami adalah bangsa yang tak kunjung usai mengalami proses mimikri,” tuturmu lagi. Dulu, lanjutmu, Daud—moyang bangsa Israel—melawan raksasa Goliath seolah tanpa takut. Kini Israel telah menjelma Goliath yang lebih kuat dan orang Palestina mengandaikan diri sebagai Daud. Perang, katamu, tak melulu perkara kalah-menang, melainkan terkait erat dengan keyakinan dan harga diri—apa pun tafsir kita tentang keyakinan dan harga diri itu.

“Seperti rabuk, setiap pejuang yang gugur akan merangsang tunas-tunas baru tumbuh subur.” Tapi, sebagaimana kautulis dalam sajakmu, perang juga kenangan kelam yang muskil kaulupa.

Aku ingin mengenangmu

seperti lagu yang kuhafal di sekolah dasar dulu

lagu yang kuhafal secara lengkap tanpa kesalahan

cadel, kepala condong, sumbang

kaki-kaki kecil penuh semangat menapaki jalanan bersemen

tangan-tangan terbuka yang menepuki bangku-bangku

Mereka semua tewas dalam perang,

sahabat-sahabat dan teman-teman sekelasku

kaki-kaki kecil mereka/ tangan-tangan lincah mereka.

Mereka masih menapaki lantai setiap ruangan

menepuki meja-meja

dan masih menapaki trotoar-trotoar jalan,

menepuki punggung orang-orang lewat, pundak-pundak mereka

Ke mana pun aku pergi

aku masih mendengar mereka

aku masih melihat mereka

Di lain kesempatan, kutemukan kau tercenung di kamar hotelmu. Sebetik berita buruk baru saja kauterima. Rumah dan kantormu di Ghaza dihancurkan serdadu Israel dengan serbuan udara. “Aku sedang membangun rumah di Ramallah.”

Di atas mejaku di Ramallah

surat-surat yang belum selesai

dan foto teman-teman lamaku,

tulisan tangan seorang penyair muda dari Ghaza,

jam pasir

Larik pembuka yang mengepak di kepalaku seperti sayap

“Saya sampaikan hormat dan terima kasih atas simpati dan solidaritas kaum muslim di negerimu,” katamu. “Tapi, katakan kepada mereka, perang kami bukan perang agama. Di Palestina, orang Islam berjuang bersama orang Kristen, bahkan mereka yang ateis; melawan Israel.”

Andai kausampaikan kalimat itu sekarang. Andai kau mengabarkan keadaanmu, juga aktivitasmu, dalam bengis perang itu. Ah. Aku hanya bisa berharap kau selamat. Kubayangkan saat ini kau sedang gelisah di sebuah bukit di Ramallah, di rumah barumu yang katamu punya panggung kecil, di mana suatu waktu, ketika dunia damai, kau ingin mengundangku membaca sajak sambil memandang ke arah lembah.

Sitok Srengenge menulis puisi, prosa, esai, dan kritik pertunjukan. Bukunya yang telah terbit, antara lain antologi puisi Persetubuhan Liar, Kelenjar Bekisar Jantan, Anak Jadah, Nonsens, On Nothing, dan novel Menggarami Burung Terbang. Sitok masih tercatat sebagai Direktur Utan Kayu International Literary Biennale. Di Komunitas Salihara Sitok menjadi Kurator Teater dan Manajer Galeri. Ia juga pendiri dan pengelola Penerbit KataKita.

Kiriman Berkaitan

Musuh yang Biasa Dikenal Joharah Baker

Dari Auschwitz ke Palestina admin

Menjawab Fitnah terhadap Israel admin

Membawa Resolusi Konflik ke Pentas admin

Langkah Demi langkah admin

Tahun Kosong Amin Ahmad