Penulis Paling Hebat di Dunia
oleh Ammar Gazali
30 Disember, 2011 | kategori Blog | komen [0] | CetakSebagai sebahagian daripada projek propaganda stesen televisyen milik negara Korea Utara, Kim Jong Il (16 Februari 1941 – 17 Disember 2011) dikatakan memiliki pelbagai nama panggilan. Tujuannya untuk membayangkan bahawa Pemimpin Teragung mereka itu disegani oleh “pemimpin-pemimpin daripada 160 buah negara di seluruh dunia’.
Kononnya panggilan-panggilan di bawah ini adalah apa yang diberikan oleh para pemimpin tersebut kepada Kim Jong Il.
1. Panglima Agung di Baris Depan Melawan Penjajahan dan Amerika Syarikat
2. Wali Terhebat yang Memerintah dengan Kemuliaan Hati
3. Bintang Utara di abad ke-21
4. Pemimpin Terbaik yang Menzahirkan Kebijaksanaan Insan
5. Pemimpin dengan Perwatakan yang Luar Biasa
6. Teladan yang Sempurna dalam Kebjiksanaan dan Keberanian
7. Dada yang Dipenuhi dengan Cinta yang Hangat
8. Pakar Kesusasteraan, Kesenian dan Seni Bina
9. Pemimpin Dunia yang Paling Ideal dengan Bakat yang Serba Boleh
10. Genius Musik yang Paling Hebat untuk Manusia
11. Pakar Komputer yang Mengejutkan Dunia
12. Lelaki yang Mempunyai Pengetahuan Ensiklopedia
13. Dewa Penjaga Planet
14. Wira yang Diutus Syurga
15. Inkarnasi Kuasa dengan Kreativiti Tanpa Batas
16. Manusia Terhebat yang Pernah Hidup
17. Dewa Masakini
18. Penulis Paling Hebat di Dunia
via Harper’s
Kiriman Berkaitan
- Pertembungan atau Sintesis Peradaban? admin
- Celik Huruf dan Pendidikan Dunia Arab admin
- Nota-nota Wisata: Sejenak di Metro Manila I Najwan Halimi
- Cabaran Bah Muzik Indonesia admin
- Di Tunisia, Tempat Dialog Musik Bernaung Martina Sabra
- Kebebasan dan Kebangkitan Irama Hasmi bin Hashim