Filem Sebagai Media Baru

oleh
3 Mei, 2010 | kategori Filem/TV | komen [5] | Cetak

Cakap-cakap berkenaan filem bukan lagi membincangkan tentang apa yang keliru. Kita sudah masuk ke tahap perbincangan yang lebih berat. Filem dibincangkan dalam forum atau diskusi yang setaraf dengan seni yang lain. Bukan benda baru. Karya-karya seni avant-garde mekar di New York 30 tahun setelah berbunga di Paris. Persekitarannya telah dielektrik dengan keadaan yang membolehkan idea dan aktiviti berfikir diungkap setinggi mungkin.

Lukisan, sajak, karangan, tari, teater, musik, desain dan termasuk filem telah pecah menjadi sebahagian dari kehidupan. Merekalah yang disebut ‘Beats’ dan ‘the Abstract Expressionist’ seperti Pollock dan Klein. Kemudian ada perbincangan mengenai Pop Art. Sejarawan cuba hendak mengaitkan Pop kepada Dada. Keduanya ada kesamaan pada rupa bentuknya dan pada pengucapan (cinema) yang ditampilkannya sebagai punca filem mula ditonton.

shadows_majorBagaimanapun, ada perbezaannya. Dadaist meletakkan dogma tertentu pada struktur sosial. Sedang seniman Pop menggarap semua benda yang masyarakat ambil hal. Oleh demikian, filem bukan lagi jadi benda sebarang sejak perbincangan-perbincangan yang berat macam ini masuk ke telinga kita. Masa untuk keliru dengan fungsi filem bukan lagi menjadi masalah untuk dipersoalkan. Sebaliknya mengenali bagaimana filem telah berkembang sebagai satu bentuk seni yang terkehadapan dalam menyampaikan sikap.

Sebelum itu, saya kena jelaskan sikit perkembangan-perkembangan yang terjadi dalam teater khususnya berkenaan period environmental. Grup-grup teater seperti The Living Theatre, the La Mama atau the Theatre of Ridiculous yang pada period mereka ini tumbuhnya satu gerakan yang dinamakan ‘Minimal’ art. Ia bermaksud berhubung terus dengan alam semulajadi untuk mendapat pengalaman dan mendapat persepsi hasil dari reaksi. Pada masa ini sebahagian pelukis lari dari bentuk yang dipaksakan, berganjak sinkroni dengan perubahan konsep dalam teater.

Dalam tahun 1957, penggiat teater terkenal iaitu Alan Kaprow sudah buat kecoh dengan menampilkan konsep ‘happening’ dalam pementasannya. Yang dikatakan ‘happening’ itu ialah dengan meletakkan masa dan ruang dalam persekitaran itu sendiri. Pada set atau daerahnya sarat dengan objek-objek, dengan benda-benda, dengan segala bau dan suaranya, dengan cahaya, dan yang paling mustahak, dengan umat manusianya sekali. Apa yang akan berlaku bergantung kepada keterlibatan umat manusia secara langsung. Mereka (umat manusia) bukan lagi penonton tetapi merupakan sebahagian daripada karya yang sedang dipentaskan.

Lalu, inilah maksud saya. Mengaitkan filem sebagai hiburan semata-mata adalah pandangan yang ketinggalan zaman. Saya hendak bagi satu contoh. Sekitar tahun 1958 pengaruh ‘happening’ terhadap filem cereka (feature) menjadi kenyataan dengan kemunculan filem berbelanja murah (the low budget) iaitu sebuah filem pengucapan langsung (cinema verite) yang berjudul “Shadows”. Dibuat oleh John Cassavetes dengan pakai hanya sekitar 15 ribu USD. Pakai belanja sikit saja. Nak kira produksi di Hollywood buat filem bernilai million-dollar. Semasa pengambaran filem ini dalam format 16 mm tetapi kemudian dipindahkan (blown up) kepada 35 mm.

Filem kelihatan hampir tiada plot dan sebahagian ceritanya mengenai improvisasi. Filem ini diangkat berdasarkan moods dan menyatakan sikapnya berkaitan dengan sebuah keluarga Negro di New York. Dan pada ketakjuban hidup yang dijantinakan oleh rasa sesal pada sekeliling yang ujud antara orang kulit hitam dan putih. Aspek yang sangat mustahak dalam filem ini ialah penggunaan improvisasinya, kelakuan yang tidak diskripkan, dengan sutradara akan bentangkan satu situasi dan dengan pergerakan kamera yang akan menurutinya, kemudian ciptakan hubungan-hubungan semasa penyuntingan.

Dalam banyak cara teknik improvisasi macam ini sangat rapat berkait dengan perasaan dalam kebiasaan musik jazz di Amerika. Satu perkara nak disebut di sini, bahawa filem Shadows itu ada dua versi. Versi asalnya-lah yang bebas gila dan sangat daring. Tapi bagi para distributor kejutan-kejutan yang dihasilkan oleh filem ini sangat tidak dapat diterima mereka. Mereka minta Cassavetes buat balik filem itu ikut standard panggung komersil. Versi kedua ini yang dilihat merata-rata.

Persoalannya apakah filem adalah hiburan semata-mata atau lebih tepat berperanan sebagai media baru? Mungkin untuk dijawab.

Berdasarkan huraian saya sejak awal, jelas filem ialah media baru yang digarap untuk menyatakan sikap. Dalam erti kata lain filem ialah satu pengucapan seni yang terkehadapan berbanding dengan seni-seni yang lain seperti teater dan sastera. Saya berpendapat begini kerana sinkroni dengan apa itu filem sebenarnya. Bagi para seniman atau lebih dari seorang pembuat filem yang profesional menganggap filem bermaksud kelembutan, pergerakan, ruang jukstaposisi, ilusi, parodi, realiti, fantasi, 24 keping lukisan dalam sesaat, subtlety, exaggeration dan pengulangan. Filem juga sebuah lakaran, kaedah fotografi, coretan, warna, tona, hubungan-hubungan matematik dan bentukan-bentukan. Filem ialah segala-galanya.

Kesudahannya apa sekarang? Kita nak jadikan filem itu apa? Ataukah kita tak punya idea? Sedangkan apakah yang boleh kita buat? Sekaligus empat pertanyaan yang bermain di fikiran membolehkan kita membuat rumusan begini. Apa yang perlu ialah mempelbagaikan peranan filem sebagai media yang bermacam-macam selari dengan perkembangan teknologi multimedia dan kreatif yang sedang hebat sekarang. Apabila kita sudah punya panggung digital maka filem genre indie seharusnya sudah dapat dimainkan setanding filem-filem berbelanja besar. Kita juga mungkin dapat mencipta sebuah filem genre Islami dengan sumbangan ulama dalam menghasilkan skrip yang bermutu. Kita juga sudah mampu menghasilkan filem dalam pengucapan baru (new cinema) yang membincangkan persoalan masyarakat majmuk di Malaysia seperti sentuhan Yasmin Ahmad dalam karya-karyanya yang kontroversi. Malah ada filem kita yang telah dibuat dengan belanja yang sangat mewah.

Andaikan filem kita wajah kita. Apa rupa bentuknya? Saya lihat Iran menjadikan filem-filemnya sebagai produk pendidikan bagi masyarakatnya. Korea menjadikan filem-filemnya bersaing dalam pasaran dunia. Kita pun kena berubah seiring dengan kemajuan yang sedia ada.

Abror Rivai, seorang pembikin filem. Beliau baru-baru ini memenangi Anugerah Bakat Muda Selangor 2010 bagi kategori grafik/media baru seni visual untuk filem pendeknya yang bertajuk ‘Perempuan,  Hujan danKematian’.


Kiriman Berkaitan

Tags: Abror Rivai, Alan Kaprow, John Cassavetes, Klein, La Mama, Pollock, Pop Art, The Living Theatre, The Theatre of Ridiculous
 
 

5 komen-komen
Tinggalkan komen »

  1. Melihat pernyataan sikap juga satu ‘hiburan’ bagi yang mahu melihat pembacaan filem sebagai hiburan

  2. Menarik abror!

  3. brave heart

  4. shahrul – berhibur dalam menyatakan sikap ~ terima kaseh melihat sebagai mana aku
    nazri – jika itulah sikapnya filem sebagai media baru “untuk mereka yang berjiwa kental” (aku petik nurhanim khairuddin di blog dia terhadap filemku ~ perempuan, hujan & kematian ~ semasa putaran pertama di yayasan kesenian perak yang kini tinggal sejarah)

  5. Kurikulum pendidikan dari tingkat dasar hingga menengah hendaknya menampilkan daya tarik dan urgensi pertanian bagi bangsa kita.

Tinggalkan Komen