Arkib untuk Januari 2010

Sentuhan Genius

Jan 28th, 2010 | Dipos oleh | Kategori: Seni

Ibrahim Hussein pernah dengan yakin sekali mengatakan, “Saya tidak percaya pada inspirasi”. Kenyataan itu adalah pelik, jika tidak pun sepenuhnya membingungkan, terbit daripada mulut seorang seniman yang sememangnya sentiasa kelihatan diselubungi dan digerakkan oleh dorongan-dorongan inspirasi.



Wawancara Sadiq Jalal al-Azm: Bahagian 1

Jan 25th, 2010 | Dipos oleh | Kategori: Wawancara

Wawancara Ghada Talhami dengan Sadiq Jalal al-Azm, yang merupakan filasuf, sejarawan budaya dan aktivis hak asasi manusia dari Syria. Beliau pernah digelar sebagai ‘Voltaire dunia Arab’ dan ‘Orang Sesat dari Damsyik’. Semenjak awal kerjaya akademiknya beliau sering terlibat dalam debat politik dan intelektual dalam pelbagai isu.



Warga Yang Dilupakan

Jan 19th, 2010 | Dipos oleh | Kategori: Esei

Nik Nazmi Nik Ahmad
Kita terlalu khuatir dengan ancaman bangsa lain dan merasa gelisah tentang masa depan bangsa kita sendiri. Sememangnya keresahan tersebut berasas, namun obsesi seringkali menyebabkan kita lupa bahawa masih ada perkara-perkara yang akan tetap memberikan kesan terhadap kita.



Sampah Reformasi

Jan 18th, 2010 | Dipos oleh | Kategori: Kolum

Mazir Ibrahim
Tidak ada yang tidak kena tempiasnya, tidak ada yang tidak membaca mengenainya. Polemik ‘Allah’ terus berlarutan. Banyak pandangan yang mencerah dan mematangkan kita. Dan, banyak juga pandangan yang hanya menambah sampah informasi yang tidak berkesudahan. Budaya memberi pandangan kini sudah semakin subur, disemai oleh Reformasi 98 dan dibaja lagi selepas Mac 08.



Allah S.W.T, Tuhan Sekelian Alam

Jan 7th, 2010 | Dipos oleh | Kategori: Kolum

Amin Ahmad
Sahabat Facebook saya, Noor Eqbal menganggap fenomena ini sebagai “pengalaman istimewa” dan “ini merupakan fasa penting yang perlu kita lalui bersama dalam pembentukan kematangan berfikir dan bermasyarakat”.



Hantu-hantu Pelabuhan Jutland

Jan 5th, 2010 | Dipos oleh | Kategori: Cerpen

AKU menyebut Jyllands sebagai Jutland—ialah sebuah pelabuhan aneh sebanding hari itu di Kirribili. Aku tidak berani pulang ke hotel di Jalan Winworth. Hantu-hantu yang merah dan yang hijau kelihatan di mana-mana, berdesing seperti wisel atau siren diikuti suara-suara seperti kuda yang kalang kabutan.



Penulis di Pentas Kongres

Jan 4th, 2010 | Dipos oleh | Kategori: Kolum

Hasmi bin Hashim
Agenda Reformasi itu sendiri tidak akan ke mana, tak akan banyak membawa makna, tanpa perubahan fikrah; sedar untuk membuang faham lapuk yang bersarang dalam diri termasuk kalangan orang politik itu sendiri. Baik yang di seberang sana, atau di sebelah sini.



DNA Muzik

Jan 2nd, 2010 | Dipos oleh | Kategori: Kolum

Mazir Ibrahim
Bunyi hanya lahir bila ada ruang sunyi. Dengan sunyilah manusia berfikir, sunyi jugalah yang membuka ruang untuk diisi oleh ‘masa’. Kemahiran manusia bermain dengan ‘masa’ hanya dapat ‘membentuk’ naratif sesuatu perkara/tema. Membentuk atau membengkok ruang masa merupakan permainan seni silap mata yang unggul.