Krisis Perak: Yang Terampas dan Yang Terputus
oleh Amin Ahmad
13 Mei, 2009 | kategori Kolum | komen [8] | CetakAmin Ahmad
Suka atau tidak, selepas lebih kurang tiga bulan, situasi di negeri Perak Darul Ridzuan kini seakan tiba di penghujung, dan ia tidak mudah. Untuk tempoh tiga bulan, penggemar politik ‘berbalah’ di mana-mana dan ia tidak reda berselang seli kata nista dengan dakwaan “kami yang paling benar”. Ia turut mengundang beberapa beberapa tokoh untuk melontarkan pandangan mereka antara lain Tun Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sebahagian rakyat Perak lelah, tapi ia bukan hujah paling ampuh untuk kerukunan sebuah negara. Ada banyak pengajaran besar dari krisis Perak yang nampak dan tidak. Ia sebuah pelajaran besar sementara demokrasi di Malaysia menuju kematangan dan kematangan politik dibina melalui pergelutan idea, bukan indoktrinasi ‘Politik Matang’ ala ceramah Biro Tata Negara (BTN).
Apa yang boleh kita renung dari krisis besar ini?
1. Lompat Parti
Ramai yang melihat krisis ini sebagai tempelak kepada agenda 16 September yang diwar-warkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai tarikh peralihan kerajaan Pusat melalui lompat parti sekitar 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR) atau mereka menyokong undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.
Pada satu perspektif, ia benar. Tapi sayang, kita gagal melihat bahawa lompat parti adalah hak yang dijamin Perlembagaan! Maka untuk saya ia bukanlah masalah prinsip dalam sistem demokrasi, hanya moral, itupun boleh didebatkan jika peralihan sokongan ini adalah untuk melawan kezaliman, korupsi dan salah guna kuasa. Apa yang mungkin boleh dicadangkan ialah wujud satu peraturan bahawa jika Yang Berhormat (YB) mahu mengalihkan sokongan, wajarlah mereka meletakkan jawatan dan dibenarkan bertanding semula. Di sana, rakyat diberi mandat untuk mengundi sama ada mereka memang mahukan YB ini sebagai individu atau perjuangan parti.
2. Kuasa Sultan dan Undang-Undang
Tidak nampak timbul pertikaian tentang hak Sultan untuk bersetuju melantik Menteri Besar (MB), cuma yang timbul ialah kuasa memecat MB tatkala ada peruntukan undang-undang khusus tentangnya.
Tentu saja kita telah membaca dan mendengar banyak perbincangan yang objektif tentang pertikaian ini – dari persoalan Akta Interpretasi dan sebagainya. Namun, apa yang harus kita pegang ialah prinsip Kedaulatan Undang-Undang atau biasa disebut Rule of Law (pemerintahan berasaskan undang-undang), dan bukan Rule by Law (diperintah oleh undang-undang).
Sultan tidak harus menjadi undang-undang walau sehebat mana pun latar belakang pendidikan dan kasih sayang serta taat rakyat kepada mereka. Dengan ketinggian akal-budi, Sultan wajar memilih keadilan sebagai landasan prinsip membuat keputusan dan ia bukanlah perkara baru melainkan pengulangan wadat Demang Lebar Daun dengan Raja Sri Tri Buana dalam kisah Bukit Saguntang.
Suka atau tidak krisis di Perak ini mengheret persoalan lanjut tentang seluruh Institusi Diraja dan individu Raja itu sendiri di Malaysia.
3. Persoalan Sultan, Melayu dan Islam
Antara hujah politik yang muncul dari krisis Perak ialah kuasa, ketuanan dan hak Melayu tercabar. Hujah ini bukan baru, malah didendangkan sejak keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 disahkan. Percubaan demi percubaan menjustifikasikan hujah ini berterusan sampai sekarang dan tidak nampak ada tanda ia akan surut. Hujah ini kian kuat bergema apabila keputusan Sultan Azlan menyebelahi UMNO-Barisan Nasional.
Sebenarnya bukan salah Sultan untuk bersetuju bahawa YB Zambery memiliki sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN). Yang menjadi masalah ialah apabila Sultan dijadikan perisai untuk menjustifikasi tindakan membelakangkan undang-undang, dan tentu saja ini yang menjadi perdebatan panjang. Maka, soal Hakim Mahkamah Tinggi “jika YB Zambery yakin mendapat sokongan majoriti, kenapa tidak menggunakan saluran undi tidak percaya di DUN” adalah hujah yang paling ampuh. Di sana timbul persoalan – siapa derhaka bila Sultan dijadikan perisai perlindungan bertujuan politik?
Sultan tidak wajar beranggapan keputusannya sentiasa betul dan adil serta tidak ada apa-apa yang wajar difikirkan lantaran keputusan mereka. Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan simbol ketuanan Melayu-Islam tidak wajar membiarkan maraknya emosi rakyat melalui simbol ini kerana di sebalik nama Islam itu terkandung nilai-nilai yang lebih besar daripada simbol. Inilah asas yang wajar diperhatikan.
Prasangka kaum dan agama tidak wajar diangkat menjadi undang-undang yang membunuh persaudaraan kemanusiaan.
4. Eksekutif dan Legislatif
Pada saya, ini adalah hakikat yang lebih sukar diterima berbanding persoalan YAB Nizar kehilangan majoriti di DUN. Aneh, sedang sidang Dewan belum bermula, tiba-tiba usul muncul dan diterima sebagai peraturan yang wajib dipatuhi sehinggakan campur tangan kuasa eksekutif ke dalam badan legislatif dijustifikasikan rentetan darinya.
Dan lebih celaka apabila ia diambil sebagai kebenaran oleh media massa dan khalayak bebal! Tidakkah mereka punya sedikit rasa malu menjadi tangan-tangan yang menghancurkan sebuah sistem kenegaraan?
5. Majoriti dan minoriti
Ini adalah persoalan besar. Dalam sebuah negara demokrasi yang sihat, sentiasa pentadbiran politik tegak dengan prinsip pemerintahan majoriti dengan penjagaan hak minoriti (majority rules and minority rights). Kegagalan memahami konsep ini menjadikan ahli politik angkuh dan sentiasa merasakan mereka tahu apa yang terbaik dengan alasan “majoriti bersama kami”.
Agak menarik untuk dilihat: apabila lompatan tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ia menjadikan BN majoriti di DUN, tetapi belum tentu mereka beroleh undi popular rakyat. Hal ini sama seperti di peringkat persekutuan: BN menguasai sekitar 51% undi dan PR menguasai 49% undi tetapi perwakilan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat jelas menunjukkan jurang ketara.
6. Pegawai Kerajaan
Ternampak bagaimana pegawai kerajaan sebahagiannya tersepit dan sebahagian lain gagal menjalankan tugas secara professional sepanjang tempoh krisis ini berlaku. Ternyata kita memerlukan perubahan besar-besaran untuk mendidik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar tidak tunduk dengan ahli politik, tidak kira dari parti mana pun mereka apabila ia bersabit hal membelakangkan undang-undang.
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri wajar mengangkat kepentingan desentralisasi kuasa dan menunjukkan kematangan kerjasama untuk memacu demokrasi yang sihat di negara ini. Dengan adanya kejelasan aspek ini, banyak aspek pengurusan dapat diselesaikan. Permainan politik kuasa tidak selamanya relevan dan menanti masa untuk dihukum.
Dari seluruh krisis yang berlaku di Perak, apakah yang tidak kena? Wajarkah kita pergi kepada sistem Republik dengan Pilihan Raya Presiden serta penubuhan Senat? Tentu saja ini boleh didebatkan.
Benarkah rakyat yang berkuasa dalam sistem kepolitikan negara? Jika tidak, siapa?
Saya hanya ada satu permintaan buat masa ini: bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dan berilah rakyat membuat keputusan mereka. Usahlah dikhuatirkan sangat dengan biaya Pilihan Raya kerana ia juga adalah duit rakyat dan sejak bilakah kita peduli dengan pembaziran dan salah guna wang rakyat?
Amin Ahmad, mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia. Beliau adalah mantan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan pernah memegang beberapa jawatan lain di peringkat Kolej, Fakulti Pengajian dan Universiti. Pernah mewakili delegasi Malaysia dalam Program Pembangunan Kepimpinan Belia ASEAN. Alumni Kepimpinan Muda Nahdah Asia, sebuah projek kerjasama Institut Kajian Dasar dan Yayasan Aman Sasakawa (SPF) dan alumni Cato University. Kini merupakan Penyelidik bagi Malaysia Think Tank.
Kiriman Berkaitan
- Locke dan Dua Karangannya Khalid Jaafar
- ‘Phyrric victory’ di Perak Khalid Jaafar
- Ingatlah Kembali Deklarasi Permatang Pauh Ammar Gazali
- Mahu Jadi Yang Biasa-Biasa Sahaja? Amin Ahmad
- Agama, Nyawa dan 150 sel admin
- Najib ditampar ‘revolusi’ di Parlimen Khalid Jaafar
Tumaharezza X
Hujah Balas Utk Artikel Amin Ahmad :
Krisis Perak: Yang Terampas dan Yang Terputus
Krisis politik di perak sejak BN berjaya mengambil alih Pemerintahan Kerajaan Negeri drpd Kerajan PR bakal tiba ke penghujung pada 9 hb Feb 2010 ini,dimana undang undang negara akan memutuskan siapakah yg sebenarnya berhak keatas pemerintahan kerajaan Negeri Perak. Sudah pasti,keptusan mahkamah pada hari tersebut bakal memberi impak kpd sistem dan senario politik negara.
Pun begitu ,tiada jaminan drpd ke dua dua paksi bahawa keputusan drpd penghakiman mahmkamah ini bakal dan akan menstabilkan suasana politik diperak,kerana isu politik diperak ini telah diikuti dgn dekat oleh rakyat perak sendiri dan juga seluruh rakyat Malaysia.Kemelut politik di negeri perak ini sangat unik dimana ianya melibat semua peringkat rakyat termasuk tokoh tokoh negara dan juga Pihak Istana.Sistem Monariki Negeri Perak dan undang undang tubuh negeri serta Perlembagaan negara dijadikan sandaran ke tahap maksimum bagi mencapai penyelesaian kpd situasi ini.
Keadaan politik yg runcing ini jika dikatakan sebagai ;
” Ia sebuah pelajaran besar sementara demokrasi di Malaysia menuju kematangan kpd indoktrinasi ‘Politik Matang’ ala ceramah Biro Tata Negara (BTN).”
adalah 1 andaian berniat jahat,melulu kerana berunsur dan bermotifkan politik. Kerana sebab,isu kemelut politik di Perak ini telah dgn jelas dan nyata membabitkan sensiviti org melayu dan Kesultanan Negeri Perak dimana Kedaulatan Raja Negeri Perak tidak akan sama sekali diletakan dlm keadaan yg berkompromi spt mana yg telah diperlihatkan kpd rakyat.Penghinaan kpd Institiusi Kesultanan Negeri Perak amat jelas dan ianya amat jelas sekali dilakukan oleh pihak PR,dan perkara ini telah mendatangkan kemarahan rakyat bangsa melayu negeri perak tak kira drpd mana paksi sekali pun.
Alasan kebebasan bersuara dan berhak disegi undang undang utk mempertikaikan apa jua perkara digunakan paksi PR bagi menutup politiking biadap ala anarki ini sudah pasti tidak diterima rakyat malaysia dan khususnya org melayu yg berpegang kpd amalan tertib dan adab sopan.Budaya politik tidak bertamadun spt ini adalah 1 kesilapan yg paling besar dlm sejarah politik negara dan negeri perak.
1.Lompat Parti
Keputusan PRU 12 2008 yg mengejutkan semua pihak di Malaysia telah pada masa yg sama menyentak pihak pembangkang dimana para pemimpin besar mereka mengakui bahawa mereka tidak sekali menyangka dgn kemenangan yg besar ini dimana membolehkan mereka memerintrah 5 negeri dan menidakkan majoriti 2/3 dlm parlimen.Kejatuhan moral BN yg jelas telah sedikit sebanyak mengubah pendirian manusia yg bernama ahli politik,apatah lagi meraka adalah juga manusia yg sama dari hari mula sejarah manusia bermula sehingga hari ini dimana Nafsu Serakah menguasai semua manusi,yg membezakannya hanya adalah tahap nafsu tersebut,samaada ianya kecil ataupun besar.
Kita semua tahu akan Ketua Umum PR iaitu DS ANwar Ibrahim dgn agen 16 septembernya dan kita juga semua tahu bahawa projek 16 september itu dipacu oleh mekanisma ” Lompat Parti “,begitu juga hakikat pada waktu itu,keyakinan PR lebih lebih lagi Ketua Umumnya DS anwar ibarahim amatlah besar dan kita juga tidak dpt menafikan cita cita politiknya yg mahu menawan Pentadbiran Negara.
Dan mekanisma ”Lompat Parti” adalah tunjang kpd program projek tersebut,terdapat khabar berita beberapa perundingan di beberapa tempat termasuk diluar negeri telah berlaku dan nama beberapa MP dan ADUN drpd BN telah dikaitkan,pada ketika ini,tiada siapa pun kecuali Karpal Singh yg melihat isu ini sebagai 1 pencemaran moral kpd pihak PR dan penghinaan kpd rakyat dan undang undang.Itu hakikat yg tiada siapa pun boleh nafikan.
Spt yg dikatakan oleh sdr Amin Ahmad ;
‘Tapi sayang, kita gagal melihat bahawa lompat parti adalah hak yang dijamin Perlembagaan! Maka untuk saya ia bukanlah masalah prinsip dalam sistem demokrasi, hanya moral, itupun boleh didebatkan jika peralihan sokongan ini adalah untuk melawan kezaliman, korupsi dan salah guna kuasa”
Namun apa yg dikatakan oleh Sdr Amin Ahmad ini tidak pula digunapakai ataupun dipraktikan apabila 2 adun pkr dan 1 adun dap diperak keluar parti dan BUKANNYA MELOMPAT PARTI,sedangkan jelas sekali 3 adun tersebut telah m enyatakan dgn jelas punca mereka meninggalkan parti adalah sebab yg serupa spt yg dikata oleh sdr Amin AHmad..iaitu ” adalah untuk melawan kezaliman, korupsi dan salah guna kuasa” dan tiada sebab lain drpd sebab ini yg menyebabkan mereka meninggalkan parti mereka dan mengalih sokongan mereka kpd pihak BN,mereka juga sudah pasti menyatakan hal perkara ini kpd Tuanku Sultan Perak dgn secara fizikal,bukan dgn cara surat ataupun penyataan akhbar.
Kata sdr main Ahmad lagi ;
”Apa yang mungkin boleh dicadangkan ialah wujud satu peraturan bahawa jika Yang Berhormat (YB) mahu mengalihkan sokongan, wajarlah mereka meletakkan jawatan dan dibenarkan bertanding semula.”
Malangnya,ianya dicadangkan selepas projek 16 september itu gagal,dan dicadangkan apabila situasi tidak menyebelahi pihak PR,dan hakikatnya pada ketika waktu ini.,Hak Meletak Jawatan ADUN yg dipilih rakyat bukan lah lagi hak rakyat yg mengundi ADUN itu,tetapi ianya telah menjadi HAK MUTLAK yg tidak boleh dicabar oleh sesiapa ataupun undang undang kecuali ADUN itu meninggal dunia.
Dan malang sekali lagi,sdr Amin Ahmad hanya mencadangkan “Peraturan” shj,bukan undang undang atau akta ataupun peruntukan berkanun,kita semua tahu nilai ” Peraturan ” tidak sekuat nilai akta yg berkanun.”Peraturan ” jelas sekali bukan undang undang mutlak da amat lonngar serta mudah utk dimanupulasikan.
Yg memberi HAK MUTLAK kpd ADUN itu adlah rakyat yg mengundinya sahaja,bukan semua rakyat,dan kita tahu jumlah peratus rakyat malaysia yg mengundi adalah dlm lingkungan 25 % – 30 % shj,ianya tidak sekali mewakili suara seluruh rakyat perak.ataupun suara seluruh rakyat kwsn DUN itu,sedangkan apabila pencemaran poltik berlaku dinegeri perak,yg memperlihatkan rasa perasaan mereka,jumlahnya jauh lebih besar drpd pengundi yg mengundi 3 ADUN itu,fakta ini sangat jelas sekali.
Dan sudah tentu.pihak PR wajar berlaku realistik dan logik dlm perkara ini dgn menerima hakikat ataupun akur dgn apa yg telah dipetunjukan rakyat,dan bukanya membakar api semangat yg x perlu kpd penyokong mereka utk melakukan perkara perkara yg x perlu spt penghinaan kpd Institiusi Kesulatanan Perak.Lebih lebih peristiwa di Kuala Kangsar selepas sembahyang jumaat di waktu majlis rasmi perlantikan MB perak drp pihak BN.
—————————————————————————————————————————————————
2. Kuasa Sultan dan Undang-Undang
Tuanku Sultan Negeri Perak tidak diperuntukan oleh undang undang tubuh Kerajaan Negeri Perak utk memecat MB ataupun exconya kerana faktor yg mudah shj iaitu Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Memberi Kuasa Kpd Tuanku Sultan hanya utk melantik MB drpd kalangan ADUN dan org itu mestilah mendapat sokongan majoriti dlm Dewan melalui Adun Adun itu dan begitu juga exco eco nya,Tuanku Sultan tidak ada kuasa mutlak utk memecat mereka kerana yg memilih mereka utk dilantik adalah YAB Menteri Besar dan yg mempunyai kuasa utk memecat ataupun dulucutkan jawatan itua adalah MB.
Dan Jawatan Menteri Besar tidak lah boleh dipecat kecuali dgn perletakan jawatan secara sukarela ataupun terlucut melalui pilihanraya,ataupun kehilangan sokongan majoriti ADUN ADUN ,dan tidak semestinya ianya dilakukan dlm dewan utk tujuan pelucutan jawatan MB itu ,perkara ini adalah grey area nya ,kuasa sebenar yg memilih seorang Menteri Besar adalah Kuasa Dewan Undangan Negeri.
Dlm kes diperak,Tuanku Sultan tidak pernah sekali menjadi undang undang,dan tidak bertindak ‘Rule By Law’ (diperintah oleh undang-undang).kerana keputusan Tuanku Sultan utk mempekenankan perlantikan Menteri Besar yg baru adalah berlandaskan Rule of Law (pemerintahan berasaskan undang-undang)
Hujahnya,.
Keputusan Tuanku Melantik MB baru berdasarkan peruntukan undang undang tubuh negeri yg diperuntukan keatasnya,.iaitu
1.Seorang MB itu mestilah dipilih drpd kalangan ADUN dimana org itu mestilah wajib mendapat undian dan sokongan majoriti Ahli Ahli Dewan,dan kita semua tahu akan BN mempunyai 28 kerusi ADUN di perak pada ketika itu da sokongan tulen drpd 3 Adun bebas,
2.Sistem demokrasi berparlimen berlandaskan angka,dan angka yg dibukti kpd Tuanku Sultan adalah 31 DUN iaitu majoriti dlm dewan yg mempunyai 59 kerusi DIUN kesemuanya dan dlm situasiinbi BN menguasai jumlah 31 DUN ie; 28 DUN BN , 3 DUN bebas.
3.Dan diatas dasar dan fakta inilah Baginda Tuanku Sultan menggunakan segala peruntukan undang undang yg diperuntukan kpd nya melalui Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak utk menubuhkan Kerajaan Negeri dgn melantik seoarang MB drpd kalangan yg memegang Majoriti tersebut iaitu dal kes ini adalah BN.
4.Maka itu jelas dan nyata sekali Baginda Tuanku Sultan telah melaksanakan amanah dan tanggungjawab yg diberi kpdnya utk menggunakan budi bicara nya yg diperuntukan kuasa oleh Undang Undang tubuh Kerajan Negeri Perak utk mengesahkan perlantikan MB drpd pihak paksi BN.
5,Dikala proses ini berlangsung,Baginda Tuanku Sultan telah dgn jelas dan nyata mempraktikan ataupun menggunapakai modus Rule of Law (pemerintahan berasaskan undang-undang) dan bukan sebaliknya iaitu modus Rule by Law (diperintah oleh undang-undang).
6.Kerana jika Baginda Tuanku Sultan menggunakan modus Rule by Law (diperintah oleh undang-undang).Maka dlm keadan yg amat tidak stabil itu,beliau lah yg selayaknya menerajui negeri diatas kapasiti ” Interim State Chief Executive ” ataupun ” Interim Caretaker For State Exceutive Council” Ketua Executive Majlis Pentadbiran Negeri” yg boleh ditubuhkan apabila kestabilan politik dlm negeri itu pulih ataupun sementara sehingga situasi menjadi stabil .
7.Institiusi Kesultanan Perak adalah pemerintah berperlembagaan di negeri perak,kita jgn lupa ianya bukan kuasa Sulatan Perak itu sendiri tetapi adalah Kuasa Institiusi Kesultanan Perak dan Baginda adalah Sultan nya dan sudah tentu beliau layak disegi undang undang utk bagi tujuan itu.
—————————————————————————————————————————————————
3. Persoalan Sultan, Melayu dan Islam
Sultan,Hak Melayu Dan Kepentigan Agama Islam adalah perkara perkara yg termaktub dlm perlembagaan negara dan wajib dihormati dan dijunjung oleh semua rakyat Malaysia tidak kita siapa mereka dan apa latar belakang serta pangkat mereka.Perkara ini jelas dan x perlu ianya dipolitikan ataupun dipertikaikan.
Tiada undang undang yg membenarkan pertikaianya,kerana ianya adalah termaktub dlm Perlembagan Negara,x perlu dicabar atau mencabar utk apa jua tujuan ataupun motif ataupun objektif,seharusnya perkara perkara ini tidak dilibatkan dlm politik dan dijadikan subjek kecuali ianya digugat ataupun terdapt unsur unsur utk memeprlehkan dan memperkecilkannya.
Tidak dinafikan perkara ini adalah material paling penting apabila ianya digugat,diperlekehkan dan diancam ataupun terdapat unsur unsur yg boleh mendatangkan apa jua pencemaran kpd nya dan ianay adlah sensitivi org melayu,org islam dan negara,ianya tidak wajar dan tidak harus diambil ringan.Tindak balas drpd pencemaran keatas boleh menggugat negara dan keharmonian kaum.
kata Sdr Amin Ahmad ”Yang menjadi masalah ialah apabila Sultan dijadikan perisai untuk menjustifikasi tindakan membelakangkan undang-undang,”
1.Bagaiman pula Baginda Tuanku Sultan dijadikan perisai .?..huraikan…secara terperinci..
2.Dan adakah sdr amin maksudkan Tuanku Sultan telah membelakangkan undang undang ..?..huraikan secara terperinci….
3.Bolehkah pihak BN menubuhkan Kerajaan Negeri Perak tanpa pembabitan Institiusi Kesultanan Perak ?
4.Bagaimana pula Tuanku Sultan telah berfunsi sebagai perisai..?..apa bentuk perisai yg difungsikan Baginda Tuanku Sultan.?
Hujah sdr amin ahmad ”
“jika YB Zambery yakin mendapat sokongan majoriti, kenapa tidak menggunakan saluran undi tidak percaya di DUN”
1.Mengapa mahu undi tidak percaya dilakukan kpd MB BN..?…bukankah Mantan MB DS Nizar MB PR Perak sebenarnya yg patut diberikan undi tidak percaya itu kerana 3 ADUN nya telah menjadi ADUN bebas..?
2.pakah soal yakin yg perlu dibuktikan,soal angka dan bukti fizikal yg perlu dibuktikan kpd Sultan Perak,walaupun zambry tak yakin tetapi undi sokongan 31 ADUN telah dibuktikan kpd Baginda Tuanku Sultan Perak .malah Tuanku Sultan sendiri telah mendapatkannya secara fizikal drpd kesemua 31 ADUN ADUN itu,jadi apa isunya..?.sebetulnya isu yakin ataupuntidak tidak timbual..
3.Sistem demokrasi berparlimen berasaskan ANGKA,bukan berasaskan YAKIN…
Hujah sdr Amin Ahmad
”Sultan tidak wajar beranggapan keputusannya sentiasa betul dan adil serta tidak ada apa-apa yang wajar difikirkan lantaran keputusan mereka.”
1.Sudah dijelaskan dan sudah menjadi kenyataan da berbukti keputusan Tuanku Sultan adalah berasaskan Undang Undang Tubuh Negeri Perak yg diperuntukan kpd nya,ini soal undang undang,bukan soal syok sendiri ataupun anggapan.
2.Jika dirasakan tindakan dan keputusan Tuanku tidak mengikut undang undang yg diperuntukan kpd nya maka ada undang undang yg membenarkannya dicabar dan kita semua ianya telah dicabar dan penghakimannya akan diumumkan pada 9 hb feb 2010.
3.Tuanku Sultan maklum dan akur,yg dicabar bukan keputusannya tetapi adalah undang undang yg telah diperuntukan kpd nya dan Baginda bersedia utk itu dan tidak pun Baginda Tuanku Sultan ataupun Institiusi Kesultanan Perak mencabar cabaran tersebut dimahkamah.
Hujah sdr amin lagi ,
”Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan simbol ketuanan Melayu-Islam tidak wajar membiarkan maraknya emosi rakyat melalui simbol ini kerana di sebalik nama Islam itu terkandung nilai-nilai yang lebih besar daripada simbol.”
1.Perasaan dan sensitiviti Rakyat ,org org melayu dan umat islam adalah melampaui apa jua undang undang ataupun simbol,Tuanku Sultan tidak membiarka apa apa ,malah Baginda Tuanku amat sedih kejadian yg menimpa rakyatnya.
2.Tuanku Sultan juga rasional kerana Baginda memahami perasaan rakyat nya,Tuanku Sultan tidak membiarkan apa pun sebenarnya,cuma segala keputusan yg dibuat oleh Baginda tidak menyebelahi mana mana pihak tetapi adalah kpd rakyatnya dan perlembagaan serta undang undang yg diperuntukan kpdnya.Keputusan Baginda Tuanku Sultan adalah utk rakyatnya.itu jelas.
3.Tuanku Sultan membuat segala keputusan dg penuh berhemah dan jela sekali ianya elaras dgn tuntutan agama islam dan kita amat yakin dan pasti Baginda Tuanku Sultan sewaktu dlm proses membuat apa jua pertimbangkan sentiasalah dlm keadaan sedar yg Baginda dalah seorang umat islam dan hamba allah spt rakyatnya dan juga sebagai Ketua Agama Islam Negeri.
Kita harus berminda matang dlm perkara spt ini agar kita tidak dgn mudah ataupun sesuka hati mempertikaikan segalanya.
————————————————————————————————————————————————–
4. Eksekutif dan Legislatif
Hujah sdr Amin Ahmad ;
”Aneh, sedang sidang Dewan belum bermula, tiba-tiba usul muncul dan diterima sebagai peraturan yang wajib dipatuhi sehinggakan campur tangan kuasa eksekutif ke dalam badan legislatif dijustifikasikan rentetan darinya.”
1.Sebelum sidang dewan bermula lagi.MB nizar telah kehilangan Kerajaan Negeri Perak PR
” MB hanya boleh dilucutkan jawatan
2.MB PR DS Nizar mencabar perlucutannya wajar dibuat di dalam dewan kerana ada peruntukan undang undang keatasnya,namun dari segi undang undang juga ,ianya boleh dipertikaikan spt mana keputusan Tuanku Sultan Perak dicabar di dalam mahkamah.
3.Proses lokasi pemecatan MB tidak jelas dlm undang undang tubuh negeri perak,yg jelas proses perlantikanya dan lokasi mutlak juga tidak jelas yakni peruntukan utk melantik ataupun memecat seoarng MB itu tidak dinyatakan dgn jelas lokasinya ataupun ketetapan lokasi itu diwartakan.
4.Begitu juga dgn proses pengundian,ianya tidak jelas kerana yg dlm proses perlantikan itu adalah soal jumlah sokongan ADUN,jika mana pihak dpt membuktikan kpd Tuanku Sultan jumlahnya maka keputusan Tuanku adalah berdasarkan pembuktian tersebut.
5.Spt mana pihak PR pernah bersidang dibawah pokok dan mendakwa hasil persidangan itu adalah SAH maka ianya juga 1 pembuktian bahawa soal lokasi jelas tidak memainkan peranan yg penting dlm membuat pengundian ataupun pembuktian jumlah sokongan Adun Adun kpd Tuanku Sultan.
6.dipendekan,jika pengundian utk mendapatkan sokongan majoriti tidak dilakukan dlm sidang DUN,ianya tidak bercanggah dgn undang undang dan jika Perlucutan jawatan MB itu berlaku secara automatik apabila paksi lain membuktikan sokogan majoriti maka ianya adalah SAH walaupun tidak dilakukan dlm sidang DUN.
7.spt juga apabila sewaktu sejurus shj keptusan pru 12 2008 ,PR perak telah dilantik Kerajaan Negeri oleh Tuanku Sultan dan DS Nizar dilantik menjadi MB nya…persoalanya dan pertikaiannya,sewaktu itu SIDANG DUN JUGA TIDAK DIADAKAN bagi memdapatkan sokongan majoriti bagi tujuan memerintah negeri,hanya pembuktian kerusi DUN kpd Tuanku shj yg telah meralisasikan kerajjan PR perak dan MB nya,waktu itu ,speaker dewan DUN juga belum dilantik..
8.tetapi apabila PR kehilangan 3 kerusi dan kehilangan majoriti ,pihak BN lakukan perkara yg sama,mengapa dipertikaika pula ?
hujah sdr Amin ” Dan lebih celaka apabila ia diambil sebagai kebenaran oleh media massa dan khalayak bebal! Tidakkah mereka punya sedikit rasa malu menjadi tangan-tangan yang menghancurkan sebuah sistem kenegaraan?”
1.Khalayak bebal..? apakah rakyat yg tidak menyokong PR dilabel sebegini ? apakah org yg menjuarai sistem kenegaraan hanya mampu memeberi label sebegini apabila situasi tersebut tidak meneyebelahi meraka ?
2.Bagaimana pula dgn segala strategi politik dan provokasi strategik yg dilakukan oleh pencatur politik PR..?..apakah itu tidak menghancurkan sistem kenegaraan..?..dgn segala huru hara dan kestabilan yg tergugat..?..apakah itu semua ?…sila hujah balas…
————————————————————————————————————————————————–
5. Majoriti dan minoriti
Hujah sdr amin ahmad ;
”prinsip pemerintahan majoriti dengan penjagaan hak minoriti (majority rules and minority rights). Kegagalan memahami konsep ini menjadikan ahli politik angkuh dan sentiasa merasakan mereka tahu apa yang terbaik dengan alasan “majoriti bersama kami”.”
1.Bukankah faktor ini yg dimainkan oleh PR di perak dan diselangor.?
2.PR mahu DUN perak dibubar dgn menjuarai HAK RAKYAT ,Sokongan MAJORITI RAKYAT ?.bukakah begitu.? Kan BN megambil alih pentadbiran negeri perak dgn Majoriti DUN shj,bukankah itu nyata dan apa yg didakwa oleh PR..?
3.bukan kah ”alasan “majoriti bersama kami”.” itulah yg dijuarai oleh PR..?
ini buktinya…drpd hujah sdr Amin sendiri ….
”Agak menarik untuk dilihat: apabila lompatan tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ia menjadikan BN majoriti di DUN, tetapi belum tentu mereka beroleh undi popular rakyat”
—————————————————————————————————————————————————
6. Pegawai Kerajaan
Hujah Sdr Amin Ahmad ;
‘Ternyata kita memerlukan perubahan besar-besaran untuk mendidik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar tidak tunduk dengan ahli politik, tidak kira dari parti mana pun mereka apabila ia bersabit hal membelakangkan undang-undang.”
1.JIka PBT tidak mengikut peruntukan yg perlu dan wajib,maka undang undang boleh digunakan keatas mereka,tetapi jika mereka sebagai manusia enggan tunduk kpd agenda politik pihak tertentu ataupun tekanan politik pihak tertentu,sudah pasti mereka ada pertimbangan manusia mereka,dan mereka adalah manusia dan juga rakyat dan juga pengundi dan mereka juga ada perasaan dan hak mereka,kita wajar wajib dan harus menghormatinya.
2.Kerajaan BN selama ini pun tidak terlepas dprd permasalahan ini,ianya dalah permasalahan sejagat,bukan permasalahan di malaysia shj ataupun yg dibuat oleh umno /BN ataupun PR sekali pun,perkara ini adalah permasalahan mansuia.
3.Mereka ada pertimbangan sebagai manusia,mereka ada akal fikiran dan mereka menggunakannya utk semua kepentingan dan bukannya utk kepentingan pihak pihak tertentu shj,perkara ini jelas dan sewajar dilihat dgn matang lagi realistik.
” Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri wajar mengangkat kepentingan desentralisasi kuasa dan menunjukkan kematangan kerjasama untuk memacu demokrasi yang sihat di negara ini. Dengan adanya kejelasan aspek ini, banyak aspek pengurusan dapat diselesaikan. Permainan politik kuasa tidak selamanya relevan dan menanti masa untuk dihukum.”
1.Phak PR perlulah buktikanya kerana pihak PR telah mentadbir 5 negeri di malaysia,pun begitu apa yg dikata sdr amin tidak dipraktik diselangor,buktinya,ADUN dan MP BN diselangor serta di kwsn tidak diberi layanan spt yg dikatakan oleh sdr Amin.
”Saya hanya ada satu permintaan buat masa ini: bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dan berilah rakyat membuat keputusan mereka. Usahlah dikhuatirkan sangat dengan biaya Pilihan Raya kerana ia juga adalah duit rakyat dan sejak bilakah kita peduli dengan pembaziran dan salah guna wang rakyat?”
1.Permintaan yg kurang berasas dan x perlu diberi perhatian kerana sejak BN mentadbir tanpa gangguan PR,segalanya lancar,tetapi sewaktu PR memerintah tanpa gangguan BN ,pelbagai perkara kurang enak berlaku,spt provokasi yg tak perlu dan tindakan poltik yg melampaui batas sensiviti rakyat.
2.soal pembaziran wang hanyalah alsan politik dan semua org tahu akan itu.
sekian..
Tunmaharezza x
p/s..saya amat berharap sdr Amin Ahmad tidak delete hujah balas saya sebagai pembuktian perjuangan sdr amin adalah perjuangan kenegaraan,dan saya amat besar hati dan gembira jika ianya dihujah balas.
kpd AA,
1.terdapat typo error…sila rujuk kembali jika tidak jelas..
2 .rujuk tajuk
no 2. Kuasa Sultan dan Undang-Undang perenggan ke 2…
terdapat sedikit masalah sewaktu uploading dan tertinggal sambungan drpd ayat berikutnya..
‘ kuasa sebenar yg memilih seorang Menteri Besar adalah Kuasa Dewan Undangan Negeri.’
sambungannya…
kuasa dewan undangan negeri yg dimaksudkan adalah Kuasa Majoriti iaitu 31 ADUN dan tempat ataupun peruntukan undang undang bagi lokasi persidangan adlaah subjektif n masih grey area.
rujuk tajuk no 2 , no 6 ,
‘ataupun ” Interim Caretaker For State Exceutive Council” Ketua Executive Majlis Pentadbiran Negeri” yg boleh ditubuhkan apabila kestabilan politik dlm negeri itu pulih ataupun sementara sehingga situasi menjadi stabil .
1 perkataan tertinggal…di baris ke 2 iaitu ;
”yg boleh ditubuhkan apabila kestabilan politik dlm negeri itu pulih”
dtambah perkatan ” belum ” sebelum perkataan pulih ..maka jadi nya ” belum pulih ”
sekian terima kasih..
tunmaharezza x
Terima kasih Rezza,
Saya akan meneliti hujah anda dan insyaAllah akan respon nanti kerana 3 hari akan menguruskan seminar Perlembagaan.
Apapun, saya suka dengan proses hujah balas ini
TK Amin ..
that’s my arguement…
Saya jawab satu persatu, bermula dengan ini:
“Adalah 1 andaian berniat jahat,melulu kerana berunsur dan bermotifkan politik. Kerana sebab,isu kemelut politik di Perak ini telah dgn jelas dan nyata membabitkan sensiviti org melayu dan Kesultanan Negeri Perak dimana Kedaulatan Raja Negeri Perak tidak akan sama sekali diletakan dlm keadaan yg berkompromi spt mana yg telah diperlihatkan kpd rakyat.Penghinaan kpd Institiusi Kesultanan Negeri Perak amat jelas dan ianya amat jelas sekali dilakukan oleh pihak PR,dan perkara ini telah mendatangkan kemarahan rakyat bangsa melayu negeri perak tak kira drpd mana paksi sekali pun.
Alasan kebebasan bersuara dan berhak disegi undang undang utk mempertikaikan apa jua perkara digunakan paksi PR bagi menutup politiking biadap ala anarki ini sudah pasti tidak diterima rakyat malaysia dan khususnya org melayu yg berpegang kpd amalan tertib dan adab sopan.Budaya politik tidak bertamadun spt ini adalah 1 kesilapan yg paling besar dlm sejarah politik negara dan negeri Perak”.
__
Terlihat anda yang lebih berpolitik berbanding saya.
Penghinaan kepada Institusi Istana tidak timbul langsung dalam tulisan saya melainkan rasa tidak setuju dengan keputusan Sultan Azlan berasaskan apa yang saya siftakan sebagai Semangat Perlembagaan. Cukup untuk saya katakan bahawa Speaker bukan di bawah kuasa Sultan Azlan melantiknya, ia kuasa Dewan dan Speaker berkuasa penuh di Dewan sesuai dengan bidang tugasnya yang dibenarkan Perlembagaan.
Perlembagaan adalah dokumen tertinggi negara dan Sultan sendiri tidak lebih daripadanya malah kuasa Sultan sendiri ditentukan olehnya. Kedudukan Raja-Raja dan Hak Asasi Rakyat adalah jelas dimuatkan dalam Perlembagaan selaras dengan Pemahsyuran Kemerdekaan. Sistem kita bukan saja-saja memuatkan kata Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen melainkan ia mempunyai asasnya dalam konteks sejarah.
Bila saya menulis indoktrinasi BTN di sana, saya memaksudkan bahawa “kebenaran telah ditentukan dan apa juga proses bertukar pendapat mestilah memenuhi ‘perspektif’ siapa, bukan apa”. Jadi Perlembagaan dibelakangi dengan hujah Sultan berkuasa walhal kuasa Sultan sendiri tertakluk kepada Perlembagaan.
slm AA…
Yang Arif Arifin Zakaria ketika membaca penghakiman itu, antara lain, berkata:
“Tidak terdapat syarat dalam Perlembagaan Negeri yang memerlukan undi tidak percaya diambil oleh Dewan Undangan Negeri. Dalam kes yang diadili, tidak ada keraguan bahawa Zambry mempunyai sokongan 31 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri.”
spt mana yg tealah saya katakan ttg isu grey area itu…
sekian…
SDR AA
kata sdr…
‘Cukup untuk saya katakan bahawa Speaker bukan di bawah kuasa Sultan Azlan melantiknya, ia kuasa Dewan dan Speaker berkuasa penuh di Dewan sesuai dengan bidang tugasnya yang dibenarkan Perlembagaan.’
1.saya tidak pun kata apa apa bab speaker dan undang undang tubuh negeri perak dan kuasa Tuanku Sultan mengenainya….persolan saya…
is the speaker is indeed the dun speaker when at that point of time.?
fact :
1..kerajaan pr perak already lost the majority….in the dun…therefore the standing of the speaker is clear.that is the speaker the pr administration appointed is null n void….the majority shall vote a new speaker for the dewan n in this case bn have the majority with bn 28 dun + 3 bebas that supported bn in the dewan….got it..?
2.and bn did voted for the new speaker in the sidang dun…remember..?…n dont u forget..nizar never did resign….and today ruling is clear cut..The Sultan have absolute power to sack the MB if the MB lost the command in the house majority…
—————————————————————————————————————————————————
kata sdr AA..lagi…
‘Perlembagaan adalah dokumen tertinggi negara dan Sultan sendiri tidak lebih daripadanya malah kuasa Sultan sendiri ditentukan olehnya. Kedudukan Raja-Raja dan Hak Asasi Rakyat adalah jelas dimuatkan dalam Perlembagaan selaras dengan Pemahsyuran Kemerdekaan. Sistem kita bukan saja-saja memuatkan kata Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen melainkan ia mempunyai asasnya dalam konteks sejarah.’
1.Tuanku Sultan jelas sekali telah menggunakan kuasanya mengikut dokumen tertinggi negara..iaitu Perlembagaan…..
2.apa yg sdr AA katakan amat kurang jelas…ayatnya shj cantik..maksud kurang jelas….
————————————————————————————————————————————————-
SDR AA….
‘Bila saya menulis indoktrinasi BTN di sana, saya memaksudkan bahawa “kebenaran telah ditentukan dan apa juga proses bertukar pendapat mestilah memenuhi ‘perspektif’ siapa, bukan apa”. Jadi Perlembagaan dibelakangi dengan hujah Sultan berkuasa walhal kuasa Sultan sendiri tertakluk kepada Perlembagaan.’
1.jika mahu menulis….tulis lah dgn jelas maksudnya…..mudah shj….dan terus saja fokus ke point itu…bukan menulis dgn ada maksud yg lain….
2.tidak langsung saya pertikaikan ‘kuasa Sultan sendiri tertakluk kepada Perlembagaan.”
—————————————————————————————————————————————————
sekian…
Memang benar tu tun,org gila kuasa akan buat apa saja utk berkuasa biar pun tergadai segalanya.Dek kerana keputusan tidak memihak pada mrk,jadi keputusan itu katanya ada pengaruh kerajaan persekutuan. Sekolah je tinggi tapi akalnya cetek.