Universiti, untuk apa?

oleh
30 Januari, 2009 | kategori Kolum | komen [5] | Cetak

Amin Ahmad

Tahun 2000, Universiti Putra Malaysia (UPM) merupakan universiti pertama yang buat ambilan. Aku dapat sambung belajar di Fakulti Perhutanan dalam jurusan Diploma Perhutanan. Aku memang tak pernah memohon bidang ini. Aku hanya isi semuanya UTM kerana mahu bersama kekasih hati waktu itu. Malah aku pangkah besar-besar muka surat UPM sebab yang ditawarkan selain bidang aku hanya bidang Diploma Perladangan, Diploma Pertanian, Diploma Kesihatan Haiwan dan Diploma Pembangunan Manusia.

Satu hari aku tidak bercakap dengan sesiapa – konon meratap nasib.  Ya, zaman sekolah.

Tahun 2003 aku sambung Ijazah Sains Perhutanan. Ya, aku masih di Fakulti yang sama – tapi kali ini ia pilihan pertama! Tahun satu lagi aku telah diangkat jadi Presiden di Fakulti.

Tahun 2004 aku lancarkan media persatuan–Rentis Rimba dengan wajah baru. Muka depan kertas empat muka saiz A3 ini aku tulis–Selamat Datang ke Kampus Perjuangan!

Ya, dari tahun 2000 hingga 2003, ia sebuah pengalaman yang sukar untuk aku ungkap.

Aku masuk ke kampus dengan bisik perlahan pada emak “Amin nak jadi aktivis mahasiswa”. Mak sambut dingin. Aku anak pertama emak masuk universiti. Besar harap emak untuk lihat aku berjaya.

Syukur aku masuk universiti saat negara masih tegang dengan tuntutan Reformasi 1998. Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, balik menyusun satu gerakan massa menuntut keadilan dan disambut rakyat.

Tahun 2001 tahun tangkapan ISA – Ezam, Isham Rais, Raja Petra, Saari Sungib, Tian Chua dan Lokman Adam. 2001 Dewan Tunku Canselor di Universiti Malaya terbakar. Dua mahasiswa diheret akta yang sama – Khairul Anuar dan Fuad Ikhwan. Tujuh lagi jadi mangsa ISA kerana protes berterusan.

Aku di DTC waktu itu, (Dato’ Seri Dr) Mahathir waktu itu Perdana Menteri. Dia megah konon tindakannya betul dan ada sekumpulan tukang sorak menjerit kuat “Hidup Melayu!” sambil iring beliau ke kereta untuk pulang.

Hati aku galau.

Waktu lain aku banyak di Bangsar, tempat perkumpulan aktivis mahasiswa – Universiti Bangsar Utama (UBU). Ada satu slogan di UBU – Universiti Bukan Universiti. Ya, ia bukan universiti melainkan hanya sebuah ruang yang disewa. Di sana ada satu ruang kecil yang kami guna untuk berforum atau berkuliah. Waktu lain ia digunakan untuk kelas tusyen percuma bagi anak miskin kota. Tidak ada gaji selain keringat ikhlas anak muda berkongsi kebaikan dengan anak miskin kota yang mahu cuba-cuba ubah nasib keluarga.

2002 – “Pemimpin adalah cermin masyarakat. Jika korup pemimpin itu, ia petunjuk masyarakat itu korup kerana mereka sendiri tidak punya keyakinan untuk menggantikan pemimpin yang korup itu” demikian ujar Wahyu, mantan aktivis mahasiswa dari Indonesia yang berkunjung ke Kuala Lumpur.

“Jika kantornya pemerintah sebesar ini di Indonesia, mudah saja terjadi demonstrasi” kata Wahyu saat ditunjukkan Bangunan UMNO. Waktu itu aku sudah mendaftarkan diri sebagai pemogok lapar sebagai protes sempena 365 hari tahanan ISA. Kami berkampung di Taman Melewar dan aku hanya berhenti selepas 90 jam kerana mahu mengikuti latihan praktikal di Tasik Kenyir, Terengganu.

1999 negeri Terengganu jadi milik pembangkang–Parti Islam se-Malaysia (PAS). Pasca 1999, arus Reformasi kian surut terutama selepas tangkapan ISA 6 dan juga berpecahnya Barisan Alternatif (BA) yang didokong oleh PAS, Parti keADILan Nasional (PKN) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) waktu itu. Di sana, antara negeri terkaya di Malaysia, mereka kekal jadi antara negeri termiskin di Malaysia.

Negara ini penuh korupsi dan tangan zalim manusia. Mereka memang mahu kau belajar untuk kau jadi hamba mereka kemudiannya. Kalau nama kau tidak ada bin Tun Razak, bin Tun Hussein atau bin Tun Mahathir, kau hanya boleh mimpi hal-hal kecil saja. Akan datang kau perlu ada bin-bin yang lain pula mahu ambil alih.

Emak bilang “masuk universiti jangan tinggal solat, belajar rajin-rajin supaya dapat kerja yang baik”. Ya, hampir semua keluarga akan pesan begitu. Jarang sekali yang berpesan “…jadi manusia yang baik”.

Manusia baik bukan hanya tahu solat, belajar rajin dan kerja bagus saja. Manusia baik ialah manusia yang boleh berfikir sendiri tentang diri dan hubungannya dengan Tuhan dan hal-hal lain di sekitarnya.

Ada orang mahu kaya tapi mereka lupa Bill Gates pilih untuk berhenti Harvard dan dia jadi orang kaya sekarang. Belum pernah aku dengar pemegang PhD dalam bidang ekonomi jadi orang kaya besar.

Yang ada hanya orang yang masuk universiti dan ada sekeping Ijazah Doktor Falsafah tapi kemanusiaannya luntur, jadi penakut dan pengecut tapi buat-buat kuat dengan menekan mahasiswa. Jika ada yang pandai sikit ramai yang tersedut dalam kedurjanaan pengkhususan (the barbarity of specialisation).

Kita masuk universiti untuk apa sebenarnya?

Amin Ahmad, mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia. Beliau adalah mantan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan pernah memegang beberapa jawatan lain di peringkat Kolej, Fakulti Pengajian dan Universiti. Pernah mewakili delegasi Malaysia dalam Program Pembangunan Kepimpinan Belia ASEAN. Alumni Kepimpinan Muda Nahdah Asia, sebuah projek kerjasama Institut Kajian Dasar dan Yayasan Aman Sasakawa (SPF) dan alumni Cato University. Kini merupakan Penyelidik bagi Malaysia Think Tank.


Kiriman Berkaitan

Tags: Amin Ahmad, Kolum
 
 

5 komen-komen
Tinggalkan komen »

  1. Slm,
    Hanya mahu bkongsi pdapat :)
    Bg saya, masuk universiti bukan sahaja menimba ilmu teori tapi juga ilmu kehidupan seluruhnya.
    Universiti menawarkan peluang belajar ke peringkat tertinggi, dengan membina atas asas2 yg diletakkan semasa persekolahan. Pembinaan insan tidak sepatutnya baru hendak dimulakan masa universiti. Orang2 yg masuk universiti selalunya adalah yang lepasan SPM dll, jadi mereka ada pandangan hidup dan pendirian sendiri hasil 17 thn (sekurang-kurangnya) melayari khidupan.
    Pencerahan ilmu yg dberi waktu universiti sepatutnya mengubah seseorang menjadi lebih baik, jalan pemikiran akan lain dari yang tidak masuk universiti. Kalau dihayati betul2 ilmu yang diberi dan dipraktikkan tanpa ada niat- niat songsang lain pastilah generasi ilmu akan menjadi hebat, setanding dengan ilmuan dahulu.
    Masalahnya tujuan org ke universiti hanya mahu ijazah, keluar dapat gaji besar, kahwin, kerja, dapat duit lagi dan akhirnya mati. Tidak ada rasa ‘perjuangan’ lansung.
    “Kemanusiaannya luntur” kerana dari mula lagi tidak ada api perjuangan dalam diri.
    Cara pengajaran sejak peringkat rendah lagi hanya fokus pada teori dan praktikal kerja, tidak ada lansung pendedahan pada penghayatan, etika, prinsip diri…lepas tu, kita boleh hairan kenapa la byk sgt org jahat brkuasa?
    Tatkala ahli kebenaran enggan menyebarkan syiarnya, ahli kebatilanlah yang akan menyebar syiar mereka.
    …But that is just wht I think ;)

  2. well…hope u dont mind i wrote in english…
    i just got diploma perhutanan upm..
    i am not sure whether its suitable for me onot..
    as for u..can u give me any comments bout it..
    i am confused right now..
    bcoz i hav no idea what can i be after the course..
    besides continue study..any wide career option for this course???

  3. salam,
    mahasiswa menjadi layu akibat kepincangan sistem pendidikan ..dari kecil kita didik belajar rajin2,nanti besar dapat beli rumah,kereta mewah..pendek kata belajar untuk mengubah status ekonomi semata2 dan bukan pemikiran yang agung..tidak apa yang difikirkan kebanyakan pelajar universiti melainkan menyempurnakan pengajian untuk segulung ijazah sebagai tiket untuk mendapat tmpat dlm pasaran kerja..bagi saya hanya golongan muda yang dapat mengubah dan mengubati kepincangan dlm pelbagai perkara-ekonomi,pendidikan,sosial..ayuh sama2 bangkit berjuang..!!!

  4. Salam,benar kata saudara pesan seluruh keluarga ialah jaga solat.Kerana solat yang betul akan melahirkan manusia yang baik.

    Tak semua yang solat bisa jadi manusia yang baik,namun adakah yang tinggal solat menjadi manusia yang baik?

  5. This is exactly the info Needed. Many thanks for writing this article.

Tinggalkan Komen