Biografi Rainer Maria Rilke
oleh admin
11 November, 2008 | kategori Esei | komen [0] | CetakRainer Maria Rilke dilahirkan di Prague pada 4 Disember 1875. Dia yang merupakan anak tunggal melalui zaman-zaman kanak yang tidak menggembirakan. Ibu bapanya menghantar beliau ke sekolah tentera dengan harapan dia akan menjadi seorang pegawai tentera–pekerjaan yang tidak diminantinya. Dengan pertolongan bapa saudaranya, yang menyedari bahawa Rilke seorang kanak-kanak yang berbakat besar, Rilke meninggalkan akademi tentera itu dan memasuki sekolah menengah di Jerman. Sejak awal dia memasuki Universiti Charles di Prague pada 1895, dia mengetahui bahawa dia akan berusaha menjadi seorang sasterawan. Setahun kemudian dia menerbitkan buku puisi pertamanya Leben und Lieder. Awal tahun 1896 antaglogi keduanya, Larenopfer (Korban untuk Lares) yang kemudian disusuli dengan Traumgekroit. Pada tahun itu juga dia meninggalkan universiti untuk pergi ke Munich, dan kemudian dia melakukan perjalanan pertamanya ke Itali.
Pada tahun 1897, Rilke melawat Rusia, lawatan yang menjadi batu tanda di dalam kehidupan Rilke dan menjadi permulaan kepada karya-karyanya yang lebih serius. Di Rusia dia menemui Tolstoy, di mana pengaruhnya terdapat di dalam Das Buch vom Lieben Gott und anderes (Cerita-cerita tentang Tuhan). di Worpswede, di mana Rilke tinggal beberapa ketika, dia menemui dan mengahwini Clara Westhoff, yang pernah menjadi pelajar kepada Rodin. Karya besar pertamanya, Das Stunden Buch (Buku tentang Jam), diterbitkan pada tahun 1906 diikuti dengan Neue Gedichte (Sajak-sajak Baru) dan Die Aufzeichnungen des Malte Laurids Brigge (Buku Catatan Malte Laurids Brigge). Rilke kemudian meneruskan perjalanan sepanjang hidupnya; di antaranya ke Itali, Sepanyol dan Mesir, tetapi Paris menjadi pusat geografi di dalam hidupnya, di mana dia pertama kali mengembangkan gaya baru di dalam penulisan sajak lirik dengan dipengaruhi oleh seni visual.
Apabila Perang Dunia I meletus, Rilke perlu meninggalkan Perancis dan ketika zaman perang dia tinggal di Munich. Pada 1919 dia pergi ke Switzerland dan menghabiskan dua tahun terakhir kehidupanny di sana. Di sana dia menulis dua buah buku terakhirnya Duino Elegies (1923) dan Sonnet untuk Orpheus (1923). Dia meninggal dunia kerana leukimia pada 29 Disember 1926. Karya-karyanya telah mula dikagumi oleh ramai seniman Eropah sebelum dia meninggal dunia, tetapi kurang diketahui oleh orang ramai. Reputasinya mula meningkat selepas kematiannya.
Bibiliografi Terpilih
Sajak
Das Buch der Bilder (Buku Imajeri) (1902)
Das Marienleben (Kehidupan Dara Mariam) (1913)
Das Stunden Buch (Buku tentang Jam) (1905)
Die Sonette an Orpheus (Sonnet untuk Orpheus) (1923)
Duineser Elegen (Duino Elegies) (1923)
Neue Gedichte (Sajak-sajak Baru) (1907)
New Poems (1984)
Poemes Francais (Sajak-sajak Perancis) (1935)
Rainer Maria Rilke: Sajak-sajak Terpilih (1985)
Requiem (1909)
Rilke on Love and Other Difficulties(1975)
Sajak-sajak Terpilih Rainer Maria Rilke (1981)
Späte Gedichte (Later Poems) (1934)
The Complete French Poems of Rainer Maria Rilke (1996)
Prosa
Ahead of All Parting: The Selected Poetry and Prose of Rainer Maria Rilke (1995)
Auguste Rodin (1903)
Das Buch vom lieben Gott und anderes (Stories of God) (1900)
Die Aufzeichnungen des Malte Laurids Brigge (The Notebooks of Malte Lourids Brigge) (1910)
Die Weise von Liebe und Tod des Cornet Christopher Rilke (1906)
Letters on Cezanne (1985)
Letters to a Young Poet (1993)
Rilke and Benvenuta: An Intimate Correspondence (1987)
Selected Letters of Rainer Maria Rilke (1960)
Kiriman Berkaitan
- Chairil Anwar (26 Julai 1922-28 April 1949) Ammar Gazali
- Gelumang Syair Seorang Perempuan Hafiz Hamzah
- Sajak Terpelanting Jauh Hafiz Hamzah
- Penghujung Jalan Mati admin
- Tiga Sajak Shaira Amira Shaira Amira
- Meor: Dari Rakyat Untuk Rakyat Mazir Ibrahim