Brick Lane
oleh admin
16 Oktober, 2008 | kategori Filem/TV | komen [0] | CetakDi tengah-tengah Brick Lane, sebuah filem yang diarahkan Sarah Gavron, adalah wanita yang maruahnya bukan sekadar ciri penentuan tetapi juga satu prinsip moral. Nazneen (Tannishtha Chatterjee), yang datang ke England dari Bangladesh sebagai seorang remaja untuk sebuah perkahwinan yang dirancang, bergerak dalam kawasan kejiranan London Timur, sebagai cara untuk tidak menarik sebarang perhatian. Menarik sarinya yang melitupi badan yang kecil dan wajahnya, beliau pulang dengan cepat dengan barangan dapur, sebaik sahaja berada dalam rumahnya yang kecil, beliau dengan diam memastikan keperluan suaminya dipenuhi, Chanu (Satish Kaushik) dan dua anak-anak perempuannya.
Nazneen memendamkan banyak perkara – mata lebar Chatterjee mungkin cirinya yang paling ketara – tetapi tidak banyak yang diluahkannya. Semasa beliau menangisi kematian anak lelakinya, atau ketika mengalami kebosanan dan kekecewaan, perasaan ini tenggelam jauh dalam dirinya. Nazneen memetik kata-kata ibunya: hidup ini perlu dihadapi dengan bertahan. Sifatnya yang tidak merungut dari sehari ke sehari mendedahkan bahaya kebijaksanaan ini. Bagaimanapun, krisis dramatik dalam Brick Lane muncul apabila secara tiba-tiba beliau menyedari had kesabarannya.
Nazneen menggunakan aktiviti membaca sebagai cara pelarian. Beliau memilih untuk berdamping dengan surat-surat kakaknya, yang tinggal di negara asal dan hidup penuh dengan kejadian, intrig dan percintaan. Walaupun selepas bertahun-tahun di Britain, Nazneen yang bahasa Inggerisnya tidak begitu baik, tidak melihatnya sebagai kediamannya. Apabila berasmara dengan Chanu, dia hanya terkenangkan Bangladesh.
Pada peringkat awal filem ini yang dibuat berdasarkan novel oleh Monica Ali, Nazneen seolah-olah tidak akan mengalami sebarang perubahan. Beliau seolah-olah sudah reda dengan kehidupannya. Suaminya hanya akan menjadi bertambah gemuk impiannya berkecai. Anak-anaknya, terutamanya Shahana (Naeema Begum) – akan berhadapan dengan ketegangan antara tradisi Muslim Bengali dengan nilai-nilai sekular British.
Namun, novel Ali mengisahkan perubahan yang membawa bencana dalam kehidupan Nazneen dan persepsinya tentang perkara itu. Satu perubahan membawa kepada perkara lain. Chanu yang terlepas peluang kenaikan pangkat, meninggalkan kerja peringkat rendahnya, dan Nazneen yang terdesak untuk mengumpul wang bagi kembali ke Bangladesh, mula bekerja sebagai tukang jahit di rumahnya. Karim (Christopher Simpson), lelaki muda yang menghantar ain untuk dijahir, memperkenalkan Nazneen kepada makna politik identiti keagamaan dan perkauman dan juga kepada penzinaan.
Dalam satu esei tentang Brick Lane, pengkritik sastere James Wood menyebut novel Ali membawa bersama kebimbangan hukum fiksyen Eropah abad ke-19 ke dalam persekitaran moden dan pelbagai budaya. Gabungan gaya lama dengan realiti baru memberikan buku ini kesegaran dan kejituan, tetapi ia membawa masalah apabila dibawa ke filem.
Gavron yang menghasilkan karyanya daripada skrip oleh Abo Morgan dan Laura Jones, bergerak antara kekeringan dan melodrama, dan seolah-olah gagal menyampaikan evolusi dalaman yang merupakan nadi cerita ini. Kesannya, filem ini nampak seperti biasa dan bukan bagai pendedahan – satu koleksi idea tentang pengalaman imigran Muslim wanita dan bukannya siri pemerhatian yang didasarkan kepada pengalaman seorang wanita.
Brick Lane sememangnya menyentuh, dan ia menjauhkan diri daripada didaktisisme dan sentimentaliti yang sering diajak oleh subjek utamanya. Namun ia tidak pernah menggunakan sepenuhnya heroin yang bermaruah dan memperlihatkan dunianya seperti terlalu kecil.
Kiriman Berkaitan
- ‘Footage’ dalam Filem A. Sabri
- Kembara Mencari Telur Sutera admin
- Filem Kim Ki-Duk: Sebuah Tragedi, Kebisuan dan Kegilaan A. Sabri
- Hebatkah P. Ramlee? Mazir Ibrahim
- Menjadi Islam dengan Berfikir Hafiz Zainuddin
- Sebuah Mimpi Franz Kafka