Langkah Demi langkah
oleh admin
16 Ogos, 2008 | kategori Esei | komen [0] | CetakLarry Rich
Saya mahu berkongsi sebuah cerita. Saya melakukan ini untuk menunjukkan beberapa realiti kehidupan sehari-harian di Israel yang mungkin tidak disedari. Saya juga melakukan ini supaya anda tidak akan kehilangan harapan, walaupun ketika berdepan dengan keganasan, bahaya dan kejahatan. Perubahan boleh berlaku dengan bergerak selangkah demi selangkah.
Israel bukanlah tempat yang mudah untuk hidup dan mengekalkan optimisme. Mujur juga, saya mewakili satu institusi yang menyedarkan saya setiap hari dan memberikan saya peluang untuk melihat orang ramai berusaha untuk menyesuaikan diri sesama mereka, walaupun dengan pelbagai kebencian yang mengelilingi kami.
Kebencian politik antara Yahudi dan Arab sangat mendalam dan penyatuan memerlukan sesuatu yang sangat mendalam juga. Untuk mencapai tahap itu, juga memerlukan satu proses perlahan yang memerlukan kesedaran dan keinginan untuk memfokuskan kepada sesuatu yang positif. Ada kuasa negatif yang jahat dan akan secara berterusan menarik kaki mereka yang cuba ke hadapan dengan niat untuk bersatu. Tanpa momentum ke hadapan, kita berkemungkinan mengulangi sejarah hitam dan kekal di sini.
Saya baru sahaya bertemu dua wanita muda yang tinggal dalam di Israel yang kompleks – mereka menjadi sebahagian daripada objek-objek dalam satu imej yang tidak lengkap. Suha Rahmoun, 19, seorang Kristian dari hulu Nazareth dan Rozan Haja, 19, seorang Islam dari hilir Nazareth. Mereka berdua memilih untuk melakukan khidmat negara sebagai sukarelawan di hospital kami.
Khidmat negara ditawarkan kepada pemuda dan pemudi yang tidak berkhidmat dengan Pasukan Keselamatan Israel atas sebab-sebab tertentu. Perkhidmatan satu atau dua tahun akan diberi ganjaran kewangan yang serupa dengan askar yang memenuhi khidmat ketenteraan. Para peserta juga menerima gaji yang agak lumayan sepanjang tempoh bekerja.
Kedua-dua gadis itu datang kepada kami melalui Shlomit, pertubuhan khidmat negara terbesar di Israel buat penduduk Muslim, Kristian, Badawi, Druze dan Yahudi yang membantu kira-kira 2,500 pemuda setiap tahun untuk memenuhi dan mendapat faedah daripada khidmat negara. Kebanyakan pemuda Arab memilih untuk tidak menyertai rangkaian ini atas sebab yang kompleks seperti sosial, agama, nasionalistik dan lain-lain, lantas mengehadkan penglibatan mereka dalam arus perdana Israel. Kerana itulah kisah Suha dan Rozan ini dikongsi bersama.
Mereka mengetahui tentang khidmat negara daripada keluarga dan rakan-rakan dan walaupun mengejutkan kenalan mereka, kedua-duanya mengambil keputusan untuk menyertainya. Pada peringkat awal, tindakan mereka dipersoalkan kawan-kawan, tetapi ketegasan mereka memastikan mereka kekal menyertainya.
Rozan menjelaskan, “Sesetengah kawan saya menjauhi diri saya, sementara ada juga yang masih rapat. Saya percaya atas apa yang saya lakukan dan ia memberikan harapan buat masa depan.”
Suha teringat bagaimana seorang juruwang Arab bertanya mengapa beliau menyertai khidmat negara yang gajinya sangat kecil berbanding pekerjaan lain. “Saya menjawab, saya membantu orang dan ia membuatkan saya berasa seronok. Ibu bapa saya menyokong saya dan itu yang lebih penting.”
Suha berkhidmat di Jabatan Onkologi sebagai setiausaha dan sering berhubung dengan pesakit-pesakit Yahudi dan Arab. Memang menyedihkan untuk melihat orang tua dan muda menderita dan ini membuatkan beliau lebih memahami erti kehidupan yang pendek. Pandangan positif yang diterima daripada pesakit dan kakitangan membuktikan keputusan betul yang dibuat untuk menyertai khidmat negara.
Rozan, yang ibunya seorang jururawat bekerja di sebuah institut genetik. Beliau mahu mempelajari bidang perubatan dan pengalamannya sebagai setiausaha dan penterjemah semasa perundingan perubatan telah membina satu asas yang kukuh untuk masa depan yang mahu dibinanya.
Katanya, para pesakit Yahudi dan Arab berasa seronok melihat gadis Muslim bekerja bersama-sama Yahudi dan ini memberikannya harapan baru untuk masa depan. Walaupun berdepan dengan tekanan sosial pada peringkat awal, Rozan berkata, “Jika anda percaya atas apa yang anda lakukan, orang lain akan menerimanya.”
Adakah tindakan Suha dan Rozan bekerja dengan orang Yahudi di hospital mengubah wajah geo-politik Timur Tengah? Sudah tentu tidak. Adakah ia akan mengubah apa-apa? Sekurang-kurangnya buat saya. Bersama-sama kita telah bergerak beberapa langkah. Wanita ini telah menemui tempat dalam diri mereka yang mengandungi rahsia untuk hidup di Israel dengan rasa saling hormat menghormati dan bermaruah.
Ia tidak lagi mustahil.
Larry Rich adalah Pengarah Pembangunan dan Perhubungan Awam antarabanga di Emek Medical Centre, Israel dan penulis buku Voices From Armageddon.
Kiriman Berkaitan
- Musuh yang Biasa Dikenal Joharah Baker
- Dari Auschwitz ke Palestina admin
- Menjawab Fitnah terhadap Israel admin
- Dilema Baru Judaisme, dan Kejahilan Sekularis admin
- Tiada anti-Semitisme di India? admin
- Wawancara Sadiq Jalal al-Azm: Bahagian 1 admin