Kegilaan Terhadap Penawar Kanser
oleh admin
12 Ogos, 2008 | kategori Esei | komen [1] | CetakAkhbar-akhbar seringkali menerbitkan laporan-laporan pseudosains tentang makanan sehingga usaha mendokumenkannya tidak berguna lagi.
Mereka akan terus dengan usaha Sisyphean meraka dalam membahagi-bahagikan objek-objek tidak bernyawa dalam dunia ini kepada kumpulan yang menyebabkan kanser dan yang menjadi penawar kanser. Dan sesetengah orang akan duduk di tepi menganggapnya sebagai jenaka semata-mata.
Baru-baru ini, akhbar Telegraph, yang baru sahaja kehilangan pengarang sains dan penulis sains dalam tempoh dua bulan perlu diberikan perhatian, kerana dua laporan tentang makanannya melampaui kebodohan dan berjaya memberikan maklumat yang berbahaya.
Dalam satu laporannya bertajuk, “Wain merah boleh menghalang kanser buah dada.” Malah ia turut menyebut, “Ujian makmal menunjukkan bahan kimia yang terkandung dalam kulit anggur boleh menghentikan perkembangan kebanyakan kes penyakit itu.”
Laporan itu mengikut templat standard yang kini diajar sebagai sah di mana-mana sekolah kewartawanan: satu jenis makanan mengandungi sejenis bahan kimia, bahan kimia itu melakukan sesuatu dalam piring di dalam makmal, oleh itu makanan tersebut boleh mengubati kanser. Atau, wain merah mengandungi enzim yang dipanggil quinone reductaste, yang menukar hasil estrogen kepad estrogen semula, dan hasil itu boleh memusnahkan DNA dan pemusnahan DNA membawa kepada mutasi, dan mutasi menyebabkan kanser, oleh itu dalam dunia kewartawanan, wain merah menghalang kanser buah dada.
Fenomena ini dipanggil kekaburan data, apabila seseorang mendapat maklumat penyelidikan dalam imaginasi mereka dan tiba-tiba bagi mereka, ia memberikan gambaran besar.
Dalam dunia sebenar, ada wain dan ada keseluruhan tubuh manusia. Wain merah mengandungi banyak benda, termasuklah alkohol, yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil acetaldehyde, yang boleh menyebabkan kemusnahan DNA. Bukankah ia sebab untuk kita mempercayai ia boleh menyebabkan kanser?
Ya, banyak pemerhatian telah dibuat ke atas manusia sebenar dan didapati mereka yang banyak minum arak berkemungkinan besar mendapat kanser buah dada. Analisis yang teliti turut dilakukan bagi menerangkan sebarang kemungkinan lain. Kajian-kajian ini juga telah dikumpul dalam ulasan yang sistematik, dan meta-analisis, di mana kesemua data sebanyak mana risiko kanser dengan kadar pengambilan wain tertentu turut diperoleh. Jika angka itu betul, alkohol menjadi punca enam peratus kes kanser buah dada di UK, bermakna 2,500 kes setahun.
Jadi, wain merah, walau apa pun yang dikatakan tidak menghalang kanser buah dada.
Selain laporan itu, seorang ahli terapi pemakanan, Julia Fitzgerald dengan gembiranya memberitahu pembaca Telegraph, bahawa pada empat minggu pertama kehamilan, ibu-ibu digalakkan mengambil asid folik pada kadar 400 mikrogram sehari dan ia boleh menghalang kecacatan tiub neural pada janin. Sebenarnya istilah ahli terapi pemakanan adalah istilah yang boleh digunakan secara sah terhadap semua orang, sama seperti ‘kacak’ atau ‘badut’. Mungkin latihan Fitzgerald dalam bidang terapi pemakanan telah menyebabkan kekeliruan dan, kerana asid folik untuk ibu mengandung sesuatu yang jarang dalam bidangnya.
Malang buat Fitzgerald, bukti-bukti tidak menyokongnya. Kebanyakan wanita berusia 30an yang ditemui mengetahui bahawa Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan UK mempunyai garis panduan yang mencadangkan dengan jelas kepada bakal ibu supaya mengambil 400 mikrogram makanan tambahan itu daripada mula mereka berusaha untuk mengandung atau ketika berhenti menggunakan kontrasepsi sehingga kehamilan mencecah 12 minggu.
Mungkin Fitzgerald lebih mengetahui. Mungkin dia juga boleh mengetahui bila permulaan sesuatu kandungan. Mungkin inilah kali pertama seorang ahli terapi pemakanan mencadangkan pil yang terlalu sedikit. Dan mungkin beliau mahu menerangkan nasihatnya kepada 800,000 pembaca dan anggota keluarganya yang mungkin akan meningkatkan risiko melahirkan anak dengan kecacatan tiub neural. – Guardian
Kiriman Berkaitan
- Penulis Paling Hebat di Dunia Ammar Gazali
- Muzik dan Politik Mazir Ibrahim
- Victoria Hafiz Hamzah
- Puaka (Politik) 13 Mei dan Teori Celaka Najwan Halimi
- Menjawab Fitnah terhadap Israel admin
- Lima Bintang Ridwan Saidi Wahyudi Yunus
Salam Semua. Saya mempunyai penawar untuk kanser. 100% Berkesan. Bagi rawatan kanser payudara, usus dan serviks, saya menawarkan rawatan MONEY BACK GUARANTEE. Produk 100% dari herba Malaysia. Ia berkesan dalam masa 15 hari sahaja!!. Walaupun kanser di tahap 4. Produk ini telah melalui ujian klinikal dengan Universiti dan hospital di Malaysia. Stok Terhad.
Hubungi saya: YUNUS: 019-353 4563