Kembara Mencari Telur Sutera

oleh
16 Julai, 2008 | kategori Esei | komen [1] | Cetak

“Silk” adalah mangsa terbaru filem yang memiliki bayangan David Lean yang cuba meningkat ke ruang seni popular tetapi gagal. Dalam tradisi filem-filem seperti Snow Falling on Cedars, filem ini arahan Francois Girard, mengelirukan pemandangan cantik yang dipenuhi muzik berat.

Pencerita dalam filem ini, Herve Joncour (Michael Pitt), adalah seorang pegawai tentera pada tahun 1860an di Perancis, yang setelah mendapat galakan bapanya, seorang Datuk Bandar di kampung itu, bekerja pula dengan Baldabiou (Alfred Molina), seorang peniaga yang tamak yang menjemputnya kedalam perdagangan sutera.

Masalah dalam filem ini bermula dengan Mr Pitt. Sebaik sahaja dia menceritakan kisah Herve, kadang-kadang dengan tidak jelas, wataknya nampak sangat terasing. Dengan bibir yang lebam dan mata biru yang nampak kosong, Mr Pitt adalah satu spesimen fotogenik yang baik. Bagaimanapun, pelakon ini, nampak telah tersilap dipilih.

Herve adalah seorang yang sukakan cabaran dan penjelajah yang melalui kawasan sukar dari Perancis ke Jepun tiga kali dalam filem ini. Mr. Pitt mempunyai perwatakan seperti anjing manja yang terbaring di kusyen. Untuk berlaku adil, pelakon yang dua kali lebih bertenaga daripadanya juga mungkin gagal memasukkan perasaan dalam dialog yang membosankan.

Misi Herve adalah untuk menyelamatkan industri sutera Eropah yang merudum dengan membawa dari Jepun telur sutera. Satu epidemik sedang memusnahkan telur di pusat penetasan Eropah dan Jepun, negara yang terpisah daripada Barat mempunyai bekalan yang bersih. Satu cabarannya adalah menembusi sempadan. Beliau melalui perjalanan kebanyakannya di daratan sebelum memasuki Jepun dengan kapal penyeludup. Bagaimanapun, filem ini tidak menjelaskan jarak perjalanannya atau kesukaran yang dilaluinya. Mr. Pitt juga tidak menunjukkan reaksi kepada sebarang benda.

Isteri Herve, Helene, seorang guru sekolah yang dimainkan oleh Keira Knightlet, jarang sekali muncul dalam filem ini. Beliau hanya dilihat sekejap menyambut kepulangan suaminya dan merungut tentang perkahwinan tanpa anak. Ketidaksuburan ini bukan kerana jarang mencuba. Walaupun kedua-duanya ditunjukkan bersama di ranjang, namun adegan asmaranya tidak menunjukkan ada ikatan kuat.

Silk adalah adaptasi oleh Girard dan Michael Golding. Bagi Girard, filem ini memenuhi satu corak. Filem terdahulunya yang lebih baik Thirty Two Short Films About Glenn Gould dan The Red Violin, juga menunjukkan kegemaranya kepada kisah yang rumit tetapi dengan tema artistik.  Muzik latar ditulis oleh Ryuichi Sakamoto yang mahu nampak seperti Arvo Part.

Dalam perjalanan terakhir Herve, beliau ditutup mata dari pelabuhan Yamagata ke sebuah kampung di pedalaman Jepun di mana beliau menemui Hara Jubei, seorang pemimpin tempatan, untuk menukar emas dengan telur. Selesai urusniaga, beliau kembali mengikut jalan yang sama dan dengan kekayaan barunya membeli hartanah yang akhirnya bertukar menjadi lapangan pokok lili untuk Helene.

Satu-satunya adegan dramatik dalam filem ini melibatkan hubungan Herve dengan perempuan simpanan Hara Jubei, yang menyebabkan beliau berasa obses dan bersalah.


Kiriman Berkaitan

 
 

Satu komen
Tinggalkan komen »

  1. Thanks for sarihng. What a pleasure to read!

Tinggalkan Komen