Pasca Islamisme
oleh admin
4 Disember, 2007 | kategori Esei | komen [0] | CetakOleh: Ali Eteraz
Kediktatoran Muslim telah menyebabkan rasa kecewa yang besar. Para Islamis dewasa ini – berbagai orang dan kelompok yang percaya bahawa sistem pemerintahan mereka seharusnya didasarkan pada prinsip-prinsip Islam – merupakan salah satu kelompok yang menentang para diktator. Sayangnya, sementara kaum Islamis memang ingin memasukkan demokrasi, banyak yang lain kemudian ingin menubuhkan sebuah badan ulama untuk menghapuskan undang-undang yang mereka tidak setujui. Namun, sekarang ini kita melihat kebangkitan sebuah kerangka pasca Islamis di kalangan Muslim.
Sebuah tunas baru Muslim telah menemukan cara untuk mendamaikan demokrasi liberal dengan Islam. Mereka telah berhenti membuat organisasi-organisasi keagamaan yang bertujuan melakukan dakwah (penyiaran Islam) dan telah tersusun sebagai parti-parti politik umum dengan kerangka kerja berdasarkan kesetaraan dan pluralisme. Sebahagian penghargaan terhadap kepopularan pasca Islamisme adalah berkat kaum teokratis Islamis. Dalam semangat mereka menggabungkan agama dengan politik, mereka berfikir hasilnya adalah agama. Kebalikannya, kelas menengah yang taat menyedari bahawa agama sendiri tidak dapat memenuhi kepedulian-kepedulian sosial mereka. Pasca Islamisme, kerana itu, mereka mengakui bahawa walaupun agama memberikan keselamatan dalam kehidupan akhirat, politiklah yang akan memberikan kesejahteraan dalam kehidupan dunia.
Dewasa ini, kelompok-kelompok pasca Islamis sedang bekerja dimerata tempat seperti Mesir, Turki dan Pakistan.
Salah satu parti pasca Islamis adalah sebuah parti di Mesir, Hizb ul-Wasat (Parti Tengah). Parti tersebut ditubuhkan pada tahun 1996, dengan memisahkan diri dari Ikhwanul Muslimin. Alasan-alasan bagi pemisahan tersebut termasuk keengganan Ikhwanul untuk menerima bukan Muslim sebagai anggota partii atau sebagai warga Mesir, keengganan untuk berhenti membahagi dunia antara “Rumah Perang” dan “Rumah Islam”, dan keengganan untuk mengubah fokus mereka menjauh dari penyebar Islam. Wasat menyebut dirinya sendiri sebagai sebuah parti Islam tetapi ia terbuka kepada umat Kristian dan sekularis. Rafiq Habib, seorang intelektual Protestan di Mesir, merupakan salah seorang anggota penubuhan dan termasuk salah satu dari lima anggota dewan hariannya. Setelah pertarungan selama 10 tahun, Wasat secara rasmi diakui sebagai sebuah partai politik pada tahun 2007.
Perkara mendasar yang membuat Wasat menjadi parti pasca Islamis bukan kerana menetapkan Islam sebagai sebuah agama, tetapi sebagai budaya, atau peradaban, yang bersifat inklusif terhadap kaum minoritas. Pemikiran Islam sebagai sebuah budaya adalah sama dengan orang-orang tertentu di Barat yang merujuk kepada orang Barat sebagai “Kristen-Yahudi” sambil tetap memberikan ruang bagi umat Muslim, Hindu, Buddha, dan yang lainnya untuk mempraktik keyakinan mereka secara bebas di dalamnya.
Program partai Wasat memastikan pemisahan kekuasaan, menolak diskriminasi keagamaan atau berdasarkan gender, menyerukan secara terbuka pluralisme dan kesetaraan laki-laki dan perempuan, dan memberikan ruang bagi perserikatan dan persekutuan. Yang paling penting, berbeza dengan program Ikhwanul, dan Wasat tidak membentuk sebuah badan ulama di luar konstitusi yang dapat menveto undang-undangan (seperti yang berlaku di Iran).
Walaupun Wasat merupakan sebuah contoh kunci dari sebuah partai pasca Islamis, mungkin kelompok pasca Islamis paling berjaya adalah partai AK (Keadilan dan Pembangunan) yang berkuasa di Turki, juga seperti Wasat, lahir dari pemisahan diri dengan sebuah organisasi Islamis.
Tiga garis penting – perempuan, Barat, dan Israel – menunjukkan bahawa pemisahan diri AKP dari kaum Islamis biasa adalah sesuatu yang meyakinkan. Salah satu dari beberapa hal pertama yang dinyatakan AKP pada saat menang pada 2002, seperti dilaporkan oleh New York Times, “sekularisme adalah pelindung semua keyakinan dan agama. Kami adalah penjamin dari sekularisme ini, dan pengelolaan kami akan membuktikan hal itu.”
Parti Tehreek-e-Insaf (Gerakan bagi Keadilan) Pakistan juga sedang mengembangkan sebuah alternatif pasca Islamis. Partai ini baru muncul selama tahun-tahun kekuasaan Musharaf, dipimpin oleh atlet kriket yang menjadi politikus, Imran Khan. Salah satu elemen yang paling penting adalah ia berusaha untuk membebaskan pendidikan bagi perempuan, membuat perundangan yang menentang gangguan seksual, dan tindakan afirmatif terhadap perempuan, dengan menggunakan kesejahteraan Islam.
Seperti halnya Wasat yang telah menimbulkan ketidaksukaan terhadap Ikhwanul di Mesir, Tehreek telah mengecam organisasi-organisasi Islamis garis keras Pakistan kerana bersekongkol dengan kekuatan-kekuatan anti-demokrasi, yang sekali lagi menunjukkan bahawa kaum pasca Islamis lebih peduli dengan kuih demokrasi daripada menenangkan kaum Islamis. Sementara Tehreek berkembang, partai tersebut harus diawasi dari dekat, kerana mereka memperoleh peningkatan dokongan di kalangan kaum muda Pakistan dan masyarakat ekspatriat. Harus diingat AKP di turki hanya memerlukan kurang dari 10 tahun untuk menjadi partai berkuasa.
Politik Islam tengah berada di tahapan ketiganya. Babak pertama merupakan babak revolusi. Babak kedua, masih dengan kita, menjadi moden tetapi masih supremasis. Dorongan pasca Islamis yang akan datang berkomitmen terhadap proses demokrasi dan berhenti memandang diri mereka sebagai sebuah gerakan keagamaan, sebaliknya mengambil sebuah program politik sivil.
Ketika kelompok-kelompok pasca Islamis berkuasa, mereka akan menjadi kaum konservatif sosial yang memusatkan perhatian pada keluarga dan spiritualitas. Seorang politikus pasca Islamis akan bersuara antara John Edwards dan Mike Huckabee, di dalamnya agama menjelaskan keyakinan seseorang tetapi pada akhirnya bersifat pribadi. Dalam polisi luar negeri, mereka akan menolak campur tangan terhadap kedaulatan mereka dari semua kelompok luar negeri, termasuk NATO di satu pihak, dan al-Qaeda mahupun Taliban di pihak lain. Kerana asas sokongan kelas menengah mereka, mereka akan secara umum tunduk kepada norma-norma antarabangsa dan tidak akan melibatkan diri mereka ke dalam konflik-konflik antarabangsa, kerana merasa mereka akan menelan kos kewangan dan sosial yang mahal. Seperti halnya parti-parti demokratis Kristian Eropah melahirkan demokrat-demokrat liberal, kemungkinannya, setelah menggabungkan kekuatan, partai-partai pasca Islamis akan menciptakan ruang bagi partai-partai sekular terbuka untuk memperoleh sokongan yang lebih kuat.
* Ali Eteraz adalah seorang pengulas sosial dan wartawan bebas. Laman webnya adalah alieteraz.com
Kiriman Berkaitan
- Kekuatan Idea Buruk admin
- Memahami Sekularisme Turki admin
- Dialog Antara Agama Di Malaysia: Satu Pertimbangan Osman Bakar
- Sekulariti, Sekularisasi dan Sekularisme Aqil Fithri
- Revolusi Ini Akan Diteruskan SPIEGEL Online
- Paradoks “Islam Hadhari” admin